kuliah 7 multimedia dalam pengajaran bahasa 13-3.ppt

Upload: rohaya-kassim

Post on 07-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • Konsep dan rasional penggunaan multimedia Kreativiti dalam penghasilan bahanMultimedia dalam pengajaran bahasa

  • Konsep Multimedia

    Istilah multimedia dicipta pada tahun 1950 dan mempunyai kombinasi atau gabungan pelbagai media kaku dan bergerak bagi membentuk satu program pengajaran secara formal atau tidak formal.(Heinich, et al., 1996)

  • Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ).

    Multimedia ialah gabungan elemen teks,audio,grafik,animasi,video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses secara signifikan dan menghidupkan suasana maklumat.(Edgar 1992, dalam Perzlyo, 1993).

  • Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), multimedia merupakan perkara yang berkaitan dengan penggunaan pelbagai jenis media seperti slaid, televisyen, dan sebagainya terutamanya dalam membuat persembahan mengajar dan untuk menunjuk cara serta perkara yang berkaitan dengan produk, program dan sebagainya yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dan sebagainya untuk menyampaikan maklumat.

  • Bidang-Bidang Penggunaan Aplikasi Multimedia

    PENDIDIKANPERNIAGAANPENTADBIRANPENYIARANHIBURAN

  • Elemen Utama dalam Pembinaan MultimediaTeksAudioVisualGrafikAnimasi

  • ELEMEN MULTIMEDIA

    1. Teks

    Teks merupakan elemen asas bagi meyampaikan maklumat. Teks adalah perkataan yang boleh difahami oleh pengguna. Teks dapat memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Teks mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat kepada pengguna.

  • 2. Grafik

    Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lakaran, ilustrasi dan sebagainya. Grafik dapat memberikan penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. Grafik juga dapat membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada pengguna dan dapat menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat menjadi lebih menarik.

  • Audio merujuk kepada pelbagai jenis bunyi seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Audio dapat membantu memyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio yang istimewa. Selain itu, dapat meningkatkan daya tumpuan pengguna terhadap sesuatu isi persembahan.

    3. Audio

  • 4. Video

    Video pula dapat meyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup serta merupakan elemen media yang paling dinamik dan efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Video juga merupakan satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.

  • 5. Animasi

    Animasi merupakan paparan urutan lakaran yang setiap satunya terdapat sedikit perbezaan dalam menghasilkan satu pergerakan secara berterusan. Animasi berperanan untuk menceriakan persembahan sesebuah maklumat.

  • Perancangan Pengajaran

    Kerangka Pengajaran dan Pembelajaran Efektif

    INPUT

    Persediaan pengajaran

    OUTPUT

    Pembelajaran Efektif

    PROSES

    P& P Interaktif

  • Fasa 1 : PERANCANGANPembangunan Konsep

    ~ Idea pembangunan, kos dan penyebaran bahanBrainstormingMelukis atau melakar pada kertasSenarai semak/kriteria penilaian

    ~ Mempunyai objektif yang boleh dicapai~ Garis panduan yang tersusun~ Rancang dgn rasional dari segi kepakaran,masa,kos,peralatan & sumber.

  • 2. Kenal pasti Pengguna Sasaran

    Pengguna boleh diterangkan dengan pelbagai faktor spt:

    Lokasi bandar dan luar bandar/pedalamanPeringkat Umur tahap pemikiranPendidikan sekolah menengah rendah atau menengah ataslatar belakang pengguna kepelbagai kaum dan budaya

  • 3. Penentuan cara pelaksanaan

    Ton ton yang sesuai dengan aplikasi,penggunaan animasi 3D, audio & videoPendekatan arahan atau panduan utk melayari multimedia- adakah sesuai dengan tahap pengguna? Metafora peta imej.Informasi dalam bentuk objek spt buku,ruang, dll

  • Pembelajaran Interaktif

    Melibatkan hubungan antara pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran. Menekankan perhatian, pengekalan dan tujuan pelajar belajar. Menyediakan maklum balas segera yang pelajar boleh secara kendiri. Belajar secara mendengar kepada belajar dengan melakukan.

  • Prinsip Pembelajaran InteraktifWujudkan persekitaran pembelajaran. Tujuan belajar dan cara mengaplikasikannya. Alat pengajaranBerinteraksi dengan maklumat Berkongsi pengetahuan.Kolaboratif dalam proses pembelajaranHasil pembelajaran PenilaianMemenuhi aspirasi FPN.

  • Model Pembelajaran Interaktif

    Model pembelajaran interaktif berdasarkan Mayer (1999). Tiga unsur penting yang ditekankan dalam model pembelajaran tersebut :

    aspek kognisi, kendiri afektif.

  • Pembelajaran Interaktif

    Menekankan interaksi dua hala dalam proses pembelajaran. Diperoleh melalui interaktif berdasarkan bahan rangsangan; - gambar, - dialog, - tutorial, - maklum balas jawapan.

  • Faktor Keberkesanan Bahan MultimediaBahasaArahanFungsi BantuanLatih tubiMotivasiKesesuaian DataSasaran PenggunaKetekalan Minat

  • BahasaJelas dan berfokus.Memenuhi aturan bahasa yang betul.Mengikut aras dan kemampuan kumpulan sasaran.Pemeringkatan aspek bahasa. Peningkatan kepada penambahan perbendaharaan kata pengguna.

  • ArahanBerfokus. Laras arahanTepat dan jelas.Tidak mengelirukan pengguna.

  • Fungsi BantuanMesra penggunaPenyelesaian segera Meyakinkan penggunaKadar penyelesaian tinggiTidak menyulitkan penggunaSesuai untuk semua peringkat

  • Latih tubiMudah kepada kompleks.Pelbagai rangsangan. Pengukuhan minat dan pengekalan ilmu.Teknik penyoalan- Mengarah kepada pemikiran kreatif dan kritis. Respons jawapan yang wajar serta bersifat positif.

  • MotivasiSuara- Jelas dan terang (sebutan)Warna- sesuaikan dengan tahap pengguna.Grafik- membantu penjelasan.Kandungan Ilmu tepat dan mencabar.Teknik persembahan- menarik dan berbeza dengan pembelajaran biasa.

  • Kesesuaian DataPanduan pengguna yang komprehensif.Tahap kepayahan terkawal.Tindak balas yang mengandungi unsur pendidikan.Galakan yang bersifat motivasi (Contohnya:Tahniah atau cuba lagi)

  • Sasaran PenggunaIndividu Pengukuhan, Pemulihan. Tentukan arahan penggunaanya.Kumpulan- Latih tubi, kuiz atau permainan bahasa. Sertakan tatacara pengendalian contohnya peraturan permainan, format jawapan dan soalan-soalan berkaitan.

  • Ketekalan MinatPenyelarasan teknik persembahan Bersifat dua hala-interaktif Kesesuaian masaTahap kesukaranMudah kendali