kuiz 3 jsu ppg 2014 pentaksiran sejarah (1)

Upload: matangpaku

Post on 09-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

amamama

TRANSCRIPT

Pro Forma Kursus

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PPG AMBILAN JUN 2011

SJH3093

KUIZ 3

Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan yang diberikan.

1. Apakah Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) ?Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).2. Bilakah perlunya membina JSU dan apakah tujuannya?Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.3. Mengapakah JSU adalah penting ?, Bincangkan.Kepentingan JSU: Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

kertas ujian dapat digubal secara sistematik

kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;

Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

Memberi panduan untuk membentuk soalan.

Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.

Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.

Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.

taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang

ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran4. Buktikan anda memahami aras kesukaran item, Huraikan.Analisis item membolehkan kita menilai kesesuaian

item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Peratusan calon peperiksaan yang menjawab sesuatu sesuatu item atau soalan dengan betul nilai p. Semakin meningkat peratusan calon menjawab sesuatu item dengan betul, semakin tinggi nilai p.

Nilai p yang rendah: item semakin sukar

Nilai p yang tinggi: item semakin mudahPembinaan item ujian juga perlu mengikut aras taksonomi soalan untuk pelajar.

1 .Aras pengetahuan-mengingat semula perkara yang dipelajari tanpa berlaku perubahan(dari aspek sains & sejarah seperti melabelkan & menyatakan).2. Aras kefahaman-memahami sesuatu bahan dalam penterjemahkan,penjelaskan danmenjangkakan kemungkinan.3. Aras aplikasi-menggunakan pengetahuan abstrak utk menyelesaikan masalah yangkonkrit (cth: menunjukkan cara).4 .Aras analisis-Menaakul sebab dan musebab,meleraikan sesuatu komunikasi kepada bahagian,menjelaskan organisasi sesuatu komunikasi (cerakinkan, asingkan &membahagikan).5 .Aras sintesis-membentuk sesuatu yang baharu.6. Aras penilaian-membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.

5. Bagaimanakah anda mampu menentukan bilangan item soalan bagi setiap topik? Tunjukkan cara pengiraan atau perhitungan yang mudah.

Cara untuk menentukan bilangan item soalan bagi setiap topic melalui kiraan mudah. PAGE