kuliah 1.ppt

9
Proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Pengukuran merangkumi segala aspek pengujian termasuk menggunakan skel ordinal atau skel selang untuk menentukan kedudukan dan pencapaian dalam sesebuah kelas atau di antara kelas Skel ordinal diguna untuk menempatkan pangkatan atau kedudukan pelajar mengikut markah daripada ujian.

Upload: joan-koh

Post on 02-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • Proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan.Pengukuran merangkumi segala aspek pengujian termasuk menggunakan skel ordinal atau skel selang untuk menentukan kedudukan dan pencapaian dalam sesebuah kelas atau di antara kelasSkel ordinal diguna untuk menempatkan pangkatan atau kedudukan pelajar mengikut markah daripada ujian.

  • Skel selang mengandungi markah dan gred digunakan untuk menentukan pangkatan dan membuat perbandingan di antara pelajar dalam kelas yang sama atau di antara kelas yang lain.Bertujuan mengukur tahap kebolehan murid secara numerik berdasarkan instrumen-instrumen tertentu.

  • Instrumen yang tepat penting untuk keputusan yang tepat.Ia merupakan penentu status atau tahap.Ia boleh berubah mengikut keadaan.Cth : Markah Bulanan

  • Merupakan cara sistematik dalam mengukur perubahan tingkahlaku.Penting untuk mengukur tahap pencapaian dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif.Pengujian memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis atau mendemonstrasikan perubahan tingkahlaku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.

  • Dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran.

  • Sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti PdP dengan cara yang lebih berkesan.

  • Menguji pencapaian objektif PdP.Membuat laporan pencapaian dan penempatan.Merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan.