konsep tatabahasa secara umum

35
PENGENALAN Anda harus faham bahawa secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al., 2004). Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Anda juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Hal ini demikian kerana kedua-duanya adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. T T o o p p i i k k 1 1 Konsep Tatabahasa SecaraUmum HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan konsep tatabahasa dalam KBSR dan KBSM; 2. Menjelaskan maksud perkataan; 3. Membincangkan maksud ayat; 4. Menilai jenis-jenis perkataan dan ayat; 5. Membincangkan sukatan pelajaran tatabahasa KBSR dan KBSM; dan 6. Menjelaskan huraian sukatan pelajaran tatabahasa KBSR dan KBSM.

Upload: paklong-cikgu

Post on 03-Jul-2015

4.849 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

PENGENALAN

Anda harus faham bahawa secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al., 2004). Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Anda juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Hal ini demikian kerana kedua-duanya adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

TTooppiikk

11

Konsep

Tatabahasa

Secara Umum

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan konsep tatabahasa dalam KBSR dan KBSM;

2. Menjelaskan maksud perkataan;

3. Membincangkan maksud ayat;

4. Menilai jenis-jenis perkataan dan ayat;

5. Membincangkan sukatan pelajaran tatabahasa KBSR dan KBSM; dan

6. Menjelaskan huraian sukatan pelajaran tatabahasa KBSR dan KBSM.

Page 2: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 2

KONSEP-KONSEP PENTING TATABAHASA DALAM KBSR DAN KBSM

Morfologi Untuk pengetahuan anda, dalam morfologi, morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata tersebut terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

1.1.1 Jenis Morfem

Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu seperti berikut (rujuk Jadual 1.1):

(Sumber: Nik Safiah Karim et. al, 2004)

1.1

AKTIVITI 1.1

Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut:

(a) Memperjuangkan;

(b) Memperlekeh;

(c) Perjuangan;

(d) Mendudui; dan

(e) Dikasari.

Morfem

Bebas Terikat / Imbuhan

Page 3: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 3

Jadual 1.1: Morfem Bebas dan Morfem Terikat / Imbuhan

Morfem Bebas Morfem Terikat / Imbuhan

1. Boleh berdiri sendiri. Contohnya

minum, cuti, sekolah, periksa.

2. Mempunyai makna sendiri.

1. Bentuk imbuhan, iaitu mem, per,

kan, ber

2. Tidak mempunyai makna, tetapi

mengandung fungsi tatabahasa atau

nahu yang boleh mengubah makna

sesuatu kata, seterusnya makna ayat

Morfem terikat / imbuhan pula boleh dibahagikan mengikut contoh berikut (rujuk Jadual 1.2):

Jadual 1.2: Morfem Terikat / Imbuhan (Awalan, Akhiran, Sisipan dan Apitan)

Morfem Terikat / Imbuhan

Awalan

ditambah di bahagian depan kata dasar

contohnya: membaca, menghafal

Akhiran

ditambah di bahagian belakang kata dasar

Sisipan

diselitkan antara unsur-unsur kata dasar

contohnya: telapak (tapak)

Apitan

ditambahkan serentak di bahagian awalan dan akhiran kata dasar

contohnya: imbuhan perÚÚ ...an, permainan

Page 4: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 4

1.1.2 Konsep Perkataan

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna. Bentuk-Bentuk Kata Kata / perkataan boleh dibahagikan dalam bentuk-bentuk berikut (rujuk Jadual 1.3):

Jadual 1.3: Bentuk-bentuk Kata

Kata Tunggal (i) Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.

(ii) Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata

tunggal, misalnya: Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan

kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan

sebagainya.

(iii) Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan

singkatan.

(iv) Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan

seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology)

dan PM untuk Perdana Menteri.

(v) Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti

akronim.

Kata Terbitan (i) Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses

pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.

Kata Majmuk (i) Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.

(ii) Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di

antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan

membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi

tergolong dalam frasa.

(iii) Misalnya: Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh

menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu.

(iv) Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah

mantap sebagai satu perkataan.

Page 5: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 5

Kata Ganda (i) Kata ganda ialah pengulangan kata dasar, sama ada dengan

mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau

sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti

gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan

sebagainya.

(ii) Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.

Proses Pembentukan Kata Selain kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.

(a) Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.

Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

(i) Imbuhan Kata Nama Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan (rujuk Jadual 1.4, Jadual 1.5, Jadual 1.6 dan Jadual 1.7).

Jadual 1.4: Contoh Imbuhan pada Awalan Ayat

Awalan Varian Contoh Perkataan Contoh Penggunaan

ke- ke kerabat, kekasih Kerabat diraja itu makan di

warung sahaja.

Maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan

kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan

mungkin konkrit atau abstrak.

peN-... pe-... pewangi, peragut,

pesalah

Orang ramai membelasah

peragut itu sehingga pengsan.

pem-... pemfatwa, pemproses,

pemberontak

Mesin pemproses sawit itu

mahal harganya.

Page 6: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 6

pen-... pensyarah,

penswastaan, penagih,

pendapat

Pensyarah itu keletihan

kerana menyampaikan lima

kuliah sehari.

peng-... pengkritik, pengamal,

pengkhianat,

pengacau, pengaudit,

penghantar, pengasuh

Pengacau itu mengganggu

pengasuh kanak-kanak setiap

hari.

penge-... pengecualian,

pengeluar, pengesan,

pengebom

Pengebom berani mati itu

terkorban akibat perbuatan

sendiri.

pel-... pelabur, pelajar,

pelayar, pelampau,

pelakon

Pelabur diingatkan supaya

menyemak nombor kad

pengenalan sebelum mengisi

borang.

per per pertapa Pertapa itu menghabiskan

masa enam purnama untuk

menghabiskan zikirnya.

juru-... juru-... jurutaip, jururunding,

jurubahasa

Semua tugas diserahkan

kepada jurutaip, sehingga

akhirnya dia meletakkan

jawatan.

dwi-

(menunjukkan

bilangan dua

bagi kata dasar)

dwi-... dwibahasa, dwifungsi,

dwiedaran

Majalah itu diterbitkan dalam

dwibahasa iaitu Tamil dan

Inggeris.

eka-

(menunjukkan

bilangan satu,

kadangkala

dirujuk juga adi-

...)

eka-... ekabahasa, ekakaum,

ekafungsi

Pengunaan ekabahasa belum

tentu menjamin perpaduan

negara

pasca-...(dirujuk

kepada `selepas')

pasca-... pascasiswazah Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-

bidang sarjana dan

kedoktoran.

Page 7: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 7

pra-

...(menunjukkan

makna `sebelum')

pra-... prasejarah,

prakemerdekaan

Ahli arkeologi itu menggali

tulang-temulang manusia

prasejarah.

swa-

...menunjukkan

maksud `sendiri')

swa-... swalayan, swamodal,

swakarya

Pelanggan mengambil sendiri

makanan di restoran

swalayan itu.

Jadual 1.5: Contoh Imbuhan pada Akhiran Ayat

Akhiran Contoh Perkataan

...-man (menunjukkan sifat perkara sama

ada orang atau benda yang dirujuk)

seniman, budiman

...-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli

dalam bidangnya)

olahragawan, usahawan

...-wati (menunjukkan wanita yang ahli

dalam bidangnya)

pragawati, olahragawati.

...-an pakaian, kudapan, senaman, latihan,

kenalan, jualan

Jadual 1.6: Contoh Imbuhan Apitan pada Ayat

Apitan Contoh Perkataan

ke-....-an kezaliman, kesenangan

pe-....-an peranan, pesisiran, pelancongan,

pekarangan, peperangan

peN-...-an penyusunan, pengurangan

Page 8: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 8

Jadual 1.7: Contoh Imbuhan Sisipan pada Ayat

Sisipan Contoh Perkataan

...-el-... telunjuk, kelengkeng, kelabut

...-er-... keruping, seruling, serabut

...-em-... kemuning, kemuncup, kemelut

(b) Pemajmukan

(i) Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.

(ii) Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:

! Umum

! Istilah

! Kiasan/peribahasa (c) Penggandaan

Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

(i) Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi

(ii) Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

(iii) Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

Page 9: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 9

Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu:

(i) Gandaan penuh;

(ii) Gandaan separa;

(iii) Gandaan berentak; dan

(iv) Gandaan makna.

Walau bagaimanapun, bagi pengetahuan anda selanjutnya, terdapat ahli-ahli bahasa yang membahagikan kata ganda kepada tiga jenis, iaitu:

! Penggandaan Penuh;

! Penggandaan Berentak; dan

! Penggandaan Separa. Penggandaan Penuh

! Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.

! Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk.

! Kata yang digandakan ini dipisahkan dengan menggunakan sengkang.

AKTIVITI 1.2

1. Tunjukkan tiga contoh, masing-masing bagi imbuhan kata nama dan pemajmukan.

2. Jelaskan maksud awalan peN-...

Page 10: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 10

Contoh-contoh adalah seperti berikut (rujuk Jadual 1.8 dan Jadual 1.9):

Jadual 1.8: Kata Nama Tunggal

KATA NAMA TUNGGAL

Alat Alat-alat

Budak Budak-budak

Rumah Rumah-rumah

Murid Murid-murid

Kura Kura-kura

Makan Makan-makan

Tadika Tadika-tadika

Jadual 1.9: Kata Nama Terbitan

KATA NAMA TERBITAN

Ketua Ketua-ketua

Pekebun Pekebun-pekebun

Makanan Makanan-makanan

Persatuan Persatuan-persatuan

Pejuang Pejuang-pejuang

Kedutaan Kedutaan-kedutaan

Penggandaan Berentak

Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.

Seluruh kata nama digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang atau diubah.

Rentak terdiri daripada pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.

Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

Page 11: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 11

! Walau bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.

Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-) (rujuk Jadual 1.10 dan Jadual 1.11).

Jadual 1.10: Rentak pada Pengulangan Vokal atau Diftong

RENTAK PADA PENGULANGAN VOKAL ATAU DIFTONG

cerai cerai-berai

hina hina-dina

sayur sayur-mayur

Jadual 1.11: Rentak pada Pengulangan Konsonan

RENTAK PENGULANGAN KONSONAN

gunung gunung-ganang

bukit bukit-bukau

simpang simpang-siur

(i) Penggandaan Suku Kata Awal

(ii) Penggandaan Suku Kata Akhir

(iii) Penggandaan Konsonan

(iv) Penggandaan Sisipan

(v) Penggandaan Akhiran

Page 12: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 12

Penggandaan Suku Kata Awal Vokal dalam suku kata awal diulang dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:

bukit bukit-bukau

warna warna-warni

batu batu-batan

Penggandaan Suku Kata Akhir

Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal. Contoh:

sayur sayur-mayur

kuih kuih-muih

lauk lauk-pauk

Penggandaan Konsonan Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata dasar tetapi vokalnya berubah. Contoh:

gunung gunung-ganang

guruh guruh-garah

Penggandaan Sisipan

Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya. Contoh:

tali tali-temali

gunung gunung-ganang

jari jari-jemari

Page 13: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 13

Penggandaan Akhiran Penggandaan penuh juga boleh menerima akhiran an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran an menambahkan maknanya menjadi pelbagai. Contoh:

sayur sayur-sayuran

biji biji-bijian

barang barang-barangan

Penggandaan Separa

(i) Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.

(ii) Kata tunggal:

Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang diulang dilemahkan: menjadi vokal tengah atau / a /. Contoh (rujuk Jadual 1.12):

Jadual 1.12: Rentak pada Pengulangan Konsonan

Kata dasar Penggandaan penuh Penggandaan separa

Laki laki-laki lelaki

Langit langit-langit lelangit

Suatu satu-satu sesuatu

Budak budak-budak bebudak

Siku siku-siku sesiku

(iii) Kata terbitan

Penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara:

! Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan di bahagian depan kata yang pertama atau penggandaan separa depan.

! Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Ia merupakan pengulangan yang dipisahkan dengan sengkang.

Page 14: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 14

(iv) Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang). Rujuk Jadual 1.13.

Jadual 1.13: Rentak pada Pengulangan Konsonan

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda

bual ber + bual berbual-bual

cari ter + cari tercari-cari

gila ter + gila tergila-gila

borak ber + borak berborak-borak

akan se + akan seakan-akan

(v) Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan). Rujuk Jadual 1.14

Jadual 1.14: Rentak pada Pengulangan Konsonan

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda

anak ber + anak anak-beranak

kejar men + kejar kejar-mengejar

(vi) Kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja dan kata

adjektif. Penggandaan Makna Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:

ipar ipar duai

ipar ipar lamai

saudara saudara mara

Page 15: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 15

Makna Penggandaan Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu: (i) Menunjukkan Banyak

buku buku-buku

ketua ketua-ketua

jabatan jabatan-jabatan

gunung gunung-ganang

bukit bukit-bukau

(ii) Membentuk Nama Haiwan

biri-biri

kupu-kupu

kunang-kunang

(iii) Membentuk Nama Benda Menyerupai

langit langit-langit (menyerupai langit)

siku siku-siku (menyerupai siku)

orang orang-orang (menyerupai orang)

(iv) Menunjukkan Pelbagai Jenis

sayur sayur-mayur

kuih kuih-muih

saudara saudara-mara

Page 16: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 16

(a) Golongan Kata Nama (rujuk Jadual 1.15):

Jadual 1.15: Contoh Golongan Kata Nama

Subgolongan Ciri Jenis Contoh

Manusia Ali, Fatimah, Tun

Abdul Razak, Hang

Jebat, Aziz Osman

Hidup

Bukan manusia Bujang senang, Si

Tompok, Pak

Belang

Nama khas

Tak hidup Gunung Kinabalu,

Gua Musang, Sabak

Bernam, Proton

Saga, Waja, Wira

Konkrit kepala, meja,

pelajar, ketua, kapal

terbang

Nama am

Abstrak harapan, kemahuan,

kecuaian,

keberanian,

kesenangan, dengki

Ganti nama Penunjuk ini, itu

Tanya siapa, apa, mana

Diri Orang pertama saya, beta, aku,

patik, kami, kita

Orang kedua awak, kamu,

engkau, anda,

saudara, saudari,

tuan hamba

Orang ketiga ia, dia, beliau,

mereka, baginda,

...-nya

Page 17: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 17

(b) Golongan Kata Kerja Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya: berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya (rujuk Jadual 1.16).

Jadual 1.16: Contoh Golongan Kata Kerja

Subgolongan Ciri Jenis Contoh

Tak

Berpelengkap:

-Tidak

memerlukan

pelengkap

Tak Transitif Tak

Berpelengkap

- Rumah itu sudah

roboh

- Turunnya Union

Jack, jalur Gemilang

pula yang berkibar

Tak Transitif:

- Tidak

memerlukan objek

untuk

melengkapkannya

- Tetapi ada yang

memerlukan

pelengkap.

Berpelengkap:

- memerlukan

pelengkap

Tak Transitif

Berpelengkap

- keadaan Halim

bertambah parah

- Air sungai beransur

surut

Aktif Transitif Aktif Menulis, menampar,

memakan

Transitif:

- memerlukan objek

atau penyambut. Pasif Transitif Pasif Ditulis oleh / dengan.

Dimakan oleh /

dengan

(c) Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Page 18: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 18

Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan (rujuk Jadual 1.17).

Jadual 1.17: Contoh Golongan Kata Kerja

Jenis Contoh

Sifat Baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat

Warna Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat

Ukuran Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis

Bentuk Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.

Waktu Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

Jarak Dekat, hampir, jauh

Cara Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

Pancaindera

- Rasa

- Lihat

- Dengar

- Bau

- Sentuh

Sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau

Buruk, hodoh, jelita, cantik

Bising, senyap

Busuk, wangi, hangit, hapak

Kesat, kasar, lembab, halus, licin

Adjektif perasaan Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira

Page 19: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 19

Jadual 1.18: Tip-tip Kata Adjektif

Tip

Kata adjektif boleh dikenali

jika kata berkenaan

didahului atau diikuti oleh

kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Kata adjektif

menerangkan keadaan

atau sifat sesuatu nama

atau frasa nama.

Adjektif perasaan harus

diikuti oleh kata sendi nama

seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.

Contoh:

Saya sangat segan dengan

awak

Ahmad amat rindu akan

kekasihnya di Indonesia

Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan

mereka.

(d) Golongan Kata Tugas

Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas (rujuk Rajah 1.19).

Jadual 1.19: Golongan Kata Tugas

Contoh Subgolongan Tugas

dan, atau, tetapi, serta

kerana, ketika, kalau

Gabungan

Hubungan

Menghubungkan ayat atau klausa

aduh, amboi, wah, syabas, oh, cis

Kata seru Menunjukkan seruan

mengapa bila, berapa, bagaimana

Kata tanya Menyoal atau bertanya

jangan, usah,

sila, jemput

tolong, minta, harap

Kata perintah

Larangan

Silaan

permintaan

Menimbulkan

Tindakan balas

ya, benar, betul Kata pembenar Membenarkan sesuatu

maka, hatta, adapun, syahdan Kata pangkal ayat Menandakan kesinambungan ayat

Page 20: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 20

telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum

hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat

Kata bantu Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama

amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian

Kata penguat Menguatkan maksud suatu adjektif

-kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi

Kata penegas Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat

bukan

tidak

Kata nafi Menafikan sesuatu

ialah

adalah

Kata pemeri Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat

di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai

Kata sendi nama Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama

atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam, luar, samping, timur, barat

Kata arah Menunjukkan arah atau hala

satu, dua, sepuluh, seratus,

sejuta

banyak, sedikit, beberapa,

semua, para

sekalian, segala, seluruh

sesetengah, separuh, dua

pertiga, sepertiga

kedua-dua, bertahun,

berbakul-bakul, beratus-

ratus.

Kata bilangan Menerangkan bilangan atau

jumlah

...-nya Kata penekan Memberi penegasan bagi kata

yang digandingi

...-nya Kata pembeda Menjadikan kata bukan nama

sebagai kata nama

Page 21: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 21

(e) Kata Hubung Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan (rujuk Jadual 1.20 dan Jadual 1.21).

Jadual 1.20: Kata Hubung Gabungan

Kata Hubung Gabungan

(i) Menghubungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.

(ii) Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

(iii) Contoh ayat:

! Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran

kerana busurnya patah.

! ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,ÊÊ

katanya.

! Dia mengelak, lantas menikam.

Page 22: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 22

Jadual 1.21: Kata Hubung Pancangan

Kata Hubung Pancangan

Pancangan Relatif Pancangan Komplemen Pancangan Keterangan

- Menghubungkan klausa utama dengan klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh:

(i) Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.

(ii) Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.

(iii) Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah

- Menghubungkan satu

klausa sebagai

komplemen pada satu

klausa utama.

(Komplemen

bermaksud pelengkap).

- Klausa pancangan

komplemen akan

melengkapkan klausa

utama.

- Kata hubung yang

berperanan begitu ialah

bahawa dan untuk.

(i) Guru Tahun 6 itu

menyatakan

bahawa semua muridnya mendapat enam A.

(ii) Mereka

mengetahui

bahawa Haji

Ahmad ialah ahli

perniagaan besar.

(iii) Kerajaan

membuat

jambatan untuk

rakyat melintas

sungai.

- Kata hubung pancangan

keterangan

menghubungkan klausa

keterangan kepada

klausa utama.

- Kata hubung itu ialah:

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun dan

sesungguhnya.

(i) Mereka tidak

dibenarkan

masuk ke stadium

kerana tidak

memiliki tiket

yang sah.

Page 23: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 23

(f) Sintaksis

(i) Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

(ii) Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum-hukum yang menentukan tatacara perkataan disusun dalam ayat.

(g) Ayat

(i) Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

(ii) Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah.

(iii) Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.

(iv) Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

(v) Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat (rujuk Jadual 1.22).

Jadual 1.22: Contoh Rumus Pola Ayat

Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola

Ayat

Ahmad mengulang kaji

tatabahasa

Frasa Nama Frasa Kerja FN + FK

Cikgu ke sekolah Frasa Nama Frasa Sendi

Nama

FN + FS

Fatimah amat rajin Frasa Nama Frasa Adjektif FN + FA

Ah Chong seorang

usahawan

Frasa Nama Frasa Nama FN + FN

Page 24: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 24

(h) Frasa

(i) Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

(ii) Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

(iii) Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS.

(iv) Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

(i) Binaan Ayat

(i) Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.

(ii) Perhatikan contoh (rujuk Jadual 1.23):

Jadual 1.23: Contoh Rumus Pola Ayat

Subjek Subjek

Bahagian Ayat Unsur Bahagian Ayat

Unsur

Ah Tian Perlu dinyatakan guru senaman

Perlu dinyatakan

Tipah Perlu dinyatakan membeli gula

Perlu dinyatakan

Suara ketua

pengawas itu

Perlu dinyatakan serak-serak basah Perlu dinyatakan

Munainady Perlu dinyatakan menoreh getah

Perlu dinyatakan

(iii) Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa

subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Page 25: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 25

(i) Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

! Perhatikan ayat berikut:

Pelajar itu membaca buku.

! Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).

! Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.

! Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:

Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

(ii) Pola Ayat Dasar

! Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.

! Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)

! Lihat contoh berikut (rujuk Jadual 1.24):

Jadual 1.24: Pola Ayat Dasar

Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat

Jamilah pengurus

sumber manusia

Frasa Nama Frasa Nama FN+FN

Atan budak pandai Frasa Nama Frasa Adjektif FN+FA

Page 26: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 26

(iii) Penjenisan Ayat

! Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

! Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika dilihat ayat dari segi ragamnya, terdapat pula ayat aktif dan ayat pasif.

! Jika kita amati tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.

! Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.

! Di samping itu kita juga mengkaji pola ayat dasar. (iv) Ayat Tunggal

! Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

! Ayat dasar ialah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.

! Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.

! Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek yang dicondongkan manakala selainnya ialah predikat).

Ibu negara kita Kuala Lumpur.

Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Di dalam almari tali leher ayah.

Nama encik siapa?

Berapakah keuntungan kita hari ini?

! Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

! Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

! Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Page 27: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 27

(v) Susunan Ayat

Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirikan ayat tetapi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.

Jika dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk: susunan biasa dan susunan songsang.

Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.

Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.

Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu.

Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi didepankan).

Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya.

Ke Langkawi Ahmad dengan keluarganya (FS ke Langkawi didepankan).

(vi) Ragam Ayat

Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jenis, iaitu:

! Kata kerja tak transitif; dan

! Kata kerja transitif.

Kata kerja tak transitif ini pula terbahagi kepada dua bentuk, iaitu

! Aktif; dan

! Pasif.

Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikat yang mengandungi objek.

Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.

Di samping itu, ayat aktif yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama (seperti saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak,

Page 28: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 28

kamu, engkau, anda), kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja (rujuk Jadual 1.25).

Jadual 1.25: Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Ragam Ayat)

Ayat Aktif Ayat Pasif

Subjek Predikat Subjek Predikat

Frasa Nama Kata kerja Frasa Nama

(Objek) Frasa Nama Kata Kerja

Frasa Nama

(Objek)

Cikgu memotong rumput Rumput dipotong oleh cikgu

Kereta itu melanggar tembok Tembok itu terlanggar oleh kereta

itu

Kucing itu meratah ayam goreng

itu

Ayam goreng

itu kena ratah

oleh kucing

itu

Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu.

Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif, yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu. Oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (Lihat jadual 1.25)

Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama. (vii) Ayat Songsang

Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. Lihat Jadual 1.26 di bawah.

Jadual 1.26: Ayat Aktif dan Ayat Pasif (Ayat Songsang)

Ayat Aktif Ayat Pasif

Subjek Predikat Subjek Predikat

Saya mengarang puisi

malam ini Puisi ini

saya karang

semalam

Awak masak kek itu untuk

cikgu Kek itu

awak masak untuk

cikgu

Kami menanam pokok-

pokok bunga itu

Pokok-pokok bunga

itu kami tanam

Page 29: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 29

Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:

Saya karang puisi ini semalam.

Awak masak kek itu untuk cikgu.

Kami tanam pokok-pokok bunga itu.

Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat transitif aktif (predikat ayat-ayat berkenaan dalam keadaan condong).

Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.

Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.

Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.

TATABAHASA DALAM SUKATAN PELAJARAN KBSR DAN KBSM

Berikut diperturunkan penerangan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu bagi KBSR dan KBSM. Sila teliti keterangan berikut: Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada

1.2

1. Jelaskan maksud morfologi.

2. Jelaskan maksud sintaksis.

3. Bincangkan golongan perkataan.

4. Ulaskan pengertian ayat dan golongan ayat.

SEMAK KENDIRI 1.1

Page 30: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 30

semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah dan rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Penumpuan bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh mengenai kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah. Sukatan Pelajaran ini mengandungi matlamat, objektif dan organisasi kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa, hasil pembelajaran, dan pengisian kurikulum. Terdapat lima dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran yang berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Matlamat Matlamat kurikulum bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

Page 31: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 31

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu murid sekolah rendah dapat menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi murid sekolah menengah pula, pada akhir pembelajaran, mereka dapat melahirkan idea dan pendapat dalam dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan berdasarkan penggunaan tatabahasa yang mantap. (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM 2003).

HURAIAN TATABAHASA DALAM SUKATAN PELAJARAN KBSR DAN KBSM

Sistem Bahasa Bagi pengetahuan anda, sistem bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Penerangan ringkas tentangnya dinyatakan di bawah.

(a) Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaktis.

(b) Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ajaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

(i) Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi

Kata asli bahasa Melayu

Kata pinjaman bahasa Melayu

1.3

Page 32: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 32

(ii) Bentuk kata

Kata tunggal

Kata terbitan

Kata majmuk

Kata ganda

(iii) Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:

Pengimbuhan

Penggandaan

Pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

(iv) Golongan kata

! Kata nama

! Kata kerja

! Kata adjektif

! Kata tugas (c) Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

(i) Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat;

(ii) Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan;

(iii) Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif;

(iv) Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang;

(v) Binaan dan proses penerbitan ayat:

Page 33: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 33

! Ayat dasar;

! Ayat tunggal; dan

! Ayat terbitan atau ayat majmuk.

(vi) Aspek tanda baca. (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM 2003).

! Sistem bahasa mengandungi morfem dan penyusunan morfem.

! Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang adalah berasaskan fungsi dan tindak balas.

! Pernyataan jelas tentang ikatan asas adalah dibenarkan.

! Alat untuk menghasilkan ayat yang betul adalah tidak terbatas.

! Sistem rumus adalah terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas.

! Sistem bahasa salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.

! Sistem bahasa ialah ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem yang umum, meliputi bidang morfologi dan sintaksis, iaitu bersifat nalar dalam sesuatu bahasa.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Bincangkan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sukatan pelajaran KBSM dan KBSR dari segi tatabahasa.

2. Apakah tuntutan huraian sukatan pelajaran terhadap tatabahasa?

3. Jelaskan konsep tatabahasa dalam huraian sukatan pelajaran KBSM dan KBSR.

Page 34: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM 34

! Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata.

! Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat.

! KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.

! FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis letaknya antara kata dengan klausa.

! KATA: Morfem atau gabungan morfem ialah unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran.

! Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik.

! Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa.

! Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan.

! Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem.

! Fungsi rumus tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik.

Ayat

Ayat Aktif

Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat Aktif Transitif

Ayat Pasif

Frasa

Klausa

Majmuk

Morfologi

Predikat

Ragam Ayat

Sintaksis

Sistem Bahasa

Songsang

Subjek

Tatabahasa

Page 35: Konsep  Tatabahasa  Secara Umum

TOPIK 1 KONSEP TATABAHASA SECARA UMUM ! 35

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

KBSM. Bab 1: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan KBSR.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Bab 1: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan KBSR.

Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab 1: Konsep-Konsep Penting Tatabahasa dalam KBSR dan KBSM.