pembinaan soalan jsu

37
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) TT00503 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN INDIVIDU JSU NAMA PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SUHAIMI TAAT NAMA PELAJAR NO. MATRIK 1

Upload: azlan-azmi

Post on 16-Sep-2015

689 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Pembinaan soalan JSU

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAHFAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKANPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

TT00503PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDUJSU

NAMA PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SUHAIMI TAAT

NAMA PELAJARNO. MATRIK

1. SITI JUBAIDAH BINTI MADJABILCT12110140

1. PENDAHULUAN

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu blue print yang dapat membantu guru-guru menyediakan soalan-soalan ujian mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan untuk menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan yang tinggi. Oleh itu, setiap ujian yang disediakan oleh guru memerlukan perancangan yang rapi. JSU mengenal pasti objektif dan kemahiran yang akan diuji dan pemberatan yang akan diberikan kepada setiap kemahiran. JSU juga memberi gambaran tentang jumlah soalan serta aras kemahiran dalam satu ujian. Justeru itu, guru-guru perlu mereka sebuah JSU sebelum membina item-item soalan dalam sebuah ujian. JSU biasanya mengandungi bilangan soalan yang mengikut aras kesukaran soalan berdasarkan Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian yang akan diuji.

2.PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN(JSU).

JSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom ialah satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid mengikut penyoalan aras rendah kepada penyoalan aras tinggi. Kesemua tahap perlu diberi penekanan. Dengan itu, guru seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan untuk setiap tahap.

Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk mempunyai lebih banyak isi daripada tajuk lain. Oleh itu, lebih banyak butiran perlu disediakan untuk tajuk tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk meningkatkan kesahan penilaian. JSU seharusnya mengandungi data yang berikut, iaitu jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan.

Rajah 2.1 :Peringkat-Peringkat Taksonomi BloomSecara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian : item aras rendah (menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian). Adalah penting mengambil perhatian bahawa item beraras tinggi bukanlah item sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi berkehendakkan calon menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau kemahiran yang dipilih akan diuji harus padan dengan objektif ujian dan perkembangan kognitif pelajar. Walaubagaimana pun, item-item yang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.

3. TUJUAN UJIANUjian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).Ujian juga bertujuan mengesan penguasaan, kemajuan dan pencapaian pelajar tentang sesuatu bidang pelajaran. Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan dan kegagalan pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka.Berdasarkan ujian berbentuk soalan objektif dan subjektif yang telah disediakan berpandukan sukatan pelajaran ialah bertujuan supaya pelajar dapat menguasai objektif atau hasil pembelajaran dan menguasai tajuk pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang telah diajar.

3.1 Ujian Objektif dan Ujian SubjektifDi dalam sekolah, pelbagai jenis ujian digunakan untuk membuat penilaian, sama ada penilaian formatif atau sumatif. Terdapat beberapa jenis ujian yang biasa digunakan dalam sekolah. Salah satunya ialah ujian objektif yang merupakan ujian kertas-pensel. Ujian ini disediakan dalam dua bentuk ,iaitu item respons bebas yang memerlukan jawapan ringkas dan item respons tetap yang memerlukan pelajar memilih jawapan daripada gerak balas yang diberi. Ujian ini menguji kefahaman dan kebolehan calon tentang aspek pelajaran formal. Ianya mempunyai ciri keesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan yang tinggi serta boleh menguji banyak topik secara meluas. Pemeriksaan ujian ini mudah diperiksa tetapi sukar dibina. Soalan ini berbentuk soalan lengkapan betul/ salah, padanan, pengkelasan dan aneka pilihan. Bagi ujian subjektif pula, terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan jawapan berbentuk ayat atau esei. Ianya menguji kemahiran pelajar menggunakan bahasa untuk menyusun idea atau fakta. Ujian ini mempunyai ciri kemudahtadbiran yang tinggi dan boleh menguji topik secara terhad. Pemeriksaan soalan ini sukar diperiksa tetapi mudah dibina . Soalan ini berbentuk lengkapan, berstruktur, berpandu dan pernyataan.

4. LANGKAH PEMBINAAN ITEM/UJIAN.Terdapat lima langkah am pembinaan item ujian iaitu:i. Menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dengan mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis dan bilangan soalan. Penyediaan JPU bertujuan supaya item-item ujian yang dibina mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran.ii. Menulis item ujian dengan memilih jenis item seperti item beraneka pilihan, item mengisi tempat kosong, item berjawapan pendek dan sebagainya. iii. Menyemak item ujian supaya arahan menjawab soalan dan setiap soalan adalah tepat dengan bahasa yang mudah difahami, soalan mencukupi dan seimbang dari segi kandungan serta objektif pengajaran , soalan tidak mengandungi petanda kepada jawapan yang dikehendaki.iv. Menilai item ujian dengan semakan oleh pembinanya dan dinilai oleh pakar mata pelajaran supaya item-item tersebut mudah difahami, mengandungi maklumat yang cukup, v. Jawapan yang diberikan oleh penulis mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

4. i) JADUAL PENENTUAN UJIAN (SOALAN OBJEKTIF)

MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 1SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU.

TEMAZaman Kesultanan Melayu Melaka

TAJUK

ARAS KESUKARAN

Bab 4: PengasasanKesultanan Melayu

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI

ANALISIS

SINTESIS

PENILAIAN

BILSOALAN

MelakaMPSMPSMPSMPSMPSMPS

4.1 Pengasas Kesultanan Melayu Melaka112 4

4.2 Asal-usul Nama Melaka111115

4.3 Kegigihan Parameswara Membina atau Membangunkan Melaka

1

1

1

2

1

6

Bil Aras Mudah2

13

Bil Aras Pertengahan1

2211119

Bil Aras Sukar1

23

Jumlah Soalan211

1221121115

Bl Peratus13.36.76.7

6.713.313.36.76.713.36.76.7100

ii) JADUAL PENENTUAN UJIAN (SOALAN SUBJEKTIF)

MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 1SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU

TEMAZaman Kesultanan Melayu MelakaTAJUK

ARAS KESUKARAN

Bab 4: PengasasanKesultanan Melayu MelakaPENGETA -HUANKEFAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESIS/PENILAIANBIL SOALAN

MPSMPSMPSMPSMPS

4.1 Pengasas Kesultanan Melayu Melaka112

4.2 Asal-usul Nama Melaka11

4.3 Kegigihan Parameswara Membangunkan atau Membina Melaka112

Bil Aras Mudah11

Bil Aras Pertengahan11114

Bil Aras Sukar

Jumlah Soalan111115

Bil Peratus(%)2020202020100%

Aras item yang dibina adalah merujuk kepada Taksonomi Bloom (1956). Bagi ujian ini, saya telah membina Jadual Penentuan Ujian yang terdiri daripada 6 aras kognitif seperti berikut Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis/Penilaian

5.SPESIFIKASI ITEMBagi menyediakan tugasan ini, saya telah menyenaraikan sebanyak 20 soalan untuk perincian item iaitu item aras mudah, item aras pertengahan dan item aras sukar bagi soalan objektif dan soalan subjektif.i) Soalan Objektif1.Nombor Item : 1 Tajuk : Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Sub tajuk: : i.Kedatangan Parameswara Objektif Soalan : Memerihalkan peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Aras soalan : Mudah Item No 1 : 1.Maklumat berikut berkaitan dengan pengikut Parameswara.Mereka merupakan pengikut setiaParameswara dan telah bersama-sama membangunkan Melaka

Siapakah mereka dalam maklumat tersebut? A Orang Siam B Orang Laut C Orang Majapahit D Orang Sumatera Aras : Pengetahuan,H.P-1.3 (Aras 1(i))2. Nombor Item : 2 Tajuk : Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk : i. Kedatangan Parameswara Objektif : Menceritakan asal usul nama Melaka Aras soalan : Pertengahan

Item No.2 : Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan kewujudan pokok bakau dan pokok api-api? A Ketabahan B Keberanian C Kesyukuran D Kebanggaan(Aras : Kefahaman, H.P-1.3 (Aras 1(i) )3.Nombor Item : 3 Taju : Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk : i. Kedatangan Parameswara Objektif : Menceritakan asal usul nama Melaka Aras soalan : Pertengahan

Item No. 3 : Bagaimanakah keadaan Melaka semasa Parameswara dan pengikut- pengikutnya tiba di sana? A Pelabuhan entrepot B Kerajaan yang kuat C Perkampungan nelayan D Kerajaan naungan Siam

(Aras : Kefahaman, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: i.Kedatangan Parameswara Objektif : Memerihalkan peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Aras soalan: Pertengahan

Item No. 4: Bagaimanakah Parameswara dapat menguasai Temasik? A Membunuh Temagi B Berpakat dengan Temagi C Mengadakan persahabatan dengan Siam D Membina kubu pertahanan di pulau berhampiran

(Aras :Kefahaman , H.P-1.3 (Aras 1(i) )

5.Nombor Item: 5 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: iii.Parameswara membina Melaka Objektif : Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka. Aras soalan :Sukar

Item No. 5 Budak raja Budak kundang Juak-juak

Senarai di atas berkaitan dengan satu jawatan dalam pemerintahan Parameswara. Jawatan yang dimaksudkan ialah A bentara B biduanda C pembesar Melayu D penghulu bendahari (Aras : Aplikasi,H.P 1.3,Aras 2(iii))

6. 6.Nombor Item: 6 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: iii.Parameswara membina Melaka Objektif : Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka Aras soalan : Sukar

Item No.6: Apakah faktor yang menyebabkan Kerajaan Siam dan Majapahit tidak lagi mengancam Kerajaan Melaka? A Kekuatan ikatan konsep daulat B Kekuatan angkatan laut Melaka C Hubungan Melaka dengan China D Melaka menjadi negeri naungan Siam

(Aras :Analisis , H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

7.Nombor Item: 7 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: ii.Asal-usul Melaka Objektif : Menceritakan asal usul nama Melaka Aras soalan : Pertengahan

Item No.7:Sumber X

* Pelanduk* Pokok Melaka

Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah asal-usul negeri Melaka. Apakah X? A Mitos Hindu B Sumber Arab C Sejarah Melayu D Kamus Malaysiana (Aras :Pengetahuan, H.P-1.3 (Aras 1(ii) )8.Nombor Item:8 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: ii.Asal-usul Melaka Objektif :Menceritakan asal-usul nama Melaka Aras soalan :Mudah Amalaka Pelanduk

Item No.8 :

Senarai di atas berkaitan dengan asal-usul A nama Melaka B penduduk Melaka C pemerintah Melaka D kegiatan perdagangan(Aras :Kefahaman , H.P-1.3 (Aras 1(ii) )

9.Nombor Item: 9 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: ii.Asal-usul Melaka Objektif : Menceritakan asal usul nama Melaka Aras soalan :Pertengahan

* Pelanduk menendang anjing perburuan * Pelanduk mengalahkan anjing

Item No. 9

Peristiwa di atas pernah disaksikan oleh Parameswara di satu kawasan di Melaka. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? A Parameswara menjadikan tempat tersebut sebagai pusat ternakan B Parameswara memilih kawasan tersebut sebagai tapak kerajaan C Parameswara menamakan lokasi tersebut mengikut nama binatang D Parameswara menggunakan lokasi tersebut untuk melatih tentera

(Aras :Sintesis , H.P-1.3 (Aras 1 ( ii) )

10.Nombor Item: 10 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: ii.Asal-usul Melaka Objektif :Menceritakan asal-usul nama Melaka Aras soalan :Mudah

Item No.10:Perkataan Malakat merujuk kepada nama Melaka dalam bahasa Arab .Apakah maksud perkataan tersebut? A Pelabuhan entrepot B Perhimpunan segala dagang C Pusat perdagangan yang maju D Perkampungan yang aman damai

(Aras :Pengetahuan , H.P-1.3 (Aras 1(ii) )

11.Nombor Item: 11 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: iii.Parameswara membina Melaka Objektif : Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka Aras soalan:Pertengahan

Item No. 11: Apakah sumber yang boleh dikaitkan dengan petikan berikut?rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya,jikalau tiada akar , nescaya pohon tidak akan dapat berdiri

A Sejarah Melayu B Hikayat Hang Tuah C Sejarah Alam Melayu D Hukum Kanun Melaka (Aras :Pengetahuan , H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

12.Nombor Item: 12 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: iii.Parameswara membina Melaka Objektif :Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka Aras soalan :Sukar

Item No. 12: Parameswara telah menjalankan pelbagai langkah untuk membangunkan negeri Melaka. Langkah yang dimaksudkan di atas ialah.. I menjamin keselamatan negeri II menyediakan kemudahan pelabuhan III mendapatkan pengiktirafan daripada China IV memansuhkan sistem cukai perdagangan A I, II dan III B I, II dan IV C I, II dan IV D II, III dan IV (Aras :Analisis , H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

13.Nombor Item:13 Tajuk:Bab 4 pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: iii.Parameswara membangunkan Melaka Objektif :Menerangkan tindakan Parameswara membina Melaka Aras soalan :Pertengahan Item No.13: Kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian kepada Parameswara. Apakah kepentingan pengurniaan tersebut? A Perluasan kuasa B Pertukaran budaya C Penghapusan lanun D Pengiktirafan pemerintah

(Aras :Penilaian , H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

14.Nombor Item: 14 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: i. Kedatangan Parameswara Objektif :Memerihalkan peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Aras soalan :Mudah

Item No. 14: Maklumat berikut berkaitan dengan Kerajaan MelakaAbad ke-14Abad ke-15

Perkampungan nelayanPusat perdagangan antarabangasa

Apakah faktor yang menyumbang kepada pembangunan Melaka? A Bentuk muka bumi B Kekayaan hasil bumi C Bantuan kerajaan asing D Kebijaksanaan pemimpin

(Aras : Analisis, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

15.Nombor Item:15 Tajuk:Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk : i.Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Objektif : Membuat justifikasi pemilihan Melaka sebagai sebuah kerajaan Aras soalan :Sukar

Item No. 15:Mengapakah Perameswara memilih Melaka untuk mendirikan sebuah kerajaan baru? I Tempat laluan kapal II Tanah yang subur III Bebas daripada ancaman musuh IV Terlindung daripada tiupan angin monsun

A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

(Aras : Analisis, H.P-1.3 , Aras 3(i) )ii. Soalan Subjektif1.Nombor Item: 1 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: i.Kedatangan Parameswara Objektif: Memerihalkan peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Aras soalan: Mudah Item No.1:Siapakah pengasas Kerajaan Melaka?

________________________________________________________ (Aras 1 : Pengetahuan, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

2.Nombor Item: 2 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: i.Kedatangan Parameswara Objektif: Menceritakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka Aras soalan: Pertengahan Item No.2: Nyatakan lokasi-lokasi yang pernah disinggahi oleh Parameswara sebelum tiba di Melaka dan susun mengikut urutan yang betul.

______________________________________________________

(Aras 1 : Kefahaman, H.P-1.3 (Aras 1(i) )

3.Nombor Item: 3 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: iii.Parameswara membina Melaka Objektif: Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka Aras soalan: Sukar

Item No.3: Apakah sumbangan Orang Laut terhadap Kerajaan Melaka? ___________________________________________________ (Aras :Analisis, H.P-1.3 (Aras 2(iii) )

4.Nombor Item : 4 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: iii.Parameswara membina Melaka Objektif: Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka Aras soalan:Sukar

Item No.4: Mengapakah hubungan Kerajaan Melaka dan Kerajaan China penting kepada Melaka ? ________________________________________________________(Aras :Analisis , H.P-1.3 Aras 2(iii) )

5 .Nombor Item: 5 Tajuk: Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Subtajuk: iii.Parameswara membina Melaka Objektif: Membuat inferens tentang kepentingan sifat kepemimpinan dalam pentadbiran negara Aras soalan: Pertengahan Item No.5: Pada pendapat anda , apakah ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Parameswara?

______________________________________________________

(Aras :Penilaian , H.P-1.3 (Aras 3(iii)

NAMA :_____________________________

KELAS:_____________________________

Soalan Ujian Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 1 Bab 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Soalan Objektif

Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A,B,C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai dan tepat.

1.Maklumat berikut berkaitan dengan pengikut Parameswara.Mereka merupakan pengikut setiaParameswara dan telah bersama-sama membangunkan Melaka

Siapakah mereka dalam maklumat tersebut? A Orang Siam B Orang Laut C Orang Majapahit D Orang Sumatera

2. Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan kewujudan pokok bakau dan pokok api-apiDi Melaka? A Ketabahan B Keberanian C Kesyukuran D Kebanggaan

3.Bagaimanakah keadaan Melaka semasa Parameswara dan pengikut-pengikutnya tiba di sana? A Pelabuhan entrepot B Kerajaan yang kuat C Perkampungan nelayan D Kerajaan naungan Siam

4.Bagaimanakah Parameswara dapat menguasai Temasik? A Membunuh Temagi B Berpakat dengan Temagi C Mengadakan persahabatan dengan Siam D Membina kubu pertahanan di pulau berhampiran

5. Budak raja Budak kundang Juak-juak

Senarai di atas berkaitan dengan satu jawatan dalam pemerintahan Parameswara. Jawatan yang dimaksudkan ialah A Bentara B Biduanda

C Pembesar Melayu D Penghulu bendahari

6. Apakah faktor yang menyebabkan Kerajaan Siam dan Majapahit tidak lagi mengancam Kerajaan Melaka? A Kekuatan ikatan konsep daulat B Kekuatan angkatan laut Melaka C Hubungan Melaka dengan China D Melaka menjadi negeri naungan Siam

Sumber X

* Pelanduk * Pokok Melaka

7.Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah asal-usul negeri Melaka. Apakah X?A Mitos HinduB Sumber ArabC Sejarah MelayuD Kamus Malaysiana

Amalaka Pelanduk

8.

Senarai di atas berkaitan dengan asal-usul A nama Melaka B penduduk Melaka C pemerintah Melaka D kegiatan perdagangan

3

*Pelanduk menendang anjing perburuan

*Pelanduk mengalahkan anjing

9.

Peristiwa di atas pernah disaksikan oleh Parameswara di satu kawasan di Melaka. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? A Parameswara menjadikan tempat tersebut sebagai pusat ternakan B Parameswara memilih kawasan tersebut sebagai tapak kerajaan C Parameswara menamakan lokasi tersebut mengikut nama binatang D Parameswara menggunakan lokasi tersebut untuk melatih tentera

10.Perkataan Malakat merujuk kepada nama Melaka dalam bahasa Arab. Apakah maksud perkataan tersebut? A Pelabuhan entrepot B Perhimpunan segala dagang C Pusat perdagangan yang maju D Perkampungan yang aman damai

11. Apakah sumber yang boleh dikaitkan dengan petikan berikut? rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya,jikalau tiada akar , nescaya pohon tidak akan dapat berdiri

A Sejarah Melayu B Hikayat Hang Tuah C Sejarah Alam Melayu D Hukum Kanun Melaka

12. Parameswara telah menjalankan pelbagai langkah untuk membangunkan negeri Melaka. Langkah yang dimaksudkan di atas ialah.. I menjamin keselamatan negeri II menyediakan kemudahan pelabuhan III mendapatkan pengiktirafan daripada China IV memansuhkan sistem cukai perdagangan A I, II dan III B I, II dan IV C I, II dan IV D II, III dan IV

13. Kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian kepada Parameswara Apakah kepentingan pengurniaan tersebut? A Perluasan kuasa B Pertukaran budaya C Penghapusan lanun D Pengiktirafan pemerintah

14.Maklumat berikut berkaitan dengan Kerajaan Melaka.

Abad ke-14Abad ke-15

Perkampungan nelayanPusat perdagangan antarabangasa

Apakah faktor yang menyumbang kepada pembangunan Melaka? A Bentuk muka bumi B Kekayaan hasil bumi C Bantuan kerajaan asing D Kebijaksanaan pemimpin

15. Mengapakah Perameswara memilih Melaka untuk mendirikan sebuah kerajaan baru. I Tempat laluan kapal II Tanah yang subur III Bebas daripada ancaman musuh IV Terlindung daripada tiupan angin monsun

A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

Soalan Subjektif

Bab 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan yang betul.

1.Siapakah pengasas Kerajaan Melaka?

2. Nyatakan lokasi-lokasi yang pernah disinggahi oleh Parameswara sebelum tiba di Melaka dan susun mengikut urutan yang betul.

3. Apakah sumbangan Orang Laut terhadap Kerajaan Melaka?

4. Mengapakah hubungan Kerajaan Melaka dan Kerajaan China penting kepada Melaka ?

5. Pada pendapat anda , apakah ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Parameswara?

SKEMA JAWAPAN UJIAN SEJARAH TINGKATAN 1

Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF

1. B2. C3. C4. A5. B6. C7. C8, A9. B10.B11.A12.A13.D14.D15.D

JAWAPAN SOALAN SUBJEKTIF

1. Pengasas Kerajaan Melaka ialah Parameswara2. Palembang, Temasik, Muar, Sening Ujung, Bertam, Melaka3. Menjaga keselamatan pedagang4. Melaka dilindungi oleh Kerajaan China 5. Keyakinan dan kegigihan membangunkan Melaka / bijak mengatur strategi pemerintahan

6. PENUTUP

JSU berperanan penting untuk membina soalan ujian dan peperiksaan. Individu atau mereka yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada uijan yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemulihan, pengkelasan atau bimbingan.Oleh itu, penekanan yang sewajarnya perlu diberi perhatian terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian supaya kualiti soalan dan pengurusan carta pentadbiran ujian dan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

RUJUKAN

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah.Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka.Pusat Perkembangan Kurikulum.(1996).Penilaian Kendalian Kementerian Pendidkan Malaysia.

Mook Soon Sang.(2003).Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Selangor.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.