konsep tatabahasa secara umum

Upload: paklong-cikgu

Post on 15-Jul-2015

857 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Topik X Konsep

11. 2. 3. 4. 5. 6.

Tatabahasa Secara Umum

HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menghuraikan konsep tatabahasa dalam KBSR dan KBSM; Menjelaskan maksud perkataan; Membincangkan maksud ayat; Menilai jenis-jenis perkataan dan ayat; Membincangkan sukatan pelajaran tatabahasa KBSR dan KBSM; dan Menjelaskan huraian sukatan pelajaran tatabahasa KBSR dan KBSM.

X PENGENALANAnda harus faham bahawa secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al., 2004). Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Anda juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Hal ini demikian kerana kedua-duanya adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

2

X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

1.1Morfologi

KONSEP-KONSEP PENTING TATABAHASA DALAM KBSR DAN KBSM

Untuk pengetahuan anda, dalam morfologi, morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata tersebut terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

AKTIVITI 1.1Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Memperjuangkan; Memperlekeh; Perjuangan; Mendudui; dan Dikasari.

1.1.1

Jenis Morfem

Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu seperti berikut (rujuk Jadual 1.1):Morfem

Bebas

Terikat / Imbuhan

(Sumber: Nik Safiah Karim et. al, 2004)

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

3

Jadual 1.1: Morfem Bebas dan Morfem Terikat / Imbuhan Morfem Bebas 1. 2. Boleh berdiri sendiri. Contohnya minum, cuti, sekolah, periksa. Mempunyai makna sendiri. 1. 2. Morfem Terikat / Imbuhan Bentuk imbuhan, iaitu mem, per, kan, ber Tidak mempunyai makna, tetapi mengandung fungsi tatabahasa atau nahu yang boleh mengubah makna sesuatu kata, seterusnya makna ayat

Morfem terikat / imbuhan pula boleh dibahagikan mengikut contoh berikut (rujuk Jadual 1.2):Jadual 1.2: Morfem Terikat / Imbuhan (Awalan, Akhiran, Sisipan dan Apitan) Morfem Terikat / Imbuhan Awalan ditambah di bahagian depan kata dasar contohnya: membaca, menghafal Akhiran ditambah di bahagian belakang kata dasar Sisipan diselitkan antara unsur-unsur kata dasar contohnya: telapak (tapak) Apitan ditambahkan serentak di bahagian awalan dan akhiran kata dasar contohnya: imbuhan per ...an, permainan

4

X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

1.1.2

Konsep Perkataan

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna. Bentuk-Bentuk Kata Kata / perkataan boleh dibahagikan dalam bentuk-bentuk berikut (rujuk Jadual 1.3):Jadual 1.3: Bentuk-bentuk Kata Kata Tunggal (i) (ii) Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya: Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa. Misalnya: Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu. Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan.

(iii) (iv)

(v)

Kata Terbitan

(i)

Kata Majmuk

(i) (ii)

(iii) (iv)

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

5

Kata Ganda

(i)

Kata ganda ialah pengulangan kata dasar, sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya. Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.

(ii)

Proses Pembentukan Kata Selain kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata. (a) Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. (i) Imbuhan Kata Nama Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan (rujuk Jadual 1.4, Jadual 1.5, Jadual 1.6 dan Jadual 1.7).Jadual 1.4: Contoh Imbuhan pada Awalan Ayat Awalan Varian ke Contoh Perkataan kerabat, kekasih Contoh Penggunaan

ke-

Kerabat diraja itu makan diwarung sahaja.

Maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau abstrak. peN-... pe-... pewangi, peragut, pesalah pemfatwa, pemproses, pemberontak Orang ramai membelasah peragut itu sehingga pengsan. Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.

pem-...

6

X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

pen-...

pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon

Pensyarah itu keletihankerana menyampaikan lima kuliah sehari.

peng-...

Pengacau itu mengganggu pengasuh kanak-kanak setiaphari.

penge-...

Pengebom berani mati ituterkorban akibat perbuatan sendiri.

pel-...

Pelabur diingatkan supayamenyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.

per

per

pertapa

Pertapa itu menghabiskanmasa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.

juru-...

juru-...

jurutaip, jururunding, jurubahasa

Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan. Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.

dwi(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) eka(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi...) pasca-...(dirujuk kepada `selepas')

dwi-...

dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran

eka-...

ekabahasa, ekakaum, ekafungsi

Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara

pasca-...

pascasiswazah

Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidangbidang sarjana dan kedoktoran.

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

7

pra...(menunjukkan makna `sebelum') swa...menunjukkan maksud `sendiri')

pra-...

prasejarah, prakemerdekaan swalayan, swamodal, swakarya

Ahli arkeologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah. Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

swa-...

Jadual 1.5: Contoh Imbuhan pada Akhiran Ayat Akhiran ...-man (menunjukkan sifat perkara ada orang atau benda yang dirujuk) sama Contoh Perkataan seniman, budiman

...-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) ...-wati (menunjukkan wanita yang ahli dalam bidangnya) ...-an

olahragawan, usahawan

pragawati, olahragawati.

pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan Jadual 1.6: Contoh Imbuhan Apitan pada Ayat Apitan Contoh Perkataan kezaliman, kesenangan

ke-....-an

pe-....-an

peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan

peN-...-an

penyusunan, pengurangan

8

X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

Jadual 1.7: Contoh Imbuhan Sisipan pada Ayat Sisipan ...-el-... Contoh Perkataan telunjuk, kelengkeng, kelabut

...-er-...

keruping, seruling, serabut

...-em-...

kemuning, kemuncup, kemelut

(b)

Pemajmukan (i) Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:

(ii)

(i) (ii) (iii)

Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu: Umum Istilah Kiasan/peribahasa (c) Penggandaan Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

9

Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu: (i) (ii) Gandaan penuh; Gandaan separa;

(iii) Gandaan berentak; dan (iv) Gandaan makna.

AKTIVITI 1.21. 2. Tunjukkan tiga contoh, masing-masing bagi imbuhan kata nama dan pemajmukan. Jelaskan maksud awalan peN-...

Walau bagaimanapun, bagi pengetahuan anda selanjutnya, terdapat ahli-ahli bahasa yang membahagikan kata ganda kepada tiga jenis, iaitu: Penggandaan Penuh; Penggandaan Berentak; dan Penggandaan Separa. Penggandaan Penuh Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk. Kata yang digandakan ini dipisahkan dengan menggunakan sengkang.

10 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

Contoh-contoh adalah seperti berikut (rujuk Jadual 1.8 dan Jadual 1.9):Jadual 1.8: Kata Nama Tunggal KATA NAMA TUNGGAL Alat Budak Rumah Murid Kura Makan Tadika Jadual 1.9: Kata Nama Terbitan KATA NAMA TERBITAN Alat-alat Budak-budak Rumah-rumah Murid-murid Kura-kura Makan-makan Tadika-tadika

Ketua PekebunMakanan

Ketua-ketua Pekebun-pekebun Makanan-makanan Persatuan-persatuan Pejuang-pejuang Kedutaan-kedutaan

Persatuan Pejuang Kedutaan

Penggandaan Berentak x x x x Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar. Seluruh kata nama digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang atau diubah. Rentak terdiri daripada pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

11

(i) (ii)

Penggandaan Suku Kata Awal Penggandaan Suku Kata Akhir

(iii) Penggandaan Konsonan (iv) Penggandaan Sisipan (v) Penggandaan Akhiran

Walau bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-) (rujuk Jadual 1.10 dan Jadual 1.11).Jadual 1.10: Rentak pada Pengulangan Vokal atau Diftong RENTAK PADA PENGULANGAN VOKAL ATAU DIFTONG cerai hina sayur cerai-berai hina-dina sayur-mayur

Jadual 1.11: Rentak pada Pengulangan Konsonan RENTAK PENGULANGAN KONSONAN gunung bukit simpang gunung-ganang bukit-bukau simpang-siur

12 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

x

Penggandaan Suku Kata Awal Vokal dalam suku kata awal diulang dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:bukit warna batu bukit-bukau warna-warni batu-batan

x

Penggandaan Suku Kata Akhir Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal. Contoh:sayur kuih lauk sayur-mayur kuih-muih lauk-pauk

x

Penggandaan Konsonan Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata dasar tetapi vokalnya berubah. Contoh:gunung guruh gunung-ganang guruh-garah

x

Penggandaan Sisipan Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan selepas konsonan pertama bentuk ulangannya. Contoh:tali gunung jari tali-temali gunung-ganang jari-jemari

em-

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

13

x

Penggandaan Akhiran Penggandaan penuh juga boleh menerima akhiran an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran an menambahkan maknanya menjadi pelbagai. Contoh:sayur biji barang sayur-sayuran biji-bijian barang-barangan

Penggandaan Separa (i) (ii) Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan. Kata tunggal: Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang diulang dilemahkan: menjadi vokal tengah atau / a /. Contoh (rujuk Jadual 1.12):Jadual 1.12: Rentak pada Pengulangan Konsonan Kata dasar Laki Langit Suatu Budak Siku Penggandaan penuh laki-laki langit-langit satu-satu budak-budak siku-siku Penggandaan separa lelaki lelangit sesuatu bebudak sesiku

(iii) Kata terbitan Penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara: Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan di bahagian depan kata yang pertama atau penggandaan separa depan. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Ia merupakan pengulangan yang dipisahkan dengan sengkang.

14 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

(iv) Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang). Rujuk Jadual 1.13.Jadual 1.13: Rentak pada Pengulangan Konsonan Kata dasar bual cari gila borak akan Kata terbitan ber + bual ter + cari ter + gila ber + borak se + akan Kata ganda berbual-bual tercari-cari tergila-gila berborak-borak seakan-akan

(v)

Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan). Rujuk Jadual 1.14Jadual 1.14: Rentak pada Pengulangan Konsonan Kata dasar anak kejar Kata terbitan ber + anak men + kejar Kata ganda anak-beranak kejar-mengejar

(vi) Kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Penggandaan Makna Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:ipar ipar saudara ipar duai ipar lamai saudara mara

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

15

Makna Penggandaan Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu: (i) Menunjukkan Banyakbuku ketua jabatan gunung bukit buku-buku ketua-ketua jabatan-jabatan gunung-ganang bukit-bukau

(ii)

Membentuk Nama Haiwanbiri-biri kupu-kupu kunang-kunang

(iii) Membentuk Nama Benda Menyerupailangit siku orang langit-langit (menyerupai langit) siku-siku (menyerupai siku) orang-orang (menyerupai orang)

(iv) Menunjukkan Pelbagai Jenissayur kuih saudara sayur-mayur kuih-muih saudara-mara

16 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

(a)

Golongan Kata Nama (rujuk Jadual 1.15):Jadual 1.15: Contoh Golongan Kata Nama Subgolongan Nama khas Ciri Hidup Jenis Manusia Contoh Ali, Fatimah, Tun Abdul Razak, Hang Jebat, Aziz Osman Bujang senang, Si Tompok, Pak Belang Gunung Kinabalu, Gua Musang, Sabak Bernam, Proton Saga, Waja, Wira Nama am Konkrit kepala, meja, pelajar, ketua, kapal terbang harapan, kemahuan, kecuaian, keberanian, kesenangan, dengki ini, itu Tanya Diri Orang pertama siapa, apa, mana saya, beta, aku, patik, kami, kita awak, kamu, engkau, anda, saudara, saudari, tuan hamba ia, dia, beliau, mereka, baginda,

Bukan manusia

Tak hidup

Abstrak

Ganti nama

Penunjuk

Orang kedua

Orang ketiga

...-nya

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

17

(b)

Golongan Kata Kerja Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya: berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya (rujuk Jadual 1.16).Jadual 1.16: Contoh Golongan Kata Kerja Subgolongan Ciri Tak Berpelengkap: -Tidak memerlukan pelengkap Jenis Tak Transitif Tak Berpelengkap Contoh - Rumah itu sudah roboh - Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar

Tak Transitif:

- Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya - Tetapi ada yang memerlukan pelengkap.

Berpelengkap: - memerlukan pelengkap

Tak Transitif Berpelengkap

- keadaan Halim bertambah parah - Air sungai beransur surut

Transitif:

Aktif

Transitif Aktif

Menulis, menampar, memakan

- memerlukan objek atau penyambut.

Pasif

Transitif Pasif

Ditulis oleh / dengan. Dimakan oleh / dengan

(c)

Golongan Kata Adjektif Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

18 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan (rujuk Jadual 1.17).Jadual 1.17: Contoh Golongan Kata Kerja Jenis Sifat Contoh Baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam Dekat, hampir, jauh Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

Warna Ukuran

Bentuk Waktu Jarak Cara

Pancaindera - Rasa - Lihat - Dengar - Bau - Sentuh Adjektif perasaan Sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik Bising, senyap Busuk, wangi, hangit, hapak Kesat, kasar, lembab, halus, licin Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

19

Jadual 1.18: Tip-tip Kata Adjektif Tip Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Adjektif perasaan harus diikuti oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.

sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Contoh:Saya sangat segan dengan awak Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.

(d)

Golongan Kata Tugas Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas (rujuk Rajah 1.19).Jadual 1.19: Golongan Kata Tugas Contoh Subgolongan x x Gabungan Hubungan Tugas Menghubungkan ayat atau klausa Menunjukkan seruan Menyoal atau bertanya Menimbulkan Tindakan balas

x x

dan, atau, tetapi, serta kerana, ketika, kalau

aduh, amboi, wah, syabas, oh, cis mengapa bila, berapa, bagaimana jangan, usah, sila, jemput tolong, minta, harap

Kata seru Kata tanya Kata perintah x x x Larangan Silaan permintaan

ya, benar, betul maka, hatta, adapun, syahdan

Kata pembenar Kata pangkal ayat

Membenarkan sesuatu Menandakan kesinambungan ayat

20 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian -kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi x x x x bukan tidak ialah adalah

Kata bantu

Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama

Kata penguat Kata penegas Kata nafi

Menguatkan maksud suatu adjektif Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat Menafikan sesuatu

Kata pemeri

Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama Menunjukkan arah atau hala

di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam, luar, samping, timur, barat x x x x x satu, dua, sepuluh, seratus, sejuta banyak, sedikit, beberapa, semua, para sekalian, segala, seluruh sesetengah, separuh, dua pertiga, sepertiga kedua-dua, bertahun, berbakul-bakul, beratusratus.

Kata sendi nama

Kata arah

Kata bilangan

Menerangkan jumlah

bilangan

atau

...-nya ...-nya

Kata penekan Kata pembeda

Memberi penegasan bagi kata yang digandingi Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

21

(e)

Kata Hubung Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan (rujuk Jadual 1.20 dan Jadual 1.21).Jadual 1.20: Kata Hubung Gabungan Kata Hubung Gabungan (i) (ii) (iii) Menghubungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara,

sebaliknya, seterusnya.Contoh ayat: Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya. Dia mengelak, lantas menikam.

22 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

Jadual 1.21: Kata Hubung Pancangan Kata Hubung Pancangan Pancangan Relatif Pancangan Komplemen Pancangan Keterangan

-

Menghubungkan klausa utama dengan klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

-

Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Klausa pancangan komplemen akan melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk. (i) Guru Tahun 6 itu menyatakan

-

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. Kata hubung itu ialah:

Contoh: (i) (ii) Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya. (iii) Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah

-

-

-

bahawa semua muridnya mendapat enam A.(ii) Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad ialah ahli perniagaan besar. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun dan sesungguhnya.(i) Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.

(iii)

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

23

(f)

Sintaksis (i) (ii) Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum-hukum yang menentukan tatacara perkataan disusun dalam ayat.

(g)

Ayat (i) (ii) Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah.

(iii) Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. (iv) Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). (v) Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat (rujuk Jadual 1.22).Jadual 1.22: Contoh Rumus Pola Ayat Subjek Ayat Ahmad Predikat Ayat mengulang kaji tatabahasa ke sekolah Frasa Subjek Frasa Nama Frasa Predikat Frasa Kerja Rumus Pola Ayat FN + FK

Cikgu

Frasa Nama

Frasa Sendi Nama Frasa Adjektif

FN + FS

Fatimah

amat rajin

Frasa Nama

FN + FA

Ah Chong

seorang usahawan

Frasa Nama

Frasa Nama

FN + FN

24 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

(h)

Frasa (i) Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

(ii)

(iii) Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. (iv) Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. (i) Binaan Ayat (i) Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. Perhatikan contoh (rujuk Jadual 1.23):Jadual 1.23: Contoh Rumus Pola Ayat Subjek Bahagian Ayat Unsur Bahagian Ayat Subjek Unsur

(ii)

Ah Tian

Perlu dinyatakan

guru senaman

Perlu dinyatakan

Tipah

Perlu dinyatakan

membeli gula

Perlu dinyatakan

Suara ketua pengawas itu Munainady

Perlu dinyatakan

serak-serak basah

Perlu dinyatakan

Perlu dinyatakan

menoreh getah

Perlu dinyatakan

(iii) Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

25

(i)

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Perhatikan ayat berikut:

Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut: Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

(ii)

Pola Ayat Dasar Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Lihat contoh berikut (rujuk Jadual 1.24):Jadual 1.24: Pola Ayat Dasar

Subjek Ayat Jamilah Atan

Predikat Ayat pengurus sumber manusia budak pandai

Frasa Subjek Frasa Nama Frasa Nama

Frasa Predikat Frasa Nama Frasa Adjektif

Rumus Pola Ayat FN+FN FN+FA

26 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

(iii) Penjenisan Ayat Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika dilihat ayat dari segi ragamnya, terdapat pula ayat aktif dan ayat pasif. Jika kita amati tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru. Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan. Di samping itu kita juga mengkaji pola ayat dasar. (iv) Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar ialah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek yang dicondongkan manakala selainnya ialah predikat).

Ibu negara kita Kuala Lumpur. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.Di dalam almari tali leher ayah. Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini?

Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

27

(v)

Susunan Ayat Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirikan ayat tetapi juga dari segi susunan unsur-unsur itu. Jika dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk: susunan biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa. Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang. Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Perhatikan contoh-contoh di bawah.Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu. Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi didepankan).

Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya. Ke Langkawi Ahmad dengan keluarganya (FS ke Langkawi didepankan).

(vi) Ragam Ayat Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jenis, iaitu: Kata kerja tak transitif; dan Kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ini pula terbahagi kepada dua bentuk, iaitu Aktif; dan Pasif. Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikat yang mengandungi objek. Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif. Di samping itu, ayat aktif yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama (seperti saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak,

28 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

kamu, engkau, anda), kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja (rujuk Jadual 1.25).Jadual 1.25: Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Ragam Ayat) Ayat Aktif Subjek Frasa Nama Cikgu Kereta itu Kucing itu Predikat Kata kerja memotong melanggar meratah Frasa Nama (Objek) rumput tembok Subjek Frasa Nama Rumput Tembok itu Ayat Pasif Predikat Kata Kerja dipotong terlanggar Frasa Nama (Objek) oleh cikgu oleh kereta itu oleh kucing itu

ayam goreng Ayam goreng kena ratah itu itu

Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu. Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif, yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu. Oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (Lihat jadual 1.25) Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama. (vii) Ayat Songsang Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. Lihat Jadual 1.26 di bawah.Jadual 1.26: Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Ayat Songsang) Ayat Aktif Subjek Saya Awak Kami Predikat mengarang puisi malam ini Subjek Puisi ini Ayat Pasif Predikat saya karang semalam awak masak untuk cikgu

masak kek itu untuk Kek itu cikgu menanam pokokpokok bunga itu

Pokok-pokok bunga kami tanam itu

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

29

Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:

x x x

Saya karang puisi ini semalam.

Awak masak kek itu untuk cikgu. Kami tanam pokok-pokok bunga itu.

Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat transitif aktif (predikat ayat-ayat berkenaan dalam keadaan condong). Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan. Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga. Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.

SEMAK KENDIRI 1.11. 2. 3. 4. Jelaskan maksud morfologi. Jelaskan maksud sintaksis. Bincangkan golongan perkataan. Ulaskan pengertian ayat dan golongan ayat.

1.2

TATABAHASA DALAM SUKATAN PELAJARAN KBSR DAN KBSM

Berikut diperturunkan penerangan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu bagi KBSR dan KBSM. Sila teliti keterangan berikut: Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada

30 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah dan rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Penumpuan bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh mengenai kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah. Sukatan Pelajaran ini mengandungi matlamat, objektif dan organisasi kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa, hasil pembelajaran, dan pengisian kurikulum. Terdapat lima dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran yang berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Matlamat Matlamat kurikulum bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

31

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu murid sekolah rendah dapat menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi murid sekolah menengah pula, pada akhir pembelajaran, mereka dapat melahirkan idea dan pendapat dalam dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan berdasarkan penggunaan tatabahasa yang mantap. (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM 2003).

1.3

HURAIAN TATABAHASA DALAM SUKATAN PELAJARAN KBSR DAN KBSM

Sistem Bahasa Bagi pengetahuan anda, sistem bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Penerangan ringkas tentangnya dinyatakan di bawah. (a) Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaktis. Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ajaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut: (i) Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi x x

(b)

Kata asli bahasa Melayu Kata pinjaman bahasa Melayu

32 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

(ii)

Bentuk kata x x x x

Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan

(iii) Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah: x x x

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna. (iv) Golongan kata

Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas(c) Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut: (i) (ii) Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat; Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan;

(iii) Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif; (iv) Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang; (v) Binaan dan proses penerbitan ayat:

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

33

Ayat dasar; Ayat tunggal; dan Ayat terbitan atau ayat majmuk. (vi) Aspek tanda baca. (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM 2003).

SEMAK KENDIRI 1.21. 2. 3. Bincangkan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sukatan pelajaran KBSM dan KBSR dari segi tatabahasa. Apakah tuntutan tatabahasa? huraian sukatan pelajaran terhadap

Jelaskan konsep tatabahasa dalam huraian sukatan pelajaran KBSM dan KBSR.

Sistem bahasa mengandungi morfem dan penyusunan morfem. Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang adalah berasaskan fungsi dan tindak balas. Pernyataan jelas tentang ikatan asas adalah dibenarkan. Alat untuk menghasilkan ayat yang betul adalah tidak terbatas. Sistem rumus adalah terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas. Sistem bahasa salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa. Sistem bahasa ialah ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem yang umum, meliputi bidang morfologi dan sintaksis, iaitu bersifat nalar dalam sesuatu bahasa.

34 X

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat. KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat terdiri daripada satu kumpulan atau lebih. FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis letaknya antara kata dengan klausa. KATA: Morfem atau gabungan morfem ialah unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik. Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa. Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan. Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem. Fungsi rumus tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik.

Ayat Ayat Aktif Ayat Aktif Tak Transitif Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif Frasa Klausa Majmuk

Morfologi Predikat Ragam Ayat Sintaksis Sistem Bahasa Songsang Subjek Tatabahasa

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM

W

35

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

KBSM. Bab 1: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan KBSR.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu KBSM. Bab 1: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan KBSR.Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab 1: Konsep-Konsep Penting Tatabahasa

dalam KBSR dan KBSM.