kritikan artikel dr aru

Upload: anonymous-p7jull0ov

Post on 05-Apr-2018

375 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    1/14

    1

    Kritikan Artikel

    Pendahuluan

    Dalam era globalisasi dan ledakan maklumat, ICT sangat cepat berkembang dalam

    kehidupan manusia hari ini dan bagi mereka yang tidak menguasai ICT dianggap

    ketinggalan zaman. Kemudahan ICT ialah internet, telefon dan Astro yang membawa

    banyak faedah dan keburukan kepada masyarakat. Peranan pendidikan pada abad

    ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi

    melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran

    yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin

    penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi

    menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi

    maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya

    (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini akan memberikan kesan sama ada positif dan

    juga negatif kepada masyarakat di negara membangun.

    Artikel ICT dalam Pendidikan : Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan

    Pedagogi , yang ditulis oleh Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. Artikel inimenjelaskan tentang kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam era globalisasi yang berpaksikan

    perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan

    mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan

    harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana

    pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta

    menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di sampingmenerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat.

    Dalam kajian , pengkaji telah menyatakan bahawa objektif kajian adalah untuk

    mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kaedah perantis berbanding dengan

    kaedah tradisional, dan mengkaji kesan kaedah perantis ke atas pencapaian pelajar

    berbanding kesan pembelajaran secara tradisional. Manakala hipotesis kajian ialah

    untuk melihat bahawa tiada perbezaan dari segi kesan ke atas pencapaian pelajar

    yang diajar menerusi kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) dengan kaedah

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    2/14

    2

    tradisional (pendekatan tingkah laku). Pengkaji mengharapkan yang kajian ini akan

    dapat memberi maklumat awal tentang kesan pengajaran kaedah perantis

    berbanding dengan pengajaran tradisional.

    Dalam kajian literature pengkaji telah mengemukakan pendapat dan pandangan

    beberapa orang pengkaji lepas. Salah satu inovasi dalam pengajaran hari ini ialah

    pendekatan konstruktivisme yang berasaskan pengalaman sebenar dalam

    kehidupan seharian. Pengajaran ini mementingkan kepada pemahaman, yang

    berpusatkan pelajar dan berpegang kepada fahaman yang menganggap pelajar

    sebagai pelajar yang aktif dan guru sebagai pemandu atau pemudah cara dalam

    proses pembelajaran yang berlaku (National Association of Secondary School

    Principals 1996; Cohen 1988; Conley 1993; Newmann, Marks & Gamoran 1996;

    Sizer 1992). Pendekatan ini berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme yang

    menekankan bahawa manusia belajar lebih baik dengan membina pengetahuan

    secara aktif dengan mengaitkan maklumat baru yang diperoleh dengan maklumat

    sedia ada.

    Pengkaji telah menggunakan sampel pelajar di salah sebuah sekolah di Bentong,

    Pahang yang menggunakan pengajaran berunsurkan pendekatan konstruktivisme .

    Kajian ini adalah dalam bentuk kuasi eksperimen yang direka bentuk untuk mengajar

    subjek komputer di sekolah menengah rendah. Eksperimen ini melibatkan dua

    kumpulan pelajar yang homogenus iaitu kumpulan rawatan diajar subjek literasi

    komputer bertajuk pembinaan laman web, mengikut kaedah perantis, manakala

    kumpulan kawalan ialah kumpulan pelajar diajar dengan kaedah tradisional yang

    banyak menjurus kepada prinsip-prinsip tingkah laku iaitu para pelajar diberi nota

    serta mengikuti langkah-langkah yang telah diberikan oleh guru satu persatu. Kajian

    kuasi eksperimen ini dilakukan di dua buah kelas tingkatan dua di sebuah sekolah

    menengah. Dalam methodologi kajian, pengkaji telah menggariskan langkah-langkah

    yang dilakukan dalam membuat eksperimen iaitu terdapat empat langkah iaitu:

    1. Kawalan kualitatif: Pengajaran bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan

    dilaksanakan oleh guru yang sama.

    2. Kawalan kuantitatif: Kedua-dua kelas mempunyai persekitaran serta tempohpengajaran dan pembelajaran yang sama.

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    3/14

    3

    3. Kawalan metodologi: Kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) dilaksanakan

    dalam kelas rawatan dan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku)

    dilaksanakan dalam kelas kawalan.

    4. Kawalan kandungan: Walaupun pengajaran dilaksanakan dalam kelas yang

    berbeza, namun kandungan pengajaran bagi kedua-dua kelas adalah sama.

    Pengkaji juga menyatakan dengan jelas untuk menguji sama ada wujud

    perbezaan prestasi antara kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan telah sedia

    terdapat, ujian pra di mana soalan-soalan berkaitan dengan tajuk pembinaan laman

    web diberikan kepada pelajar untuk dijawab sebelum pengajaran dibuat. Hasil

    analisis ujian t ke atas ujian bertulis pra menunjukkan tiada perbezaan yang

    signifikan diantara kedua-dua kumpulan tersebut dan penyelidik membuat anggapan

    bahawa prestasi pelajar bagi kedua-dua kelas pengajaran yang terlibat dalam

    eksperimen adalah setara.

    Untuk menguji perbezaan dalam pencapaian, ujian bertulis pos dijalankan

    apabila proses mengajar dengan menggunakan kedua-dua kaedah selesai

    dikendalikan. Penilaian terhadap tugasan pelajar juga dibuat. Ujian t seterusnya

    dibuat ke atas hasil kajian dan perbezaan antara kumpulan juga diuji. Pengkaji telah

    mengambil reka bentuk persekitaran pembelajaran yang dikemukakan oleh Siti

    Fatimah dan rakan-rakan (2001) . Pengkaji hanya menjelaskan ujian dijalankan

    tetapi bentuk instrumen tidak dinyatakan dengan jelas. Antara ciri-ciri yang perlu ada

    ialah pembelajaran harus aktif, aktiviti berasaskan tugasan, perantisan kognitif,

    pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif, aktiviti

    berasaskan penyelesaian masalah, prestasi berasaskan kriteria dan nilai-nilai murni

    diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi menarik minat para pelajar

    dan memudahkan pengkaji, beliau telah memilih tajuk Pembinaan Laman Web. Tajuk

    ini dipilih kerana pelajar perlu didedahkan kepada perkembangan ICT dalam dunia

    sebenar hari ini dan penggunaan Internet tidak dapat dipisahkan dengan

    perkembangan ini. Tegasnya, pelajar harus dilatih secara langsung untuk membina

    laman web sendiri.

    Batasan kajian hanyalah kepada pelajar di sebuah sekolah di daerah Bentong

    Pahang dan pelajar yang terlibat hanyalah dua kumpulan pelajar tingkatan dua yangdibahagikan kepada kumpulan kawalan dan tradisional. Kumpulan kawalan terdiri

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    4/14

    4

    daripada 24 orang yang diajar dengan kaedah tradisional, manakala kumpulan

    rawatan pula terdiri dari 25 orang yang diajar dengan kaedah perantis.

    Dapatan kajian menunjukkan hasil daripada kuasi eksperimen yang dijalankan

    berdasarkan prinsip dan pendekatan konstruktivisme jelas menunjukkan terdapat

    perbezaan dalam tahap pencapaian pelajar berbanding dengan pendekatan secara

    tradisional. Ini selari dengan pernyataan oleh Simonson dan Thomson (1997)bahawa

    pembelajaran akan lebih berkesan apabila teknologi digunakan.

    Perbincangan.

    Pengkaji mendapati hasil kajiannya menunjukkan kaedah yang digunakan

    berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran, pelajar didapati

    menggunakan pemikiran pada aras tinggi, tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja,

    para pelajar didapati bekerjasama antara satu sama lain semasa menyelesaikan

    masalah dan seterusnya lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap

    pembelajaran. Mereka tidak mengharapkan semua aktiviti pengajaran digerakkan

    oleh guru semata-mata. Daripada perspektif guru pula, kekuatan pendekatan

    konstruktivisme ini kerana ia membolehkan guru menjadi fasilitator dan pengurus

    sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memberi tumpuan

    kepada proses pembelajaran agar ia berjalan lancar dan peranannya adalah tidak

    hanya sebagai menyampaikan pengetahuan semata-mata kepada pelajar.

    Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang individu membentuk

    atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka (Bruning et

    al. 1995).

    Kaedah ini menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam

    pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori

    pembelajaran deskriptif (cara seseorang pelajar belajar) dan bukan teori

    pembelajaran preskriptif (cara yang sepatutnya seseorang individu belajar)

    Konstruktivisme menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses

    membina makna daripada pengalaman yang dilalui. Ciri-ciri utama konstruktivisme

    ialah menyediakan pengalaman berbekalkan proses membina pengetahuan.

    Menyediakan pengalaman yang melibatkan pelbagai perspektif, memastikan

    pembelajaran berlaku dalam konteks yang realistik dan releven. Ciri yang seterusnyaialah menggalakkan pelajar menentukan apa yang hendak dipelajari dan cara

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    5/14

    5

    belajar. Menyediakan pengalaman social dalam pembelajaran. Menggalakkan

    penggunaan mod bagi mewakili maklumat dan menggalakkan kesedaran kendiri

    tentang proses membina pengetahuan.

    Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait

    dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat

    dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan

    peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung

    dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Kelebihan kedua

    yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di

    dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk

    memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang

    dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana

    boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan

    secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik

    tradisional seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu

    pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka

    bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan

    alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid

    mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-

    murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan

    mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam

    kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan

    murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan

    teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

    Selain daripada kelebihan, pengkaji juga menjelaskan terdapat juga beberapa

    kelemahan yang dikenal pasti dalam pendekatan konstruktivisme ini. Kaedah ini

    memerlukan masa yang panjang untuk para pelajar menyiapkan segala tugasan

    yang diberikan . Secara tidak langsung, kelemahan ini akan menyebabkan sukatanpelajaran tidak dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, pendekatan

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    6/14

    6

    konstruktivisme memerlukan penjadualan waktu belajar yang tersusun dan jadual

    waktu yang anjal (Moursund 2003). Justeru untuk melaksanakan pendekatan

    konstruktivisme, sekolah perlu melaksanakan jadual waktu anjal itu.kaedah

    pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya atau Weakness yang

    tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang

    kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan

    pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid

    untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru. Menurut Mok Soon Sang

    (2006), kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang

    strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman

    sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa

    yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea

    sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih

    saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid.

    Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa

    secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya.

    Oleh itu, bagi mengatasi kekurangan dalam teori konsruktivisme iaitu peluang

    atau opportunity ialah melalui peranan murid dan guru. Murid perlu mengambil insiatif

    mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan

    menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab

    terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah.

    Selain itu, murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan

    itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika

    murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang

    lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham. Di

    samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan

    berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk

    menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi

    mengatasi kelompongan teori ini, murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan

    fizikal,manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan

    pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina pengetahuan.

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    7/14

    7

    Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea

    mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak menstruktur

    pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu murid

    menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka melalui mentafsir

    pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.

    Guru perlu juga menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk

    penyelesaian,menganalisis, meramal,meneroka dan membuat hipotesis serta

    menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka disamping

    menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan

    menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir sekali, guru perlu memberi masa yang

    secukupnya kepada murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana

    bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan. tertentu.

    Teori ini memperlihatkan beberapa ancaman atau threat dalam sesi pengajaran

    dan pembelajaran. Antaranya ialah melalui cabaran guru konstruktivisme iaitu guru

    merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis

    menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, amalan yang dimajukan dalam

    pembelajaran secara konstruktivis dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang

    dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas dalam

    sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru juga merasakan penerangan mereka tidak

    penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya

    akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain

    dalam mebina konsep-konsep baru. Di samping itu,kawalan kelas agak merosot. Hal

    ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka

    sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasanakelas dalam kawalan tidak

    terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada

    pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan daripada pihak pengetua atau

    pentadbir sekolah.

    Dalam pada itu, pengkaji juga menjelaskan terdapat juga beberapa kelemahan yang

    dikenal pasti dalam pendekatan konstruktivisme ini. Kaedah ini memerlukan masayang panjang untuk para pelajar menyiapkan segala tugasan yang diberikan .

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    8/14

    8

    Secara tidak langsung, kelemahan ini akan menyebabkan sukatan pelajaran tidak

    dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, pendekatan konstruktivisme

    memerlukan penjadualan waktu belajar yang tersusun dan jadual waktu yang anjal

    (Moursund 2003). Justeru untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme, sekolah

    perlu melaksanakan jadual waktu anjal itu.

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    9/14

    9

    Rujukan.

    Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikanMatematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

    Robiah Sidin ,Nor Sakinah Mohamad, ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabarandalam Pembaharuan Pedagogi ,Jurnal Pendidikan 32(2007) 139-152 139

    Zainal Abidin Bin Zainuddin, Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme DalamPengajaran Dan Pembelajaran Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti TeknologiMalaysia.

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    10/14

    10

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    11/14

    11

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    12/14

    12

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    13/14

    13

  • 7/31/2019 Kritikan Artikel Dr Aru

    14/14

    14