kpd 3026 unit pengajaran dan rph

31
UNIT 1 UNIT PENGAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Upload: azidah-abu-ziden

Post on 27-Jun-2015

16.592 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

UNIT 1UNIT PENGAJARAN DAN RANCANGAN

PENGAJARAN HARIAN

Page 2: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan maksud dan fungsi unit pengajaran serta rancangan pengajaran Harian

2. Membina unit pengajaran dan rancangan pengajaran harian yang mengambil kira ciri tertentu pendekatan Konstruktivisme, Inkuiri, dan Masteri

Page 3: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Setiap guru perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis perancangan:(i)Perancangan jangka panjang (rancangan pengajaran 1 tahun, 1 semester dsb)(ii)Perancangan jangka pendek (rancangan pengajaran harian)

Page 4: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Unit Pengajaran dan Cara Menulisnya

Fokus - 2 jenis perancangan:(i)Perancangan jangka panjang: Unit Pengajaran (perancangan mengikut tema atau tajuk utama dalam sukatan pelajaran )(ii)Perancangan jangka pendek: Rancangan Pengajaran Harian (perancangan harian)

Page 5: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Unit Pengajaran terdiri daripada:

1. Tajuk dan tujuan unit2. Pengetahuan sedia ada pelajar3. Analisis isi kandungan pelajaran4. Bahan bantu mengajar dan belajar5. Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran6. Pelan penaksiran7. Rancangan pengajaran harian

Unit Pengajaran juga boleh dibina berdasarkan tempoh masa misalnya rancangan satu semester atau minggu.

Unit Pengajaran

Page 6: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

4 perkara yang perlu diberi pertimbangan:

1.Tajuk yang hendak diajar di bawah tema yang telah dikenalpasti. Contohnya, dalam pelajaran sains darjah 6: Tajuk Daya dan Gerakan di bawah tema Menyiasat Alam Fizikal.

2.Subtajuk di bawah tajuk Daya dan Gerakan yang akan difokuskan, contohnya; (i) Kelajuan, (ii) Daya

3.Tujuan unit iaitu sinopsis tentang perkara yang hendak dicapai unit pengajaran

4.Kepentingan tajuk tersebut kepada murid

Komponen 1: Tajuk dan Tujuan Unit

Page 7: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Contoh penulisan komponen 1

Tajuk: Daya dan Gerakan

Subtajuk: (i) Kelajuan (ii) Daya

Tujuan Unit: Murid dapat memahami konsep kelajuan dan daya

Kepentingan Tajuk: Murid dapat menjelaskan fenomena kelajuan dan daya dalam kehidupan harian mereka.

Komponen 1: Tajuk dan Tujuan Unit

Page 8: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

5 perkara yang perlu diberi pertimbangan:

1.Pengetahuan sedia ada murid – perkara yang telah murid pelajari dalam pengajaran lepas yang berkaitan dengan tajuk/subtajuk yang hendak diajar

2.Pelan mencungkil idea - beberapa cara mencungkil idea termasuklah POE, kartun konsep, peta konsep, soal-jawab keseluruhan kelas, advance organizer, perbincangan kumpulan, kuiz pendek, peristiwa bercanggah dan sebagainya

3.Idea atau objektif utama yang kemungkinan sukar dicapai

4.Miskonsepsi yang mungkin wujud

5.Konsep saintifik yang tepat

Komponen 2: Pengetahuan Sedia Ada Murid

Page 9: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Contoh penulisan komponen 2

Pengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari…

Pelan mencungkil idea:Pelajaran 1: Soal-jawab berdasarkan video yang menunjukkan gerakan kereta yang berlainanPelajaran 2: Pelajar menolak dan menarik sesama mereka diikuti soal-jawab

Idea atau objektif utama yang mungkin sukar dicapai:1. Menentukan kelajuan sesuatu objek2. Mengawal pembolehubah jarak dan masa semasa menjalankan eksperimen

Miskonsepsi yang mungkin wujud: Kelajuan ialah kepantasan pergerakan sesuatu objek.Daya merupakan sifat yang dipunyai sesuatu objek

Konsep saintifik yang tepat:Kelajuan ialah kadar perubahan jarak iaitu jarak bahagi masa Daya merupakan interaksi antara sekurang-kurangnya dua objek yang melibatkan tolakan atau tarikan

Komponen 2: Pengetahuan Sedia Ada Murid

Page 10: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

6 perkara yang perlu diberi pertimbangan:

1.Hasil pembelajaran [kognitif (pemikiran), psikomotor (kemahiran - kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan teknologi maklumat dan komunikasi) dan afektif (kerohanian, sikap dan nilai)]

2.Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori

3.Idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur pelajar

4.Persoalan utama dengan jawapannya (bagi kaedah pembelajaran inkuiri)

5.Objek, sistem atau kejadian sebenar yang berkaitan dengan tajuk/konsep/prinsip/ hukum/teori

6.Peta konsep

Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran

Page 11: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Contoh Penulisan Komponen 3

Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid harus dapat:

Pelajaran 1: Kelajuan

Domain Kognitif: . Menguasai Isi Kandungan 1. Mendefinisi konsep kelajuan 2. Menyatakan hubungan kelajuan dengan jarak dan masa

Domain Psikomotor: Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir1. Menjana hipotesis tentang perkaitan antara kelajuan, jarak, dan masa2. Merancang eksperimen bagi menentukan hubungan antara kelajuan, jarak dan masa

Domain Afektif: Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni1.Melibatkan diri secara aktif dan dalam menjalankan eksperimen2.Bekerjasama dalam menjalankan eksperimen

Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran

Page 12: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

sambungan..

Pelajaran 2: Daya

Domain Kognitif: Menguasai Isi Kandungan 1. Menjelaskan dengan contoh kesan daya geseran dalam kehidupan harian2. Menyatakan kebaikan dan keburukan daya geseran dalam kehidupan

Domain Psikomotor: Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir1. Mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menentukan kesan jenis permukaan ke atas gerakan objek Domain Afektif: Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni1. Melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan2. Menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut

Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran

Page 13: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

sambungan..

Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teoriPelajaran 1: KelajuanPelajaran 2: Daya, daya geseran

Idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur pelajarPelajaran 1: Kelajuan ialah kadar perubahan jarak iaitu jarak bahagi masaPelajaran 2: Daya merupakan interaksi antara sekurang-kurangnya dua objek yang melibatkan tolakan atau tarikan

Persoalan utama dengan jawapannya (bagi kaedah pembelajaran inkuiri)Pelajaran 1: Apakah perkaitan antara kelajuan, jarak, dan masa? (kelajuan berkadar langsung dengan jarak dan berkadar songsang dengan masa)Pelajaran 2: Apakah kesan daya ke atas kelajuan dan arah gerakan? (Kesan daya ialah perubahan bentuk, …)

Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran

Page 14: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

sambungan..

Objek, sistem atau kejadian sebenar yang berkaitan dengan tajuk/konsep/prinsip/ hukum/teori

Pelajaran 1: Gerakan kereta di atas jalan raya, pelari pecut berlari dalam pertandingan Olimpik

Pelajaran 2: Tin mengemek apabila diketuk, Beg bergerak apabila ditarik dan ditolak

Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran

Page 15: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Senaraikan bahan, peralatan, teknologi, dan bahan sumber yang diperlukan termasuk lembaran kerja pelajar.

Bahan bantu mengajar dan belajar sebenar, misalnya nota dalam bentuk slaid Powerpoint atau lembaran kerja pelajar diletakkan sebagai lampiran

Contoh Penulisan Komponen 4

Bahan Bantu Mengajar

Nota Slaid Powerpoint, radas eksperimen, video gerakan kereta, kereta mainan, lembaran kerja …

Komponen 4: Bahan Bantu Mengajar dan Belajar

Page 16: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Huraikan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa pengajaran.

2 perkara yang perlu dipertimbangkan:

1.Kaedah dan Aktiviti P&P

2.Garis masa

Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Page 17: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Huraikan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa pengajaran.

Contoh Penulisan Komponen 5

Kaedah dan Aktiviti P&P

Pelajaran 1: Kelajuan

Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan Induksi set

Aktiviti P&P Fasa 1 Mencungkil idea menggunakan teknik POE (perlu sejajar dengan komponen pelan mencungkil idea)

Fasa 2 Kaedah inkuiri induktif dengan menjalankan eksperimen …

Fasa 3 Perbincangan kumpulan dan menyelesaikan masalah

Fasa 4 Kuiz pendek, pertandingan antara kumpulan

Penutup Kesimpulan

Page 18: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Pelajaran 2: Daya

Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan Induksi set

Aktiviti P&P Fasa 1 Mencungkil idea menggunakan teknik POE (perlu sejajar dengan komponen pelan mencungkil idea)

Fasa 2 Kaedah inkuiri induktif dengan menjalankan eksperimen …

Fasa 3 Perbincangan kumpulan dan menyelesaikan masalah

Fasa 4 Kuiz pendek, pertandingan antara kumpulan

Penutup Kesimpulan

Page 19: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

sambungan…

Garis masa (Untuk satu unit)

Boleh dibina dalam bentuk Carta Gantt untuk menunjukkan bagaimana masa diperuntukkan bagi setiap subtajuk

Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pelajaran 1 Pelajaran 2

Masa 2 masa 1 masa

Page 20: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

3 perkara perlu dipertimbangkan:

1.a)Tugasan penaksiran dan hasil akhir tugasan bagi setiap fasa pengajaran bagi setiap pelajaran.

b) Alat menaksir pencapaian hasil pembelajaran(diletakkan sebagai lampiran Unit Pengajaran) seperti ujian bertulis, laporan, soalan-soalan, rubrik, dll. bagi setiap fasa pengajaran dan selepas selesai satu unit pengajaran.

2.Penaksiran Sumatif (untuk satu unit)

Komponen 6: Pelan Penaksiran

Page 21: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Contoh Penulisan Komponen 6

Pelajaran 1:Fasa 1: Mencungkil idea menggunakan teknik POE (perlu sejajar dengan komponen pelan mencungkil idea). Soal jawab lisan.Fasa 2: Rubrik menaksir kemahiran menjalankan eksperimen (lampiran 1) semasa murid menjalankan eksperimen …Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (lampiran 2)Fasa 4: Kuiz pendek (lampiran 3), soalan lisan, refleksi pembelajaran

Pelajaran 2:Fasa 1:Fasa 2:Fasa 3:Fasa 4:

Penaksiran Sumatif (untuk satu unit)Ujian Topikal : 15 soalan objektif dan 2 soalan strukturJSU: Lampiran 4Kertas Ujian: Lampiran 5

Komponen 6: Pelan Penaksiran

Page 22: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi elemen berikut:

1.Tema /Tajuk2.Bidang pembelajaran3.Kumpulan sasar4.Tarikh dan masa5.Tujuan6.Hasil pembelajaran: kognitif, psikomotor (contohnya kemahiran saintifik), afektif (contohnya sikap saintifik dan nilai murni)7.Konsep utama8.Bahan, peralatan dan bahan sumber9.Langkah berjaga-jaga10.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran11.Penaksiran dan penilaian hasil pembelajaran

Komponen 7: Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Page 23: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Komponen 7: Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RPH menghimpunkan semua komponen dari 1 hingga 6 dan oleh itu perlu sejajar dengan apa yang telah dirancang dalam komponen 1 hingga 6 tersebut.

Berikut merupakan contoh rancangan pengajaran harian mata pelajaran sains tahun 6 yang menggunakan integrasi model Kitar Pembelajaran 4-Fasa berasaskan Konstruktivisme, pembelajaran Inkuiri dan Masteri.

Page 24: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Analisis contoh Rancangan Pengajaran Harian yang diberi dan kenal pasti ciri pendekatan Konstruktivisme, Inkuiri dan Masteri yang terdapat dalam rancangan pengajaran tersebut.

Tugasan:

Page 25: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Soalan-soalan yang boleh memandu anda bagi menghasilkan sebuah perancangan yang baik:

1.Apa tujuan pelajaran?

2.Apakah idea utama yang hendak diajar dan kaitannya dengan pelajaran terdahulu dan yang akan datang, dengan pengalaman murid di luar bilik darjah, dan dengan kurikulum atau mata pelajaran lain?

3.Bagaimana bahan dapat dipersembahkan dengan berkesan selepas mengambil kira konteks P&P (seperti kebolehan murid, fasiliti, dan sebagainya)?

4.Bagaimana hasil pembelajaran hendak ditaksir dan dinilai?

Perkara umum yang perlu diambil kira apabila merancang pengajaran

Page 26: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

5.Mementingkan penyoalan berbanding syarahan/penerangan terus (more questioning, less explaining)

6.Lebih banyak kepelbagaian bahan dan aktiviti (hands-on, minds-on, hearts-on)

7.Lebih besar tanggungjawab pembelajaran diletakkan ke atas bahu murid

8.Mementingkan kefahaman idea dahulu berbanding melabel idea (ideas first, label later), iaitu mengutamakan urutan pengajaran secara induktif berbanding deduktif

9.Anda digalakkan menumpukan kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan iaitu sentiasa memikirkan pembelajaran murid semasa merancang.

Perkara umum yang perlu diambil kira apabila merancang pengajaran

Page 27: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Lihat Jadual 1.1 Perbandingan antara perancangan berfokus guru dengan murid

Perbandingan antara perancangan berfokus guru dengan murid

Page 28: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Kon pengalaman Dale seperti Rajah 1.1 juga boleh dirujuk apabila merancang pengajaran dan pembelajaran.

Merancang pengajaran dan pembelajaran.

Page 29: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Unit Pengajaran ialah pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti dan mengandungi perihalan komponen berikut:

1. Tajuk dan tujuan unit2. Pengetahuan sedia ada pelajar3. Analisis isi kandungan pelajaran4. Bahan bantu mengajar dan belajar5. Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran6. Pelan penaksiran7. Rancangan pengajaran harian

RUMUSAN

Page 30: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

1. Unit pengajaran dibina dengan tujuan memudahcara pengajaran dan pembelajaran supaya hasil pembelajaran yang dihasratkan mempunyai potensi yang baik untuk dicapai.

2. Rancangan pengajaran harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktivisme, inkuiri dan masteri.

3. Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.

4. Semasa merancang anda digalakkan menumpukan perhatian kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan. Ini mempastikan murid mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan yang mempunyai tiga domain iaitu kognitif, psikomotor (kemahiran) dan afektif (sikap, nilai murni, kerohanian)

RUMUSAN

Page 31: Kpd 3026   unit pengajaran dan rph

Thank You