info bagi siaran mediamprt.gov.bn/sitecollectiondocuments/press release...nov 05, 2017  · majlis...

4
Mukasurat 1 / 4 SIARAN AKHBAR PERLAWANAN TARIK KALAT JUBLI EMAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA 15 Safar 1439H bersamaan 5 November 2017 Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas sempena sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta telah di adakan pada Hari Ahad, 16 Safar 1439 Hijrah bersamaan dengan 5 November 2017 Masehi di kawasan Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong. Perlawanan tarik kalat ini adalah merupakan sebagai salah satu acara sampingan bersempena dengan sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam. Hadir bagi menyaksikan perlawanan peringkat akhir tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah YM Dr Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, yang hadir sebagai wakil kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam, Tetamu Kehormat bagi perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas tersebut. Turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut antaranya ialah YM Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong, serta pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan orang ramai. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan doa selamat. Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Awg Malcom Lim, Timbalan Presiden Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam, bagi mewakili Ahli Jawatankuasa Kerja Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas.

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFO BAGI SIARAN MEDIAmprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE...Nov 05, 2017  · Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan

Mukasurat 1 / 4

SIARAN AKHBAR

PERLAWANAN TARIK KALAT JUBLI EMAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA

15 Safar 1439H bersamaan 5 November 2017 Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas sempena sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta telah di adakan pada Hari Ahad, 16 Safar 1439 Hijrah bersamaan dengan 5 November 2017 Masehi di kawasan Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong. Perlawanan tarik kalat ini adalah merupakan sebagai salah satu acara sampingan bersempena dengan sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam. Hadir bagi menyaksikan perlawanan peringkat akhir tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah YM Dr Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, yang hadir sebagai wakil kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam, Tetamu Kehormat bagi perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas tersebut. Turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut antaranya ialah YM Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong, serta pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan orang ramai. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan doa selamat. Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Awg Malcom Lim, Timbalan Presiden Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam, bagi mewakili Ahli Jawatankuasa Kerja Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas.

Page 2: INFO BAGI SIARAN MEDIAmprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE...Nov 05, 2017  · Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan

Mukasurat 2 / 4

Seterusnya wakil Tetamu kehormat dikenalkan kepada para peserta Tarik Kalat yang mengambil bahagian di perlawanan tersebut. Sejumlah 12 pasukan yang ikut bertanding dalam perlawanan tarik kalat Jubli Emas ini yang mana 10 pasukan daripadanya adalah pasukan tempatan manakala 2 pasukan lagi adalah dari negara singapura. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang perlawanan tarik kalat Jubli Emas yang disampaikan oleh wakil Tetamu Kehormat. Johan bagi acara tarik kalat sempena sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta di sandang oleh pasukan “Singapore B” yang menerima hadiah wang tunai sebanyak $2,000.00; piala iringan dan sijil penyertaan. Johan juga membawa pulang piala rebutan yang disumbangkan oleh Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam. Naib Johan jatuh kepada pasukan “EWC Tug of War” yang menerima hadiah wang tunai sebanyak $1,500.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat Ketiga jatuh kepada pasukan “Chainblock B” yang menerima hadiah wang tunai sebanyak $1,000.00, piala iringan dan sijil penyertaan; dan Tempat Keempat jatuh kepada pasukan “Chainbolck A” yang menerima hadiah wang tunai sebanyak $400.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Sijil penyertaan juga diberikan kepada semua pasukan-pasukan yang turut serta dalam perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas ini. /TAMAT Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Tarik Kalat Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaki Takhta 15 Safar 1439H / 5 November 2017

Page 3: INFO BAGI SIARAN MEDIAmprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE...Nov 05, 2017  · Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan

Mukasurat 3 / 4

UCAPAN ALU-ALUAN YANG DISAMPAIKAN OLEH YANG MULIA AWG MALCOM LIM, TIMBALAN PRESIDEN PERSATUAN TARIK KALAT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, BAGI MEWAKILI AHLI JAWATANKUASA KERJA

PERLAWANAN TARIK KALAT JUBLI EMAS PADA 15 SAFAR 1439H / 5 NOVEMBER 2017 BERTEMPAT DI KAWASAN PADANG SEKOLAH RENDAH MUDA HASHIM TUTONG.

Page 4: INFO BAGI SIARAN MEDIAmprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE...Nov 05, 2017  · Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan

Mukasurat 4 / 4