l2 gs39078.doc

3
NOORSYAFIZA ABD RAHMAN GS39078 Latihan 2 – Huraikan setiap model dan kerelevanannya dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia MODEL KNIGHT Model ini menerangkan tentang cara untuk menguruskan kewangan. Model ini menyebut tentang aliran yang berlaku dalam menguruskan kewangan di sesuatu institusi iaitu melalui INPUT PROSES OUTPUT. INPUT ialah dari mana datangnya sumber kewangan tersebut. Sebagai contoh melalui kutipan dana, yuran pelajar, belanjawan daripada kerajaan derma dan sumber lain. Sumber kewangan adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi kerana ia akan menjadi Pencetus kepada sesebuah organisasi. Tanpa sumber kewangan yang kukuh dan mencukupi, tiada aktiviti dan perancangan yang dapat dilakukan dengan sempurna. PROSES pula ialah sumber manusia atau aset fizikal yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, guru, kakitangan, staf sokongan, peralatan, premis dan peralatan merupakan entiti yang sangat penting demi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan baik. OUTPUT pula ialah hasil daripada proses yang telah berlaku. Sebagai contoh jika di sekolah, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran ialah pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan, menjadi pelajar yang berakhlak mulia, dapat melahirkan individu yang produktif dan warganegara yang baik. MODEL SUTTON

Upload: alanfizadani

Post on 29-Apr-2017

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: L2 GS39078.doc

NOORSYAFIZA ABD RAHMAN GS39078

Latihan 2 –  Huraikan setiap model dan kerelevanannya dalam konteks sistem pendidikan di

Malaysia

MODEL KNIGHT

Model ini menerangkan tentang cara untuk menguruskan kewangan. Model ini menyebut tentang

aliran yang berlaku dalam menguruskan kewangan di sesuatu institusi iaitu melalui INPUT PROSES

OUTPUT. INPUT ialah dari mana datangnya sumber kewangan tersebut. Sebagai contoh melalui

kutipan dana, yuran pelajar, belanjawan daripada kerajaan derma dan sumber lain. Sumber

kewangan adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi kerana ia akan menjadi Pencetus

kepada sesebuah organisasi. Tanpa sumber kewangan yang kukuh dan mencukupi, tiada aktiviti dan

perancangan yang dapat dilakukan dengan sempurna. PROSES pula ialah sumber manusia atau aset

fizikal yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, guru, kakitangan, staf

sokongan, peralatan, premis dan peralatan merupakan entiti yang sangat penting demi menjamin

proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan baik. OUTPUT pula ialah hasil daripada

proses yang telah berlaku. Sebagai contoh jika di sekolah, hasil daripada proses pengajaran dan

pembelajaran ialah pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan, menjadi pelajar yang berakhlak mulia,

dapat melahirkan individu yang produktif dan warganegara yang baik.

MODEL SUTTON

Terdapat 3model yang terdapat di dalam model ini iaitu CENTRALISED MODEL, DECENTRALISED

MODEL dan HYBRID MODEL. Model ini menerangkan tentang siapakah yang mempunyai autoriti

untuk membuat keputusan dalam urusan kewangan. Dalam centralised model keputusan dibuat

oleh seseorang yang menerajui sesebuah jabatan(pengetua/guru besar). Hanya beliau sahaja yang

boleh membuat keputusan dalam hal berkaitan kewangan. Sebagai contoh di sekolah pengetua

sahaja yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dalam urusan berkaitan pembangunan

sekolah. . Decentralised model pula menyatakan bahawa keputusan boleh dibuat oleh komiti itu

sendiri. Sebagai contoh sekolah mempunyai hak berbelanja di peringkat bawah seperti ketua panitia

dan guru kelas. Mereka bertindak sebagai pemegang belanjawan dan melalui proses ini urusan

Page 2: L2 GS39078.doc

NOORSYAFIZA ABD RAHMAN GS39078

kewangan dapat dilakukan dengan cepat dan terbuka. Hybrid model pula menyatakan bahawa

keputusan boleh dibuat oleh ketua jabatan ataupun sesebuah komiti. Ia adalah kombinasi daripada

centralised dan decentralised model.

MODEL TONY BUSH

Terdapat 4 model di dalam model ini iaitu RASIONAL MODEL, COLLEGIAL MODELS,PLOTICAL

MODELS dan AMBIGUITY MODELS. Rasional model menyatakan bahawa orang yang membuat

keputusan adalah orang yang sangat rasional. Collegial model pula menyatakan bahawa keputusan

boleh dibuat secara berpasukan dengan mempertimbangkan keputusan tersebut berdasarkan

kepakaran masing-masing. Di dalam model ini ketidakadilan boleh berlaku kerana setiap individu

mempunyai pendapat dan budaya yang berbeza. Political models menerangkan tentang keputusan

tersebut dipengaruhi oleh elemen politik. Jadi elemen melobi dan pengaruh memang tidak dapat

dielakkan daripada model ini. Ambiguity models pula merupakan sebuah model yang kabur dan

tiada perancangan yang spesifik.

HUMAN CAPITAL THEORY

Model ini menyatakan bahawa mendidik dan mengajar manusia merupakan satu pelaburan jangka

masa panjang kepada sesebuah negara. Sekiranya seseorang mempunyai ilmu, kemahiran mereka

akan meningkat. Kemahiran yang mereka miliki akan menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam

pekerjaan. Hal ini juga dapat meningkatkan status ekonomi individu tersebut dan ekonomi negara

mereka.

AGENCY THEORY

Pentadbir merupakan agen kepada kerajaan dalam melaksanakan dan mentadbir kewangan sekolah.

Sumber kewangan mematuhi piawaian yang ditetapkan kerajaan. Pentadbir tidak boleh sewenang-

wenangnya berbelanja kerana mereka hanya berperanan sebagai ejen. Mereka juga perlu

bertanggungjawab dalam mentadbir kewangan sekolah.

Page 3: L2 GS39078.doc

NOORSYAFIZA ABD RAHMAN GS39078