kuliah 1 (asal-usul bahasa melayu).ppt

20
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN ASAL-USUL BAHASA MELAYU KULIAH : 1 PENSYARAH: PN. SUWARNEE MOHD SOLAH

Upload: suwarnee-mohd-solah

Post on 06-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

  • MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN

    ASAL-USUL BAHASA MELAYUKULIAH : 1

    PENSYARAH: PN. SUWARNEE MOHD SOLAH

  • ISI KANDUNGAN1. PENGENALAN2. SEJARAH RINGKAS BAHASA MELAYUa. Asal-usul Bahasa Melayub. Perkembangan Bahasa Melayu3. Kesimpulan

  • Asal-usul MelayuCatatan orang China menyatakan ia berasal daripada sebuah kerajaan Mo-lo-yue yang berpusat di Jambi, Sumatera.Catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yangmenggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya.Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Mlayu bermaksud berlari @ mengembara iaitu orang Indo-Melayu (Austronesia) dari Yunan.

  • Asal-usul Bangsa MelayuBangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara ( sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) .Gelombang Pertama dikenali sebagai Melayu Proto @ Zaman Batu Baru (2500 S.M)Gelombang Kedua dikenali sebagai Melayu Deutro @ Zaman Logam(1500 S.M)

  • Melayu ProtoKeturunan Melayu Proto;- Orang Asli di Semenanjung Malaysia- Dayak di Sarawak- Batak di SumateraBilangannya agak kurang Mendiami kawasan gua dan tebing sungaiTidak mahir dalam ilmu pelayaran

  • Melayu DeutroKeturunan Melayu Deutro;- Orang Melayu di MalaysiaLebih bijak dan mahir daripada orang Melayu ProtoBijak dalam bidang astronomi, pelayarandan bercucuk tanam.Mendiami kawasan pantai dan lembah

  • Asal-usul Bahasa Melayu Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

  • Definisi Bahasa1. Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain).2. Bahasa adalah penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti/maksud

  • Perkembangan Bahasa MelayuTiga tahap utama;

    Bahasa Melayu Kuno

    Bahasa Melayu Klasik

    Bahasa Melayu Moden

  • Bahasa Melayu KunoBermula dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan SrivijayaPenuturnya di Semenanjung, Sumatera dan Kepulauan Riau.Menjadi lingua franca sebagai bahasa pentadbiranBanyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit Terdapat pengaruh agama Hindu

  • Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

    a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)Bahasa Melayu Kuno

  • Bahasa Melayu KlasikKegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting;- Zaman Kerajaan Melaka- Zaman Kerajaan Acheh- Zaman Kerajaan Johor-RiauMenggunakan bahasa Istana Ayatnya panjang dan berbelit-belitBanyak ayat songsang dan kata-kata klasik

  • Bahasa Melayu KlasikCiri-ciri bahasa Melayu klasik:

    1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'

  • Bahasa Melayu ModenBermula pada abad ke-19Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggappermulaan zaman bahasa Melayu ModenSelepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan B.Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikanSelepas Merdeka, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan

  • Peranan Bahasa MelayuBahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesatSelepas merdeka, martabat bahasa Melayu dinaikkan sebagai bahasakebangsaanBahasa Melayu juga mendukung peranan sebagai bahasa perpaduan

  • Dasar BahasaDasar bahasa di Malaysia meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmiProses penentuan bahasa melibatkanaspek perancangan bahasa secara berperingkat-peringkatOleh sebab negara mempunyai pelbagai kaum, jadi kita memerlukan satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu

  • Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

    Bahasa Ilmu Bahasa Kebangsaan

    Bahasa Rasmi

  • Kedudukan dan Taraf B.MPerkara 152 Perlembagaan PersekutuanPerkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen.

    Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).

    Akta PendidikanLaporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

  • Aktiviti

    Tulis sebuah esei mengenai diri anda:1. Latar belakang2. Perkara menarik yang boleh dikongsi

    Bentangkan.