kuliah 1 2.ppt tm

81
AJ 21303 TANAH MELAYU DALAM ZAMAN PENJAJAHAN

Upload: shy-pool

Post on 28-Jul-2015

165 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

AJ 21303 TANAH MELAYU DALAM

ZAMAN PENJAJAHAN

KULIAH 1 PENGENALAN

Kuliah ini memberi penjelasan kepada pelajar mengenai silibus kursus, bahan rujukan asas, penilaian kursus, dan kertas projek.

Sinopsis Kursus

Kursus ini meneliti perkembangan penjajahan kuasa Eropah dari kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, penjajahan Belanda sehingga penjajahan awal British di Tanah Melayu. Semua kuasa Eropah ini dilihat secara komprehinsif dari tahun 1600 sehingga 1900 sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu .

Antara tema-tema penting yang dikaji ialah kemunculan kuasa Portugis, perang tiga segi, Perjanjian Anglo-Belanda, Perjanjian Pangkor 1874, perang Naning dan pentadbiran awal British. Kemunculan Kesultanan Johor turut disentuh dalam melihat kuasa tempatan berhadapan dengan kuasa Eropah di Tanah Melayu.

Objektif kursus

Memberi kefahaman kepada pelajar tentang bagaimana dan mengapa Tanah Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa Portugis, Belanda dan British sebelum abad ke-20 M.

Mendedahkan pelajar kepada betapa pentingnya semangat patriotisme dan kesedaran kebangsaan dipupuk bagi membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

menjelaskan kepada pelajar peri pentingnya perpaduan dan kerjasama dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Penilaian kursus

Kertas Projek [30%]Tutorial [20%]peperiksaan akhir [50%]________________________

Jumlah [100%]

Rujukan Asas

Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan Asian History Series.

Mills, L.A. 2003. British Malaysa, 1824-1867. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, MBRAS Reprint No.22. Selangor: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd.

Tarling, Nicholas. 1969. British Policy in the Malay Peninsula and Archipelago, 1824-1871, Kuala Lumpur.

Khoo Kay Kim. 1972. The Western Malay States, 1850-1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics. Kuala Lumpur

Thio, Eunice. 1969. British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910. Singapore: University of Malaya PressMiller, Harry. 1965. The Story of Malaysia, London: Faber & Faber

C. Northcote Parkinso. 1963. British intervention in Malaya 1867-1877, Kuala Lumpur: University of Malaya press

Kernial Singh Sandhu. 1973. Early Malaysia: Some Observation on the nature of Indian contacts with pre-British Malaya. Singapore: University Education Press

Rahimah Adbul Aziz. 1997. Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Satu analisis Sosiologi-sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nesaamalar Nadarajah. 2000. Johore and the origins of British control 1895-1914. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd.

J.Kennedy. 1993. A History of Malaya, Third Edition (Malaysia). Kuala Lumpur: Percetakan Sooriya

J.M.Cullick. 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

A. Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tajuk kuliah

Minggu

Tajuk Kuliah

1 Pengenalan

2 Latar Belakang Tanah Melayu sebelum abad ke-19

3 kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

4 kuasa Portugis di Melaka 1511-1642

5 Kemelut kuasa penjajah dan kerajaan Tempatan (perang tiga segi)

6 Kemunculan Empayar Kesultanan Johor

7 Kuasa Belanda di Tanah Melayu 1642-1824

8 Kemunculan awal British di Tanah Melayu

9 Perjanjian-perjanjian penting di Tanah Melayu

10 Reaksi masyarakat tempatan terhadap campur tangan British

11 Negeri-negeri Selat semasa zaman penjajahan

12 Pentadbiran awal British (1874-1900)

13 Pembentangan kertas projek

14 Rumusan dan perbincangan*Pelajar dimestikan hadir setiap kuliah dan tutorial dan sebarang perubahan akan dimaklumankan dari semasa ke semasa.

Peta: Tanah Melayu

Sumber: Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan Asian History Series.

PERBINCANGAN MENGENAI KERTAS PROJEK

1. Tajuk Kertas Projek

2. Arahan membuat kertas projek

Jenis tulisan: Tahoma / ArialSaiz tulisan dalam teks: 11Selang baris: 1.5 Nota kaki: saiz (9)Sila rujuk garis panduan gaya penulisan tesis dan disertasi,Universiti Malaysia SabahJumlah halaman sekurang-kurangnya 50 halaman tidak termasuk lampiranDijilid menggunakan kulit keras (Hard-Cover Binding)

Kertas projek dihantar selewat-lewatnya pada kuliah terakhir (minggu ke-14) berserta copy dalam CDStruktur kertas projek: Tajuk-Abstrak-senarai kandungan-Bibliografi-Lampiran

(Pastikan Nota kaki dan bibliografi ditulis dengan betul)

Setiap Kertas projek tidak boleh melebihi 5 orang

Contoh:

Tajuk: Empayar Kesultanan JohorAbstrakIsi KandunganBab 1: PengenalanBab 2: Kemunculan Kesultanan JohorBab 3: Pentadbiran dan ketenteraanBab 4: Kemerosotan JohorBab 5: KesimpulanBibliografiLampiran

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

kuliah 2

LATAR BELAKANG TANAH MELAYU SEBELUM ABAD KE-19

Kuliah ini membincangkan keadaan masyarakat di Tanah Melayu sama ada dari aspek politik tradisional, sistem ekonomi dan sosial termasuklah sistem pendidikan dan keagamaan. Kedudukan Tanah Melayu dan negeri-negerinya ditunjukkan berdasarkan peta-peta yang berkaitan. Perkara ini penting dalam melihat latar belakang Tanah Melayu sebelum abad ke-19.

Bagaimana keadaan masyarakat di Tanah Melayu

sebelum abad ke-19 M?

POLITIK FEUDAL / TRADISIONAL

Struktur masyarakat melayu feudal merupakan lanjutan daripada sistem pemerintahan Hindu yang mengakibatkan perpecahan masyarakat yang berasaskan golongan bangsawan dan golongan rakyat.

Golongan rakyat pada masa itu hidup secara berkelompok dengan komuniti yang kecil dalam kawasan yang sama.

Golongan bangsawan mempunyai kedudukan yang tinggi dan kuasa yang dipegang juga mencerminkan peranan mereka dalam membubat keputusan terhadap orang lain.

Menurut A.Aziz Deraman (2001):

“masyarakat melayu digambarkan sebagai satu piramid yang besar dengan golongan bangsawan terdiri daripada raja / sultan pada kedudukan paling atas sekali dan pembesar mempunyai hubungan yang rapat dengan rakyat sebagai golongan yang memerintah dan juga golongan yang diperintah”.

Rajah 1: piramid pentadbiran kerajaan Melayu

Raja

Pembesar

Rakyat

Hamba

Kerajaan melayu feudal mempunyai 3 unit politik iaitu negeri, daerah dan kampung. 1. Negeri

Perkataan negeri digunakan sebagai kata awalan misalnya negeri kedah, negeri pahang negeri sembilan dan sebagainya. Golongan pemerintah:Sultan / Raja, Bendahara, penghulu bendahari, temenggung, laksamana, syahbandar. Konsep daulat dan tulah- mengukuhkan kedudukkan sultan sebagai ketua tertinggi.

2. Daerah/ jajahan

sesebuah daerah dibentuk oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan. Ia sama ada kawasan yang terletak di sebelah sahaja atau di kedua-dua belah tebing sungai negeri itu ataupun ia sebuah lembah tetapi pada kuala sungai yang besar.

Pemerintah sesebuah daerah ialah seorang pembesar yang diambil daripada satu zuriat yang telah lama mempunyai hubungan dengan daerah tersebut. Terdapat dua jenis keturunan pembesar iaitu sama ada berketurunan diraja atau golongan pembesar. Di sestengah negeri seperti negeri Perak, pembesar-pembesarnya mempunyai gelaran tertentu seperti Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan Orang Besar enam Belas dan kadang kala Orang besar tiga puluh dua.

Tugas pembesar ialah menjalankan pentadbiran tempatan, keadilan, pertahan, memunggut cukai dan pemimpin umum. Beliau akan dibantu oleh beberapa orang penolong dan juga timbalan yang pada umumnya terdiri daripada kalangan sanak saudara sendiri. Lazimnya para pembesar mengamalkan kuasa yang melebihi daripada kuasa sultan itu sendiri.

3. Kampung

Diketuai oleh ketua kampung ataupun penghulu. Seorang ketua kampung boleh datang daripada rakyat biasa tetapi mendapat kedudukan yang lebih tinggi sedikit. Jawatan ini adalah secara keturunan / warisan, tidak dibayar gaji kecuali mengambil sebahagian kecil daripada hasil cukai yang dikutip oleh pembesar. Peranannya sangat besar dalam menangani pelbagai masalah dalam kampung kerana seorang ketua kampung merupakan perantaraan di antara golongan pemerintah dan juga golongan yang diperintah. Pada kebiasaannya tugas seorang penghulu ialah mengutip cukai, menjaga keamanan dan keharmonian kampung serta mengarahkan anak-anak buahnya untuk melaksanakan kerja-kerja yang diperintahkan oleh golongan atasan.

ASPEK EKONOMI FEUDAL

Telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:

1. Ekonomi Golongan Pemerintah 2. Ekonomi Golongan Yang Diperintah.

Ekonomi golongan pemerintah

1. Sistem cukai dan ufti

Sumber pendapatan yang diperolehi oleh sultan ialah pendapatan daripada hasil pungutan cukai yang dikenakan ke atas rakyat seperti cukai-cukai tanah, ternakan, tanaman, perdagangan, ufti daripada negeri jajahan takluk, hadiah daripada para pedagang yang datang berdagang sama ada luar atau dalam serta daripada sumber lain.

Menurut Gullick (1970):

“Sultan Abdullah (sultan Perak) telah menyewakan hak memungut cukai di muara sungai Perak sebanyak RM 24 000 setahun dan menteri laut pada zaman kemuncak pemerintahannya iaitu (1870-1872), mendapat sebanyak RM 180 000 setahun dari sebuah lompong di Larut”.

Manakala kerabat diraja dan para pembesar pula mendapat kekayaan daripada sumber yang kurang sedikit daripada sultan. Misalnya daripada hasil cukai lalu lintas di sungai-sungai dan hasil daripada tanah-tanah pertanian yang dimiliki mereka iaitu hasil daripada sawah dan dusun buah-buahan yang dikerjakan oleh hamba.

Melalui sistem kerah yang wujud dalam masyarakat melayu.

Menurut Mohd. Jamil Mukmin (1997):

“ suatu cukai yang merupakan cukai hartanah atau cukai jualan telah berkuatkuasa pada masa itu. Jika seseorang hendak menjual tanah atau rumahnya, maka orang itu terlebih dahulu meminta kebenaran daripada sultan ataupun bendahara dan untuk meperolehi kebenaran ini, orang itu kena membayar cukai kepada kerajaan”.

Di Melaka, Tome Pires telah melaporkan tentang pembayaran cukai yang dikenakan kepada pedagang-pedagang dari Barat seperti India, Sri Lanka (Ceylon), Pegu dan dunia Arab iaitu:

“kesemua mereka membayar enam peratus di melaka..orang melayu atau dari negeri lain yang membawa isteri mereka menetap di melaka. Mereka membayar tiga peratus, dan selain dari itu dikenakan cukai diraja enam peratus untuk orang asing dan tiga peratus bagi peribumi”.

Pedagang dari Timur pula seperti China, Jepun, Jawa dan maluku tidak perlu membayar cukai tetapi dikehendaki memberi hadiah.

Manakala sistem ufti pula, melalui hubungan Melaka dengan China yang bermula apabila Yin Qing iaitu selaku menteri dalam China dihantar ke melaka untuk bertemu dengan Parameswara. Hasilnya, parameswara dianugerahkan cap kempa, pakaian kerajaan, payung iram-iram kuning sebagai pengiktirafan Raja Melaka. Kunjungan ini sekaligus mewujudkan hubungan perdagangan dua hala antara China dan Melaka.

Menurut apa yang terkandung dalam buku sejarah Ming Hui Dian, terdapat kira-kira 40 jenis barang-barag dari Melaka yang dijadikan sebagai ufti kepada negara China. Antaranya ialah sumbu badak, penyu kerah, kayu laka dan barus dan sebagainya.

2. Sistem ekonomi kawalan tenaga Buruh

Hasil daripada sawah dan dusun buah-buahan yang dikerjakan oleh hamba hutang dan juga hamba sahaya sebagai khidmat dan bayaran kepada pembesar. Kerja-kerja yang dijalankan setiap masa ini menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pembesar.

Bagi golongan yang diperintah, mereka menampung kehidupan dengan bekerja sebagai petani, nelayan, bertukang dan juga berdagang. Biasanya hasil pendapatan yang diperolehi hanya setakat memenuhi keperluan asas untuk hidup dan untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Menurut Azmah Abdul manat (2001):

“ekonomi masyarakat kebanyakkan atau bawahan adalah bercorak sara diri”.

Ini kerana mereka tidak melihat kepada kepentingan untuk mendapatkan hasil yang lebih daripada sekadar mencukupi dan faktor keluasan tanah yang terhad. Begitu juga, faktor tenaga kerja yang kurang dan biasanya tenaga kerja yang digunakan untuk mengerjakan tanah adalah terdiri daripada kaum keluarga mereka sendiri.

Pada masa yang sama, mereka juga terikat dengan sistem kerah yang diwajibkan dan keadaan ini pada waktu-waktu tertentu oleh pihak istana. Sistem ini memaksa rakyat meninggalkan pekerjaan mereka yang asal untuk bekerja bagi pihak istana tanpa sebarang bayaran dan ganjaran. Fenomena ini boleh digambarkan dengan pepatah lama iaitu “kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek”.

Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa berlakunya penindasan yang barangkali tidak disedari oleh pihak pemerintah terhadap golongan yang diperintah dan tidak wujud keadilan sosial. Ini juga telah mencipta jurang pemisahan dari segi corak kehidupan antara kedua-dua golongan.

3. Sistem Ekonomi Monopoli

Golongan raja / sultan dan pembesar mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat kerana kemampuan mereka memperolehi hasil pendapatan daripada pelbagai punca atau monopoli sesuatu sumber ekonomi misalnya, seperti kita boleh lihat dalam aktiviti perlombongan dan juga perdagangan.

Dalam bidang perdagangan yang dimonopoli oleh sultan dan para pembesar, ia meliputi semua hasil yang diperolehi sama ada dalam negeri dan jajahan takkluk. Hasilnya boleh dipunggut dalam dua sistem iaitu:

Pertamanya melalui sistem pajak iaitu apabila seseorang itu diberi kuasa menjalankan perdagangan barangan tertentu dan dia dikehendaki membayar sejumlah wang kepada wakil sultan yang memajakkan tanah berkenaan.

Keduanya ialah melalui pajakan monopoli, sultan biasanya mendapat hak monopoli dalam sesuatu jenis barangan dan lazimnya diserahkan kepada sesuatu golongan atau seseorang untuk menguruskannya. Orang itu perlu membayar sejumlah wang, dan biasanya lebih besar jumlahnya kepada sultan atau wakilnya.

4. Sumber ekonomi lain

Perlombongan merupakan kegiatan yang menambahkan pendapatan pembesar melayu yang sering menimbulkan perebutan dan juga konflik di antara mereka yang berlanjutan sehingga menyebabkan campurtangan British ke Tanah Melayu.

Pada abad ke-19, salah satu kawasan yang penting ialah sungai ujong. Kegiatan perlombingan bijih timah ini telah lama diusahakan iaitu seawal abad ke-19 lagi. Kebanyakkan aktiviti perlombongan di kawasan sungai ujong ini diusahakan oleh para pembesar seperti Datuk Kelana, Datuk Syahbandar dan Datuk Mida Linggi yang menguasai dan mendominasi serta mengawal beberapa kawasan perlombongan dan perdagangan bijih timah.

Penguasaan golongan pemerintah ini dapat dilihat daripada dua sudut iaitu:

1. semua urusan yang bersangkut paut dengan aktiviti perlombongan mestilah melalui para pembesar. Misalnya, mereka akan menjadi pembeli tunggal hasil pengeluaran bijih timah di sesuatu kawasan dan harga akan dibayar mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pembesar.

2. golongan pemerintah ini akan mengenakan pelbagai jenis cukai dengan kadar yang ditentukan oleh mereka kepada pelombong dan juga buruh cina yang bekerja di lombong. Ini termasuklah cukai perseorangan, kepala, cukai hasilpengeluaran, cukai pengangkutan, cukai perdagangan dan juga cukai tanah.

Ekonomi golongan yang diperintah / masyarakat kebanyakkan

1. ekonomi berdasarkan pertanian sara diri

sebelum era kolonialisasi di Tanah Melayu, hampir kesemua negeri melayu adalah tertumpu di kuala-kuala sungai disebabkan kepentingannya sebagai aktiviti pertanian, pengangkutan dan sesuai juga untuk menjalankan pentadbiran.

Kebanyakkan mereka melibatkan diri dalam penanaman padi sawah sejak abad ke-15 yang dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Kegiatan penanaman padi sawah mengunakan teknik yang tersendiri dan mereka juga mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengairi sawah-sawah mereka dengan mengunakan empangan kayu ataupun kincir untuk mendapatkan bekalan air.

Proses penanaman padi melibatkan kerja-kerja seperti menaikkan air, mengangkul, menyemai, merumput, menuai, mengirik, menangin, menjemur dan menumbuk untuk menghasilkan beras.

Tanaman lain juga diusahakan seperti pisang, tebu, nanas, ubi kayu, keladi, kunyit, serai, cili api dan kelapa. Begitu juga tanaman buah-buahan seperti manggis, rambutan dan juga durian.

Sebenarnya, proses pengeluaran berkait rapat dengan ciri kehidupan mereka kerana matlamat pengeluaran adalah untuk keperluan hidup sahaja. Menurut A. Aziz Deraman (2001):

“masyarakat melayu boleh dikatakan sebagai masyarakat ekonomi tani yang tingkat pengkhususan atau keanggotaan sistem pengeluaran dan hubungan dengan pengeluaran, pertukaran, pemilikan harta dan punca pengeluaran yang lain tidak sukar dijangkakan”.

2. Ekonomi berdasarkan perdagangan

Kehidupan secara berkelompok di tepi laut dan juga sungai telah melahirkan golongan pelaut yang beranai dan ulung di kalangan mereka. Pembentukkan armada melayu yang kuat pada zaman srivijaya, majapahit, acheh dan juga Melaka telah membuktikan kecekapan feudal pelayaran. Kepandaian dan keberanian bangsa melayu dalam perlayaran terbukti dalam sejarah dan tidak dapat dinafikan lagi.

Sebagai contoh, pada zaman kegemilangan Melaka, ramai masyarakat melayu telah menceburkan diri dalam lapangan perdagangan dan perniagaan. Misalnya, dokumen China 1436 telah menyatakan bahawa negeri Pahang mengeksport bijih timah dan kapur barus dan menimport sutera dan kain dari jawa.

Manakala perdagangan rakyat biasa dijalankan secara kecil-kecilan sahaja berbanding dengan golongan pemerintah. Keadaan ini sebenarnya memperlihatkan asas ekonomi masyarakat melayu feudal bergantung kepada pertanian dan perikanan.

Penggunaan mata wang, di Melaka bermula semasa pemerintahan sultan Muzafar Syah. Bulat daripada logam timah dan mengunakan nilai satu ketul timah yang beratnya 1 kati 8 tahil. Muka hadapan duit tersebut tertulis Muzafar Syah Al Sultan.

3. Ekonomi berdasarkan perlombongan

Aktiviti perlombongan diusahakan oleh orang melayu sejak zaman gangsa lagi, misalnya patung buddha yang dijumpai bertarikh abad ke-5 dan abad ke-9 diperbuat daripada gangsa dan pada masa itu orang arab telah menjalinkan hubungan perdagangan bijih timah dengan kedah. Catatan cina tahun 1412 pula menyebut bahawa bijih timah adalah antara barangan yang diperdagangkan di Melaka dan tahun 1436 menyebut bahawa bijih timah menjadi bahan ekdport bagi negeri Pahang.

Pada awal abad ke-19, kegiatan perlombongan dianggap sebagai kerja sambilan oleh orang melayu kerana mereka menumpukan kepada aktiviti pertanian iaitu padi sawah dan memunggut hasil hutan.

Orang melayu mengerjakan lombong dengan menggunakan 2 cara iaitu melampan dan mendulang. Namun kedua-dua cara ini kurang berkesan kerana mengeluarkan hasil yang sangat terhad.

Apabila berlakunya permintaan terhadap bijih timah yang semakin meningkat, para pembesar di Sungai Ujong telah mencari saudagar dan pemodal, terutamanya dari Melaka. Ini menyebabkan tenaga buruh yang sedia ada tidak mencukupi dan terpaksa mengambil buruh cina untuk bekerja di lombong. Keadaan ini menyebabkan kemasukkan beramai-ramai orang cina ke Tanah Melayu iaitu pada tahun 1831 dan seterusnya mewujudkan terbentuknya masyarakat majmuk di Malaysia.

4. Sumber ekonomi lain

Sistem ekonomi masyarakat melayu tradisional dalam pengertian yang amat luas boleh dilihat melalui cara orang melayu mempertingkatkan usaha untuk hidup.

Sungai bukan sahaja digunakan sebagai jalan perhubungan utama tetapi juga dijadikan sebagai sumber pendapatan. Ini membolehkan merka mendapatkan bekalan makanan dengan menangkap ikan dan bekalan air untuk keperluan seharian.

Hasil tangkapan ikan ini biasanya hanya cukup untuk keperluan keluarga sahaja. Peralatan yang digunakan ialah tali kail, bubu dan jerat.

Mereka juga menternak binatang untuk menambahkan sumber makanan dan juga sebagai sumber protien. Ternakan seperti kerbau, itik dan ayam untuk kegunaan tertentu.

Malah kawasan hutan yang tebal dan belum diteroka yang dimiliki membolehkan penduduk mengusahakan hasil hutan itu. Hasil hutan seperti pokok nipah, nibong, rotan, damar, dan minyak yang diperolehi dari kayu. Hasil-hasil hutan ini akan didagangkan dengan menggunakan sistem perhubungan melalui sungai untuk dijual dan ditukarkan dengan beras, tembakau, garam dan sebagainya. Aktiviti sebegini dianggap penting untuk mendapatkan barangan atau keperluan asas.

Aspek sosial masyarakat melayu feudal

1. pertumbuhan dan perkembangan penduduk Tanah Melayu (demografi)

Tidak terdapat satu banci yang meliputi bagi penduduk-penduduk negeri Perak, Selangor dan negeri sembilan hingga tahun 1891. angka-angka banci 1891 tidak dapat digunakan sebagai satu panduan tentang bilangan penduduk 20 tahun yang lalu kerana tambahan penduduk oleh pindah-masuk yang tidak dicatat dalam tahun 1880an.

Anggaran-anggaran yang dibuat oleh pemerhati Eropah mestilah dihadapi dengan berhati-hati. Ini kerana penduduk tidak menentu bilangannya disebabkan ada yang melarikan diri apabila berlakunya pergaduhan dan kembali semula tetapi kadang-kadang mereka mendirikan rumah baru ditempat lain.

Dengan itu bilangan penduduk sentiasa turun naik. McNair menganggarkan bilangan penduduk Melayu di Perak dalam tahun 1870 seramai 30,000 orang dan tahun 1879 seramai 31,553 orang berdasarkan bilangan cukai kepala. Bilangan penduduk selangor pula pada tahun 1874 ialah 5,000 orang dan bertambah kepada 10,000 orang pada tahun 1878. penduduk Melayu negeri sembilan berjumlah diantara 30,000 hingga 40,000 orang.

Jadual: Banci pada tahun 1891

Negeri Melayu Lain-lain* Jumlah

Perak 106,393 107,861 214,254

Selangor 26,578 55,014 81,592

Negeri Sembilan 48,480 22,250 70,730

*Kebanyakkan orang Cina

Sumber: J.M.Gullick, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1970, hlm. 36

Penduduk cina mengalami jumlah turun-naik lebih hebat lagi berbanding daripada penduduk Melayu kerana perubahan keuntungan di lombong dan pergaduhan. Di Larut (perak) penduduk cina dianggarkan berjumlah 40,000 orang pada tahun 1871, 27,000 orang (1874), 15,000 orang (1876) dan 9,000 orang (1877). Manakala di Kuala Lumpur (pusat perlombongan besar di selangor, orang cina diangarkan berjumlah 10,000 orang (1870), 5, 000 orang (1873) dan pada tahun 1884 ialah 28,236 orang.

Dengan bilangan penduduk cina yang ramai ini dilantik seorang ketua yang memakai gelaran capitan china dikurniakan oleh sultan. Perlantikkan ini bertujuan untuk memudahkan urusan dengan pelombong cina dan capitan ini mewakili kumpulan cina bukan mewakili perseorangan.

Susunan penduduk melayu sangat sukar untuk dikelaskan mengikut kategori kerana bercampur aduk. Apa yang jelas sebahagian besar berasal dari keturunan minangkabau. Ini jelas di negeri sembilan dalam susun lapis masyarakatnya. Tetapi di Perak terdapat kepelbagai susun lapis seperti melayu, minangkabau, orang bugis (dari sulawesi), orang kerinchi, orang rawa, orang mandaling dan orang Batak dari sumatera.

Ada juga orang arab yang berkahwin dengan orang melayu dan kecil bilangannya tidak lebih dari keturunan campur aduk orang arab / acheh. Walau bagaimanapun, ketaatan dan kesetiaan mereka kepada golongan pemerintah masih kukuh serta tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini kerana mereka masih meyakini konsep daulat dan tulah yang diamalkan sekian lama dalam masyarakat melayu, walaupun ikatan kesukuan dan darah yang kuat pada diri mereka.

2. Agama dan kepercayaan

Agama dan kepercayaan masyarakat feudal telah mengalami proses perkembangan selaras dengan perkembangan masyarakat itu sendiri. Peningalan zaman lampau menunjukkan orang melayu pada masa dulu memang mempunyai tanggapan tentang hakikat hidup dan mati dalam alam semesta. Kepercayaan kaum bumiputera (primatif) adalah banyak bercorakan animisme seperti mempercayai hantu, keramat, roh dan sebagainya. Kepercayaan ini memyebabkan mereka memuja dan memuji unsur dan semangat seperti pokok besar yang dipercayai berpenunggu.

Hindu pada asasnya merupakan kepercayaan kepada semangat sebagai tenaga yang ada pada objek tertentu, organik atau bukan organik sama ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan atau anasir alam lain yang amat berpengaruh dalam kehidupan. Kedatangan Islam telah mengubah sistem kepercayaan keseluruhan masyarakat melayu kepada satu agama wahyu . proses sinkritsme iaitu penyebatian dan penyeduaian terhadap agam Islam berlaku tetapi masih terdapat juga ciri kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha dalam sesetenggah amalan kehidupan mereka.

Proses pengislaman yang berlaku pada abad ke-15 memperlihatkan masyarakat melayu telah memeluk agam Islam. Menurut J.M.Gullick (1970):

“Mereka ini semuanya beragam Islam kira-kira lima abad lamanya. Tetapi penukaran agama ini merupakan suatu penukaran yang membolehkan pemeliharaan banyak dari ada istiadat agam Hindu yang telah diamalkan di zaman pra-Islam bersama-sama kepercayaan penyembahan berhala yang lebih tua.”

3. Pendidikan

Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk formal dan tidak formal serta tidak menitikberatkan perkembangan pelajar-pelajarnya. Corak pendidikan adalah seperti pengajaran al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.

Misalnya, kedudukan melaka sebagai pusat keilmuan, mengalakan kehadiran ramai ulama dari luar negeri. Antaranya ialah seperti Makhdum sayyid abdul aziz, maulana abu bakar, kadhi yusuf, kadhi menua, kadhi munawar syah dan terdapat juga ulama seperti wali songo (wali sembilan), sunan bonang dan sunan Giri (Jawa).

Pemerintah memberikan kedudukan istimewa kepada golongan ulama kerana mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengislamkan golongan pemerintah dan rakyat tetapi juga menjaga institusi pemerintahan dari sudut agama. Proses pembelajaran pada zaman Islam berkembang dengan meluas di kalangan atasan dan rakyat biasa tidak seperti mana zaman hindu-Buddha.

Istana adalah sala satu tempat yang menjadi tumpuan cerdik pandai yang datang dari dalam dan luar negeri. Menurut D. G Hall:

“mereka juga memperkenalkan intelek-intelek dan ulama-ulama Islam untuk memperkuatkan lagi pegangan raja-raja itu dan untuk menubuhkan pusat-pusat penyebaran Islam. Istana-istana menjadi pusat pengajian Islam dan mengeluarkan banyak juga hasil-hasil sastera yang sebahagian besarnya masih lagi terdapat pada hari ini.”

Masjid dan madrasah juga memainkan peranan penting sebagai institusi pengajian ilmu pengetahuan dan pusat penyebaran Islam. Pendidikan ini lebih bersifat formal di mana kanak-kanak diajar oleh guru yang berkhidmat secara sukarela. Ibu bapa sering kali memberikan saguhati atau sedekah kepada guru-guru anak mereka sebagai ganjaran.

Surau dijadikan pusat pengajian ilmu sama fungsinya dengan pembelajaran di Masjid. Cara pembelajaran terbahagi kepada 2 iaitu pembelajaran pada waktu pagi dan juga pembelajaran pada waktu malam. Pada waktu pagi, pembelajaran adalah seperti bacaan al-Quran termasuklah pelajaran ilmu tajwid dan ilmu qasidah. Waktu malam pula adalah pengajian bagi orang dewasa. Walaupun bersifat formal, tetapi sistemnya tidak teratur keran bilangan pelajarnya tidak terhad jika dibandingkan dengan bilangan pengajarnya yang sedikit.

Rumusan

Rujukan

Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A History of Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan Asian History Series.

Miller, Harry. 1965. The Story of Malaysia, London: Faber & Faber

J.M.Gullick. 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

A.Aziz deraman. 2001. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Cheah Boon Khen. 1990. Feudalisme Melayu: Ciri-ciri dan Pensejarahannya. Pulau Pinang: Universiti Sains malaysia

J.Kennedy. 1993. A History of Malaya, Third Edition (Malaysia). Kuala Lumpur: Percetakan Sooriya

SEKIAN DAN TERIMA KASIH