laporan ajk kebersihan dan keselamatan dayang.doc

3
LAPORAN AJK KEBERSIHAN / KESELAMATAN DISEDIAKAN OLEH : DAYANG SADIAH BINTI AWANG RASIT (PPGPJ1212) BIDANG TUGAS - Memastikan kebersihan arena pertandingan semasa dan selepas pertandingan. - Menyediakan bakul-bakul sampah, penyapu dan plastik sampah. - Mengemas semula dan memulangkan alat perhiasan yang digunakan. - Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program. - Menjaga kebajikan para peserta program. - Menyediakan kotak kecemasan. - Memberi pertolongan cemas kepada peserta yang cedera SEBELUM KARNIVAL Saya telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa kebersihan dan keselamatan. Tugas saya adalah bagi memastikan kawasan permainan bersih dan selamat semasa karnival dijalankan nanti. Sebelum karnival, saya telah meminjam lebih awal peti kecemasan daripada sekolah saya dan membeli plastik sampah untuk persediaan awal bagi menjaga kebersihan semasa dan selepas karnival SEMASA KARNIVAL

Upload: sherry-hall

Post on 22-Nov-2015

678 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

LAPORAN AJK

TRANSCRIPT

LAPORAN AJK KEBERSIHAN / KESELAMATAN

DISEDIAKAN OLEH : DAYANG SADIAH BINTI AWANG RASIT (PPGPJ1212)BIDANG TUGAS

Memastikan kebersihan arena pertandingan semasa dan selepas pertandingan. Menyediakan bakul-bakul sampah, penyapu dan plastik sampah. Mengemas semula dan memulangkan alat perhiasan yang digunakan. Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program. Menjaga kebajikan para peserta program. Menyediakan kotak kecemasan. Memberi pertolongan cemas kepada peserta yang cederaSEBELUM KARNIVAL

Saya telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa kebersihan dan keselamatan. Tugas saya adalah bagi memastikan kawasan permainan bersih dan selamat semasa karnival dijalankan nanti. Sebelum karnival, saya telah meminjam lebih awal peti kecemasan daripada sekolah saya dan membeli plastik sampah untuk persediaan awal bagi menjaga kebersihan semasa dan selepas karnivalSEMASA KARNIVAL

Sebelum memulakan pertandingan, saya perlu memastikan kawasan-kawasan sekitar dewan dan kawasan pertandingan yang dikhaskan untuk kumpulan kami adalah berada dalam keadaan bersih dan tidak ada apa-apa benda yang bahaya yang boleh mengancam keselamatan pemain-pemain. Semua pemain dapat rasa selamat bermain di bawah jagaan kami. Saya juga perlu memastikan kawasan pertandingan bersih daripada segala sampah sarap yang boleh mengganggu permainan dan mencacatkan pemandangan sekitar kawasan pertandingan.

Semasa pertandingan, tiada kecederaan dan kemalangan yang berlaku kerana kumpulan kami menekankan aspek keselamatan dan ia juga merupakan pesanan daripada pensyarah juga sebelum memilih permainan tradisional. Tidak terdapat masalah dengan kebersihan kerana permainan tradisional yang kami pilih tidak merumitkan dan tidak mengotorkan kawasan.

Sepanjang karnival, saya tidak menghadapi masalah dengan kebersihan dan keselamatan bagi kumpulan kami.SELEPAS KARNIVAL

Selepas karnival tamat, kami sekumpulan bekerjasama bagi membersihkan kawasan pertandingan dan saya telah menyediakan plastik sampah untuk kumpulan kami mengumpulkan sampah dan alatan yang telah digunakan yang tidak digunakan lagi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan sekumpulan saya yang telah memberi kerjasama yang amat baik dalam menjaga kebersihan dan keselamatan para peserta.

Sepanjang karnival dijalankan, saya tidak menghadapi masalah dengan kebersihan dan keselamatan. Saya selaku AJK Kebersihan dan Keselamatan telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan sempurna.