laporan pergigian kpli 2010

9
Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010 Laporan Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010 Laporan ini berkaitan dengan perjalanan Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010. Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya pada 18 sehingga 19 Mei 2010 yang lalu di Dewan Kuliah dan di bilik KPKM. Tujuan penyediaan laporan ini secara khusus untuk meneliti dan menilai kelebihan dan kekurangan yang dialami dalam perlaksanaan bengkel ini. Perlaksanaan program Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010 ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar- pelajar KPLI-SR dan PISMP semester 5 dan seterusnya membolehkan bakal-bakal guru memberi sumbangan yang efektif ke arah pencapaian objektif program kesihatan pergigian di sekolah. Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Bengkel dimulakan pada hari selasa dengan pendaftaran pada pukul 8.00- 9.00 pagi. Pada awalnya sambutan tidak menggalakkan tetapi setelah diedarkan beberapa keping risalah berkenaan bengkel ini serta menjemput guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah di sekitar bengkel berlangsung, maka, sambutan semakin meningkat. Pendaftaran dibuat di bilik KPKM bersebelahan dengan kantin. Semasa pendaftaran, setiap orang perlu menjawab beberapa soalan berkenaan kesihatan pergigian. Selepas

Upload: khotibah

Post on 24-Jun-2015

259 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan pergigian kpli 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Laporan Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010

Laporan ini berkaitan dengan perjalanan Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010.

Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya pada 18 sehingga 19 Mei 2010 yang lalu di Dewan

Kuliah dan di bilik KPKM. Tujuan penyediaan laporan ini secara khusus untuk meneliti dan

menilai kelebihan dan kekurangan yang dialami dalam perlaksanaan bengkel ini.

Perlaksanaan program Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010 ini adalah untuk

memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar KPLI-SR dan PISMP semester 5 dan

seterusnya membolehkan bakal-bakal guru memberi sumbangan yang efektif ke arah

pencapaian objektif program kesihatan pergigian di sekolah.

Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah di IPG Kampus

Pendidikan Teknik. Bengkel dimulakan pada hari selasa dengan pendaftaran pada pukul 8.00-

9.00 pagi. Pada awalnya sambutan tidak menggalakkan tetapi setelah diedarkan beberapa

keping risalah berkenaan bengkel ini serta menjemput guru-guru pelatih dan pensyarah-

pensyarah di sekitar bengkel berlangsung, maka, sambutan semakin meningkat.

Pendaftaran dibuat di bilik KPKM bersebelahan dengan kantin. Semasa pendaftaran,

setiap orang perlu menjawab beberapa soalan berkenaan kesihatan pergigian. Selepas

pendaftaran, ada slot pemeriksaan kebersihan mulut dan gigi secara percuma kepada warga

Institut Pendidikan Teknik. Disamping pemeriksaan kebersihan mulut dan gigi, ada juga

dijalankan untuk Pertandingan Ratu dan Raja Gigi. Pameran berkaitan dengan kesihatan

pergigian juga telah dipamerkan di dalam bilik KPKM bersebelahan dengan bahagian

pemeriksaan gigi. Pameran tersebut sedikit sebanyak dapat memberi info yang berguna

kepada para pengunjung di samping dibekalkan pamplet, lencana dan penanda buku percuma

berkenaan kesihatan pergigian.

Page 2: laporan pergigian kpli 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Seterusnya, slot sesi soal jawab dan demo menggosok gigi yang sepatutnya

berlangsung pada jam 11.30 pagi ditunda dan digabung dengan sesi ceramah pada pukul 2

petang atas permintaan dari Dr. Suhana sendiri. Ceramah berkaitan tentang kebersihan mulut

dan gigi telah disampaikan oleh Dr. Suhana dari Klinik Pergigian Cahaya Suria, Bahagian

Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah IPG Kampus

Pendidikan Teknik. Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Suhana sangat menarik, terang dan

jelas. Selepas itu, bengkel diteruskan lagi dengan demo menggosok gigi oleh Dr Suhana serta

pembantu-pembantunya. Slot ini juga ada penglibatan dari pelajar KPLI-SR, 5 PISMP dan 1

PISMP untuk menunjukkan cara yang betul untuk menggosok gigi. Hampir semua yang

terlibat memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang slot ceramah itu.

Selepas itu, sesi soal jawab diadakan dan banyak soalan yang ditujukan kepada

penceramah untuk menambahkan kefahaman serta meleraikan kekeliruan yang berada di

fikiran pelajar-pelajar yang hadir di dalam dewan tersebut. Semua soalan dapat dijawab

dengan tepat dan memuaskan. Setelah selesai sesi soal jawab, satu ujian kebersihan mulut dan

gigi kali ke-2 dijalankan untuk melihat tahap kefahaman pelajar yang hadir selepas ceramah

disampaikan.Bengkel ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Pada hari ke-2 iaitu pada 19 Mei 2010 (Rabu), selepas sesi pendaftaran, telah diadakan

Pertandingan Pengajaran Mikro dan Nyanyian bertempat di Dewan Kuliah. Tetapi,

disebabkan oleh masalah ynag tidak dapat dielakkan, pertandingan tersebut terpaksa dianjak

ke pukul 9.30 pagi. Hanya 4 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut iaitu kumpulan

KPLI(Matematik), KPLI(Kemahiran Hidup), 1 PISMP (Matematik) dan 5

PISMP(Matematik), Pertandingan ini diadili oleh 3 orang Pensyarah jemputan iaitu

En.Muhadi Mahmud, Cik Safinaz M.Annuar dan Pn. Nik Asma  Nik Abd. Ghani.

Page 3: laporan pergigian kpli 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Pertandingan Pengajaran Mikro dan Nyanyian ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Markah diberikan oleh pengadil berdasarkan beberapa kriteria antaranya ialah penyediaan

rancangan pengajaran dan nyanyian.

Setelah selesai, majlis penutup telah dilaksanakan pada jam 10.45 pagi, dimulakan

dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis, diikuti dengan persembahan multimedia.

Selepas itu, acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Ustaz Muaaz b. Muhammad diiringi

oleh pegawai perubatan pergigian dari Klinik Cahaya Suria. Setelah selesai acara tersebut

disambung dengan ucapan dari Pengerusi Program, Mohd Farhan, diikuti oleh ucapan dari

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu En.Ishak bin Othman dan acara

kemuncak majlis penutup dirasmikan oleh Ustaz Muaaz Bin Muhammad Ketua Jabatan Hal

Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik. Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010

tamat dan bersurai pada jam 11.30 pagi.

Page 4: laporan pergigian kpli 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Sepanjang Program Berlangsung

Page 5: laporan pergigian kpli 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Page 6: laporan pergigian kpli 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Page 7: laporan pergigian kpli 2010

Bengkel Pergigian KPLI-SR 2010

Disediakan oleh:

....................................

(Khotibah Ahmad Mohtasar)

Setiausaha,

Bengkel Kesihatan Pergigian KPLI-SR 2010

IPG Kampus Pendidikan Teknik, KL