peng ajar an

23
Pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah: 1. Kuasa Allah S.W.T. adalah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh-Nya, seperti membawa Rasulullah S.A.W. dari kota Mekah ke Baitul Maqdis dan dibawa mengadap ke hadrat- Nya di Sidratul Muntaha di dalam jangkamasa yang begitu singkat, iaitu satu malam. Ini kerana apabila Rasulullah S.A.W. menceritakan tentang peristiwa ini kepada masayarakat umum di Mekah, mereka mentertawakan Rasulullah. Hanya Saidina Abu Bakar As- Siddiq mempercayai kata-kata Rasulullah, dan beliau diberi gelaran "As- Siddiq" yang bermaksud "orang yang benar". 2. Sebelum Rasulullah di"israkkan, baginda telah menjalani suatu "pembedahan" untuk membersihkan hati, dan dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa di dalam peringkat pertama untuk bertemu Allah S.W.T., kita perlu membersihkan diri dan jiwa kita daripada pelbagai sifat mazmummah yang tidak baik dan menanamkan sifat mahmudah yang baik. Dengan jiwa yang tenang, penuh keimanan dan ketakwaan akan dibawa bertemu dan mengadap Allah S.W.T. 3. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah S.A.W. semasa di dalam Israk bersama malaikat Jibrail memberikan gambaran menyeluruh perihal umatnya di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan, ada yang melakukan kemaksiatan dan mereka menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka kerjakan daripada Allah S.W.T. 4. Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada Rasulullah dan umatnya

Upload: tokayohli-bachok

Post on 26-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peng Ajar An

Pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj  ialah: 

1. Kuasa Allah S.W.T. adalah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh-Nya, seperti membawa Rasulullah  S.A.W. dari kota Mekah ke Baitul Maqdis dan dibawa mengadap ke hadrat- Nya di Sidratul Muntaha di dalam jangkamasa yang begitu singkat,  iaitu satu malam. Ini kerana apabila Rasulullah S.A.W. menceritakan tentang peristiwa ini kepada masayarakat umum di Mekah, mereka mentertawakan Rasulullah. Hanya Saidina Abu Bakar As-Siddiq mempercayai kata-kata Rasulullah, dan beliau diberi gelaran "As- Siddiq" yang bermaksud "orang yang benar". 

 2. Sebelum Rasulullah di"israkkan, baginda telah menjalani suatu "pembedahan" untuk membersihkan hati, dan dimasukkan unsur rohani,  iman dan hikmat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa di dalam peringkat pertama untuk bertemu Allah S.W.T., kita perlu membersihkan diri dan jiwa kita daripada pelbagai sifat mazmummah yang tidak baik  dan menanamkan sifat mahmudah yang baik. Dengan jiwa yang tenang, penuh keimanan dan ketakwaan akan dibawa bertemu dan mengadap Allah  S.W.T. 

 3. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah S.A.W.   semasa di dalam Israk bersama malaikat Jibrail memberikan gambaran   menyeluruh perihal umatnya di bumi ini dalam menjalani kehidupan   sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan, ada yang   melakukan kemaksiatan dan mereka menerima balasan yang setimpal   dengan apa yang telah mereka kerjakan daripada Allah S.W.T. 

 4. Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada Rasulullah dan umatnya   bahawa iman dan akidah yang teguh merupakan asas kepada sifat   keislaman yang sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini   berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga. Walaupun   diugut dan dibunuh oleh mereka yang kufur, Allah S.W.T. menganggap   pengorbanan itu sebagai suatu syuhada atau jihad kerana   mempertahankan agama Allah. 

 5. Orang yang beramal soleh dan berjihad di jalan Allah akan diberi   balasan berlipat ganda seperti satu kaum yang menanam dan menuai   hasil tanaman mereka yang keluar berulang-ulang kali. 

 6. Rasulullah telah memilih minuman untuk baginda iaitu susu   berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibrail A.S. Ini jelas   menunjukkan bahawa susu merupakan minuman yang berkhasiat dan arak   pula minuman yang tidak disukai oleh baginda dan juga Allah S.W.T.   kerana ia memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada   mengingati Allah S.W.T. 

Page 2: Peng Ajar An

 7. Beberapa tempat yang telah disinggahi oleh Rasulullah untuk   mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa   adalah tempat yang terpilih dan mulia. Maka jika kita berkesempatan   untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di   tempat-tempat tersebut. 

 8. Allah S.W.T adalah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula   daripada perintah agar umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50   kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah S.A.W. sebagai   kekasih-Nya berulang kali (sebanyak 9 kali), Allah S.W.T telah   mengurangkannya kepada 5 kali sahaja sehari semalam seperti yang kita   kerjakan sehingga hari ini. 

 9. Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi merupakan ayat-ayat suci Al-Quran   yang banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan di dalam   kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh   Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W. semasa mengadap-Nya. 

 Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah   kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab   menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di   sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan   menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang   memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran   seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati   Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. 

 Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan   dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya   daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan   Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau   tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi   Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan   memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. 

 Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang   membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah   Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan   kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. 

 Mafhum Firman Allah S.W.T.: "Maha Suci Allah yang telah   memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke   Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami   perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.   Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-  Israa': Ayat 1).

Page 3: Peng Ajar An

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah

Page 4: Peng Ajar An

kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

PENGAJARAN DAN TELADAN

PERISTIWA Israk dan Mikraj mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan teladan dan pengajaran oleh umat Islam bagi menimbulkan keinsafan dalam diri untuk ke arah kebaikan. Di antara pengajaran itu ialah:

i. Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendakiNya seperti membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis dan dibawa menghadap ke hadratNya di Sidratul Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam. Ini kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.

ii. Sebelum Rasulullah diIsrakkan, Baginda menjalani suatu `pembedahan’ untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah SWT.

iii. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan manakala yang lain kekal dalam kemaksiatan. Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa yang mereka kerjakan. Orang yang melakukan perbuatan zina dan minum arak, hukumannya di sisi Allah sangat dahsyat. Mereka dibakar oleh api neraka jahanam.

iv. Rasulullah ditunjukkan segolongan manusia yang menjunjung kayu api, diambilnya kayu api itu ke atas junjungannya, ditambah-tambahnya bukan dikurangkan sehingga badan menjadi bongkok dan tidak terdaya menjunjungkannya lagi. Ini gambaran kepada orang yang suka memikul pelbagai tanggungjawab yang banyak, tetapi tidak tertunai olehnya. Hanya untuk bermegah-megah dengan pelbagai jawatan di dunia.

v. Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah serta umatnya iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik olehNya. Ini berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga yang mana kuburnya senantiasa berbau harum semerbak sepanjang zaman.

Page 5: Peng Ajar An

vi . Rasulullah memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril. Ini jelas menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah.

vii. Beberapa tempat yang disinggahi Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti di Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil al- Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana [mengerjakan haji atau umrah] adalah disunatkan untuk mengerjakan solat di tempat –tempat tersebut.

viii. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah sebagai kekasihNya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini, Amalan sembahyang merupakan amalan yang dipinggirkan oleh sebahagian besar umat Islam berbanding dengan amalan-amalan lain seperti berpuasa yang diamalkan kebanyakan orang Islam, walaupun terpaksa berlapar dan berdahaga. Amalan sembahyang yang tidak memakan masa yang panjang dan ringkas, umat Islam meninggalkannya. Lebih 80% umat Islam di Malaysia meninggalkan amalan sembahyang 5 waktu sehari semalam.

Perkara ini dinyatakan oleh pakar motivasi Dr. Mohd. Kamsah dalam kajian beliau umat Islam meringan-ringankan sembahyang, sedangkan sembahyang menjadi “tiang agama”. Perkara pertama akan yang disoal di akhirat kelak ialah “persoalan sembanyang”. Jika baik sembahyangnya, maka baiklah segala amalannya di dunia ini. Allah SWT tidak akan memberi pahala kepada orang yang melakukan kebaikan kepada orang-orang yang meninggalkan sembahyang.

ix. Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah ketika menhadapNya.

KESIMPULAN

Kejadian yang berlaku dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini perlu diperhalusi oleh umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan mereka di samping melakukan muhasabah diri untuk mengubah akhlak ke arah kebaikan dengan mengambil pengajaran daripada kebesaran dan keajaiban yang berlaku ketika pelbagai peristiwa yang ditemui oleh Nabi Muhammad SAW sebagai satu pengajaran kepada umat manusia.

Martabat dan maruah umat Islam tidak akan dihormati oleh bukan Islam selagi umat Islam sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Keagungan Islam pada masa zaman silam disebabkan umat Islam ketika itu mengamalkan ajaran yang diajar oleh al-Quran dan al-Hadith. Meninggalkan dua perkara ini, keagungan Islam tersebut hancur satu demi satu. Untuk mengembalikan keagungan Islam, mahu tidak mahu kita wajib ikut perintah

Page 6: Peng Ajar An

Rasulullah SAW. Tidak boleh menggunakan doktrin mengikut fikiran manusia yang senantiasa dipengaruhi oleh hawa-nafsu

Apa istimewanya 27hb Rejab ini?

Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu). Firman Allah SWT bermaksud: “Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk ayat 1).

Apakah yang dikatakan Israk Mikraj itu?

Israk: Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.

Mikraj: Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.

Apakah peristiwa penting yang berlaku sebelum Israk Mikraj ini?

Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas Rasulullah saw diuji dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi yang telah banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah apabila berlakunya penolakan dakwah oleh penduduk Taif.Nabi telah ‘dihiburkan’ oleh Allah swt dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga Berjaya membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Kenapa Israk Mikraj dikatakan sebagai ujian keimanan?

Page 7: Peng Ajar An

Peristiwa Israk Mikraj ini telah menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Rasulullah s.a.w. Orang kafir pada ketika itu telah menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.

Umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat;

Ada yang terus membenarkan Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar as-SiddiqAda pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebutAda pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada IslamIni berlaku semata-mata kerana peristiwa ini sangat menongkah arus akal manusia. Inilah juga gambaran yang akan berlaku apabila umat yang keliru akan meletakkan akal sebagai sumber rujukan hidup yang mengatasi sumber al-Quran dan Sunnah.

Apakah pengajaran pertemuan Rasulullah bersama para Anbiya di langit sebelum menjadi Imam kepada semua mereka di Masjid al-Aqsa?

(Di sinilah tempat yang bersejarah apabila Rasulullah telah dipilih untuk menjadi Imam kepada semua para nabi yang terdahulu)

Perjalanan itu adalah perjalanan yang menghubungkan akidah tauhid yang besar sejak Nabi Adam, Ibrahim, Nabi Ismail, Musa, Isa dan lain-lain sehingga kepada Rasulullah saw yang merupakan penghulu dan penyempurna kepada risalah kenabian.

Dr Yusuf a-Qardawi juga telah menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan detik pengisytiharan umum tentang perubahan kepimpinan dunia daripada para anbiya sebelumnya kepada Rasulullah saw. Peristiwa ini telah menolak hujah sebahagian manusia yang mengatakan bahawa Isa a.s adalah pengasas agama kristian dan juga di kalangan orang Yahudi yang mendakwa bahawa Musa adalah nabi yang paling mulia. Sebagai umat Islam kita mesti menginsafi bahawa sifat Islam adalah memimpin dan bukan sekadar berpuas-hati dengan ‘demokrasi’ dan ‘humanism barat’ serta dengan apa yang berlaku di dunia global pada ketika ini.

Page 8: Peng Ajar An

Kenapa mesti dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-Haram ke Sidratul Muntaha?

Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam.

Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke Masjid al-Haram di Mekah.Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumiMasjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat IslamAl-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya” yang menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.

Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah dan dikuburkan sehingga Imam Syafi’e (yang dilahirkan di Gaza) pernah berkata pada suatu ketika dahulu, “Saya sangat suka beriktikaf di Masjid al-Aqsa ini lebih daripada mana-mana sekalipun.” Ketika ditanyakan alasannya, beliau menjawab, “Di sinilah tempat berkumpul dan dikuburkannya para Nabi.”

Apakah hubungan Israk Mikraj dan pembebasan Masjid al-Aqsa oleh Solahuddin al-Ayyubi?

Al-Aqsa adalah milik umat Islam secara keseluruhannya. Ianya bukan sekadar isu bangsa Palestin atau bangsa Arab semata-mata. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh Yahudi dan Zionis pada ketika ini.

Solahuddin adalah bukti dan saksi bahawa isu perdana ini adalah milik dan tanggung-jawab kita bersama. Beliau telah menghabiskan keseluruhan hayatnya berkorbat dan berkeringat sehingga pembebasan al Aqsa daripada Salib menjadi kenyataan.

Mari kita lihat kembali kisah pembebasan Baitul Maqdis oleh Solahuddin al-Ayyubi ke atas tentera Salib:

“Pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah yang bertepatan hari Israk dan Mikraj, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki kota Baitul Maqdis. Ibn Shaddad menulis: “Itulah

Page 9: Peng Ajar An

kejayaan bagi segala kejayaan. Satu perhimpunan besar yang terdiri daripada para pembesar, ahli peniaga, alim ulama dan orang ramai berhimpun pada saat yang mengembirakan itu. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Sultan Solahuddin dan teriakan ‘Allahu Akbar’ serta kalimah ‘La Ilahaillallah’ bergema gagah di angkasa. Setelah 90 tahun berlalu tanpa Jumaat sepanjang pemerintahan kristian Salib, sembahyang Jumaat sekali lagi didirikan di Baitul Maqdis. Salib yang berkerlipan di atas kubah Masjid al-Aqsa diruntuhkan. Sesungguhnya suasana ketika itu sukar dibayangkan, tetapi rahmat dan pertolongan Allah SWT dapat disaksikan di setiap tempat pada hari berkenaan. Mimbar istimewa yang yang dibina di bawah arahan Nuruddin al-Zanki, 20 tahun sebelum pembebasan Baitul Maqdis telah dibawa dari Halab, Syria dan didirikan di dalam Masjid al-Aqsa.”

Isra Mikraj mengajar kita untuk sama terlibat bagi membebaskan al-Aqsa, Apakah tindakal praktikal yang boleh kita buat?

Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah

Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid al-Aqsa dalam aqidah umat Islam.Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin.Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa jua cara.Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Israk Mikraj ataupun pada Hari al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain.Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian al-Aqsa.Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan

Page 10: Peng Ajar An

pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpelihara. Insafi pengajaran Israk Mijraj dan libatkan diri anda dalam usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin. Semoga al Aqsa dan Palestin terbelaSalam perjuangan

ISRAK MIKRAJ, PERISTIWA, PENGAJARAN DAN TELADAN – bahagian 2 (akhir)

#Pensyariatan solat

Sesuatu yang dikira penting bila bercakap mengenai Israk Mikraj ini ialah sejarah pensyariatan solat kini difardukan bagi umat Islam lima waktu sehari. Pada mulanya Allah menetapkan sebanyak 50 waktu sehari ketika Nabi Muhammad kali pertama menghadap Allah di Sidratul Muntaha (langit ketujuh). Selepas turun naik berulang kali, atas nasihat Nabi Musa a.s, menghadap Allah dengan perasaan malu, akhirnya Allah menetapkan lima waktu saja sehari semalam (1). Itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

Terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalah perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain. (3)

Resolusi mengenai kewajipan solat itu melibatkan tiga pihak, dua kejadian. Pihak yang terlibat dalam hal 'mewajibkan' solat itu ialah Allah s.w.t, Nabi Musa a.s yang berunding dengan Rasulullah s.a.w dan hasil ulang-alik Nabi Muhammad s.a.w menemui Allah s.w.t untuk mengurangkan jumlah bilangan solat fardhu tersebut. Ini kerana Nabi Musa a.s teringatkan pengalaman Bani Israel yang berat menerima perintah solat tersebut. (2)

Selain itu, dua peristiwa yang menyebabkan timbul rasa ghairah supaya diwujudkan suatu mekanisme perhubungan langsung antara manusia dengan penciptaNya, ialah kerana baginda telah menyaksikan gelagat para malaikat yang telah bersujud, rukuk kepada Tuhan dengan lain-lain perbuatan yang mirip kepada solat hari ini. (2)

Peristiwa kedua, ialah ketika Nabi Muhammad s.a.w sendiri diangkat menjadi imam untuk mengerjakan solat di mana para makmum di belakangnya adalah nabi-nabi yang terdahulu sebelum baginda. (2)

Page 11: Peng Ajar An

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah. (3)

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu. (3)

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya. (3)

Keghairahan Rasulullah s.a.w mengenai solat itu tergambar ketika hampir tiba saatnya baginda wafat. Di bibir baginda hampir tidak lekang menyebutkan, "Ummati.. as-Solah.." (Umatku.. sembahyang..). Tidaklah disebut hal zakat, puasa dan lain-lainnya, melainkan solat itulah yang kerap diperingatkan baginda. (2)

Solat merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: (6)"Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.”

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Page 12: Peng Ajar An

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).

Berhati-hatilah agar malas, harta, pekerjaan, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung.” (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan.” (riwayat al Bukhari dan Muslim) (6)

#Peristiwa Israk dan Mikraj meningkatkan takwa dan iman

Peristiwa Israk Mikraj memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada orang mukmin untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah hingga kiamat. Jelas diperlihatkan kebesaran dan keagungan Allah melalui peristiwa Israk Mikraj.

Ertinya, Israk Mikraj adalah 'turning point', titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari

Page 13: Peng Ajar An

perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia. (2)

Ini kerana, sejurus kembalinya baginda membawa khabar berita, gambaran peristiwa langit, maka baginda dicela Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Bermula saat itu, tekanan ke atas baginda telah bermula. Itu perkara yang pertama. (2)

Yang kedua, Israk Mikraj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan sebagai suatu amalan yang wajib. (2)

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini. (3)

Sebab itu, kita jangan hairan kenapa nas itu tidak menghebahkan soal mi'raj, sebaliknya cuma menyebut tempat berlepas ketika Isra' (berjalan malam). Tuhan menyebutkan Masjidil Aqsa itu bererti, tempat itu amat penting dan bernilai. (2)

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. (3)

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan

Page 14: Peng Ajar An

hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. (3)

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. (3)

Daripada fenomena peristiwa yang berlaku antara Nabi dan Jibril dalam isu Israk dan Mikraj sepanjang perjalanan yang digambarkan kepada Rasulullah s.a.w., adalah untuk jadi bahan renungan dan iktibar bagi generasi Muslim sepanjang zaman, terutamanya umat hari ini yang semakin hilang keyakinan diri kepada Allah selaku Pencipta.

Ia boleh disimpulkan sebagai himpunan peringatan buat individu yang mahu menjadikannya pula sebagai anjakan paradigma untuk terus melakukan perubahan diri meniti kesempurnaan. Ini kerana peristiwa-peristiwa simbolik berkenaan jika dihalusi dengan teliti, mampu mengubah cara hidup Muslim yang boleh disifatkan sebelumnya sebagai individu yang lalai, jauh daripada pegangan agama.

Betapa suasana dan kesudahan mereka yang digambarkan dalam simbolik itu menggambarkan keadaan manusia nanti di alam akhirat dengan pelbagai gambaran yang amat mengerikan. Apabila ia juga tidak mampu mengubah sikap, pendirian seseorang, bererti individu berkenaan telah dihijab hatinya daripada wahyu petunjuk Ilahi dan terus bebas melakukan penentangan terhadap Allah SWT.

Justeru, kita adalah disaran agar terus banyak berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa, supaya memasukkan kita dalam himpunan hamba-Nya yang lunak hati untuk menerima kebenaran, kerana jika kita terus masih mengingkari kebenaran, maka kehidupan kita di dunia semakin sempit, malah akan dibutakan oleh Allah di akhirat hingga terjerumus masuk dalam neraka-Nya, Wal 'Iyazu Billah. (4)

Rujukan :1) Bharian Online 25 Jun 2009 (2 Rejab 1430) Khamis – Artikel bertajuk Israk Mikraj pengajaran paling bermakna bagi umat Muhammad

2) Harakahdaily Online 21 Julai 2009 (28 Rejab 1430) Selasa – Artikel bertajuk Darihal Isra' Mi'raj

3) Harakahdaily 24 Julai 2008 Khamis – Artikel bertajuk Konsep Agama : Ambil Pengajaran Israk dan Mikraj

4) Harakahdaily 11 Ogos 2008 Isnin – Artikel bertajuk Israk Mikraj pencetus kesedaran ummah

5) Harakahdaily 09 Ogos 2007 Khamis – Artikel bertajuk Khutbah Rusila: Hikmah di

Page 15: Peng Ajar An

sebalik Israk dan Mikraj

6) Utusan Online 13 Julai 2009 (20 Rejab 1430) Isnin – Artikel bertajuk Pengajaran peristiwa Israk dan Mikraj

7) Utusan Online 12 Mei 2010 (28 Jamadil Awal 1431) Rabu – Artikel bertajuk Israk dan Mikraj bukti kebesaran Allah

8) ustazazhar – Urutan Peristiwa Israk & Mikraj

9) Bersama Mufti - Ceramah Umum mengenai Isra dan Mikraj, 20Jul07 : Dr Asri, Mufti Perlis

Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan

dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang

beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW

sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit,

Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier

dakwahnya iaitu Aminah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW

tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam

Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi

perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa

terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi

kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.

Dalam perjalanan agung yang menakjubkan itu Nabi Muhammad SAW

dipertontonkan dengan beberapa situasi azab dan seksaan akibat

daripada perlakuan dosa manusia. Antaranya Nabi SAW diperlihatkan

dengan suatu kaum yang dihidangkan dengan daging baru lagi segar

tetapi tetap memilih daging yang busuk lagi berbau. Melihat kejadian itu

Nabi SAW bertanya kepada Malaikat Jibril yang menemaninya sepanjang

perjalanan, lalu dijawab itulah gambaran manusia yang sudah beristeri

tetapi masih memilih untuk berzina dengan wanita lain yang diharamkan.

Page 16: Peng Ajar An

Dewasa ini gejala berkhalwat, berzina dan bersekedudukan di kalangan

segelintir umat Islam seakan menjadi lumrah dan perkara biasa. Saban

hari ada sahaja paparan berita berkenaan tangkapan dan serbuan oleh

pihak berkuasa agama terhadap pasangan yang berdua-duaan dan

melakukan zina di dada akhbar tempatan. Malahan aktiviti tidak

bermoral ini kelihatan bukan lagi sesuatu yang dianggap berdosa dan

terlarang apabila terdapat segelintir pasangan sama ada yang sudah

berkahwin ataupun tidak, mengambil kesempatan cuti hujung minggu

mahupun cuti umum dengan melakukan aktiviti maksiat di hotel-hotel

murah tanpa segan silu. Lebih membimbangkan lagi, apabila perbuatan

keji ini menyebabkan statistik gejala buang bayi turut meningkat kesan

daripada perhubungan luar nikah dan pergaulan sosial yang tidak

terbatas.

Baginda Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan dengan gambaran

golongan yang perutnya terlalu besar akibat daripada memakan riba

yang diharamkan. Ada pula yang dibangkitkan daripada kuburnya dalam

keadaan mabuk dan terhuyung hayang akibat daripada azab Allah SWT

yang terlalu pedih lagi tidak tertanggung oleh manusia. Seksaan seperti

itu diberikan oleh Allah SWT kepada golongan yang memakan hasil riba

dan membenarkannya. Sedang hakikatnya Allah SWT menghalalkan

amalan jual beli dan mengharamkan riba yakni faedah atau bunga.

Oleh itu dalam situasi hari ini umat Islam perlu menghindarkan diri

daripada segala aktiviti kewangan dan pelaburan mahupun insuran yang

melibatkan riba dan faedah yang diharamkan. Mungkin suatu ketika

dahulu pada saat aktiviti kewangan dan perbankan Islam masih di tahap

awal perkembangannya hukum haram ini tidak berlaku. Malah ia

dianggap suatu yang darurat lagi diperlukan. Namun hari ini ketika

amalan kewangan dan perbankan Islam sudah berkembang dengan

begitu pesat sekali hukum darurat sudah tidak terpakai lagi. Fatwa

Page 17: Peng Ajar An

pengharaman segala aktiviti yang berkaitan faedah dan bunga sama ada

daripada pinjaman atau pelaburan yang tidak berteraskan Islam juga

telah lama dikodifikasikan di Malaysia.

Yang jelas ia merupakan satu bentuk larangan agama terhadap mana-

mana individu Muslim daripada terlibat dengannya.

Seyogianya sempena mengenang kembali peristiwa agung Israk dan

Mikraj ini, umat Islam diseru kembali kepada landasan agama yang

sebenar iaitu dengan mentaati segala perintah Allah SWT serta menjauhi

larangnya. Jika tidak selama itu lah seseorang akan menanggung dosa

dan boleh jadi dikenakan hukuman seperti yang ditunjukkan kepada Nabi

SAW pada malam yang penuh keberkatan itu.