kriteria t4 aliran sains

Upload: mahani71

Post on 10-Jan-2016

70 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

akademik

TRANSCRIPT

  • Ruj.: KP.LP.003.06.18 Jld.g (15)

    O N.aurLMesyuarat Profesional

    Nombor: M038 12014Salinan Bilangan :

    KPM Btl.28l2014

    KERTAS MAKLUMAN DARIPADALEMBAGA PEPERIKSAAN

    KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINSMULAI TAHUN 2015 BERDASARKAN PENTAKSIRAN

    BERASASKAN SEKOLAH PERINGKAT MENENGAH RENDAH

    TUJUAN

    Kertas makluman ini dikemukakan bertujuan untuk memaklumkankepada ahli mesyuarat tentang Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4AIiran Sains Mulai Tahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran BerasaskanSekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah.

    LATAR BELAKANG

    2. Mesyuarat Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 AliranSains/Teknikal: Sastera yang dipengeruslkan oleh YAB TimbalanPerdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada5 November 2012 memutuskan 4Oo/o murid lepasan Penilaian MenengahRendah (PMR) disalur ke aliran sains secara automatik.

    3. Satu daripada 15 perakuan dalam Strategi Mencapai Dasar 60:40Aliran Sains/Teknikal: Sastera ialah 40o/o murid lepasan PMR disalur kealiran sains secara automatik oteh Lembaga peperiksaan (Lp)

    PPPD Akademik

    Fogawat,i#i{:rwd8!',ij{F

  • 4. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan SesiKhas 2013 pada 17 Disember 2013, LP telah membentangkan KertasCadangan bertajuk Kelayakan Kemasukan Murid Lepasan PeringkatMenengah Rendah Ke Aliran Sains di Peringkat Menengah Atas. Bagimenyalurkan murid-murid ke aliran sains/teknikal, LP telahmencadangkan ketetapan yang berikut.

    Penyaluran ini mula dilaksanakan untuk kohort ringkatan 4tahun 2015.

    Murid lepasan pendidikan menengah rendah yang mendapatkelulusan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaransains dan Matematik dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (pr3)dalam PBS di peringkat menengah rendah.

    Pencapaian akademik murid tersebut diperkukuhkan melaluimaklumat daripada Pentaksiran Psikometrik.

    Penyaluran itu dinyatakan dalam satu senarai (roster) untukdipaparkan di papan kenyataan sekolah.

    5. LP membuat penambahbaikan dalam kertas cadangan tersebutdan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 1t2014bertarikh 11 Februara 2014 memutuskan bahawa, penempatan muridlepasan peringkat menengah rendah ke aliran sains di peringkatmenengah atas adalah pelajar yang telah mengambil pT3 danmendapat keputusan sekurang-kurangnya :

    ii.

    iii.

    iv.

  • 6.

    mendapat Gred B dalam mata pelajaran sains danMatematik;atau

    ii. mendapat Gred c dalam mata pelajaran sains danMatematik serta berminat untuk belajar dalam aliran sains(Pentaksiran Psikometrik) ;atau

    iii. Kes Khas: Diperakukan untuk mengikuti aliran sains olehpengetua sekolah.

    Mesyuarat Penetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4Aliran Sains 2015 pada 14 oktober 2014 yang dipengerusikanoleh Timbalan Ketua Pengarah pelajaran Malaysia (Dasar danPembangunan Pendidikan) mencadangkan supayapenambahbaikan terhadap kriteria kemasukan murid ke aliransains Tingkatan 4 dibuat berdasarkan analisis keputusan pT3,PMR 2012 dan PMR 2013.

    PERKARA.PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

    7. LP telah membuat simulasi dan ingin memaklumkan bahawakriteria kemasukan murid Tingkatan 4 Aliran Sains mulai tahun 2O1Sberdasarkan PBS peringkat menengah rendah adalah seperti berikut.

    semua murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred Bdalam mata pelajaran sains dan Matematik :digatakkanmengikuti aliran sains di Tingkatan 4;

    Comment,[BL]: Masukkan dimesyuarat rnana diputuskan tentangperkara iyri

  • murid yang mendapat gabungan Gred A/C, B/C atau CICdalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapatsekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran sekolahbagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminatuntuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik)dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4;

    Kes KhasMurid yang mendapat gabungan Gred fuD, B/D atau C/Ddalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapatsekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolahbagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminatuntuk belajar dalam allran sains (Pentaksiran Psikometrik)dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4;

    iv. Murid yang mendapat Gred E dalam mana-mana matapelajaran Sains dan Matematik tidak digalakkan mengikutialiran sains di Tingkatan 4.

    8. Antara asas pertimbangan yang telah diambil kira dalampenetapan kriteria kemasukan Tingkatan 4 aliran sains adalah dalamperekaan bentuk format instrumen Sains dan Matematik PT3, LP telahmengambil kira tahap penguasaan murid supaya mampu meneruskanpelajaran dalam aliran sains jika memperoleh gred seperti yangditetapkan.

    9. LP juga telah menggunakan analisis pencapaian calon yangmemperoleh sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Sainsdan Matematik dalam PMR (rujuk Jadual 1 dalam Lampiran) dan

    il.

    il1.

  • keputusan mata pelajaran Matematik Teras peringkat peperiksaan SijilPelajaran Malaysia (SPM) bagi calon yang sama (rujuk Jadual 2 dalamLampiran) untuk membuat unjuran kemampuan mereka mengikuti aliransains di peringkat menengah atas. Didapati bahawa 90% daripada calontersebut mampu mengikuti aliran sains di peringkat SPM iaitu denganmemperoleh minimum Gred B untuk mata pelajaran Matematik Teras,

    PENUTUP

    10. Ahli mesyuarat adalah dimohon untuk mengambil maklum tentangpenetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 Aliran Sains MulaiTahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Peringkat Menengah Rendah dan seterusnya membuat perancanganuntuk merealisasikan nisbah 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera.

    Lembaga PeperiksaanKemente rian P endidikan Malaysia18 Disember 2014