perasmian jambatan sungai kebun, dan...

90

Upload: nguyendang

Post on 12-May-2018

311 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 2: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, PERARAKAN KAPAL-KAPAL DAN

PERAHU-PERAHU BERHIASDAN PERTUNJUKAN BUNGA API

Page 3: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 4: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Page 5: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 6: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja IsteriPengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha

Pengiran Anak Haji Mohamed AlamD.K.M.B., D.K., Knight Grand Cross (First Class) of The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand),

Member of The Royal Order of The Seraphim (Sweden), The Bejewelled Grand Cordon of Renaissance (Jordon), Grand Cross of The Netherlands – G.K.N.L., (Netherlands), Bintang Mahaputera Adipurna (Republik Indonesia), Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea), The Order of Princess Olha, First Class (Ukraine),

D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kelantan), P.H.B.S

Page 7: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 8: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

ATURCARA

Page 9: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 10: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

3

ATURCARAPERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN,

PERARAKAN KAPAL-KAPAL DAN PERAHU-PERAHU BERHIASDAN PERTUNJUKAN BUNGA APISEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDASULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

MENAIKI TAKHTA

07.30 malam : Jemputan Hadir. 08.00 malam : Ketibaan Pembesar-Pembesar Negara. 08.30 malam : Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam beserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian dan Acara-Acara Daerah/ Mukim dan Jawatankuasa Sektoral Perasmian dan Peringatan Kenang-Kenangan beserta isteri masing-masing.

: Sembah Alu-Aluan oleh Yang Berhormat Pehin

Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian dan Acara-Acara Daerah / Mukim.

Page 11: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

4

: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bintiAl-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Datin bagi menyempurnakan perasmian Jambatan Sungai Kebun.

: Persembahan Bunga Api.

: Acara Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias di Sungai Brunei bermula.

: Persembahan Bunga Api.

: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bintiAl-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam beserta Kerabat Diraja berangkat meninggalkan majlis.

Page 12: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

HURAIANJAMBATAN SUNGAI KEBUN

Page 13: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 14: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

7

JAMBATAN SUNGAI KEBUN

Dalam Rancangan Kemajuan Ke-10, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan telah mencapai satu lagi kejayaan dengan terbinanya Jambatan pertama ‘Cable Stayed Bridge’ di negara ini. Jambatan sepanjang 622 meter yang menyeberangi Sungai Bruneidan merupakan salah satu lagi mercu tanda Negara BruneiDarussalam di mata dunia. Tambahan pula, jambatan ini tersergam indah di satu kawasan strategik iaitu Kampong Ayer yang merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara dan merupakan Tapak Warisan Kebudayaan Brunei.

Peletakan batu asas bagi projek pembinaan jambatan penghubung dari Jalan Residency menyeberangi Sungai Brunei ke Kampung Sungai Kebun telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada 16 Januari 2014.

Jambatan ini direkabentuk berlandaskan calak kebruneian dengan menerapkan ciri-ciri keislaman dan lambang kedaulatan Negara seperti bentuk panji-panji dan kubah replika dari kubah Masjid Omar ‘Ali Saifuddien diletakkan di atas struktur pylon setinggi 157 meter. Rekabentuk ketinggian Pylon 157 meter ini adalah mengambil sukut tarikh keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu 15 Julai.

Projek ini dianugerahkan kepada Syarikat Swee Sendirian Berhad sebuah syarikat tempatan dengan usahasama dengan syarikat dari Korea Daelim Industrial Company Limited dan TRC.

Objektif utama projek ini adalah untuk menghubungkan Kampung Sungai Kebun dan Jalan Residency di kawasan Bandar Seri Begawan dan mengurangkan kesesakan lalulintas di sepanjang jalan Tutong.

Page 15: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

8

Di samping itu, jambatan penghubung ini juga memendekkan waktu perjalanan dengan melalui jambatan ini ke persimpangan Kampung Tarap Bau memakan lebih kurang lima (5) minit sementara perjalanan menuju ke Kampung Lumapas memakan masa kira-kira sepuluh (10) minit sahaja.

Terbinanya jambatan ini akan meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan, mencapai kemajuan yang mampan sekaligus mewujudkan peluang perniagaan terutamanya di kawasan Bandar secara tidak langsung untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi untuk Negara Brunei Darussalam secara keseluruhannya.

Page 16: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

PERARAKANKAPAL-KAPAL DANPERAHU-PERAHU

BERHIAS

Page 17: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 18: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

11

PERARAKAN KAPAL-KAPAL DAN PERAHU-PERAHU BERHIAS

Perarakan di air yang bermula dari Kampung Tamoi Ujong hingga ke Jambatan Sungai Kebun ini menyerikan lagi majlis perasmian dengan melibatkan sejumlah 39 penyertaan di mana 28 penyertaan adalah bagi kategori kapal dan 11 penyertaan bagi kategori perahu.

Perarakan ini dibukakan penyertaannya kepada orang ramai termasuk Agensi-Agensi Kerajaan, Syarikat-Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan, Majlis-Majlis Perundingan Mukim / Kampung di Negara Brunei Darussalam.

Antara ciri-ciri rekabentuk hiasan yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

• Pencapaian kemajuan sepanjang pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;• Menepati adat istiadat, protokol, tatasusila, nilai serta tidak mempunyai maksud yang negatif;• Perkembangan teknologi, pendidikan, ekonomi dan kesukanan;• Mendukung dan merealisasikan ciri-ciri keislaman seperti MIB dan kebudayaan; dan• Penglibatan Negara Brunei Darussalam serantau dan antarabangsa (Negara Brunei Darussalam di peta dunia).

Sebanyak dua (2) kategori dipertandingkan iaitu kategori kapal dan kategori perahu. Bagi kategori kapal ianya hendaklah mempunyai panjang melebihi 10 meter; draf kapal tidak melebihi tiga (3) meter dan tinggi kapal pula tidak melebihi 11 meter (airdraft). Kemudian bagi kategori perahu pula panjangnya hendaklah tidak melebihi 10 meter.

Penghakiman adalah berdasarkan kepada rekabentuk, kreativiti, inovasi dan kombinasi cahaya lampu. Setiap kategori menawarkan hadiah kepada pemenang tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan dua (2) hadiah bagi pemenang saguhati.

Page 19: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 20: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

LALUANPERARAKAN KAPAL-KAPAL

DAN PERAHU-PERAHU BERHIAS

Page 21: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 22: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 23: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 24: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

HURAIAN PARA PESERTAKAPAL DAN PERAHU BERHIAS

Page 25: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 26: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

19

PESERTA PERARAKAN KAPAL-KAPAL DAN PERAHU-PERAHU BERHIAS

Kategori Kapal:

1. Jabatan Perdana Menteri2. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan3. Kementerian Perhubungan4. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan5. Daelim Industrial Co. Ltd. JV Swee Sendirian Berhad6. AIFA Sendirian Berhad7. Baiduri Bank Group8. Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD)9. Bank of China (Hongkong) Limited10. Butra Heidelberg Cement Sendirian Berhad11. Captain Fred’s Fishing Charters12. Chinese Enterprises Association in Brunei13. D’Sunlit Sendirian Berhad14. Fu Zhou Shiyyi Association15. Golden Corporation Sendirian Berhad16. Hengyi (B) Industries Sendirian Berhad17. Hua Ho Agricultural Farm18. Interhill Industries Sendirian Berhad (MV Seri Anna)19. LSL Sendirian Berhad20. Masyarakat Tiong Hwa21. Muara Port Company Sendirian Berhad22. NBT (Brunei) Sendirian Berhad (Lexus)23. NBT (Brunei) Sendirian Berhad (Toyota)24. Sahid Sendirian Berhad25. Sha-Zan Marine Sendirian Berhad26. Syarikat-Syarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV) dan BGC27. Telekom Brunei Berhad (TELBRU)28. Times Square Shopping Centre

Kategori Perahu:

29. Kementerian Kewangan30. Kementerian Pendidikan31. Kementerian Hal Ehwal Ugama32. Kementerian Pembangunan33. Kementerian Kesihatan34. Gabungan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara35. Institusi Mukim dan Kampung Daerah Belait36. Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong, Daerah Tutong37. Gabungan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong38. China State Construction and Engineering Corporation39. Ken and Tan Sendirian Berhad

Page 27: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

20

PESERTA KAPAL-KAPAL DAN PERAHU-PERAHU BERHIAS

1. Jabatan Perdana Menteri

Kapal berhias Jabatan Perdana Menteri, menggambarkan pembangunan pesat di Negara Brunei Darussalam yang diterajui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menerajui pembangunan negara ini.

Baginda telah mempelopori berbagai projek-projek pembangunan sosio-ekonomi untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dengan berteraskan Melayu Islam Beraja (MIB). Berkat kepimpinan yang berdaulat, permodenan negara dapat dicapai selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Page 28: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

21

2. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Visi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan adalah“Ke arah Pertumbuhan Pesat Keluaran Industri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Sehingga Mampu Menyumbang Kepada Pertumbuhan Ekonomi Demi Mencapai Wawasan Brunei 2035”.

Melalui visi tersebut, aspirasi kementerian ini adalah supaya pertumbuhan keluaran daripada pertanian, perikanan, perhutanan dan pelancongan di negara ini dapat dipercepatkan dan dipertingkatkan bagi membantu menjana pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negara Brunei Darussalam dan juga bagi mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.

Ke arah itu, kementerian ini senantiasa memberi penekanan kepada pertumbuhan keluaran; peningkatan produktiviti; peningkatan eksport dan berdaya tahan.

Page 29: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

22

3. Kementerian Perhubungan

I. Kementerian Perhubungan mempersembahkan ‘KayuhanSemangat’ hasil rekaan dan buatan tangan oleh pasukan petukang-petukang daripada Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Perhubungan.

II. Rekaan ini melambangkan keazaman menuju ke arah reformasidalam sektor maritim. Ini selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melihat perubahan dan anjakan paradigma ‘paradigm shift’ bagi membuka lagi peluang-peluang perdagangan kepada pelabur tempatan dan luar negara.

III. Pada menjunjung titah Baginda, Pihak Berkuasa Maritim danPelabuhan Brunei Darussalam atau Maritime and Port Authority (MPA) of Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada 28 September 2017 akan berperanan untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi pertumbuhan sektor maritim dan menyumbang kepada kemajuan, kemakmuran dan perkembangan ekonomi Negara.

Page 30: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

23

IV. Perkhidmatan Pelabuhan juga di bawah penyelenggaraanDarussalam Asset dengan tertubuhnya Muara Port Company Sendirian Berhad untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan ‘efficiency’ dalam perkhidmatan pelabuhan dan logistik.

V. Melihat ke hadapan, Sektor Maritim juga akan menilai keperluanmembentuk River Order untuk menggalakkan lagi penggunaan sungai-sungai di Negara Brunei Darussalam sebagai sumber dan kaedah pengangkutan melalui perairan untuk membawa penumpang, barangan dan perkhidmatan. Sejajar dengan kajian ini nanti, pembentukan Domestic Classification Society diharap akan menggalakkan lagi pertumbuhan industri perkapalan dan pengangkutan laut di Negara ini.

Page 31: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

24

4. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Perahu berhias KKBS ‘Showcasing’ Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mendukung bagi kemajuan pesat pelancongan negara. KKBS mempunyai peranan secara langsung mahupun tidak di dalam industri pelancongan melalui bidang-bidang berikut:-

I. Menawarkan kepada pelancong kebudayaan dan kesenianorang Brunei yang tinggi, halus dan mulia. Kebudayaan dan kesenian menjana ekonomi daripada pelancongan.

II. Pelancongan melibatkan kreativiti dan inovasi belia yangmemang digalakkan untuk menceburkan diri dalam kerjaya profesional di bidang hospitaliti antara lain rekreasi dan riadah kepada pelancong untuk mengasuh kemahiran keusahawanan.

III. Pelancongan melalui masyarakat [community-basedtourism]. Orang Brunei terdiri daripada pelbagai masyarakat yang warna-warni amalan dan adat-resamnya yang menarik untuk diikuti pelancong.

IV. Sukan pelancongan. Mempertingkatkan pelancongan sukanmelalui lebih banyak penganjuran acara peringkat serantau dan antarabangsa.

Page 32: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

25

Keterangan rekabentuk:

Simbol keluarga memperlihatkan keluarga dan masyarakat bergandingan bahu sama-sama memajukan bidang pelancongan.

Simbol Sukan Polo merujuk kepada potensi bidang sukan membawa keberhasilan kepada pelancongan.

Logo dan Gerbang Jubli Emas seperti cincin permata yang sangat tinggi nilainya.

Sinipit mewakili daya cipta orang Brunei untuk dipertontonkan kepada pelancong.

“Silhoutte” aset-aset KKBS antaranya bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, Muzium Maritim, Muzium Teknologi Melayu Brunei, Tasek Merimbun, Galeri Seni, Galeri Sukan merupakan “landmark-landmark’ untuk dilawati pengunjung.

Kiap 5 Sapar melambangkan empat (4) sektor KKBS yang mendukung satu (1) sektor yang dipromosikan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu pelancongan. Setiap bilah sapar mengandungi 10 garis urat lampu yang menjadikan 50 garis urat lampu yang lambangkan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Page 33: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

26

5. Daelim Industrial Company Limited JV Swee Sendirian Berhad

Ditubuhkan pada tahun 1939, Daelim mewakili sektor perindustrian Korea dengan sejarah 78 tahun dengan tujuan untuk menjadi industri pertama dan terbaik, Daelim berkembang ke pasaran pembinaan luar negara sebagai peneraju pertama negara tersebut pada tahun 1966 dan telah menjadi peneraju industri pembinaan Korea dengan berjaya menyiapkan pelbagai projek mega berskala besar di lebih 35 buah negara. Daelim mempunyai pengalaman keseluruhan 10 projek di negara ini sejak tahun 1971. Daelim telah sempurna menyiapkan Loji LNG Brunei, Ibu pejabat BSP, Pelabuhan Muara dan lain-lain lagi.

SWEE, sementara itu mempunyai sejarah lebih 40 tahun di negara ini sebagai kontraktor yang dipercayai. Mereka telah menyumbang kepada pembangunan Negara Brunei Darussalam. Daelim-SWEE JV memulakan kerjasama mereka pada tahun 2013. Ketika ini, Daelim-SWEE JV mempunyai tiga (3) projek mega termasuk Jambatan Sungai Kebun.

Pembinaan Jambatan pertama 1-pylon Cabled Stayed Bridge yang menghubungkan Kampung Sungai Kebun ke Jalan Residency kini telah siap yang menandakan satu lagi pencapaian bersejarah bagi negara.

Page 34: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

27

6. AIFA Sendirian Berhad

Aifa Sendirian Berhad ditubuhkan pada tahun 1984 dan telah membekalkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang selamat dan boleh dipercayai. Tahun-tahun kejayaan yang dikecapi syarikat, telah menjadikannya salah sebuah syarikat terbaik di negara ini dalam dunia digital.

Keterangan rekabentuk:

Logo di bawah rekabentuk perarakan menunjukkan pelbagai jenama berlainan di bawah Aifa. Ikon syarikatnya mempamerkan tahun-tahun kejayaan dan perkembangan di Negara Brunei Darussalam, yang juga dipaparkan pada ikon bangunan dalam rekabentuk kapal berhias berkenaan.

Page 35: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

28

7. Baiduri Bank Group

Perarakan dari Bank Baiduri ini mempunyai empat (4) elemen utama, iaitu:

• Warna hijau digunakan secara menyeluruh dalam rekabentukperarakan sebagai warna Kumpulan Bank Baiduri;

• Mercu tanda negara, berwarna keemasan, menandakan JubliEmas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta;

• Bulatan abstrak berwarna hijau di belakang lanskap pulamenunjukkan dua (2) ciri utama. Pertama, menonjolkan pencapaian antarabangsa Bank Baiduri seperti anugerah-anugerah ternama antaranya Bank of the Year dari The Banker, UK dan Kumpulan Perbankan Terbaik dari Kewangan Dunia.Ciri kedua pula mencerminkan pemegang saham antarabangsa Bank Baiduri seperti BNP Paribas. Dengan gabunganpengetahuan tempatan dan kepakaran antarabangsa, sejak 1994, Bank Baiduri telah membantu para individu dan

Page 36: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

29

persatuan di negara ini berkembang dan mencapai kejayaan dalam perusahaan dan hasrat mereka;

• Elements terakhir ialah imej yang memaparkan bagaimana BankBaiduri telah menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dan individu di negara ini. Ia melibatkan seminar, sumbangan social, peningkatan kesedaran mengenai literasi kewangan bagi belia dan pengendalian pelancaran produk bagi PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana). Ini adalah antara kaedah Bank Baiduri amalkan dalam membantu perniagaan dan individu tempatan sejak penubuhannya.

Page 37: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

30

8. Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD)

Sebagai sebuah bank terbaik di Negara Brunei Darussalam selama lima (5) tahun berturut-turut dan salah sebuah bank paling kukuh di Asia Pasifik, BIBD mempunyai hampir 1000 profesional yang berpengalaman bersama dengan rangkaian terbesar saluran perbankan fizikal dan digital. BIBD dengan bangga melayani pelanggan dari semua lapisan masyarakat melalui inovasi yang berterusan dalam perkhidmatan, produk dan teknologinya. BIBD ditubuhkan, dengan nilai-nilai Islam sebagai etos utamanya, oleh orang Brunei dalam mengutamakan keperluan rakyat dan Negara.

BIBD adalah penyumbang utama kepada pembangunan dan meletakkan Perbankan Islam di Negara Brunei Darussalam sebagai pusat serantau dan antarabangsa bagi kewangan dan perdagangan. Dengan melahirkan semangat ini, tanglong direka dengan unsur-unsur inovasi dan kecemerlangan BIBD yang mempamerkan perkhidmatan berterusan dan inovatif perkhidmatannya melalui Automated Teller Machine (ATM) dan Cash Deposit Machine (CDM), Perbankan Mudah Alih dan Mobile Chat dan pusat hubungan, yang merupakan salah satu yang terbesar di Negara Brunei Darussalam, dalam memastikan perkhidmatan pelanggan yang unik dan terbaik.

Page 38: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

31

9. Bank of China (Hongkong) Limited

Sebagai bank yang bertaraf antarabangsa dan berkepelbagaian China, Bank of China menyediakan rangkaian perkhidmatan kewangan yang komprehensif kepada para pelanggan di seluruh tanah besar China beserta 51 buah negara dan rantau. Perniagaan teras Bank adalah perbankan korporat, perkhidmatan perbankan peribadi dan pasaran kewangan.

Menubuhkan cawangan luar negara yang baharu di Negara Brunei Darussalam menandakan peringkat kerjasama baharu di antara China dan Negara Brunei Darussalam. Bank of China komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan profesional bagi memacu pertumbuhan pasaran kewangan dan ekonomi Negara Brunei Darussalam.

Keterangan rekabentuk:

Konsep perarakan memberi tumpuan kepada gabungan budaya China dan Negara Brunei Darussalam. Peony adalah bunga kebangsaan China yang melambangkan kekayaan dan penghormatan, sementara simpor adalah bunga kebangsaan Negara Brunei Darussalam, yang mencerminkan perkembangan pertumbuhan ekonomi negara. Kedua-duanya menunjukkan sumbangan Bank of China ke arah keamanan negara ini.

Page 39: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

32

10. Butra Heidelberg Cement Sendirian Berhad

Butra Heidelberg Cement (BHC) Sendirian Berhad atau dikenali sebagai Brunei Cement, memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Sebagai satu-satunya pengeluar simen, Brunei Cement komited kepada pembangunan infrastruktur penting masa lalu, masa kini dan masa depan negara. Hari ini, Brunei Cement dengan bangga mempamerkan pencapaian terbaru sumbangannya dalam pembinaan Jambatan Sungai Kebun.

Keterangan rekabentuk:

Konsep rekabentuk tanglong menandakan dedikasi Brunei Cement ke arah membina sebuah negara yang mengukuhkan, memberi inspirasi dan memperbaiki kehidupan rakyat. Building adalah perkataan yang benar-benar mencerminkan dan menjelaskan mengenai Brunei Cement. Building bagaimanapun tidak hanya diukur melalui mercu tanda utama dan struktur tinggi yang membentuk negara, tetapi juga semangat dan komitmen rakyat untuk mencapai pencapaian baru dan mewujudkan kemungkinan baru bersama sebagai sebuah negara.

Page 40: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

33

Sejak tahun 1996, Brunei Cement telah menyumbang kepada pembangunan asas bagi negara; membina hubungan, kediaman, keselamatan, kesihatan dan pendidikan dalam ikrarnya untuk membina masa depan yang lebih baik serta mewujudkan masa depan yang mampan yang akan dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Page 41: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

34

11. Captain Fred’s Fishing Charters

Capt Fred and Marine Supply diasaskan pada tahun 2001. Kini Syarikat ini merupakan pengendali dan pembekal terbesar ikan di Negara Brunei Darussalam. Capt Fred and Marine Supply telah memperluas dan mendahului pasaran dalam pelbagai bidang termasuk memancing ikan di sungai dan lautan, elektronik marin, memancing dengan kayak, peralatan memancing dan sebagainya.

Capt Fred and Marine Supply dengan rakan kongsinya, Fred Marine Charters dan Dalplus Technologies mendapatkan piagam sukan memancing berlesen yang pertama bagi pembekalan di Negara Brunei Darussalam. Mereka telah menjalankan perniagaan penangkapan ikan pada bot berukuran 63 kaki, Apollo I dan telah berjaya menarik para pemancing dari seluruh dunia termasuk pemancing dari UK, Kanada, Australia, New Zealand, Malaysia, Singapura dan Filipina untuk memancing di Negara Brunei Darussalam.

Capt Fred and Marine Supply menumpukan usaha untuk menjadi peneraju industri dalam bidang peralatan memancing dan marin. Syarikat juga merupakan satu-satunya perusahaan sukan memancing

Page 42: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

35

di Negara Brunei Darussalam yang mendapatkan juruteknik terlatih dan disahkan. Dengan memiliki pelbagai jenis aktiviti memancing dan perkhidmatan, serta kakitangan jualan dan pengurusan yang berpengetahuan, Capt Fred and Marine Supply berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan pelanggan dengan kepakaran dan perkhidmatan selepas jualan. Justeru, Capt Fred and Marine Supply disenaraikan sebagai perusahaan sukan memancing nombor satu di Negara Brunei Darussalam. Capt Fred and Marine Supply juga menyumbang kepada kemajuan piagam sukan memancing berlesen di Negara Brunei Darussalam.

Oleh itu, konsep dan rekabentuk mengetengahkan bidang Sukan Memancing dan Pelancongan semasa pemerintahan Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menyerlahkan kemajuan sukan memancing dan pelancongan di Negara Brunei Darussalam. Kapal dihiasi lampu berwarna-warni terdapat seorang nelayan bergelut menangkap ikan. Dan juga melihatkan bot kecil dihiasi dengan ikan yang ditunda oleh bot besar.

Page 43: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

36

12. Chinese Enterprises Association in Brunei

Persatuan Perusahaan Cina di Brunei (CEAB) telah ditubuhkan pada 18 Julai 2016, yang terdiri daripada lebih daripada 30 syarikat China yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dengan pelbagai perniagaan dalam bidang minyak dan gas, pembinaan infrastruktur, teknologi tinggi, kewangan, perkhidmatan kesihatan, perikanan dan logistik, dan banyak lagi.

Penubuhan CEAB bertujuan untuk menggalakkan kerjasama semua dimensi antara perusahaan dari kedua belah pihak dan seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan Negara Brunei Darussalam.

Keterangan rekabentuk:

Rekabentuk rel berkelajuan tinggi melambangkan perkembangan ekonomi pesat di China dan mempercepatkan kerjasama ekonomi antara China dan Negara Brunei Darussalam. China adalah pelabur asing paling penting di Negara Brunei Darussalam, terutamanya dalam infrastruktur sebagai sebahagian daripada ‘One belt one road initiative’.

Page 44: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

37

Projek-projek pelaburan yang paling menonjol termasuk pembinaan penapisan minyak mentah di Pulau Muara Besar, operasi terminal kontena terbesar di Pelabuhan Muara dan pembinaan Jambatan Temburong.

Page 45: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

38

13. D’Sunlit Sendirian Berhad

D’Sunlit Sendirian Berhad, salah satu penyedia utama semua perkhidmatan inklusif dalam pemasaran, pengiklanan dan pengurusan acara di Negara Brunei Darussalam. Dengan 35 tahun kepakaran dan lebih daripada 200 kakitangan yang berdedikasi, D’Sunlit berusaha untuk menjadi salah satu perusahaan terbaik dalam semua bidang yang mereka lakukan.

Keterangan rekabentuk:

Konsep untuk perarakan terapung menunjukkan keprihatinan D’Sunlit terhadap persekitaran dan pemanasan global. Pemanasan global telah menjadi perkara penting yang telah memusnahkan alam sekitar dan tempat tinggal makhluk hidup. Walaupun isu ini telah membawa kesengsaraan kepada orang ramai, warna alam semula jadi; hijau, seperti yang ditunjukkan dalam terapung mewakili harapan, kehidupan dan pertumbuhan. Seperti halnya D’Sunlit sentiasa menghadapi cabaran, masih terus berkembang dan membawa tenaga dan kehidupan positif kepada semua.

Page 46: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

39

Sebagai anggota masyarakat Negara Brunei Darussalam yang pemedulian, D’Sunlit memberikan sumbangan sokongan, penajaan, kerjasama dengan badan amal, khidmat masyarakat seperti pencegahan bencana, kempen pendermaan darah, biasiswa akademik pelajar yang telah membantu mengubah banyak individu sepanjang tahun.

Page 47: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

40

14. Fu Zhou Shiyyi Association

Pertubuhan Fu Zhou Shiyyi Brunei, ditubuhkan di negara ini pada tahun 2012 dan merupakan salah sebuah persatuan China paling aktif.

Dengan keazaman ahli-ahlinya, Pertubuhan Fu Zhou Shiyyi telah menyumbang kepada pembangunan negara ini selama beberapa tahun seperti yang dipamerkan dalam rekabentuk perarakan.

Ia menunjukkan bagaimana pertubuhan tersebut bukan sahaja menyokong negara ini bahkan membantu masyarakat dalam pelbagai cara. Pertubuhan Fu Zhou juga menyumbangkan derma kepada beberapa badan kebajikan dan juga derma darah, sumbangan makanan, insentif biasiswa dan banyak lagi. Hari ini, pertubuhan tersebut terus berusaha memperbaiki kehidupan masyarakat.

Page 48: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

41

15. Golden Corporation Sendirian Berhad

Golden Corporation Sendirian Berhad adalah merupakan sebuah syarikat perintis dalam pembangunan industri makanan laut di Negara Brunei Darussalam. Syarikat ini telah menceburi seluruh rangkaian nilai bagi udang rostris dari induk, penetasan, pembesaran, kilang pemprosesan dan kilang ‘feedmill’. Dari kejayaan yang telah dikecapi dari industri ternakan udang yang diusahakan di beberapa kawasan yang berkeluasan lebih 200 hektar, Golden Corporation telah juga menceburi dalam industri penangkapan dengan mempunyai beberapa buah kapal menangkap ikan serta membeli ikan-ikan tangkapan dari nelayan-nelayan tempatan dan kapal-kapal komersil untuk ditambah nilai dalam kilang pemprosesannya. Kebanyakan produk-produk yang telah diproses telah dieksport ke luar negeri.

Golden Corporation Sendirian Berhad telah lama bertapak di Negara Brunei Darussalam, dan mendukung penuh pengambilan anak tempatan dan pembangunan perusahaan tempatan. Pada masa ini, syarikat ini mempunyai lebih 100 pekerja tempatan, terutamanya penduduk-penduduk dari Daerah Tutong. Syarikat ini juga mendukung perusahaan tempatan terutamanya syarikat-syarikat pengeluar keropok.

Page 49: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

42

Keterangan rekabentuk:

Seperti yang dipamerkan dalam perarakan, ianya mencerminkan perusahaan makanan laut yang diceburi oleh Syarikat Golden Corporation Sendirian Berhad dan yang lebih utama lagi hubungan yang mendalam dengan Negara Brunei Darussalam yang telah lama terjalin. Perkara ini dapat dilihat dari gabungan gambar-gambar beraneka makanan laut dan mercu tanda utama di Negara ini.

Page 50: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

43

16. Hengyi (B) Industries Sendirian Berhad

Hengyi Industries Sendirian Berhad adalah perkongsian bersama antara Damai Holdings Sendirian Berhad dan Zhejiang Hengyi Group untuk membangunkan kilang Penapisan Minyak Bersepadu dan Aromatik di Pulau Muara Besar.

Sebaik sahaja beroperasi, Fasa Pertama kompleks penapisan dan petrokimia yang berorientasikan eksport ini akan menghasilkan lapan (8) juta tan produk setiap tahun dan akan memenuhi permintaan dalam negeri bagi produk yang sudah ditapis ‘refined product’. Fasa Pertama dianggarkan memberi 971 peluang pekerjaan. Lebih-lebih lagi, projek itu dijangka memberi sumbangan besar kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam menerusi pelbagai peluang putaran ‘spin-off’ dan peluang perniagaan.

Hengyi Industries, Universiti Brunei Darussalam dan Zhejiang telah menubuhkan Program Biasiswa Kejuruteraan Proses dan Kimia bersama yang bertujuan untuk memupuk bakat kejuruteraan petrokimia Brunei di bawah projek kerjasama antarabangsa. Setakat ini 58 pelajar telah dihantar di bawah program ini dan 26 orang telah lulus dan kini bekerja dengan Hengyi Industries.

Page 51: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

44

Keterangan rekabentuk:

Kapal berhias dari Syarikat Hengyi ini menggambarkan beberapa tanda sejarah negara, pokok serta loji petrokimia untuk menandakan komitmen syarikat tersebut terhadap projek itu, menyumbang kepada pembangunan negara dan pada masa yang sama memelihara alam sekitar.

Page 52: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

45

17. Hua Ho Agricultural Farm

Keterangan rekabentuk:

Konsep perhiasan perarakan mempamerkan sumbangan berterusan Hua Ho kepada masyarakat negara ini. Selama beberapa tahun, Hua Ho telah menjadi pusat tarikan terbaik bukan hanya bagi barangan dapur tetapi juga membeli belah. Hua Ho telah lama dikenali dengan produknya yang berkualiti yang juga hasil dari ladangnya sendiri.

Hua Ho bukan hanya dikenali dengan mempunyai beberapa buah gedung-gedung perniagaan di seluruh negara ini, tetapi juga mempunyai ladang pertanian yang menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkualiti untuk dibekalkan kepada orang ramai melalui gudang-gudang Hua Ho sendiri.

Page 53: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

46

18. Interhill Industries Sendirian Berhad (MV Seri Anna)

Kapal Seri Anna adalah sebuah kapal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam di bawah Syarikat Interhill Industries Sendirian Berhad, telah mula beroperasi pada 27 November 1999.

Perkhidmatan kapal ini adalah untuk membawa penumpang-penumpang dari Muara ke Labuan dan Labuan ke Muara yang mana boleh menampung sebanyak 243 penumpang yang mempunyai dua (2) ruang iaitu First Class dan Economy Class.

Kapal ini dengan secara langsung, membawa pelancong-pelancong dari Labuan ke negara ini dalam sumbangannya dalam industri pelancongan.

Page 54: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

47

19. LSL Sendirian Berhad

LSL Sendirian Berhad adalah salah sebuah pengeluar, peruncit dan kontraktor utama di negara ini. Sejak ia bermula, LSL telah berkembang dari hanya 25 pekerja kepada 300 orang terdiri daripada mereka yang berkelayakan dalam bidang pengurusan, berkemahiran dan kurang kemahiran.

LSL Sendirian Berhad disenaraikan sebagai syarikat paling dipercayai disebabkan perkhidmatan yang efisien. Ikon masjid dan pasar yang dipamerkan dalam perarakan adalah antara projek utama yang telah mereka jalankan dalam tempoh yang singkat.

Dengan kesungguhan dan kesetiaan kepada masyarakat Brunei, mereka sentiasa ada di waktu diperlukan, memahami kepentingan setiap projek dan berjaya menyiapkannya dalam waktu ditetapkan.

Page 55: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

48

20. Masyarakat Tiong Hwa

Masyarakat Tiong Hwa Negara Brunei Darussalam terdiri daripada 52 buah persatuan dan pertubuhan dari empat (4) buah daerah di negara ini.

Kebanyakan daripadanya telah ditubuhkan sebelum zaman Merdeka. Persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan ini diasaskan oleh kaum Tiong Hwa dan telah banyak memberi sumbangan dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sukan.

Masyarakat Tiong Hwa menyokong sepenuhnya dasar Kerajaan dan telah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap sambutan dan perayaan rasmi di pelbagai peringkat secara sukarela untuk memastikan kejayaan dan kelancaran setiap acara.

Page 56: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

49

21. Muara Port Company Sendirian Berhad

Syarikat Pelabuhan Muara Sendirian Berhad (MPC) adalah syarikat usaha sama yang ditubuhkan antara Darussalam Assets Sendirian Berhad dan Beibu Gulf (HK) Limited. MPC telah dilantik sebagai pengendali baru Terminal Muara Container (MCT) dan memulakan operasi pada 21 Februari 2017.

MPC komited untuk mengambil alih operasi Pelabuhan Muara. Pelan jangka panjang adalah untuk terus membangun Pelabuhan Muara menjadi salah satu pelabuhan antarabangsa yang paling canggih di Asia.

MPC memberi tumpuan kepada pengurusan dan peningkatan masa depan Pelabuhan Muara mengikut piawaian iaitu kemudahan, teknologi canggih, pengurusan dan tenaga sumber manusia. Pelabuhan Muara akan berubah menjadi pelabuhan antarabangsa yang lebih cemerlang, moden, hijau dan mesra alam.

Page 57: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

50

Sementara itu, dengan pembinaan sebuah taman perindustrian yang berkaitan dengan pelabuhan di masa hadapan, ia akan memperkenalkan ‘Dasar Zon Bebas Perdagangan dengan ciri Brunei’ yang boleh mempercepatkan lagi pembentukan taman perindustrian berkenaan. Dengan itu ianya akan memudahkan lagi pembangunan dan kepelbagaian industri di Negara Brunei Darussalam. MPC berhasrat untuk terus menyumbang kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan juga kepentingan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

Page 58: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

51

22. NBT (Brunei) Sendirian Berhad (Lexus)

NBT (Brunei) Sendirian Berhad (Lexus) yang ditubuhkan pada tahun 1967, telah mendapat manfaat daripada tempoh pertumbuhan ekonomi yang kukuh ini untuk menjadi salah satu pengedar automotif terbesar di negara ini. Lebih penting lagi, dengan pertumbuhan KDNK yang meningkat, permintaan untuk kenderaan mewah Lexus yang diperkenalkan pada tahun 1993 turut meningkat.

Oleh itu, Lexus, khususnya, sangat berterima kasih atas 50 tahun kegemilangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memerintah negara ini yang telah membolehkan rakyat Negara Brunei Darussalam hidup dengan rukun dan aman damai yang sentiasa berkembang maju sejajar dengan perkembangan industri automotif Negara ini.

Kemeriahan diraikan bersama bagi memeriahkan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dengan menyertai perarakan dengan Lexus Float. Ini merupakan tanda penghargaan pihak NBT (Brunei) Sendirian Berhad (Lexus).

Page 59: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

52

Selaras dengan nilai teras NBT menjaga masyarakat kita dan kesungguhan untuk membuat perbezaan, NBT telah ditubuhkan sebagai syarikat hijau, secara konsisten berbangga sebagai ‘Friends of the Earth’. Diwarnai dengan warna-warna alam yang digabungkan dengan unsur-unsur alam semulajadi, rekabentuk tanglung tidak hanya mencerminkan tanggapan hijau yang diterapkan NBT pada tahun-tahun yang lalu, tetapi juga bagi masa berpanjangan.

Page 60: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

53

23. NBT (Brunei) Sendirian Berhad (Toyota)

NBT (Brunei) Sendirian Berhad amat berbesar hati dengan penubuhannya 50 tahun yang lalu pada tahun 1967 untuk mengedarkan kenderaan Toyata di Negara Brunei Darussalam, secara kebetulan pada tahun yang sama dengan Jubli Emas pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Sultan Ke-29.

Selama 50 tahun yang lalu, NBT Toyota sentiasa bersungguh-sungguh dan berdedikasi untuk berkhidmat kepada Masyarakat Brunei. Ikon-ikon Brunei seperti yang ditunjukkan di perarakan mempamerkan sokongan dan kesetiaan berterusan NBT Toyota kepada negara ini bukan hanya menyediakan penduduk kaedah pengangkutan terbaik tetapi juga perkhidmatan bertaraf dunia dari segi mesra alam yang melambangkan Negara yang Mampan Alam Sekitar.

Kedamaian, kemakmuran dan kemajuan yang dicapai di bawah kepimpinan berwawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam 5 dekad sehingga hari ini, membolehkan Negara Brunei Darussalam

Page 61: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

54

mengambil tempat di kalangan negara-negara di peringkat dunia. Di bawah pemerintahan baginda yang bijaksana, prihatin dan progresif serta peningkatan kemakmuran negara dan rakyat kita, perniagaan juga turut berkembang dan NBT telah berkembang menjadi salahsatu pengedar automatif terbesar di negara ini. Sepanjang 50 tahunNBT berterima kasih atas peluang untuk memberikan kenderaanToyota, pengangkutan yang dipercayai kepada masyarakat serta Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam - sekaligus membolehkan Toyota menduduki nombor 1 Pasaran Automotif Brunei bagi 36 tahun berturut-turut.

Page 62: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

55

24. Sahid Sendirian Berhad

Sahid telah beroperasi sejak tahun 1982 dan 100 peratus milik tempatan. Selama beberapa tahun Sahid telah mempromosi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar bersama kakitangan, kontraktor dan pelanggannya. Syarikat ini berterusan mempelajari dan berkembang bagi mencari kaedah terbaik memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan.

Keterangan rekabentuk:

Tujuan utama perarakan ialah untuk memperlihatkan kesetiaan dan patriotisme Sahid kepada Negara Brunei Darussalam. Dengan visi global dan tumpuan dalam negara, Sahid memastikan yang sumbangan mereka memberi manfaat keseluruhan.

Sahid dedikasi dalam menyokong masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan kejuruteraan berkualiti. Menjalankan tugas dengan etika dan jujur adalah asas utama mereka.

Page 63: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

56

25. Sha-Zan Marine Sendirian Berhad

Brunei River Cruise telah dilancarkan pada 16 November 2014 telah dengan menggunakan MV Sentosa di sepanjang Sungai Brunei. Matlamat syarikat adalah untuk memberikan pengangkutan yang mampan, selesa dan selamat sepanjang Sungai Brunei yang bukan sahaja akan meningkatkan industri pelancongan tetapi juga memainkan peranan dalam mempelbagaikan ekonomi selain daripada pendapatan minyak dan gas.

Keterangan rekabentuk:

Rekabentuk kubah emas mengetengahkan budaya Islam yang kuat di Negara Brunei Darussalam. Salah satu tonggak falsafah Brunei, Melayu Islam Beraja. Selama 50 tahun pemerintahan Baginda, banyak masjid telah dibina. Warna lampu (Emas) mewakili Keluarga Diraja dengan kenikmatan dan kesejahteraan yang dikecapi oleh semua orang Brunei dalam 50 tahun yang lalu. Dengan kombinasi warna biru yang membentuk warna logo syarikat. Dengan rasa berbesar hati, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, Daulat Kebawah Duli Tuan Patik, Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Page 64: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

57

26. Syarikat-Syarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV) dan BGC

Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad telah menempuh sejarah yang panjang semenjak penemuan minyak komersial pertama pada 5 April 1929, di Negara Brunei Darussalam. Sepanjang lebih 88 tahun yang lalu, Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad telah menjadi tulang belakang industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam. Ini telah membuka jalan kepada peningkatan pertumbuhan bukan sahaja di dalam industri minyak dan gas atau tenaga, tetapi juga di dalam usaha menjana peluang-peluang untuk Negara Brunei Darussalam mempelbagaikan usaha-usaha membangunkan ekonomi.

Sumbangan sebanyak 90 peratus syarikat ini kepada pendapatan minyak dan gas Negara Brunei Darussalam adalah melebihi separuh daripada KDNK negara dan merupakan 90 peratus daripada pendapatan eksport keseluruhannya. Keadaan ini telah membolehkan kita untuk terus menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan Negara Brunei Darussalam melalui usaha-usaha bersepadu bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

Ditubuhkan pada 9 Disember 1969, Brunei LNG Sendirian Berhad (Brunei LNG) merupakan loji pertama di Pasifik Barat dan salah satu pembekal utama gas cecair asli dunia di tahun 70an. Dengan pencapaian

Page 65: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

58

pembangunan yang terbukti selama lebih empat (4) dekad, Brunei LNG adalah merupakan pembekal pilihan di kalangan Negara Jepun dan Korea semenjak tahun 1972 dan 1994.

Pada tahun 2013, Brunei LNG melebarkan sayapnya dalam pembekalan gas cecair aslinya kepada Negara China, Malaysia dan Taiwan melalui pembeli portfolionya. Pada masa ini lebih dari 6500 kargo telah dihantar dengan selamat kepada pembeli di seluruh dunia.

Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) Sendirian Berhad ditubuhkan pada tahun 1974 untuk membekalkan dan mengedarkan bahan api bagi keperluan harian rakyat Negara Brunei Darussalam. Stesen Minyak Kampong Ayer adalah yang pertama seumpamanya dibina oleh BSM di seluruh Asia yang boleh menampung bot-bot penambang. Pada tahun 1997, kemudahan telah dibina bagi simpanan stok negara bagi produk minyak dan gas (LPG) bagi keperluan sektor industri, pengangkutan dan tenaga yang beroperasi di laut, udara dan darat.

Brunei Shell Tankers (BST) Sendirian Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan 12 tahun kemudian pada tahun 1998, Syarikat Brunei Gas Carriers (BGC) Sendirian Berhad pula telah ditubuhkan.

Pada tahun 2000, BST memulakan program penajaan kepada 13 Kadet Marin untuk mengikuti latihan ‘merchant navy’ di UK untuk kapal kargo dan kapal LNG. Sekitar tahun 2006, “Abadi” menjadi kapal tempatan pertama yang dikawal sepenuhnya oleh anak-anak kapal tempatan. Lima (5) dari lapan (8) buah kapal BGC dikawal sepenuhnya oleh anak-anak kapal tempatan.

Brunei Gas Carriers telah mencipta detik bersejarah pada 1 Disember 2014 yang mana kapal baru Kelas-A BGC yang diberi nama “Amadi” telah dihantar ke Negara Brunei Darussalam dan memulakan pemuatan kargo di Brunei LNG pada 27 Julai 2015.

Gabungan Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell dan Brunei Gas Carriers akan terus menyumbang demi pembangunan Negara Brunei Darussalam, tenaga kerja dan komuniti tempatan untuk menjana masa depan negara selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

Page 66: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

59

27. Telekom Brunei Berhad (TELBRU)

Sebagai syarikat telekomunikasi utama di negara ini, Telekom Brunei Berhad bertanggungjawab memberikan akses mudah maklumat kepada penduduk. Sejak melalui transformasi, TelBru telah mencatat beberapa pencapaian penting dengan pelancaran rangkaian ‘Fibre to the Home’ yang merangkumi 80 peratus penyediaan kepada klien, di samping memperkenalkan perkhidmatan dan produk-produk baru, memainkan peranan dalam lanskap pendidikan melalui Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian, dan memberikan pekerjaan yang bersaing dan peluang-peluang latihan untuk menjamin kebajikan lebih dari 900 tenaga kerjanya.

Di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berhubung Wawasan 2035, TelBru berusaha untuk memberikan kemudahan bertaraf dunia dan terus memperkenalkan perkhidmatan nilai tambah bagi klien korporat dan kediaman, ketika syarikat berhasrat untuk mewujudkan masyarakat yang berteknologi tinggi dalam skala lebih meluas.

Sebagai inisiatif pelbagai bidang bagi Brunei secara keseluruhan, syarikat juga aktif dalam inisiatif CSR yang telah beberapa tahun meningkatkan usahanya dalam perlindungan alam sekitar, membantu warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan dan menyumbang kepada anak-anak yatim di negara ini.

Page 67: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

60

28. Times Square Shopping Centre

Pusat Membeli-belah Times Square & Times Hotel merupakan sebuah SME setempat dan mula dibukakan kepada orang ramai pada Disember 2010. Times Square & Times Hotel sentiasa menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana, melalui penganjuran acara-acara dan mewujudkan platform dan peluang bagi generasi pengusaha masa kini dan akan datang untuk belajar dan menanai kemahiran mereka. Sebagai tambahan, syarikat juga menyokong kepada tenaga kerja tempatan dengan 95 peratus pekerjanya terdiri daripada anak tempatan.

Pusat Membeli belah Times Square & Times Hotel juga bersemangat patriotik, dengan memberikan sokongan melalui setiap yang mereka adakan, dengan memastikan ia memberi manfaat kepada masyarakat dengan memberikan kegembiraan dan keseronokan kepada setiap individu.

Sebagai salah sebuah pusat membeli belah terkenal di negara ini, Pusat membeli belah Times Square & Times Hotel ingin menyembahkan ucap tahniah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Page 68: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

61

Darussalam dan rakyat Negara Brunei Darussalam sempenaPembukaan Jambatan Sungai Kebun dan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, dengan pemerintahan bijaksana dan prihatin baginda, telah mewujudkan negara yang aman, sejahtera dan stabil di rantau ini.

Akhir sekali, kami berdoa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa sihat dan sejahtera, di samping rakyat yang terus menikmati kemajuan dan keamanan.

Page 69: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

62

29. Kementerian Kewangan

Dengan visi untuk melahirkan sebuah Negara yang dinamik, aman makmur dan progresif, Kementerian Kewangan akan terus berusaha untuk meningkatkan kedayatahanan ekonomi dan kewangan Negara dengan mendukung dasar pempelbagaian sumber dan aktiviti perekonomian termasuk memudah cara aktiviti perniagaan dan pelaburan di Negara ini agar ekonomi Negara akan terus kukuh dan kemakmuran Negara terpelihara.

Page 70: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

63

30. Kementerian Pendidikan

Keterangan rekabentuk:

Perkembangan Teknologi

Layar kapal merupakan sebuah aspek teknologi penting untuk menggerakkan kapal ke arah yang hendak dituju dengan mengambil kira faktor kekuatan dan arah angin. la hanya boleh dikemudi dengan sempurna oleh nakhoda yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu pelayaran.

Penggunaan layar dalam rekabentuk ini adalah simbolik kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memimpin dan menerajui Negara sepanjang pemerintahan baginda sehingga Negara Brunei Darussalam kini mengecapi pelbagai kemajuan dari pelbagai sudut di dalam dan luar negara. Perkembangan kemahiran teknologi di kalangan rakyat di negara ini juga digambarkan melalui persembahan kapal berhias menggunakan teknologi komputer dan aplikasi yang terkini.

Page 71: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

64

Pendidikan

Penggunaan angka 50, obor dan buku, selain menandakan Sempena 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memerintah Negara, ia juga memberikan gambaran mengenai kualiti pendidikan di Negara ini yang terus meningkat dari masa ke masa di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,sehingga melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan institusi pendidikan yang mendapat pengiktirafan dunia.

Ekonomi

Penggunaan kaki langit yang menunjukkan bangunan-bangunan melambangkan perkem-bangan dari segi infrastruktur ekonomi dan pembangunan Negara selama 50 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kesukanan

Gabungan pelbagai warna dalam rekabentuk ini melambangkan rakyat Brunei yang aktif, cergas serta mempunyai kecenderungan ke arah cara hidup yang sihat melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti kesukanan. Penglibatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam kesukanan secara peribadi mahupun bersama rakyat menjadi inspirasi untuk terus membudayakan kegiatan bersukan, sama ada untuk riadah persendirian, mahupun untuk bersaing di arena sukan serantau dan antarabangsa.

Page 72: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

65

31. Kementerian Hal Ehwal Ugama

Kementerian Hal Ehwal Ugama mempunyai visi ‘Memperkasa kerasmian dan amalan ugama Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna bagi menepati Negara Zikir’. Bagi mencapai visi berkenaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama mendukung dan memelihara ugama Islam dan kerasmiannya serta memperkembangkannya melalui dasar-dasar dan pentadbiran yang berkesan dan dinamik bagi pembangunan dan kesejahteraan negara berdasarkan Hukum Syara’, Perlembagaan, Undang-Undang dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja. Antara objektif utama Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah untuk melahirkan generasi intelek dan profesional melalui pendidikan Islam yang berkesan, dengan menyediakan program peningkatan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar serta guru. Kementerian Hal Ehwal Ugama juga bertanggungjawab memantau dan mengawal permakanan halal di negara ini, dengan meningkatkan penguatkuasaan penggunaan Pensijilan Halal dan Label Halal, serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai halal.

Page 73: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

66

32. Kementerian Pembangunan

Sebagai penggerak utama dalam pengurusan pembangunan infrastruktur asas yang sejajar kepada keperluan negara, Kementerian Pembangunan mempamerkan hasil rekabentuk perarakan perahu berhias yang menggabungkan ciri-ciri pencapaian infrastrukur yang mendukung kepada visi Kementerian iaitu “Kehidupan Berkualiti, Pembangunan Berterusan, Negara Makmur”.

Keterangan rekabentuk:

• Rekabentuk masjid melambangkan kedaulatan Islam dalammemantapkan amal soleh, akhlak mulia dan penghayatan berugama. Masjid juga mencerminkan identiti negara yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja dalam aspek kehidupan, bermasyarakat, beragama dan bernegara.

• Bangunan rekabentuk Dewan Majlis Jabatan Majlis-MajlisMesyuarat sebagai seni bina ikonik mencerminkan pencapaian dalam pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam urustadbir negara yang berintegriti,demokrasi dalam suasana ukhuwah muzakarah sertamenekankan sikap dan pemikiran yang progresif ke arahmencapai Wawasan 2035.

Page 74: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

67

• Rekabentuk Jambatan Sungai Kebun sebagai jambatanpenghubung yang menyeberangi Sungai Brunei dari kawasan Mukim Lumapas ke Jalan Residency. Di samping memberikan keselesaan kepada penduduk-penduduk yang berulang-alik dari segi pengurangan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas, jambatan ini juga berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi Kampung Sungai Kebun dan kawasan-kawasan berdekatan.

• Rekabentuk terminal baru Lapangan Terbang Antarabangsasebagai lokasi pertama dan terakhir dikunjungi di negara ini oleh pelawat dari luar negara yang menggunakan pengangkutan udara telah berupaya menghubungkan negara ini dengan lebih banyak lagi negara-negara lain.

• Rekabentuk One Billionth Barrel Monument atau Tugu SatuBillion Tong menggambarkan pencapaian penghasilan minyak sebagai sumber ekonomi utama negara.

• Rekabentuk dunia (globe) melambangkan penglibatanaktif Negara Brunei Darussalam dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dalam mengeratkan persahabatan dan saling menghormati kedaulatan negara masing-masing.

• Juga disembahkan ialah keindahan dan keunikan flora yangeksotik serta fauna seperti rama-rama dan spesis ‘Proboscis Monkey’ yang luarbiasa yang boleh ditemui di dalam hutan tropika Negara Brunei Darussalam. Spesis bunga-bungaan juga turut diperlihatkan bagi melengkapkan lagi keindahan dan keunikan hutan tropika serta alam sekitar yang bersih serta pengekalan alam semula jadi bagi penarikan pelancong ke Negara Brunei Darussalam.

Page 75: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

68

33. Kementerian Kesihatan

Kementerian Kesihatan menyembahkan perarakan yang bertemakan sebuah bahtera yang menunjukkan satu kementerian yang terus bergerak maju berpandukan visi, “Bersama Ke Arah Warga Sihat”, iaitu satu pasukan yang mengamalkan ciri-ciri kesepaduan, dinamik, kecemerlangan dan sentiasa pelanggan.

Keterangan rekabentuk:

Lambang bulan sabit dan bintang, serta tiga hiasan ukiran di bahagian bawah bahtera memberi erti kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan juga melambangkan kesepaduan bagi sama-sama mendukung tiga (3) Tema Strategik, iaitu;

1) Menjadikan “Kesihatan tanggungjawab semua”;2) Meningkatkan kualiti pemberian perkhidmatan melalui

penyepaduan dan pensejajaran perkhidmatan-perkhidmatan penjagaan kesihatan; dan

3) Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit.

Page 76: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

69

Lambang meriam pula menunjukkan satu pasukan yang sentiasa berwaspada dalam mempertahankan sistem penjagaan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti dan siapsiaga menangani segala cabaran yang boleh mengancam hal ehwal kesihatan. Ianya juga memberi erti pengawalan penyakit-penyakit berjangkit melalui langkah-langkah pencegahan, pengawalan dan pemantauan yang Iebih efektif dan terarah.

Sementara ukiran dedaun di sekeliling bulatan 50 menunjukkan satu pasukan pelbagai disiplin, pelbagai kepakaran dan kemahiran dari kalangan anak-anak tempatan di negara ini yang mengamalkan ciri-ciri kesepaduan, dinamik, kecemerlangan dan sentiasa mengutamakan pelanggan.

Lambang seperti kubah di atas bahtera menunjukkan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melambangkan Islam sebagai cara hidup yang diamalkan di Negara Brunei Darussalam yang berteraskan filosofi Melayu Islam Beraja.

Ukiran di kanan bahtera pula menunjukkan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam mengukuhkan penjagaan kesihatan serantau dan global seperti melalui keahlian-keahlian sebagai anggota ASEAN dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Page 77: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

70

34. Gabungan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara

Rekabentuk perahu berhias yang ikut serta ialah berlatarbelakangkan pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh Negara Brunei Darussalam sepanjang 50 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya di Daerah Brunei dan Muara dalam memberikan kesejahteraan masyarakat mukim dan kampung.

Page 78: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

71

35. Institusi Mukim dan Kampung Daerah Belait

Mercu-Mercu Tanda Daerah Belait

Gabungan Jabatan Daerah Belait bersama dengan Badan Kebajikan Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang Daerah Belait.

Keterangan rekabentuk:

Rekabentuk hiasan perahu yang dipersembahkan berlatarbelakangkan mercu-mercu tanda yang melambangkan Daerah Belait. Mercu-mercu tanda ini melambangkan perkembangan, kemajuan, pembangunan, kehormonian dan kesejahteraan yang telah dicapai di Negara ini amnya dan Daerah Belait khususnya.

Page 79: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

72

36. Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong, Daerah Tutong

Perkembangan dan kemajuan Daerah Tutong melalui projek 1K1P dan Projek Destinasi Tutong.

Page 80: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

73

37. Gabungan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong

Daerah Temburong sinonim dengan gelaran “Permata Hijau Brunei Darussalam” yang mempunyai kehijauan bumi yang kekal terpelihara seiring dengan perkembangan kemajuan pada masa kini, yang menjadikan Daerah Temburong sebagai destinasi eko-pelancongan yang sangat dikenali di Negara Brunei Darussalam.

Page 81: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

74

38. China State Construction and Engineering Corporation

China State Construction and Engineering Corporation, Ocean Quarry and Construction Sdn Bhd, usahasama dalam sinergi ke atas sebahagian dari projek Jambatan Brunei Temburong di Daerah Temburong. Motto CSCEC ialah “Memberikan Perkhidmatan Cemerlang di seluruh benua dengan Kualiti Terbaik sebagai Keutamaannya”. Kami merasa bangga diberikan peluang untuk membina sebuah jambatan dan laluan, mengukuhkan hubungan pelbagai bangsa di antara Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong.

Dalam kesempatan ini, CSCEC OQC J.V menzahirkan sembah tahniah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Emas Menaiki Takhta dengan kepimpinan dan sumbangan besar dalam menerajui negara selama 50 tahun pemerintahan baginda.

Page 82: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

75

39. Ken and Tan Sendirian Berhad

Ken and Tan Sendirian Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1996. Semenjak 21 tahun pertubuhan Syarikat Ken and Tan Sendirian Berhad, ia telah berkembang maju dan berpindah ke Lot Perindustrian Salar pada tahun 2006 dengan menjalankan perniagaan pembuatan perahu buatan fiberglass. Perahu keluaran syarikat berukur dari size 8 kaki sehingga 35 kaki serta digunakan untuk aktiviti perikanan, pengangkutan dan pelancongan.

Keterangan rekabentuk:

Hiasan kubah dalam perahu melambangkan Negara Brunei sebagai sebuah Negara Islam yang berdaulat. Dengan penuh kesyukuran atas berkat kebijaksanaan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kini Negara Brunei Darussalam terkenal dengan pegangan Islam yang sangat kukuh dan kekuatan falsafah Negara iaitu, MIB (Melayu Islam Beraja). Dengan berlandaskan falsafah ini, penduduk tempatan dapat menjalani kehidupan yang lebih aman lagi selesa selain dibekalkan bantuan ke atas keperluan asas untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Page 83: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

76

Aktiviti penangkapan ikan, seperti memancing, merambat serta membubu adalah kegiatan kegemaran penduduk tempatan sejak zaman dahulu. Dengan itu, kegunaan perahu memainkan peranan penting di kalangan penduduk tempatan untuk menjalani kegiatan tersebut. Selain daripada menampung keperluan tempatan, perahu buatan Brunei turut mendapat permintaan dari luar negara. Ken and Tan Sendirian Berhad telah mengeksport perahu buatan Brunei ke luar negara seperti Labuan, Sabah, Sarawak, Singapura serta Australia. Ia telah dijadikan pilihan kegemaran bagi pelanggan-pelanggan dari luar negara kerana rekabentuk serta kekuatan biduknya yang kukuh dan prestasi yang mantap.

Dengan itu, pengeskportan perahu buatan Brunei turut serta membantu perkembangan ekonomi Brunei selain menjanakan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan. Di samping itu, perahu buatan Brunei mampu menembusi pasaran luar negara dengan peningkatkan daya saingan produk keluaran Brunei bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan.

Page 84: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

PENGHARGAAN

Page 85: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22
Page 86: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

79

PENGHARGAAN

Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

Sukacita merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada

Ketua-Ketua Penyelaras

Ahli-Ahli Urusetia

Penaja-Penaja

Peserta-Peserta Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias

Serta

Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan

Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam

Menaiki Takhta

Semoga segala bentuk sumbangan yang diberikan berupa buah fikiran, tenaga serta sokongan dan dukungan padu semua pihakke arah kejayaan acara ini akan menerima balasan dan ganjaran

yang setimpal daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Page 87: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

80

CATATAN

Page 88: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

81

CATATAN

Page 89: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22

Dicetak oleh Jabatan Percetakan KerajaanJabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Page 90: PERASMIAN JAMBATAN SUNGAI KEBUN, DAN …hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionDocuments/program/pjsk_program... · SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ... Muara Port Company Sendirian Berhad 22