kritikan jurnal

10
Tajuk Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam Menangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah: Satu Kajian Kes Penulis Mohammed Shariff Mustaffa, Phd, Jamaludin Ramli dan Zainudin Hassan. Penulis berasal dari Jabatan Asas Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Tujuan kajian Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasi pendekatan kaunseling pemusatan klien dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah dengan menyediakan peluang atau keadaan yang bebas dan juga membentuk suasana yang membolehkan mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang bermakna. Tumpuan kajian ini adalah ke atas remaja sekolah yang menghadapi masalah emosi. Pengkaji telah menggunakan pendekatan afektif melalui Teori Pemusatan Klien Carl Rogers untuk mengatasi masalah yang

Upload: fatin-khair

Post on 25-Apr-2017

254 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kritikan Jurnal

Tajuk

Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam Menangani Masalah

Emosi Remaja Di Sekolah: Satu Kajian Kes

Penulis

Mohammed Shariff Mustaffa, Phd, Jamaludin Ramli dan Zainudin Hassan.

Penulis berasal dari Jabatan Asas Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasi pendekatan kaunseling pemusatan

klien dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah dengan

menyediakan peluang atau keadaan yang bebas dan juga membentuk

suasana yang membolehkan mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam

penerokaan kendiri yang bermakna. Tumpuan kajian ini adalah ke atas

remaja sekolah yang menghadapi masalah emosi. Pengkaji telah

menggunakan pendekatan afektif melalui Teori Pemusatan Klien Carl Rogers

untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien. Sesi kaunseling yang

diadakan menitikberatkan layanan kaunselor terhadap klien.

Sampel

Sampel bagi kajian ini adalah seorang remaja perempuan Tingkatan Empat

yang bertindak sebagai klien, dari Sekolah Menengah Sains di sekitar Klang.

Tempat / setting

Sekolah Menengah Sains, Klang.

Page 2: Kritikan Jurnal

Prosedur / Plot Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah menghuraikan kajian ini dalam bentuk

beberapa bahagian iaitu bahagian A – temubual dengan klien; bahagian B –

senario masalah klien; dan bahagian C – aplikasi teori.

Pada bahagian A, pengkaji telah menghuraikan maklumat-maklumat

yang berkaitan dengan klien termasuklah latar belakang klien, gaya

penampilan diri, sikap dan perangai klien, tingkahlaku dan perasaan,

pengalaman seorang pelajar, sejarah perubatan dan latar belakang

pendidikan. Melalui pembacaan saya, saya dapat menyimpulkan bahawa

klien dalam kajian ini adalah seorang remaja yang normal, peramah dan

berkepimpinan, mempunyai intelek yang tinggi, sihat dari segi penyakit kronik

namun menjadi mangsa perceraian ibu bapa.

Dalam bahagian B pula, pengkaji telah menyatakan labih khusus

masalah yang dihadapi klien. Pengkaji menyatakan bahawa klien

menghadapi masalah gangguan emosi terutama apabila berhadapan dengan

masalah keluarga dimana ibu bapa klien telah berpisah dan masing-masing

berkhawin semula. Klien pula mempunyai agar ibu bapanya bersatu semula

walaupun klien sedar hakikatnya dalam keadaan yang sebenar, perkara

tersebut agak mustahil untuk berlaku. Gangguan emosi ini membimbangkan

klien terutama sekali klien akan mengahdapi peperiksaan SPM tidak lama

lagi. Oleh yang demikian, pengkaji sedar bahawa sesuatu harus dilakukan

Page 3: Kritikan Jurnal

bagi membantu klien mengenalpasti permasalahan serta mencari jalan yang

terbaik agar klien menerima realiti yang berlaku.

Bahagian C pula menghuraikan secara lebih terperinci mengenai

aplikasi teori serta pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah

yang dihuraikan pada bahagian B. Pengakaji telah mengaplikasi Teori

Pemusatan Klien oleh Carl Rogers dengan menggunakan pendekatan afektif

untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Dalam usaha membantu

klien, pengkaji bersandar kepada prinsip roger yang menekankan bahawa

untuk mendapat perubahan tingkah laku yang baru adalah tanggungjawab

klien itu sendiri. Sehubungan itu, kajian ini didasarkan kepada penekanan

beberapa aspek seperti;

i) Klien bertanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran

diri serta bertindak.

ii) Fokus ditumpukan kepada fenomena dan dunia dalaman

klien.

iii) Klien digalak memahami persepsi sebenar.

iv) Perhubungan terapeutik antara kaunselor dank lien.

v) Konsep utama, penerimaan dengan empati, reda,

ketulinan dan kongruen.

Pengkaji dalam kajian ini menekankan beberapa kemahiran yang perlu

dipraktikkan dengan baik sepanjang sesi antara kaunselor dan klien seperti

kemahiran mendengar, kemahiran melayan, memparafrasa, menyemak

Page 4: Kritikan Jurnal

persepsi, refleksi, mentafsir, konfrontasi, menyoal, menggunakan dorongan

minima, memberi maklumat dan merumus.

Seterusnya, pengkaji dalam kajian ini melaksanakan sesi kaunseling

dengan mengikuti beberapa langkah iaitu:

i) Penstrukturan

ii) Membina hubungan

iii) Menyatakan masalah melalui penerokaan

iv) Meneroka masalah

v) Alternatif

vi) Pemilihan Alternatif

vii) Penilaian

viii) Penamatan.

Hasil kajian

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji telah

mendapati bahawa klien sedikit sebanyak menemui celik akal dan

menunjukkan kekuatan kendiri hasil dari proses kaunseling tersebut.

Penemuan terhadap kendiri klien dalam kes ini lebih meyakin bahawa

Pendekatan Pemusatan Klien mampu memberi ruang dan peluang yang

cukup baik bagi klien untuk berubah. Pengkaji juga tidak menafikan bahawa

kes ini memerlukan penggunaan sedikit pendekatan spiritual bila

manamengingatkan klien terhadap tanggungjawab mendoakan kedua ibu

bapanya. Selain itu, pengkaji telah berpendapat bahawa pelbagai kemahiran

kaunselor yang digunakan dengan baik, ditambah dengan kerjasama dan

Page 5: Kritikan Jurnal

keinginan mendalam klien untuk berubah telah menyumbangkan lagi

keberkesanan sesi ini dalam mengurangkan masalah emosi klien.

Penilaian Pembaca

Pembaca berpendapat penulisan dan kajian yang dilaksanakan berkaitan

dengan aplikasi pendekatan kaunseling pemusatan klien dalam menangani

masalah emosi remaja di sekolah sememangnya satu kajian yang menarik

dan sesuai untuk pembacaan oleh semua pihak. Dengan susunan Bahasa

dan huraian yang sistematik, penulisan kajian ini mudah difahami oleh semua

pembaca dari pelbagai lapisan masyarakat. Selain daripada itu, saya melihat

bahawa penulisan kajian ini ditulis dengan terperinci dengan menjelaskan

satu persatu maklumat dan masalah klien serta menyatakan transkripsi temu

bual yang telah dilaksanakan. Setiap perincian yang dinyatakan

membolehkan pembaca memahami dan dapat menyelami situasi yang

digambarkan oleh pengkaji. Penerangan yang jelas dan terperincin dapat

membantu para pembaca untuk menghayati sebenar peristiwa yang berlaku

malah mampu mengaitkan apa yang diceritera di dalam kajian ini dengan

keadaan sebenar yang berlaku di persekitaran kita.

Konflik utamakan yang dibincangkan dalam kajian ini berkaitan dengan

perihal kekeluargaan dan juga akademik. Apa yang lebih menarik, konflik ini

sememangnya berlaku secara berleluasa dewasa ini. Sebagai contohnya,

konflik dalam keluarga yang mengaitkan perceraian antara suami-isteri

sememangnya sering berlaku di dalam masyarakat. Pada masa yang sama,

akademik pula merupakan perkara yang dikejar oleh manusia khususnya

Page 6: Kritikan Jurnal

remaja yang masih dalam zaman persekolahan. Remaja dalam

persekolahannya pula memerlukan sokongan daripada keluarga dalam usaha

mengejar kecemerlangan akademik itu. Sokongan yang diperlukan terdiri

daripada pelbagai bentuk seperti sokongan kewangan, keperluan asas, kasih

sayang dan juga motivasi daripada keluarga khususnya ibu bapa. Namun

apabila sesebuah keluarga mengalami kehancuran, maka sedikit sebanyak

akan menjejaskan sokongan kepada anak-anak yang masih bersekolah. Oleh

yang demikian, maka isu yang dibawakan dalam kajian ini sememanya satu

isu yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bagi

mengelakkan perkara menghancurkan institusi kekeluargaan dan juga masa

hadapan kanak-kanak.

Terlebih dahulu, saya senang untuk memberi pujian kepada para

pengkaji atas usaha murni yang dilakukan dengan mengadakan kajian berupa

pelaksanaan sesi kaunseling kepada remaja yang menghadapi masalah

sehingga di akhir sesi kaunseling ini, remaja yang bertindak sebagai klien

menemui celik akal dan menunjukkan kekuatan kendiri untuk menghadapi

masalah yang dihadapinya. Kajian ini bukan sahaja telah membantu klien itu

sendiri malah kajian ini dapat membantu pengamal-pengamal bimbingan dan

kaunseling lain untuk menggunakan teori dan pendekatan yang digunakan

dalam kajian ini untuk diaplikasikan di dalam perkhidmatan mereka bagi

membantu klien-klien yang memerlukan bantuan.

Selain daripada itu, kajian ini juga memberi banyak pengajaran dan

faedah kepada para pembaca terutamanya kepada ibu bapa, remaja dan juga

Page 7: Kritikan Jurnal

pihak sekolah. Seterusnya, saya akan menghuraikan faedah-faedah yang

saya peroleh melalui pembacaan ini kepada tiga pihak iaitu ibu bapa, remaja

dan pihak sekolah.

Pertama sekali, pengkaji dalam kajian ini menjelaskan bahawa klien

telah mengalami masalah emosi apabila berlakunya perceraian antara kedua

ibu bapanya. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya sedar tentang

kepentingan menjaga hubungan erat kekeluargaan dalam memastikan

kestabilan rumah tangga. Ibu bapa perlu sedar bahawa perceraian akan

mendatangkan impak yang negatif kepada anak-anak mereka seperti yang

dialami oleh klien dalam kajian ini.

Perceraian akan menyebabkan anak-anak akan kehilangan punca

untuk bergantung seterusnya membuatkan mereka hilang hala tuju, lemah

semangat dan menjejaskan hidup mereka. Sehubungan dengan itu, ibu bapa

seharusnya bijak dalam membina hubungan kekeluargaan masing-masing.

Setiap permasalahan perlulah diselesaikan dengan cara yang baik. Kedua-

dua pasangan perlu mempunyai sikap bertolak-ansur, toleransi, saling sayang

menyayangi, menghargai antara satu-sama lain agar tidaklah berlaku isu

perceraian di dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang kukuh adalah

keluarga yang mampu bersatu dan saling memahami ibarat pepatah “bersatu

kita teguh, bercerai kita roboh”.