kraf tradisional - ukiran kayu psv 3108

Upload: mandy-cheng

Post on 14-Apr-2018

841 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    1/11

    KRAF TRADISIONAL - UKIRAN KAYU

    SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SENI UKIRAN MELAYU

    Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama

    bertapak dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam,

    kewujudannya paling ketara dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas

    rumah, perahu, alat persenjataan dan elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat

    daripada kayu.

    Menurut Halim Nasir (1987), seni ukir di Semenanjung Malaysia boleh

    bermulanya semenjak zaman Batu Megalithik dengan penemuan motif-motif pada batu

    dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif dan kaligrafi

    pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam ke rantau sebelah

    timur. Manakala penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing dan cap mohor

    kerajaan lama menandakan kemahiran tukang atau kepandaian Melayu purba dalam

    menggunakan logam ketika zaman logam sehingga kepada era kedatangan Islam.

    Dalam konteks seni ukiran kayu, penemuan yang meluas pada rumah kediaman, istana,

    masjid, rumah wakaf, gerbang dan juga pada senjata, peralatan pertukangan, perabut,

    perkakas rumah serta perahu.

    Dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur

    Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Patani di

    Selatan Thai. Namun terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak,

    Kedah dan Negeri Sembilan yang dihias dengan ukiran, Zulkifli Hanafi, (2000). Secara

    amnya terdapat persamaan atau pengaruh setempat dengan kawasan sekitarannya ;

    umpamanya ukiran seni bina rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu

    dengan Selatan Thai sementara Negeri Sembilan dengan Minangkabau, Halim Nasir

    (1987).

    Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikanketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor

    masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayatnya. Faktor-faktor tersebut menjadi

    antara penyebab kepada semakin terhakisnya keminatan, kepedulian, penghayatan

    dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini kraf tradisional ukiran kayu

    ini.

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    2/11

    PENGENALAN

    Ukiran kayu sangat terkenal di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri-

    negeri sebelah pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Hubungan rapat

    dengan Pattani yang merupakan pusat kegiatan seni ukir terkenal pada masa dahulu

    sedikit sebanyak telah mempengaruhi seni ukir di negeri-negeri tersebut.

    Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, kepercayaan terhadap animisme

    sangat meluas dan menjadi anutan kepada masyarakat pada masa itu dan secara tidak

    langsung ia telah meresap ke atas seni ukiran . Motif yang digunakan pada masa itu

    lebih kepada figura dan juga binatang. Apabila pengaruh Islam mula memasuki Tanah

    Melayu, ajaran Islam mula mengubah pemikiran masyarakat pada masa itu dan secara

    tidak langsung Islam melarang penggunaan motif-motif figura dan binatang yang

    sememangnya bertentangan dengan akidah Islam. Islam melebihkan penggunaan motif

    bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri dan kaligrafi sebagai menggantikan

    penggunaan motif-motif figura dan binatang.

    Seterusnya, ukiran digunakan sebagai hiasan dalaman dan luaran rumah.

    Tambahan lagi, rumah tradisional mempunyai fungsi yang tersendiri bersama ukiran

    yang diukir pada bahagian-bahagian rumah tersebut. Terdapat hiasan ukiran yang di

    buat bagi memenuhi tuntutan spiritual, ada juga sebagai gambaran kepada status sosial,

    tanda peringatan, apresiasi dan lain-lain maksud lagi.

    Justerunya, keindahan dan kecantikan merupakan keperluan dan kehendak bagi

    manusia. Oleh itu, tidak menjadi satu kehairanan apabila masyarakat dahulu

    mementingkan nilai-nilai tersebut dalam pembinaan sesuatu tempat kediaman.

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    3/11

    MOTIF- MOTIF SENI UKIRAN KAYU MELAYU

    Motif ukiran melayu terbahagi kepada beberapa jenis :

    a. Fauna

    Motif ini terkenal sebelum kemasukan dan kedatangan pengaruh islam.

    Motif ini banyak digunakan semasa zaman pengaruh Hindu dan Buddha. Bangsa

    melayu menerapkan unsur-unsur keagamaan dalam seni ukiran. Contohnya,

    karakter dewa dari epik Hindu dan Buddha. Selepas kemasukkan islam, motif-

    motif haiwan telah diabstrak dan ubahsuai agar tidak seratus-peratus seperti

    haiwan yang betul atau tulen.

    b. Flora

    Selepas pengaruh islam wujud di tanak melayu, orang melayu telah

    bertukar arah kepada penggunaan motif flora sebagai motif utama dalam ukiran.

    Agama islam melarang penggunaan motif haiwan. Motif yang digunakan semasa

    pengaruh islam banyak datangnya daripada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di

    sekitar kawasan rumah.

    c. Kaligrafi

    Motif kaligrafi digunakan berupaya teks nasihat, pengajaran, peringkatan,

    undang undang, doa dan seumpamanya. Biasanya kaligrafi mempunyai makna

    Ayam Berlaga Itik Pulang Petang

    Motif bunga tanjung

    Motif bunga jeruk

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    4/11

    dan mesej yang ingin disampaikan kepada kalayak ramai. Namun, mesej

    tersebut bergantung kepada fungsi dan lokasi seni ukiran tersebut.

    d. Geometri

    Apabila motif haiwan tidak dibenarkan dalam agama islam, pengukir ,ula

    menerapkan corak geometri dalam ukiran. Biasanya motif geometri digabungkan

    dengan motif kaligrafi. Selain itu, motif geometri turut digabungkan dengan motif

    flora.

    Di tempat sandar bot

    sultan Muhammad IV.

    Pada tarikh 1896.

    Lazimnya terdapat di

    surau, masjid atau pusat

    islam.

    a. Banji

    b. Kawung

    c. Ceplok

    d. Kisi-kisi

    e. Jalur

    f. Swastika

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    5/11

    e. Kosmos

    Motif kosmos adalah menggunakan unsur alam seperti matahari, bulan,

    bintang, awan bergerak, bukit bakau, ombak dan lain-lain. Motif matahari dan

    bintang adalah contoh yang selalu dipakai di tebar layar bumbung rumah.

    Motif kosmos yang diukir pada tebar layar

    bumbung rumah. Rumah tradisional di

    langkawi, kedah.

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    6/11

    JENIS-JENIS SILAT

    a. Silat belah rotan

    - Menggambarkan binaan separyh bulat dengan bantuk mungkumnya

    mengarah ke bahagian atas.

    - Menyerupai rotan dibelah dua dan seterusnya disusun menjadi gunahan

    pada satu pemukaan papan, dan juga disebut sebagai silat bulat.

    - Silat ini, biasanya diukir sebagai ranting atau dahan pada ukiran motig flora.

    b. Silat serong

    - Silat ini mengutamakan corak pada bahagian tepi, iaitu kanan dan kiri.

    - Bentuk silat ini adalah melengkok, berlekuk-lekuk, membulat, menyerong dan

    curam.

    - Silat ini, juga dikenali sebagi silat sodok.

    c. Silat minangkabau

    - Bahagian tepi ukiran akan ditebukan dan diratakan secara serong agar

    meninggalkan batas yang tajam.

    - Silat ini hanya sesuai untuk ukiran daun yang kecil dan panjang sahaja.

    Silat Belah Rotan /

    Silat Bulat

    Silat Serong /

    Silat Sodok

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    7/11

    d. Silat leper

    - Bentuknya adalah leper dan rendah hampir menyerupai silat belah rotan.

    - Silat ini merupakan silat yang paling mudah dan cepat untuk disiapkan.

    e. Silat dada tumas

    - Bentuknya adalah terdapat dua lengkungan separuh bulat, dan lengkungan

    pada silat ini kelihatan lebih hidup dan bergaya.

    Silat Minangkabau

    Silat Leper

    Silat Dada

    Tumas

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    8/11

    BENTUK-BENTUK UKIRAN

    a. Ukiran panel

    Ukiran panel, mempunyai panjang dan lebar yang pelbagai dan ketebalan

    yang seragam mengikut ketebalan dinding. Ianya, diukir dengan teknik tebuk

    tembus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Ukiran panel ini boleh dikemaskan

    dengan silatan ukir seperti silat belah rotan, silat sodok dan sebagainya. ukiran

    panel biasanya tidak digunakan bersendirian tetapi dipadankan dengan elemen-

    elemen lain seperti panel kosong, jendela, pintu dan lubang angin. Elemen ini

    digubah dengan begitu teliti sehingga mencapai suatu reka bentuk komposisi

    dinding yang begitu indah dan tidak jemu mata memandang.

    Selain itu, ukiran panel ini ibarat gunungan atau pohon budi atau pohon

    hayat pada persembahan wayang kulit yang membawa lambang kehidupan

    seperti juga Tree Of Life dalam banyak budaya lain di dunia. Ia adalah suatu

    perlambangan yang membawa maksud tentang kewujudan pencipta alam ini

    yang maha berkuasa dan maha agung.

    Seterusnya, panel-panel dinding ini selain dari motif tumbuhan ia juga

    digabungkan dengan motif khaligrafi, kosmos dan geometri. Motif-motif ini adalah

    penghayatan pengukir tentang apa yang diperhatikan di sekeliling mereka

    dengan panduan kepercayaan dan agama. Jelas di sini agama Islam menjadi

    asas pembentukan jiwa dan tercetuslah ilham rupa seni ukir kayu daripadanya.

    Jenis tumbuhan yang diilhamkan termasuklah tumbuhan rumput rampai,

    tumbuhan di air, tanaman herba dan ulam-ulaman, bunga-bungaan dan pohon

    buahbuahan Motif tumbuhan menggabungkan unsur-unsur pokok seperti punca,

    batang, sulur, daun, putik, bunga, dan buah.

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    9/11

    Di samping itu, panel-panel ini dicipta atau dihasilkan adalah bertujuan

    untuk pengudaraan, pencahayaan, dan keindahan seni bina bangunan.

    b. Ukiran arca

    Ukiran arca pula ialah semua alatan kegunaan harian masyarakat Melayu

    yang dalam bentuk tiga dimensi dan boleh digunakan bersendirian tanpa perlu

    sokongan elemen lain. Contohnya, alatan rumah, alat tani, pengangkutan

    nelayan dan sebagainya. Di samping itu, permainan tradisional juga merupakan

    ukiran arca. Contohnya, congkak, gasing dan sebagainya. tujuan alat permainan

    ini adalah untuk mengisi masa lapang dan masa senggang.

    Seterusnya, ukiran yang terdapat di alat senjata juga merupakan ukiran

    arca. Contohnya, parang, anak wali, kelewang,pisau dan lain-lain lagi. Oleh itu,

    objek yang berbentuk tiga dimensi yang mempunyai ukiran adalah ukiran arca.

    c. Ukiran larik

    Kayu larik adalah cara sebatang kayu dihias dalam keadaan berpasangan

    iaitu bentuk cembung dan cengkung. Dengan komposisi cembung dan cengkung

    atau istilah tempatan, jantan dan betina, kayu larik akan menghasilkan suatu

    gubahan sesuai untuk penggunaan sama ada pada tiang, dalam kedudukan

    menegak bagi barangan kegunaan harian seperti almari, meja skrin penghadang,

    penyidai pakaian, pintu gerbang dan mimbar.

    Dalam posisi mendatar, ia boleh menjadi hulu kepada alatan senjata

    seperti hulu parang, lembing dan anak wali manakala dalam kedudukannya

    sebagai penghias atau penyudah alatan, ia menjadi buah butong seperti pada

    penyudah tunjuk langit di atas atau di bawah bumbung pada tapak alang.

    Ukiran arca di

    bahagian hulu

    keris.

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    10/11

    TOKOH-YOKOH SENI UKIRAN KAYU

    a. Ayah chik zainal

    Ayah chik zainal, berasal dari besut, Terengganu. Beliau merupakan salah

    seorang penggiat seni ukiran kayu. Beliau juga berkebolehan menghasilkan

    ukiran-ukiran kayu senjata melayu. seperti keris, pisau, lembing dan lain-lain lagi.

    Di samping itu, beliau juga berkebolehan dalam menghasilkan karya-karya

    lukisan pemendangan tradisional.

    b. Encik latiff bin long

    Latiff bin long dilahirkan di besut Terengganu, beliau adalah seorang

    pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada

    keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff

    juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana

    Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu.

    Selain itu, Latiff telah menerima didikan seni ukir kayu dari bapanya sejak

    berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan kraftangan ukiran

    kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama

    dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu

    berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha

    Ayah chik zainal, berada dalam bengkelnya

    dengan tungkus lumusnya menyiapkan

    karyanya.

  • 7/27/2019 Kraf Tradisional - Ukiran Kayu PSV 3108

    11/11

    Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan

    banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.c. Tuan haji wan su bin Othman

    Wan su merupakan dari keturunan pengukir yang terkenal di daerah besut,

    Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su

    cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih

    oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu.

    Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel

    beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam

    dan luar negara.