soalan kmk peng.1

32
Soalan Peperiksaan Percubaan KMK Semester 1( 2012) 922/1 STPM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING 34600 KAMUNTING. KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF KERTAS 1 (DUA JAM) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab tiga soalan sahaja : satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, dan C. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ]

Upload: sue-mn

Post on 29-Nov-2015

2.290 views

Category:

Documents


59 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Kmk Peng.1

Soalan Peperiksaan Percubaan KMK Semester 1( 2012)

922/1 STPM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING34600 KAMUNTING.

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIFKERTAS 1

(DUA JAM)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIAPEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab tiga soalan sahaja : satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, dan C.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ]

Kertas soalan ini 5 halaman bercetak© Disediakan oleh : Zulkiflee Bin Abd. ManafSOALAN PENGUKUHAN KMK 2012

Page 2: Soalan Kmk Peng.1

Bahagian A : Puisi[ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti,Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut Sampan kolek mudik ke tanjung,Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut ?[7](b) Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12](c) Bincangkan tiga peranan puisi tersebut kepada masyarakat? [6]

2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN (karya Baha Zain)iAku terbangun pada waktu tengah malammembuka jendela melihat seluas alampernahkah engkau terbangun seperti iniDiganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Lihatlah gelap pekat di mana-mananampakkah engkau di sana ada pelita?Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayangtidak pekat hitam, tetapi remang-remang.

ii

Page 3: Soalan Kmk Peng.1

Sepi malam melindungi engkau dari bisikanorangkecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitanputuskanlah ke mana matamu memandangpernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbudan akal budiatau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.

Kita sering melihat cahaya benderangjauh ke depanmeskipun berdiri dalam gelap pekat atastanah perkuburandi situ kita injak keamanan dengan mencercakeganasankita laungkan suara-suara keramat seolah-olahkita malaikatagama jadi alasan, jadi boneka permainan

kita benci perang, kita cinta kedamaianjadi slogan perjuangankita yaringkan suara supaya orang tidakmendengar:mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,syaitan lebih nyaring bersuara tentang ertikeamanan‘Engkau harus kuasai mereka dengan hargasetinggi mana punatas nama kemenangan, apa ertinya kedamaiansebuah kota yang telah menjadi perebutan’.

iiiPerang akan memusnahkan kubu, bangunan,muzium, galeri dan universitiperang telah mengoyakkan halaman-halamansejarahperang akan mencipta sejarah barudi halaman-halaman yang barusejarah baru itu hanya derap kaki askar-askaryang dahulu.

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekaskeagungan pemimpin lamajadi tirani apabila mencium bau wangpernahkah engkau jadi haloba apabila menciumbau keuntungan?Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenianyang merumahkan kemanusiaan.

Page 4: Soalan Kmk Peng.1

Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupanuntuk semua bangsa yang membencipersengketaan.Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telahdipermainkan?(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas? [4](b) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut? [12](c) Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut? [9]

Bahagian B : Prosa Tradisional[ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

3. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas. [5](b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan? [10](c) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]

4. Bincangkan lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]

Bahagian C : Prosa Moden[ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

Page 5: Soalan Kmk Peng.1

5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“Oh ibu…oh bapa…+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”- “Jangan tinggalkan sembayang…”+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang?”- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…”+ Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas? [4](b) Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang? [12](c) Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu? [9]

6. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta!ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas. [9](b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah. [16]

- SOALAN TAMAT –

Page 6: Soalan Kmk Peng.1

(a).Jelaskan tema sajak di atas[ 4 ](b). Berdasarkan contoh, huraikan gaya bahasa dalam sajak di atas.[12](c).Huraikan tiga citra watak ayah yang terdapat dalam sajak di atas[ 9 ]Bahagian B: Prosa Tradisional [25markah]Jawabsatusoalan sahaja.3.Hang Tuah merupakan tokoh epik yang terkenal dan menjadi kebanggan masyarakatMelayu. Berdasarkan kenyataan tersebut,(a).Bincangkan sifat-sifat Hang Tuah sebagai tokoh epik[16](b).Terangkan kepentingan Hang Tuah kepada diri anda[ 9 ]4.Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Haituan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala danhuru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beritahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin.Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)(a) Nyatakanlimaamanat yang terdapat dalam petikan di atas. [5](b).Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, huraikan 4 peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam Dirimbamengalahkan gergasi.[ 8 ](c) Jelaskan nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Tuan Syeikh Alam Dirimba [ 12 ]Bahagian C: Prosa Moden4 [25markah] Jawab

Page 7: Soalan Kmk Peng.1

satu soalan sahaja.5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutnya.“Orang tua memerlukan kasih sayang anak-anaknya. Mendapat tempat tinggal yang wajar yangmereka boleh melanjutkan ibadatnya, bukan tersorok bagai barang yang tidak berguna dalam bilik sempit dengan lampu 15 wat. Sebab kebanyakan orang yang sudah lanjut usia ingin menggunakansisa-sisa hidup mereka untuk beribadat secara konsisten, mahu menebus ketinggalan pada masamudanya,” kata Cikgu Baharum dalam suratnya yang agak panjang. “ Kasih Sayang itulah yangmereka perlukan. Dan hanya orang tua yang tidak mempunyai anak sahaja yang patut disantuni dirumah kebajikan, tempat mereka boleh mendapat kasih Sayang yang jujur dan ikhlas di sampingmakan minum yang teratur.” Masya-Allah. Terlalu tinggi falsafahnya, Saya terlalu kagum danmahu memeluknya jika dia ada bersama-sama waktu itu.(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)(a) Huraikanduanilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. [4](b) Berdasarkan cerpen “Usia Emas”, huraikantigafalsafah yang dipegang oleh watak CikguBaharum sehingga menjadikan watak “saya” terlalu mengaguminya.[12](c) Cerpen “Usia Emas” banyak menggunakan teknik imbas kembali dalam menggerakkan plot ceritanya. Nyatakan maksud imbas kembali dan huraikan empat peristiwa yang digambarkanmelalui teknik imbas kembali. [ 9 ]6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.ASIAH SAMIAH TUA: Pasti abang itu. Saya denar tapak kaki abang. Saya dengar dehem abang.Saya rasa hampirnya abang dengan saya. Saya rasakan nafas abang yang hangat itu. Nafasabang yang bernafsu. Yang menyesakkan saya. Yang menyelimutkan saya dalam rindu dan berahi.MARGA TUA: Lihat! Itulah sebabnya kenapa saya harus melayani kegilaanya. Dia luar biasa – malah istemewa, kalian akan tahu nanti – dia perempuan yang cerdik – atau mungkin juga terlalu cerdik. Bukankah orang cerdik selalu kurang waras, kata orang ! Saya tak kata begitu. Tunggu, dengar apa katanya…ASIAH SAMIAH TUA: Abang tahu saya menunggu abang bukan? Macam saya janjikan dulu.Di bawah tiang lampu ini, sewaktu senja begini, ketika lembayung dan cahaya matahariyang berbaki macam manic-manik yang berturutan – lalu meninggalkan warna kemilauyang indah, saya akan tetap menunggu abang.(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.5

Page 8: Soalan Kmk Peng.1

Dicatat oleh Zulkiflee Manaf di Khamis, Oktober 11, 2012 Skema Jawapan. KMK Percubaan STPM 2012.

1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti,Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut Sampan kolek mudik ke tanjung,Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa nak junjung.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut ?[7](b) Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12](c) Bincangkan tiga peranan puisi tersebut kepada masyarakat? [6]

(a) Jenis puisi ialah pantun [1]

Page 9: Soalan Kmk Peng.1

Tiga cirri puisi : -i. Mempunyai tiga rangkap, satu rangkap mempunyai empat baris.ii. Setiap rangkap mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.iii. Rima akhirnya a,b,a,b. a,b,ab. a,b,a,b.*sertakan contoh. Cirri-ciri yang lain boleh diterima. [6]

(b) Empat nilai kemasyarakatan. i. Masyarakat yang berpegang pada janji. ii. Masyarakat yang sentiasa mengenang budi / jasa . iii. Masyarakat yang menyanjung kebaikan yang dilakukan oleh seseorang. iv. Masyarakat yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik. v. Masyarakat yang hidup tolong-menolong antara satu sama lain.*sertakan contoh puisi bagi setiap fakta. Nilai yang ada kaitan dengan puisi boleh diterima. [12] (c) Tiga peranan puisi. i. Sebagai pengajaran / mendidik masyarakat. ii. Mengingatkan manusia/masyarakat supaya menepati janji. iii. Mendidik masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik.*peranan yang besesuaian dengan puisi boleh diterima. Sertakan contoh puisi. [6]PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN (karya Baha Zain)

(a) Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas? [4](b) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut? [12](c) Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut? [9]

(a) Bertemakan tentang Keamanan dan kedamaianPenyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnyaakan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk dilupakan. [2]

Ciri-ciri sajak – jumlah rangkap, jumlah baris dalam satu rangkap, rima akhir, dll.*sekurang-kurangnya satu cirri berserta contoh sajak. [2]

(b) Empat persoalan. i. Persoalan tentang harapan dalam kehidupanBiarpun terpaksa berdepan dengan kesusahan dalam kehidupan tetapi masih ada harapan yang diberikan tuhan.

ii. Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta bendaPeperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara.

iii. Persoalan tentang keamanan

Page 10: Soalan Kmk Peng.1

Konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan.

iv. Persoalan tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadiSering agama dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik

v. Persoalan tentang gangguan tidurTidur penyajak terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga menyebabkan tidurnya tersedar. *persoalan yang besesuaian boleh diterima. Sertakan contoh sajak sekurang-surangnya tiga baris sajak bagi setiap fakta. [12]

(c) Tiga unsur gaya bahasa. [9] i. Ansonasi – perulangan bunyi huruf vokal (a,e,i,o,dan u) ii. Aliterasi – perulangan bunyi huruf konsonan selain daripada (a,e,i,o,dan u) iii. Anapora – perulangan perkataan/kata diawal baris/ayat.*unsur gaya bahasa yang lain boleh diterima. Sertakan contoh sajak.3. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas. [5](b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan? [10](c) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]

(a) Lima amanat. [5]i. Kita mestilah hidup bermuafakatii. Janganlah kita menganiaya orang lainiii. Janganlah kita saling dengki mendeki dengan orang lainiv. Janganlah membuat fitnahv. Janganlah kita menipu

(b) Firasat Tuan Syeikh Alam Di Rimba – akan datang bala dan huru-hara. [10]i. Sesuatu perkara yang dirancang tidak akan berjaya tanpa muafakatii. Berlaku penindasan terhadap orang yang lemahiii. Sukar untuk mencapai kemajuan apabila ada sifat dengkiiv. Berlaku perpecahan dan bunuh membunuh antara satu sama lain kerana fitnah

Page 11: Soalan Kmk Peng.1

v. Rosaknya perhubungan persahabatan apabila berlaku penipuan.

*peristiwa yang lain boleh diterima, sekiranya ada kaitan dengan teks.

(c) Lima nilai kemanusiaan. [10]i. Masyarakat yang hidup bersatu padu.ii. Masyarakat yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan bantuan.iii. Masyarakat yang sering menyokong perkerjaan yang baik.iv. Masyarakat yang mempunyai pemimpin yang bertanggung jawab.v. Pemimpin atau golongan pemerintah yang jujur/amanah/dan bijak.*nilai kemanusiaan yang berkaitan teks boleh diterima.

4. Bincangkan lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]

i. Pemerintah mestilah adil.ii. Pemerintah yang bertanggungjawabiii. Pemerintah yang jujur dan amanahiv. Pemerintah mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesautu masalahv. Menjalankan pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran.*sebarang syarat yang berkaitan dengan teks boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh peristiwa.

5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.“Oh ibu…oh bapa…+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”- “Jangan tinggalkan sembayang…”+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang?”- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…”+ Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas? [4](b) Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang? [12](c) Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu? [9]

(a) Dua nilai murni. [4]i. Tidak meninggalkan solat/sembahayang.ii. Sentiasa membaca Al-Quran

Page 12: Soalan Kmk Peng.1

iii. Sentiasa mengerjakan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah.*sertakan huraian dan contoh daripada petikan.

(b) Empat persoalan. [12]i. Pentingnya menjaga solatii. Keistemewaan/kebaikan membaca Al-Quraniii. Pentingnya mematuhi ajaran agama Islam.iv. Meninggalkan perkara-perkara yang ditegah/larang oleh Allah.v. Balasan kepada orang yang ingkar.*persoalan lain yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima. Sertakan hurai dan contoh.

(c) Teknik penceritaan. [9]i. Teknik Imbas Kembaliii. Teknik Dialogiii. Teknik Monologiv. Teknik mimpi*sebarang teknik penceritaan yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima, sertakan hurain dan contoh.

6. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta!ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas. [9](b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah. [16]

(a) Tiga Unsur Moral. [9]i. Kita mestilah berkeyakinan tinggi.ii. Kita mestilah berani menghadapi cabaraniii. Mempunyai semangat yang kental.iv. Kekuatan keimanan yang tinggi

*unsur moral yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.

Page 13: Soalan Kmk Peng.1

(b) Persoalan dalam drama Asiah Samiah. [16]i. Keberanian – masyarakat yang berani menghadapi cabaran hidup demi kebenaran.ii. Keimanan – masyarakat yang mempunyai keimanan yang kuat.iii. Semangat kental – masyarakat yang mempunyai semagat juang yang tinggi untuk menegakkan kebenaran.iv. Pengorbanan – masyarakat yang sanggup berkorban demi kebenaran.

* persoalan yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuaisoalan percubaan KMK pahang 2012

JABATAN PELAJARANPAHANG DARUL MAKMUR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM BAHARU 20122 Jam

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF922/1 PENGGAL 1

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B dan C.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak@ Hakcipta Terpelihara Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Darul MakmurBahagian A : PUISI[ 25 markah ]

Jawab Satu soalan sahaja.

1.Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar,

Page 14: Soalan Kmk Peng.1

Hutang budi dibawa mati.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ] , 2012Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 3 )

( a )( b )( c )Nyatakan jenis puisi dan huraikan tiga ciri yang terdapat di dalam puisi di atas.Jelaskan tiga gambaran masyarakat yang terpancar menerusi puisi tersebut.Terangkan kesan puisi tersebut kepada diri anda.[ 07 ][ 12 ][ 06 ]

2.Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Seorang JemaahA. Wahab AliIPada setiap subuh beningSedang azan memancar di menara masjidKutemui dia tenang berjalanJubahnya putih, serbannya putih, kasutnya juga putih.

Sesekali aku berhenti Mempelawanya menaiki keretaDia memberikan salamBersamanya menerpa wangi haruman.

Bila berjemaahSesekali kami bersebelahan Sebelum takbirDia sibuk bersugi.

Sebaik imam selesai memberi salamDia berdoa singkatKemudian menerjah keluar Melipat jubahnyaDia ligat berjoging di asfaltPutih topinya, putih bajunya, putih seluarnyaPutih kasutnya.

Setiap derap sepatunya Dia menyebut kebesaran AllahSetiap denyut jantungnya

Page 15: Soalan Kmk Peng.1

Dia menyambung doa yang tertinggalMinta umur dipanjangkanMinta diselamatkan anak isteri Minta selamatkan saudara seagamaSelamat yang hidupSelamat yang telah matiSelamat di duniaSelamat di akhirat Selamat semuanya.

IIKiniSetiap subuh beningAzan tetap memancar di menara masjidJalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup Tetapi setiap kali lalu di tempat aku mengambilnya duluwangi harumnya masih menerpaputih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

Kini Ketika aku berjemaahDi sisiku dia tiadaTetapi sugi dan usallinyaMemanjang di mataku.

Kini Bila selesai imam memberi salamTidak kelihatan dia bergegas ke luarAsfalt lama merindukan seretan kasut putihnyaPejalan kaki pagiMerindukan topi putihnya Doanya masih mengambangTapi degup jantungnya sudah lama berhentiDia telah lama selamatBerbaring bersama deretan pusaraDato’ dan Tan Seri. Kuala Lumpur – Kuala Terengganu5–6. 12. 1991

4

Page 16: Soalan Kmk Peng.1

8

12

19

31

38

43

Page 17: Soalan Kmk Peng.1

54

( Dipetik Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 32-33 )

( a )( b )( c )Jelaskan maksud rangkap 4 sajak ini.Bincangkan tiga persoalan yang dikemukakan dalam sajak tersebut.Kemukakan empat gaya bahasa yang digunakan dalam sajak di atas.[ 04 ][ 09 ][ 12 ]

Bahagian B : PROSA TRADISIONAL[ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

3.Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Setelah didengar oleh Rasulullah kata Akasyah demikian itu, maka Rasulullah pun menitahkan Bilal katanya, “Hai Bilal, pergilah ke rumah Fatimah itu ambilkan camti kudaku kerana aku hendak membayar hutangku kepada Akasyah kerana pada hari ini kiamat malulah aku dipukul Akasyah hadapan kadhi Rabbul Jalil.”

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012 Inilah Hikayat Menyatakan Nabi Wafat,Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 94 )

Page 18: Soalan Kmk Peng.1

( a )( b )( c )( d )Siapakah Akasyah?Jelaskan hutang yang hendak dibayar oleh Rasulullah kepada Akasyah.Huraikan peristiwa yang membawa kepada dialog di atas.Berdasarkan cerita tersebut, jelaskan nilai-nilai murni yang patut dicontohi daripada baginda Rasulullah dan para sahabat. [ 02 ][ 05 ][ 09 ]

[ 09 ]

4.Berdasarkan Taj Us Salatin, bincangkan :

( a )( b )( c )Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan raja.Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan menteri.Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan pegawai.[ 09 ][ 08 ][ 08 ]

Page 19: Soalan Kmk Peng.1

Bahagian C : PROSA MODEN[ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

5.Berdasarkan Cerpen Usia Emas karya Abdullah Hussain, jawab soalan-soalan berikut :

( a )( b )( c )Dengan memberikan contoh, nyatakan tiga perwatakan Cikgu Baharum.Huraikan dua perbezaan pandangan masyarakat dalam cerpen ini.Jelaskan lima pemikiran yang hendak disampaikan oleh pengarang.[ 06 ][ 04 ][ 15 ]

6.Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

TUAN SETIAWAN TANJUNG

ASIAH SAMIAH TUAPUAN SUARI ALIMIN:

::Kebahagiaan itu ialah bila kau ada cukup makan pakai, malah lebih lagi. Kebahagiaan itu ialah bila kau ada rumah besar, kereta besar, pakaian mahal, boleh ke luar negeri.Hati saya macam mana?Hati perempuan hati perempuan juga Asiah. Mula-mula memang tak suka, lama-lama sukalah.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012Drama Asiah Samiah,Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Hal. 233 )

( a )

( b )

Page 20: Soalan Kmk Peng.1

( c )Siapakah Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin serta hubungannya dengan Asiah Samiah Tua?Apakah hajat Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin terhadap Asiah Samiah. Mengapakah Asiah Samiah membantah?Bincangkan empat pemikiran masyarakat dalam drama Asiah Samiah

[ 03 ]

[ 06 ][ 16 ]

Dicatat oleh Guru Akademik KMK Ahmad Yani Salleh di 2:27 PG

Soalan percubaan KMK negeri Terengganu 2012

Bahagian A: Puisi[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

1 Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Raja muafakat dengan menteri,Seperti kebun berpagar duri.

Betul hati kepada raja,Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,Tanda raja beroleh inayat.

Page 21: Soalan Kmk Peng.1

Kasihkan orang yang berilmu,Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,Tanda mengenal kasa dan cindai.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri-ciri yang terdapat dalampuisi tersebut. [7]

(b) Bincangkan tiga natijah daripada keharmonian hubungan raja dan rakyat sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas. [12]

(c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang bawahannya. [6]

2 Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pahlawan Ialah Dia

Abdul Ghafar Ibrahim

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringatdemi menyuburkan ladang negara sayangPahlawan ialah warga yang menitiskan darahdemi menghidupkan simfoni negara berbilang.

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga 5 siap sediaatas nama negara yang tidak dibiarkan lekaDialah pahlawan yang menghimpunkan setia tahan ujiatas nama negara yang tak dibiarkan mati 10

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak relamasa depan bangsanya lenaMalam-malam waspada kerana tak sangguppeluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya mengapung 15pada permukaan bahang puji dan kejiSemangat wajarnya kental membaradi udara kaji dan uji.

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya

Page 22: Soalan Kmk Peng.1

pada keluarga semasa bertugas jauh 20Bulan masa merebut tidurnyadari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Dialah laskar pelindung kota penyokong desawarga yang tekadnya disimpulmatikanoleh jawapan sejahtera aman 25Dialah nadi ketahanan industry teknologi kembanganmemikul amanah tak berkesudahandemi mencari jawapan makmur raya.

Tubuhnya perisai tembus peluru. 30Bom-bom-boom-bamm dia tak gentar Tum-tam-tum-tammm dia tunggu Tret-tet-tret-tett 35 dia terus maju.

Baktinya bunga harum warna-warni dia tak peduli dia tak terpegun dia terus tugas tekun. 40Sebagai warga bangsa bermaruahdia terus gemakan gunung hasrat: Selamat negara Besar bangsa Pelihara agama 45 Daulat bahasa Cemerlang budaya

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatanKerana dialah kelompok rakyat penjunjung amanat 50yang bersandar pada sinar takwayang pernah mengalami erti sengsara:

Cedera di bukit tangis di laut jerit di udara 55

tempang di sempadan buta di lading lemas di sungailesu di sawah parah di lembah 60

Page 23: Soalan Kmk Peng.1

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya pahlawanbukti zaman yang pernah dilindungizaman yang menjadi saksikepada nilai kemanusiaan yang megah 65 dipertahankan.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny]2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan , Bahasa dan Pustaka)

(a) Jelaskan tiga sifat pahlawan yang dikemukakan oleh penyair berdasarkan sajakdi atas. [3]

(b) Dengan mengemukakan contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [16]

(c) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan pandangan anda mengenai kewajipan seorang warganegara terhadap negara yang merdeka [6]

Bahagian B: Prosa Tradisional[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

3. Baca petikan prosa di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya.

Maka segala orang banyak pun suka melihat Tun Tuah bertikam dengan Taming Sari itu. Maka Tun Tuah pun fikir dalam hatinya, ‘Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya itu. Jikalau demikian, apa juga kehendaknya? Baiklah kerisnya kuperdayakan.’

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaa Malaysia[peny.]2012.Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Jelaskan tindakan Hang Tuah seterusnya berdasarkan ayat petikan di atas “Baiklah kerisnya kuperdayakan” [8] (b) Pada pendapat anda, apa yang mungkin berlaku jika Laksamana HangTuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari itu? [9]

(c) Berdasarkan Hikayat Hang Tuah (Bab VII) ini bincangkan empat peristiwa yang menunjukkan Hang Tuah seorang watak epik yang hebat. [8]

4. Berdasarkan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalamPermata Sastera Melayu;

(a) Jelaskan lima nilai moral yang terkandung dalam cerita ini [10]

Page 24: Soalan Kmk Peng.1

(b) Bincangkan persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. [15]

Bahagian C: Prosa Moden[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja..5. Baca petikan cerpen di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya. Saya lalu mencari poskad dengan gambar yang sesuai untuk mengucapkan tahniah. Sebelum menulis Saya baca sekali lagi berita dalam akhbar itu. Melihat gambarnya, gambar yang paling “baharu” kata wartawan yang menemuramahnya, dalam baju batik dia kelihatan seperti orang yang berusia 45 atau 50 tahun sahaja, dia seorang yang tinggi dan maskulin pada masa mudanya. Lebih tegap daripada saya.Kalau berjalan macam tentera, belakangnya selalu tegak. Pada gambar itu tidak nampak tanda-tanda ketuaan seperti kebanyakan orang yang seusia dengannya. Dalam rencana itu dia mendedahkan rahsia keawetmudaannya yang disimpan sejak enam dekad sesudah didesak oleh wartawan yang ditemuramah, demi untuk menjadi teladan kepada generasi muda hari ini yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan, kata wartawan itu.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaa Malaysia[peny.]2012Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan rahsia keawetmudaannya sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan dalam cerpen di atas. [4]

(b) Berdasarkan cerpen “Usia Emas” bincangkan tiga sebab Cikgu Baharum bimbang dengan usia yang dipinjamkan ini. [9]

(c) Pada pandangan anda, bincangkan empat ujian Allah S.W.T terhadap anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya dapat membuahkan sifat kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan dalam cerpen “Usia Emas”. [12]

6. Baca petikan cerpen di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya. (MARGA MUDA sedang duduk di bangku. Masuk MISA SAGARAGA dengan pembantunya diikuti oleh pengikut-pengikut yang lain. ANAS SAMANDA berselisih dengan mereka. Dia memandang dengan jelek).

ANAS SAMANDA: Lihat keangkuhan mereka! Kau sendiri lihat keangkuhanmereka.

Page 25: Soalan Kmk Peng.1

MARGA MUDA: Dia kaya, dia berpengaruh, dia berkuasa.

ANAS SAMANDA: Kau setuju cara mereka? MARGA MUDA: Banyak orang, aku salah seorang daripada mereka, lebih sukamelihat daripada campur tangan.

MARGA MUDA: Kerana aku memilih untuk tidak mahu terlibat.

ANAS SAMANDA: Kau tahu apa yang baru mereka lakukan? Mereka datingkerumah bapaku! Mereka mahu menghalau bapaku dari rumah yang sudah didiaminya lebih 50 tahun!

MARGA MUDA: Dia pasti menawarkan sesuatu, Ringgit misalnya.

ANAS SAMANDA: Jadi, kita harus tunduk kepada ringgit?

MARGA MUDA: Kalau itu ganjaran yang disetujui. Adat berniaga, ada tawarmenawar.

ANAS SAMANDA: Ini soal maruah, soal harga diri. Tanah itu nyawa kami, uratnadi ayahku, harga diri keluarga kami.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaa Malaysia[peny.]2012 Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Huraikan tiga mesej yang terdapat dalam petikan di atas. [9]

(b) Berdasarkan drama “Asiah Samiah” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu bincangkan empat kepincangan hidup masyarakat yang boleh dijadikan panduan kepada anda. [16]