konsep tatabahasa secara umum

48
KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

Upload: jefri-hussin

Post on 20-Jul-2015

166 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep tatabahasa secara umum

KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

Page 2: Konsep tatabahasa secara umum

(Nik Safiah Karim et al., 2004) Tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis.

Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem

Page 3: Konsep tatabahasa secara umum

KONSEP-KONSEP PENTING TATABAHASA DALAM KBSR DAN KBSM

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata tersebut terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.

Page 4: Konsep tatabahasa secara umum

Jenis Morfem

Page 5: Konsep tatabahasa secara umum

• Morfem Bebas• Boleh berdiri sendiri. Contohnya minum, cuti,

sekolah, periksa.• Mempunyai makna sendiri.

• Morfem Terikat / Imbuhan• Bentuk imbuhan, iaitu mem, per, kan, ber• Tidak mempunyai makna, tetapi mengandung

fungsi tatabahasa atau nahu yang boleh mengubah makna sesuatu kata, seterusnya makna ayat

Page 6: Konsep tatabahasa secara umum

Morfem Terikat / ImbuhanAwalan

ditambah di bahagian depan kata dasarcontohnya: membaca, menghafal

Akhiranditambah di bahagian belakang kata dasar

Sisipandiselitkan antara unsur-unsur kata dasarcontohnya: telapak (tapak)

Apitanditambahkan serentak di bahagian awalan dan akhiran kata dasarcontohnya: imbuhan per…… ...an, permainan

Page 7: Konsep tatabahasa secara umum

Konsep Perkataan• Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna

Page 8: Konsep tatabahasa secara umum

Bentuk-Bentuk Kata

Kata Tunggal

Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya: Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.

Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan

Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri.

Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.

Page 9: Konsep tatabahasa secara umum

Kata TerbitanTerdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.

Kata Majmuk

Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.

Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.

Misalnya: Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu.

Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan.

Page 10: Konsep tatabahasa secara umum

Kata Ganda

Kata ganda ialah pengulangan kata dasar, sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.

Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.

Proses Pembentukan Kata Selain kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata. •Pengimbuhan;•Pemajmukan; dan•Penggandaan.

Page 11: Konsep tatabahasa secara umum

pengimbuhan

• Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.

Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

• Imbuhan Kata NamaKata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan – awalan, akhiran, apitan dan sisipan

• Contoh Imbuhan pada Awalan Ayat

Page 12: Konsep tatabahasa secara umum

Contoh Imbuhan pada Awalan Ayat

Awalan Varian Contoh Perkataan Contoh Penggunaan

ke- ke kerabat, kekasih Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.

Maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau abstrak.

Page 13: Konsep tatabahasa secara umum

peN-...

pe-... pewangi, peragut, pesalah

Orang ramai membelasah peragut itu sehingga pengsan.

pem-... pemfatwa, pemproses, pemberontak

Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.

pen-... pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat

Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari.

peng-...

pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar,

Pengacau itu mengganggu pengasuh kanak-kanak setiap hari.

penge-...

pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom

Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri.

pel-... pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon

Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.

per per pertapa Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.

Page 14: Konsep tatabahasa secara umum

juru-... juru-...

jurutaip, jururunding, jurubahasa

Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.

dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)

dwi-... dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran

Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.

eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-...)

eka-...

ekabahasa, ekakaum, ekafungsi

Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara

pra-...(menunjukkan makna `sebelum')

pra-... prasejarah, prakemerdekaan

Ahli arkeologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.

swa-...menunjukkan maksud `sendiri')

swa-...

swalayan, swamodal, swakarya

Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

Page 15: Konsep tatabahasa secara umum

Akhiran Contoh Perkataan

...-man (menunjukkan sifat perkara – sama ada orang atau benda yang dirujuk)

seniman, budiman

...-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)

olahragawan, usahawan

...-wati (menunjukkan wanita yang ahli dalam bidangnya)

pragawati, olahragawati.

...-an pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan Akhiran Ayat

Page 16: Konsep tatabahasa secara umum

Apitan Contoh Perkataan

ke-....-an kezaliman, kesenangan

pe-....-an peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan

peN-...-an penyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan Apitan Ayat

Page 17: Konsep tatabahasa secara umum

Sisipan Contoh Perkataan

...-el-... telunjuk, kelengkeng, kelabut

...-er-... keruping, seruling, serabut

...-em-... kemuning, kemuncup, kemelut

Contoh imbuhan Sisipan Ayat

Page 18: Konsep tatabahasa secara umum

Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi

Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyaiHitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

PEMAJMUKANPemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu: •Umum•Istilah Kiasan/peribahasa

Page 19: Konsep tatabahasa secara umum

Penggandaan

Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu: i.Penggandaan Penuh;

ii.Penggandaan Berentak;

iii.Penggandaan Separa; dan

iv.Penggandaan Makna.

Page 20: Konsep tatabahasa secara umum

•Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.•Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, •kata nama terbitan dan kata nama majmuk.•Kata yang digandakan ini dipisahkan dengan menggunakan sengkang. Contoh-contoh adalah seperti berikut

Penggandaan Penuh

KATA NAMA TUNGGAL

Alat Alat-alat

Budak Budak-budak

Rumah Rumah-rumah

Murid Murid-murid

Kura Kura-kura

Makan Makan-makan

Tadika Tadika-tadika

Page 21: Konsep tatabahasa secara umum

KATA NAMA TERBITAN

Ketua Ketua-ketua

Pekebun Pekebun-pekebun

Makanan Makanan-makanan

Persatuan Persatuan-persatuan

Pejuang Pejuang-pejuang

Kedutaan Kedutaan-kedutaan

Kata Nama Terbitan

Page 22: Konsep tatabahasa secara umum

Penggandaan Berentak

• Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.

• Seluruh kata nama digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang atau diubah.

• Rentak terdiri daripada pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.

• Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

i. Penggandaan Suku Kata Awal

ii. Penggandaan Suku Kata Akhir

iii. Penggandaan Konsonan

iv. Penggandaan Sisipan

v. Penggandaan Akhiran

Penggandaan Suku Kata Awal Vokal dalam suku kata awal diulang dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:

sayur sayur-mayur

kuih kuih-muih

lauk

lauk-paukPenggandaan Konsonan Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata dasar tetapi vokalnya berubah. Contoh:

gunung gunung-ganang

guruhguruh-garahPenggandaan Sisipan Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya. Contoh:

tali tali-temali

gunung gunung-ganang

jari

jari-jemariPenggandaan Akhiran Penggandaan penuh juga boleh menerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknanya menjadi pelbagai. Contoh:

sayur sayur-sayuran

biji biji-bijian

barang

barang-baranganWalau bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-) (rujuk Jadual 1.10 dan Jadual 1.11). Jadual 1.10: Rentak pada Pengulangan Vokal atau Diftong

Page 23: Konsep tatabahasa secara umum

bukit bukit-bukau

warna warna-warni

batu

batu-batanPenggandaan Suku Kata Akhir Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal. Contoh:

•Penggandaan Suku Kata Awal Vokal dalam suku kata awal diulang dan vokal dalam suku •kata akhir berubah. Contoh:

Page 24: Konsep tatabahasa secara umum
Page 25: Konsep tatabahasa secara umum

sayur sayur-mayur

kuih kuih-muih

lauk lauk-pauk

•Penggandaan Suku Kata AkhirVokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal. Contoh:

Page 26: Konsep tatabahasa secara umum

tali tali-temali

gunung gunung-ganang

jari

jari-jemariPenggandaan Akhiran Penggandaan penuh juga boleh menerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknanya menjadi pelbagai. Contoh:

sayur sayur-sayuran

biji biji-bijian

barang

barang-baranganWalau bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)

Page 27: Konsep tatabahasa secara umum

gunung gunung-ganang

guruh guruh-garah

Penggandaan Konsonan Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata dasar tetapi vokalnya berubah. Contoh

Page 28: Konsep tatabahasa secara umum

Penggandaan SisipanSeluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya. Contoh:

tali tali-temali

jari jari-jemari

Page 29: Konsep tatabahasa secara umum

Penggandaan AkhiranPenggandaan penuh juga boleh menerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknanya menjadi pelbagai. Contoh:

sayur sayur-sayuran

biji biji-bijian

barang barang-barangan

Page 30: Konsep tatabahasa secara umum

Walau bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)

RENTAK PADA PENGULANGAN VOKAL ATAU DIFTONG

cerai cerai-berai

hina hina-dina

sayur sayur-mayur

Page 31: Konsep tatabahasa secara umum

Rentak pada Pengulangan Konsonan

gunung gunung-ganang

bukit bukit-bukau

simpang simpang-siur

Page 32: Konsep tatabahasa secara umum

Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.Kata tunggal: Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang diulang dilemahkan: menjadi vokal tengah atau / a /.

Kata dasar

Penggandaan penuh Penggandaan separa

Laki laki-laki lelaki

Langit langit-langit lelangit

Suatu satu-satu sesuatu

Budak budak-budak Bebudak

Siku siku-siku sesiku

Page 33: Konsep tatabahasa secara umum

•Kata terbitan Penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. •Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara:

Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan di bahagian depan kata yang pertama atau penggandaan separa depan.

Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Ia merupakan pengulangan yang dipisahkan dengan sengkang.

Page 34: Konsep tatabahasa secara umum

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda

bual ber + bual berbual-bual

cari ter + cari tercari-cari

gila ter + gila tergila-gila

borak ber + borak berborak-borak

akan se + akan seakan-akan

•Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang).

Page 35: Konsep tatabahasa secara umum

•Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan).

Rentak pada Pengulangan Konsonan

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda

anak ber + anak anak-beranak

kejar men + kejar kejar-mengejar

* Kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Page 36: Konsep tatabahasa secara umum

ipar ipar duai

ipar ipar lamai

saudara saudara mara

Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:

Penggandaan Makna

Page 37: Konsep tatabahasa secara umum

buku buku-buku

ketua ketua-ketua

jabatan jabatan-jabatan

gunung gunung-ganang

bukit bukit-bukau

Makna Penggandaan

Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:

•Menunjukkan Banyak

Page 38: Konsep tatabahasa secara umum

biri-biri

kupu-kupu

kunang-kunang

•Membentuk Nama Haiwan

Page 39: Konsep tatabahasa secara umum

langit langit-langit (menyerupai langit)

siku siku-siku (menyerupai siku)

orang orang-orang (menyerupai orang)

•Membentuk Nama Benda Menyerupai

Page 40: Konsep tatabahasa secara umum

sayur sayur-mayur

kuih kuih-muih

saudara saudara-mara

•Menunjukkan Pelbagai Jenis

Page 41: Konsep tatabahasa secara umum
Page 42: Konsep tatabahasa secara umum
Page 43: Konsep tatabahasa secara umum
Page 44: Konsep tatabahasa secara umum
Page 45: Konsep tatabahasa secara umum
Page 46: Konsep tatabahasa secara umum
Page 47: Konsep tatabahasa secara umum
Page 48: Konsep tatabahasa secara umum