laporan analisis mengenai model disiplin

Upload: syahir-shuhaimi

Post on 08-Apr-2018

294 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 LAPORAN ANALISIS MENGENAI MODEL DISIPLIN

    1/4

    LAPORAN ANALISIS MENGENAI MODEL DISIPLIN SKINNER,CANTER DAN

    DREIKURS.

    Pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama bagi bakal guru dan guru

    kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran pembelajaran

    yang kondusif dapat dilaksanakan. Salah satu cara utnuk menguruskan bilik darjah

    dengan berkesan adalah dengan membina hubungan baik dengan murid -murid dan

    mengawasi perjalan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar.

    Dalam subjek Pengurusan Bilik Darjah, saya dan ahl i kumpulan diminta untuk

    membentangkan tentang model-model pengurusan disiplin dimana kami diminta

    untuk membanding bezakan model-model disiplin Skinner, Canter dan Dreikurs.

    Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, ahli-ahli teoris, para pendidik dan

    pengamal telah mengutarakan beberapa model pengurusan disiplin. Model -model ini

    memberikan panduan tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku dengan

    menggunakan pendekatan yang berbeza. Ada model yang menggunakan kawalan

    luaran sebagai pendekatan untuk mengu ruskan kawalan luaran sebagai pendekatan

    untuk menguruskan tingkah laku sehinggalah kepada model yang menggunakan

    kawalan kendiri sebagai pengurusan tingkah laku yang berkesan.

    Sebagai seorang guru, kita mesti memulakan dengan kawalan tingkah laku

    secara luaran, iaitu dengan menggunakan peneguhan secara ekstrinsik dan

    kemudian beransur kepada kawalan dalaman atau instrinsik, iaitu murid mampu dan

    bermotivasi untuk mengawal tingkah laku sendiri dalam usaha untuk mengekalkan

    persekitaran pembelajaran yang kondusif.

    Model-model pengurusan disiplin ini berbeza tetapi wujud persamaan dari segi

    guru bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan bilik darjah. Guru yang

    bertanggungjawab dan bukannya berpusatkan murid untuk mengawal dan

    mengekalkan kawalan kelas. Dispilin haruslah perlu mendahului pengajaran. Guruharus memberi peneguhan kepada murid. Dan perlu wujud konsekuen bagi

    tingkahlaku yang kurang sesuai.

    Model Modifikasi tingkah Laku Skinner diperkenalkan oleh Burrhus Frederic

    Skinner (1904-1990) manakala Model Disiplin Asertif Canter diperkenalkan oleh Lee

  • 8/7/2019 LAPORAN ANALISIS MENGENAI MODEL DISIPLIN

    2/4

    dan Marlene Canter pada tahun 1976. Model Akibat Logikal pula diperkenalkan oleh

    Rudolf Dreikurs (1897-1972).

    Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner menggunakan prinsip peneguhan

    yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang

    diingini manakala Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap

    tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah

    laku yang ditunjukkan. Model Akibat Logikal Dreikurs pula menekankan kepentingan

    guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk

    bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

    Model Modifikasi Tingkah laku Skinner sebenarnya merujuk kepada langkah -

    langkah yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku melalui

    peneguhan berkala. Peneguhan postif ialah rangsangan yang diberikan untukmeningkatkan tingkah laku yang diingini manakala peneguhan negatif ialah

    rangsangan dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingi ni. Berbeza

    dengan dendaan yang merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan

    tingkah laku yang tidak diingini.

    Model Disiplin Asertif Canter pula menekankan tentang hak guru dan murid

    dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam pers ekitaran bilik

    darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu,penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan

    lancar.

    Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca

    salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.

    Dreikurs berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah

    yang demokratik dimana guru dan murid dapat bekerjasama membuat keputusan

    dalam pengurusan bilik darjah.

    Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam ketiga -tiga model ini.

    Saya akan memulakan dengan Model Modifikasi Tingkah laku Skinner. Antara

    Kekuatan untuk model ini ialah strategi -strategi modifikasi mempunyai

    kebolehpercayaan yang tinggi di mana model ini menekankan tentang peneguhan.

    Murid-murid akan membetulkan tingkah laku mereka. Seterusnya ialah penggunaan

  • 8/7/2019 LAPORAN ANALISIS MENGENAI MODEL DISIPLIN

    3/4

    strategi modifikasi tingkah laku mendesak guru menjadi lebih sedar dan peka tentang

    apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Dan yang ketiga ialah program modifikasi

    tingkah laku memastikan agar guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian dispilin

    dalam bilik darjah.

    Kelemahan Model Modifikasi tingkah laku Skinner ini pula menunjukkan murid

    dimanipulasi untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran yang dijanjikan dan

    bukan kerana kepuasan intrinsik. Yang kedua ialah model ini agak merbahaya jika

    digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika dan boleh menimbulkan

    rasa benci dalam diri murid terhadap guru dan sekolah. Yang ketiga pula ganjaran

    bagi seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain. Guru juga

    sukar mengenalpasti ganjaran yang selaras dengan keperluan setiap murid.

    Kekuatan bagi Model Disiplin Asertif Canter pula ialah model inimemanfaatkan guru khususnya guru permulaan. Guru tidak perlu fikirkan bagaiman

    untuk menangani tingkah laku bermasalah yang timbul kerana sudah mempunyai

    satu rujukan sedia ada sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh

    pihak pentadbiran. Kedua ialah merupakan tindakan ke atas tingkah laku murid, dan

    bukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah dilanggar, guru menguatkuasakan

    konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung peribadi murid yang

    berkenaan.

    Kelemahan bagi Model Disiplin Asertif Canter pu la ialah keberkesanan satu

    program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-murid

    daripada melakukan salah laku. Murid -murid perlu diajar bagaimana dan betapa

    penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik. Kedua, model ini

    mewujudkan persekitaran authoritarian di mana murid hanya akur kepada kehendak

    guru. Murid terpaksa memikul tanggung jawab atas sebarang salah laku yang timbul.

    Kekuatan bagi Model Akibat Logikal Dreikurs pula ialah model ini dapat

    memupuk autonomi di mana murid bertanggung jawab atas tindakan dan pilihan

    mereka dan yang kedua ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

    melalui komunikasi yang terbuka dan saling hormat -menghormati antara murid-

    murid.

  • 8/7/2019 LAPORAN ANALISIS MENGENAI MODEL DISIPLIN

    4/4

    Kelemahan bagi Model Akibat Logikal Dreikurs in i pula meyukarkan guru-guru

    permulaan atau guru baru untuk mengenal pasti serta memahami motif murid -murid

    melakukan salah laku dan agak sukar untuk mengenal pasti akiat logikal yang

    setimpal dengan salah laku tertentu.

    Terdapat banyak kekuatan dan kelemahan bagi model-model ini. Oleh itu,

    guru harus mengambil langkah untuk merancang satu bentuk pengurusan bilik

    darjah yang berkesan, iaitu sesuai dengan persekitaran bilik darjah masing -masing.

    Teori-teori telah dibincangkan di atas dan telah menunjukkan pe rbezaan diantara

    ketiga-tiga model ini dan boleh dijadikan panduan untuk guru untuk merangka satu

    bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru di dalam bilik darjah masing -

    masing.

    Guru-guru boleh menggabungkan teori -teori atau model-model ini denganidea sendiri untuk mendapat satu kesesuaian yang mencirikan kepimpinan sendiri.

    Oleh itu, Guru yang berkesan akan berpandukan model yang selaras dengan ciri -ciri

    personaliti murid yang dipertanggungjawabkan. Sesuatu pengurusan yang berkesan

    untuk suatu bilik darjah tidak semestinya sesuai untuk semua situasi. Guru harus

    bijak menilai dan mebuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri.