kuliah 1.pptx

Upload: nordean-afd-k

Post on 09-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengurusan Sukan

Pengurusan Sukan Kontemporari

PengurusanProses pengurusanperancanganpengorganisasiankepimpinanpengawalanPengurusan SukanPengurusStaff AkademikStaff sokonganPentadbirkomunikasiBudaya kerjakepuasankerjapelajarkonflikperundinganSumber manusiasukarelawanKawalanKepimpinan

Drucker (1992) menyatakan kepimpinan merupakan suatu desakan dan mempunyai kaitan dengan kualiti kepimpinan dan karisma.

Kepimpinan juga bersifat duniawi, tidak romantik, bosan dan inti patinya adalah prestasi.

Bennis dan Donde (2005) - kepimpinan adalah satu proses tingkah laku untuk mempengaruhi ind. dan kumpulan tertentu untuk mencapai matlamat. Proses yang terlibat:Proses membuat keputusan,Teknik motivasi, Memberi maklum balas,Memperkukuhkan hubungan interpersonal Meningkatkan keyakinan pasukan.Fiedler, Chemers dan Mahar (1977), - kepimpinan yang berkesan bergantung kepada situasi. Antara faktor-faktor situasi:Ciri-ciri subordinat seperti keperluan dan kehendak, Keyakinan diri dan kemampuan subordinat sendiri Persekitaran kerja yang merangkumi tugas atau pekerjaan itu sendiri, Sistem ganjaran, Hubungan dengan rakan sejawatanDua teori atau model yang signifikan telah digunakan untuk mengkaji kepimpinan bersituasikan sukan (Riemer & Chelladurai, 1995). i. Smith, Smoll dan Curtis, (1978 & 1979) - model kognitif-tingkah laku kepimpinan mengkhususkan pemboleh ubah: a. Perbezaan individu, b. Faktor situasi dan c. Proses kognitif

yang dianggapkan sebagai medium perantaraan antara tingkah laku kejurulatihan / pengurus dan reaksi atlet / subordinat ii. Model Kepimpinan Multidimensi oleh Chelladurai (1990) memfokuskan kepada tiga tingkah laku kepimpinan: a. Tingkah laku diperlukan, b. Tingkah laku nyata, c. Tingkah laku dikehendaki.

Punca kepada tiga perkara yang telah dinyatakan dalam tingkah laku kepimpinan adalah ciri-ciri situasi, pemimpin dan anggotanya (Chelladurai, 1978 & 1990, 1993; Chelladurai & Carron, 1983).Pelbagai Pemboleh Ubah Jurulatih IndividuPelbagai Pemboleh ubah Atlet IndividuTingkah Laku JurulatihPersepsi AtletMaklum Balas AtletPersepsi Jurulatih terhadap Sikap AtletPemboleh Ubah SituasiModel kepimpinan tingkah laku Diadaptasi dan ubahsuai dari Leadership Behaviors in Sport: A theoretical model and research paradigm, oleh Smoll, F. L. dan Smith, R.E. dalam Journal of Applied Social psychology, 1989, 19, 1522-1551.Model ini mendefinisikan hubungan yang wujud antara: apa yang selalu dilakukan oleh jurulatih / pengurus, bagaimana tingkah laku ini difahami pemain / subordinat dan respons sikap subordinat terhadap situasi menyeluruh (Smoll & Smith, 1989). Perbezaan pemboleh ubah jurulatih secara individu merangkumi faktor Matlamat, Tujuan, Persepsi diri atau atletGender.

Perbezaan pemboleh ubah pemain secara individu melibatkan perkara seperti Umur, Jantina Persepsi terhadap jurulatih, Motivasi - kebimbangan dan keyakinan diri.Faktor situasi pula melibatkan:Fenomena semula jadi dalam sukan,Peringkat pertandingan, Kejayaan atau kegagalan Kerjasama kumpulan.

Tingkah laku jurulatih / pengurus dipengaruhi persepsi jurulatih itu sendiri terhadap atlet. Seorang jurulatih akan melatih atlet yang menunjukkan sikap kurang yakin dan tahap kebimbangan yang tinggi dengan cara yang berlainan daripada atlet / subordinat yang lain.Ciri-ciriSituasiCiri-ciripemimpinCiri-ciriatletPerlakuan yang menepati kehendak organisasiPrestasi AtletDanKepuasan AtletPerlakuanSebenarPerlakuan yangdiingini Keadaan Perlakuan Pemimpin Kesan

Model Kepimpinan Multidimensi Chelladurai (1990)Model ini memfokuskan kepada tiga sifat pemimpin iaitu Keperluan (required), Minat atau gemar (preferred),Kebenaran (actual).

Model ini mengelaskan pemboleh ubah yang terjadi lebih dahulu yang dikenal pasti melalui sifat sesuatu situasi, sifat ahli-ahli dalam kumpulan dan juga sifat-sifat pemimpin.

Kesan dan akibat daripada model ini adalah prestasi kumpulan dan juga kepuasan hati. Model Kepimpinan Multidimensi - terdapat lima dimensi gaya kepimpinan seperti yang dinyatakan oleh Shaharudin Abd Aziz (2005):

Pertama: latihan dan arahan - tingkah laku yang menekankan kepada peningkatan prestasi atlet melalui latihan dan tunjuk ajar bagi memudahkan penguasaan teknik, kemahiran dan taktik dalam sukan.

Kedua: demokratik - tingkah laku yang menekankan penglibatan atlet dalam membuat keputusan terhadap matlamat, bentuk latihan dan strategi permainan. Ketiga: autokratik - tingkah laku yang menekankan kuasa secara mutlak kepada jurulatih dengan penekanan kepada autoriti sepenuhnya.

Keempat: sokongan sosial - tingkah laku yang prihatin terhadap kebajikan atlet, persekitaran kumpulan yang positif dan hubungan interpersonal yang baik dengan atlet.

Kelima: maklum balas positif - tingkah laku yang menekankan kepada pengukuhan sikap atlet dengan maklum balas yang sesuai sebagai pengiktirafan / pemberian bentuk ganjaran yang sesuai bagi pencapaian atlet.Melalui model ini, Atlet open sports dan yang bergantung kepada jurulatih sangat menggemari kepada dimensi latihan dan arahan berbanding atlet closed sports dan yang tidak bergantung kepada jurulatih

ii. Atlet yang tidak bergantung kepada jurulatih menggemari dimensi demokratik berbanding atlet yang bergantung kepada jurulatih - gemar dimensi autokratik. iii. Atlet yang berdikari gemar dimensi sokongan sosial dari jurulatih berbanding atlet yang memerlukan bantuan dari jurulatih.

iv. Atlet yang berdikari dan terlibat dalam acara open sports - gemar dimensi maklum balas positif berbanding atlet yang memerlukan bantuan jurulatih dan menceburi aktiviti sukan bersifat closed sports.