konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

11
TUGASAN 1: KONSEP PENTAKSIRAN, PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN Disediakan oleh: NOR AIN BINTI MESWAN SITI SURIANI BINTI ABDULLAH WAN NOR FAEZAH BINTI WAN HUSSIN

Upload: wan-nor-faezah

Post on 15-Jun-2015

24.317 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

TUGASAN 1:KONSEP PENTAKSIRAN,

PENILAIAN, PENGUKURAN DAN

PENGUJIAN

Disediakan oleh:NOR AIN BINTI MESWAN

SITI SURIANI BINTI ABDULLAHWAN NOR FAEZAH BINTI WAN HUSSIN

Page 2: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

PENTAKSIRAN

• Mengikut David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi ke-2 (2003), pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, mengintepretasikan maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.

• Pentaksiran = pengukuran + penilaian

Page 3: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

• Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran.

Page 4: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

PENILAIAN

• Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat secara bersistem tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu.

• Menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur.• Contoh:– Asri mendapat markah 92% dalam ujian Matematik

(ukuran)– Asri seorang murid yang cemerlang dalam subjek

Matematik (penilaian)

Page 5: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

• Contoh lain:– Menguji: Murid menduduki ujian bertulis– Mengukur: Murid diberi markah 72% dan gred B– Menilai: Murid diberitahu bahawa usahanya baik

Page 6: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

PENGUKURAN

• Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.

• Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti:– Markah mentah– Peratus markah mentah– Persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding

kedudukan orang lain)– Agregat– Pangkat atau band

Page 7: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

• Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak.

• Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah:– Ujian– Soal selidik– Kuiz– Senarai semak

Page 8: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

• Tanpa instrumen, pengukuran boleh dibuat dengan cara anggaran, tafsiran, agakan, taakulan dan pemerhatian.

• Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa menggunakan instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah.

• Contohnya, dapatkah kita mengira berat murid tanpa menggunakan penimbang?

Page 9: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

PENGUJIAN

• Satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang.

• Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang individu.

• Suatu alat yang bersistem bagi membuat perbandingan prestasi atau tingkah laku di antara dua atau beberapa individu.

Page 10: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

• Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.

• Misalnya markah 80/100 bagi ujian pencapaian sesuatu mata pelajaran. Markah adalah suatu ukuran.

• Raminah Haji Sabran (1991): Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawala atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Page 11: Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

PENGUJIAN

PENGUKURAN

PENILAIAN

PENTAKSIRAN