kuliah 1

26
DISEDIAKAN OLEH: HAJAH ZUBEDAH BTE ABDULLAH JABATAN KAJIAN SOSIAL

Upload: salini-sree-dharan

Post on 04-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

i

TRANSCRIPT

  • DISEDIAKAN OLEH:HAJAH ZUBEDAH BTE ABDULLAHJABATAN KAJIAN SOSIAL

  • Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam KSSR mulai tahun 4 di Tahap II

    Tujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran sejarah diperingkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.

    Kurikulum sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dlaam dan luar bilik darjah.

    Kandungan mata pelajaran sejarah disusun secara tematik yang membincangkan oengenalan negara dan identitinya, sejarah awal negara dan warisannya serta kedaulatan dan kejayaan negara.

    Pendekatan P&P mata pelajaran sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mellaui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah.

    Mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu diisiplin ilmu yang dinamik.

  • TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    KSSR Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.

    Enam tunjang ini merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

    Kesapaduan ini bertujuan untuk membangunkan modla insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan seperti rajah di atas.

  • MATLAMAT

    Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melajirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

    OBJEKTIF

    Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid:-

    1.memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu.

    2.mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat

    3.memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam elemen sejarah

    4.menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian.

  • 5.Menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interprestasi kajian sejarah.

    6.menilai warisan sejarah negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global.

    7.memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat.

    8.menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia.

    9.memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum.

    10.memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri.

    11.mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai melahirkan perasaan bangga dan hormat.

    12.menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

  • FOKUS MATA PELAJARAN SEJARAH

    Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah:-

    1. untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

    2. menerap semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini.

    ORGANISASI KURIKULUM SEJARAH

    Merupakan kesepaduan tiga elemen utama:-

    1. Kandungan Kurikulum

    Menggunakan pendekatan tematik. Tahun 4 bertemakan Mengenal Negara Kita, Tahun 5 temanya ialah Sejarah Awal Malaysia dan Tahun 6 bertemakan Kedaulatan Negara.

  • 2. Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

    penerapan nilai ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang.

    BilDimensi kewarganegaraanCiri-ciri WarganegaraElemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik1Perkongsian SejarahMengetahui dan memahami sejarah pembentukan negaraBerbangga dengan sejarah asal usul negaraMenghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisionalMengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negaraMemelihara warisan negara

  • BilDimensi kewarganegaraanCiri-ciri WarganegaraElemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik2Perkongsian NilaiMengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemahMenyanjungi prinsip Rukun NegaraMenghormati kepelbagaian agama dan budayaBerbangga dengan lambang dan simbol negara

  • BilDimensi kewarganegaraanCiri-ciri WarganegaraElemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik3

    Perkongsian Kekitaan

    Membentuk sikap sepunya dan kebersamaanMenghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agamaBerbangga dengan hari kemerdekaanMemartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa KebangsaanBerbangga dengan pencapaian negara4Perkongsian Masa DepanMembina keyakinan dan tanggungjawab mencorakkan negara pada masa depanMenghormati masyarakat pelbagai kaumMemakmurkan ekonomi negaraMengekalkan warisan negara

  • BilDimensi kewarganegaraanCiri-ciri WarganegaraElemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik5

    Kesetiaan

    Memupuk perasaan taat dan setia pada negaraMentaati Raja dan NegaraMengjormati pemimpin negaraMematuhi undang-undang dan peraturan negara6Tanggungjawab WarganegaraMengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengans epenuh hatiMempertahankan identiti negaraMempertahankan warisan negaraMenerima perbezaan kaum, budaya dan agama7Keterikatan Emosi Kepada NegaraMempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan berusaha mempertahankannyaMenghargai sejarah asal usul negaraMenghargai warisan negaraMenghargai identiti negaraMenghayati prinsip Rukun NegaraBersyukur dengan keharmonian kaumBersyukur dengan kemajuan ekonomiBerbangga dengan pencapaian negara

  • KEMAHIRAN PEMBELAJARAN SEJARAH

    Mata pelajaran sejarah mempunyai teras struktur didiplin yang sistematik bagi mengembangkan proses pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran ini termasuklah

    Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

    i.Merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru.

    ii.KPS membantu murid memahami bagaimana sejarawan menggabungjalin peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif.

    iii.Penerapan KPS dapat membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran Sejarah yang sekaligus boleh meningkatkan minat murid.

  • KEMAHIRAN PEMBELAJARAN SEJARAH

    1.Asas KPS yang perlu dikuasai murid peringkat sekolah rendah adalah:-

    a) Elemen Asas Sejarahi.Tokohii.Tempatiii.Peristiwaiv.Tarikh/Masa

    b) Konsep Masa

    i.Tempohii.Jarak Masaiii.tarikh Spesifik

  • Asas KPS yang perlu dikuasai murid peringkat sekolah rendah adalah:-

    c) Susunan Masa

    i.Awalan, perkembangan dan akhiranii.Mengukur dan mengira kalender masa

    d) Konversi Masai.membuat interprestasi garis masaii.menerangkan perubahan dan kesinambungan dalam urutan masa

    e) Signifikan Bukti

    i.Tarikh berlakuii.Tokoh yang terlibatiii.Peristiwa yang berlakuiv.Lokasi/tempat peristiwa berlakuv.Bagaimana berlaku

  • Asas KPS yang perlu dikuasai murid peringkat sekolah rendah adalah:-

    f) Imaginasi

    i.Imaginasi secara visualii.Mengembangkan kreativitiiii.Imaginasi berdasarkan perasaan

    g) Isu dan Masalah Masa Lalu

    i.Mengkaji sebab musababii.Melihat perubahan dan kesinambunganiii.Melihat sebab dan akibat

    h) Perbandingan Masa lalu

    i.Mencari persamaanii.Mencari perbezaan

  • 2.Kemahiran Kreatif dan Inovatif

    Elemen KPS yang boleh dikaitkan dengan fasa kreatif ialah:-

    KemahiranFasa KreatifMemahami KronologiFasa PersediaanMeneroka BuktiFasa PersediaanMembuat InterprestasiFasa ImaginasiMembuat ImaginasiFasa ImaginasiMembuat RasionalisasiFasa PerkembanganMembuat PenjelasanFasa PerkembanganEmpatiFasa Tindakan

  • Kemahiran Kreatif dan Inovatif dan inovatif dibhagikan kepada:-

    FASA PERSEDIAANPemerhatianMembuat pemerhatian untuk mengumpul maklumatAnalisisMenganalisa maklumat daripada umum kepada khusus FASAIMAGINASISintesisMenggabungkan maklumat yang berasingan untuk memilih dan menghasilkan sesuatu ideaPenjanaan IdeaMenghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara FASAPERKEMBANGANPenambahbaikan Membuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan kualiti karya atau ciptaan

  • FASA PERKEMBANGANMenilai Membuatpenilaian tentang sesuatu perkara

    FASATINDAKANPelaksanaan Menyampaikan dan persembahan ideaAmalan BerterusanPeka kepada perkara yang berlaku di sekeliling dan menjana idea kreatif

  • 3.Pembelajaran Berasaskan InkuiriDapat mengembangkan kemahiran berfikir dan sikap ingin tahu dalam kalangan murid.Semasa melakukan inkuiri, murid akan lebih peka kepada keadaan masyarakat dan persekitarannya.Tredapat 5 peringat dalam kemahiran inkuiri:-Mengenalpasti tajukMenentukan kaedahMengumpul maklumatMengkaji maklumatMembuat rumusan

  • STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANSEJARAH TAHUN 4

    MARI BELAJAR SEJARAH

    Standard KandunganStandard PembelajaranPenyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilaiSatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

    LatarbelakangKemahiran Sejarah pengenalan

    FokusKonsep Ilmu SejarahPengertianKaedahSumber

    EmpatiMenghubungkait peristiwa sejarah mengikut garis masaMenghayati sejarah negaraMenjelaskan sebab dan akibat dalam sejarahMenghargai diri, keluarga dan masyarakat

  • STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANSEJARAH TAHUN 4

    Standard PrestasiPernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya.Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkaikata yang betul untuk menggambarkan tahap penguasaan hasil pembelajaran

  • TAJUK 1: MARI BELAJAR SEJARAH

    Standard KandunganStandard Pembelajaran1.1.Mengetahui dan memahami pengertian sejarah1.1.1. menyatakan pengertian sejarah1.1.2.mengenal pasti konsepmasa berdasarkan garis masa, zaman, kurun, abad, dekad dan kronologi1.1.3.mengenal pasti peristiwa sejarah mengikut garis masa1.1.4.menyatakan tinggalan sejarah yang terdpaat di muzium1.1.5.menjelaskan sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah1.1.16.menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan

  • Standard KandunganStandard Pembelajaran1.2.Mengetahui dan memahami diri dan keluarga1.2.1. menyatakan biodata diri1.2.2. mengenal pasti salasilah keluarga1.2.3.menyatakan pengertian keluarga asas1.2.4.mengenal pasti gelran anggota keluarga1.2.5. menjelaskan perkembangan diri dan keluarga mengikut garis masa1.2.6.menyatakan peristiwa bersejaraj dalam keluarga

  • Standard KandunganStandard Pembelajaran1.3.Mengetahui dan memahami sejarah sekolah1.3.1. menyatakan nama dan alamat sekolah dengan lengkap1.3.2. mengenal pasti lokasi sekolah1.3.3. menceritakan sejarah penubuhan sekolah1.3.4. menyatakan cogan kata, visi dan misi sekolah1.3.5. menyatakan maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera sekolah1.3.6.menyatakan struktur organisasi pentadbiran sekolah

  • Standard KandunganStandard Pembelajaran1.4.Mengetahui dan memahami perihal kawasan tempat tinggal murid1.4.1. Menyatakan alamat tempat tinggal dengan lengkap1.4.2.menyatakan lokasi tempat tinggal1.4.3.menyatakan latar belakang tempat tinggal1.4.4.menyatakan bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal1.4.5.menyatakan keistimewaan kawasan tempat tinggal1.4.6.menjelaskan tokoh kebanggaan setempat

  • SEKIANTERIMA KASIH

    SEKADAR PERKONGSIAN ILMU