kpd 3026 rosliza razali

43
KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ TAJUK KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NO TELEFON ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934 NAMA TUTOR E-LEARNING : MIKRO-PENGAJARAN DAN REFLEKSI MIKRO- PENGAJARAN

Upload: aisyamafiza

Post on 25-May-2015

5.136 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kpd 3026 rosliza razali

KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ

TAJUK

KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ )

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING :

EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN

TARIKH SERAH : 3I MEI 2013

MIKRO-PENGAJARAN DAN REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

Page 2: Kpd 3026 rosliza razali

PENILAIAN RAKAMAN VIDEO (Norkhamidah Sulam )

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar

yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran

berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran asas

yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran

asas ini, guru-guru lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai

setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut. Kemahiran mikropengajaran tersebut ialah :-

1. Memulakan pengajaran atau set induksi ( termasuk mencungkil idea)

2. Menyoal

3. Menerang

4. Memperkukuh

5. Mengilustrasi dengan contoh

6. Membuat demonstrasi

7. Mengendali perbincangan

8. Mengendali kerja amali

9. Menutup pengajaran

10. Membuat refleksi

Setelah meneliti kiriman video pengajaran seorang guru yang dikirimkan , beliau telah

menggunakan sebahagian kemahiran-kemahiran mikropengajaran di atas. Satu daripada

kemahiran yang beliau gunakan ialah kemahiran menyoal. Kemahiran menyoal dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh seseorang guru

untuk mendapatkan tindak balas daripada murid sama ada mereka memahami atau tidak tajuk

yang disampaikan. Selain itu soalan juga dapat membantu murid secara langsung dalam

meningkatkan prestasi pelajaran mereka.Teknik menyoal adalah penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan oleh beliau untuk mendapatkan maklumat atau

jawapan daripada murid. Khususnya guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama

ada mereka memahami pelajaran baru. Selain itu , menyoal juga mempunyai nilai sosial

kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu murid mengukuhkan hubungan dan

menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Kemahiran menyoal yang digunakan bukan

Page 3: Kpd 3026 rosliza razali

sahaja untuk mendapatkan sesuatu maklumat tetapi membantu kita membina iklim komunikasi

yang positif dan dapat memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

Dalam pengajaran tersebut guru itu telah mengamalkan 5 langkah kemahiran menyoal.

Pertama ialah mengajukan soalan kepada seluruh kelas. Beliau memulakan kemahiran menyoal

dengan memberikan soalan dengan syarat atau pemberitahuan peraturan menjawab jika perlu.

Beliau menujukan soalan kepada keseluruhan murid sama ada murid ingin menjawab secara

sukarela atau sebaliknya. Beliau menyatakan soalan dengan seberapa ringkas tetapi tepat dengan

apa yang ingin dibincangkan. Soalan-soalan yang diutarakan juga bersesuaian dengan

kemampuan murid berdasarkan aras soalan yang sederhana sesuai untuk murid yang cerdas dan

kurang cerdas. Beliau juga mengajukan soalan-soalan yang tidak mengancam atau mengugut

mahupun memaksa murid untuk menjawabnya dengan tepat.

Kedua ialah guru tersebut memberi masa berfikir yang sesuai untuk menjawab soalan-

soalan yang dikemukakan. Masa berfikir bermaksud masa yang diberi kepada murid untuk

berfikir selepas mengajukan soalan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid

atau jawapan yang sebenar. Masa yang diberikan kepada murid untuk berfikir iaitu selama 3

hingga 5 saat untuk soalan biasa adalah sesuai manakala masa yang lebih diberikan untuk murid

berfikir bagi soalan-soalan yang lebih panjang dan lebih sukar.

Langkah kemahiran menyoal yang ketiga yang telah digunakan oleh guru tersebut ialah

memilih pelajar untuk menjawab. Beliau telah memilih murid yang ingin menjawab secara

sukarela walaupun kebanyakkan murid menjawab secara rawak. Murid yang ingin menjawab

secara sukarela akan mengangkat tangan bagi memudahkan guru mengenalpasti murid yang

ingin menjawab soalan yang dikemukakan.Pemilihan murid secara rawak berupaya mendapatkan

perhatian ( fokus ) murid sepanjang proses pengajaran. Guru tersebut juga menyebut nama murid

yang ingin menjawab soalan yang dikemukakan secara sukarela. Dengan menyebut nama murid

tersebut akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.Selain itu murid juga akan

merasa lebih dihargai oleh guru.

Selain tiga langkah kemahiran menyoal yang digunakan oleh guru tersebut, beliau juga

mempraktikkan langkah kemahiran menyoal yang keempat iaitu memberi respon atau reaksi

kepada jawapan murid. Murid lain juga memberi respon kepada jawapan murid yang menjawab

soalan yang dikemukakan. Beliau juga memberi respon kepada jawapan murid yang menjawab

tanpa mengadili atau menghukum murid yang memberi jawapan yang kurang tepat. Guru

Page 4: Kpd 3026 rosliza razali

tersebut juga memberi peneguhan positif seperti memuji murid yang menjawab dengan tepat

dengan perkataan “ bagus”, “bijak” dan sebagainya. Guru tersebut juga akan mendapatkan

jawapan alternatif murid lain sekiranya jawapan diberikan tidak jelas.

Semasa guru tersebut menggunakan kemahiran menyoal dalam pengajarannya, beliau

mengemukakan soalan mengikut aras sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid.

Guru tersebut telah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan aktiviti

pengajaran. Perkataan dan istilah yang digunakan oleh guru tersebut mudah difahami oleh murid.

Bentuk soalan juga diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat murid. Soalan yang

diberikan juga mendorong pelajar untuk berfikir untuk mendapatkan jawapan yang menepati isi

pelajaran. Bentuk soalan yang dikemukakan juga ringkas , tepat dan jelas. Guru tersebut juga

melengkapkan dan mengulang jawapan betul yang diberikan oleh murid dengan suara yang

lantang dan jelas agar semua murid dapat memahami jawapan sebenar yang tepat.

Dengan menggunakan kaedah kemahiran menyoal dalam pengajaran guru tersebut, jika

kita perhatikan kita akan dapat melihat kesan kemahiran menyoal ke atas pengajaran dan

pembelajaran beliau. Melalui aktiviti soal jawab murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti pembelajaran mereka. Minat murid terhadap pelajaran juga bertambah dan

mendorong murid memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya murid dapat

belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.Melalui kemahiran menyoal juga

menyebabkan daya pemikiran murid dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi.

Dengan soalan menguji pengetahuan lepas murid, guru boleh merancang aktiviti pengajaran

yang sesuai berdasarkan jawapan murid. Kesannya murid dapat mengikuti pelajaran dengan

lebih bermakna dan mudah difahami.

Kemahiran menyoal juga digunakan oleh guru tersebut dalam aktiviti penilaian. Namun

teknik penyoalan bertulis digunakan. Murid akan menulis jawapan pada kertas soalan yang

diberikan. Guru tersebut akan dapat menilai kefahaman murid apabila beliau menanda kertas

jawapan yang dihantar oleh murid kepadanya. Keadaan ini membolehkan guru merancang

aktiviti pengayaan, pemulihan dan aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

Dalam sesi penutup pengajaran juga guru tersebut menggunakan kemahiran menyoal. Guru ingin

mendapat kepastian dengan mengulangi persoalan awal untuk mendapatkan jawapan yang tepat

berkaitan isi pelajaran yang telah dipelajari. Kaedah ini adalah merupakan ulangkaji isi pelajaran

yang telah dipelajari pada hari tersebut. Kaedah ini akan dapat memperkukuhkan lagi

Page 5: Kpd 3026 rosliza razali

pengetahuan dan kefahaman murid berkaitan isi pelajaran yang dipelajari. Namun begitu ada

juga sebahagian murid tidak ambil peduli dengan penyoalan guru yang menyoal murid secara

kelas. Oleh yang demikian guru kena peka dan melihat keseluruhan murid yang ada di dalam

kelas yang diajar semasa aktiviti pengajaran.

KESIMPULAN

Kemahiran menyoal yang digunakan dalam pengajaran guru tersebut sepanjang tempoh

pengajaran merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang

pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi

guru dan murid secara berkesan.Di samping itu ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan

konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan

percaya diri sendiri dikalangan murid.Kejayaan penggunaan kemahiran ini dalam pengajaran dan

pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal tersebut.

Kemahiran menyoal digunakan dalam set induksi adalah untuk menolong murid

mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak

disampaikan. Kemahiran menyoal digunakan dalam setiap langkah atau aktiviti adalah untuk

mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

Manakala kemahiran menyoal digunakan dalam aktiviti penutup adalah untuk menilai

pencapaian objektif pembelajaran yang hendak diajar pada sesi pengajaran dan pembelajaran

pada hari itu.

Akhirnya tahniah diucapkan kepada guru tersebut kerana berjaya menghasilkan

pengajaran yang bermutu. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam sesi tersebut

telah berjaya mencapai objektifnya. Kawalan murid yang baik juga membantu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dari awal hingga akhir.

Page 6: Kpd 3026 rosliza razali

KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ

TAJUK

KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ )

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING :

EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN

TARIKH SERAH : 3I MEI 2013

MAKRO-PENGAJARAN RPH DAN REFLEKSI

MAKRO-PENGAJARAN

Page 7: Kpd 3026 rosliza razali

RANCANGAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 2013

TARIKH : 22 Mei 2013 (Rabu) MASA : 10.40-11.10

pagi

TEMA PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)

TAJUK Kebolehlihatan Di Jalan Raya

FOKUS UTAMA 4.2 `Aras 1 (i) Membaca kuat ayat-ayat dengan sebutan dan

intonasi yang betul

FOKUS

SAMPINGAN

8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau

frasa

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat:

1. Menamakan perabot jalan yang boleh menghalang kebolehlihatan.

2. Membina ayat tunggal berdasarkan frasa yang diberi.

PENGISIAN

KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup

Nilai : Bekerjasama, rasional

KBT :Menjana idea, mengembang idea

SISTEM

BAHASA

Tatabahasa : Kata majmuk, ayat tunggal

Kosakata : peti surat, tong sampah, lampu jalan, pasu bunga

MEDIA Kad imbasan gambar dan lembaran kerja

Page 8: Kpd 3026 rosliza razali

LANGKAH/

MASA

ISI

KANDUNGAN

AKTIVITI CATATAN

SET INDUKSI

(2 MINIT)

LANGKAH 1

( 6 MINIT)

-mencungkil

pengetahuan sedia

ada murid tentang

perabot jalan

- menamakan,

mencirikan

berdasarkan gambar

serta membaca

1. Guru bersoal jawab dengan

murid “apa itu perabot

jalan?”

2. Murid menjawab

berdasarkan pengetahuan

sedia ada mereka.

3. Guru menjelaskan maksud

perabot jalan kepada murid

berdasarkan contoh-contoh

yang telah diberikan oleh

murid-murid.

1. Guru menunjukkan 4

keping gambar perabot

jalan.

2. Murid dan guru bersoal

jawab berkaitan tempat

yang biasa diletakkan

perabot jalan.

3. Murid juga menjelaskan

tempat perabot jalan

diletakkan.

4. Murid juga memberi

contoh perabot jalan yang

pernah dilihat di kawasan

sekitar.

5. Murid dan guru bersoal

-meneka apa itu

perabot jalan.

Bahan :

Kad imbasan

perabot jalan

- Tong

sampah

- Pasu

bunga

- Peti surat

- Lampu

jalan

Page 9: Kpd 3026 rosliza razali

LANGKAH 2

( 7 MINIT)

LANGKAH 3

( 13 MINIT)

- kebaikan dan

keburukan perabot

jalan

- menjawab

lembaran kerja

dalam buku aktiviti

jawab berkaitan

kepentingan perabot jalan

kepada orang awam atau

orang ramai.

1. Guru dan murid bersoal

jawab berkaitan kebaikan

perabot jalan dan

keburukan atau kelemahan

perabot jalan.

2. Guru menerangkan tentang

kepentingan perabot jalan

di sesuatu tempat.

3. Murid memberikan

pandangan tentang

kebaikan dan keburukan

perabot jalan.

4. Guru menerangkan maksud

kebolehlihatan pejalan kaki

(murid tahun 2) kepada

pengguna jalan raya yang

lain.

5. Murid memberikan

pandangan atau contoh

tentang situasi

kebolehlihatan berkaitan

pejalan kaki.

1. Murid mengagihkan buku

aktiviti bagi membuat

lembaran kerja berkaitan

Menjana dan

mengembang

idea murid

Bahan :

Buku aktiviti

PKJR tahun 2

Page 10: Kpd 3026 rosliza razali

PENUTUP

( 2 MINIT)

- kesimpulan

tentang tajuk yang

dipelajari

perabot jalan.

2. Guru memberi penerangan

tentang soalan dalam buku

aktiviti.

3. Murid melengkapkan

perkataan.

4. Murid melengkapkan

pernyataan dan mencari

perkataan.

5. Murid membina ayat

berdasarkan rangkai kata.

6. Murid membuat latihan

dalam buku aktiviti dengan

bimbingan guru.

7. Guru menampal gambar

perabot jalan.

8. Murid memberi contoh

ayat bagi membina ayat

tunggal.

9. Guru dan murid berbincang

cara membina ayat tunggal

dengan baik.

10. Murid juga cuba membina

ayat tunggal sendiri.

1. Guru mengulas tentang isi

pelajaran yang telah

dipelajari oleh murid.

2. Murid mengingat kembali

kebaikan dan kelemahan

perabot jalan.

Mengingat

kembali

Page 11: Kpd 3026 rosliza razali

REFLEKSI PENGAJARAN

Tugasan mengajar makropengajaran sambil berhadapan dengan kamera video merupakan

satu tugas yang agak mencabar bagi diri saya walaupun telah berkhidmat sebagai guru terlatih

lebih kurang 8 tahun. Pada sesi makropengajaran ini saya berupaya menilai kembali sejauh mana

keberkesanan saya sebagai seorang guru untuk menjalankan tugas mendidik anak murid saya

dalam kelas.Bahang tekanan ketika menjalankan tugasan ini juga terasa apabila saya berasa agak

kekok untuk mengajar sambil diperhatikan oleh dua orang rakan guru yang akan memberi

pandangan mereka selain seorang yang berperanan merakam sesi pengajaran yang dilaksanakan

oleh saya. Walaupun masa yang digunakan agak singkat namun tekanan melaksanakan sesi

pengajaran ini dapat dirasai. Pada masa yang sama, hampir sebulan mulut saya dijangkiti kuman

yang menyebabkan ulser yang teruk. Seminggu sebelum saya merakam video ini, saya

mengalami masalah lidah berdarah (luka) kerana bercakap terlalu kerap. Cabaran ini saya

harungi juga kerana tugasan PJJ.

Persoalan tentang kemampuan saya sebagai guru menyampaikan pengajaran dengan

berkesan timbul dalam minda saya. Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama

ini saya sudah mengajar selama 8 tahun. Setelah selesai sesi makropengajaran, saya

mengadakan perbincangan dengan rakan guru yang menyelia sesi makropengajaran dan

menonton sesi pengajaran yang telah dirakam. Melalui perbincangan dan tontonan video tersebut

saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi makropengajaran tersebut.

Antara kekuatan pengajaran saya ialah saya dapat mengawal kelas dengan baik.

Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan pengajaran ini bagi mengelakkan sebarang

masalah berlaku semasa sesi pengajaran ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi

membantu menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah

ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan

kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam

keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kad gambar

yang menarik dan berwarna warni dapat menarik minat murid dan membantu mereka

memahami dengan lebih jelas terhadap isi kandungan pelajaran yang ingin saya sampaikan.

Walaupun saya mengalami masalah untuk menguatkan suara kerana masalah ulser namun murid-

murid memberikan kerjasama yang baik semasa penyampaian isi mata pelajaran. Segala arahan

Page 12: Kpd 3026 rosliza razali

guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti

yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Penjelasan yang jelas dalam memberikan arahan

merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana

kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi murid agar lebih

berkeyakinan untuk menimba ilmu. Arahan yang diberikan dengan jelas memudahkan murid

faham dan seterusnya melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan dengan tepat.

Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian

guru berkenaan isi pelajaran.

Saya mempunyai pandangan yang mana ada setengah murid hanya berminat disebabkan

oleh cara bahan alat bantu mengajar digunakan dan tidak secara keseluruhan. Hal ini kerana

apabila bermulanya pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar murid mula berasa suka dan

teruja memulakan pembelajaran.Saya percaya bahawa keberanian murid dalam pembelajaran

dapat dinilai jika adanya perhubungan dua hala antara guru dan murid. Saya percaya bahawa

interaksi murid dan guru perlu selalu ada supaya murid merasakan diri mereka dekat dengan

guru. Murid akan merasa lebih yakin dalam memberitahu mengenai apa yang dirasakan tidak

faham dan jika ada persoalan dalam diri mereka. Saya sedar hubungan antara guru dan murid

bukanlah berasaskan sikap garang namun perlulah ada sikap hormat menghormati kerana setiap

pelajar akan lebih selesa jika guru sentiasa menjadi pendamping setiap masa. Saya juga belajar

untuk berinteraksi dengan murid supaya murid tidak berasa kekok dengan saya. Saya terpanggil

untuk mendekati murid saya pada masa akan datang dan menjadi kawan terbaik untuk mereka

serta pembimbing yang sentiasa member bimbingan untuk mereka menimba ilmu.

Berdasarkan maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah

mengenalpasti beberapa kelemahan. Penglibatan murid-murid saya pada hari tersebut agak pasif.

Ini adalah kerana apabila saya memberitahu mengenai rakaman yang ingin dilakukan ubtuk

pensyarah PJJ KPD saya, mereka terus terkejut, pasif. Sedangkan sebelum itu mereka aktif

seperti biasa dan saya juga telah berpesan agar mereka berkelakuan seperti tiada apa-apa

rakaman. Namun, mereka tetap pasif tetapi saya tetap berterima kasih kerana tugasan

makropengajaran saya ini siap juga akhirnya. Kelas tahun 2 Mutiara ini adalah kelas kesayangan

dan kegemaran saya kerana mereka sangat baik, mendengar arahan saya dan pada masa yang

sama saya adalah guru kelas mereka. Namun, ada juga murid yang tidak dapat menyelesaikan

tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan namun bantuan dari guru diperlukan kerana

Page 13: Kpd 3026 rosliza razali

untuk menjimatkan masa. Sepatutnya murid diberi peluang untuk menyelesaikannya sehingga

berjaya.

Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti, saya akan membuat

penambahbaikan dalam pengajaran saya pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakan

dan motivasi pada murid agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif secara terkawal dalam aktiviti

pembelajaran.Budaya ikram juga perlu saya semai untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dua hala yang lebih aktif dan berkesan. Saya merasakan penambahbaikan perlu

dilakukan dari segi cara menguasai murid dan kelas. Penggunaan masa juga perlu

dititikberatkan. Saya juga akan menyediakan lebih banyak alat bantu mengajar kepada murid

kerana ianya lebih menarik minat murid. Pembelajaran melalui kertas nota isi pelajaran

dirasakan perlu bagi memastikan murid faham dengan lebih jelas isi pelajaran yang dipelajari

serta menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang hendak disampaikan.

Pada masa akan datang saya rasa perlu membuat sesi perkenalan terlebih dahulu bagi

membolehkan murid rasa lebih seronok dengan apa yang berlaku. Ganjaran seperti gula-gula dan

lain-lain juga boleh dijadikan sebagai satu cara bagi merangsang sikap pembelajaran mereka.

Saya juga perlu bersahaja dan bersikap mesra terhadap murid saya untuk mewujudkan satu

suasana pembelajaran yang aktif, kondusif dan berkesan. Kekuatan yang saya dikenalpasti pula

akan menjadi pedoman bagi diri saya untuk mengekalkannya. Kata-kata penghargaan kepada

murid perlu dipelbagaikan dan kerap digunakan dalam pengajaran saya. Keupayaan mengawal

kelas juga perlu dikekalkan atau dibuat penambahbaikan.

Setelah memberi lembaran kerja, saya dapati murid-murid saya dapat menjawab semua

soalan dalam lembaran kerja. Saya sangat berharap menjadi seorang guru yang kreatif dan

berkesan di bilik darjah supaya murid saya akan berasa seronok belajar dan pada masa yang

sama murid saya akan dapat memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang berguna. Oleh itu

saya haruslah bersikap tabah, sabar dan dedikasi. Saya yakin harapan saya akan tercapai suatu

hari nanti. Akhir sekali guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana

keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.Ia dapat dinilai dari segi penguasaan para

pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut. Ia bukan dinilai dari segi sukatan mata

pelajaran yang dapat dihabiskan. Pemantauan dan penilaian perlu dilakukan agar rancangan

pengajaran yang ditetapkan. Selain itu ia dapat memastikan murid menguasai pengajaran dan

dinilai melalui ujian bertulis dan bersoal jawab dengan murid mengenai topik terbabit.

Page 14: Kpd 3026 rosliza razali

KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ

TAJUK

KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ )

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING :

EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN

TARIKH SERAH : 3I MEI 2013

KAJIAN TINDAKAN

Page 15: Kpd 3026 rosliza razali

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGENAL BENTUK HURUF KECIL

DALAM KALANGAN 5 ORANG MURID TAHUN 2 MUTIARA MELALUI LISAN ,

BACAAN DAN TULISAN.

1.0 ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah mengenal huruf kecil dalam kalangan murid

Tahun 2 Mutiara. Seramai 5 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Perancangan tindakan difokuskan kepada meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil

yang mengelirukan murid iaitu b , d , e , p , q , m , n , u dan y. Tinjauan awal dilaksanakan

melalui aktiviti lisan , bacaan dan tulisan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dua

sesi pengajaran dan pembelajaran ( 30 minit setiap sesi dalam seminggu ) dilaksanakan

bagi mengatasi masalah murid-murid ini. Dalam tempoh ini , murid-murid belajar mengenal

bentuk huruf kecil melalui kaedah lisan , bacaan dan tulisan. Setelah dua minggu melalui

sesi pengajaran dan pembelajaran khusus tersebut , guru telah menjalankan ujian lisan ,

bacaan dan tulisan secara individu untuk murid-murid terlibat. Keputusan menunjukkan ada

peningkatan prestasi murid dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan pemerhatian saya, 5

orang murid lemah dalam kelas 2 Mutiara ini boleh dibentuk melalui satu kaedah

pengajaran yang mudah serta menyeronokkan. Kaedah tersebut dapat mengurangkan

kesilapan murid dalam mengecam dan membaca perkataan yang ditulis menggunakan

huruf-huruf kecil terutama yang melibatkan huruf-huruf mengikut konteks kajian.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Masalah tidak tahu membaca dan menulis bagi seseorang murid akan menyebabkan

proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Objektif

pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai kerana murid tersebut tidak menguasai isi

pelajaran yang diajar. Berdasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia

di kelas 2 Mutiara mulai awal tahun ini, saya dapati terdapat 5 orang murid yang sering

Page 16: Kpd 3026 rosliza razali

melakukan kesalahan menyebut huruf semasa mengeja sesuatu perkataan. Mereka juga

cenderung mengenal pasti bentuk huruf-huruf besar berbanding huruf-huruf kecil. Melalui

pemerhatian saya , murid-murid ini tidak dapat mengenalpasti huruf-huruf yang seakanakan

sama bentuk atau bunyinya seperti huruf “b” dan “d” , “n” dan “m” , “b” dan “p” dan

sebagainya. Dalam kajian ini, saya mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh 5 orang

murid tersebut. Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu

murid-murid tersebut membaca dan menulis dengan betul. Kaedah latih tubi lisan dan

bacaan merupakan kaedah yang biasa dijalankan untuk murid mengecam dan

mengenalpasti serta menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan. Manakala kaedah ansur maju

digunakan untuk murid mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang

bermula dengan langkah paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih

sukar sehingga mereka menguasai kemahiran menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru

dengan betul.

Beberapa instrumen seperti soalan lisan , bacaan atau temu bual, borang soal selidik,

borang taburan keputusan murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk

mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan bilangan.

Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah latih tubi mendatangkan kesan

yang memberangsangkan untuk mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil dan

bacaan perkataan yang menggunakan huruf-huruf kecil. Manakala kaedah ansur maju yang

dipilih sesuai untuk menulis huruf-huruf kecil dengan betul.

3.0 FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini, saya terus berfokus kepada masalah mengenal bentuk huruf-huruf

kecil. Mungkin bagi sesetengah pihak, masalah ini mustahil dalam dunia pendidikan yang

semakin maju pada hari ini atau masalah ini terlalu remeh untuk dijadikan bahan kajian.

Inilah asam garam kehidupan dunia keguruan. Namun tugas mendidik dan membimbing

tetap didukung. Daripada refleksi di atas , saya dapati 5 orang murid tahun 2 Mutiara

masih belum dapat menguasai kemahiran mengenalpasti bentuk huruf-huruf kecil.

Berdasarkan latihan dan beberapa ujian yang diberikan didapati mereka masih melakukan

kesilapan. Ini menyebabkan mereka menyebut dan menulis abjad-abjad tersebut dengan

Page 17: Kpd 3026 rosliza razali

sebutan dan cara yang salah. Mereka sering melakukan kesalahan dalam ejaan. Keadaan

ini akan menyebabkan mereka akan kerap melakukan kesilapan tersebut dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Kesannya murid-murid ini akan ketinggalan dalam

menguasai kemahiran asas lisan , bacaan dan tulisan serta dibimbangi akan terus tercicir

dari kerancakkan pendidikan arus perdana. Saya berharap agar kaedah latih tubi dalam

lisan dan bacaan serta kaedah ansur maju akan dapat mengatasi masalah tersebut. Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan dapat menarik minat

murid untuk mengenal huruf-huruf kecil dan membaca serta menulis perkataan dan

akhirnya menguasai isi pelajaran ,bukan sahaja untuk peperiksaan bahkan juga untuk

kemandirian mereka dalam kehidupan harian memandangkan mata pelajaran Bahasa

Malaysia merupakan suatu mata pelajaran teras yang amat penting.

4.0 TINJAUAN AWAL MASALAH

Saya telah merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini untuk

mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil samada secara lisan atau semasa mereka

mengeja dan membaca serta menulis huruf-huruf kecil tanpa panduan atau bantuan. Saya

merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini berdasarkan pengalaman atau

pengetahuan sedia ada dan pembacaan saya mengenai cara menguasai pengecaman dan

menulis huruf-huruf dengan cepat dan berkesan. Matlamat utama saya ialah , di akhir tahun

murid-murid ini dapat mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil dengan baik samada

secara lisan , bacaan atau tulisan.

Tinjauan awal saya mendapati 5 orang murid ini menyebut , mengecam dan membaca

huruf-huruf dengan mengikut sebutan rakan-rakan di dalam kelas apabila aktiviti pengajaran

dan pembelajaran secara umum. Apabila membaca secara individu dijalankan 5 orang

murid didapati mengeja huruf secara hafalan dan tidak sama dengan huruf-huruf yang

berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan. Murid-murid ini tidak dapat membezakan bunyi

huruf-huruf yang ditunjukkan secara rawak. Akibatnya mereka tidak dapat membunyikan

bunyi yang betul apabila membaca suku kata yang diberikan. Lebih-lebih lagi huruf-huruf

yang mempunyai hampir persamaan bentuk.

Oleh yang demikian saya akan cuba membantu 5 orang murid ini untuk mengenal

Page 18: Kpd 3026 rosliza razali

dengan lebih kukuh huruf-huruf kecil supaya mereka dapat membunyikan huruf-huruf

tersebut dengan betul. Akhirnya mereka akan dapat membunyikan suku kata yang terdapat

dalam sesuatu perkataan dengan betul. Sehinggalah mereka dapat membaca perkataan

dengan lancar dan dapat menulis perkataan tanpa panduan.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada akhir Kajian Tindakan ini , murid-murid dapat mencapai objektif-objektif berikut:

5.1 Objektif Am

Membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mengenal bentuk hurufhuruf

kecil.

5.2 Objektif Khusus

5.2.1 Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk sebilangan abjad huruf-huruf

kecil yang telah dikenalpasti lemah iaitu b , d , e , p , q , m , n , u , dan y.

5.2.2 Membantu murid-murid menulis dan membaca dengan ejaan yang betul.

5.2.3 Menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Malaysia dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

6.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut:

- Bagaimanakah kaedah latih tubi membantu murid mengenal bentuk dan mengingat

bunyi huruf-huruf kecil.

- Bagaimanakah kaedah ansur maju membantu murid dapat membaca dan menulis suku

kata dalam perkataan dengan betul.

Page 19: Kpd 3026 rosliza razali

7.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 5 orang murid kelas 2 Mutiara yang telah dikenal pasti mengalami

masalah mengenal , mengecam dan menulis huruf-huruf kecil.

Latar belakang murid:

- Murid luar Bandar

- Sering gagal dalam ujian bulanan dan gagal menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.

- Tergolong dalam kumpulan “ slow learner “.

- Tidak boleh menyebut huruf-huruf kecil yang ditunjukkan serta tidak dapat membaca

suku kata dan perkataan yang diberikan.

- Tidak dapat menulis huruf-huruf kecil yang disebut oleh guru dengan betul.

- Tidak dapat menunjukkan huruf-huruf kecil yang disebut oleh guru dengan betul.

8.0 PELAKSANAAN KAJIAN

8.1 Tinjauan Awal Masalah

Dalam kajian ini, saya telah menjalankan

a) Ujian Pra

b) Sesi tembual dan

c) Soal-selidik bagi mengetahui punca murid-murid ini menghadapi masalah mengenal

bentuk huruf kecil

8.1.1 Ujian Pra

Ujian pra telah dilaksanakan terhadap semua murid di dalam kelas. Ujian

ini terdiri daripada soalan-soalan berkaitan huruf kecil dan huruf besar

serta menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru.

Page 20: Kpd 3026 rosliza razali

8.1.2 Temubual

Temu bual dilakukan kepada murid-murid sasaran. Soalan-soalan

temubual seperti di bawah:

Soalan Temubual:

- Bolehkah kamu bertutur dalam Bahasa Malaysia?

- Adakah kamu suka akan mata pelajaran Bahasa Malaysia ? Mengapa?

- Adakah kamu berasa gembira ketika belajar mata pelajaran Bahasa

Malaysia?

- Siapakah yang membantu kamu menyiapkan kerja sekolah dalam

mata pelajaran Bahasa Malaysia di rumah?

- Adakah kamu suka dengan buku-buku?

8.1.3 Soal Selidik

Soal selidik diberikan kepada murid-murid sasaran. Soalan-soalan soal

selidik seperti di bawah:

8.2 Analisis Tinjauan Masalah

8.2.1 Analisis Ujian Pra

Ujian Pra dilakukan melalui

i) Ujian kad imbasan yang telah diberikan

kepada 5 orang murid 2 Mutiara. Saya menunjukkan kad imbasan

huruf-huruf kecil untuk dikenalpasti oleh murid-murid. Dalam tempoh ujian

tersebut saya mencatatkan huruf-huruf kecil yang gagal dikenalpasti oleh

murid-murid saya. Antara huruf-huruf tersebut ialah b , d, e , p , q , m , n ,

dan y.

ii) Ujian bertulis juga menunjukkan bahawa murid-murid ini menulis

huruf-huruf kecil dalam skop kajian secara terbalik atau menulisnya

Page 21: Kpd 3026 rosliza razali

dalam huruf besar.

8.2.2 Analisis Temubual

Sesi temubual – Analisis temubual ( dijalankan dengan menggunakan

Bahasa Malaysia) didapati bahawa murid-murid ini minat dalam mata

pelajaran Bahasa Malaysia tetapi tidak mendapat bimbingan dari pihak

keluarga. Kebanyakan dari mereka juga mempunyai masalah keluarga.

Selain itu tiada galakan dan tindakan susulan di rumah berkaitan

pembelajaran.

ARAHAN : TANDAKAN ( / ) PADA PETAK YANG SESUAI

YA TIDAK

1. Suka belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia.

2. Mata Pelajaran Bahasa Malaysia penting bagi murid.

3. Suka membaca buku atau majalah dalam

bahasa Malaysia.

4. Bertutur dalam Bahasa Malaysia ketika di rumah.

5. Ibu bapa, abang atau kakak memberi tunjuk ajar

ketika menyiapkan kerja sekolah.

8.2.3 Analisis Soal Selidik

Dapatan soal selidik, semua murid tidak suka membaca bahan bacaan

dalam Bahasa Malaysia kerana masalah penguasaan kosa kata yang

sangat terhad. Mereka juga tidak tahu untuk membunyikan sukukata

yang terdapat dalam perkataan dalam buku tersebut. Apabila melihat

buku, mereka hanya membaca dengan melihat gambar yang terdapat

dalam buku tersebut. Selain itu , murid-murid ini tidak mendapat tunjuk

ajar daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain seperti abang atau

Page 22: Kpd 3026 rosliza razali

kakak semasa menyiapkan kerja sekolah Bahasa Malaysia kerana faktor

tiada masa dan tiada prihatin terhadap perkembangan pendidikan murid

berkaitan.

8.3 Tindakan Yang Dijalankan

8.3.1 Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi

mengatasi masalah mengenal bentuk huruf-huruf kecil iaitu:

- Latih tubi menyebut, membentuk dan menulis huruf-huruf kecil

melalui aktiviti melukis dan menyanyi.

8.3.2 Bahan-bahan yang digunakan:

- Kertas lukisan

- Pen magic / pensil warna

- Tanah liat

- Kad huruf

8.4 Pelaksanaan Tindakan

8.4.1 Aktiviti 1

1. Guru menunjukkan gambar lukisan wajah daripada cantuman huruf b ,

d , e , p , q , m , n , u , dan y kepada murid-murid pada kertas lukisan.

2.Guru menyanyikan lagu mengikut lirik sebagai pengenalan kepada

murid-murid.

Marilah menyanyi…

b telinga kiri

d telinga kanan

u bentuk mukamu

e untuk mata

n pula hidungmu

Page 23: Kpd 3026 rosliza razali

m itu mulutmu

y itu rambutmu …. dan

q pula lehermu……

3.Murid-murid dikehendaki untuk melukis dahulu gambarajah muka

mengikut urutan abjad seperti yang ditunjukkan oleh guru pada kertas

lukisan.

4.Murid diberi lirik nyanyian dan mengikut arahan guru untuk membaca

bersama-sama sehingga mereka hafal lirik dan susunan abjad.

5.Dalam proses ini guru akan memastikan pergerakan tangan murid

untuk melukis adalah seiring dengan lirik nyanyian.

6. Penilaian – Guru meminta murid membentuk huruf-huruf kecil tertentu

dengan menggunakan tanah liat.

7. Peneguhan - Guru memberi gula-gula dan pensel kepada murid yang

dapat membentuk huruf-huruf kecil tersebut.

8. Penutup – Guru dan murid melukis bentuk wajah dan menyanyi

bersama-sama.

Refleksi

Setelah dijalankan pengajaran dan pembelajaran lukisan wajah menggunakan

abjad kecil yang terpilih selama dua minggu, terdapat beberapa perubahan pada

5 orang subjek kajian saya iaitu:

Mereka dapat mengenal bentuk huruf kecil dan menyebutnya apabila

guru menayangkan kad imbasan huruf-huruf kecil terutama huruf-huruf

dalam skop kajian.

Page 24: Kpd 3026 rosliza razali

Murid juga didapati dapat menulis huruf-huruf tersebut dengan betul

apabila diminta oleh guru.

8.4.2 Ujian Pos

Ujian pos dilaksanakan selepas satu bulan kaedah nyanyian dan lukisan

dipraktikkan dengan cara pengulangan. Ujian pos dijalankan dengan dua cara

iaitu:

i) Kad Imbasan

Melalui Kad Imbasan, guru menunjukkan kad huruf yang mengandungi

huruf-huruf kecil dalam skop kajian.

Murid akan mengecam dan menyebut huruf-huruf tersebut sambil

disemak oleh guru.

ii) Ujian Bertulis

Terdapat 3 komponen dalam ujian bertulis iaitu, murid menulis huruf kecil

secara individu dengan mendengar sebutan guru. Murid menyuaipadan

huruf besar dan huruf kecil dan murid mengimlak ( ejaan ) perkataan

yang disebut oleh guru.

Refleksi

i) Keputusan Ujian kad Imbasan menunjukkan murid-murid ini dapat

mengecam dan menyebut bentuk huruf kecil b , d , e , p , q, m , n , u ,dan

y dengan jelas dan lancar.

ii) Keputusan Ujian Bertulis juga mencatatkan murid dapat menulis hurufhuruf

kecil dalam skop kajian, dapat menyuai padan huruf besar dengan

hururf kecil dan dapat menulis perkataan yang disebut oleh guru.

Page 25: Kpd 3026 rosliza razali

8.5 Refleksi Keseluruhan Kajian

i) Refleksi Kajian Terhadap Murid

Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah latih tubi nyanyian dan lukisan

yang ringkas seperti ini dapat membantu murid mengecam, dan

mengenal bentuk huruf kecil tertentu yang sebelum ini menjadi masalah

besar bagi mereka. Melalui sesi temubual, kebanyakan murid-murid ini

minat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tetapi tidak mendapat

bimbingan dari pihak keluarga. Kebanyakkan dari mereka juga

mempunyai masalah keluarga. Selain itu tiada galakan dan tindakan

susulan di rumah berkaitan pembelajaran. Semasa pengajaran mata

pelajaran Bahasa Malaysia murid-murid ini tidak memahami perkataan

yang diajar. Begitu juga dengan aras bahasa dalam Buku Teks Bahasa

Malaysia yang tinggi. Ketika dalam pengajaran dan pembelajaran

bersama rakan-rakan yang lain, murid-murid ini kurang berkeyakinan dan

bersikap pasif serta bimbang jika disoal oleh guru. Sebaliknya melalui

nyanyian dan lukisan murid-murid lebih santai dan dapat mengurangkan

tekanan murid serta membenarkan mereka berasa yakin pada diri sendiri.

ii) Refleksi Kajian Terhadap Guru

Sepanjang menjalankan kajian ini, saya berasa teruja untuk melihat

hasilnya. Sebenarnya , proses perkembangan dalam tempoh kajian itu

sendiri yang membuatkan saya melalui emosi yang bervariasi; gembira ,

cemas , kadang-kadang tertekan juga, tidak yakin pada diri pun ada.

Saya dapati kajian ini mencapai objektifnya . Walaupun begitu mungkin

terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik.

Page 26: Kpd 3026 rosliza razali

iii) Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah

Dijalankan Secara Keseluruhan

Melalui kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati sebagai guru yang

mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia , saya perlu mempelbagaikan

kaedah pengajaran sesuai dengan kepelbagaian keperluan murid di

dalam kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga perlu

dipermudahkan mengikut aras kognitif mereka dengan harapan subjek

Bahasa Malaysia ini dipandang penting , menarik dan bernilai. Saya juga

telah dapat membaiki mutu pengajaran saya. Saya berjaya membimbing

murid mengenal huruf-huruf keci yang selama ini membelenggu diri

mereka. Dari segi murid itu pula , mereka berasa gembira kerana

mereka tidak lagi ketinggalan jauh dari murid-murid lain semasa aktiviti

pengajaran kelas dilakukan oleh guru. Mereka juga lebih minat terhadap

pengajaran dan pembelajaran berbanding dahulu.

9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil kajian ini, saya dan beberapa orang guru Bahasa Malaysia dapati terdapat

perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid.

Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sumber proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan di dalam kelas.sebagai seorang

guru kita haruslah lebih kreatif mempelbagaikan kaedah/teknik pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas melalui aktiviti yang dirancang. Cadangan kajian saya

seterusnya ialah meningkatkan kemahiran menguasai perkataan yang mengandungi

konsonan berganding “gh” “kh” “sy”.

Page 27: Kpd 3026 rosliza razali

RUJUKAN:

1. Atan Long, 1992. Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

2. Mok Soon Sang, 1997. Pedagogi 3,Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan Pendidikan

Inklusif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

3. Mohd Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

4. Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat turun

daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-tulisan.html

pada 19 Oktober 2009.

5. Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun daripada

http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/html pada 20 Oktober

2009.