kreativiti _pengaruh dan peranan lukisan di kalangan kanak-kanak.pdf

4
1 K REATIVITI ADALAH SESUATU YANG SUBJEKTIF. Setiap manusia dilahirkan kreatif. Usia 4 hingga 6 tahun merupakan ‘zaman keemasan’bagi seseorang manusia yang digelar kanak-kanak. Pada waktu pertumbuhan dan perkembangan ini tidak ada yang salah dan yang benar bagi kanak-kanak. Persekitarannya iaitu termasuk ibu bapa, masyarakat dan alam adalah pembelajaran dan pengalaman baginya. Untuk mendapat pembelajaran yang maksimum, kanak-kanak memerlukan alat untuk menyalurkan maklumat, pengalaman dan pengetahuannya secara lancar. Nilai komunikasi yang diperoleh oleh kanak-kanak pada usia ini begitu bermakna jika dibandingkan dengan “perbendaharaan kata yang dimilikinya”. Kesukaran kawalan motor-motor halus untuk membuat catatan dalam bentuk tulisan memerlukan kanak-kanak menggunakan motor kasar sebagai alat membuat catatan. Pada peringkat ini kanak-kanak gemar menconteng. Pada ketika inilah lukisan begitu berpengaruh bagi kanak- kanak. Justeru (contengan, dan lakaran) lukisan adalah proses kreatif yang membenarkan kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman menerusinya dan sekali gus sebagai suatu media untuk berkomunikasi. Menerusi lukisan kanak-kanak dapat bereksperimen dengan dunianya — sebagai bahasa visual untuk melahirkan perasaannya terhadap diri sendiri - sebagai pengalaman sosial. Peranan lukisan sebagai media yang luas dengan memberi kanak-kanak peluang untuk melahirkan perasaan, mengembangkan daya intelek, emosi, sensitiviti, kepekaan kepada keindahan dan pengamatan dapat dikesan menerusi lakaran-lakaran bermakna yang dihasilkan di atas kertas. Lukisan juga membuktikan kewujudan elemen-elemen kreatif dalam diri kanak-kanak yang dapat dikesan menerusi keaslian pengutaraan lakarannya, kelancaran dan kepantasan serta kebolehan kanak-kanak memberi idea dan menunjukkan keyakinan dirinya. Hasil lukisan kanak-kanak berkemungkinan tidak sebaik orang dewasa namun nilai yang terkandung di dalamnya begitu bermakna bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada orang dewasa sebagai alat untuk memahami dunia kanak-kanak. Pengenalan Pandangan tradisi mengenai kreativiti dan kecerdasan bermula sejak zaman Greek Awal oleh ahli psikologi yang mempercayai bahawa kreativiti adalah bakat dan lahir secara semula jadi dan justeru itu ianya tidak dapat dijelaskan secara saintifik. Walau bagaimanapun, pada abad ke-20, saintis seperti C. Spearman dan A. Binet berjaya mengenal pasti kebolehan mental dengan menggunakan Stanford Binet IQ Test. Binet berpendapat bahawa semua keupayaan mental dapat di generalisasi secara umum. Beliau mengatakan jika seorang kanak-kanak mempunyai tahap keupayaan mental dalam melaksanakan sesuatu aktiviti maka keupayaan ini boleh disamakan kepada semua kanak-kanak yang seusia dengannya. Kajian mereka juga merumuskan bahawa jika kanak-kanak berusia lima tahun dapat mempamerkan keupayaan mental yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak berusia 8 tahun, maka kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu boleh dikatakan mempunyai keupayaan mental yang tinggi. Kreativiti adalah satu potensi dan potensi ini wujud dalam diri setiap individu. Mereka yang kreatif adalah mereka yang menggunakan potensi yang ada dalam din masing-masing. Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orangkreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk. Prinsip-prinsip kreatif turut dikemukakan oleh ahli teori antaranya Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu, menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji secara teliti, dan menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi). Prinsip-prinsip ini boleh membantu seseorang untuk melahirkan pemikiran kreatif, kreatif bukan sekadar perkara atau objek yang dihasilkan, kreatif boleh dihasilkan melalui pelbagai bentuk termasuk penulisan, rekaan, gubahan dan sebagainya. Walaupun ramai yang dikatakan kreatif, apakah mereka ini benar-benar kreatif sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang dapat dikatakan kreatif ? Viktor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti bukanlah sesuatu yang tiba-tiba terjadi. Ia adalah sebahagian daripada pati daripada keseluruhan sistem pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak termasuklah persekitaran, bahan, alatan, rakan, guru dan nilai sosial masyarakat. Seterusnya Viktor Lowenfeld (1987) menggariskan tret individu yang kreatif kepada 7 ciri yang dapat dipupuk pada diri seseorang iaitu kelenturan, pemikiran bercapah, mempunyai keaslian dalam basil karya, kelancaran dalam berfikir, sedia menghadapi risiko, kerumitan, perasaan ingin tahu, dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Herberholz dan Alexender (1985) dalam bukunya “Developing Artistic and Perceptual Awareness”telah membincangkan pendapat daripada beberapa sarjana mengenai kreativiti, antaranya McFee menyatakan kreativiti adalah keupayaan untuk mereka cipta sesuatu simbol dan idea yang baru, sentiasa membuat pembaharuan terhadap simbol-simbol sedia ada, menyusun semula idea-idea dan simbol yang telah disusun kepada susunan dan mengintegrasikan idea baru ke dalam idea yang telah disusun untuk menambah sempurna system atau organisasi. (ms. 6). Manakala Lowenfeld pula menyebut kreativiti adalah sesuatu yang wujud dari dalam diri individu, yang lahir bersama-samanya. Ia adalah keupayaan yang digunakan untuk menyelesaikan dan menyatakan permasalahan yang wujud dalam kehidupan individu tersebut. Kreativiti adalah keupayaan untuk meneroka dan menyiasat yang mendorong manusia untuk bertindak dan Kreativiti : Pengaruh dan Peranan Lukisan di kalangan kanak-kanak

Upload: rong-ing

Post on 21-Nov-2015

116 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 1KREATIVITI ADALAH SESUATU YANG SUBJEKTIF. Setiap manusia dilahirkan kreatif. Usia 4 hingga 6 tahun merupakan zaman keemasan bagi seseorang manusia yang digelar kanak-kanak. Pada waktu pertumbuhan dan perkembangan ini tidak ada yang salah dan yang benar bagi kanak-kanak. Persekitarannya iaitu termasuk ibu bapa, masyarakat dan alam adalah pembelajaran dan pengalaman baginya. Untuk mendapat pembelajaran yang maksimum, kanak-kanak memerlukan alat untuk menyalurkan maklumat, pengalaman dan pengetahuannya secara lancar.

    Nilai komunikasi yang diperoleh oleh kanak-kanak pada usia ini begitu bermakna jika dibandingkan dengan perbendaharaan kata yang dimilikinya. Kesukaran kawalan motor-motor halus untuk membuat catatan dalam bentuk tulisan memerlukan kanak-kanak menggunakan motor kasar sebagai alat membuat catatan. Pada peringkat ini kanak-kanak gemar menconteng. Pada ketika inilah lukisan begitu berpengaruh bagi kanak-kanak. Justeru (contengan, dan lakaran) lukisan adalah proses kreatif yang membenarkan kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman menerusinya dan sekali gus sebagai suatu media untuk berkomunikasi.

    Menerusi lukisan kanak-kanak dapat bereksperimen dengan dunianya sebagai bahasa visual untuk melahirkan perasaannya terhadap diri sendiri - sebagai pengalaman sosial. Peranan lukisan sebagai media yang luas dengan memberi kanak-kanak peluang untuk melahirkan perasaan, mengembangkan daya intelek, emosi, sensitiviti, kepekaan kepada keindahan dan pengamatan dapat dikesan menerusi lakaran-lakaran bermakna yang dihasilkan di atas kertas.

    Lukisan juga membuktikan kewujudan elemen-elemen kreatif dalam diri kanak-kanak yang dapat dikesan menerusi keaslian pengutaraan lakarannya, kelancaran dan kepantasan serta kebolehan kanak-kanak memberi idea dan menunjukkan keyakinan dirinya. Hasil lukisan kanak-kanak berkemungkinan tidak sebaik orang dewasa namun nilai yang terkandung di dalamnya begitu bermakna bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada orang dewasa sebagai alat untuk memahami dunia kanak-kanak.

    PengenalanPandangan tradisi mengenai kreativiti dan kecerdasan bermula sejak zaman Greek Awal oleh ahli psikologi yang mempercayai bahawa kreativiti adalah bakat dan lahir secara semula jadi dan justeru itu ianya tidak dapat dijelaskan secara saintifik. Walau bagaimanapun, pada abad ke-20, saintis seperti C. Spearman dan A. Binet berjaya mengenal pasti kebolehan mental dengan menggunakan Stanford Binet IQ Test. Binet berpendapat bahawa semua keupayaan mental dapat di generalisasi secara umum. Beliau mengatakan jika seorang kanak-kanak mempunyai tahap keupayaan mental dalam melaksanakan sesuatu aktiviti maka keupayaan ini boleh disamakan kepada semua kanak-kanak yang seusia dengannya. Kajian mereka juga merumuskan bahawa jika kanak-kanak berusia lima tahun dapat mempamerkan keupayaan mental yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak berusia 8 tahun, maka kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu boleh dikatakan mempunyai keupayaan mental yang tinggi.

    Kreativiti adalah satu potensi dan potensi ini wujud dalam diri setiap individu. Mereka yang kreatif adalah mereka yang menggunakan potensi yang ada dalam din masing-masing. Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti.

    Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orangkreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

    Prinsip-prinsip kreatif turut dikemukakan oleh ahli teori antaranya Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu, menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji secara teliti, dan menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi). Prinsip-prinsip ini boleh membantu seseorang untuk melahirkan pemikiran kreatif, kreatif bukan sekadar perkara atau objek yang dihasilkan, kreatif boleh dihasilkan melalui pelbagai bentuk termasuk penulisan, rekaan, gubahan dan sebagainya.

    Walaupun ramai yang dikatakan kreatif, apakah mereka ini benar-benar kreatif sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang dapat dikatakan kreatif ? Viktor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti bukanlah sesuatu yang tiba-tiba terjadi. Ia adalah sebahagian daripada pati daripada keseluruhan sistem pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak termasuklah persekitaran, bahan, alatan, rakan, guru dan nilai sosial masyarakat. Seterusnya Viktor Lowenfeld (1987) menggariskan tret individu yang kreatif kepada 7 ciri yang dapat dipupuk pada diri seseorang iaitu kelenturan, pemikiran bercapah, mempunyai keaslian dalam basil karya, kelancaran dalam berfikir, sedia menghadapi risiko, kerumitan, perasaan ingin tahu, dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

    Herberholz dan Alexender (1985) dalam bukunya Developing Artistic and Perceptual Awareness telah membincangkan pendapat daripada beberapa sarjana mengenai kreativiti, antaranya McFee menyatakan kreativiti adalah keupayaan untuk mereka cipta sesuatu simbol dan idea yang baru, sentiasa membuat pembaharuan terhadap simbol-simbol sedia ada, menyusun semula idea-idea dan simbol yang telah disusun kepada susunan dan mengintegrasikan idea baru ke dalam idea yang telah disusun untuk menambah sempurna system atau organisasi. (ms. 6). Manakala Lowenfeld pula menyebut kreativiti adalah sesuatu yang wujud dari dalam diri individu, yang lahir bersama-samanya. Ia adalah keupayaan yang digunakan untuk menyelesaikan dan menyatakan permasalahan yang wujud dalam kehidupan individu tersebut. Kreativiti adalah keupayaan untuk meneroka dan menyiasat yang mendorong manusia untuk bertindak dan

    Kreativiti : Pengaruh dan Peranan Lukisan di kalangan kanak-kanak

  • 2tampanya manusia tidak akan mempunyai sebarang dorongan dalam hidupnya.(ms. 6).

    Guilford pula berpendapat manusia yang mempunyai pemikiran yang kreatif adalah manusia yang paling fleksibel. Mereka dapat menolak cara berfikir yang lama dengan menerima pembaharuan secara terbuka dan dalam ruang lingkup kreativiti seseorang yang dapat menunjukkan pemikiran kreatif akan menunjukkan ciri-ciri keaslian.(ms. 6).

    Robert Schirrmacher (1997) menyatakan kreativiti boleh didefinisikan kepada enam aspek yang dapat mewujudkan pembelajaran kepada kanak-kanak merangkumi :

    a. kreativiti sebagai sikap:

    kreatif adalah suatu cara yang unik untuk melihat persekitaran tanpa jawapan betul atau salah, yang ada hanya kemungkinan-kemungkinan terhadap sesuatu situasi. Kanak-kanak menunjukkan sikap kreatif apabila mereka mencuba sesuatu yang baru dan cara lain melakukan sesuatu. Menolak sempadan dan meneroka kemungkinan, memanipulasi idea dan bahan mengikut kehendak mereka, Memisahkan dan mencantumkan idea menerusi cara yang berbeza. Terlibat secara fizikal, menyelesaikan masalah mereka dan bertanya soalan atau melakukan sesuatu yang menuntut cabaran

    b. kreativiti sebagai proses melakukan sesuatu

    Pendekatan proses diperlukan untuk melibatkan proses kreatif walaupun akhirnya tidak akan mendapatkan basil yang dikehendaki. Proses kreatif melibatkan pemikiran, percakapan, bermain, mencatat, mengkaji objek, memanipulasi idea sebagai asas proses.

    c. kreativiti sebagai suatu produk Setiap produk mempunyai nilai kreatif.

    d. kreativiti sebagai basil

    Hasil sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun basil maujud merupakan suatu bentuk kreatif yang telah melalui proses pemikiran, penjanaan dan penghasilan.Edison sebagai contoh berjaya menghasilkan mentol lampu basil pemikiran kreatifnya. Kanak-kanak terlalu sedikit yang mempunyai orientasi basil kerana mereka cepat bosan, namun jika digalakkan dan dimotivasikan, akan menjadi basil yang mereka banggai.

    e. Kreativiti sebagai kemahiran mereka yang mempunyai kreativiti kemahiran biasanya mempunyai potensi bakat. Namun jika kemahiran ini tidak diasuh dan digunakan ianya kan pudar.

    f. Kreativiti sebagai tret personaliti

    Ia sebagai bentuk personaliti seseorang yang terdapat di dalam dirinya. Berdasarkan berbagai definisi yang telah diberikan, dapat disimpulkan bahawa kreativiti seseorang itu membezakan dirinya dengan orang lain kerana keupayaan melihat peluang yang sama dengan pendekatan yang berbeza. Sesuatu masalah itu boleh ditukar kepada satu peluang yang menguntungkan bagi dirinya dengan menggunakan pemikiran kreatifnya (Habibah & Noran 2002).

    Berdasarkan kajian-kajian dan teori yang pelbagai terhadap konsep dan pengertian kreativiti, secara umum kreativiti boleh diklasifikasikan kepada empat aspek iaitu kreativiti yang berasaskan kepada potensi pencapaian kreatif sebagai satu set ciri-ciri individu. Kreativiti juga dapat dilihat dari dimensi yang berasaskan proses awal hingga penghasilan produk(perlakuan

    terhadap potensi pencapaian). Ia juga boleh didefinisikan sebagai produk iaitu kreativiti dilihat terhadap produk dan bukan individu dan kreativiti juga memberi makna satu syarat-syarat persekitaran yang melibatkan usaha ke arah aktiviti kreatif. Kanak-kanak berkembang secara holistik, pada waktu perkembangan di zaman keemasan ini kanak-kanak mempunyai kreativiti yang begitu maksimum kerana kanak-kanak belum dibelenggu oleh undang-undang orang dewasa.

    something not only about children but also about the nature of thought and problem solving among both children and adults .(ms.10).

    Kamus Dewan (1997) mendefinisikan kreatif sebagai memOnyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea barn dat.aali. Collins Concise Dictionary (1995) mengatakan kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta. Kamus Websters II (1984) pula menyebut individu yang kreatif adalah orang yang mempunyai keupayaan mencipta dan mempunyai daya khayalan.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (1993) menerusi Model Kemahiran Berfikir menyatakan kreatif adalah memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dari.baru. Ia menekankan penggunaan data atau maklumat yang sedia ada untuk menjana kemungkinan idea barn (posibilities), bagi memenuhi tujuan tertentu. Kemahiran berfikir boleh dikelaskan dalam kategori ini termasuklah mengeluarkan idea, membuat ramalan, membuat analogi, membuat hipotesis, membuat generalisasi, membuat kesimpulan, membuat sintesis, membuat peta konsep, mereka cipta, CoRT 1 (memperluas persepsi) dan CoRT 4 (pemikiran literal dan kreatif).

    Kreativiti dalam Lukisan kanak-kanak

    Lukisan kanak-kanak menurut (Linda Carol Edwards 2002)adaiah hasil coretan kanak-kanak berdasarkan pengalamannya, idea dan perasaan mereka dan bertujuan untuk membuat pernyataan sebagai alat komunikasi. Manakala Arnheim (1969), yang mengkaji mengenai pemikiran visual dalam imej dan idea terhadap lukisan kanak-kanak menyatakan bahawa walaupun lukisan kanak-kanak memperlihatkan ciri-ciri primitif, beliau mengenal pasti bahawa menerusi lukisan yang dihasilkan kanak-kanak secara abstrak cuba untuk menyatakan perasaan mereka, memberi penjelasan mengenai pengalaman dan menghasilkan sesuatu menerusi pemerhatian yang mereka lakukan terhadap kehidupan seharian mereka.

    Ibrahim Hassan (2000) menyatakan Lukisan (contengan) kanak-kanak pada peringkat prasekolah berada pada peringkat Manipulatif dengan menunjukkan contengan yang semakin meyakinkan. Judith Burton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis lukisan konseptual di peringkat manipulatif iaitu yang pertama konsep tampak yang menjelaskan bagaimana kanak-kanak mengalami dan mempelajari ada Benda yang boleh disusun dengan berbagai-bagai cara dan kemampuan melahirkan sifat-sifat garisan, rupa bentuk dan jalinan dalam contengan. Seterusnya konsep perhubungan yang menunjukkan keupayaan membina atau menyusun dan boleh membuat perbandingan di antara susunannya. Akhir sekali konsep pernyataan (ekspresif) iaitu kesedaran terhadap adanya perkaitan antara pengalaman dan pemerhatian.

    Projek Zero oleh Sekolah pendidikan oleh mahasiswa Universiti Harvard

  • 3yang mengkaji mengenai berfikir menerusi Beni dan pendidikan serli. ji bawah Howard Gardner dalam tahun 1982 percaya bahawa dalam setiap budaya, terdapat sistem simbol atau kod yang digunakan untuk tujuan komunikasi. Simbol-simbol ini boleh didapati menerusi bahasa, muzik, lukisan, dan pelinainan.

    Kanak-kanak berkembang menerusi tahap-tahap kognitif yang tertentu dalam usaha memahami simbol-simbol tersebut yang bakal mereka gunakan dalam komunikasi. Gardner mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak seiring dengan perkembangan artistik mereka. Engel (1973) percaya bahawa produk seni adalah hasil minda. Kanak-kanak apabila didedahkan kepada simbol-simbol artistik yang terdapat di dalam sistem sosial masyarakat, akan memproses maklumat-maklumat tersebut ini dalam fikiran mereka dan menyatakannya menerusi pelbagai bentuk representasi. Dalam konteks ini, lukisan adalah hasil minda kanak-kanak. Pandangan kognitif mengenai seni visual juga mengarah kepada penglibatan kemahiran berfikir secara kreatif. Eisner 91972) walaupun menjelaskan bahawa mengenal pasti aspek-aspek kreativiti di dalam hasil seni bukanlah suatu kerja mudah, namun beliau menjelaskan empat kriteria proses kreatif yang dapat dilihat dalam seni visual.

    Pertama menolak sempadan yang mana seseorang berkeupayaan menggunakan subjek pilihan dan mengubahnya dalam suatu basil yang tidak stereotaip, berupaya melihat sesuatu dalam dimensi yang berbeza. Proses kedua ialah mereka cipta adalah proses untuk menyusun semula ke dalam suatu bentuk barn yang bermakna. Seterusnya memecah tembok kebiasaan iaitu menolak cara biasa melihat sesuatu idea dengan memberi suatu bentuk barn kepada idea tanpa rasa takut atau ragu-ragu.

    Proses ini mempunyai persamaan dengan proses menyelesaikan masalah dan proses terakhir ialah penyusunan estetik yang mana bukan sahaja melibatkan mereka cipta sesuatu yang barn, is juga melibatkan bagaimana seseorang melihat sesuatu yang tersusun dalam situasi yang tidak tersusun dan berkeupayaan meletakkan elemen-elemen yang terlibat dalam susunan yang harmonis dan dapat diterima. Eisner memberi contoh kanak-kanak yang berkeupayaan menggunakan huruf atau nombor dalam penghasilan corak dan menggunakan getah pemadam sebagai rubber stamp menunjukkan kreativiti dalam seni visual.

    Getzels dan Csikszemtmihalyi (1976) mengenal pasti proses kreatif dalam seni visual melibatkan proses kemahiran menyelesaikan masalah. Proses penyelesaian maslah melibatkan proses mengenal pasti masalah, mencari jalan penyelesaian dan akhir sekali menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai lanjutan, mereka membandingkan suatu situasi yang mana A meniru lukisan yang dihasilkan dan B yang diberi suatu subjek untuk dijadikan idea kepada lukisan. Pada tahap pertama proses meniru lukisan di kenal pasti sebagai masalah dan A dan B dapat menyelesaikan masalah dengan mudah.

    Namun demikian dalam langkah kedua yang memerlukan kedua-duanya menggunakan imaginasi dan mencari masalah yang dapat dikaitkan dengan subjek sebelum boleh menghasilkan lukisan menunjukkan hasil yang kontra di antara A dan B. Ini menunjukkan seseorang memerlukan keupayaan untuk menggunakan imaginasi dan kreativiti dalam menyelesaikan permasalahan sebelum dapat menghasilkan lukisan. Walaupun banyak bukti menunjukkan kerja seni mewakili proses berfikir, Gardner (1983) percaya bahawa sistem sosial memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan perkembangan kemahiran

    berfikir kreatif dalam persekitaran artistik. Kanak-kanak walaupun mempunyai keupayaan memahami simbol seni, tetapi jika masyarakat tidak menyediakan persekitaran maka keupayaan tersebut tidak dapat berkembang.

    Lowenfeld (1972) menyatakan orang dewasa tidak perlu terlalu mendesak kanak-kanak dalam membentuk kreativiti, yang jelas tumpuan hams diberikan kepada aspek psikologi dan fizikal serta persekitaran yang menjadi agen untuk memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meneroka dan mengkaji dalam usaha menjadi 1ereatif. Kanak-kanak prasekolah penuh dengan pertanyaan dan ibu bapa serta guru kurang gemar untuk menjawab soalan kenapa, dan apa yang sering dinyatakan oleh kanak-kanak. Gardner (1982) turut menjelaskan bahawa perlu ada kesungguhan untuk mencari kelainan dal,am seni visual sebagai langkah untuk menjadi kreatif.

    Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa implikasi terhadap kemahiran berfikir kreatif dapat dipelajari oleh kanak-kanak menerusi lukisan sekiranya diberi persekitaran yang kondusif. Elemen kreatif yang dikemukakan oleh Torrance iaitu keaslian, kelenturan, kelancaran dan penghuraian dalam menghasilkan lukisan. Keaslian yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah keaslian kanak-kanak mengeluarkan idea, maklumat, pengalaman ke dalam bentuk visual. Aspek fleksibiliti melihat bagaimana kanak-kanak berupaya untuk berubah mengikut tugasan yang diberi, mempunyai idea yang bercapah, dapat memberi alasan dan sebab sesuatu basil lukisan.

    Kelancaran merujuk kepada keupayaan kepantasan dan kecepatan kanak-kanak memberi idea tanpa sekatan. Kanak-kanak yang mempunyai kelancaran dapat merubah pemikiran mereka secara pantas mengikut kesesuaian tugasan. Aspek terakhir iaitu penghuraian merujuk kepada bagaimana kanak-kanak menghuraikan basil kerja mereka, memberi tajuk dan menjelaskan objek yang dihasilkan dengan penuh keyakinan.

    Kesimpulan

    Pada waktu pertumbuhan dan perkembangan ini tidak ada yang salah dan yang benar bagi kanak-kanak. Persekitarannya iaitu termasuk ibu bapa, masyarakat dan alam adalah pembelajaran dan pengalaman baginya. Untuk mendapat pembelajaran yang maksimum, kanak-kanak memerlukan alat untuk menyalurkan maklumat, pengalaman dan pengetahuannya secara lancar. Nilai komunikasi yang diperoleh oleh kanak-kanak pada usia ini begitu bermakna jika dibandingkan dengan perbendaharaan kata yang dimilikinya.

    Kesukaran kawalan motor-motor halus untuk membuat catatan dalam bentuk tulisan memerlukan kanak-kanak menggunakan motor kasar sebagai alat membuat catatan. Pada peringkat ini kanak-kanak gemar menconteng. Pada ketika inilah

    lukisan begitu berpengaruh bagi kanak-kanak. Justeru (contengan, dan lakaran) lukisan adalah proses kreatif yang membenarkan kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman menerusinya dan sekali gus sebagai suatu media untuk berkomunikasi. Menerusi lukisan kanak-kanak dapat bereksperimen dengan dunianya sebagai bahasa visual untuk melahirkan perasaannya terhadap diri sendiri - sebagai pengalanian sosial.

    Peranan Lukisan sebagai media yang luas dengan memberi kanak-kanak peluang untuk melahirkan perasaan, mengembangkan daya intelek, emosi, sensitiviti, kepekaan kepada keindahan dan

  • 4pengamatan dapat dikesan menerusi lakaran-lakaran bermakna yang dihasilkan di atas kertas. Lukisan juga membuktikan kewujudan elemen-elemen kreatif dalam diri kanak-kanak yang dapat dikesan menerusi keaslian pengutaraan lakarannya, kelancaran dan kepantasan serta kebolehan kanak-kanak memberi idea dan menunjukkan keyakinan dirinya. Hasil lukisan kanak-kanak berkemungkinan tidak sebaik orang dewasa namun nilai yang terkandung di dalamnya begitu bermakna bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada orang dewasa sebagai alat untuk memahami dunia kanak-kanak.

    Bibliograil

    Abdul Shukor Hashim (1985). Mengisi Kekosongan Jiwa Murid, Dewan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Julai, ms. 35-36

    Arnheim, R.( 1969). Visual Thinking. University of California Press.

    Beetlestone, F. (1998). Creative Children, Imiginative Teaching. Buckingham: Open University Press

    Eisner, E.W. (1972). Educating Artistic Vision. MacMillan Publication Co. Ltd.

    Gardner, H. (1982). Art, Mind and Brain. A Cognitive Approaches to Creativity. New York : Basic Books.

    Gardner, H. (1983). Frames of mind: The Theory of Multiple Intelligence. New York : Basic Books.

    Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Herberholz & Alexander. (1985). Developing Artistic and Perceptual Awareness.

    Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Linda, C. E. (2002). The Creative Arts: A Process Approach for Teachers and Children. Ohio: Merrill Prentice Hall

    Lowenfeld, V. And Lambert Brittain, W. (1987). Creative and Mental Growth, 7th.ed. Collier London :Macmillan

    Robert Schirrmacher. (1998). Art and Creative Development for Young Children, 3ed. Demlar Publisher, New York.

    Torrance, E. Paul. (1962). Guiding Creative Talent. New Jersey: Englewood.

    Torrance, E. Paul. (1965). Rewarding Creative Behavior : Experiments In Classroom Creativity. New Jersey : Prentice Hall.