kemunculan aliran aliran akidah

29
Kemunculan Aliran-Aliran Akidah Pembentang Mohd Syafiq bin Abd. Aziz Mohd Akhmal bin Mohd Ali

Upload: akhmal-ali

Post on 12-Apr-2017

87 views

Category:

Economy & Finance


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemunculan aliran aliran akidah

Kemunculan Aliran-Aliran AkidahPembentangMohd Syafiq bin Abd. AzizMohd Akhmal bin Mohd Ali

Page 2: Kemunculan aliran aliran akidah

Pendahuluan•Aqidah atau aqoi’id berasal dari ”aqoda”

yang berarti tali, janji, dan kesungguhan hati. Sedangkan secara istilah sebagaimana disampaikan oleh Imam Syahid Hasan al-Banna, adalah ”perkara-perkara yang hati Anda membenarkannya, jiwa Anda menjadi tenteram karenanya, dan ia menjadikan rasa yakin pada diri Anda tanpa tercampuri oleh keraguan dan kebimbangan”.

Page 3: Kemunculan aliran aliran akidah

KEDUDUKAN KASARPeratus

ASWJSYIAHKHAWARIJMUKTAZILAH

Page 4: Kemunculan aliran aliran akidah

Ahli Sunnah Wal Jama’ah•Ahli Sunnah Waljamaah atau Ahli

Sunnah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabiin, dan tabiut tabiin. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 8% menganut aliran Syiah dan 2% lain-lain.

Page 5: Kemunculan aliran aliran akidah

Dua aliran utama Mazhab Ahli Sunnah•Al A’sya’irah : Diasaskan oleh Imam Abu

Hassan Al As’ari r.h.m,

•Al Maturidiah: Diasaskan oleh Imam Abu Mansour Al Maturidi r.h.m.

Page 6: Kemunculan aliran aliran akidah

Khawarij•Khawarij adalah firqah pertama yang keluar

dari jama’ah kaum muslimin dan memiliki pengikut yang tidak kecil serta memiliki sejarah berdarah yang cukup panjang dengan kaum muslimin.

•Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan: “Yang pertama kelua dari jamaah kaum muslimin, yang merupakan ahlul bid’ah, adalah Khawarij Al-Maariqun”.

Page 7: Kemunculan aliran aliran akidah

Khawarij

•Disamping itu, firqah ini masih eksis (ada) dan memiliki kekuatan sampai saat ini di negara Oman, Zanjibar (satu wilayah negara Tanzania), timur Afrika dan di sekitar negara Moroko, Tunisia, Libia dan Al Jaza’ir dengan madzhab Ibadhiyah-nya. Demikian juga pemikiran dan keyakinan mereka masih banyak mengotori pemikiran dan keyakinan kaum muslimin hingga saat ini.

Page 8: Kemunculan aliran aliran akidah

Syiah• Berasas dari pergolakan politik di

zaman para sahabat iaitu pemtembungan di antara mereka yang menyokong saidina Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a.

• Ada pendapat seorang yahudi memeluk Islam dan bersikap munafik bernama Abdullah bin Saba’ yang menjadi penca utama lahirnya fahaman ini.

Page 9: Kemunculan aliran aliran akidah

Syiah• Menurut Imam Abu Hasan Asy’ari dala,

bukunya Maqalaat Islamiyiin dan As-Syahrastani di dalam bukunya Al Milal Wal Nihal, Syiah adalah nama yang diberi kepada mereka yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali r.a dan percaya beliau mempunyai kelebihan berbanding sahabat-sahabat yang lain. Mereka lahir menjadi suatu aliran selepas berlaku ketegangan yang menjadi ukuran perperangan di antara Sadina Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a.

Page 10: Kemunculan aliran aliran akidah

Syiah• Apabila Saidina Ali r.a dan generasi pertama Ahlul Bait

meninggal dunia, timbu di kalangan mereka pendangan-padangan yang tersendiri berhubung dengan akidah dan syariah. Antaranya mereka berhujjah:

Kepimpinan negara adalah salah satu daripada rukun dan prinsip Islam.

Tidak boleh bagi Nabi s.a.w membiarkan dan menyerahkan kepadA ummat semata-mata.

Mereka percaya Imam itu bersifat Maksum (suci dari dosa)

Mereka percaya kedudukan Saidina Ali r.a lebih layak menjadi Khalifah dan bukannya melalui proses syura sahaja

Page 11: Kemunculan aliran aliran akidah

Syiah• Oleh itu mereka percaya kempimpinan Negara Islam mesti diserahkan

kepada Saidina Ali r.a dan keturunannya. Melantik orang lain bermaksud merampas hak dan melantik orang yang tidak layak. Ada di antara mereka menyifatkan perbuatan itu zalim dan kafir.

• Akhirnya Syiah berpecah kepada fahaman-fahaman yang banyak. Ada yang bersikap sederhana dan ada yang radikal. Antara mereka ialah:

Page 12: Kemunculan aliran aliran akidah

Syiah

Syiah Zaidiah : Mereka ialah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin. Imam Zaid dikenali sebagai Abu Muhammad bin Abu Hassan. Aliran ini dianggap paling hampir dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Syiah Imamiah : Mereka adalah golongan Syiah kedua terbesarberusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan Ummat Islam seluruhnya. Golongan syiah ini adalah yang paling ramai pengikutnya iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asa Tengah yang dijajah oleh komunis Russia. Mereka juga dikenali dengan nama Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar As Sadiq.

Page 13: Kemunculan aliran aliran akidah

Syiah

Syiah Ismailliah,

Baqiriah

Page 14: Kemunculan aliran aliran akidah

Syiah

Al Musawiyah dan lain-lain

Demikian sebahagian daripada beberapa perkara yang lahir dalam fahaman Syiah. Selain itu ada lagi dalamnya beberapa fahaman lain yang juga mempunyai pengikut-pengikutnya yang disebut secara khusus.

Page 15: Kemunculan aliran aliran akidah

Muktazilah•Muktazilah adalah satu dari cabang

pemikiran dalam Islamyang terkenal dengan sifat rasional dan liberal.

•Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.

Page 16: Kemunculan aliran aliran akidah

Tokoh-tokoh Muktazilah•Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor

ajaran ini.•Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun

lima ajaran asas Muktaziliyah.•an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.•Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-

Jubba’i (849-915 M).•Meskipun Muktazilah tiada lagi, namun

pemikiran rasionalnya sering dibahas cendekiawan muslim dan bukan muslim.

Page 17: Kemunculan aliran aliran akidah

Jabariah•Jabariah daripada perkataan jabar

(terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba ialah Allah.

Page 18: Kemunculan aliran aliran akidah

Jabariah• Jabariah ialah nama golongan yang

berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya . Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza tetapi pada hakikatnya sama sahaja.

Page 19: Kemunculan aliran aliran akidah

Jabariah

•Kesimpulannya perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti jasad mereka. Sekiranya setengah dari sifat manusia itu dicipta Allah san sebahagian darinya dicipta oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarNya.

Page 20: Kemunculan aliran aliran akidah

Jabariah•Benih fahaman ini berasal dari pegangan

orang Yahudi. Kemudian mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan fahaman ini ialah Jaad bin Darham.

Page 21: Kemunculan aliran aliran akidah

Jabariah•Apabila golongan Jabariah bertapak di

Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur Al Maturidi yang lahir pada abad keempat Hijrah berjaya mematahkan hujjah Jabariah, Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan iaitu:

▫Al Jahmiah,▫ Al Tabariah dan ▫Al Dirariah

Page 22: Kemunculan aliran aliran akidah

Qadariah•Mereka adalah golongan yang

menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya dari Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan.

Page 23: Kemunculan aliran aliran akidah

Qadariah

•Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad wafat, sebahagian kecil ummat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka dipengaruhi oleh anasir-anasir bukan Islam.

Page 24: Kemunculan aliran aliran akidah

Qadariah

•Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemah buku-buku asing tanpa batasan.

Page 25: Kemunculan aliran aliran akidah

Qadariah• Menurut sarjana sejarah Islam, antara orang

pertama yang menimbulkan fahaman ini ialah:

Ma’abad Al Juhani Ghilan Al Dimasyqi

• Golongan Qadariah berpecah kepada dua: Al Khabitah. Mereka pengikut Ahmad bin Khabit Al Hamariah. Mereka pada mulanya menjadi pengikut

Jaafar As Sadiq semasa Al Hassan yang menjadi salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup.

Page 26: Kemunculan aliran aliran akidah

Murji’ah• Gelaran ini diberi kepada mereka merujuk makna

perkataan irjak dari segi bahasa mempunya dua makna:

1. Ta’akhir iaitu menangguhnya.2. Ta’akhir iaitu memberi harapan.

• Ini kerana mereka menangguhkan amalan daripada niat dan qasad (maksud dan tujuan). Apabila merujuk pada makna yang kedua, mereka berkata, maksiat tidak memberi mudarat kepada iman sebagaimana taat tidak membawa mudarat kepada kufur. Kadang-kadang mereka memberi harapan pahala kepada pelaku maksiat.

Page 27: Kemunculan aliran aliran akidah

Murji’ah• Sebahagian sarjana Islam juga menghuraikan makna

murji’ah dengan maksud menangguhkan hukuman kepada pelaku maksiat sehingga hari kiamat bukannya dihukum di dunia ini. Segala hukuman yang diwajibkan oleh Allah seperti qisas dan hudud tidak perlu dilaksanakan.

• Golongan ini lahir kerana kesan daripada kemunculan mazhab Khawarij yang mengkafirkan orang beriman yang melakukan maksiat. Mazhab muktazilah menghukum pelaku maksiat tidak beriman dan tidak kafir sebaliknya mereka kekal dalam neraka.

Page 28: Kemunculan aliran aliran akidah

Murji’ah• Golongan Murji’ah terbahagi kepada empat

kumpulan:

1. Murji’ah Jabariah2. Murji’ah Qadariah3. Murji’ah Khawarij4. Murji’ah Khalisah

• Kemudian mereka berpecah mengikut pemimpin-pemimpin antaranya Al Yunusiah, Al Ghasaniah, Al Thaubaniah dan lain-lain.

Page 29: Kemunculan aliran aliran akidah

Penutup•Kumpulan-kumpulan tersebut adalah

kumpulan yang menyimpang dari akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

•Kita wajar menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh agar kita tidak terpengeruh dengan kesesatan. Pilihlah guru-guru yang murshid sebagai pembimbing.

•Wallahua’lam