strategi pembelajaran, konsep & contoh

61
KURSUS BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH

Upload: zhasksg

Post on 07-Jun-2015

13.413 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

KURSUS BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH

Sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :

1. Setiap murid mempunyai kebolehupayaan untuk menguasai perkara yang dipelajari.

2. Kebolehupayaan penguasaan terhadap sesuatu perkara adalah berbeza antara setiap orang murid.

1.Pembelajaran Masteri ( اإلجادة ( تعلم 2.Pembelajaran Kontekstual ( السياقي ( التعلم 3.Pembelajaran Akses Kendiri ( الذاتي ( التعلم 4.Pembelajaran Konstruktivisme ( البناء ( التعلم 5.Teori Kecerdasan Pelbagai ( الذكاء تعدد (نظرية

Suatu pendekatan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Kaedah ini memerlukan guru mengetahui tahap keupayaan dan kebolehan murid terlebih dahulu sebelum melaksanakan P&P.

1.Hasil pembelajaran mengikut aras kebolehan murid. 2.Aktiviti P&P selari dengan keupayaan setiap individu/kumpulan murid. 3.Perlu jalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

1.Penentuan hasil pembelajaran 2.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 3.Penilaian 4.Pengayaan 5.Pemulihan

1. Berpusatkan guru - penerangan / bercerita / memberi nota /

demonstrasi

2. Berpusatkan murid - bacaan / latih tubi / akses kendiri / nasyid / soal jawab / lakonan / simulasi / penyelesaian masalah / projek / amali

Penilaian dalam konsep pengajaran dan pembelajaran masteri amat diperlukan untuk :

i-Mengenal pasti keupayaan murid (cerdas / sederhana dan lemah) ii-Mengesan penguasaan murid iii-Mengenal pasti kelemahan iv-Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan

LISAN- Soal jawab

TULISAN- Lembaran kerja :

-Suai gambar dengan kalimah-Sambung kalimah

Tajuk : Ahlan Wasahlan Hasil : 1. Murid dapat menyebut ahlan wasahlan / ahlan bik Aktiviti : 1. Kaedah latih tubi.

2. Kaedah soal jawab, iaitu guru menyapa murid dengan ‘ahlan wasahlan’ dan murid secara

spontan menjawab ‘ahlan bik’. 3. Kaedah lakonan, iaitu

guru meminta murid melakonkan sapaan kalimah tahiyyat itu di dalam kelas.

“Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan”

Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

“ Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian termasuk pengalaman hidup serta pembacaan”.

Relating (Hubung kait)◦ Mengaitkan ucapan ““ahlan wasahlan” dengan

ungkapan selamat sejahtera / welcome dalam bahasa lain.

Experiencing (Mengalami)◦ Meminta murid mengucapkan “ahlan wasahlan”

selepas memberi salam bila bertemu rakan atau guru.

Applying (Mengaplikasi)◦ Mengucapkan “ahlan wasahlan” dalam situasi lain

spt sambut tetamu atau mengalu-alukan seseorang.

Cooperating (Bekerjasama)◦ Mencari ungkapan selamat dalam pelbagai

bahasa secara berkumpulan. Transfering (Memindahkan)

◦ Menggunakan bentuk sapaan lain ketika berkomunikasi spt sobahal Khair dll.

Suatu pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

Guru menyediakan bahan-bahan rujukan atau alat bantu pembelajaran untuk murid belajar secara kendiri dengan memenuhi minat, gaya kecenderungan dan kemampuan mereka.

1.Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri.

2.Murid berpeluang menguji kemampuan sendiri.

3.Melatih murid belajar secara kendiri.

a. Persekitaran pembelajaran yang fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.

b. Bahan PAK yang mudah diakses.

c. Topik dan bahan hendaklah mengikut tahap dan kadar kemampuan murid.

Tajuk : Fil Fasli ( unit 4 / 1) Hasil : Murid dapat menyebut kalimah

“kursiyyun ,maktabun,sabburatun” Aktiviti :1.Guru mempamerkan gambar

“kerusi , meja ,dan papan hitam”. 2.Guru menyediakan beberapa kamus bergambar pada kumpulan murid. 3.Guru meminta murid mencari dan menyebut kalimah bahasa Arab berdasarkan kepada gambar-gambar tersebut. 4.Guru memantau kerjasama antara murid.

“Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn. Many researchers say that each individual constructs knowledge rather than receiving it from others”

( McBrien & Brandt, 1997)

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.

Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain.

“They are constructing their own knowledge by testing ideas and approaches based on their prior knowledge and experience, applying, these to a new situation and integrating the new knowledge gained with pre-existing intellectual constructs”

( Briner, M.1999 )

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan menginegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

1.P&P berpusatkan murid. 2.Guru sebagai fasilitator. 3.Guru menyediakan bahan pembelajaran. 4.Guru mengetahui pengetahuan sedia ada murid. 5.Murid memperoleh ilmu secara kendiri.

1.Galakkan murid bertanya dan berdialog. 2.Guru menerima daya usaha murid. 3.Mengambil kira kepercayaan dan sikap murid. 4.Menjadikan soalan/idea murid sebagai

panduan merancang pengajaran.

• BERFIKIR

• FAHAM

• INGAT

Murid dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan dengan kefahaman sendiri.

Penglibatan yang aktif menjadikan kefahaman murid dapat ditingkatkan melalui pengetahuan baru semasa P&P.

Penglibatan murid yang aktif memberi impak yang positif terhadap kekuatan ingatan murid.

• YAKIN

• KEMAHIRAN SOSIAL

• SERONOK

Keyakinan murid dipupuk melalui peluang yang diberi ketika murid membina kefahaman mereka sendiri.

Murid dapat berinteraksi dengan rakan dan guru dalam menghadapi sebarang masalah dan cabaran.

Murid lebih berminat untuk belajar sepanjang hayat apabila murid dapat membina pengetahuan dan menjana idea sendiri.

Tajuk : Al-Ta’aruf Hasil : Murid dapat memperkenalkan diri

di antara mereka. Aktiviti : 1.Guru memperkenalkan diri

kepada murid. 2.Guru meminta murid memperkenalkan diri mereka secara individu. 3.Murid berta’aruf sesama

mereka.

1. Teori kecerdasan pelbagai dikemukakan oleh Howard Gardner.

2. Meliputi lapan bidang kecerdasan.

3. Kebanyakan orang memiliki kecerdasan yang tinggi dalam semua bidang jika disusuli dengan penggalakan dan pengkayaan.

• Kecerdasan Verbal-Linguistik Kemahiran atau kebolehan menggunaperkataan dengan berkesan, baik secara lisan atau tulisan.

Contoh aktiviti-Menyebut perkataan secara berulang.-Mengajak rakan menyebut dan membaca.-Bercerita / menjawab soalan secara lisan /

tulisan.

• Kecerdasan Logik-Matematik Kebolehan mengguna nombor-nombor secara efektif dan dapat mengulas dengan baik.

Contoh aktiviti-Mengenal nombor.-Menjumlah nombor.-Menyebut bilangan berdasarkan benda

yang dipelajari.

• Kecerdasan Visual-RuangPeka terhadap bentuk, ruang, warna, garisan dan corak serta berkebolehan membentangkan idea secara grafik.

Contoh aktiviti-Melukis atau mewarna gambar .-Menyusun suai gambar (jigsaw puzzle).-Grafik.-Membentuk huruf atau objek menggunakan

bahan tertentu ( Plastesin ).

• Kecerdasan KinestetikKebolehan mengguna tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan,serta menyelesaikan masalah. Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak-geri dan perimbangan tubuh badan.

Contoh aktiviti-Simulasi.-Berlakon.-Permainan Bahasa .( اللغوية ( اللعبة

• Kecerdasan Muzik Peka terhadap rentak, pic, dan melodi.

Kemahiran dalam mengenali lagu-lagu mudah dan dapat mengubah kelajuan, tempo dan rentak dalam lagu mudah.

Contoh aktiviti-Nasyid.-Penggunaan Alat Muzik sambil menyebut isi pelajaran.-Penggunaan Anggota Badan (Tepuk

tangan).

• Kecerdasan Interpersonal Kebolehan memahami perasaan hati (mood), Motivasi, tabiat dan keinginan orang lain. Kemahiran bertindak secara berkesan dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi konflik bila berhubung dengan orang lain.

. Contoh Aktiviti-Perbincangan dalam kumpulan.-Aktif dalam permainan yang memerlukan kerjasama.-Permainan Bahasa ( اللغوية .permainan berkumpulan -( اللعبة

• Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri seperti kekuatan,kelemahan, hasrat dan kehendak termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain, dan membantu menangani perasaan, beradab sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri sendiri.

Contoh aktiviti

- Melukis atau melakar gambar ahli keluarga

berdasarkan pengamatan kendiri.- Menulis biodata tentang diri sendiri – (Murid tahap 2)

• Kecerdasan Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan galian dan

binatang,termasuk rumput dan batu-batan serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.. Contoh aktiviti

-Lawatan sekitar kawasan sekolah.-Mengenal jenis pakaian dan makanan.

• Eksistensial (Spiritual) Kebolehan individu untuk peka dengan kewujudan manusia dan kematian.

-Memiliki sensitiviti yang kuat terhadap masalah manusia.

-Kerap berfikir tentang kerohanian & falsafah Contoh Aktiviti - Penghayatan terhadap kata-kata hikmat.

Kesimpulan PEMBELAJARAN MASTERI – Penguasaan sesuatu isi pelajaran secara tepat dan menyeluruh.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL – Perkaitan antara isi pelajaran dengan pengalaman harian.

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI – Maklumat diperoleh secara kendiri.

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME – Bina pengetahuan baru melalui pengetahuan sedia ada.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI – Berdasarkan kelebihan diri individu.