konsep strategi peng sejarah

22
KONSEP STRATEGI Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara.Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkra berikut: Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun. Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Konsep Pendekatan Menurut kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Konsep kaedah Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada

Upload: nur-ainun-osman-osman

Post on 25-Nov-2015

100 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KONSEP STRATEGIMenurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara.Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkra berikut: Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun. Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

Konsep Pendekatan

Menurut kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Konsep kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedurtersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).Konsep TeknikMenurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIKSTRATEGIPENDEKATANKAEDAHTEKNIK

Berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajarBercorak abstrakBersifat konkritLebih khusus atau spesifik

Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaanSatu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkaraCara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasaWujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang berkaitan

Strategi penggabungjajalinan kemahiran-strategipenyerapan nilai-nilai murini dalam pengajaranPendekatan empirisis-pendekatan rasiomalis (mentalis-pendekatan komunikatif-kaedah tubi-kaedah terus-kaedah dengar dan sebut-kaedah bersiri-kaedah terjemahan-kaedah tentera-teknik kloz-teknik bacaan nyaring-teknik bercerita-teknik drama-teknik korus-teknik dialog

PENDAHULUANBagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIKKAEDAH PENGAJARAN.Kaedah bermaksud cara, aturan, hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada siri tindakan yang sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Contoh-contoh kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, percambahan fikiran, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain.

TEKNIK PENGAJARANTeknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika guru tidak menguasai teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar objektif pengajaran tidak tercapai.

PENDEKATAN PENGAJARANPendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau halatuju untuk mencapai sasaran. Pendekatan pengajaran digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran, mata pelajaran dan sebagainya.Contohnya, pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajaran disebut sebagai pendekatan memusatkan guru seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi.

Manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran misalnya pengajaran Alam dan Manusia menggunakan perdekatan pendekatan bersepadu yang menggabungkan matapelajaran Sejarah, Geografi dan Kesihatan. digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.

Dalam pengajara bahasa pula, terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pe situasi,psiko-linguistik, terjemahan dan tatabahasa. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behaviouris.

STRATEGI PENGAJARANStrategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. . Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.

Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran-pembelajaran yang paling maksimum.KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARANKaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARANPendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGIStrategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARANUntuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULANKesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

O PENGENALANDalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi sentuhan yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya (Atan Long, 1982). Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep pengajaran guru dan pembelajaran murid menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan. Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana bidang sains. Tambah beliau lagi, proses ini juga dianggap sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru. Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempuranaan proses pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan keberkesanan sistem pendidikan semasa melalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dalam akademik dan pembangunan insan.

2. KE ARAH PROSES PENGAJARAN BERKESANArus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek mahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan untuk menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa. Justeru, pendidikan masakini perlu kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patut disalurkan kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajaran khususnya dalam bilik darjah menjadi asas pencapaian kecemerlangan akademik buat para pelajar. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran menjadi elemen terpenting bagi mencapai keberkesanan isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran berkesan akan hanya dicapai menerusi pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian oleh seorang guru untuk mencapai objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini melibatkan kemahiran serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yang disampaikan. Persediaan mantap berkaitan kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru membolehkannya menjalankan proses P&P dengan penuh keyakinan dan semangat tinggi. Dengan demikian, guru akan dapat memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran bersturktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan. Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen guru sepenuhnya. Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P bilik darjah. Langkah awal dalam membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan menilai pertindanan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif proses P&P. Guru seharusnya memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi pelajaran agar membuka minda dan minat pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaran yang melibatkan tindak balas positif dan tingkah laku aktif para pelajar. Selain itu, interaksi sosial guru dan pelajar merupakan sebahagian daripada beberapa faktor ke arah keberkesanan pengajaran. Hubungan dua hala (guru-pelajar) yang baik perlu diwujudkan oleh setiap guru agar masalah berkaitan pelajar dapat diselesaikan seterusnya para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses P&P. Adalah menjadi keutamaan dalam proses pengajaran untuk mengelakkan daripada berlakunya penyertaan pasif dikalangan pelajar disebabkan kurangnya perhatian dan fokus serta ketidakselesaan mereka semasa mengikuti proses P&P. justeru, guru berperanan memberikan motivasi agar para pelajar dapat mengikuti segala maklumat pengetahuan yang disampaikan sepenuhnya. Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran turut menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982) bahawa sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan dengan isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka. Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yang dapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar. Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti mahupun penggunaan teknologi masakini menjadi asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran berkesan. Seterusnya hal ini akan menjadikan proses P&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada pencapaian kecemerlangan para pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada.

AEDAH DAN STRATEGI YANG YANG BOLEH DIAPLIKASKAN DALAM PENGAJARAN SEJARAHDalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal bahawa pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik darjah dan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.

Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan dengan pelajaran tersebut. Menurut Mengantar Simanjuntak dalam buku Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Berdasarkan definisi tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik dan kaedah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah sama dengan proses P&P sejarah.

Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah penceritaan, kaedah inkuiri, kaedah perbincangan, kaedah syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah penerangan, kaedah simulasi, kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji dokumen, kaedah tutorial, kaedah tunjuk cara, kaedah kaji buku teks, kaedah lakonan dan kaedah projek. Sungguhpun begitu, kaedah-kaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran dengan hanya menggunakan satu pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar pada awal pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru terlalu yakin akan kaedah yang digunakan.

Oleh hal yang demikian, penggabungjalinan antara beberapa kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan kondusif dan dalam masa yang sama, matlamat pengajaran sejarah dapat dicapai. Wan Nik Muda dan Wan Ruslim Ismail dalam artikel mereka theory of constraints for education menyatakan bahawa penggabungan beberapa kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Untuk itu, mereka telah mencadangkan satu kaedah pengajaran sejarah berdasarkan theory of Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dengan berkesan, membuat keputusan secara bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC juga, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran generik. Contoh yang boleh kita ambil menerusi penggunaan teknik TOC dalam pendidikan sejarah adalah sebagaimana berikut; sesi bercerita (pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan), kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian), dan kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah, terdapat beberapa teknik atau aktiviti TOC yang boleh diaplikasikan iaitu, teknik awan (the cloud ), teknik sebab dan akibat ( logic branch ), teknik penyelesaian masalah (problem solving ). Teknik awan adalah satu teknik yang mengkehendak pelajar memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak. Dalam usaha menyelesaikan konflik, hanya satu kehendak sahaja yang dicapai atau diperolehi. Penyelesaian win-win diberikan oleh pelajar berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik agar kedua-dua keperluan yang menjurus kepada matlamat bersama boleh dicapai.

Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang diberikan, mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining event), mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks, menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa, mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan higher-order thinking.

Teknik penyelesaian masalah pula satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya, mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas, mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan, mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran dan menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut keutamaan.

Selain menggunakan teknik tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai teknik-teknik yang sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif. Contohnya dalam menggunakan pendekatan penyelesaian masalah, guru boleh menggantikan pemberian masalah secara formal kepada mengenalpasti masalah dalam pantun teka-teki (lihat lampiran). Para pelajar perlu menyelesaikan masalah teka-teki tersebut. Seterusnya guru akan membimbing pelajar mendalami persoalan teka teki tersebut dan mengadakan sesi perbincangan. Dengan itu, para pelajar akan lebih faham dan berminat dengan pelajaran mereka. Dalam pada itu, pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga boleh menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik. Contohnya mengaplikasikan teknik permainan poker dalam proses pembelajaran koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh pelajar membentuk kumpulan kecil seramai empat orang dengan satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang mengandungi jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan dicabut terlebih dahulu oleh pelajar sebelum memulakan permainan (prinsip terbuka). pelajar akan mencabut set kad yang mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat akan disimpan oleh pelajar manakala kad yang mempunyai jawapan yang tidak tepat akan diletakkan semula pada kad di bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad soalan dengan kad-kad jawapan, pelajar perlu membuat analisis atau deskripsi atas jawapan tersebut. Setelah itu, semua laporan diselesaikan, atau setelah masa yang diperuntukkan telah tamat, setiap pelajar hendaklah berkongsi laporan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain. Laporan yang dikongsi akan dilanjutkan dengan penambahbaikkan oleh pelajar-pelajar disertai dengan pendapat dan bukti dengan dibantu oleh guru. Selepas itu pelajar membuat kesimpulan setelah mendapat penjelasan daripada guru. Walau apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam proses P&P, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan kekreatifan guru itu sendiri dalam mengenal pasti kehendak dan kebolehan pelajar, suasana bilik darjah dan beberapa faktor lain. Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada kalangan guru-guru bahkan juga memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dalam memastikan kesesuaian kaedah dalam bilik darjah.

ALAT BANTUAN MENGAJARAlat bantuan mengajar (ABM) merupakan satu lagi faktor penting yang perlu diambil kira dalam ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Charles B. Klasek menjelaskan bahawa pengajaran yang bersistematik adalah guru yang dapat menggabungkan penggunaan media dan bahan-bahan pengajarannya. Wilkinson dalam strategi pengajaran sejarah KBSM, menyenaraikan sembilan sumbangan media pendidikan kepada proses pembelajaran. Penggunaan alat bantuan mengajar menurut William dapat memberikan latar belakang pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dalam membantu aktiviti pembelajaran dan memahami konsep-konsep sesuatu subjek. Selain itu, penggunaan ABM juga dapat menggalakkan minat pelajar, dapat mendalam serta memberi makna kepada pembelajaran, dapat memberi pengalaman-pemgalaman yang bermakna di samping dapat mengembangkan kemahiran komunikasi pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengekalan pembelajaran, dapat menggalakkan pembacaan dan penyelidikan dalam kalangan pelajar dan juga dapat memberi kesan ekonomi masa dalam pembelajaran. Para pelajar yang kurang pandai juga dapat dibantu dan meningkatkan kefahaman mereka melalui pengginaan alat ini.

Terdapat beberapa jenis alat bantuan mengajar yang boleh digunakan dalam proses P&P. Antaranya bahan bergambar dan grafik seperti penggunaan fotograf, carta-carta, poster, poskad dan glob, alat pandang tayang seperti transparensi, slaid, dan filem jalur, alat dengar seperti radio dan pita rakaman dan alat pandang dengar seperti televisyen dan filem. Selain itu, bahan-bahan sumber sejarah seperti artifak, dokumen sejarah dan tinggalan arkeologi turut sesuai digunakan semasa pengajaran.

Walaupun terdapat banyak alat bantuan mengajar yang boleh digunakan semasa mengajar, guru tidak seharusnya lupa akan perlunya memilih alat-alat yang sesuai dengan setiap topik yang diajar. Alat yang dipilih mestilah menepati dengan objektif pelajaran. Perkara ini penting dalam mencapai tujuan khusus. Contohnya guru boleh menggunakan gambar dan tayangan bagi menambah kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar. Selain itu, guru juga perlu menentukan kesesuaian alat yang dipilih dan mengkaji dahulu minat pelajar dalam sesuatu bilik darjah. Hal ini demikian bertujuan menarik perhatian pelajar dan menjadikan sesuatu sesi P&P itu seronok dan pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Dalam pada itu, guru juga perlu melihat tahap kebolehan pelajar. Perkara ini penting untuk menentukan kesesuaian bahan yang dipilih dengan tahap pemikiran pelajar. Contohnya dalam mengajar pelajar yang pandai, guru hanya boleh menggunakan ABM yang ringkas sahaja seperti penggunaan slaid dan jadual. Selain itu juga, guru perlu peka dengan faktor masa dan gerak kerja susulan. Penggunaan alat haruslah disesuaikan dengan masa mengajar. Guru juga perlu menjadi lebih kreatif dengan melibatkan aktiviti lain dengan hanya menggunakan satu ABM. Hal ini demikian penting dalam membantu guru menjimatkan kos dan masa untuk menyiapkan sesuatu ABM itu.

KESIMPULANSejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran subjek ini memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep kesedaran atau celik dalam sejarah. Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati peristiwa sejarah itu seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap kesedaran pelajar. Jadi, penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru sejarah itu sendiri merupakan nadi penggerak pada kejayaan tersebut.

Hasil tugasan saya dengan rakan Muhd Nor Shamsul Bahari Bin SikandarLSP 1053: KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAHUPSI 07

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distribution Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000. Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1989). Strategi Pengajaran Sejarah KBSM. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahonen, S. (2001). Politik of Identity through history curriculum: narratives of the pastfor social exclusion-or inclusion? Dalam Journal of Curriculum Studies, 33(2),179-194.

Anhar Gonggong. Suara Merdeka, 23 Jun 2005.

Ariffin Ba,ada (1991). Penerapan nilai-nila