781117065006001 hbhe3203 kebersihan & keselamatan persekitaran

27
HBHE3203 KEBERSIHAN & KESELAMATAN PERSEKITARAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2014 / SEMESTER 9 HBHE3203 KEBERSIHAN & KESELAMATAN PERSEKITARAN NO MATRIKULASI : 781117065006001 NO. KAD PENGENALAN : 781117065006 NO. TELEFON : 019-4355002 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTER NORHAZRIMELIANA BINTI ABDUL RAHIM 781117065006001

Upload: camp-lazlo

Post on 18-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kebersihan dan keselamatan persekitaran

TRANSCRIPT

Page | 1

HBHE3203 KEBERSIHAN & KESELAMATAN PERSEKITARAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2014 / SEMESTER 9

HBHE3203 KEBERSIHAN & KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO MATRIKULASI: 781117065006001NO. KAD PENGENALAN: 781117065006NO. TELEFON: 019-4355002E-MEL : [email protected] PEMBELAJARAN: PERAK LEARNING CENTER

Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini di dalamMajlis Program 3K Sekolahku Syurgaku sempena mempromosikan sekolah selamat dan bersih, anjuran Kelab Keselamatan Jalan Raya SK Taman Megah Ria Tahun 2014 . Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis yang amat bermakna pada warga sekolah serta komuniti setempat.

Tuan puan,guru-guru, para hadirin dan anak-anak sekalian,Mediamassasering kali membuat liputan tentang keselamatan dan kebersihan sekolah yang dilihat agak longgar dan kurang diberi perhatian.Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat,kurang bersih dan kurang menyakinkan orang ramai terutamanya ibubapa.Namun secara realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana saya percaya masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif.Sekolah merupakan institusi untuk anak-anak kita belajar dan menimba ilmu. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat,bersih dan selesa. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang bersih dan selamat. Antara program-program yang dijalankan disekolah ialah Program 3K dan terkini ialah Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS).

Ibubapa,guru-guru dan murid-murid yang dimuliakan,Biarlah saya terangkan serba sedikit maklumat mengenai program 3K.Menurut rujukan saya dalam Kementerian Pendidikan Malaysia,program ini dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) memberi peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Secara impaknya didapati Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Tuan puan,guru-guru, anak-anak serta hadirin sekalian.Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Inisiatif yang berdasarkan pendekatan menyeluruh bagi menangani faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan fizikal, mental, sosial dan alam sekitar di kalangan murid-murid adalah selaras dengan ajaran atau tuntutan Agama sebagaimana Hadith Nabi salallahu 'alaihi wasallam riwayat Muslim terjemahannya "Kebersihan itu sebahagian daripada iman"dan sebuah lagi Hadith Nabi yang terjemahannya "Sesungguhnya Allah itu cantik dan ia menyukai keindahan"serta kata-kata hikmah "Otak yang bijak atau pintar terletak pada badan yang sihat".

Ibubapa,guru-guru,hadirin dan anak-anak sekalian,Dalam konteks sekarang di mana sebahagian besar waktu kanak-kanak itu berada di sekolah, maka Program 3K dilihat merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi keupayaan untuk belajar, maka peringkat umur muda, kanak-kanak adalah golongan yang paling tepat bagi membentuk, menyemai asas Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan. Mereka adalah pewaris yang akan menjadi bangsa yang akan menghayati elemen-elemen tersebut di masa hadapan. Sebagai contoh seperti aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah perlu dihidupkan kembali bagi menyemai semangat cintakan sekolah dan sekaligus menanamkan tanggungjawab menjaga kebersihan sekolah dalam diri anak-anak sekalian.Manakala Jawatankuasa keselamatan sekolah yang dianggotai oleh ibubapa juga boleh diwujudkan bagi memastikan semua pihak memainkan peranan dalam keselamatan anak-anak kita disekolah.Tuan puan,hadirin dan anak-anak sekalian,Kementerian Pelajaran juga telah memperkenalkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).Ianya diwujudkan sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti. Program ini juga berkait rapat dengan program 3K antaranya bertujuan untuk memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Disamping membina persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat, program yang terancang dan bersepadu ini juga bertujuan untuk memupuk pengetahuan, sikap dan bertanggungjawab ke arah amalan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, sikap dan amalan membina sahsiah warga sekolah yang murni perlu dibentuk secara optimum oleh pihak sekolah. Amalan ini perlu agar dapat membawa kesejahteraan keseluruhan individu dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosial.Tuan puan,guru-guru serta anak-anak sekalian,Adalah besar harapan saya untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih bersih dan selamat. Usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh guru besar sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Secara amnya jika ketiga-tiga elemen 3K ini diterapkan ke dalam suasana persekitaran sekolah, sudah pasti para guru dan pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

LIMA BORANG MAKLUM BALASBORANG 1LAPORAN HARIAN PEMERIKSAAN KENDIRI KANTIN SEKOLAHTarikh : Hari : .BILPERKARA*Status** Markah DemeritUlasan/Tindakan

YaTidak

1Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan sihat dan tiada luka terdedah2

Memakai pakaian, penutup kepala, apron dan kasut yang bersih dan sesuai3

Pengendali makanan bersih dan berkuku pendek 3

2Amalan Pengendali Makanan

Mencuci tangan sebelum mengendali makanan / selepas ke tandas4

Menanggalkan apron apabila ke tandas 2

Tidak batuk / bersin ke arah makanan3

Tidak menyentuh makanan sedia dimakan dengan tangan1

3Bahan Mentah

Segar, berkualiti dan selamat5

Bahan mentah disediakan di tempat yang bersih, tinggi dan kalis air.5

4Makanan

Makanan masak atau dimakan terus diasing daripada bahan mentah.5

Makanan yang dimasak disimpan / dihidang di dalam keadaan bertutup5

Makanan masak tidak disimpan pada suhu bilik melebihi 4 jam 5

Baki makanan tidak dibawa ke hidangan seterusnya5

Makanan dari pembekal luar bersih dan selamat5

5Bekalan Air

Bersih dan mencukupi2

Bekas simpanan bersih dan tertutup2

Pengendali dan penyimpan ais adalah bersih dan selamat5

6Penstoran

Bersih dan tersusun / teratur serta bebas dari bahan kimia / racun2

7Peti Sejuk

Suhu 'Chiller' ( 0C hingga 4C ) 2

Suhu 'Freezer' ( < -18C )2

Makanan disimpan dalam bekas tertutup, teratur dan bersih1

8Peralatan / Perkakas

Peralatan / perkakas sentiasa bersih, mudah dicuci, kalis air dan sempurna4

Gunakan peralatan berasingan untuk bahan mentah dan makanan sedia dimakan4

Papan dan pisau pemotong bersih1

Meja penyediaan bersih2

Kain lap yang digunakan bersih dan khusus 2

Pinggan mangkuk dan lain-lain pekakas dicuci di tempat yang tinggi( melebihi 1 meter dari lantai )2

9Tandas dan Sinki Mencuci Tangan

Tandas dibersihkan dengan sempurna3

Kemudahan mencuci tangan bersih dan berfungsi serta mempunyai sabun cecair dan tisu tangan2

10Tong Sampah

Tong sampah mempunyai beg plastik dan bertutup 4

11Kawalan Serangga dan Haiwan Lain

Ada kawalan makluk perosak (Lalat, Lipas & Tikus ) dan berfungsi dengan baik2

Tiada anjing, kucing dan haiwan peliharaan yang lain1

12Lain-lain

Lantai, dinding dan siling hendaklah sentiasa bersih2

Kepala paip dan pemegang pintu hendaklah sentiasa bersih1

Perlimbahan dan perparitan sentiasa diselenggara1

JUMLAH DEMERIT

JUMLAH MARKAH100( ) ***

Nota : * Sila tandakan ( X ) pada ruangan tarikh penilaian markah mengikut status kepatuhan. ** Markah dimerit sekiranya satus TIDAK ditanda (X)*** Jumlah markah dimerit

MarkahStatus Keselamatan Makanan

90 -100Baik

80 - 89Memuaskan

70 - 79Berisiko