laporan bank dunia doing business (db) 2019: nbd meningkat...

1
HARI SABTU 3 NOVEMBER 2018 28 NASIONAL Siaran Akhbar dan Grafik : Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian Laporan Bank Dunia Doing Business (DB) 2019: NBD meningkat ke tangga ke-55 BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Oktober. - Menurut Laporan Bank Dunia Doing Business (DB) 2019, yang mengukur tahap kecekapan dan pengawalseliaan perniagaan tempatan dalam kalangan 190 negara di seluruh dunia; Negara Brunei Darussalam kini berada di kedudukan ke-55, dengan peningkatan skor Ease of Doing Business (EODB) yang sebelum ini dinamakan sebagai skor Distance to Frontier (DTF), iaitu sebanyak 72.03 daripada 100 dan mempunyai peningkatan skor EODB dalam empat buah petunjuk, seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1. Setiap kemajuan ke arah agenda reformasi itu sentiasa dipantau melalui Jawatankuasa Pandu EODB, yang dipengerusikan oleh Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, dan diterajui oleh Champion Groups dari jabatan- jabatan dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Kesihatan, Kementerian Perhubungan, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dan Darussalam Enterprise (DARe). Negara-negara yang menduduki tangga 10 teratas dalam Laporan DB 2019, mengikut kedudukan adalah New Zealand, Singapura, Denmark, Hong Kong, Republik Korea, Georgia, Norway, United States, United Kingdom dan Macedonia. Di rantau ASEAN pula, hanya Malaysia dan Negara Brunei Darussalam mencatatkan peningkatan kedudukan, di mana negara masih lagi mengekalkan kedudukannya di tangga ke-4 teratas, di bawah Singapura (2), Malaysia (15) dan Thailand (27); dan diikuti oleh Viet Nam (69), Indonesia (73), Filipina (124), Kemboja (138), Laos (154) dan Myanmar (171) (seperti Rajah 2). Sementara itu, di rantau Asia-Pasifik pula, negara menduduki kedudukan ke-13, di bawah Republik Korea yang menduduki kedudukan ke-4, Taiwan ke-5, Jepun ke-11, Cina ke-12 dan mendahului India yang berada di kedudukan ke-18, seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 3. Menurut laporan tersebut, negara telah menunjukkan peningkatan dalam skor EODB bagi petunjuk Getting Credit (1), Starting a Business (16), Getting Electricity (31) dan Paying Taxes (84) (lihat Rajah 1). Bagi petunjuk Getting Credit, yang diketuai oleh AMBD, dengan mengenalkan Credit Scoring (CS), negara telah dicatatkan sebagai negara yang terbaik di dunia yang setanding dengan New Zealand, iaitu dari segi tahap mekanisme laporan kredit serta maklumat peminjam secara amnya. Ini adalah hasil daripada skor kredit yang ditawarkan oleh biro kredit kepada bank-bank bagi membantu mereka membuat keputusan mengenai pemberian pinjaman, yang mana juga membantu mempercepatkan proses bagi peniaga untuk mendapatkan sokongan kewangan. Bagi petunjuk Starting A Business, penambahbaikan kepada sistem online Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan (ROCBN) oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, yang menggabungkan prosedur penempahan nama dan penubuhan syarikat menjadi satu langkah dan juga pindaan ke atas perintah Stamp Act, yang meniadakan keperluan bagi peniaga untuk ke kaunter bagi mengesahkan Memorandum and Articles of Association dan Share Certificates telah menyumbang kepada peningkatan signifikan iaitu sebanyak 42 anak tangga dan meletakkan petunjuk Starting A Business di golongan Top 20 di dunia. Manakala bagi petunjuk Getting Electricity, yang diketuai oleh Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, penyelarasan proses bagi mendapatkan kebenaran penyambungan elektrik melalui pengurangan masa dan kos juga telah meningkatkan skor EODB bagi petunjuk Getting Electricity dalam laporan tahun ini. Petunjuk Paying Taxes, yang juga diketuai oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, telah meningkat sebanyak 20 anak tangga, hasil pencapaian penggunaan e-Amanah sebanyak 100%. Reformasi ini telah berjaya mengurangkan masa dan jumlah bagi pembayaran Tabung Amanah Pekerja (TAP). Di sebalik penambahbaikan di dalam proses-proses kerajaan dalam kesemua petunjuk, terdapat juga petunjuk yang mengalami penurunan kedudukan, yang disebabkan oleh kadar pelaksanaan reformasi yang lebih pesat oleh negara-negara lain, seperti petunjuk Getting Electricity (31), Dealing with Construction Permits (55), Registering Property (142), Trading Across Borders (149), Protecting Minority Investors (48), Enforcing Contracts (67) dan Resolving Insolvency (64). Dalam hubungan ini, InsyaaAllah, Negara Brunei Darussalam akan terus meningkatkan usaha, di samping terus melaksanakan inisiatif pembaharuan yang efektif dan inovatif terhadap dasar-dasar dan peraturan perniagaan dalam meningkatkan lagi kedudukan negara bagi petunjuk-petunjuk tersebut mengambil kira negara-negara lain juga sedang berusaha gigih memperbaiki ekosistem perniagaan mereka. Selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) Ke-12 yang berlangsung di Belgium baru-baru ini, kedayatahanan ekonomi adalah bergantung kepada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan teknologi digital bagi menembusi pasaran baharu dan berdagang merentasi sempadan, penyertaan dalam rangkaian nilai global untuk meningkatkan produktiviti dan peluang, dan mendukung inisiatif kerajaan bagi memudahcara pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan EODB. Sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, terdapat peningkatan yang signifikan dalam kedudukan DB di mana Negara Brunei Darussalam telah meningkat sebanyak 50 anak tangga dari kedudukan ke-105 pada edisi Laporan DB 2015 dan melonjak naik ke kedudukan ke-55 dalam edisi tahun ini. Ini mencerminkan komitmen Kerajaan Kebawah DYMM terhadap kepelbagaian dan pertumbuhan ekonomi negara melalui penambahbaikan ekosistem perniagaan. Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga telah meningkatkan kedudukannya dalam laporan World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness Report sebanyak dua anak tangga dan berada di kedudukan ke-62 di kalangan 140 negara di mana negara telah menunjukkan peningkatan dalam lima petunjuk yang berkaitan dengan EODB iaitu 'Efficiency of Clearance Process', 'Ease of Hiring Foreign Labour', 'Financing of SMEs', 'Growth of Innovative Companies', 'Insolvency Recovery Rate', 'Attitudes toward Entrepreneurial Risk' serta 'Companies Embracing Disruptive Ideas'. Ke arah mencapai peningkatan kedudukan secara konsisten dalam indeks DB itu, kerjasama, komitmen dan ketelusan dari kedua-dua sektor awam dan swasta adalah penting bagi meneruskan kejayaan dalam memastikan persekitaran yang pro-bisnes, sejajar dengan Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035. Sekretariat EODB, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sedang giat mengadakan bengkel bagi mengumpul maklum balas daripada komuniti perniagaan dari pelbagai industri demi memperbaiki dan menyelaraskan proses-proses dan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan perniagaan. Dalam mempromosikan ketelusan maklumat kerajaan mengenai ekosistem perniagaan, para peniaga boleh melayari laman sesawang businessBN di www.business.gov.bn untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat mengenai proses-proses kerajaan yang berkaitan dengan memulakan, menjalankan dan mengembangkan perniagaan.

Upload: others

Post on 13-Jun-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bank Dunia Doing Business (DB) 2019: NBD meningkat ...business.gov.bn/SiteCollectionDocuments/DB2019... · Bagi petunjuk Getting Credit, yangdiketuaiolehAMBD,dengan mengenalkan

HARI SABTU 3 NOVEMBER 201828 NASIONAL

Siaran Akhbar dan Grafik : Kementerian Tenaga(Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian

Laporan Bank Dunia Doing Business (DB) 2019:

NBD meningkatke tangga ke-55

BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 31 Oktober. - MenurutLaporan Bank Dunia DoingBusiness (DB) 2019, yangmengukur tahap kecekapandan pengawalseliaan perniagaantempatan dalam kalangan 190negara di seluruh dunia; NegaraBrunei Darussalam kini beradadi kedudukan ke-55, denganpeningkatan skor Ease of DoingBusiness (EODB) yang sebelumini dinamakan sebagai skorDistance to Frontier (DTF), iaitusebanyak 72.03 daripada 100 danmempunyai peningkatan skorEODB dalam empat buahpetunjuk, seperti yang dinyatakandalam Rajah 1.

Setiap kemajuan ke arah agendareformasi itu sentiasa dipantaumelalui Jawatankuasa PanduEODB, yang dipengerusikanoleh Menteri Tenaga (Tenagadan Tenaga Manusia) danPerindustrian, dan diterajui olehChampion Groups dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri(JPM), Kementerian Kewangandan Ekonomi, Kementerian HalEhwal Dalam Negeri (KHEDN),Kementerian Sumber-sumberUtama dan Pelancongan (KSSUP),Kementerian Pembangunan,Kementerian Hal Ehwal Ugama(KHEU), Kementerian Kesihatan,Kementerian Perhubungan,Autoriti Monetari BruneiDarussalam (AMBD) danDarussalam Enterprise (DARe).

Negara-negara yang mendudukitangga 10 teratas dalam LaporanDB 2019, mengikut kedudukanadalah New Zealand, Singapura,Denmark, Hong Kong, RepublikKorea, Georgia, Norway, United

States, United Kingdom danMacedonia.

Di rantau ASEAN pula, hanyaMalaysia dan Negara BruneiDarussalam mencatatkanpeningkatan kedudukan, di mananegara masih lagi mengekalkankedudukannya di tangga ke-4teratas, di bawah Singapura (2),Malaysia (15) dan Thailand (27);dan diikuti oleh Viet Nam (69),Indonesia (73), Filipina (124),Kemboja (138), Laos (154)dan Myanmar (171) (sepertiRajah 2).

Sementara itu, di rantauAsia-Pasifik pula, negaramenduduki kedudukan ke-13,di bawah Republik Korea yangmenduduki kedudukan ke-4,Taiwan ke-5, Jepun ke-11,Cina ke-12 dan mendahuluiIndia yang berada di kedudukanke-18, seperti yang dapat dilihatdalam Rajah 3.

Menurut laporan tersebut,negara telah menunjukkanpeningkatan dalam skor EODBbagi petunjuk Getting Credit (1),Starting a Business (16), GettingElectricity (31) dan PayingTaxes (84) (lihat Rajah 1).

Bagi petunjuk Getting Credit,yang diketuai oleh AMBD, denganmengenalkan Credit Scoring (CS),negara telah dicatatkan sebagainegara yang terbaik di dunia yangsetanding dengan New Zealand,iaitu dari segi tahap mekanismelaporan kredit serta maklumatpeminjam secara amnya.

Ini adalah hasil daripada skorkredit yang ditawarkan oleh birokredit kepada bank-bank bagimembantu mereka membuatkeputusan mengenai pemberianpinjaman, yang mana juga

membantu mempercepatkanproses bagi peniaga untukmendapatkan sokongankewangan.

Bagi petunjuk Starting ABusiness, penambahbaikan kepadasistem online PendaftaranSyarikat-syarikat dan Nama-namaPerniagaan (ROCBN) olehKementerian Kewangan danEkonomi, yang menggabungkanprosedur penempahan nama danpenubuhan syarikat menjadi satulangkah dan juga pindaan ke atasperintah Stamp Act, yangmeniadakan keperluan bagipeniaga untuk ke kaunter bagimengesahkan Memorandum andArticles of Association dan ShareCertificates telah menyumbangkepada peningkatan signifikaniaitu sebanyak 42 anak tanggadan meletakkan petunjuk StartingA Business di golongan Top 20di dunia.

Manakala bagi petunjukGetting Electricity, yang diketuaioleh Kementerian Tenaga(Tenagadan Tenaga Manusia) danPerindustrian, penyelarasan prosesbagi mendapatkan kebenaranpenyambungan elektrik melaluipengurangan masa dan kosjuga telah meningkatkan skorEODB bagi petunjuk GettingElectricity dalam laporantahun ini.

Petunjuk Paying Taxes, yangjuga diketuai oleh KementerianKewangan dan Ekonomi, telahmeningkat sebanyak 20 anaktangga, hasil pencapaianpenggunaan e-Amanah sebanyak100%. Reformasi ini telah berjayamengurangkan masa dan jumlahbagi pembayaran Tabung AmanahPekerja (TAP).

Di sebalik penambahbaikandi dalam proses-proses kerajaandalam kesemua petunjuk, terdapatjuga petunjuk yang mengalamipenurunan kedudukan, yangdisebabkan oleh kadarpelaksanaan reformasi yang lebihpesat oleh negara-negara lain,seperti petunjuk GettingElectricity (31), Dealing withConstruction Permits (55),Registering Property (142),Trading Across Borders (149),Protecting Minority Investors (48),Enforcing Contracts (67) danResolving Insolvency (64).

Dalam hubungan ini,

InsyaaAllah, Negara BruneiDarussalam akan terusmeningkatkan usaha, di sampingterus melaksanakan inisiatifpembaharuan yang efektif daninovatif terhadap dasar-dasar danperaturan perniagaan dalammeningkatkan lagi kedudukannegara bagi petunjuk-petunjuktersebut mengambil kiranegara-negara lain juga sedangberusaha gigih memperbaikiekosistem perniagaan mereka.

Selaras dengan titah KebawahDuli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara BruneiDarussalam pada Sesi PlenariSidang Kemuncak Asia-Eropah(ASEM) Ke-12 yang berlangsungdi Belgium baru-baru ini,kedayatahanan ekonomi adalahbergantung kepada keupayaannyauntuk menyesuaikan diridengan teknologi digital bagimenembusi pasaran baharu danberdagang merentasi sempadan,penyertaan dalam rangkaiannilai global untuk meningkatkanproduktiviti dan peluang, danmendukung inisiatif kerajaanbagi memudahcara pertumbuhanekonomi melalui peningkatanEODB.

Sepanjang tempoh lima tahunyang lalu, terdapat peningkatanyang signifikan dalam kedudukanDB di mana Negara BruneiDarussalam telah meningkatsebanyak 50 anak tangga darikedudukan ke-105 pada edisiLaporan DB 2015 dan melonjaknaik ke kedudukan ke-55 dalamedisi tahun ini.

Ini mencerminkan komitmenKerajaan Kebawah DYMMterhadap kepelbagaian danpertumbuhan ekonomi negaramelalui penambahbaikanekosistem perniagaan.

Selain itu, Negara BruneiDarussalam juga telahmeningkatkan kedudukannyadalam laporan World EconomicForum (WEF) GlobalCompetitiveness Report sebanyakdua anak tangga dan berada dikedudukan ke-62 di kalangan 140negara di mana negara telahmenunjukkan peningkatan dalamlima petunjuk yang berkaitandengan EODB iaitu 'Efficiency ofClearance Process', 'Ease of HiringForeign Labour', 'Financing ofSMEs', 'Growth of InnovativeCompanies', 'Insolvency RecoveryRate', 'Attitudes towardEntrepreneurial Risk' serta'Companies EmbracingDisruptive Ideas'.

Ke arah mencapai peningkatankedudukan secara konsistendalam indeks DB itu, kerjasama,komitmen dan ketelusan darikedua-dua sektor awam danswasta adalah penting bagimeneruskan kejayaan dalammemastikan persekitaran yangpro-bisnes, sejajar denganWawasan Negara BruneiDarussalam 2035.

Sekretariat EODB, dengankerjasama agensi-agensi kerajaandan bukan kerajaan, sedanggiat mengadakan bengkel bagimengumpul maklum balasdaripada komuniti perniagaandari pelbagai industri demimemperbaiki dan menyelaraskanproses-proses dan peraturan-peraturan yang berkaitan denganperniagaan.

Dalam mempromosikanketelusan maklumat kerajaanmengenai ekosistem perniagaan,para peniaga boleh melayarilaman sesawang businessBNdi www.business.gov.bn untukmengetahui lebih lanjuttentang maklumat mengenaiproses-proses kerajaan yangberkaitan dengan memulakan,menjalankan dan mengembangkanperniagaan.