penghargaan jsu berserta contoh soalan

33
PENGHARGAAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana kami panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya, kami telah berjaya menyiapkan kerja kursus bagi matapelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3103) ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu bemula 24 Januari 2014 hingga 7 Mac 2014. Pada peringkat awal, semasa dah akhir sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini disiapkan, kami telah menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran, namun kami tetap berfikiran positif dan tidak mudah mengalah, sebaliknya kami menjadikan masalah dan situasi tersebut sebagai cabaran sebagai titik tolak untuk kami berusaha dengan lebih baik lagi dalam menjayakan pelaksanaan kerja kursus ini. Sekalung perhargaan terima kasih dan kami coretkan buat Puan Sarimah Binti Awang selaku pensyarah bagi matapelajaran BMM 3103 ini atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang berterusan sepanjang kami menjalankan kerja kursus ini. Kami pasti jika tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang beliau berikan, nescaya kami tidak akan dapat melaksanakan dan menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna. Sekalung penghargaan juga kami nukilkan buat rakan seperjuangan atas kesudian berkongsi maklumat dan bertukar pendapat serta idea bernas untuk memantapkan lagi kerja khusus yang dihasilkan ini.. Akhir kata, tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam pelaksaan kerja kursus ini. Terima kasih kepada semua pihak kerana ilmu, perngorbanan, jasa dan akhlak mampu menghasilkan sesuatu yang baharu untuk generasi akan datang dengan izin daripada Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. 1

Upload: kak-ana

Post on 24-Nov-2015

179 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

aaaaa

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana kami panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya, kami telah berjaya menyiapkan kerja kursus bagi matapelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3103) ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu bemula 24 Januari 2014 hingga 7 Mac 2014. Pada peringkat awal, semasa dah akhir sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini disiapkan, kami telah menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran, namun kami tetap berfikiran positif dan tidak mudah mengalah, sebaliknya kami menjadikan masalah dan situasi tersebut sebagai cabaran sebagai titik tolak untuk kami berusaha dengan lebih baik lagi dalam menjayakan pelaksanaan kerja kursus ini.

Sekalung perhargaan terima kasih dan kami coretkan buat Puan Sarimah Binti Awang selaku pensyarah bagi matapelajaran BMM 3103 ini atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang berterusan sepanjang kami menjalankan kerja kursus ini. Kami pasti jika tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang beliau berikan, nescaya kami tidak akan dapat melaksanakan dan menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna. Sekalung penghargaan juga kami nukilkan buat rakan seperjuangan atas kesudian berkongsi maklumat dan bertukar pendapat serta idea bernas untuk memantapkan lagi kerja khusus yang dihasilkan ini..

Akhir kata, tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam pelaksaan kerja kursus ini. Terima kasih kepada semua pihak kerana ilmu, perngorbanan, jasa dan akhlak mampu menghasilkan sesuatu yang baharu untuk generasi akan datang dengan izin daripada Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran merupakan salah satu cabang yang sangat penting yang perlu diketahui oleh guru dalam membuat penilaian tahap penguasaan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankannya. Secara umumnya, kita dapat mengetahui bahawa pentaksiran merupakan satu daripada komponen yang amat penting dalam pembelajaran. Pentaksiran dalam pembelajaran merupakan suatu langkah membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu standard atau piawaian yang dilakukan secara berterusan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini disokong oleh Cizek (1993) dalam Bhasah Abu Bakar (2003) yang mengatakan bahawa pentaksiran haruslah bermula dari peringkat akar umbi iaitu bermula dari hari pertama persekolahan dan berterusan sehingga keputusan tentang penggredan bagi seseorang murid dapat dilakukan (Bhasah Abu Bakar, 2003:6).

Pentaksiran ditakrifkan sebagai suatu proses mengumpul data yang bertujuan untuk membuat penilaian terhadap seseorang individu atau sesuatu kumpulan (Bhasah Abu Bakar, 2003:6). Secara pemahaman yang ringkas, pentaksiran adalah suatu proses mengukur tahap kecekapan bagi mengenal pasti sama ada tahap kecekapan dan penguasaan yang perlu dikuasai telah dapat dikuasai atau tidak.

Menurut Conner (1991) dan Brown (1990), mereka berpendapat bahawa pentaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan maklumat mengenai kemajuan serta pencapaian murid yang dididik. Namun begitu, sebelum guru mendapatkan maklumat-maklumat tersebut, guru perlulah menjalankan pengukuran. Berdasarkan dapatan inilah barulah guru dapat mengenalpasti sejauh mana tahap penguasan dan kemajuan muridnya. Pengukuran adalah suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana murid memiliki ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Berdasarkan keterangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa pengukuran adalah langkah menentukan sejauh manakah seseorang murid itu dapat menguasai atau memiliki ciri-ciri seperti yang ingin diukur.

Terdapat lima kaedah pentaksiran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam menjalankan pentaksiran. Kaedah-kaedah tersebut adalah, kaedah Portfolio, Kaedah Pertimbangan Profesional, Kaedah Pemerhatian, Kaedah Penulisan dan Kaedah Lisan (Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2012:3-4).

Pentaksiran dilakukan atas beberapa tujuan antaranya, untuk mengukur kebertanggungjawaban, untuk tujuan pensijilan, untuk menjalankan proses pemulihan dan untuk memberi motivasi kepada murid (Bhasah Abu Bakar, 2003: 7-8). Dalam konteks persekolahan pula, pentaksiran dijalankan dengan tujuan untuk mendapat gambaran tentang prestasi murid dalam pembelajarannya. Hal ini kerana, dengan adanya maklumat prestasi murid, guru akan dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan pengajarannya dan juga sejauh mana pengusaan muridnya. Perkara ini jelas bersangkut-paut dengan tujuan utama pentaksiran iaitu untuk mengukur kebertanggungjawaban (keberkesanan pengajaran guru) dan juga untuk tujuan pensijilan (tahap penguasaan murid).

Di samping itu, pentaksiran di sekolah dan bilik darjah juga bertujuan memudahkan guru merangka rancangan pengajaran harian. Dengan adanya pentaksiran, guru akan dapat mengenalpasti tahap keupayaan muridnya dan maklumat inilah yang akan digunakan untuk merangka rancangan pengajaran harian yang sesuai dengan keupayaan murid. Dengan ini, murid akan dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan mudah kerana isi pelajaran sesuai dengan tahap keupayaan kognitif mereka.

Bagi ciri pula, pentaksiran yang baik perlulah memiliki beberapa ciri seperti kesahan skor, kebolehpercayaan skor, keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprensifan. Ciri-ciri ini penting kerana melalui kita akan dapat membuat penghakiman dan penggredan yang tepat serta jitu. Penerangan bagi setiap ciri adalah seperti berikut:

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pentaksiran adalah suatu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penggredan atau penghakiman berdasarkan pengukuran yang telah dijalankan. Penggredan dan penghakiman ini adalah bergantung pada tahap pencapaian murid atau seseorang yang diukur. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pentaksiran merupakan suatu kompenen pendidikan yang amat penting kerana melaluinya guru dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid, sejauh mana keberkesanan pengajaran, mengetahui tahap keupayaan murid dan memudahkan guru merangka isi pelajaran untuk diajarkan kepada murid.

1.2 KONSEP PENGUJIAN

Pengujian dari segi istilahnya diertikan sebagai perihal menguji atau pemeriksaan. (2010:1758). Dengan bahasa mudahnya, pengujian ini dapat diertikan sebagai suatu langkah untuk mengetahui sesuatu melalui ujian ataupun pemeriksaan berdasarkan objektif tertentu.

Dari segi konseptualnya, Cronbach (1970) dalam Azizi Ahmad et al(2008), mentakrifkan pengujian sebagai suatu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu atau murid bagi membuat huraian dengan bantuan skala bernombor, atau suatu sistem yang berkategori. Pendapat ini turut disokong oleh Milagros (1981) yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menyatakan ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Oleh yang demikian, dalam bahasa lebih mudahnya, pengujian dapat diterjemahkan sebagai suatu langkah untuk membuat huraian atau pemarkahan murid berdasarkan perubahan tingkah laku dan perlakuan yang ditunjukkan oleh murid.

Tuan Jah Tuan Yusof et al (2012) yang menyatakan pengujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang mengkehendaki murid memberi satu set tindak balas atau respon (Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2012:4). Berdasarkan maklumat dari tindak balas dan respon inilah guru akan dapat membuat penilaian atau pengadilan terhadap muridnya. Perkara ini turut diterangkan oleh Menurut Sax (1989) dalam Bhasah Abu Bakar (2003), pengujian adalah satu set tugasan yang digunapakai untuk menjalankan satu pemerhatian yang sistematik yang mana tugasan tersebut akan dijadikan perwakilan bagi trait pendidikan atau atribut yang dikehendaki.

Setiap perkara pasti memiliki sebab mahupun tujuannya dan begitulah juga dengan pengujian. Antara tujuan pengujian dijalankan adalah untuk mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperoleh, mengesan kemahiran dan pengusaan sedia ada murid sebelum pengajaran dan juga untuk membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan (Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2012:4).

Tuntasnya, pengujian adalah satu kaedah penghakiman tingkah laku yang dilakukan secara bersistem sama ada dalam bentuk set tugasan ataupun melihat daripada aspek kualitatif perlakuan seseorang murid atau individu. Penghakiman ini dilakukan berdasarkan maklumat atau tindak balas dalam perlakuan seseorang murid itu sendiri. Hasil atau dapatan pengujian adalah bergantung kepada perlakuan dan tindak balas seseorang yang dinilai itu sendiri. Sebagai contoh, jika positif perlakuannya, maka baiklah penghakiman yang dilakukan terhadapnya dan jika sebaliknya, maka negatiflah penghakiman terhadapnya. Maklumat daripada dapatan ini kemudiannya akan digunakan untuk menentukan kategori atau skala penghakiman kepada individu yang dinilai itu. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pengujian merupakan suatu alat ukur yang amat penting dalam pendidikan kerana melaluinya pendidik akan dapat mengenalpasti mengesan perubahan muridnya sesuai dengan tujuan pengujian itu sendiri.

1.3 KONSEP PENILAIAN

Penilaian merupakan suatu konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang yang mempunyai matlamatnya tersendiri. Dengan adanya penilaian, kita akan dapat membuat anggaran sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Dalam erti kata lainnya, penilaian dijadikan sebagai satu indikator atau alat ukur untuk melihat sama ada objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai ataupun tidak.

Selain itu, Gay (1985) yang dipetik dari Bhasah Abu Bakar (2003) menyatakan penilaian sebagai suatu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat. Pendapat ini turut disokong oleh Tuan Jah Tuan Yusof et al (2012) yang menerangkan penilaian sebagai suatu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan prestasi (Tuan Jah Tuan Yusof et al, 2012:5). Secara ringkasnya, penilaian dapat diterangkan sebagai satu proses untuk mengukur, menguji serta membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran berdasarkan objektif yang telah dirangka. Dalam pada itu, penilaian juga dianggap sabagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Sebagai contoh, dalam pengajaran kemahiran bahasa, penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut merupakan satu daripada masalah yang boleh diselesaikan melalui aktiviti penilaian.

Kesimpulannya, penilaian merupakan suatu proses yang bersistem untuk mengetahui status objek atau murid yang dinilai. Penentuan status ini adalah berdasarkan tahap penguasaan atau sejauh mana objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai atau sebaliknya.

2.0 TAKSONOMI BLOOM

Istilah Taksonomi merujuk kepada kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu (2010: ). Dari sudut pandangan sains pula, Websters New Collegiate Dictionary (1953) pula mendefinisikan taksonomi sebagai pengelasan, lebih-lebih lagi pengelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan mengikut perkaitan-perkaitan semula jadi. Pengertian ini yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Webster ini adalah saling berkait kerana, kedua-duanya mengatakan bahawa taksonomi sebagai pengelasan organisma hidup yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. Berdasarkan kata kunci pengelasan ini dapat disimpulkan bahawa taksonomi adalah perihal mengelaskan iaitu membuat klasifikasi dengan pembahagian atau pengasingan berdasarkan kepada tingkatan atau peringkat tertentu.

Bagi Taksonomi Bloom yang disediakan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956, taksonomi ini adalah khusus untuk domain kognitif yang berbentuk hierarki dari yang mudah kepada yang kompleks. Hierarki ini bermula dari kemahiran mengingat hingga kepada kemahiran membuat sesuatu penilaian (Bhasah Abu Bakar, 2003:58). Hierarki ini jelas menunjukkan pemeringkatan peringkat-peringkat tertentu selaras dengan pentakrifan istilah taksonomi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Webster. Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom semakan Aderson (2001) terdiri daripada mengingat, memahami, mengaplikasikan, menganalisiskan, menilai dan mencipta.

Idea pengelasan mengikut peringkat ini telah diilhamkan dalam suatu mesyuarat tidak rasmi pada Konvensyen Persatuan Psikologi Amerika di Boston pada tahun 1948. Susun atur pengelasan tersebut adalah mengikut perkembangan daripada mudah kepada yang lebih sukar. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu mengembangkan pemikiran atau kognitif murid ke arah yang diinginkan berdasarkan objektif pendidikan itu sendiri.

Penguasaan bagi setiap peringkat adalah bergantung pada penguasaan peringkat sebelumnya. Sebagai contoh, sebelum seseorang murid itu menguasai peringkat atau kemahiran mengsintesis, murid tersebut perlulah kompeten dalam tahap sebelumnya iaitu menguasai kemahiran menganalisis. Hal ini ditegaskan oleh Benjamin S. Bloom dalam bukunya Taxonomy Of Educational Objectives (1956) yang dipetik dari Noor Rohana Mansor (2009) yang menyatakan penguasaan tingkah laku dalam setiap kategori adalah perlu sebelum menguasai tingkah laku dalam kategori-kategori berikutnya (Noor Rohana Mansor, 2009:51-52).

2.1 MengingatPengetahuan merujuk kepada proses mengingat kembali. Justeru, soalan yang dibina pada peringkat ini perlulah berfokus kepada proses mengingat. Soalan pada aras ini mengkehendaki murid mengingat kembali fakta, istilah, teori, definisi, hukum, tarikh, peristiwa dan mengenal idea serta strategi untuk menyelesaikan masalah.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Definisikan

Padankan

Kenalpasti

Terangkan

Huraikan

Gariskan

Tuliskan

Namakan

Labelkan

Pilih

Nyatakan

2.2 MemahamiMemahami merujuk kepada kemahiran memahami sesuatu perkara. Oleh yang demikian, soalan pada peringkat ini adalah berfokus pada kemahiran memahami sesuatu perkara. Pada peringkat ini murid diuji dari segi pemahamannya terhadap apa yang telah dipelajari serta diminta memberikan alasan, pendapat atau hujah yang menyokong jawapannya. Selain itu, murid juga diminta untuk menterjemahkan atau menyatakan semula apa yang telah dinyatakan, melihat penyambungan, pertalian, atau perkaitan antara bahagian-bahagian dalam sebuah komunikasi. Disamping itu, murid turut diminta untuk merumuskan atau membuat inferen berdasarkan maklumat yang diberikan. Dalam bahasa mudahnya, murid perlulah mahir menterjemah, mentafsir, merumus dan mahir dalam membuat inferen.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Tukarkan

BTerangkan

Generalisasikan Anggarkan Asingkan

Ramalkan Rumuskan Bezakan Parafrasakan

2.3 MengaplikasiMengaplikasi merujuk kepada penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dalam situasi khusus dan situasi am. Pada peringkat ini, murid akan diuji dari aspek pengaplikasian atau penggunaan pengetahuan dan kefahamannya dalam menangani situasi baharu kepada mereka. Soalan pada peringkat ini memerlukan murid menggunakan maklumat yang telah didapati daripada suatu situasi dan digunakan dalam situasi yang berbeza dari apa yang telah dipelajari. Antara perkara yang boleh diaplikasikan oleh murid adalah seperti konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur, generalisasi dan formula.Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Tukarkan

Demonstrasikan

Pindahkan

Gunakan

Selesaikan

Operasikan

Tunjukkan

Organisasikan

Hubungkan

Kembangkan

Hasilkan

Kirakan

Modifikasikan

Sediakan

2.4 MenganalisisMenganalisis merujuk kepada daya kreativiti untuk menganalisis sesuatu perkara. Oleh yang demikian, soalan pada peringkat ini adalah berfokus pada cara mengenalpasti pertalian antara idea, mencari persamaan atau perbezaan yang wujud. Murid perlu memahami perkara yang dianalisis khususnya isu atau idea utama yang diketengahkan kerana soalan pada peringkat ini adalah untuk menguji kebolehan murid tentang bagaimana mereka dapat memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan mengenalpasti tentang hubungkait antara bahagian-bahagian berkenaan.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Tunjukkan

Pecahkan

Bezakan

Gambar kisahkan

Bahagikan

Garis kasarkan

Simpulkan

Asingkan

Pilih

Kesimpulan

2.5 MenilaiMenilai merujuk kepada keupayaan untuk menggabungkan komponen-komponen kecil kepada bentuk baharu. Sehubungan itu, soalan pada peringkat ini lebih berfokus kepada pengumpulan unsur serta bahagian tertentu bagi menunjukkan pola atau struktur yang jelas dan nyata. Hal ini memerlukan murid untuk mengumpul dan seterusnya menyatukan maklumat, pengetahuan, dan kebolehan daripada bahagian-bahagian yang telah dipelajari kerana soalan pada aras ini mengkehendaki murid untuk menyelesaikan masalah yang luar biasa dengan cara yang unik atau menyatukan semula semua bahagian menjadi sesuatu jawapan yang baharu dan unik.Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Kategorikan

Bentukkan

Rekakan

Ciptakan

Tulis semulakan

Susunkan Rumuskan Fikirkan Formulatkan

2.6 MenciptaMencipta merujuk kepada kemahiran membuat keputusan yang munasabah. Oleh itu, soalan pada peringkat ini memerlukan murid membuat pertimbangan tentang nilai atau makna terhadap sesuatu kaedah, idea atau produk yang memiliki tujuan tertentu. Soalan yang sebegini mengkehendaki murid melakukan pertimbangan yang wajar serta pengukuran yang tepat untuk mengenalpasti sejauh mana penilaian yang dilakukan oleh orang lain dapat diterima atau tidak. Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada peringkat ini adalah seperti: Tafsirkan Sahkan Justifikasikan Kritik Pertahankan Bezakan Rumuskan Sokong Persamaan Selesaikan Terjemahkan

Tuntasnya, Taksonomi Bloom merupakan satu set pengelasan kemahiran yang berteraskan domain kognitif. Kemahiran-kemahiran tersebut dikelaskan dan disusun mengikut aras kesukarannya iaitu dari kemahiran yang mudah kepada kemahiran yang sukar. Kemahiran ini disusun sedemikian adalah bertujuan untuk membantu perkembangan pemikiran murid disamping mewujudkan set pemikiran yang sistematik dalam diri manusia amnya. Perkara ini jelas terbukti apabila murid perlu menguasai kemahiran sebelumnya sebelum boleh berganjak kepada kemahiran yang seterusnya.

Disamping itu, Taksonomi Bloom juga berperanan untuk memudahkan pembinaan objektif pendidikan serta memudahkan penyediaan soalan untuk tujuan pentaksiran, pengujian dan penilaian. Oleh itu, jelaslah bahawa Taksonomi Bloom memiliki peranan besar dalam bidang pentaksiran pendidikan.

3.0 DOMAIN KRATHWOHL

Domain Krathwohl merujuk kepada domain afektif yang meliputi perasaan, sikap dan nilai dalam diri seseorang. Perasaan, sikap dan nilai merupakan perkara yang dipelajari serta berkembang dari semasa ke semasa serentak dengan perkembangan insan itu sendiri.

Domain susunan David R. Krathwohl bersama-sama Benjamin S. Bloom dan Betram B. Masia ini memberi penekanan terhadap pemikiran dan kefahaman murid yang juga saling berkait dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan juga nilai. Meskipun domain ini berkait dengan pemikiran dan kefahaman murid, akan tetapi tidak ada instrumen mahupun prosedur yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian dalam domain ini. Oleh itu, Benjamin S. Bloom et al (1988) dalam Azizi Ahmad et al (2008) telah menyusun objektif afektif yang berupa peringkat penguasaan bagi domain ini iaitu dari peringkat penguasaan atau penghayatan yang paling rendah kepada peringkat tertinggi. Peringkat-peringkat tersebut terdiri daripada penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi dan perwatakan.

3.1 Penerimaan

Penerimaan merujuk kepada kesediaan murid untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Proses penerimaan bermula dengan fasa kesedaran terhadap rangsangan seperti lagu, irama, lirik yang yang berkait dengan situasi kehidupan. Setelah fasa kesedaran, murid akan menunjukkan kesediaan untuk menerima dengan tidak menjauhinya. Seterusnya, murid akan melibatkan diri secara terkawal atau terpilih iaitu dengan cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima.

3.2 Gerak Balas

Gerak balas merujuk kepada tindak balas individu atau murid terhadap rangsangan yang diterimanya. Tindak balas ini wujud apabila murid mempunyai motif, tujuan atau minat untuk melibatkan diri terhadap rangsangan yang diterima. Hasil daripada tindak balas ini, murid secara tidak langsung akan berasa puas kerana dapat memberikan kesan terhadap sesuatu yang menjadi perangsangnya itu. Pada peringkat ini, tindak balas yang berlaku mungkin disebabkan adanya arahan dan lanjutan daripada itu, murid akan bertindak balas dengan sendirinya demi kepuasan diri. Sebagai contoh, setelah menyaksikan pertunjukkan silat, akan lahir minat dalam diri murid dan ini akan mendorong mereka untuk menyertai silat dan akan berlatih bersungguh-sungguh demi mencapai kepuasan.

3.3 Penilaian

Penilaian merujuk kepada keupayaan murid memahami nilai yang dipegang oleh masyarakat. Nilai yang ditunjukkan ini bersifat stabil serta boleh dijangka kerana nilai ini akan menjadi motivasi luaran dan seterusnya menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan. Penilaian berlaku dengan tiga fasa, iaitu penerimaan nilai, pemilihan nilai dan akhir sekali komitmen terhadap nilai.

3.3.1 Penerimaan Nilai

Menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang seterusnya menjadi pegangan yang mempengaruhi perlakuannya.

3.3.2 Pemilihan Nilai

Memilih dan mengambil tindakan bagi mendedahkan maklumat kepada orang lain yang menunjukkan dia berpegang pada nilai tersebut.3.3.3 Komitmen terhadap nilai

Berpegang teguh kepada kepercayaan dan mempertahankannya daripada sebarang cabaran.

3.4 Organisasi

Organisasi merujuk kepada keupayaan murid menyusun semua nilai yang diterimanya menjadi satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan terbahagi kepada dua bentuk, iaitu mengkonseptualisasikan nilai dan mengelola sistem nilai.

3.4.1 Mengkonseptualisasikan nilai

Melihat dan membuat pertalian antara nilai-nilai yang ada.

3.4.2 Mengelola sistem nilai

Memilih dan menyusun nilai-nilai menjadi satu sistem nilai.

3.5 Perwatakan

Perwatakan merujuk kepada kepatuhan murid terhadap sistem nilai dan juga keralaan mereka untuk mengamalkannya sebagai satu gaya hidup. Pada peringkat ini murid biasanya akan kekal mengamalkan nilai yang diamalkan sehingga memperlihatkan perwatakan berlandaskan nilai tersebut. Selain itu, mereka juga akan memperlihatkan sistem nilai tersendiri, iaitu memiliki falsafah dan prinsip hidup yang tersendiri.

4.0 HUBUNGKAIT DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Secara konseptualnya, kita mengetahui bahawa Toksonomi Bloom merupakan suatu set pengelasan kemahiran untuk domain kognitif yang berbentuk hierarki dari yang mudah kepada yang kompleks. Bagi Domain Krathwohl pula, domain ini merujuk kepada domain afektif memberi penekanan terhadap pemikiran dan kefahaman murid yang juga saling berkait dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan juga nilai. Sementara kemahiran berfikir aras tinggi pula adalah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran secara kritis dan kreatif. Berdasarkan konsep-konsep ini, secara kasarnya kita dapat melihat wujudnya pertalian atau hubungkait bagi ketiga-kiga perkara ini. Oleh itu, marilah kita meneliti dan memperhalusi perkaitan antara domain kognitif dan afektif dengan kemahiran berfikir aras tinggi ini.

Kita sedia maklum bahawasanya dalam Taksonomi Bloom terdapat enam peringkat kemahiran kognitif yang mana setiapnya berbeza-beza mengikut tahap. Tahap-tahap ini disusun dari kemahiran yang mudah kepada kemahiran yang kompleks, iaitu bermula dari tahap pengetahuan, kemudian kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan akhir sekali penilain. Jika diteliti satu per satu setiap kemahiran ini, sebenarnya tahap-tahap ini adalah suatu rantaian atau urutan proses untuk membina atau menjana kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini dapat dibuktikan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom yang mengatakan bahawa penguasaan kemahiran dalam setiap tahap adalah perlu sebelum menguasai kemahiran dalam tahap atau kategori-kategori berikutnya. Pendapat ini jelas membuktikan bahawa untuk ke tahap tertinggi iaitu tahap penilaian, seseorang perlulah menguasai atau kompeten dalam tahap-tahap sebelumnya. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Taksonomi Bloom dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mempunyai hubungkait kerana tahap-tahap dalam Taksonomi Bloom merupakan langkah-langkah untuk mencapai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam diri seseorang.

Selain itu, Taksonomi Bloom juga boleh dijadikan panduan untuk mengetahui tahap pemikiran seseorang sama ada berada pada aras tinggi atau sebaliknya. Kita boleh menggunakan tahap-tahap dalam Taksonomi Bloom bagi menilai sejauh mana kecekepan berfikir seseorang itu. Sebagai contoh, kita boleh menilai cara berfikir seseorang itu dengan mengajukan soalan-soalan berdasarkan peringkat-peringkat dalam Taksonomi Bloom. Jika dia mampu menjawab atau menyelesaikan masalah dalam tahap penilaian, maka dia layar digelar sebagai seseorang yang memiliki Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Oleh yang demikian, jelaslah hubungkait antara Taksonomi Bloom dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Hubungkait Domain Krathwohl dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pula adalah kemahiran berfikir seseorang itu adalah bergantung kepada tahap afektifnya. Hal ini kerana, afektif yang terdiri daripada perasaan, sikap dan nilai dalam diri seseorang mampu mempengaruhi cara dan tahap pemikirannya dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, jika seseorang murid itu tidak memiliki perasaan untuk mengikuti pembelajaran, maka dia tidak akan dapat mengikuti isi pelajaran dengan sebaiknya sebaliknya dia akan hilang tumpuan dan pemikirannya tidak akan berada pada apa yang sedang dibincangkan. Hal ini kerana, perasaan, sikap dan nilai merupakan perkara yang dipelajari serta berkembang dari semasa ke semasa serentak dengan perkembangan insan itu sendiri. Oleh yang demikian, untuk menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, aspek afektif atau Domain Krathwohl perlu diambil kira kerana afektif mampu mempengaruhi cara berfikir seseorang itu.

Dalam pada itu, sikap atau nilai yang terdapat dalam diri juga mempengaruhi tahap pemikiran seseorang. Pernahkah anda mendengar pepatah yang berbunyi Jika baik tingkahnya, maka baiklah akalnya., pepatah ini jelas menunjukkan betapa sikap atau tingkah laku mempengaruhi tahap kognitif seseorang. Jelaslah bahawa domain afektif dan domain kognitif ini saling berkait bagi menjada kemahiran berfikir aras tinggi.CONTOH SOALAN BAHASA MALAYSIATAHUN 1Kemahiran mendengar dan bertutur

Standard kandungan1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu

abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard pembelajaran 1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan

betul dan tepat.

Soalan 1

Aras : Mengingat

Arahan soalan 1 :

Murid diminta mendengar rakaman berikut. Kemudian sebut huruf tersebut dan salin abjad tersebut di tempat yang disediakan.

Soalan 2

Aras :

Memahami

Arahan soalan 2 :

Murid mendengar perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Kemudian murid diminta untuk menyebut perkataan tersebut. Seterusnya murid diminta menyalin perkataan tersebut di ruang yang disediakan.

Standard pembelajaran1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti

nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi

tidak formal secara bertatasusila.

Contoh soalan 1

Aras : Mengaplikasikan

Arahan soalan :

Baca dialog berikut. Kemudian lakonkan semula dialong berikut. Isikan tempat kosong yang berikut berdasarkan kata ganti diri yang betul.

Situasi : Zaman dan Hisyam meminta izin ayahnya untuk pergi ke perpustakaan.

Ayah

:

Zaman, ________ hendak ke mana?

Zaman

:

______ hendak ke perpustakaan ayah.

Hisyam

:

Bolehkah ________ pergi menaiki bas, Pak Cik?

Ayah

:

Berhati-hati. Selamat jalan.

Zaman

:

__________ pergi dulu. Terima kasih, ayah.

Contoh soalan 2

Aras:

Memahami Baca dialog berikut. Gariskan tempat kosong yang berikut berdasarkan kata ganti diri yang betul.

Situasi : Di Pasar

Pembeli : berapakah harga sekilo ikan ini ?

Penjual : ( Kamu / Saya / Dia ) mahu membeli berapa kilogram ikan?

Pembeli : ( Dia / Saya / Awak ) hendak membeli 3 kilogram ikan.

Penjual : Baiklah. Harga sekilo ikan ini Rm 5.00. Harga untuk 3 kilogram ikan ialah Rm15.00. ( Awak / Saya / Dia ) tunggu sebentar. Saya bungkuskan.

Pembeli : Terima kasih.

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan 2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran 2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.

Contoh Soalan 1

Aras :

Mengingat

Arahan : Murid dikehendaki mengenal vokal a, e, i, o, dan u. Kemudian murid diminta membunyikan vokal a, e, i, o, u, mengikut warna yang telah ditetapkan. a merah

e pepet ungu

i hijau

o coklat

u biru

e taling kuning

Contoh Soalan 2

Aras:

Memahami

a. Arahan : Sesuaikan suku kata dengan gambar dengan suku kata berikut.

Kemahiran Membaca

Standard Kandungan 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,

sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran 2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar,

sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda

baca.

Contoh Soalan 1

Aras :

Memahami

Arahan : Baca ayat tunggal di bawah dengan betul. Pastikan anda membaca mengikut tanda baca yang betul.

1. Emak pergi ke kedai membeli ikan.

2. Ayah sedang mencuci kereta.

3. Rahman, Kassim dan Abu sedang bermain hoki di padang.

4. Zamri tertidur semasa menyiapkan kerja sekolahnya.

5. Apakah makanan kesukaan kamu? tanya Nadia kepada Atul.

Contoh Soalan 2

Aras:

Mengalikasikan

Arahan : Baca petikan di bawah dengan betul. Pastikan anda membaca mengikut tanda baca yang betul.

Bermain Bola

Pada setiap hari, Haziq main bola sepak . Dia main dengan kawan- kawan. Haziq pakai kasut bola jenama Adidas. Selepas bermain, dia minum air dan makan roti. Haziq lap kasut bola guna kain bersih.

Kemahiran menulis

Standard kandungan3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara

mekanis dengan betul dan kemas.

Standard pembelajaran3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil

Denga cara yang betul serta tulisan yang kemas.

Contoh soalan 1

Aras :

MengaplikasikanArahan: Tulis huruf kecil bagi huruf besar berikut.

CONTOH : A = a1. B = _____________2. R = _____________

3. F = _____________

4. G = _____________

5. M = _____________

Contoh soalan 2

Aras :

MenciptaArahan : Tulis huruf besar bagi huruf kecil berikut.

CONTOH : a = A1. k = _____________2. q = _____________

3. y = _____________

4. j = _____________

5. e = _____________

Standard pembelajaran3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan

tulisan yang kemas.

Contoh soalan 1

Aras :Mengaplikasikan

Arahan: Gabungkan suku kata terbuka di bawah, kemudian tulis perkataan dalam ruang yang disediakan.

Contoh : bo + la = bola

1. to + pi = _____________

2. ba + ju = _____________

3. ba + ta = _____________

4. fo + to = _____________

5. bo + la = _____________

Contoh soalan 2

Aras :Menganalisis

Arahan : Pilih suku kata yang terbuka di bawah. Kemudian salin semula perkataan berikut di ruang yang disediakan. meja

baju

belon

daun

lapan

bola

unta

feri

1.______________________

2. ______________________

3. ______________________

4._______________________

5._______________________

Seni Bahasa

Standard Kandungan4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa

badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

Standard Pembelajaran4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas

tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik

hibur.

Contoh Soalan 1

Aras :

Menganalisis

Arahan: Baca pernyataan di bawah berdasarkan gambar yang diberi. Kemudian, susun semula perkataan untuk melengkapkan petikan.

Di tepi tasik ada __________.

Di dalam gelas ada ___________.

Bapa pakai _________.

Adik main _________________.

Kakak dengar __________.

Contoh soalan 2

Aras :

Mencipta

Arahan : Baca petikan berikut. Kemudian ceritakan semula petikan cerita yang bertajuk Kemalangan Jalan Raya dengan gerak tubuh, sebutan yang betul dan jelas. Roslan seorang budak yang nakal dan tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya. Pada suatu hari, Roslan berbasikal balik ke rumah. Dia berbasikal di tengah jalan raya. Pada ketika itu, sebuah kereta yang dipandu laju melalui jalan itu. Pemandu itu tidak tahu Roslan ada di jalan raya tersebut. Pemandu tersebut telah terlanggar Roslan. Pemandu kereta tersebut telah menghantar Roslan ke hospital. Bapa dan keluarga Roslan pergi ke hospital setelah diberitahu akan kemalangan yang menimpa Roslan. Kedua ibu bapa dan keluarga Roslan amat bimbangkan Roslan. Roslan sangat menyesal kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Standard Kandungan4.4. Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang

betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Standard Pembelajaran 4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul

secara didik hibur.

Contoh Soalan 1

Aras :

Mencipta

Contoh Soalan 2

Aras :

Menilai

Arahan : Baca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian namakan kenderaan berdasarkan pantun tersebut.

Anak ikan mati dituba,Menunggang basikal jangan berlumba.Nasihat ibu harus diikut,Naik kapal terbang janganlah takut.Buah pisang diatas peti,Pandu kereta berhati- hati. Namakan kenderaan yang anda ketahui :

1.

2.

3.

Arahan : Nyanyikan lagu Pergi Ke Sekolah dengan intonasi yang betul.

Baca dan lengkapkan jadual di bawah.

Benda dalam kelas

Benda di luar kelas

1.

1.

2.

2.

3.

3.

Tatabahasa

Standard kandungan5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul

mengikut konteks.

Standard Pembelajaran

5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah

dengan betul mengikut konteks.

Contoh soalan 1

Aras :

Menilai

Arahan : Isikan tempat kosong berikut dengan jawapan yang

betul.

Contoh : dan, lalu, sedang, kerana, sambil

Harimau ternampak rusa lalu mengejarnya.

1. Badan Jalil berpeluh ________________ cuaca panas.

2. Kamarul ___________ Rahim sedang bermain gasing.

3. Kakak melipat baju ____________ menonton televisyen.

Contoh soalan 2

Aras :

Mengaplikasi

Arahan : Isikan tempat kosong berikut dengan jawapan yang

betul.

Contoh : dan, lalu, sedang, kerana, sambil

Kakak sedang melipat kain sambil mendengar radio.

Klinik Hassan terletak di___________ bank________ Restoran Muhibah.

A. sebelah.dan

B.samping. serta

C. tengah..antara

D. antaradengan

Standard kandungan5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul

mengikut konteks.

Standard Pembelajaran 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk

manusia dan benda dengan betul

Contoh soalan 1

Aras :

Menilai

Arahan : Baca petikan dan bina soalan

Arahan: Berdasarkan teks di atas, bina soalan dengan

menggunakan kata tanya siapa atau apa .

1)________________________________________?

(Nama bapa )

2) ________________________________________?

(Hobi)

3) ________________________________________?

(Makanan kegemaran)

4)________________________________________?

(Cita - cita)

Contoh soalan 2

Aras :

Menilai

RUJUKAN

BUKU

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. (2012). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum Books.

Ng See Ngean. (1991). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noor Rohana Mansor. (2009). Soalan Dan Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa . Cheras: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

JURNAL

Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah. (2007). Sistem Pentaksiran Kebangsaan-Pelengkap Kurikulum Dalam Pembentukan Moral Insan Gemilang. Dalam Prosiding Persidangan Kurikulum Kebangsaan 2007

Tan Hui Leng. (2005). Solo Taxonomy: Teaching And Testing Thinking. Dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid - 1 2005.

INTERNET

http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/10/taksonomi-bloom.html

http://husnanasihahakimi.blogspot.com/2012/07/tajuk-2-taksonomi-bloom-dan-domain.html

http://suberia.org/ind/?p=1330

http://syauquljazil.wordpress.com/2013/01/06/kognitif-afektif-dan-psikomotorik/

Tujuan Pengujian

Lori

Kasut

Lampu

Baju

kami

saya

kamu

topi

layang-layang

khemah

radio

straw

Pergi ke sekolah

Kupergi ke sekolah

Dengan kawan ramai-ramai

Sungguh riang sekali

Pergi sekolah setiap hari.

Kita mesti rajin belajar

Agar jadi orang berguna

Terima kasih kepada guru

Mendidik dan mengajarku.

bilik guru pejabat pensel

kapur tulis buku kantin

Nama saya Nora binti Mizi. Nama bapa saya Mizi bin Biki. Nama ibu saya Tini binti Ali.

Makanan kegemaran saya ialah mi goreng. Saya suka minum air bandung.

Pada masa lapang, saya suka membaca buku cerita dan menunggang basikal.

Saya bercita-cita hendak menjadi doktor apabila dewasa nanti.

32