kursus perguruan lepas ijazah (kpli) sukatan … word - bmk_k… · melayu mengikut peraturan...

4
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Jumlah Kredit: 1 kredit (15 jam) Pengenalan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran dalam komponen Pengajian Asas. Mata pelajaran ini ditawarkan untuk membolehkan pelajar KPLI menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Mata pelajaran ini ditawarkan dalam Semester 1. Peruntukan kredit bagi mata pelajaran ini ialah satu jam kredit. Sukatan pelajaran ini merangkumi komunikasi lisan dan penulisan yang memberi penekanan kepada pembinaan dan penguasaan amalan komunikasi yang berkesan, bersopan dan sesuai mengikut konteks. Mata pelajaran ini akan ditaksir melalui kerja kursus. MATLAMAT Kursus ini bertujuan melahirkan guru permulaan yang mempunyai kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan berkesan. Mereka diharapkan dapat menguasai tatabahasa Bahasa Melayu dengan betul serta boleh menggunakan bahasa Melayu mengikut peraturan sosial dan amalan komuniti bahasa Melayu. Keadaan ini akan mewujudkan persefahaman dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, pelajar dapat membina imej guru yang berwibawa, berhemah, berfikiran kritis, kreatif, dan produktif menghasilkan karya. OBJEKTIF Kurikulum Bahasa Melayu Komunikasi Pengajian Asas Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah membolehkan pelajar dapat: i. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu baku dalam pelbagai konteks; ii. mengaplikasikan semua aspek kemahiran lisan dan bertulis dengan cekap dan sesuai dalam pelbagai situasi; iii. berkomunikasi dengan penuh sopan untuk mengekalsuburkan nilai budaya masyarakat Malaysia; iv. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan pelbagai media; v. menjalin keakraban dalam kalangan mereka untuk meningkatkan semangat kekitaan; dan vi. menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu secara lisan dan tulisan dengan berkesan.

Upload: vannguyet

Post on 13-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SUKATAN … Word - BMK_K… · Melayu mengikut peraturan sosial dan amalan komuniti bahasa Melayu. Keadaan ini akan

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Jumlah Kredit: 1 kredit (15 jam) Pengenalan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran dalam komponen Pengajian Asas. Mata pelajaran ini ditawarkan untuk membolehkan pelajar KPLI menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Mata pelajaran ini ditawarkan dalam Semester 1. Peruntukan kredit bagi mata pelajaran ini ialah satu jam kredit. Sukatan pelajaran ini merangkumi komunikasi lisan dan penulisan yang memberi penekanan kepada pembinaan dan penguasaan amalan komunikasi yang berkesan, bersopan dan sesuai mengikut konteks. Mata pelajaran ini akan ditaksir melalui kerja kursus. MATLAMAT Kursus ini bertujuan melahirkan guru permulaan yang mempunyai kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan berkesan. Mereka diharapkan dapat menguasai tatabahasa Bahasa Melayu dengan betul serta boleh menggunakan bahasa Melayu mengikut peraturan sosial dan amalan komuniti bahasa Melayu. Keadaan ini akan mewujudkan persefahaman dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, pelajar dapat membina imej guru yang berwibawa, berhemah, berfikiran kritis, kreatif, dan produktif menghasilkan karya. OBJEKTIF Kurikulum Bahasa Melayu Komunikasi Pengajian Asas Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah membolehkan pelajar dapat:

i. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu baku dalam pelbagai konteks;

ii. mengaplikasikan semua aspek kemahiran lisan dan bertulis dengan cekap dan sesuai dalam pelbagai situasi;

iii. berkomunikasi dengan penuh sopan untuk mengekalsuburkan nilai budaya masyarakat Malaysia;

iv. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan pelbagai media; v. menjalin keakraban dalam kalangan mereka untuk meningkatkan semangat

kekitaan; dan vi. menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu

secara lisan dan tulisan dengan berkesan.

Page 2: KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SUKATAN … Word - BMK_K… · Melayu mengikut peraturan sosial dan amalan komuniti bahasa Melayu. Keadaan ini akan

2

SUSUNAN KANDUNGAN DAN PERUNTUKAN MASA

BIL KANDUNGAN MASA 1 Fungsi Bahasa Melayu 1 jam 2 Kesantunan Berbahasa 2 jam

3 Wacana 1 jam

4 Laras Bahasa 1 jam

5 Komunikasi Khalayak 4 jam

6 Komunikasi Bertulis 4 jam

7 Terjemahan 2 jam

Jumlah 15 jam 1.0 Fungsi Bahasa Melayu (1 jam)

1.1. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 1.2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi 1.3. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan 1.4. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar 1.5. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu 1.6. Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi

2.0 Kesantunan Berbahasa (2 jam)

2.1. bahasa sapaan 2.1.1. kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga 2.1.2. kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat 2.1.3. protokol panggilan hormat 2.1.4. aturan sapaan

2.2. bahasa tubuh 2.2.1. gerakan anggota tubuh 2.2.2. gerakan mata 2.2.3. gerakan tangan 2.2.4. mimik muka

3.0 Wacana (1 jam) 3.1. Konsep wacana 3.2. ciri wacana 3.3. penanda wacana 3.4. keutuhan wacana

4.0 Laras Bahasa (1 jam)

4.1. konsep dan ciri laras 4.2. agama 4.3. sains 4.4. matematik 4.5. seni 4.6. pendidikan jasmani 4.7. kemahiran hidup 4.8. sastera

Page 3: KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SUKATAN … Word - BMK_K… · Melayu mengikut peraturan sosial dan amalan komuniti bahasa Melayu. Keadaan ini akan

3

5.0 Komunikasi Khalayak (4 jam) 5.1. Teknik Penyampaian

5.1.1. Permulaan 5.1.2. Pelahiran dan penyusunan idea 5.1.3. Gaya penyampaian 5.1.4. Penutupan

5.2. Aktiviti Penyampaian 5.2.1. pengumuman 5.2.2. ucapan 5.2.3. taklimat 5.2.4. pengacaraan majlis 5.2.5. ceramah 5.2.6. diskusi

6.0 Komunikasi bertulis (4 jam) 6.1. Ciri-ciri Penulisan Teks

6.1.1. Penggunaan bahasa yang gramatis 6.1.2. Pemilihan diksi yang sesuai 6.1.3. Stilistik 6.1.4. Format yang sesuai 6.1.5. Kesedaran khalayak

6.2. Penghasilan Teks 6.2.1. ucapan 6.2.2. taklimat 6.2.3. surat kiriman 6.2.4. laporan 6.2.5. minit mesyuarat 6.2.6. teks pengacaraan majlis 6.2.7. sajak/cerpen

7.0 Terjemahan (2 jam) 7.1. Teknik menterjemah

7.1.1. secara terus 7.1.2. secara struktural 7.1.3. secara global

7.2. Aktiviti menterjemah bahan autentik 7.2.1. Pendidikan 7.2.2. Bahasa 7.2.3. Agama 7.2.4. Sains 7.2.5. Matematik 7.2.6. Komputer 7.2.7. Alam Sekitar 7.2.8. Pendidikan Jasmani

Page 4: KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SUKATAN … Word - BMK_K… · Melayu mengikut peraturan sosial dan amalan komuniti bahasa Melayu. Keadaan ini akan

4

RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Muhammad (1994). Bahasa Melayu untuk maktab Perguruan.

Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Abdullah Hassan (1994) Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors. Abdul Halim A. Karim (1992) Pengucapan Awam. Sungai Petani: Intan. Amat Johari Moain (1989) Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise. Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka (1988) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Sidin Ahmad Ishak (1992) Keterampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (1993)

Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari (1993) Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1977) Aktiviti Lisan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.