laporan inovasi-komik

3
LAPORAN INOVASI NAMA PENSYARAH : NOR HALINA BT NOORDIN GELARAN JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI INSTITUSI : KOLEJ KOMUNITI GERIK

Upload: halina-noordin

Post on 04-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LAPORAN MENGENAI INOVASI YANG DILAKUKAN DALAM PDP

TRANSCRIPT

LAPORAN INOVASI

NAMA PENSYARAH: NOR HALINA BT NOORDINGELARAN JAWATAN: PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

INSTITUSI

: KOLEJ KOMUNITI GERIK

1. TAJUK INOVASI

Komik TeknoBB (Teknologi Baik atau Buruk)2. TUJUAN INOVASI

Tujuan inovasi adalah untuk dijadikan sumber rujukan pelajar mempelajari nilai-nilai baik semasa menggunakan teknologi maklumat3. KEADAAN SEBELUM INOVASI

Hasil daripada pemantauan yang dibuat semasa sesi perkuliahan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral 2, terdapat segelintir pelajar kurang berminat mepelajari LA2: Perkembangan Teknologi Semasa. Ini disebabkan pelajar beranggapan mereka sudah tahu kebaikan dan keburukan teknologi maklumat tanpa perlu diajar. Tambahan pula.pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Moral 2 beranggapan mereka telah mempelajari nilai-nilai baik dan etika hidup sejak dari sekolah rendah lagi dan mereka sudah cukup mahir mengenai nila-nilai tersebut.

4. MASALAH YANG DIHADAPI

Sebelum inovasi ini dilaksanakan, kaedah yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan merujuk nota pensyarah dan buku rujukan daripada pusat sumber yang berbentuk tulisan yang membosankan.. Maklumat di internet juga adalah berbentuk tulisan dan mengelirukan selain banyak maklumat dalam Bahasa Inggeris Bagi pelajar semasa menggunakan teknologi maklumat mereka sendiri adalah hakim bagi menentukan samada penggunaan teknologi maklumat yang mereka gunakan adalah baik atau buruk. Selain itu, terma-terma ICT yang mengelirukan juga mebuatkan pelajar tidak sedar semasa penggunaan teknologi maklumat mereka telah meletakkan diri mereka dalam bahaya dan melanggar etika hidup.

5. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN & LAPORAN KAJISELIDIKJusteru, komik ini dibangunkan sebagai nota tambahan bagi pelajar yang ingin mempelajari kesan teknologi kebaikan dan keburukan teknologi maklumat .Kelebihan komik ini adalah ia merupakan satu nilai tambah kepada penerangan pensyarah kerana melalui komik TeknoBB pelajar lebih dekat dengan situasi yang terjadi dalam masyarakat.Di samping itu, penggunaan terma ICT seperti spaming akan lebih jelas kerana komik ini memaparkan situasi spaming yang mungkin terjadi. Selain itu, komik ini juga disertakan dengan nilai-nilai baik yang perlu diikuti oleh pelajar bagi setiap situasi. Ia juga turut disertakan glosari dan aktiviti pelajar.Selain itu komik TeknoBB ini senang dibawa ke mana-mana sebagai panduan kepada pelajar sebelum atau semasa menggunakan teknologi maklumat.6. IMPAK DARIPADA INOVASI DIPERKENALKAN

I. Para pelajar lebih mudah memahami terma ICT yang selama ini mengelirukan mereka. Para pelajar lebih mudah memahami cara mengisi borang dengan betul.

II. Pelajar juga boleh merujuk sendiri Komik TeknoBB dan mengenalpasti samada situasi yang mereka alami adalah lebih membawa kebaikan atau keburukan tanpa perlu merujuk kepada pensyarah berulang-ulang kaliPelajar yang tidak mahir menggunakan komputer secara tidak langsung dapat membiasakan diri dengan kemudahan yang telah disediakan.

III. Pelajar juga akan lebih berhati-hati semasa menggunakan teknologi maklumat kerana sedar nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi semasa menggunakannya. Disediakan oleh:Pensyarah Kemahiran Insaniah

Disahkan oleh:

................................................................