kontraktor patuh syariah (kps) wadah · pdf filedan rekabentuk yang tidak mesra alam. ......

3
KONTRAKTOR PATUH SYARIAH (KPS) WADAH PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM A. MUQADDIMAH Nukilan bagi mewujudkan konsep Patuh Syariah dalam industri pembinaan tercetus dari idea Ir. Dr. Shakor Ramat Badaruddin yang pada ketika itu sedang bertugas sebagai Pengarah Projek di bawah Aramco Arabia Saudi. Idea bagi mewujudkan konsep Patuh Syariah dalam industri pembinaan tercetus apabila melihat banyak aspek di dalam industri pembinaan yang tidak Patuh Syariah. Hal ini melibatkan masalah-masalah dari aspek kesucian bahan binaan yang digunakan, reka bentuk atau kawasan yang tidak mesra kepada golongan kelainan upaya dan rekabentuk yang tidak mesra alam. Sekembalinya ke Malaysia, beliau mengambil inisiatif membangunkan konsep Kontraktor Patuh Syariah di bawah syarikatnya Elcorp Technology Sdn Bhd. Di sini bermulanya perbincangan serius kepada usaha mewujudkan konsep patuh Syariah dalam industri pembinaan yang dikenali sebagai “Kontraktor Patuh Syariah (KPS)”. Langkah ini dilihat terus positif sehingga beliau terlibat dalam Kursus Kesedaran Kontraktor Patuh Syariah di Kuantan pada bulan Mac 2016 dan juga di Segamat pada bulan Jun 2016. Ini membuktikan keseriusan dalam mempelopor serta memajukan program Kontraktor Patuh Syariah di Malaysia. B. LATAR BELAKANG INDUSTRI Industri pembinaan merupakan suatu industri penting kepada ekonomi negara. Ia menyumbang sebanyak 4% kepada KDNK dan 1.25 juta tenaga kerja negara terlibat dalam industri pembinaan. Tambahan pula, faktor pengkali industri binaan menjangkau secara positif kepada 120 sektor lain. Kerajaan juga telah memberi penekanan fiskal kepada industri ini sebagai satu langkah menjana ekonomi negara kerana kesan pengkalinya yang meluas. Pada tahun 2016, nilai projek pembinaan di Malaysia adalah sebanyak RM125 bilion.Dari jumlah itu, hanya 23% nilai yang mewakili projek kerajaan , manakala selebihnya adalah dalam sektor swasta. Pada tahun yang sama, terdapat lebih 70,000 syarikat kontraktor yang berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam berbagai gred. Sekitar 60% darinya merupakan syarikat berstatus Bumiputera. Secara lazimnya, kontraktor Bumiputera mendapatkan projek dalam sektor kerajaan. Dalam masa yang sama, ada dalam kalangan kontraktor bukan Bumiputera juga akan mendapatkan projek yang ditawarkan dalam sektor kerajaan. Hal ini menjadikan persaingan di kalangan kontraktor Bumiputera menjadi semakin tinggi kerana merebutkan peluang sedikit yang sempit dari projek-projek kerajaan. Dalam pada itu, dianggarkan projek-projek berkaitan Syariah di Malaysia seperti masjid, surau, sekolah agama, dan pembangunan wakaf bernilai hampir RM6.3 bilion. Nilai ini akan terus meningkat setiap tahun seiring dengan penambahan projek-projek berkaitan Syariah yang diperlukan oleh umat Islam di negara ini. Ini menunjukkan projek-projek berkepentingan Syariah mempunyai nilai signifikan tersendiri terutamanya kepada kontraktor Bumiputera yang sepatutnya mempelopori projek-projek berkaitan Syariah.

Upload: nguyenphuc

Post on 04-Mar-2018

230 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONTRAKTOR PATUH SYARIAH (KPS) WADAH · PDF filedan rekabentuk yang tidak mesra alam. ... kepada KDNK dan 1.25 juta tenaga kerja negara terlibat dalam industri pembinaan. ... Pada

KONTRAKTOR PATUH SYARIAH (KPS) WADAH PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM

A. MUQADDIMAH

➢ Nukilan bagi mewujudkan konsep Patuh Syariah dalam industri pembinaan tercetus dari idea Ir. Dr. Shakor

Ramat Badaruddin yang pada ketika itu sedang bertugas sebagai Pengarah Projek di bawah Aramco Arabia

Saudi.

➢ Idea bagi mewujudkan konsep Patuh Syariah dalam industri pembinaan tercetus apabila melihat banyak aspek

di dalam industri pembinaan yang tidak Patuh Syariah. Hal ini melibatkan masalah-masalah dari aspek kesucian

bahan binaan yang digunakan, reka bentuk atau kawasan yang tidak mesra kepada golongan kelainan upaya

dan rekabentuk yang tidak mesra alam.

➢ Sekembalinya ke Malaysia, beliau mengambil inisiatif membangunkan konsep Kontraktor Patuh Syariah di

bawah syarikatnya Elcorp Technology Sdn Bhd. Di sini bermulanya perbincangan serius kepada usaha

mewujudkan konsep patuh Syariah dalam industri pembinaan yang dikenali sebagai “Kontraktor Patuh

Syariah (KPS)”.

➢ Langkah ini dilihat terus positif sehingga beliau terlibat dalam Kursus Kesedaran Kontraktor Patuh Syariah di

Kuantan pada bulan Mac 2016 dan juga di Segamat pada bulan Jun 2016. Ini membuktikan keseriusan dalam

mempelopor serta memajukan program Kontraktor Patuh Syariah di Malaysia.

B. LATAR BELAKANG INDUSTRI

➢ Industri pembinaan merupakan suatu industri penting kepada ekonomi negara. Ia menyumbang sebanyak 4%

kepada KDNK dan 1.25 juta tenaga kerja negara terlibat dalam industri pembinaan. Tambahan pula, faktor

pengkali industri binaan menjangkau secara positif kepada 120 sektor lain. Kerajaan juga telah memberi

penekanan fiskal kepada industri ini sebagai satu langkah menjana ekonomi negara kerana kesan pengkalinya

yang meluas.

➢ Pada tahun 2016, nilai projek pembinaan di Malaysia adalah sebanyak RM125 bilion.Dari jumlah itu, hanya

23% nilai yang mewakili projek kerajaan , manakala selebihnya adalah dalam sektor swasta.

➢ Pada tahun yang sama, terdapat lebih 70,000 syarikat kontraktor yang berdaftar di bawah Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam berbagai gred. Sekitar 60% darinya merupakan

syarikat berstatus Bumiputera.

➢ Secara lazimnya, kontraktor Bumiputera mendapatkan projek dalam sektor kerajaan. Dalam masa yang sama,

ada dalam kalangan kontraktor bukan Bumiputera juga akan mendapatkan projek yang ditawarkan dalam

sektor kerajaan.

➢ Hal ini menjadikan persaingan di kalangan kontraktor Bumiputera menjadi semakin tinggi kerana merebutkan

peluang sedikit yang sempit dari projek-projek kerajaan.

➢ Dalam pada itu, dianggarkan projek-projek berkaitan Syariah di Malaysia seperti masjid, surau, sekolah agama,

dan pembangunan wakaf bernilai hampir RM6.3 bilion. Nilai ini akan terus meningkat setiap tahun seiring

dengan penambahan projek-projek berkaitan Syariah yang diperlukan oleh umat Islam di negara ini.

➢ Ini menunjukkan projek-projek berkepentingan Syariah mempunyai nilai signifikan tersendiri terutamanya

kepada kontraktor Bumiputera yang sepatutnya mempelopori projek-projek berkaitan Syariah.

Page 2: KONTRAKTOR PATUH SYARIAH (KPS) WADAH · PDF filedan rekabentuk yang tidak mesra alam. ... kepada KDNK dan 1.25 juta tenaga kerja negara terlibat dalam industri pembinaan. ... Pada

➢ Ini akan dapat membantu meningkatkan peluang di kalangan kontraktor Bumiputera sekiranya projek-projek

tersebut dilaksanakan melalui konsep KPS.

C. WADAH PEMBANGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA

➢ Satu kajian Pelan Induk Pembangunan Kontraktor Johor (PIPKJ) telah dijalankan oleh Elcorp Technology Sdn

Bhd bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai situasi sebenar kontraktor Bumiputera serta inisiatif

yang membantu kepada pembangunan kontraktor Bumiputera di negeri Johor khususnya.

➢ Melalui kajian PIPKJ ini, menampakkan bahawa konsep patuh Syariah dalam industri pembinaan mampu

meningkatkan peluang dalam kalangan kontraktor Bumiputera dengan mengkhususkan projek-projek yang

berkepentingan Syariah kepada kontraktor Bumiputera yang telah diiktiraf sebagai “Kontraktor Patuh

Syariah”.

➢ Dalam mewujudkan konsep Kontraktor Patuh Syariah, perancangan dari peringkat awal adalah sangat penting

bagi mendapatkan hasil yang berkualiti termasuklah mengumpulkan tenaga pakar dan panel dalam bidang

teknikal dan juga Syariah. Melalui kolaborasi ini, ianya mampu menghasilkan outcome yang sangat relevan

dan praktikal untuk dicadangkan kepada agensi kerajaan untuk dilaksanakan.

➢ Negeri Johor menjadi pelopor untuk melaksanakan konsep Kontraktor Patuh Syariah.

➢ Seterusnya, cadangan konsep Kontraktor Patuh Syariah ini mendapat sokongan penuh oleh agensi-agensi

kerajaan seperti Kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Unit Perancangan Ekonomi Negeri

Johor (UPEN) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU).

➢ Hal ini membuktikan konsep Kontraktor Patuh Syariah semakin dikenali dan berjaya membuka mata banyak

pihak samada dari agensi kerajaan mahupun swasta.

➢ Antara elemen yang dititikberatkan di dalam konsep kontraktor patuh Syariah adalah elemen halalan toyyiban

dalam pembinaan yang merangkumi pengurusan sumber (4M) iaitu Man, Money, Material dan Machine.

Selain itu, rekabentuk sesuatu bangunan mestilah ke arah patuh Syariah termasuklah bercirikan mesra tenaga

hijau dan alam sekitar serta mengambil kira aspek istinjak dan fiqh taharah. Tambahan pula, ciri-ciri kehalalan,

kesucian, keselamatan dan keselesaan menjadi faktor utama didalam konsep patuh syariah ini.

➢ Apabila konsep Kontraktor Patuh Syariah ini dipraktikkan, ia mampu memberikan impak yang besar terhadap

industri pembinaan yang akan menjadikan industri ini lebih telus dan membantu kepentingan masyarakat

Islam khususnya. Ianya bukan sahaja kepada kontraktor malahan akan memberi kesan yang positif kepada

rangkaian nilai secara menyeluruh termasuk pembekal, logistik, sistem pembiayaan bank islam dan pekerjaan.

D. MODEL EKONOMETRIK FAEDAH PROGRAM KONTRAKTOR PATUH SYARIAH (KPS)

➢ Bagi mengukuhkan lagi konsep Kontraktor Patuh Syariah, Elcorp Technology Sdn Bhd telah menjalankan suatu

kajian terhadap empat (4) kategori projek berkepentingan Syariah iaitu projek pembinaan dan

pengubahsuaian surau dan masjid, sekolah-sekolah agama, pembangunan Wakaf serta projek-projek swasta

berkaitan Syariah di Malaysia dengan menggunakan Model Ekonometrik Faedah Program KPS.

➢ Keseluruhan nilai bagi empat (4) kategori projek berkepentingan Syariah ini mencecah RM6.3 bilion.

Page 3: KONTRAKTOR PATUH SYARIAH (KPS) WADAH · PDF filedan rekabentuk yang tidak mesra alam. ... kepada KDNK dan 1.25 juta tenaga kerja negara terlibat dalam industri pembinaan. ... Pada

➢ Model Ekonometrik tersebut merupakan model yang akan menunjukkan Faedah Ekonomi kepada umat Islam

di Malaysia yang diperoleh dari projek berkaitan Syariah.

➢ Faedah Ekonomi tersebut merangkumi Faedah Perniagaan (Business Benefit), Faedah Pemegang Saham

(Equity Holder Benefit), Faedah Pekerja (Employment Benefit) dan Faedah Asnaf (Asnaf Benefit).

➢ Model Ekonometrik ini merumuskan projek-projek berkaitan Syariah tersebut berupaya menjana hampir

RM12.6 bilion iaitu dua kali ganda daripada nilai projek setahun kepada ekonomi Islam dalam sektor

pembinaan melibatkan beberapa lapisan benefisiari daripada kalangan perunding, kontraktor, tenaga kerja,

pembekal sehingga ke lapisan asnaf dan lain-lain.

➢ Model ini juga merumuskan tanpa pelaksanaan program KPS, majoriti projek berkepentingan Syariah hanya

mampu menyumbang 21% faedah ekonomi kepada masyarakat umat Islam (Melayu). Di mana hanya 10%

faedah dianggarkan akan diperoleh oleh Perusahaan Islam dan kurang dari 0.5% faedah kepada golongan

Asnaf.

➢ Manakala selebihnya dipelopori oleh masyarakat bukan Islam yang mengaut lebih faedah daripada projek

berkepentingan Syariah.

E. KESIMPULAN

➢ Program Kontraktor Patuh Syariah (KPS) wajar dilaksanakan dan dijadikan satu wadah bagi membangunkan

Ekonomi Islam yang mengkhususkan projek-projek berkepentingan Syariah dibangunkan oleh kontaktor patuh

Syariah.

➢ Justeru, usaha ke arah “ecosystem fencing” perlu dilaksanakan bagi mengawal serta meningkatkan peluang

pekerjaan bukan sahaja kepada kontraktor, tetapi semua pihak yang terlibat disepanjang rantaian nilai di

dalam ekosistem pembinaan.

➢ Maka melalui Model Ekonometrik Faedah Program KPS, dapat dirumuskan bahawa pelaksanaan program KPS

ini mampu menjana nilai faedah kepada ekonomi Islam secara berganda.

➢ Ini menggambarkan betapa luas dan besar peluang yang dapat dipelopori oleh masyarakat umat Islam jika

konsep KPS dilaksanakan.