kesalahan umum tatabahasa pp

28
Kesalahan Umum Kesalahan Umum Tatabahasa Tatabahasa 1. 1. Salah Dari Segi Kata Ganti Diri Salah Dari Segi Kata Ganti Diri a) a) beliau’ hanya digunakan untuk orang yang beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. Tidak boleh guna ‘beliau’ dihormati sahaja. Tidak boleh guna ‘beliau’ untuk kanak-kanak !enjenayah dan orang untuk kanak-kanak !enjenayah dan orang yang hina. yang hina. "th i# $%man !en"uri. "th i# $%man !en"uri. &eliau &eliau ditangka! !olis. ditangka! !olis. '() '() Dia Dia ditangka! !olis. ' ) ditangka! !olis. ' ) ii. *engetua baru bertugas. ii. *engetua baru bertugas. Dia Dia sudah sihat. sudah sihat. '() '() &eliau &eliau sudah sihat. sudah sihat. ') ')

Upload: eida-as

Post on 04-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UPSR

TRANSCRIPT

  • Kesalahan Umum TatabahasaSalah Dari Segi Kata Ganti Diribeliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. Tidak boleh guna beliau untuk kanak-kanak, penjenayah dan orang yang hina. cth i: Azman pencuri. Beliau ditangkap polis. (X) Dia ditangkap polis. (/) ii. Pengetua baru bertugas. Dia sudah sihat. (X) Beliau sudah sihat. (/)

  • Ia atau dia hanya digunakan untuk manusia.Cth: Itu beg kulit. Ia amat mahal. (X) Beg itu amat mahal. (/)Ianya tidak boleh digunakan kerana salah dari segi bahasa. cth: Ianya akan dihukum. (X) Ia akan dihukum. (/)

  • Kata ganti yang menunjukkan banyak tidak boleh digandakan lagi. cth: Mereka-mereka pelajar sekolah.(X) Mereka pelajar sekolah. (/) Para-para pemimpin. (X) Para pemimpin.. ( /)

  • Kami bererti saya dan dia apabila bercakap dengan orang kedua.

    Cth: Kita takut, kata Ali dan Abu kepada Pak Kassim. (X) Kami takut, (/)

    Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami.

    Cth: Kami berusaha, kata ketua kepada ahli-ahlinya. (X) Kita berusaha, (/)

  • K. Zi YingPada 3.1.2011

  • 2. Salah guna kata bilanganSalah guna berbagai. Yang betul ialah berbagai-bagai atau pelbagai.Cth: Berbagai cara.. (X) Berbagai-bagai cara. (/) Pelbagai cara.. (/)

  • Salah guna tiap. Yang betul ialah setiap atau tiap-tiap.

    Cth: Tiap perkara(X) Tiap-tiap perkara (/) Setiap perkara .. (/)

  • Kata setengah tidak sama dengan setengah-setengah.Setengah-setengah = sesetengahSetengah bermaksud separuh. cth: setengah gelas air,bendera setengah tiang.Setengah-setengah atau sesetengah bermaksud sebahagian, sebilangan. cth: sesetengah haiwan, sesetengah pelajar

  • Kata bilangan dengan pecahan mestilah dipisahkan.

    Cth: dua suku jam (X) dua jam suku (/) lima setengah ringgit (X) lima ringgit setengah (/)

  • Kata Bilangan1. Kata nama abstrak tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. cth: dalam sebuah masyarakat ( X) dalam masyarakat (/) mempunyai sebuah cita-cita ( X) mempunyai cita-cita (/)

  • Kata Bilangan Tak TentuKata bilangan tak tentu ,kecuali beberapa,TIDAK boleh menggunakan penjodoh bilangan. cth: sebahagian orang penduduk (X) sebahagian penduduk (/) seluruh buah negeri (X) seluruh negeri (/) segala ekor binatang (X) segala binatang (/) setiap orang warganegara (X) setiap warga negara (/) beberapa helai kertas (/)

  • Kata SendiDari digunakan untuk masa dan tempat sahaja. cth: dari Kemaman dari kedai dari pukul 8.00 malam dari tahun lepasDaripada digunakan selain tempat dan masa. cth: daripada kain sutera daripada kakak daripada kajian

  • Kata Sendi OlehOleh digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di atau ter . cth: tertarik dengan kecantikan (X) tertarik oleh kecantikan (/)

  • Oleh sebab = keranaOleh kerana salah digunakan di dalam ayat. Yang betul ialah oleh sebab. cth: Dia tidur oleh kerana letih. (X) Dia tidur oleh sebab letih. (/) Dia tidur sebab letih. (X) Dia tidur kerana letih. (/)

  • Penggunaan Kata KerjaMesti gunakan awalan ter, men atau ber bagi kata kerja tak transitif yang memerlukannya.Cth: Abu kata kepada saya. (X) Abu berkata kepada saya. (/) Badan budak itu lecur. (X) Badan budak itu melecur. (/) Orang itu senyum kepada saya. (X) Orang itu tersenyum kepada saya. (/)

  • Apitan men...kan dan men....i1. Dia menghadiahkan saya sehelai baju. (X) Dia menghadiahi saya sehelai baju. (/)2. Dia menjatuhi hukuman rotan kepada penjahat itu. (X) Dia menjatuhi penjahat itu hukuman gantung. (/)3. Dia membelikan kuih untuk adiknya. (X) Dia membeli kuih untuk adiknya. (/)4. Dia memberi hadiah kepada ibunya. (X) Dia memberikan hadiah kepada ibunya. (/)

  • Kesalahan Kata Hubung1. Bila digunakan untuk ayat tanya manakala apabila digunakan sebagai kata sendi. cth: Dia makan bila lapar. (X) Dia makan apabila lapar. (/)2. Tidak boleh guna agar supaya serentak lerana maknanya sama. cth: Lim makan ubat agar supaya sihat. (X) Lim makan ubat agar sihat. (/) Lim makan ubat supaya sihat. (/)

  • Kesalahan Frasa NamaApabila kata bilangan menunjukkan banyak, maka kata nama tidak boleh diulangkan.Cth: dua buah lori-lori (X) dua buah lori (/) beberapa orang pekerja-pekerja (X) beberapa orang pekerja (/) setiap pelajar-pelajar (X) setiap pelajar (/)

  • Kata Adjektif yang diulangApabila kata adjektif diulang, tak perlu lagi diulang kata namanya. cth: Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (X) Bajunya cantik-cantik belaka. (/) Baju-bajunya cantik belaka. (/)

  • Hukum DMStruktur dalam bahasa Melayu berbeza daripada hukum dalam bahasa Inggeris.D = diterangkan, M = menerangkanPerkara atau benda yang hendak diterangkan di depan manakala penerangan untuk perkara atau benda itu mengikuti selepasnya. Cth: Tan Klinik (X) Klinik Tan (/) mini stadium (X) stadium mini (/) lain-lain hal (X) hal-hal lain (/) penghawa dingin (X) pendingin hawa (/) goreng pisang (X) pisang goreng (/)

  • Frasa AdjektifSaya sayang ibu saya. (X) Saya sayang akan ibu saya. (/) Saya percaya orang itu. (X) Saya percaya akan orang itu. (/) Saya hormat ibu bapa saya. (X) Saya hormat/patuh kepada ibu bapa saya. (/)

  • Frasa AdjektifKata penguat bebas ( sangat, amat, sungguh) boleh digandingkan dengan sekali).Kata penguat lain tidak boleh digandingkan dengan sekali.Cth: Pisau itu paling tajam sekali. (X) Pisau itu amat tajam sekali. (/) Pisau itulah yang tertajam sekali. (X) Pisau itulah yang tertajam. (/)

  • Frasa AdjektifKata adjektif berawalan ter tidak boleh bertugas sebagai predikat.Cth: Pakaian itu tersesuai. (X) Pakaian itu amat sesuati. (/) Bangunan itu tertinggi. (X) Bangunan itu paling tinggi. (/)

  • Frasa Kerja Aktif (FKA)FKA terbahagi kepada dua iaitu:- Frasa Kerja Transitif (FKT) Frasa Kerja Intransitif (FKI)FKT mesti diikuti frasa nama sebagai objek.Cth: Ibu menggosok di dalam bilik. (X) Ibu menggosok baju di dalam bilik. (/)FKI mesti diikuti kata sendi nama apabila dipanjangkan.Cth: Dia lupa janji-janjinya. (X) Dia lupa akan janji-janjinya. (/)

  • FK Intransitif berapitan berkanTidak boleh disertakan kata sendi selepasnya. Ini kerana kan telah menggantikan kata sendi akan, dengan, pada dan tentang.Cth: Meja itu beralaskan dengan kain. (X) Meja itu beralaskan kain. (/)

  • FK TransitifTidak boleh ada perkataan lain antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.Cth:1. Beliau mempunyai banyak pengalaman. (X) Beliau banyak mempunyai pengalaman. (/) 2. Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu. (X) Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi. (/)

  • Frasa Kerja Pasif (FKP)Terbahagi kepada dua:- i. FKP Diri Pertama dan Diri Kedua. ii. FKP Diri Ketiga.Dalam FKPDPD, kata ganti diri hendaklah mendahului kata kerja pasif. Kalau ada kata bantu, kata bantu hendaklah di depan kata ganti diri.Cth: Buku itu saya belum baca. (X) Buku itu belum dibaca oleh saya. (X) Buku itu belum saya baca. (/)

  • Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga(FKPDT)Diri ketiga dimaksudkan kepada kata ganti diri ketiga seperti dia, nya, beliau, mereka dan objek-objek lain.Kata ganti diri ketiga hendaklah berada selepas kata kerja pasif berimbuhan diCth: i. Beg itu Ong beli. (X) Beg itu dibeli oleh Ong. (/) Beg itu dibeli Ong. (/)