kuliah 1 - pengenalan

Upload: salwanis-ab-rahman

Post on 06-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    1/27

    LNP 4013 Kaedah Pengajaran Pengajian Malaysiadisampaikan oleh

    Profesor Dr. N. KanthasamyJabatan Pengajian Malaysia

    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    35900 Tanjong Malim

    [email protected]

    Tel: 012-2740719

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    2/27

    LNP4013 Kaedah PengajaranPengajian Malaysiadisampaikan oleh

    Profesor Dr. N. KanthasamyJabatan Pengajian Kemasyarakatan dan

    Kewarganegaraan

    Fakulti Sains Kemanusiaan

    Universiti Pendidikan Sultan Idris35900 Tanjong Malim

    [email protected]

    Tel: 012-2740719

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    3/27

    Bagi seseorang guru pelatih yang menjejakkakinya dalam arena pengajaran malah ramaiguru yang berpengalaman, konsep kaedah,teknik, pendekatanserta strategi pengajaranamat sukar dibeza-bezakan.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    4/27

    Terdapat orang yang menganggap bahawasemua istilah tersebut adalah sama dengancara pengajaran sahaja. Penjelasan tentangperhubungan di antara keempat-empat

    konsep adalah amat berguna bagi guru-gurupelatih yang menjalankan latihan mengajarsupaya ilmu pedagogi yang dipelajari itudapat diamalkan dalam bilik darjah.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    5/27

    Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksudcaraatau aturan(membuat sesuatu), hukumatau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedahterdiri daripada sesuatu siri tindakan yangsistematik dan tersusun untuk mencapaisesuatu matlamat.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    6/27

    Kaedah pengajaran terdiri daripadabeberapa langkah atau kegiatan yangmempunyai urutan yang tertentu.Pengajaran yang dimaksudkan ialah segalaaktiviti seseorang untuk menghasilkanperubahan tingkah laku yang agak kekaldalam diri seseorang yang lain.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    7/27

    Contoh: Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperticerita, perbincangan, bermain, latih tubi,

    main peranan, menyelesaikan masalah,sumbangsaran, perbahasan, kuiz, lakonan,projek, soalanatau Sokratik.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    8/27

    Kita perlu memiliki kemahiran-kemahiranyang khusus dalam menjayakan kaedahtersebut. Kemahiran khusus tersebut adalahdimaksudkan sebagai teknik. Bolehlah kitamenyatakan bahawa semua kaedahmempunyai teknik-teknik tertentu yangdisusun dengan sistematik.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    9/27

    Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiranatau perkara-perkara khusus yang terdapatdalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guruitu tidak dapat menguasai teknik-teknikyang ada apda sesuatu kaedah makakemungkinan besar matlamat kaedah ituakan tidak berhasil.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    10/27

    Contoh: Kaedah bercerita: Teknik-teknik bercerita

    yang dimaksudkan ialah kawalan nadasuara, penggunaan alatan yang berkenaan,kemahiran mengekalkan minat murid,gerakan tangan "facial expression", sertakedudukan murid-murid semasa aktiviti

    bercerita itu berlangsung.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    11/27

    Kaedah soalan: Teknik-teknik menyoal yangbaik seperti soalan-soalan yang ditanyaharuslah jelas dan tepat, pelajar-pelajardiberi masa untuk memikirkan jawapansoalan sebelum sesiapa dipanggil untukmenjawab, layanan yang munasabah bagisemua tindak balas daripada murid, suara

    haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    12/27

    Pendekatan biasanya dimaksudkan denganarah atau hala yang kita ambil untukmenuju sesuatu sasaran atau jalan yangdiambil untuk melakukan sesuatu.Pendekatan-pendekatan yang dipilihbiasanya berasaskan teori-teori ataugeneralisasi yang tertentu.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    13/27

    Pendekatan pengajaran merupakan haluanatau aspek yang digunakan untukmendekati atau memulakan prosespengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatumata pelajaran atau beberapa matapelajaran atau sesuatu kemahiran.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    14/27

    Contoh: Cara pengelolaan murid, cara-cara fakta

    disampaikan, keaktifan pengajaran ataupelajar, pengajaran bahasa dan pengajaranmata pelajaran lain.

    Pendekatan pengajaran yang berasaskanpengelolaan murid adalah sepertipendekatan individu, pendekatan pasangan,pendekatan kumpulan, pendekatan kelas,pendekatan kelas bercantumdansebagainya.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    15/27

    Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajarandisampaikan maka terdapatlah pendekataninduktif, pendekatan deduktif, pendekataneklektik, pendekatan dari segi isi mudah keisi susah dan pendekatan dari isi maujud keisi abstrak.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    16/27

    Strategi boleh diibaratkan sebagai suatususunan pendekatan-pendekatan dankaedah-kaedah untuk mencapai sesuatumatlamatdengan menggunakan tenaga,masa serta kemudahan secara optimum.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    17/27

    Untuk mencapai objektif-objektifpengajaran, seseorang guru biasanyamenggunakan gabungan berapapendekatan serta kaedah mengajartertentu. Rancangan gabungan pendekatandan kaedah serta turutan pendekatan dankaedah itu dilaksanakan merupakan strategi

    pengajaran.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    18/27

    Contoh: Dalam bilik darjah yang biasanya terdiri

    daripada kumpulan lemah, kumpulansederhana serta kumpulang cergas, guruterpaksa memikirkan strategi pengajaranyang terdiri daripada pelbagai kaedahmengajar untuk memenuhi keperluan

    semua kumpulan.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    19/27

    Kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialahseperti menggoreng, merebus, memanggangatau mengukus.

    Teknik untuk menggoreng ikan, kita mestimemanaskan kuali terlebih dahulu sebelummencurahkan minyak ke dalamnya; untukmengelakkan ikan melekat pada kuali, suatulagi teknik ialah memasukkan sedikit garamke dalam minyak yang telah panas di kuali.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    20/27

    Pendekatan-pendekatan memasak ikan yangkita boleh gunakan ialah seperti pendekatanTimur atau pendekatan Barat. Bagipendekatan Barat, kita dapati keutamaan

    ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanandari segi zat makanan dan ciri-ciri makananseimbang. Bagi pendekatan Timur pula,keutamaan adalah diberi kepada rasa sepertirupa makanan tetapi tidak begitumementingkan nilai kalori atau ciri-cirimakanan seimbangan.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    21/27

    Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agakbesar (5 kilogram) kita perlu merancangkanstrategi memasak supaya kita dapat kepuasandan faedah yang paling banyak denganmenggunakan masa, tenaga erta sember yangpaling minimum. Di sini kita perlu merancangkanpendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedahyang boleh digunakan untuk memasak ikantersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng

    kepalanya, merebus ekornya, memanggangtulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup,menjerut telurnya dan sebagainya.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    22/27

    Apa dia pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti

    yang diusahakan bersama oleh guru danmuridnya. Pengajaran ini adalah

    dirancangkan guru secara sistematik danteliti untuk melaksanakannya dengan kaedahdan teknik mengajar yang sesuai,membimbing, menggalak dan memotivasikan

    murid supaya mengambil inisiatif untukbelajar, demi memperolehi ilmu pengetahuandan menguasai kemahiran yang diperlukan.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    23/27

    guru dan murid, guru sebagai pengajar danmurid sebagai pembelajar,

    hanya bermakna apabila adapembelajaran,

    melibatkan instruksi diikuti

    dengan latihan, indoktrinasidan pelaziman,

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    24/27

    melibatkan proses pemikiran dan penggunaanbahasa atau symbol,

    ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,

    boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan

    guru, murid dan gabungan guru-murid sertaberpusatkan sumber,

    meliputi rancangan mengajar (KOPI),

    proses yang melibatkan interaksi dua hala,

    ada unsur sains dan seni.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    25/27

    Apa dia pembelajaran? Umumnya Pembelajaran merupakan proses

    memperolehi ilmu pengetahuan ataukemahiran. Mengikut Robert M. Gagne(1970) dalam The Condition of Learning,pembelajaran merupakan perubahantingkahlaku atau kebolehan seseorang yangdapat dikekalkan, tidak termasuk perubahanyang disebabkan proses pertumbuhan.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    26/27

    Mengikut Woolfolk (1980) dalam EducationalPsychology for Teachers, pembelajaran dilihatsebagai perubahan dalaman yang berlakukepada seseorang dengan membentuk

    perkaitan yang baru, atau sebagai potensiyang sanggup menghasilkan tindak balasyang baru.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 - Pengenalan

    27/27

    Satu proses yang berterusan,

    Secara formal dan tak formal,

    Secara formal melalui sekolah membaca,

    menulis & mengira dsb., Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga,

    media massa, persekitaran.

    Mempunyai teori-teori atau mazhabpembelajaran,

    Empat mazhab pembelajaran utama behavioris,kognitif, sosial dan humanis.