kuliah~1 (10)

24
TAMADUN PRIBUMI MALAYSIA 1. Memahami budaya dan tamadun pribumi Malaysia. 2. Menjelaskan konsep pandang dunia masyarakat pribumi. 3. Menerangkan masyarakat pribumi dan sistem sosial Malaysia. RUJUKAN Arena Wati. 1978. Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Dentan, R.K. 1979. The Semai: A nonviolent people of Malaya. New York: Holt, Rinehart and Winston Evans, I.N.H. 1924. Among Primitive Peoples in Borneo, London. Hose, C. dan McDougall, W. 1996. The Pagan of Borneo. Frank Cass and Company. Ltd. Hood salleh, Kamaruddin M. Said dan Awang Hasmadi Mois (eds). 1993. Mereka yang Terpinggir. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Intan. 1991. Malaysia Kita, Kuala Lumpur. Jensen, E. 1974. The Iban and Their Religion. Oxford: Clarendon Press. Juli Edo. 1990. Tradisi Lisan Masyarakat Semai. Monograf No.16. Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Williams, T.R. 1965. The Dusun: A north Borneo Society. New York: Holt, Rinehart and Winston Sabihah Osman. 1985. Pentadbiran Pribumi Sabah 1881 -1941. UKM- Yayasan Sabah. Pengenalan Budaya dan Tamadun Pribumi Malaysia Konsep Pribumi dan Latar Belakang Sejarah Konsep Pandang Dunia Masyarakat Pribumi Masyarakat Pribumi dalam Sistem Sosial Malaysia 1

Upload: sweet1991

Post on 26-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KULIAH 5 DAN 6

PAGE 1

TAMADUN PRIBUMI MALAYSIA

1. Memahami budaya dan tamadun pribumi Malaysia.

2. Menjelaskan konsep pandang dunia masyarakat pribumi.

3. Menerangkan masyarakat pribumi dan sistem sosial Malaysia.

RUJUKAN

Arena Wati. 1978. Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Dentan, R.K. 1979. The Semai: A nonviolent people of Malaya. New York: Holt, Rinehart and Winston

Evans, I.N.H. 1924. Among Primitive Peoples in Borneo, London.

Hose, C. dan McDougall, W. 1996. The Pagan of Borneo. Frank Cass and Company. Ltd.

Hood salleh, Kamaruddin M. Said dan Awang Hasmadi Mois (eds). 1993. Mereka yang Terpinggir. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Intan. 1991. Malaysia Kita, Kuala Lumpur.

Jensen, E. 1974. The Iban and Their Religion. Oxford: Clarendon Press.

Juli Edo. 1990. Tradisi Lisan Masyarakat Semai. Monograf No.16. Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Williams, T.R. 1965. The Dusun: A north Borneo Society. New York: Holt, Rinehart and Winston

Sabihah Osman. 1985. Pentadbiran Pribumi Sabah 1881 -1941. UKM-Yayasan Sabah.

Pengenalan

Budaya dan Tamadun Pribumi Malaysia

Konsep Pribumi dan Latar Belakang Sejarah

Konsep Pandang Dunia Masyarakat Pribumi

Masyarakat Pribumi dalam Sistem Sosial Malaysia

PENGENALAN

Masyarakat Peibumi adalah penghubung kepada sejarah dan tamadun awal di tanah air kita. Sejarah negara Malaysia telah mencatitkan bahawa negara kita pernah diduduki oleh manusia berzaman-zaman sejak zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal), diikuti dengan Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi). Sebagai contoh, Suku kaum orang asli Negrito dan Senoi merupakan keturunan orang Mesolitik. Bukti-bukti arkeologi telah menunjukkan bahawa beberapa kawasan di negara kita telah didiami oleh manusia. Oleh itu, adalah wajar bagi generasi muda untuk mengetahui tentang sejarah umum dan tamadun masyrakat pribumi supaya dapat membentuk satu perspektif yang luas tentang sejarah dan perkembangan kita sebagai satu masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan bangsa.

Tujuan unit ini ialah untuk mendedahkan kepada anda tentang sejarah umum masyarakat pribumi, konsep pribumi, konsep pandang dunia mereka termasuk aspek-aspek lain seperti sistem ekonomi mereka, kesenian dan pembangunan masyarakat mereka dan masa depan mereka.

Dengan mengkaji latar belakang sejarah dan budaya pribumi kita akan mengetahui tentang kewujudan kebudayaan masyrakat pribumi yang mapan dan kepelbagaian etnik dan budaya pribumi akan memperkayakan lagi warisan sejarah dan budaya negara kita.

Masyarakat Pribumi-Siapakah Mereka?

Sebelum menerangkan siapakah masyarakat pribumi ini, adalah wajar bagi anda mengetahui terlebih dahulu apakah dimaksud dengan istilah pribumi.

Umum.

Secara umum, istilah pribumi merujuk kepada kumpulan etnik yang natif kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Kumpulan etnik ini telah wujud sebelum negaranya dibentuk.

Spesifik

Secara spesifik, masyarakat pribumi adalah merujuk kepada penduduk asal negara Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung dan pelbagai kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Mengikut Perlembagaan Malaysia, pribumi atau bumiputra di ertiakan sebagai anak watan asal atau naif dan ini merujuk kepada orang Melayu, orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak. Di Sabah, pribumi dimaksudkan sebagai warga negara berketurunan pribumi seperti Orang Dusun/Kadazan, Murut, Bajau, Sulu, Iranun, Kedayan, Melayu Brunei, Lun Dayeh Sungei dan kumpulan pribumi lain. Di Sarawak, pribumi adalah seorang warganegara Malaysia yang tergolong dalam salah satu kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh, Melayu Melanau, Murut/Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Kayan, Bisaya, Punan, Penan, dan kumpulan kecil lain.

Berapa ramaikah penduduk pribumi Malaysia?

Jumlah penduduk Malaysia tahun 1995 ialah 29.69 juta dan penduduk pribumi/bumiputra berjumlah 11.95 juta seperti di tunjuk di Rajah 1.

Rajah 1

Jumlah penduduk Malaysia

KumpulanJumlah (juta)Peratus(% )

Pribumi/Bumiputra11.9561.7

Cina5.2927.3

India1.507.7

Lain-lain0.643.3

Jumlah19.38100.0

Bukan Warga Negara1.31

Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) : 1996-2000

Sejarah dan Latarbelakang Penduduk Pribumi

Pribumi Semenanjung

Pribumi Semenanjung terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Asli.

Siapakah Orang Asli?

Orang Asli terbahagi kepada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli/Melayu. Orang Asli menghuni di semua negeri Semenanjung kecuali Pulau Pinang dan Perlis.

Rajah 2

Pribumi Semenanjung

KumpulanSuku BangsaKawasan

NegritoKinsui, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendrig, BateqPerak(utara), Kedah, dan Kelantan

Senoi Temiar, Semai, Semoq Beri, Che' Wong, Jah Hut, Mahmeri Bahagian tengah negeri Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan

Melayu- Asli/ Melayu- ProtoTemuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang LautBahagian selatan Pahang, dan negeri Johor

Siapakah Orang Melayu?

Huraian terperinci tentang Orang Melayu akan tidak diberi dalam unit ini kerana Unit 2 telah membincangkan Tamadun Melayu dan latarbelakang sejarah Orang Malayu.

Orang Melayu adalah penduduk terbesar Semenanjung dan ada juga yang menghuni di Sarawak dan Sabah. Orang Melayu telah bermastautin di Semenanjung sejak 2,500 SM. Terdapat juga Orang Melayu tinggal di Selatan Thailan, Filipina dan di merata-rata tempat di Nusantara. Dari segi bahasa pertuturan, Orang Melayu menggunakan Bahasa Melayu iaitu kelompok Bahasa Austronesia. Sejarah Orang Melayu sering dikaitkan dengan kumpulan Orang Melayu Asli/Melayu Proto. Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha, masyarakat Orang Melayu mengamalkan sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme. Kedua-duanya mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, yang dapat membawa atau mendatangkan kesan baik atau buruk. Penulisan secara jelas mengenai Orang Melayu bermula pada abad ke 15 iaitu pada zaman keagungan Kesultanan Melaka yang banyak merakamkan tentang undang-undang dan sistem pentadbiran seperti Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Struktur pentadbiran tradisional inilah menjadi landasan kepada pembentukan Negara Bangsa dalam sejarah moden Malaysia.

Apakah sistem politik Pribumi Melayu?

Satu ciri sistem politik pribumi Melayu yang kekal hingga kini ialah Sistem Beraja. Sistem ini kekal kerana wujudnya hubungan Institusi Raja dengan sistem tradisi masyarakat Melayu yang berpegang kepada Bahasa Melayu, Agama Islam, Adat Istiadat,

Melayu dan Raja-raja. Unsur-unsur ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada ciri-ciri Perlembagaan Malaysia. Zaman Kerajan Melayu Melaka yang didirikan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15 menyaksikan kegemilangan dunia Melayu dari berbagai-bagai aspek. Contohnya, sistem sosio-politik Semenanjung Tanah Melayu ini juga telah diamalkan oleh Kesultanan Brunei yang pada satu ketika dahulu pernah menakluk dan memerintah Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini menjadi tanah jajahan Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke menjajah Sarawak sejak tahun 1841 hingga 1941 dan Sabah dijajah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British sejak tahun 1881 hingga 1941.

SIAPAKAH PRIBUMI SARAWAK?

Latarbelakang dan Sejarah Pribumi Sarawak

Secara umum, penduduk pribumi diklasifikasikan mengikut kawasan petempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai dan daerah pendalaman termasuklah di kawasan tanah tinggi. Kawasan-kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah dataran pantai dan di lurah-lurah di bahagian barat di Kuching dan di kawasan antara Sungai Kayan dan Mukah.

Perkembangan kebudayaan penduduk pribumi Sarawak menunjukkan bahawa masyarakat penduduknya terdiri daripada yang paling simple iaitu hidup berpindah-randah dan menjalankan kegiatan perburuan du hutan-belantara seperti orang Penan hainggalah kepada masyaraka yang telah bertamadun, tinggal di persisiran pantai di lembah sungai seperti orang Melayu, Melanau dan Iban. Sebelum kedatangan orang Barat (Rejim Brooke dan Penjajah British) ke Sarawak, penduduk pribumi mengenali diri mereka mengikut nama sungai tempat mereka tinggal seperti "kami Skrang" dan "kami Saribas".

Faktor-faktor alam semulajadi banyak mempengaruhi corak petempatan dan kebudayaan pribumi Sarawak dan oleh itu, penduduk pribumi tempatan tidak banyak perhubungan dengan orang luar dan mereka ini menjadi terpencil kerana keadaan alam semulajadi seperti sungai yang panjang dengn jeram yang deras arusnya dan kawasannya terlalu luas telah memisahkan penduduk pribumi darai satu tempat ke satu tempat yang lain. Justeru itu didapati tiap-tiap kelompok membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut keadaan alam sekitarnya. Seperti masyarakat pribumi Melayu, penduduk pribumi Sarawak menuturkan bahasa rumpun Austronesia. Asal-usul mereka boleh dikaitkan dengan gelombang penghijrahan dari tempat lain di benua Asia.

Rajah 3

Pribumi Sarawak

Kelompok EtnikKawasan Petempatan

Bidayuh

Bahagian Kuching

IbanSemua Bahagian (terutamanya Seri Aman)

MelayuKawasan pantai terutamanya Bahagain Kuching, Seri Aman dan Miri

Kayan

Bahagian Miri

KenyahBahagian Miri

KelabitBahagian Miri, Bintulu dan Kapit (kawasan tanah tinggi)

Murut/Lun BawangBahagian Limbang di Lembah Terusan

Punan

Lembah Rejang dan Baram, Bahagian Bintulu dan Kapit

Penan Bahagian Bintulu, Kapit dan Miri

MelanauLembangan Rejang, Bahagian Sibu dan Bintulu

KedayanBahagian Miri dan Limbang

BisayahBahagian Limbang terutama di hilir Limbang

Bila Sarawak mula didiami dan siapakah yang pernah menjajah Sarawak?

Berdasarkan penemuan arkeologi di Gua Niah dan gunung Subis di Sarawak. Sarawak telah dihuni sejak 40,000 tahun yang lalu dan dikatakan penduduk Sarawak telah berdagang dengan negeri Cina lebih kurang 600 tahun SM.

Bukti-bukti jajahan kuasa-kuasa luar:

1. Dalam zaman kegemilangan Kemaharajaan Budha Srivijaya pada abad ke 8, Borneo merupakan tempat persinggahan yang paling disukai oleh ahli-ahli pelayar dari India ke China. Ini dapat dibuktikan dengan jumpaan sebuah lembaga Budha di barat daya Sarawak yang dianggarkan bertarikh di antara abad ke 8 dan ke 9.

2. Dalam abad ke 14 beberapa tempat di Sarawak terletak di bawah Kerajaan Hindu Majapahit. Tinggalan sejarah seperti patung dan perhiasan yang berunsurkan kehinduan turut dijumpa. 3. Pada abad ke 15 dan 16 daerah-daerah seperti Kalaka, Saribas, Sadong dan Samarahan terletak di bawah Kesultanan Johor(Melaka).

4. Selepas kesultanan Johor, Kesultanan Brunei menjajah Sarawak. Kegemilangan Kesultanan Bolkiah terserlah pada zaman pemerintahan Sultan Bolkiah pada abad ke 16. Setelah kemangkatannya, Brunei beransur lemah walaupun ada usaha memulihkan keadaan pada zaman Sultan Hassan pada abad ke 17. Kedatangan dan kegiatan orang-orang Barat terutamanya Belanda dan Inggeris di rantau Borneo pada abad ke 18 dan ke 19.5. James Brooke berjaya mendapat jajahan Sarawak daripada Sultan Brunei setelah mengenepikan Pengiran Mahkota dan Raja Muda Hashim dari Kuching. Mulai tahun 1841 Sarawak menjadi sebuah negeri diperintah oleh Dinasti Brooke sehingga 1941.

Pertembungan Pribumi Sarawak dengan agama lain.

Semasa pemerintahan Kesultanan Brunei ramai penduduk pribumi di persisiran pantai dan kuala sungai seperti orang Melayu, Melanau dan Kedayan memeluk agama Islam.

Semasa Dinasti Brooke, penyebaran agama Kristian telah digiatkan di daerah pendalaman di kalangan orang Iban, Bidayuh, Bisayah, Kenyah, Kayan, Kelabit dan dikalangan orang Melanau yang tinggal agak jauh dari pantai. Penyebaran diteruskan secara intensif pada masa penjajahan British(1946-1963). Faktor ini menambahkan lagi kepelbagaian perbezaan masyarakat pribumi Sarawak.

Siapakah Penduduk Pribumi Sabah?

Seperti pribumi di Sarawak, pribumi Sabah dipercayai berasal dari tanah besar Asia. Dan bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia.

Rajah 4

Pribumi Sabah

Kelompok EtnikKawasan Petempatan

Dusun/KadazanPenampang,Tuaran, Papar, Tamparuli, Tambunan

Murut

Pensiangan, Keningau, Nabawah

Lun DayehMagalong,Long Pasia

Bisaya

Kuala Penyu

Bajau

Kota Belud, Semporna, Tawau, Sandakan

KedayanSipitang, Telok Labuan

Orang SungeiLamang, Bukit Garam, Kinabatangan

Melayu BruneiBongawan, Papar, Beaufort

Iranun

Kota Belud, Bukit Garam

Suluk

Semporna, Tawau, Sandakan

Latarbelakang dan Sejarah Pribumi Sabah

Seperi di Sarawak, penduduk pribumi di Sabah tertumpu di kawawan pesisiran pantai (terutamanya pantai barat dan timur), di muara dan lembah sungai dan di kawasan perbukitan di daerah pedalaman. Kedudukan petempatan menentukan corak ekonomi dan kebudayaan yang mereka amalkan. Termasuk perhubungan yang disukarkan oleh kawasan yang luas yang memisahkan satu kelompok dengan kelompok lain. Dengan demikian, tiap-tiap kelompok membentuk identiti masing-masing mengikut keadaan alam kelilingnya seperti mengikut nama sungai.

Sejarah awal penduduk pribumi Sabah tidak begitu jelas. Adalah dipercayai Sabah telah dihuni manusia sejak zaman batu lagi. Terdapat peniggalan tamadun zaman itu di Pulau Burung dan Lembah Pedas. Dipercayai penghijrah awal ialah kumpulan Negrito yang kini terdapat di Pulau Banggi. Di sekitar abad ke 7 dikatakan penduduk pribumi Sabah telah mengadakan hubungan dangang dengan Cina.

Bukti-bukti jajahan kuasa-kuasa luar:

Pada abad ke16, Sabah terletak di bawah jajahan pemerintahan Kesultanan Brunei sehingga pertengahan kedua abad ke 19.

Pengaruh Kesultanan Brunei mula merosot pada abad ke18 dan sebahagian daripada jajahan itu, dari Kimanis ke Sungai Sibuku diserahkan kepada Kesultanan Sulu sebagai balasan membantu Kesultanan Brunei menghapuskan pemberontakan di Pulau Chermin. Sultan Brunei sebenarnya hanya menguasi daerah kecil di pantai barat Sabah.

Manakala daerah-daerah kecil lain dikuasai pembesar-pembesar Brunei dan ketua-ketua bebas seperti di Teluk Marudu dan Tunku. Pada zaman kedua-dua kesultanan itu, penduduk pribumi yang mendiami persisiran baik dipantai barat mahupun dipantai timur telah memeluk agama Islam.

Pada pertengahan kedua abad ke 19, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British berjaya mendapatkan Sabah daripada kedua-dua kesultanan itu dan sekaligus memerintah Sabah sehingga tahun 1941.

Pertembungan Pribumi dengan agama lain

Seperti di Sarawak, penyebaran agama Kristian di lakukan secara intensif dan ramai pribumi Sabah yang masih pagan telah dikristiankan. Penyebaran agama Kristian bertambah aktif pada zaman penjajahan British di antara tahun 1946-1963.

Bagaimanakah keadaan Sosio-ekonomi Pribumi sebelum Kehadiran Penjajah British?

Kebanyakkannya Orang Melayu dahulu adalah petani dan pelaut. Penemuan tinggalan arkeologi di Kuala Selinsing Perak menunjukkan orang Melayu juga adalah ahli pertukangan dan pedagang melalui jalan laut. Mereka hidup dalam kampung tradisi-menanam padi, kelapa dan buah-buahan dan mengamalkan Ekonomi sara diri.

Dalam Kesultanan Melaka, apabila Melaka menjadi bandar entreport orang Melayu telah mewujudkan satu sistem ekonomi perdagangan yang teratur dengan terbentuknya sistem cukai, sistem pasar dan gudang.

Sistem sosial bersifat "feudal" iaitu Raja/Sultan menguasai sumber ekonomi (tanah, tenaga buruh, modal pelaburan, perdagangan dan memungut cukai). Mereka tergolong dalam kelas atasan dan menengah-menjadi pedagang, ahli pelayaran dan pengusaha lombong bijih timah.

Monopoli ekonomi menjadi teras mengekalkan kuasa raja terhadap rakyat. Mereka menguasai jalan perdagangan di sungai-sungai dan menguasai perdagangan import/eksport.

Antara tokoh-tokoh pembesar Melayu yang menjadi pengusaha/pedagang ialah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut Perak, Raja Jumaat dan Raja Abdul Samad di Selangor.

Di negeri pantai timur orang Melayu juga bergiat dalam bidang pertanian dan perdagangan. Kaum wanitanya terkenal dengan kegiatan perdagangan. Sosio-ekonomi orang Melayu berubah apabila British menjajah Tanah Melayu mulai tahun1874. British

memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis dan membawa masuk buruh asing ke Tanah Melayu dan seterusnya merubah struktur ekonomi pribumi.

Sosio-ekonomi Pribumi di Sarawak sebelum British

Sehingga abad ke 19 penduduk pribumi di Sarawak mengamalkan sistem ekonomi tradisi- menangkap ikan, menanam padi huma/sawah, mencari hasil hutan dan berburu. Ada golongan bangsawan yang menjadi peniaga dan pendagang dan ada juga daripada mereka mempunyai kapal-kapal dagang. Bagi rakyat biasa ada yang menjadi pengikut rombongan dagang pembesar-pembesar Sarawak. Manakala pribumi yang tinggal di pendalaman mereka menjalankan kegiatan pindah dan menanam padi huma.

Orang Iban

Dikatakan berhijrah dari Sungai Kapuas, Kalimantan dan kemudiannya menetap di hulu Batang Lupar, Rejang dan Saribas. Mereka tinggal di rumah panjang dan mengerjakan pertanian sawah dan huma. Dalam masyarakat Iban tidak terdapat institusi politik yang teguh melebihi peringkat kampung. Susunan politik daerah adalah berdasarkan ikatan keluarga, sanak saudara atau kaban. Ketua-ketua rumah panjag atau tuai rumah adalah seorang ketua yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak buah dan keamanan. Bagi daerah yang mudah dihubungi, orang Iban turut membayar cukat tahunan kepada pemerintahan kesultanan Brunei misalnya sepasu padi bagi tiap-tiap keluarga.

Orang Bidayuh

Menjalankan kegiatan pertanian pindah dan menanam padi dan dan perlombongan antimoni.

Orang Melanau

Seperti orang Melayu, orang Melanau tinggal di persisiran pantai dan di kawasan antara lembongan Rejang ke Kuala Sungai Baram. Yang paling padat dari segi bilangan penduduk pribumi ini ialah di Oya dan Mukah. Kerana Kawasan persisiran kaya dengan hasil sagu dan kehidupan yang aman maka itu ia menjadi tempat kunjungan bagi pedagang-pedagang luar terutamanya dari Brunei. Perkembangan perdagangan antara orang Melanau dan Brunei telah membawa jalinan hubungan yang rapat dan ini telah mengakibatkan ramai orang Melanau di bahagian persisiran terpengaruh dengan kebudayaan Melayu dan memeluk agama Islam. Mereka tidak tinggal di rumah panjang seperti dulu seperti dilakukan oleh Melanau yang masih pagan.

Orang Melayu

Mempunyai sistem masyarakat yang teratur dan kemas kerana hubungan mereka yang rapat dengan Kesultanan Brunei. Kedudukan petempatan mereka di persisiran pantai menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar dan penyebaran agama Islam yang di bawa melalui perdagangan. Maka itu semua orang Melayu beragama Islam. Agama Islam menjadi unsur yang kuat menyatupadukan mereka. Pada masa pemerintahan Brunei, terdapat beberapa pembesar Melayu dilantik menjadi pentadbir, mentadbir Sarawak bagi pihak Brunei. Oleh sebab-sebab itu wujudnya nama-nama jawatan seperti Datuk Patinggi, Datuk Temenggong dan Datuk Bandar dalam masyarakat mereka.

Pengalaman pentadbiran dan kepimpinan dalam masyarakat Melayu ini digunakan oleh Rejim Brooke apabila mereka memerintah Sarawak selama 100 tahun. Beberapa pembesar Melayu yang dilantik memegang jawatan pentadbiran seperti Ketua-ketua Anak Negeri, Datuk Patinggi, Datuk Bandar, Datuk Temenggong, Datuk Hakim dan Datuk Pahlawan, di samping menganggotai Majlis Tertinggi.

Bagi golongan rakyat biasa seperti pribumi lain, mereka mengerjakan pertanian sawah, menanam buah-buahan, membuat perahu dan berdagang.

Sosio-ekonomi Pribumi Sabah

Seperti di Sarawak, penduduk pribumi Sabah mengamalkan sistem ekonomi tradisi. Bagaimanapun terdapat juga di kalangan yang tinggal di persisiran menjadi pedagang dan pengikut rombongan dagang pembesar-pembesar Brunei dan Sulu. Masyarakat ini adalah terdiri daripada orang Bajau, Suluk, Iranun, Melayu Brunei dan Kedayan.

Orang Bajau

Mereka ini terkenal kerana kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda. Mereka beragama Islam dan mempunyai sistem sosial dan politik yang teratur dan dipengaruhi oleh Kesultanan Brunei dan Suluk. Di bahagian persisiran pantai barat dan timur, penguasaan penjajah adalah terletak di tangan wakil Kesultanan Suluk dan Brunei. Wakil-wakil inilah yang mentadbir dan menjadi ketua di sebuah daerah kecil atau kawasan perkampungan. Pendedahan dan pengalaman pentadbiran semasa pemerintahan Brunei dan Suluk, membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas pentadbiran peringkat

tempatan pada masa Syarikat Berpiagam Borneo Utara memerintah.

Dalam pentadbiran pribumi Sabah, majoriti Ketua-ketua Anak Negerinya terdiri daripada golongan etnik Muslim. Begitu juga dari segi keanggotaan Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri (Sabihah Osman, 1985, Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941, UKM-Yayasan Sabah).

Orang Dusun/Kadazan

Termasuk dalam golongan ini kumpulan-kumpulan kecil seperti Lotud, Rungus dan Kwijau. Menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi sawah dan buah-buahan di samping berternak kerbau, ayam, itik dan khinzir. Mereka merupakan kumpulan pribumi termaju dalam bidang pertanian dan penternakan.

Orang Murut dan Lun Dayeh

Mereka tinggal di daerah pedalaman mengamalkan pertanian pindah menanam padi huma dan mengeluarkan hasil hutan.

Secara umum, susunan politik masyarakat pribumi pedalaman ini adalah berdasarkan ikatan keluarga dan sanak saudara. Ketua-ketua kampung dikenali sebagai Orang Tua dikalangan mereka bertanggungjawab terhadap anak buah untuk menjaga keamanan dan memberi perlindungan. Selain daripada Tua Kampung, wujud juga Majlis Kampung secara tidak rasmi. Majlis ini bertanggungjawab memilih Tua-tua Kampung dan memberi nasihat kepada mereka dalam semua perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal kampung. Di samping ini, satu lagi institusi yang berwibawa dan berpengaruh ialah golongan agama atau dikenali sebagai bobohizan. Bobohizan pakar dalam upacara-upacara agama dan ahli dalam memandu anggota masyarakat berkelakuan dan bertindak mengikut lunas-lunas adat masyarakat.

Secara umum, keadaan masyarakat pribumi Malaysia kini telah banyak berubah dan darjah perubahan ini berbeza-beza bergantung kepada kumpulan etnik dan petempatan desa atau bandar dan tahap pendidikan serta ekonomi yang mereka capai.

Apakah dimaksudkan dengan Pandang Dunia?

Pandang Dunia atau Pandang Semesta atau World View merujuk kepada set kepercayaan yang menjadi falsafah kehidupan sesebuah kelompok atau masyarakat manusia. ia mencirikan sifat-sifat kelompok dan cara kelompok tersebut bertindak.

Masyarakat pribumi mempunyai falsafah kehidupan mereka sendiri sperti yang terungkap dalam sistem metos, adat-istiadat, sistem kepercayaan, sistem kosmologi, pantang larang dan sebagainya. Semua ini mencirikan sikap dan watak mereka serta mengatur cara mereka bertindak dan berhubung dengan alam dan manusia lain. Umumnya, masyarakat pribumi adalah animis, walaupun terdapat sebahagian daripada mereka yang telah memeluk agama Islam dan juga Kristian.

Contoh 1: Orang Asli (daripada suku kaum Semai)

Percaya bahawa alam ini terbina daripada tujuh lapisan bumi dan tujuh lapisan langit. Pada lapisan ini dihuni oleh makluk ghaib yang bersifat baik dan jahat yang boleh membantu ataupun memusnahkan kehidupan manusia.

Tuhan pencipta dikenali sebagai Tak Pedn dan Enku ialah guruh/halilintar yang akan memanah sesiapa sahaja yang melanggar pantang larang yang ditetepkan oleh adat Semai.

Gunig pula ialah makhluk ghaib yang digunakan oleh bomoh/halaak/puyang untuk membantu mereka dalam upacara perubatan.

Keloog adalah semangat manusia yang menghidupkan manusia dan menjadikan mereka bertenaga.

Pantang larang dari segi cara berhubung dengan manusia dan alam mesti diamati dengan baik jika manusia itu ingin selamat dan berada dalam keadaan aman dan sejahtera selalu. Ini dilaksanakan dengan mengadakan berbagai upacara penyembahan untuk mendapat restu daripada makhluk ghaib jika mereka telah melakukan kesilapan demi mengelakkan penyakit ataupun bencana yang mungkin datang menimpa.

Contoh 2: Orang Iban

Bagi yang masih animist mereka dikatakan mengamalkan agama adat. Percaya bahawa alam ini dihuni oleh manusia dan berbagai-bagai jenis makhluk ghaib.

Dalam metos mereka dikatakan alam ini dihuni oleh manusia, petara dan antu.

Petara berfungsi membantu manusia dan mengawasi kehidupan mereka supaya akur kepada norma-norma masyarakat.

Antu berfungsi membawa kematian dan penderitaan kepada manusia. Dalam kepercayaan mereka alam ini telah dicipta oleh Raja Gantallah melalui dua ekor burung (Ara dan Irik) yang diciptanya. Burung ini yang dikatkan kemudiannya mencipta langit dan bumi melalui satu bentuk bahan pejal yang diambil dari permukaan laut. Selain daripada makhluk ini terdapat juga makhluk-makhluk ghaib lain yang dikenali sebagai Sengalang Burung inilah yang telah mengajar mereka bertanam padi dan Pulang Gana sebagai kuasa ghaib yang menguasai bumi. Masyarakat Iban juga percaya kepada kewujudan semangat yang boleh bertemu dengan manusia melalui mimpi.

Contoh 3: Orang Dusun Sabah

Masih ramai lagi yang menganut fahaman animist atau mengamalkan agama adat.

Seperti Orang Asli dan Orang Iban, Orang Dusun menganggap krisis peribadi seperti kelahiran,sakit, mati, tuah-nasib, kejayaan/kegagalan memburu dan bertani harus diselesaikan melalui melaksanakan upacara-upacara ritual tertentu, supaya kuasa-kuasa ghaib yang baik dapat menghalangkan pengaruh-pengaruh kuasa ghaib yang jahat.

Bagi orang Dusun perbedaan antara makhluk ghaib dengan manusia adalah berpunca daripada asal kejadian mereka yang berbeda. Mereka percaya manusia adalah berasal daripada perkahwinan adik beradik Kudinkin dengan Tinaleg. Perkahwinan ini direstu oleh pencipta sebab segala sogit (ritual fine) telah dijelaskan untuk menyejukkan keadaan panas akibat hubungan tersebut. Tetapi Kempetas dan Saneran (juga adik beradik yang bersaudara dengan Kudinkin dan Tinaleg) tidak membayar sogit ini. Kerana itu anak-anak yang mereka lahirkan menjadi jahat dan mengganggu kehidupan manusia.

Sistem Nilai Pribumi

Umumnya, masyarakat pribumi adalah masyarakat simple, yang belum begitu banyak terdedah kepada perubahan. Oleh demikian, mereka masih kuat berepegang kepada nilai-nilai tradisi termasuk adat dan pantang larang yang mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan sesama diri mereka dan juga menghormati dan memelihara alam sekitar mereka.

Misalnya, masyarakat Orang Asli sangat mengutamakan perkongsian bersama hasil tangkapan yang diperolehi daripada hutan. Jika gagal dilakukan dan telah dilihat oleh orang lain ia boleh menimbulkan punan. Ini adalah salah kerana perbuatan menyebabkan orang lain punan melanggar adat. Demikian juga dengan bertingkahlaku derhaka kepada orang tua. Jika seseorang itu melakukannya, ia akan tulah dan mendedahkan dirinya kepada hukuman Enku. Alam sekitar wajar dihormati dan ia dijelmakan melalui kepercayaan pantang larang. Tradisi nilai yang sebegini memperkenalkan Orang Asli sebagai masyarakat non-violence. Malah satu buku yang ditulis oleh seorang penulis bernama Robert Knox yang berjudul "The Semai-A Nonviolent People of Malaysia" menggambarkan aspek ini.

Masyarakat Iban di Sarawak pula meletak nilai yang tinggi ke atas keberanian dan kejayaan individu. Maka itu satu ketika dulu memburu kepala atau "headhunting" itu menjadi penting dalam masyarakat ini. Mereka juga mementingkan kesejahteraan kelompok mereka dan ini dimanifestasikan dalam tradisi hidup di rumah panjang dan upacara-upacara bermacam jenis gawai yang mereka lakukan. 1 Jun telah ditetapkan sebagai Hari Perayaan Gawai untuk masyarakat pribumi sabah dan Sarawak dan telah dijadikan sebagai cuti umum bagi kedua-dua negeri itu.

Seperti masyarakat Orang Asli dan Iban, masyarakat Orang Dusun/Kadazan masih berpegang kepada adat resam, undang-undang adat yang penuh dengan pantang larang yang dipusakai dari nenek moyang mereka. Mereka masih mengutamakan ajaran Kinorohigan hukuman Sogit hingga hari ini. Dari segi kepercayaan pula Orang Kadazan mempunyai kepercayaan asal mereka iaitu tahu dan yakin akan adanya syurga dan neraka di akhirat yang mesti dialami oleh seseorang. setiap orang akan menerima balasannya bergantung kepada amalan baik atau buruknya. Bagi hukum adat orang Kadazan, mereka mempunyai tujuan untuk mewujudkan ketenteraman dan harmonis setiap anggota masyarakat setempat. Di sini peranan Sogit adalah penting untuk tujuan ini. sogit merupakan denda yang dikenakan ke atas seseorang atas sebab-sebab kesalahan yang agak kecil ataupun ringan.

Interaksi Pribumi dengan agama lain.

Pada umumnya masyarakat pribumi di Malaysia masih kental dengan adat dan tradisi ini tidak bermakna mereka terpencil daripada pengaruh-pengaruh agama dunia.

Kemasukkan agama Islam dan Kristian ke dalam masyarakat ini telah menambahkan lagi kepelbagaian dalam adat dan budaya masyarakat tersebut. Kini kita dapati ada di kalangan masyarakat pribumi ini yang masih mengamalkan agama adat. Umumnya kemasukkan agama-agama ini telah mngubah sedikit sebanyak aspek amalan kehidupan tradisi yang biasa mereka amalkan. Bagi yang telah memeluk agama Islam dan Kristian banyak yang telah meninggalkan aspek-aspek ritual yang biasa mereka lakukan. Malah nama mereka juga diubah atau dicantumkan dengan nama Islam atau Kristian. Penerapan agama lain sedikit sebanyak telah mengubah pola identiti masyarakat pribumi.

Bagaimanakah Masyarakat Pribumi dalam Sistem Sosial Malaysia ?

Sistem ekonomi masyarakat pribumi

Mengamalkan sistem ekonomi semulajadi (natural economy).

Sistem ekonomi semualjadi ini ditafsirkan sebagai satu keadaan pada satu tahap pembentukan sosial di mana pengeluaran dilakukan untuk memenuhi keperluan pengeluar semata-mata dan bukan utk tujuan mewujudkan atau membentuk nilai tukaran (exchange-value).

MeramuMasih terdapat kumpulan-kumpulan yg mengamalkan kegiatan meramu (hunting & gathering) hasil hutan untuk memenuhi keperluan hidup mereka.

Contoh di kalangan Orang Asli -- suku kaum Bateq, Mendriq, Kintak dan Lanoh. Di Sarawak pula didapati kumpulan Penan yang berbuat demikian. Bilangan yang meneruskan tradisi meramu ini tidak begitu besar.

Pertanian Pindah

Terdapat juga di kalangan pribumi ini yang mengamalkan pertanian pindah. Tanaman yang utama mereka usahakan ialah padi, ubi, jagung dan sebagainya.

Tanaman tersebut diusahakan semata-mata utk tujuan keperluan sendiri. Ada juga yang mengamalkan tanaman komersil.

Pertanian Huma

Pertanian huma diamalkan oleh Orang Asli (kaum Semai). Kawasan hutan dibuka dan biasanya melalui pimpinan ketua kampung (batin).

Pembahagian tugas (division of labour)

Kaum lelaki dan wanita terlibat sama dlm aktiviti membersihkan kawasan huma. Biasanya kerja-kerja berat seperti menebang dan menenbas hutan dilakukan oleh kaum lelaki dan pihak wanita pula terlibat dengan kerja-kerja menanam dan merumput.

Biasanya kerja dibuat secara gotong royong. Percaya padi mempunyai semangat (ruai bak). Jika semangat padi tdk dijaga, hasil panen akan berkurangan. Padi akan diserang penyakit dan musuh seperti haiwan dan burung. Setelah padi masak dan dituai (biasanya dilakukan oleh wanita), upacara gemsang yg dipenuhi dengan tarian dan nyanyian akan dilakukan sebagai tanda kesyukuran.

Menanam padi huma juga dibuat oleh penduduk pribumi Sabah dan Sarawak.

Contohnya, orang Iban menanam padi huma adalah adat mereka (adat kami bumai). Kegiatan berhuma ini dipenuhi dgn ritual yg didasarkan kpd kultus-kesuburan (fertility cult).

Aktiviti ini dimulakan oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Tuai Burung. Beliau bertanggungjawab mengendalikan berbagai-bagai gawai bagi memastikan kegiatan huma mereka direstu oleh makhluk ghaib dan hasilnya menjadi. Seperti Orang Asli, di kalangan penduduk Iban, kaum lelaki dan wanita berganding bahu dalam mengerjakan aktiviti berhuma ini. Pantang larang dipegang teguh supaya semangat padi yang mereka tanam tidak terjejas. Apabila tamat musim menanam padi ianya biasa dimeriahkan dengan pesta menuai iaitu gawai sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran merelah beroleh hasil panen pada tahun tersebut.

Program Pembangunan dan Kesannya

Untuk memajukan masyarakat pribumi kerajaan telah menyediakan program-program pembangunan. Kini ramai warga pribumi yang telah terlibat dgn penghasil tanaman komersil. Mereka menjadi pekebun kecil mengeluarkan getah, kelapa sawit, lada dan sebagainya.

Dengan penglibatan mereka dengan pengeluaran tanaman komersil, mereka mula terangkum ke dalam sistem pasaran dunia. Pendapatan mereka sangat terikat kepada keadaan harga dipasaran dunia. Peningkatan dalam pendapatan yang mereka perolehi telah membolehkan mereka memperbaiki mutu kehidupan mereka.

Dalam pembangunan Malaysia, kemajuan penduduk pribumi tidak diabaikan. Melalui projek-projek pembangunan pertanian dan pembangunan tanah dan juga melalui berbagai-bagai bentuk subsidi yang disediakan. Dalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka, kerajaan juga telah melaksanakan pembangunan sosial (menyediakan kemudahan jalan-raya dan perhubungan, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lain).

Pembangunan dilaksanakan ini telah membawa berbagai bentuk perubahan sosial. Nila-nilai baru mula tersebar ke dalam kehidupan kumpulan warga pribumi ini. Arus pemodenan yang melanda turut mengubah fikiran dan gaya hidup mereka. Umumnya, sebilangan besar warga pribumi ini masih tertinggal jauh di beiakang berbanding warga Malaysia yang lain.

Pembangunan ini turut menimbulkan kesan-kesan yang negatif kepada warga pribumi. Pembinaan lebuh raya, empangan, pembukaan tanah pertanian, pembinaan lapangan terbang dan sebagainya telah menyebabkan warga pribumi dipindahkan daripada kawasan asal mereka.

Di antara kesan-kesan negatif pembangunan ialah:

1. Kehilangan sumber hidup seperti hilangnya tanah adat/ tanah tradisi, sumber makanan dan uatan dan sebagainya.

2. Sejarah dan identiti mereka yg tersirat bersama kawasan yang diambil itu turut musnah. 3. Nilai pempasan yangg diberikan kerapkali menjadi isu dan perbalahan antara mereka dan pemaju projek. Sehingga kini belum terdapat undang-undang yang kuat yang memberikan perlindungan kepada tanah milik waraga pribumi ini.

Kesenian dan Pembangunan Masyarakat

Walaupun masyarakat pribumi telah melalui proses perubahan yang agak pesat, usaha mereka memantapkan identiti mereka melalui penonjolan kesenian kaum terus diusahakan.

Contohnya, masyarakat Orang Asli berusaha menonjolkan kesenian tarian sewang mereka yang di iringi oleh paluan muzik daripada buluh yg dihentakkan dan membuat ukiran-ukiran patung imejan makhluk ghaib yg mereka bayangkan, mengekalkan tradisi membuat buluh sumpitan, anyaman tikar daripada mengkuang dan juga membuat alatan seperti sikat daripada buluh dan juga alat-alatan lain.

Masyarakat Iban juga terkenal dengan tarian ngajatnya serta tenunan kain pua-kumbu serta alat muzik engkromong. ukiran-ukiran yang dibuat sebagai hiasan biasanya berdasarkan kepada motif2 yang melambangkan identiti masyarakat mereka. Suku kaum Kayan di Sarawak juga terkenal dgn alat muzik sapenya. Di Sabah, tarian sumazau terkenal dan dikait dengan masyarakat kadazan dan alat-alat muzik mereka seperti sompoton, turali, kulintangan tring, sarun, bungkau. Biasanya alat muzik seperti sompoton di mainkan oleh bobolian (dukun) sewaktu kampung sedang menghadapi bencana alam. Ia merupakan upacara menghubungi tuhan mereka kinorohingan untuk memohon pertolongan.

Pribumi dan Globalisasi (masa depan pribumi)

Arus globalisasi yang berlaku telah 'mengecilkan' dunia dan ia juga telah diperkatakakan akan membawa kita ke arah dunia tanpa sempadan (borderless world) . Secara perlahan-lahan komuniti manusia di heret ke dalam apa yang panggil sebagai komuniti 'perkampungan global' (global village) yang sering disebutkan.

Dalam tahun 1993, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan tahun tersebut sebagai Tahun Warga Pribumi Sedunia. Golongon ini sering mendapat publisiti dan nasib mereka kerapkali diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan media massa. Contohnya kes masyarakat Penan di Sarawak, telah menarik perhatian dunia yg kemudiannya telah menimbulkan tekanan kepada Kerajaan Malaysia.

Proses globalisasi telah juga mendedahkan masyarakat pribumi kepada berbagai-bagai pengaruh yang boleh memperbaiki imej mereka. Industri pelancongan di negara telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempromosikan budaya dan gaya hidup tempatan termasuk pribumi. Namun begitu terdapat juga pengaruh-pengaruh negatif yang bukan sahaja memusnahkan identiti warga pribumi, malah mendedahkan mereka kepada kepentingan dan tujuan politik pribadi ataupun poltitik antarabangsa.