komik i- geisya

2
RASIONAL DAN PERMASALAHAN AZLAN BIN JAAFAR NUR IFFA BINTI MD LUKMANULHAKIM NAZATUL AMILIN BINTI MOHD MUZAFFAR NURZAKIAH BINTI MD SALEH Komik i - GEISYA Sesi pdpc yang pasif, tiada teknik yang sesuai dan aktiviti yang menarik menyebabkan perasaan kebimbangan pelajar terhadap bahasa Arab yang sangat sukar dikuasai. Kebanyakan guru masih menggunakan teknik pembelajaran yang lama secara Latih tubi hafazanyang membataskan kebebasan berfikir pelajar secara kritis dan kreatif. Majoriti pelajar gagal menguasai asas bahasa Arab disebabkan kekeliruan mereka dalam penggunaan ganti nama dan pecahan kata kerja yang sesuai dan tepat. Mereka juga keliru tentang makna dan fungsi kalimah serta sukar membezakan jenis kalimah sama ada lelaki atau perempuan dan sering kali tertukar sebutan ketika bertutur. PENGENALAN Projek komik i-GEISYA adalah satu produk daripada idea inovasi teknik yang digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab melalui Teknik Gerak Interaksi Simbolik Isyarat Anggota. i-merujuk kepada idea yang bijak dan inovatif, manakala GEISYA pula adalah akronim yang memberi maksud Gerak Interaksi Simbolik Isyarat Anggota. Teknik ini diperkenalkan sejak tahun 2014 dalam modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab al-Quran di Ar Rayyan Understand Quran Academy. Teknik ini juga telah berjaya membantu orang awam yang tiada asas pengajian bahasa Arab menguasai kalimah al- Quran dan memahami maksudnya dengan lebih mudah. Pelbagai usaha penambahbaikan telah dibuat bagi memantapkan lagi keberkesanan teknik ini. Antaranya ialah penggunaan bahan bantu tambahan seperti kad carta GEISYA dengan sokongan kemudahan teknologi digital dan media komunikasi. Pelaksanaan teknik ini turut dimasukkan unsur lagu dan muzik untuk menarik para pelajar belajar bahasa Arab melalui kaedah didik hibur sesuai dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Semua usaha penambahbaikan ini telah digabungkan dalam satu produk bahan sumber pengajaran berbentuk komik yang boleh digunakan dalam PdPc di dalam kelas. RASIONAL PROJEK KOMIK i-GEISYA Emosi dan Sikap Negatif Pelajar Kaedah lama PdP Kurang Menarik Masalah Struktur kalimah Arab yang Kompleks STRATEGI PENYELESAIAN Berdasarkan permasalahan yang berlaku, maka satu tindakan perlu diambil. Pembelajaran bahasa Arab perlu diperkasakan dan diberi nafas baharu, melalui strategi pembelajaran berfokuskan murid dan bahan sumber dan alat bantu. Pendekatan gaya pembelajaran kinestetik (Pergerakan), menjadikan pelajar lebih aktif. Mereka suka memahami & mengingati sesuatu jika ia melibatkan pergerakan. Bagi mereka, pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal lebih seronok serta lebih mudah difahami dari pembelajaran yang dilakukan secara mendengar atau menonton sahaja. Mereka mahu ‘dilibatkan sekali’ dalam proses, bukannya sekadar menjadi ‘pemerhati’ proses pembelajaran berlangsung. Secara ringkasnya, mereka ini : Gemar terlibat bersama dalam proses pembelajaran melalui interaksi dan komunikasi dua hala. Menghadapi masalah dalam pembelajaran yang berfokuskan pendengaran & tontonan sahaja. Mudah faham jika ia melibatkan praktikal, simulasi, eksperimen & demonstrasi. Sukakan aktiviti luaran yang melibatkan penggunaan anggota badan. Lebih mudah memahami jika melakukan simulasi aktiviti pembelajaran. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu

Upload: others

Post on 29-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komik i- GEISYA

RASIONAL DAN PERMASALAHAN

AZLAN BIN JAAFAR

NUR IFFA BINTI MD LUKMANULHAKIM

NAZATUL AMILIN BINTI MOHD MUZAFFAR

NURZAKIAH BINTI MD SALEH

Komik i- GEISYA

Sesi pdpc yang pasif, tiada teknik yang sesuai dan aktiviti

yang menarik menyebabkan perasaan kebimbangan pelajar

terhadap bahasa Arab yang sangat sukar dikuasai.

Kebanyakan guru masih menggunakan teknik pembelajaran

yang lama secara ‘Latih tubi hafazan’ yang membataskan

kebebasan berfikir pelajar secara kritis dan kreatif.

Majoriti pelajar gagal menguasai asas bahasa Arab

disebabkan kekeliruan mereka dalam penggunaan ganti

nama dan pecahan kata kerja yang sesuai dan tepat.

Mereka juga keliru tentang makna dan fungsi kalimah serta

sukar membezakan jenis kalimah sama ada lelaki atau

perempuan dan sering kali tertukar sebutan ketika bertutur.

PENGENALAN

Projek komik i-GEISYA adalah satu produk daripada idea

inovasi teknik yang digunakan dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab melalui Teknik Gerak Interaksi

Simbolik Isyarat Anggota. i-merujuk kepada idea yang bijak

dan inovatif, manakala GEISYA pula adalah akronim yang

memberi maksud Gerak Interaksi Simbolik Isyarat Anggota.

Teknik ini diperkenalkan sejak tahun 2014 dalam modul

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab al-Quran di Ar

Rayyan Understand Quran Academy.

Teknik ini juga telah berjaya membantu orang awam

yang tiada asas pengajian bahasa Arab menguasai kalimah al-

Quran dan memahami maksudnya dengan lebih mudah.

Pelbagai usaha penambahbaikan telah dibuat bagi

memantapkan lagi keberkesanan teknik ini. Antaranya ialah

penggunaan bahan bantu tambahan seperti kad carta GEISYA

dengan sokongan kemudahan teknologi digital dan media

komunikasi. Pelaksanaan teknik ini turut dimasukkan unsur

lagu dan muzik untuk menarik para pelajar belajar bahasa

Arab melalui kaedah didik hibur sesuai dengan keperluan

pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Semua usaha

penambahbaikan ini telah digabungkan dalam satu produk

bahan sumber pengajaran berbentuk komik yang boleh

digunakan dalam PdPc di dalam kelas.

RA

SIO

NA

L P

RO

JE

K

KO

MIK

i-G

EIS

YA

Emosi dan Sikap Negatif Pelajar

Kaedah lama PdP Kurang Menarik

Masalah Struktur kalimah Arab yang Kompleks

STRATEGI PENYELESAIAN

Berdasarkan permasalahan yang berlaku, maka satu tindakan perlu diambil. Pembelajaran bahasa

Arab perlu diperkasakan dan diberi nafas baharu, melalui strategi pembelajaran berfokuskan murid

dan bahan sumber dan alat bantu. Pendekatan gaya pembelajaran kinestetik (Pergerakan),

menjadikan pelajar lebih aktif. Mereka suka memahami & mengingati sesuatu jika ia melibatkan

pergerakan. Bagi mereka, pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal lebih seronok serta lebih

mudah difahami dari pembelajaran yang dilakukan secara mendengar atau menonton sahaja.

Mereka mahu ‘dilibatkan sekali’ dalam proses, bukannya sekadar menjadi ‘pemerhati’ proses

pembelajaran berlangsung. Secara ringkasnya, mereka ini :

Gemar terlibat bersama dalam proses pembelajaran melalui interaksi dan komunikasi dua hala.

Menghadapi masalah dalam pembelajaran yang berfokuskan pendengaran & tontonan sahaja.

Mudah faham jika ia melibatkan praktikal, simulasi, eksperimen & demonstrasi.

Sukakan aktiviti luaran yang melibatkan penggunaan anggota badan.

Lebih mudah memahami jika melakukan simulasi aktiviti pembelajaran.

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,

Kuala Nerus, Terengganu

Page 2: Komik i- GEISYA

PERLUASAN DAN KOMERSIAL

KEBERKESANAN DAN IMPAK

Telah didaftarkan sebagai Hakcipta dengan Perbadanan

Harta Intelek Malaysia (MyIPO). No. LY2019003640.

Diperluaskan penggunaannya ke sekolah-sekolah di

Terengganu melalui program kerjasama bersama Jabatan

Pendidikan Negeri Terengganu

Kaloborasi dengan pusat pengajian swasta, dimasukkan

dalam modul pembelajaran Bahasa Arab dan al-Quran.

sejak tahun 2014 di Ar Rayyan Understand Quran

Academy.

Pengenalan kepada teknik dan kaedah pengajaran yang

baharu amat diperlukan oleh pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia bagi merealisasikan pembelajaran

Abad ke-21 (PAK21) dalam Era Revolusi Industri 4.0.

Projek ini boleh memberi manfaat kepada para pelajar,

guru dan orang awam pada semua peringkat pendidikan.

Penambahbaikan dibuat berasaskan Kajian dan

penyelidikan pendidikan di sekolah ketika latihan

praktikum.

Komik i-GEISYA sedang dalam proses penerbitan untuk

dicetak dan dijual ke pasaran sekolah-sekolah seluruh

negara.

Projek ini telah mendapat sokongan penuh daripada

pengurusan tertinggi IPGKDRI dan Jabatan Pendidikan.

PENGGUNAAN KOMIK i-GEISYA

Bertindak sebagai satu bahan sumber yang kreatif dan menarik.

Digunakan dalam kelas untuk membantu pelaksanaan teknik

GEISYA secara lebih efektif dan mencapai objektif PdPc.

Aplikasi teknik bersama iringan muzik dan lagu, untuk

menghasilkan penguasaan yang cepat dan ingatan yang kukuh

tanpa perlu menghafaz secara lisan.

Memberikan tafsiran makna yang segera dan spontan selari

dengan gerakan anggota badan.

Komik ini telah menggabungkan gaya pembelajaran Visual

Auditori dan Kinestetik yang diperkenalkan oleh Fernald, Keller,

Orton, Gillingham, Stillman dan Montessori (1920).

Bagi visual verbal, pelajar akan lebih menunjukkan minat

terhadap maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk visual

dan bertulis pada kad informatif GEISYA.

Gaya visual bukan verbal pula lebih menunjukkan minat

terhadap maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk

gambar atau format reka bentuk seperti animasi komik.

Sesuai diaplikasikan untuk semua peringkat pendidikan dan

tahap pelajar.

Para guru mengaplikasikan medium pengajaran secara digital

dalam bentuk persembahan aplikasi PREZI, Komik Animasi,

Kad GEISYA Serta kuiz berbentuk KAHOOT dan GOOGLE

FORM yang digabungkan dalam GOOGLE CLASSROOM.

PEMENANG ANUGERAH EMAS INTERNATIONAL LEARNING INNOVATION COMPETITION

2019 DAN BERJAYA SEBAGAI FINALIS BAGI ANUGERAH KHAS AKRI 2019

Set Induksi Lafaz ucapansalam

Fokus kepadagantinama dalam

salam

Langkah 1 Penerangantajuk

Penilaian lisan dan kuiz

Langkah 2Aplikasi teknik

GEISYADemonstrasi

guruSimulasi pelajar dengan

bantuan kad GEISYA

Langkah 3Aktiviti dalamkumpulan dan

pasangan

Latih tubidan amali

Simulasi danpengukuhan

Penilaian

PenutupPenyampaian

hasil olehpelajar

Pengulangankandungan pelajaran

Latihan pengukuhansusulan

Langkah-langkah pelaksanaan inovasi dalam PdP

ASPEK

PENILAIANSEBELUM SELEPAS

KEADAAN KELAS Pasif

Kurang bermotivasi

Komunikasi sehala

Aktif

Bermotivasi

Lebih ceria

Berlaku interaksi antara

guru dan pelajar

KAEDAH DAN

TEKNIK PdP

Tradisional

Pengulangan teknik rutin

yang membosankan

Kaedah dibuat

penambahbaikan melalui

aplikasi teknik yang kreatif,

lebih menarik dan berkesan

AKTIVITI Berpusatkan guru

Tiada penyertaan dan

interaksi daripada pelajar

Aktiviti terhad

Berpusatkan pelajar dan

bahan pelajaran

Aktiviti pelbagai variasi

rangsangan

SIKAP DAN

EMOSI

Negatif

Tidak berminat

Tiada interaksi antara

guru dan pelajar

Bersikap positif

Belajar dengan seronok dan

santai

Bermotivasi dan tiada

kebimbangan

HASIL

PEMBELAJARAN

Sukar dicapai

Lemah dalam

penguasaan asas

kalimah arab

Dapat dicapai dengan

mudah

Penguasaan lebih mudah

Dicapai dalam masa yang

singkat