kem dakwah 002 kem toharah ( syariat bersuci ) - bahan edaran

22
KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK

Upload: ahmad-junaidi-mohamad-said

Post on 25-Jan-2015

171 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Dakwah

TRANSCRIPT

Page 1: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

KEM TOHARAH( SUCI )

Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad SaidGuru Al-Quran

SMK BATU SEPULUH LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK

Page 2: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

TAJUK

• ALAT BERSUCI

• SUCI DARI NAJIS

• WUDUK

• TAYAMMUM

• MANDI

SUCI DARI HADAS KECIL DAN BESAR

Page 3: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

TOHARAH ( BERSUCI )

• 1. Definisi :

i) Dari segi bahasa : Suci dan bersihii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersihdaripada najis atau hadas.

2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.

3. Hukum Taharah ialah WAJIB kepada setiaporang lelaki dan perempuan.

Page 4: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

Alat–alat untuk bersuci itu ialah:1. Air mutlaq,

iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengansesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq initerbahagi kepada beberapa bahagian:

o Air yang turun daripada langit.

Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.

o Air yang terbit daripada bumi.

Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbitdaripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.

Page 5: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

2. Tanah, Tanah dan Debu boleh menyucikan jika tidak digunakanuntuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengansesuatu.

3.Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekatpada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jikadirendam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.

4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkansesuatu bahan ke dalamnya.

Alat–alat untuk bersuci itu ialah:

Page 6: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

Toharah terbahagi kepada 2 bahagian:• 1. Toharah daripada najis

Najis dari hukum syara' ialah segala benda yang kotor yang mencegah kita dari melakukan solat, tawaf, memberi khutbah Juma'at dan sebagainya.

2. Toharah daripada hadasHadas pula terbahagi 2, hadas kecil dan hadasbesar.- Berhadas kecil dikatakan sebagai perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan boleh dihilangkan dengan sekadarmengambil wuduk.- Berhadas besar pula mencegah dari melakukan solat dsbdan ianya mewajibkan seseorang itu mandi wajib.

Page 7: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

Bahagian Najis :• 1.Najis Mukhaffafah

• Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampaiumurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

• 2.Najis Mughallazah

• Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atausalah satu dari keduanya.

• 3.Najis Mutawasitah

• Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najismukhalazah iaitu:

• • Setiap yang cecair yang memabukkan• Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntahtahi dan kencing.• Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.• Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnyaseperti bangkai.

Page 8: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

CARA-CARA MENYUCI NAJIS

• 1.Najis Mukhaffafah• Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan

dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelahdihilangkan ainnya.

• 2.Najis Mughallazah• Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh

kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.

• Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,makahendaklah ditambah enam kali lagi.

• 3.Najis Mutawasitah• Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya,

warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya ataubaunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang.

• Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air padatempat yang terkena najis itu.

Page 9: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

MEMBASUH ANGGOTA TERTENTU DENGAN AIR DAN

DILAKSANAKAN MENGIKUT CARA TERTENTU

DENGAN NIAT BERWUDUK.

WUDUK

PENGERTIAN WUDUK

( SURAH AL MAIDAH : 6)

Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;

Page 10: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

1. NIAT (KETIKA AIR MENCECAH KE

MUKA)

2. MEMBASUH MUKA MENGIKUT

HADNYA

3. MEMBASUH DUA TANGAN HINGGA KE

SIKU

4. MENYAPU KEPALA DENGAN AIR,

SEKURANG-KURANGNYA TIGA (3)

HELAI RAMBUT PADA HAD KEPALA

5. MEMBASUH DUA KAKI HINGGA KE

DUA BUKU LALI

6. TERTIB

RUKUN WUDUK

Page 11: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

1. BERSUGI

2. MENGADAP KIBLAT

3. MEMBACA BASMALAH

4. MENCUCI DUA TAPAK TANGAN HINGGA KE PERGELANGAN

TANGAN

5. BERKUMUR-KUMUR.

6. MENYEDUT AIR KE DALAM HIDUNG.

7. MENYAPU AIR KE SELURUH KEPALA.

8. MENYAPU AIR KE SELURUH TELINGA LUAR DAN DALAM.

9. MENYELATI JANGGUT YANG TEBAL.

10. MENYELATI JARI TANGAN DAN KAKI.

11. MENDAHULUI ANGGOTA KANAN DARI ANGGOTA KIRI.

12. MEMBASUH DAN MENYAPU SEBANYAKTIGA KALI.

13. MUWALAT ( BERTURUTAN ).

14. MEMBACA DOA SELEPAS BERWUDUK.

AMALAN SUNAT KETIKA WUDUK

Page 12: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

Cara berwuduk dengan betul dansempurna

1) Membaca :

2) Membasuh dua tangan hingga pergelangan ( 3 kali)

3) Berkumur (3 kali)

4) Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya (3 kali)

5) Menyebut lafaz niat wuduk, seperti :

6) Membasuh muka (tiga kali). Basuhan pertama

disertakan dengan niat, :

”Sahaja aku berwuduk kerana Allah Talla”.7) Membasuh tangan kanan hingga ke siku ( 3 kali), kemudianmembasuh tangan kiri hingga ke siku (3 kali)8) Menyapu sebahagian kepala dengan air (3 kali)9) Menyapu kedua-dua telinga dengan air (3 kali)10)Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali ( 3 kali), kemudianmembasuh kaki kiri hingga ke buku lali (3 kali)

Page 13: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

Membaca doa wuduk :

Ertinya :Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembahmelainkan Allah Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya danaku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba danpesuruh-Nya. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami daripadakalangan yang bertaubat, suci bersih dan jadikanlah kami daripadakalangan hamba-Mu yang soleh.

Page 14: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

1. KELUAR SESUATU SAMA ADA BENDA KERAS,

CECAIR, ATAU ANGIN DAN SEBAGAINYA DARIPADA

DUA JALAN QUBUL ATAU DUBUR.

2. HILANG INGATAN DENGAN SEBAB GILA, PENGSAN,

MABUK, PITAM ATAU TIDUR YANG TIDAK TETAP

KEDUDUKAN PUNGGUNGNYA.

3. BERSENTUH KULIT ANTARA LELAKI DAN

PEREMPUAN YANG BUKAN MAHRAMNYA DENGAN

TIDAK BERLAPIK.

4. MENYENTUH KEMALUAN (QUBUL DAN DUBUR)

DENGAN TAPAK TANGAN ATAU PERUT ANAK JARI.

SAMA ADA KEMALUAN SENDIRI ATAU ORANG LAIN.

5. MURTAD (KELUAR DARI ISLAM)

PERKARA BATAL WUDUK

Page 15: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

TAYAMMUM IALAHMENYAPU DEBU TANAHYANG BERSIH KE MUKADAN KEDUA-DUATANGAN SAMPAI KESIKU, MENGGUNAKANDEBU YANG SUCIDENGAN BEBERAPASYARAT SEBAGAIGANTI KEPADA WUDUKATAU MANDI WAJIB

Page 16: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

TAYAMMUM

1. SUDAH MASUK WAKTU SOLAT FARDU2. TIDAK MENDAPAT AIR SETELAH BERUSAHA

MENCARI3. DENGAN DEBU YANG SUCI4. TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN AIR DISEBABKAN

SAKIT5. SUCI DARI NAJIS

SEBAB-SEBAB KEUZURAN UNTUK BERTAYAMMUM

1. KETIADAAN AIR.

2. ADA AIR TETAPI TIDAK DAPAT DIGUNAKAN KERANASUKAR MENGAMBILNYA ATAU UNTUK KEGUNAAN MAKANDAN MINUM ATAU HARGANYA MAHAL.

3. SAKIT YANG MUDARAT JIKA DIGUNAKAN AIR.

SYARAT – SYARAT TAYAMMUM

Page 17: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

RUKUN DAN CARA TAYAMMUMRUKUN TAYAMMUM

CARA TAYAMMUM

1. Letakkan dua belah tangan di atas debu dan nipiskannya.2. Sapu ke muka dengan debu tersebut3. Sapu kedua-dua belah tangan sampai ke siku dengan debu4. TertibMakluman :• Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja.

• Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum

1. Niat, dengan lafaz “sahaja aku bertayammum untukmembolehkanku mengerjakan solat kerana Allah Ta’ala”.

2. Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku sekalidengan debu tanah yang suci.

3. Meratakan debu keseluruh anggota tayammum, iaitu muka dankedua-dua tangan.

4. Tertib melakukannya.

Page 18: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

PERHATIAN

1. Cara bertayammum untuk hadas kecil danhadas besar adalah sama.

2. Satu tayammum hanya untuk satu perkarawajib dan beberapa sunat.

3. Solat dengan tayammum kerana ketiadaanair tidak perlu diulangi setelah diperolehiair walaupun waktu solat itu masih ada.

Page 19: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

MANDIAN

• BAHAGIAN MANDI :– MANDI SUNATMandi yang di dahului dengan niat mandian

sunat– MANDI HARUSMandi semata-mata untuk bersihkan dan

menyejukkan badan.– MANDI WAJIB Mandi menyebabkan sahnya sesuatu ibadah

Page 20: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah :

• Haid

• Wiladah

• Nifas

• Keluar mani

• Bersetubuh ( Jimak )

• Mati selain dari mati syahid

MANDI WAJIB

Page 21: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

Cara mandi wajib adalah seperti yang berikut :1.Bersihkan badan daripada segala kekotoran2.Hilangkan segala benda yang boleh menghalang airsampai ke anggota badan3.Disunatkan berwudukSebut lafaz niat :

4.Jiruskan air ke kepala berserta niat. Niatnya ialah :”Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala

5.Jiruskan air ke kepala (tiga kali)6.Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan (tiga kali)7.Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri (tiga kali)

Cara mandi wajib yang betul dansempurna

Page 22: KEM DAKWAH 002 KEM TOHARAH ( SYARIAT BERSUCI ) - BAHAN EDARAN

8.Ratakan air ke seluruh anggota badandengan cara :

- Selati rambut, janggut dan semua bulusupaya air sampai ke kulit

- Ratakan juga air ke pelipatan dancelah anggota badan yang zahir sepertitelinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celahpaha, qubul dan dubur dalam keadaanmencangkung

Peringatan :Wuduk terlaksana sekiranya sepanjang manditidak menyentuh qubul dan dubur dan perkara-perkara lain yang membatalkan wuduk