sejarah pembinaan jsu

43
PENGHARGAAN Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat saya siapkan tugasan Kerja Kursus ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn. Hj. Mohd Fadzil yang telah banyak bersusah payah untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan. Sesungguhnya, jasa yang diberikan tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Buat rakan-rakan, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.Komitmen yang dihulurkan itu tidak terhitung untuk saya membayarnya.Hanya Allah yang Esa sahaja dapat membalas semua kebaikan yang pernah kalian taburkan. Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita semua. 1

Upload: jentolakoren

Post on 24-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Membina items soalan

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Pembinaan JSU

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan

inayah-Nya dapat saya siapkan tugasan Kerja Kursus ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah

pembimbing iaitu Tn. Hj. Mohd Fadzil yang telah banyak bersusah payah untuk

mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini walaupun terpaksa

berdepan dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan. Sesungguhnya, jasa yang

diberikan tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Buat rakan-rakan, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.Komitmen

yang dihulurkan itu tidak terhitung untuk saya membayarnya.Hanya Allah yang Esa

sahaja dapat membalas semua kebaikan yang pernah kalian taburkan.

Semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita semua.

1

Page 2: Sejarah Pembinaan JSU

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

SENARAI KANDUNGAN 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Langkah Pembinaan JSU 4

3.0 Membina Item 6

4.0 Mentadbir Ujian 14

5.0 Menganalisis Soalan 16

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

6.0 Refleksi 30

7.0 Rujukan 34

8.0 Lampiran 35

2

Page 3: Sejarah Pembinaan JSU

1.0 Pengenalan

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian  yang ditetapkan.

Banyak pertimbangan yang harus  dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian

sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi

komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini

dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan

dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam

kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

   

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan

iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, dan pemberatan

taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan

yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan

tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan

soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua

hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta

ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula

menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian,

JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar

dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula,

JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi

semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU

seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

3

Page 4: Sejarah Pembinaan JSU

2.0 Langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini.

a. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh

maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan

pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.

Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.

Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan

kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. 

Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu

tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi sesuatu tajuk tersebut.

b. Menganalisis Objektif Pengajaran

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini

dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan  kemahiran yang perlu diuji.

Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang

perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada

pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka.

Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan

pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu

dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga

paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk,

paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan

paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap

tajuk dan bilangan soalan.

4

Page 5: Sejarah Pembinaan JSU

c. Menentukan Jenis Soalan

Langkah yang keempat adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah

menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin

diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai

berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang

bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecerdasan murid.

d. Menentukan Bilangan Soalan

Langkah  yang ketiga dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif

pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan

adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.

Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,

sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud

keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi

perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga

perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung

pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian

dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti

dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik..

JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini  berdasarkan kesahan

sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan

aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan

5

Page 6: Sejarah Pembinaan JSU

yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara

seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat

dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Rumusan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu

ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai

kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara  yang baik untuk merancang sesuatu

ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item

atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting.

3.0 Membina Item Ujian

Terdapat  lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama

menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan

membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti rajah

berikut ;

Rajah  : Langkah Penyediaan Item Ujian

Langkah Am Pembinaan Item Ujian

6

Page 7: Sejarah Pembinaan JSU

Terdapat lima langkah am pembinaan item ujian, iaitu;

1. Menyediakan JSU  

                                                                                                                              

Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang

dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan

peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.

Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil

akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin

pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru

tentang bentuk soalan yang digunakan.

2. Menulis Item Ujian  

                                                                                                                             

Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis

item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama

dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu;

Arahan menjawab bagi setiap soalan hendaklah ringkas dan mudah

 difahami pelajar.

Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat

memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut,

yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti

yang dikehendaki soalan.

7

Page 8: Sejarah Pembinaan JSU

Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/

kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan

bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.

Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang

"tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya

dengan menggunakan huruf besar.

Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan

ukuran yang dikehendaki.

3. Menyemak Item Ujian  

                                                                                                                               

Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item-item

tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah

tepat dan mudah difahami   oleh murid.

Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid

dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan

mencukupi.

Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan

objektif pengajaran.

Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi

petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

8

Page 9: Sejarah Pembinaan JSU

4. Menilai Item Ujian         

                                                                                                                               

Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item ini perlu disemak

oleh pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan

perkara-perkara berikut;

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah

difahami oleh murid.

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi  

maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya.

Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur

kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut

kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan. 

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item 

Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran,

sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini

bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara

dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk

menentukan perkara-perkara berikut;

 Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat

difahami pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang

digunakan.

9

Page 10: Sejarah Pembinaan JSU

Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi

maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan

pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada

kandungan tersebut.

Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan

mengikut kehendak soalan.

10

Page 11: Sejarah Pembinaan JSU

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

SEJARAH TAHUN EMPAT

Soalan Ujian BulananSejarah Tahun 4

10 Soalan Objektif

Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Jumlah

11

Page 12: Sejarah Pembinaan JSU

Item Tajuk /Standard

Kandungan1 2 3 4 5 6

MARI BELAJAR SEJARAH

1.1 Pengertian Sejarah dan Kemahiran Sejarah

1 3 2 4 6,9 6

1.2 Pengertian Diri dan Keluarga

8 5 2

1.3 Sejarah Sekolah 10 7 2

Jumlah Soalan 10

SOALAN OBJEKTIF

SEJARAH

12

Page 13: Sejarah Pembinaan JSU

TAHUN EMPAT

4.0 Mentadbir Ujian

Setelah item siap dibina, beberapa perkara harus diambil kira sebelum, semasa dan

selepas ujian di jalankan. Antaranya ialah;

Sebelum Ujian

Setelah item siap dibina, kertas ujian telah diserahkan kepada ketua panitia

Sains untuk disemak dan disahkan.

Kemudian kelas 4 Azam dipilih untuk menjawab soalan ujian tersebut.

Kertas ujian diperbanyakkan mengikut bilangan di dalam kelas 4 Azam iaitu

seramai 20 orang.

Kertas soalan tersebut diletakkan di Unit Peperiksaan untuk disimpan.

13

Page 14: Sejarah Pembinaan JSU

Tarikh dan masa telah ditentukan untuk murid-murid menjawab soalan ujian

tersebut iaitu pada hari ujian dijalankan.

Kerusi dan meja murid juga telah disusun berasingan seperti di dalam

peperiksaan sebenar supaya tiada peluang untuk meniru dan berbincang.

Memastikan kelas 4 Azam berada di dalam keadaan yang selesa, kipas dan

lampu berfungsi seperti biasa.

Semasa Ujian

Apabila murid-murid telah mengambil tempat masing-masing, guru akan

menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhidi antaranya ialah tidak

boleh meniru dan berbincang.

Seterusnya guru menerangkan bahawa ujian ini mengandungi 10 soalan objekif

dan perlu dijawab selama 10 minit.

Guru mengingatkan murid supaya menulis nama dan tahun di ruangan yang

disediakan dan membulatkan hanya satu sahaja jawapan yang betul.

Guru dan murid bersama-sama menyemak bilangan soalan dan muka surat ujian

Sejarah tersebut.

14

Page 15: Sejarah Pembinaan JSU

Murid-murid menjawab soalan ujian yang diberikan.

Selepas Ujian

Selepas 10 minit masa berlalu, kertas ujian dikutip.

Guru mengira dan menyemak kertas ujian untuk memastikan bilangan yang

dikutip adalah betul.

Guru menanda kertas ujian tersebut.

5.0 Menganalisis Soalan

Setelah selesai menanda dan menyemak kertas ujian, guru dikehendaki membuat

anlisis item. Analisis item perlu dibuat bagi menentukan item yang dibina mencapai

sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Antara kegunaan analisis item

ialah:

Menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan. Item

tesebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran yang

diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang sesuai, boleh membezakan antara

pelajar yang menguasai dan tidak menguasai objektif pembelajaran dan

sebagainya.

15

Page 16: Sejarah Pembinaan JSU

Memberikan maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka bagi setiap

item yang telah dijawab. Dengan mengetahui jawapan yang betul aras

kesukaran dan aras diskriminasi murid berkenaan akan menunjukkan

prestasinya bagi satu item. Mereka boleh mengetahui sama ada item tersebut

senang atau sukar.

Kegunaan item juga adalah sebagai maklumbalas kepada guru tentang

kesukaran murid. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan

murid yang mendapat betul bagi satu item adalah penting bagi guru untuk

menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan.

Analisis item juga digunakan bagi meningkatkan kemampuan kurikulum.

Misalnya, jika sesuatu item itu berulangkali di dapati sukaroleh murid atau satu

bentuk kesalahan sama dilakukannya, mungkin ini bukan masalah pengajaran

atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan masalah kurikulum yang tidak

sesuai dengan peringkat umur murid.

Analisis item juga berguna untuk menyemak semula item.Maklumat tentang

gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak

semula item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula pada ujian yang

akan datang.

INDEKS KESUKARAN

16

Page 17: Sejarah Pembinaan JSU

Salah satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p). Indeks ini

ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item dan

dinyatakan dalam persamaan berikut:

Indeks kesukaran (p) = bilangan calon yang menjawab betul

Bilangan calon yang mengambil ujian

17

Page 18: Sejarah Pembinaan JSU

PENTAKSIRAN BERASASKAN

SEKOLAH

Jadual Diskriminasi Item

Item Calon betul Indeks

Kesukaran

CPT CPR Indeks

Diskriminasi

1 10 1 5 5 0

2 9 0.9 5 4 0.2

3 6 0.6 3 3 0

4 7 0.7 5 2 0.6

5 7 0.7 5 2 0.6

18

Page 19: Sejarah Pembinaan JSU

6 8 0.8 5 3 0.4

7 9 0.9 5 4 0.2

8 8 0.8 4 4 0

9 6 0.6 5 1 0.8

10 10 1 5 5 0

CONTOH PENGIRAAN

Indeks Kesukaran:

Item 1

B = 10

N = 10

p = 10

10

= 0

19

Page 20: Sejarah Pembinaan JSU

Item 5

B = 7

N = 10

p = 7

10

= 0.7

Item 9

B = 6

N = 10

p = 6

10

= 0.6

CONTOH PENGIRAAN

Indeks Diskriminasi

Item 1

BT = 5

BR = 5

D = 5 - 5

½ x 10

= 0

20

Page 21: Sejarah Pembinaan JSU

Item 5

BT = 5

BR = 2

D = 5 - 2

½ x 10

= 0.6

Item 9

BT = 5

BR = 1

D = 5 - 1

½ x 10

= 0.8

JULAT INDEKS KESUKARAN

p Pengelasan Item

0.00 - 0.20 Terlalu sukar

0.21 - 0.40 Sukar

0.41 - 0.60 Sederhana sukar

0.61 - 0.80 Mudah

0.81 - 1.00 Terlalu mudah

21

Page 22: Sejarah Pembinaan JSU

Nilai p adalah di antara 0.00 hingga 1.00.Item yang mudah mempunyai nilai p yang

besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil. Berdasarkan

daripada item yang dibina di dapati:

0 soalan – terlalu sukar

0 soalan - sukar

2 soalan - sederhana sukar

4 soalan – mudah

4 soalan – terlalu mudah

Melalui jadual di atas, didapati bahawa 4 soalan yang terlalu mudah kerana tiada julat

antara 0.81 - 1.00. Soalan terlalu mudah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak

dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang lemah. Sebanyak 4

soalan adalah soalan mudah kerana mempunyai julat antara 0.61 - 0.80. Kategori

soalan mudah ini perlu ada untuk membantu pelajar yang lemah tetapi tidak terlalu

banyak seperti ini.

2 soalan pula adalah sederhana sukar . Soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di

dalam kelas kerana ia dapat membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang

lemah dengan yang pandai. Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar

untuk di jawab dan sesuai untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan

kumpulan para pelajar yang tertentu.

Soalan pada aras yang sukar ialah 0.21 - 0.40. Tiada soalan yang sukar di dalam ujian

ini. Jika mengikut ujian rujukan norma soalan seperti ini sesuai untuk digunakan di

dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan

pelajar yang tinggi keupayaannya. Jadi soalan pada aras sukar ini perlulah disediakan 22

Page 23: Sejarah Pembinaan JSU

oleh guru supaya soalan seperti ini dapat mencabar minda bagi pelajar yang

berkeupayaan tinggi.

Soalan ujian yang dibina mempunyai pengelasan item yang pelbagai yang dapat

menolong murid-murid sederhana dan agak lemah menjawab soalan yang diberikan.

Dengan ini semangat untuk belajar dan keyakinan diri murid-murid akan dapat

dipertingkatkan lagi.

JULAT INDEKS DISKRIMINASI

Nilai ID Tafsiran

0.00 - 0.10 Tidak baik

0.11 - 0.20 Kurang baik

0.21 - 0.30 Sederhana baik

0.31 - 0.40 Baik

0.41 - 1.00 Sangat baik

23

Page 24: Sejarah Pembinaan JSU

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir

kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma

kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang

berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif

menghampiri 0.00 soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk Penilaian Rujukan Norma

kerana ia tidak berupaya untuk membezakan di antara pelajar yang pandai dengan

pelajar yang lemah.

Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00

dikatakan tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana ia secara songsang

membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah

dapat menjawab soalan ujian ini dengan betul berbanding dengan pelajar pandai.

Indeks Diskriminasi Item

No Soalan Aras Diskriminasi Pengkelasan Item

1 0 Tidak Baik

2 0.2 Kurang Baik

3 0 Tidak Baik

4 0.6 Sangat Baik

5 0.6 Sangat Baik

6 0.4 Baik

7 0.2 Kurang Baik

24

Page 25: Sejarah Pembinaan JSU

8 0 Tidak Baik

9 0.8 Sangat Baik

10 0 Tidak Baik

Analisis Item

Soalan / Item 1

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan murid berpencapaian

rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul dalah sama dengan kumpulan

murid berpencapaian tinggi.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik

kerana tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang

lemah.Oleh itu soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan / Item 2

Indeks diskriminasi untuk soalan ini adalah 0.2.Seramai 5 orang murid dari kumpulan

pencapaian tinggi dan 4 orang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat

menjawab soalan ini dengan tepat.Soalan ini berada dalam pengkelasan item kurang

baik kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang

lemah.Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih baik.

Soalan / Item 3

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan murid berpencapaian

rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul dalah sama dengan kumpulan

murid berpencapaian tinggi.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik

kerana tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang

lemah.Oleh itu soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan / Item 4

25

Page 26: Sejarah Pembinaan JSU

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6.Seramai 5 orang murid dari kumpulan

berpencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang

murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan

betul.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik kerana ia dapat

membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam

kelas.Soalan ini juga sesuai dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan / Item 5

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6.Seramai 5 orang murid dari kumpulan

berpencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang

murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan

betul.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik kerana ia dapat

membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam

kelas.Soalan ini juga sesuai dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan / Item 6

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.4. Seramai 5 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi dan 3 orang murid dari kumpulan pencapaian rendah

dapat menjawab soalan ini dengan betul.Soalan ini berada dalam pengkelasan item

yang baik kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang

lemah.Soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian.

Soalan / Item 7

Indeks diskriminasi untuk soalan ini adalah 0.2.Seramai 5 orang murid dari kumpulan

pencapaian tinggi dan 4 orang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat

menjawab soalan ini dengan tepat.Soalan ini berada dalam pengkelasan item kurang

baik kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang

lemah.Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih baik.

Soalan / Item 8

26

Page 27: Sejarah Pembinaan JSU

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan murid berpencapaian

rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul dalah sama dengan kumpulan

murid berpencapaian tinggi.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik

kerana tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang

lemah.Oleh itu soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan / Item 9

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.8.Seramai 5 orang murid dari kumpulan

berpencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang

murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan

betul.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik kerana ia dapat

membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam

kelas.Soalan ini juga sesuai dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan / Item 10

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan murid berpencapaian

rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul dalah sama dengan kumpulan

murid berpencapaian tinggi.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik

kerana tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang

lemah.Oleh itu soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Taburan Skor Kekerapan

Taburan skor kekerapan adalah susunan skor-skor mentah daripada markah-markah

ujian dan kekerapan ialah bilangan kali berulang sesuatu skor.Berikut adalah taburan

skor kekerapan bagi ujian sejarah yang telah dijalankan oleh saya :

Skor Markah Mentah

8 8 8 8 9 9 9 10 10 9

7 7 7 7 6 7 7 5 6 7

27

Page 28: Sejarah Pembinaan JSU

Taburan Kekerapan Skor Mentah

Skor Gundalan Kekerapan

5 I 1

6 II 2

7 IIIIIII 7

8 IIII 4

9 IIII 4

10 II 2

Jumlah 20

Pengiraan Saiz Sepadan Kelas (s) = Skor tertinggi – Skor terendah

__________________________

Bilangan sepadan kelas

= 10 – 5

2

= 2.5 = 3

Taburan Kekerapan Skor Terkumpul

Sempadan Kelas Gundalan Kekerapan

5 - 7 IIIIIIIIII 10

8 - 10 IIIIIIIIII 10

Jumlah 20

Kekerapan dan Peratus

Sempadan Kelas Kekerapan Peratus

5 – 7 10 50

8 - 10 10 50

Jumlah 20 100

28

Page 29: Sejarah Pembinaan JSU

REFLEKSI

Alhamdullilah, dengan segala limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan

tugasan SJH3093E Petaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah. Ribuan terima kasih

diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn. Hj. Mohd Fadzil yang telah

banyak membantu dengan membimbing dan berkongsi idea bagi menyiapkan tugasan

yang diberikan. Sesungguhnya penerangan dan bimbingan yang diberikan telah

29

Page 30: Sejarah Pembinaan JSU

memberikan kefahaman kepada saya dan seterusnya dapat menyiapkan tugasan

mengikut masa yang telah ditetapkan.

Tugasan ini merupakan tugasan saya pada Semester 7. Tugasan ini adalah berkaitan

dengan proses penilaian dan pentaksiran dalam pengajian sejarah. Saya tidak pernah

mengajar matapelajan Sejarah di sekolah namun saya telah mengajar subjek sains di

sekolah hampir 13 tahun dan saya ada menerima maklumat dan pendedahan tentang

penilaian dan pentaksiran di sekolah melalui Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP )

yang telah dijalankan di sekolah saya pada awal Mac yang tahun lepas .Segala ilmu

yang didapati dari kursus dalaman itu dapat membantu saya untuk menyiapkan

tugasan  berkaitan dengan mencari  maklumat  berkenaan proses pentaksiran, alat

penilaian dan bentuk pentaksiran dan penilaian.Maklumat ini juga sedikit sebanyak

membantu saya untuk memahami tentang pentaksiran matapelajaran Sejarah kerana

cara perlaksanaan dan pentadbirannya mempunyai persamaan dengan matapelajaran

Sains.

Tugasan pertama ialah mencari maklumat  bagi mengenalpasti apakah konsep

pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ), jenis dan kaedah

penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian kemahiran proses sejarah.. 

Ia meliputi,konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), jenis

dan kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian kemahiran proses sains

dan sikap saintifik dalam  pengajaran dan pembelajaran sains.

 

Pembinaan item ujian merujuk kepada aras Taksonomi Bloom bagi mengenalpasti

tahap soalan, aras soalan dan standard soalan yang dibina. Pembinaan item ujian

haruslah selari dengan JSU yang dibina. Tidak semestinya soalan harus menjadi terlalu

mudah dan terlalu sukar untuk dijawab oleh murid. Saya sering merujuk kepada soalan

lepas dimana saya dapati setiap soalan yang dibina merupakan soalan yang seimbang

dan tidak begitu sukar dan tidak juga begitu mudah. Ia adalah salah satu contoh item

30

Page 31: Sejarah Pembinaan JSU

pengujian yang baik. Item pengujian yang baik haruslah meliputi setiap aspek  yang

ingin dinilai. Tidak semestinya ia  merujuk  kepada  satu  tahap  iaitu  pengetahuan  dan

pemahaman  sahaja. 

Pelbagai  variasi  bentuk  soalan  membentuk  satu pengelasan yang mana kita  dapat 

lihat hasilnya  kelak, samada ia  harus merangkumi semua aspek, sebahagian atau

khusus kepada satu aspek sahaja. Item  pengujian  yang baik harus mempunyai  ciri-

ciri  seperti  keakuran, ketepatan dan kejelasan serta kesesuaian. Ia bukanlah satu

pembinaan yang mana  mengikut  “sedap”,  tetapi  ia adalah  satu  penghasilan 

item yang kita sebutkan sebagai item yang baik.

Milagros 1981, ( dipetik dari Raminah, 1991 ) yang menegaskan bahawa: “Ujian 

adalah  suatu  cara  untuk  mendapatkan  contoh  perlakuan  yang diperlihatkan oleh 

murid  di dalam  keadaan  yang  dikawal  atau  ditentukan. Maklumat  yang  diperoleh

daripadanya  akan dijadikan  dasar  untuk  membuat penilaian atau pengadilan.

Jadi, sebagai  seorang  guru, kefahaman  dalam  menentukan  apakah matlamat

sebenar dalam melakukan proses pentaskiran melalui ujian adalah satu

perkara yang harus dilaksanakan dengan teliti. Tidak semestinya item ujian yang

mudah adalah yang tidak baik dan  item ujian yang sukar  adalah yang baik.

Hakikatnya, pembinaan item soalan yang menepati matlamat pentaksiran yang sebenar

adalah yang lebih baik .

Situasi penilaian di sekolah sedang dan bakal berubah. Merujuk kepada proses

pelaksanaan kurikulum baru iaitu Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah

( KSSR ) yang mana sedang dijalankan bagi murid tahun 4 dan 5 menggunakan

penilaian individu bagi setiap aktiviti yang mereka lakukan. Contohnya, pada hari

tersebut guru melakukan aktiviti Pdp dan selepas  itu  guru  akan  menilai  pengajaran

mereka pada  hari  tersebut untuk dimasukkan ke dalam data murid. Perangkaan

KSSR adalah bertujuan untuk menilai murid melalui potensi kendiri  dari  semasa  ke

semasa.  Ia  adalah  penilaian yang  berterusan dan merangkumi keseluruhan aspek

31

Page 32: Sejarah Pembinaan JSU

yang ingin dinilai. Guru berperanan sebagai pendidik dan kemudian sebagai panel

penilai murid. Daripada penilaian dapatlah guru merangka strategi untuk membantu

murid yang lemah atau menambah baik kualiti  pengajaran  dan

pembelajaran. Selain itu, guru dapat melihat perkembangan yang  murid tampilkan

semasa dalam sesi  penilaian.

Pada pandangan saya, proses pentaksiran dan penilaian yang dijalankan merupakan 

satu proses  yang menjadi  medium  untuk  guru  melihat  hasil pengajaran

dan pembelajaran  yang  telah  disampaikan. Namun, bagi melaksanakan  satu

pentaksiran  dan  penilaian,  pelbagai  aspek  yang harus diambil kira bagi 

memastikan  ia  tidak  terpesong  dari  landasan  yang  kita rencanakan. Kini  saya

telah  jelas  apabila  berbicara  berkenaan  pentaksiran  dan penilaian, maka saya

mampu untuk menyatakannya. Saya juga berasa bertuah kerana pendedahan yang

sebegini memberikan nilai tambah kepada saya untuk mengetahui lebih dekat lagi

berkenaan penilaian dan pentaksiran di sekolah. Semoga, apa yang telah saya

pelajari ini akan membantu saya dalam pembinaan JSU yang akan saya bina

pada masa akan datang. Saya berharap, agar  saya dapat menggunakan ilmu yang

diperolehi pada masa akan datang. Perubahan masa menuntut segalanya berubah.

Sifat tetap dan anjal sistem pendidikan menjamin mutu sesuatu sistem akademik.

Strategi, kaedah,pendekatan, serta teknik harus berubah mengikut peredaran zaman.

Tidak semua teknik yang diwujudkan puluhan tahun yang lampau mampu diaplikasi

dengan baik pada hari ini. justeru, guru-guru haruslah kreatif dalam membenihkan idea-

idea baru dalam memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan mencapai

objektifnya.  Antara perubahan yang dapat dilihat dengan jelas adalah mengenai aspek

penggubalan soalan. Jika sebelumnya soalan digubal  mengikut logik,  namun kini

telah diperkenalkan sistem yang sistematik iaitu Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ). JSU

banyak membantu memudahkan urusan serta memastikan soalan yang digubal adalah

memfokuskan ke arah mencapai objektif pembelajaran.

32

Page 33: Sejarah Pembinaan JSU

 Penilaian atau pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga

akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set

ujian yang  berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses

pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal

pasti soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran

yang telah dilaksanakan.

Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang 

pembinaan ujian agar murid atau pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari

dengan lebih berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar kebolehan

murid agar dapat mencambahkan daya pemikiran mereka.

RUJUKAN

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

pustaka

33

Page 34: Sejarah Pembinaan JSU

Siti Rahayah Ariffin. (2003).Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran danPenilaian. Pusat

Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/2009/02/pembinaan-item-objektif.html

duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/pembinaan-item-soalan-ujian-peperiksaan.html

www.academia.edu/4397271/Prinsip_Pembinaan_Item

slideshare.net/hazwanihashim/jadual-penentu-ujian-dan-jadual-spesifikasi-ujian

34

Page 35: Sejarah Pembinaan JSU

LAMPIRAN

35