buletin rimcrimc.uum.edu.my/images/pdf_files/buletin_rimc/buletin_jan_jun... · pengujian,...
TRANSCRIPT
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SETIAP KERJA MESTI ADA DEADLINE – PROF. DR. NOR AZIAH
Menarik edisi
Buletin RIMC
www.rimc.uum.edu.my Bil. 01, EDISI 1, JAN-JUN 2019
Setiap Kerja Mesti
Ada Deadline
Prof. Dr. Nor Aziah
Terima Nota Serah
Tugas
Hasilkan Penyelidi-
kan Yang Relevan,
Selaras Dengan
Harapan Universiti
Workshop on Intro-
duction for Journal
Publication
Imarahkan Lagi Bu-
daya Penyelidikan
Di UUM
70 Penyelidik Hadir
Roadshow Tadbir
Urus DPKPM
Graduan Sarjana
UUM Dedah Rahsia
Kecantikan Semula
jadi dengan Mary
Kay
Tonggak 12 Pan-
duan Pembentukan
Peribadi bagi Penja-
wat Awam
Aktiviti RIMC (Jan -
Jun 2019)
Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf
hari ini memulakan tugasnya
sebagai Pengarah, Pusat Pen-
gurusan Penyelidikan dan Ino-
vasi (RIMC), Universiti Utara Ma-
laysia (UUM).
Beliau yang tiba di Foyer Kom-
pleks Konvensyen pada 9.00
pagi tadi, disambut oleh Timba-
lan Pengarah, pegawai dan
staf RIMC.
Seterusnya, sesi taklimat ringkas
berkaitan RIMC telah disam-
paikan oleh Timbalan Pengarah
(Penyelidikan), Prof. Madya Dr.
Rozita Arshad dan kemudian
beliau telah diperkenalkan
kepada semua staf Jabatan itu.
Dalam ucapan ringkasnya, Prof.
D r . N o r A z i a h a m a t
menekankan supaya setiap
kerja yang dilakukan perlulah
ada deadline dan setiap staf
RIMC hendaklah mengu-
rangkan kesilapan dalam tu-
gasan yang dibuat.
“Kita perlulah bekerja bersungguh-sungguh, buat yang terbaik dan jadi yang ter-
baik.”
“Terapkan budaya happiness, love and mutual respect semasa bekerja seperti yang
disarankan oleh Menteri Pendidikan dan juga jangan stress,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, dilantik menerajui RIMC yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 hingga
31 Disember 2019 bagi menggantikan Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani yang telah
tamat tempoh pada 31 Disember tahun lalu, Prof. Dr. Nor Aziah telah berkhidmat se-
bagai Pengarah, Institut Pengurusan Kualiti.
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 2
Penasihat
Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf
Editor Utama
Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi
Editor/ Rekabentuk Teks dan Grafik
Muhammad Hafiz Ghazali
Fadilah Mohd Zain
Nur Atikah Abdul Aziz
Penyumbang Berita
Noorhana Ramli
Norhana Shaibatul Khadri
Munirah Mat Din
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Fotografi
Bistomi Ismail
Penyelaras Buletin RIMC
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4771
Fax : 04-928 4756
Laman web: www.rimc.uum.edu.my
Emel : rimc @uum.edu.my
SIDANG REDAKSI
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 3 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
PROF. DR. NOR AZIAH TERIMA NOTA SERAH
TUGAS
Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah di-
adakan di Bilik Mesyuarat Jabatan itu pada 7 Januari
lalu.
Ini adalah penyerahan tugas secara rasmi Prof. Dr.
Mohd. Azizuddin Mohd Sani, mantan Pengarah RIMC
kepada Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf yang dilantik se-
bagai Pengarah yang baharu untuk tempoh setahun
berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember 2019.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof.
Dr. Ayoib Che Ahmad yang menyaksikan majlis tersebut
turut merakam penghargaan terima kasih kepada Prof.
Dr. Mohd. Azizuddin dan menyatakan banyak berlaku
perubahan selama tempoh dua tahun beliau menerajui
RIMC.
Beliau yang turut juga mengalu-alu kehadiran Prof. Dr.
Nor Aziah sebagai Pengarah baharu RIMC dan
mengharapkan dengan pengalaman sebagai
Pengarah Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) sebelum ini,
RIMC akan lebih bergerak laju dan dapat
memberi perkhidmatan yang lebih cekap.
“Prestasi RIMC perlu dipertingkatkan lagi
kerana RIMC adalah badan penting di
UUM. Dalam mencapai agenda Universiti
berkaitan penyelidikan, inovasi,
pengkomersialan, keusahawanan dan juga
community engagement, RIMC perlu
mempunyai hubungan kerjasama yang
baik dengan Pusat Inovasi dan
Pengkomersilan (ICC), Institut Pem-
bangunan Keusahawan dan Koperasi
(CEDI) dan Pusat Kerjasama Unversiti-
Industri (CUIC)”.
“Staf di RIMC perlu bekerja dengan ikhlas
dan gembira, produktiviti kerja datang dari
keseronokan bekerja”, tambah Prof. Dr.
Ayoib.
Prof. Dr. Nor Aziah dalam ucapannya
menyatakan akan memimpin RIMC sebaik
mungkin dalam merealiasikan setiap agen-
da yang telah ditetapkan dalam memarta-
batkan Universiti terutama meningkatkan
penyelidikan dan penerbitan.
“RIMC mempunyai peranan yang sangat
bermakna di UUM dan saya harap dapat
bekerjasama dengan semua dalam
menyambung kepimpinan Prof. Dr. Mohd.
Azizuddin di Jabatan ini”, katanya lagi.
Sementara itu, Prof. Dr. Mohd. Azizuddin turut menya-
takan rasa gembira selama dua tahun beliau berada di
RIMC dengan suasana kerja yang harmoni serta seman-
gat bekerja sebagai satu pasukan.
“Pencapaian membanggakan sepanjang dua tahun di
RIMC ini ialah penarafan empat bintang MyRA dan
penubuhan CoE”.
“Terima kasih di atas kerjasama semua staf RIMC dan
diharapkan struktur dan KPI RIMC akan dapat lebih di-
mantapkan pada tahun 2019”, ujar beliau lagi.
Dalam majlis yang sama, Prof. Dr. Ayoib juga turut
menyampaikan surat pelantikan semula kepada tiga
orang Timbalan Pengarah RIMC iaitu Prof. Madya Dr.
Rozita Arshad yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah
(Penyelidikan), Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd
Nawi (Timbalan Pengarah, Penerbitan Penyelidikan)
dan Dr. Mohd. Faizal Omar (Timbalan Pengarah, Tugas-
tugas Khas).
B e r i t a o l e h : N o r h a n a S h a i b a t u l K h a d r i
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 4 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
HASILKAN PENYELIDIKAN YANG RELEVAN,
SELARAS DENGAN HARAPAN UNIVERSITI
_____________________________
“ You need to build up the momentum.”
- Prof. Dr. Noor Azizi
O l e h : N o r d i a n a S h a f i e e G a m b a r o l e h : A b d u l H a l i m H u s a i n
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 5 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
Penyelidik universiti ini diingatkan supaya dapat
menghasilkan penyelidikan yang boleh memberi
manfaat kepada masyarakat dan negara serta
relevan dengan perkembangan semasa.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Ino-
vasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad berkata, hasil
penyelidikan yang dijalankan harus relevan kepa-
da masyarakat dan negara, selaras dengan hara-
pan universiti untuk menjadi lebih holistik dalam
penyelidikan yang melibatkan komuniti.
"Selain itu, saya juga mahu semua penyelidik supa-
ya dapat menjalinkan kerjasama atau kolaborasi
dengan mana-mana pihak luar supaya hasil
penyelidikan ini bukan sahaja diterbitkan untuk
sasaran dalam universiti, malah di luar juga.
"Pada masa sama, setiap penyelidik juga harus
mempunyai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sendiri
sebagai panduan supaya dapat menghasilkan
penyelidikan berimpak tinggi dan mempunyai
manfaat kepada komuniti," katanya pada Pro-
gram Perdana Penyelidikan 2019 anjuran Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) di
Dewan Seminar, Pusat Islam, semalam.
Sementara itu, Pengarah RIMC, Prof. Dr. Nor Aziah
Abd Manaf berkata, pihaknya ingin mengorak
langkah pada tahun ini dengan berada di lan-
dasan betul ke arah kecemerlangan bidang
penyelidikan.
Menurutnya, program yang dihadiri lebih 50 pen-
syarah UUM itu bertujuan memberi penerangan
dan strategi untuk mendapatkan geran yang dita-
warkan.
Katanya, pada tahun lalu sahaja UUM telah
menghantar 245 permohonan dari lebih 1000 staf
akademik yang aktif untuk mendapatkan geran-
geran tersebut dan hanya 67 sahaja yang layak
dengan membabitkan keseluruhan dana geran
bernilai RM4.9 juta.
"Tahun ini, dijangkakan terdapat 50 peratus
penambahan lagi untuk penyelidikan membabit-
kan nilai kira-kira RM275 juta dan saya berharap
akan lebih ramai penyelidik UUM yang memohon
dan layak untuk mendapat geran yang ditawar-
kan.
"Kita harus berusaha lagi pada tahun ini dengan
melihat keutamaan bidang penyelidikan yang
mampu memenuhi kehendak industri khususnya,"
katanya.
Prof. Dr. Nor Aziah berkata, terdapat beberapa
skop atau bidang yang digariskan dalam National
Priority Area (NPA), antaranya jaminan makanan,
jaminan tenaga, tanaman perladangan, kesela-
matan siber, jaminan air, kepelbagaian bio
(biodiversity) dan pengangkutan.
Menurutnya, beliau berharap bidang penyelidikan
boleh dijadikan sebagai satu budaya dalam ka-
langan ahli akademik UUM supaya ia dapat mem-
beri impak kepada komuniti dan negara.
Program Perdana Penyelidikan 2019 diteruskan
dengan taklimat Skim Geran Penyelidikan Proto-
taip (PRGS) oleh Prof. Madya Dr. Suzilah Ismail dari
Pusat Pengajian Sains Kuantitatif yang juga peneri-
ma geran PRGS 2017, diikuti Bual Bicara: Penyelidi-
kan Berimpak Tinggi Menjana Realisasi Harapan
Komuniti bersama empat panel iaitu Prof. Dr.
Mohd Zaini Abd Karim, Prof. Dr. Ahmad Marthada
Mohamed, Prof. Dr. Zulikha Jamaludin dan Prof. Dr.
Nor Azila Mohd Noor serta Prof. Madya Dr. Alias
Azhar sebagai moderator.
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 6 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
WORKSHOP ON INTRODUCTION FOR JOURNAL
PUBLICATION
Penerbitan artikel dalam jurnal berimpak tinggi meru-
pakan satu indikator penting kepada para ahli akade-
mik. Kejayaan dalam penghasilan artikel dalam jurnal
Q1 dilihat sebagai satu kejayaan besar bagi menye-
bar luas hasil penyelidikan yang dilakukan. Menyedari
hakikat ini, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
(RIMC) telah menganjurkan Workshop on Introduction
for Journal Publication pada 26 Februari 2019 ber-
tempat di Bilik Seminar, UUM COLGIS.
Bengkel kendalian Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun bin
Mohd Nawi ini telah disertai oleh 38 orang peserta
yang terdiri daripada staf akademik dan juga pelajar
pascasiswazah. Menurut beliau, menulis dan mener-
bitkan jurnal berkualiti bagi diterbitkan dalam jurnal
berimpak tinggi memberi kesan positifnya kepada
pihak universiti dan juga kepada penyelidik.
Selain itu beliau turut menekankan usaha dan
sokongan yang diberikan oleh pihak universiti seperti
penyediaan insentif penerbitan bagi memotivasi dan
menggalakkan para penyelidik untuk terus
menghasilkan penerbitan artikel di dalam jurnal berim-
pak tinggi khasnya jurnal yang berindeks Web of Sci-
ence (WoS) dan Scopus.
Bengkel ini adalah suatu platform dan medium yang
terbaik bagi ahli akademik untuk percambahan ilmu
serta memperkukuh pengetahuan mereka dalam bi-
dang penulisan akademik.
B e r i t a o l e h : N o r h a n a S h a i b a t u l K h a d r i
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 7 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
2 0 1 9
'MANTAP' SUNGGUH TARIKAN TIGA BERADIK NI,
HINGGAKAN ADA YANG TAK JADI BERPATAH BALIK
Sempena sambutan Hari Pengasasan Universiti Utara
Malaysia (UUM) yang ke-35, seramai 31 orang staf
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC),
tiga orang pelajar mobiliti daripada Universitas Sang-
ga Buana YPKP, Bandung dan dua orang staf Pusat
Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) telah
menyertai Program 10,000 Langkah: Menelusuri Hutan
Sintok.
Program anjuran Kelab Kebajikan RIMC ini merupakan
program pertama bagi tahun 2019 di bawah Biro
Sukan dan Riadah yang dipimpin oleh Norhidayah
Zainuddin.
Bertemakan #Jom Sihat #Jom Cergas, Norhidayah
berkata, objektif penganjurannya bukan sahaja ber-
tujuan meningkatkan pembangunan kendiri dan
keperibadian staf, malah memberi kesedaran kepent-
ingan menjaga hutan dan alam sekitar dan mendidik
sikap tolong menolong dan saling bekerjasama dalam
satu pasukan.
Dalam pada itu, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf,
Penasihat Kelab Kebajikan RIMC yang merangkap
Pengarah RIMC berharap program seperti ini dapat
dimanfaatkan oleh semua staf untuk menikmati
keindahan Hutan Sintok terutamanya Pokok Tiga Be-
radik yang menjadi tarikan utama kepada sesiapa
yang datang ke UUM.
“Aktiviti seperti ini dapat menzahirkan rasa sayang kita
terhadap UUM dengan menjaga hutan semulajadi
kita dari sebarang pencemaran dan sebagainya.
Saya harapkan semua staf dapat bersama-sama
membantu untuk menjaga kebersihan hutan di sepan-
jang program”, tambah beliau.
Pengawas Hutan, Encik Amran Mahmud yang mem-
impin perjalanan menelusuri Hutan Sintok ke Pokok
Tiga Beradik sejauh 3 km itu berkata Hutan Sintok
memiliki khazanah alam dengan pelbagai spesis flora
dan fauna yang perlu dipelihara.
“Pokok Tiga Beradik merupakan sejenis pokok daun
luruh besar dan dikenali sebagai Mengkundor yang
mempunyai saiz hampir 10 pemeluk. Pokok-pokok ini
dianggarkan sudah berusia 100 sehingga 120 tahun”,
ujarnya lagi.
Fadilah Mohd Zain yang turut serta menelusuri Hutan
Sintok turut merasakan kepuasan apabila berjaya tiba
ke Pokok Tiga Beradik setelah menempuh pelbagai
cabaran seperti laluan berbukit dan berbatu.
“Walaupun pada awalnya terasa seperti ingin ber-
patah balik tetapi saya berjaya mengharungi segala
cabaran dengan adanya kata-kata semangat dan
sokongan daripada rakan-rakan yang lain. Ketahanan
jiwa dan kesabaran sangat penting”, ujarnya.
Tiga orang pelajar mobiliti iaitu Lulu, Nurul dan Noni
turut melahirkan rasa gembira dan teruja kerana ber-
peluang dapat turut serta menikmati keindahan Hutan
Sintok sebelum pulang ke Indonesia pada 12 Mac
nanti.
“Pokoknya mantap betul”, ujar mereka merujuk kepa-
da Pokok Tiga Beradik.
“Aktiviti santai ini sangat menyeronokkan. Program ini
sebagai simbolik rasa sayang pada UUM sekaligus
mengeratkan silaturahim antara staf. Saya juga be-
rasa bertanggungjawab mengutip botol-botol air
yang ditinggalkan oleh pengunjung yang tidak ber-
tanggungjawab”, ujar Muhammad Nazli Ismail da-
ripada CeTMA.
B e r i t a o l e h : N o r h a n a S h a i b a t u l K h a d r i
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 8 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
IMARAHKAN LAGI BUDAYA PENYELIDIKAN DI UUM
“Universiti tiada halangan untuk
memberikan peruntukan kepa-
da penyelidik yang akan men-
jalankan applied research,” ujar
Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad
Bashawir Abdul Ghani ketika
melawat Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi
(RIMC), semalam.
Menurut beliau, ini bertujuan
untuk mengimarahkan budaya
penyelidikan di UUM, di
samping memberi fokus kepa-
da aktiviti penyelidikan yang
mampu memberi impak positif
kepada masyarakat dan indus-
tri daripada applied research
yang dijalankan.
Katanya, asalkan apa jua
penyelidikan yang dilakukan
haruslah memberi impak positif
dan memberi manfaat ter-
hadap kehidupan sejagat
masyarakat di luar sana.
Pada lawatan muhibah beliau
itu, Pengarah RIMC, Prof. Dr. Nor
Aziah Abd Manaf telah mem-
berikan taklimat tentang latar
belakang RIMC, prestasi UUM,
strategi RIMC, isu dan cabaran
serta tindakan yang disyorkan.
Beliau juga menerangkan ten-
tang prestasi MyRA yang di-
peroleh UUM sejak 2013 hingga
2017, diikuti strategi RIMC bagi
memenuhi jangkaan penyelidik,
industri, rakan pintar/strategik
dan komuniti/NGO dengan
meningkatkan proses teras dan
keberkesanan sistem penyam-
paian.
Selain itu, Naib Canselor turut
dimaklumkan tentang isu dan
cabaran dihadapi
RIMC seperti
penurunan geran
penyelidikan, geran
industri dan an-
tarabangsa tidak
mencukupi, bilangan
Scopus dan sitasi ren-
dah serta kekangan
tenaga kerja.
Terdahulu, Naib Can-
selor melawat Institut Penguru-
san Kualiti (IPQ) yang mana be-
liau telah disambut
Pengarahnya, Prof. Dr. Sany
Sanuri Mohd Mokhtar.
Di IPQ, beliau telah diberikan
taklimat tentang pengurusan
dan hala tuju IPQ, kemudian
meneruskan lawatan muhibah
ke Pusat Kerjasama Universiti-
Industri (CUIC).
Prof. Dr. Ahmad Bashawir berka-
ta, sebagai sebuah pusat
tanggungjawab (PTJ) yang
menfokuskan kepada kerjasa-
ma antara universiti dan industri,
CUIC harus perluaskan hub-
ungan dengan industri dalam
memastikan kebolehpasaran
graduan UUM.
O l e h : N o r d i a n a S h a f i e e
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 9 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
AUDIT DALAM MYRA CADANG RUANG PENAMBAHBAIKAN
B e r i t a d a n g a m b a r o l e h : R I M C
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 0 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
AUDIT DALAM MYRA CADANG RUANG PENAMBAHBAIKAN
Pusat Pengurusan Penyelidikan
dan Inovasi (RIMC), Universiti
Utara Malaysia selaku Sekretariat
bagi Penilaian Penyelidikan Ma-
laysia (MyRA) telah menganjur-
kan Audit Dalam MyRA bagi
Pencapaian 2018 di Bilik
Mesyuarat Eksekutif, Pusat
Pengajian Pengkomputeran pa-
da 12 Mac lalu.
MyRA merupakan instrumen
penilaian yang dibangunkan
secara komprehensif untuk
menilai keupayaan penyelidikan
dan prestasi semua Institusi
Pengajian Tinggi di Malaysia.
Bagi sesi penilaian MyRA untuk
pencapaian tahun 2018, tujuh
kriteria iaitu Seksyen B (Kualiti
dan Kuantiti Penyelidik), C
(Kualiti dan Kuantiti Penyelidi-
kan), D (Kualiti dan Kuantiti Pas-
ca Siswazah), E (Inovasi), F
(Perkhidmatan Profesional dan
Hadiah), G (Jaringan dan
Jangkauan) dan H (Kemudahan
Sokongan) telah dinilai dalam
sesi audit tersebut.
Sesi audit tersebut dihadiri oleh
tujuh orang juruaudit dalam iai-
tu Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd.
Mokhtar, Prof. Dr. Haslinda Ibra-
him, Prof. Madya Dr. Zuaini Ishak,
Prof. Madya Dr. Azizah Ahmad,
Prof. Madya Dr. Mohd Kamal
Mohd Nawawi, Prof. Madya Dr.
Azham Hussain dan Prof. Madya
Dr. Nooraini Yusoff; dan juga
pembekal data daripada pel-
bagai Pusat Tanggungjawab
(PTJ) masing-masing mengikut
seksyen yang dinilai.
Menurut Juruaudit bagi Seksyen
C, Prof. Madya Dr. Azizah, data
penyelidikan kali ini adalah lebih
baik berbanding tahun sebelum
ini, namun Universiti perlu
merancang dan menam-
bahbaik beberapa polisi.
“Perlu ada strategi supaya
jumlah principal investigator
dapat dipertingkatkan”.
“Staf akademik juga perlu di-
ingatkan supaya sentiasa
mengemaskini data pen-
capaian penyelidikan/
penerbitan serta anugerah/
pengiktirafan di portal masing-
masing supaya tiada data yang
tertinggal untuk pelaporan My-
RA,” ujarnya lagi.
Dalam ucapan penutup,
Pengarah Institut Pengurusan
Kualiti, Prof. Dr. Sany Sanuri
selaku Ketua Juruaudit berkata
pemahaman pembekal data
terhadap glosari MyRA perlu sen-
tiasa dipertingkatkan dari sema-
sa ke semasa.
“Secara umumnya panel penilai
merumuskan terdapat ruang
penambahbaikan bagi data
yang dibekalkan sebelum data
sebenar dihantar kepada pihak
Kementerian Pendidikan Malay-
sia (KPM)”.
Antara cadangan lain untuk
meningkatkan data yang
dikemukakan bagi seksyen F
ialah inisiatif untuk menam-
bahkan koleksi buku dengan
mendapatkan sumbangan buku
terpakai daripada Pensyarah.
Sementara itu, Timbalan
Pengarah (Tugas-tugas Khas)
RIMC, Dr. Mohd. Faizal Omar
berharap supaya prestasi UUM
pada tahun 2018 lebih baik da-
ripada pencapaian sebelum ini.
Menurutnya lagi, sebelum ini
UUM telah berjaya memperoleh
penarafan empat bintang pada
penilaian MyRA tahun 2016.
“Kecemerlangan MyRA melibat-
kan kerjasama semua pihak di
institusi adalah perlu bagi
penambahbaikan ekosistem,”
B e r i t a d a n g a m b a r o l e h : R I M C
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 1 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
70 PENYELIDIK HADIR ROADSHOW TADBIR URUS DPKPM
Buat julung kalinya RIMC
menganjurkan Roadshow Tadbir
Urus Dana Penyelidikan Kemen-
terian Pendidikan Malaysia
(DPKPM) di Dewan Seminar UUM
CAS.
Seramai 70 orang penyelidik
UUM CAS yang terdiri daripada
ketua program, ketua projek dan
ahli projek Skim Geran Penyelidi-
kan Jangka Panjang (LRGS), Skim
Geran Penyelidikan Transdisipli-
nari (TRGS), Skim Geran Penyelidi-
kan Fundamental (FRGS) dan
lain-lain geran di bawah Dana
KPM hadir ke roadshow berke-
naan.
Tujuan utama roadshow bagi
memberi pencerahan mengenai
tatacara dan peraturan pengu-
rusan penyelidikan terkini bagi
dana penyelidikan KPM yang
dikuatkuasakan mulai Januari
tahun ini untuk dipatuhi oleh
penyelidik.
Taklimat telah disampaikan oleh
Timbalan Pengarah
(Penyelidikan) RIMC, Prof. Madya
Dr. Rozita Arshad dan diikuti oleh
Ketua Penolong Pengarah
Kanan RIMC, Suraya Deraman
berkaitan kewangan semasa
roadshow tersebut.
Antara isu hangat yang diper-
soalkan penyelidik adalah
berkaitan lantikan Graduate Re-
search Assistant (GRA) dan out-
put modal insan yang perlu di-
capai bagi menamatkan
penyelidikan.
Pensyarah Pusat Pengajian
Pengkomputeran, Prof. Madya
Dr. Yuhanis Yusof melahirkan ke-
bimbangan dalam sesi soal ja-
wab jika penyelidikan yang dil-
akukan akan berstatus ‘Tidak
Mencapai KPI’ jika GRA di
bawah seliaannya tidak dapat
menamatkan pengajian
“Harapan pihak RIMC agar
penyelidik lebih memahami,
mendalami dan mempraktiskan
amalan pengurusan penyelidi-
kan mengikut ketetapan yang
digariskan oleh pihak KPM.
“Penyelidik juga perlu mematuhi
Peraturan Kewangan yang
ditetapkan oleh pihak Universiti
demi kecemerlangan penyelidi-
kan seiring dengan jolokan Uni-
versiti Pengurusan Terkemuka,”
kata Dr. Rozita.
Roadshow seterusnya akan meli-
batkan dua lagi Kolej iaitu UUM
COB pada 30 April ini dan 7 Mei
depan di UUM COLGIS.
B e r i t a o l e h : N u r u l S h u h a d a A b d u l A n i
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 2 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
Graduan Sarjana UUM Dedah Rahsia Kecantikan Semula jadi dengan Mary Kay
Perunding Kecantikan Bebas, Norsyuhada
Zaharuddin telah meluangkan masa berkongsi
rahsia kecantikan dengan menggunakan produk
Mary Kay yang berasaskan bahan semula jadi
kepada staf Universiti Utara Malaysia (UUM).
Program anjuran Kelab Kebajikan Pusat Penguru-
san Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) ini adalah
sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada
peserta betapa pentingnya pemilihan produk
kecantikan yang sesuai dengan kulit wajah.
Menurut Norsyuhada, produk semula jadi memer-
lukan kesabaran. Pengguna tidak boleh
mengharapkan kesan perubahan dalam tempoh
masa yang singkat.
“Langkah penjagaan dan penggunaan yang
betul harus dipraktikkan. Pengguna perlu tahu
penjagaan asas seperti penggunaan pencuci
muka, toner, pelindung matahari, pelembap dan
mask”.
Dalam pada itu, se-
tiap peserta berpelu-
ang menggunakan
Mary Kay Skin Analyzer
y a n g d a p a t
menganalisis secara
terperinci kulit wajah
seseorang melalui jenis
kulit, tahap kelemba-
pan, umur kulit, kan-
dungan minyak dalam
kulit, keadaan pori,
sensitiviti wajah dan
tahap keanjalan kulit
wajah.
“Setiap orang memer-
lukan produk yang
berbeza. Perunding
kecantikan akan men-
cadangkan produk
yang bersesuaian ber-
dasarkan anal is is
muka”.
“Rata-rata peserta
mempunyai kelemba-
pan wajah yang ren-
dah”.
“Bekerja dalam pejab-
at berhawa dingin
mendedahkan kita kepada kelembapan wajah
yang rendah. Kita perlu minum banyak air masak
dan pakai pelembap wajah”, ujarnya lagi.
Norsyuhada yang memiliki Ijazah Sarjana
Kewangan daripada UUM, turut dibantu oleh sua-
minya Amar Zhariff.
Menurut Amar, bukan sahaja wanita tetapi lelaki
juga perlu mengambil tahu tentang rutin pen-
jagaan kulit.
“Mary Kay turut menawarkan produk penjagaan
kulit wajah untuk lelaki”, tambahnya lagi.
Staf RIMC, Siti Mariam Johari yang turut berpelu-
ang menghadiri bengkel ini begitu teruja mencu-
ba pelbagai produk yang ditawarkan Mary Kay.
“Rangkaian produk yang ditawarkan Mary Kay
adalah sangat menarik”, ujarnya.
B e r i t a o l e h : N o r h a n a S h a i b a t u l K h a d r i
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 3 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
Tonggak 12 Panduan Pembentukan Peribadi bagi Penjawat Awam
Pada 2 Mac 1992, Yang Berbahagia Ketua Se-
tiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
telah mengilhamkan Tonggak 12 dalam ucapan
Perasmian Seminar Nilai dan Etika di Hotel Pan
Pacific, Kuala Lumpur.
Tonggak 12 telah menjadi intipati utama dalam
program An Hour with RIMC Director di Pusat Pen-
gurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universi-
ti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.
Pengarah RIMC, Prof. Dr. Nor Aziah Abdul Manaf
dalam program tersebut berkata Tonggak 12
menjadi dasar dan panduan asas nilai etika yang
perlu diamalkan serta amalan negatif perlu di-
hentikan oleh semua peringkat jawatan dalam
perkhidmatan awam.
“12 perkara tersebut adalah menghargai masa,
ketekunan membawa kejayaan kemuliaan
kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan
sifat baik hati, kewajipan menjalankan tugas, ke-
bijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran,
peningkatan bakat, pengaruh teladan, kesero-
nokan bekerja, dan nikmat mencipta”.
“Fokus utama bagi
setiap tonggak ada-
lah pembentukan
peribadi kita yang
akan mempengaruhi
pembentukan or-
ganisasi”.
“Setiap staf mempu-
nyai tanggungjawab
d a l a m
m e l a k s a n a k a n
peranan masing-
masing. Jadikan ker-
ja ini satu ibadah
dan perlu ada ini-
siatif dalam mem-
pertingkatkan kualiti
kerja supaya lebih
efisyen dan sistemat-
ik”.
“Saya harapkan
semua staf RIMC
dapat berpegang
kepada tonggak 12
dan bersatu hati da-
lam membangunkan
RIMC”, ujar beliau
lagi.
Dalam program yang sama, Prof. Dr. Nor Aziah
juga turut menyampaikan cenderamata
penghargaan dan perpisahan kepada dua
orang staf RIMC iaitu Muhd Bukhairi Abu Bakar
yang telah menerima lantikan baharu sebagai
Penolong Juruaudit (W29) di Jabatan Canselori,
UUM dan juga Safiah Suhaimi yang meneruskan
pengajian dalam Ijazah Kedoktoran di Ghazali
Shafie Graduate School of Government, UUM
COLGIS.
Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Rozita Arshad,
Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Prof. Madya
Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi, Timbalan
Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) dan Dr.
Mohd Faizal Omar, Timbalan Pengarah (Tugas-
tugas Khas).
B e r i t a o l e h : N o r h a n a S h a i b a t u l K h a d r i
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 4 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
Persiapkan Diri Menjadi Tetamu Ramadhan
Bersempena bulan Ramadhan yang bakal
menjelang tiba, Kelab Kebajikan Pusat Pengu-
rusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti
Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan satu
sesi perkongsian ilmu santai rohani kepada
semua staf baru-baru ini.
Kedatangan bulan Ramadan sememangnya
amat dinanti-nantikan di mana terdapat
keberkatan yang tidak ternilai ganjarannya.
Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ba-
hasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), UUM CAS,
Dr. Mohd. Nizho Abdul Rahman, setiap yang
beriman perlu berusaha menyiapkan diri men-
jadi tetamu Ramadhan.
“Apa amalan yang jika kita buat sedikit tetapi
ganjarannya begitu besar?”, soalnya.
“Dari Zaid Khalid Al-Juhani r.a., ia berkata ba-
hawa Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa
siapa memberi makan orang yang berpuasa,
maka baginya pahala seperti orang yang ber-
puasa tersebut, tanpa mengurangi pahala
orang yang berpuasa itu sedikit pun juga”.
“Seringkas-ringkas amalan yang kita boleh
lakukan adalah seperti menyediakan minuman
atau makanan untuk orang berpuasa dan
sedekahkan kurma walaupun sebiji. Allah tidak
mengukur sedekah kita berdasarkan nilai ring-
git tetapi semuanya perlu diniatkan kerana
Allah”.
“Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak.
Gunakan keberkatan Ramadhan ini untuk me-
nadah tangan memohon keampunan”.
“Lakukan amalan sunnah seperti bersahur
kerana dalam sahur itu ada keberkatannya”.
“Jaga mulut, hati, mata dan seluruh anggota
daripada melakukan perkara mungkar. Di bu-
lan Ramadhan, amalan baik diberi ganjaran
pahala secara berganda tetapi amalan buruk
turut dikira dosa secara berganda”, ujarnya
lagi.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan
supaya kita perlu mempersiapkan diri menjadi
tetamu Ramadhan kerana bulan mulia ini ada-
lah madrasah yang dapat memberi latihan
keimanan supaya istiqamah dalam melakukan
ibadah dan menurut perintah Allah s.w.t.
B e r i t a o l e h : N o r h a n a S h a i b a t u l K h a d r i
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 5 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
ICAN Luaskan Kerjasama Penyelidikan dengan RIMC
Lawatan rasmi delegasi Institute of Char-
tered Accountants of Nigeria (ICAN) Malaysia
ke atas Pusat Pengurusan Penyelidikan dan
Inovasi (RIMC) telah membuka ruang bagi
kedua-dua pihak untuk mengadakan jalinan
kerjasama berkaitan penyelidikan di masa
akan datang.
Dr. Oluwatoyin Muse Johnson Popoola yang
juga Pengerusi kepada ICAN Malaysia bersa-
ma delegasinya disambut mesra oleh
Pengarah RIMC, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf
dan pengurusan tertinggi RIMC dalam satu
perbincangan di Bilik Mesyuarat RIMC, baru-
baru ini.
Prof. Dr. Nor Aziah dalam satu kenyataan ber-
kata, perbincangan bersama semua
penyelidik pelawat dari luar negara akan di-
adakan bagi menjelaskan peranan semua
pihak dalam bidang penyelidikan dan me-
mahami halangan yang dihadapi oleh mere-
ka.
“Menerusi peluang kerjasama strategik ini,
RIMC berharap agar ia dapat menjadi medan
dalam memudah dan meningkatkan taraf
penyelidikan Universiti”, ujarnya lagi.
ICAN telah ditubuhkan di bawah Akta Berpar-
limen pada 1 September 1965 dan menjadi
salah satu daripada badan profesional berkai-
tan perakaunan yang diiktiraf di Nigeria
disamping Association of National Account-
ants of Nigeria (ANAN). Kini mereka telah
melebarkan sayap ke Asia dan berharap
dapat menjadi satu badan profesional yang
dikenali dunia.
Perbincangan tersebut diakhiri dengan sesi
pertukaran cenderamata di antara RIMC dan
ICAN Malaysia.
B e r i t a d a n G a m b a r o l e h : A b u B a k a r O m a r H a m d a n
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 6 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
Bengkel Penerbitan kepada Pegawai Penyelidik Sosial
Kunci kejayaan sesebuah Universiti mahupun jabatan berada di tangan pekerja yang memiliki
budaya kerja yang cemerlang.
Pembudayaan ilmu amat penting terutamanya pekerja yang menjadi frontliner kepada sesebuah
institusi.
Sehubungan itu, Unit Penerbitan dan Penyelidikan, RIMC telah mengadakan Bengkel Penerbitan
kepada Pegawai Penyelidik Sosial baru-baru ini di Future Learning Lab (FLL), UTLC bagi per-
kongsian maklumat penerbitan penyelidikan, skim insentif dan khidmat yang ditawarkan untuk
membantu penerbitan.
Bengkel tersebut dikendalikan oleh Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi dan telah disertai
oleh 20 orang Pegawai Penyelidik Sosial.
Antara tips yang dikongsi adalah berkaitan website Scopus serta jurnal berindeks dan sitasi.
“Staf pentadbiran terutamanya pegawai penyelidik perlu mahir bukan sahaja dalam bidang
kepakarannya tetapi juga dalam perkara lain yang berkaitan akademik”, ujar Dr. Mohd Nasrun
Sesungguhnya bengkel penerbitan ini adalah satu nilai tambah kepada Pegawai Penyelidik Sosial
di UUM untuk percambahan ilmu di dalam dunia yang serba mencabar ini.
B e r i t a d a n G a m b a r o l e h : M u h a m m a d H a f i z M o h d G h a z a l i
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 7 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
Pengecualian Cukai Dua Kali Galak Kerjasama Universiti - Industri
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diiktiraf
o l e h K e m e n t e r i a n K e w a n g a n M a l a y s i a s e b a g a i
i n s t i t u s i p e n y e l i d i k a n y a n g d i l u l u s k a n d i b a w a h S e k s y e n 3 4 B
Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menggalakkan penglibatan sektor swasta secara lebih aktif di
dalam memberi sumbangan kepada penyelidikan dan pembangunan.
Melalui pengiktirafan ini, sumbangan wang tunai daripada syarikat untuk aktiviti penyelidikan
yang mematuhi definisi penyelidikan yang diperuntukkan dalam Akta Pelaburan 1986 adalah lay-
ak untuk mendapat insentif secara potongan cukai dua kali.
Bagi mendapatkan keterangan dan pendedahan yang lebih terperinci mengenai inisiatif pen-
gecualian cukai dua kali ini, RIMC telah menganjurkan Bengkel Inisiatif Pengecualian Cukai Dua
Kali (Double Tax Deduction) pada 25 dan 26 Jun 2019 bertempat di Dewan Seminar C, Kompleks
Konvensyen.
Dua (2) orang Task Force DTD Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Penolong Pendaftar Kanan,
Encik Amirul Shahrin bin Amir dan Pegawai Kewangan, Encik Abdul Mu’nim bin Amran, daripada
Unit Promosi dan Jaringan Industri, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UTM telah dijemput bagi
mengendalikan bengkel selama dua hari tersebut.
B e r i t a d a n G a m b a r o l e h : N o o r H a s l i z a B t A b d u l H a m i d
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 8 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
Abdul Mu’nim berkata kunci utama bagi
memulakan DTD adalah dengan sokongan jitu
dan transformasi minda daripada Bahagian
Kewangan Universiti.
“Bahagian kewangan adalah kunci kejayaan
dalam DTD di mana bahagian pengurusan
kewangan penyelidikan perlu bertindak secara
efektif dan efisien, menjadi pemudahcara dan
juga menggunapakai kreativiti dalam
penyelesaian masalah kewangan antara
penaja dan penyelidik agar win-win situation
dapat dicapai.
“Dengan kemahiran pengurusan kewangan
yang efektif, prosedur kewangan kekal
dipatuhi walaupun urusan kewangan dengan
penaja perlu dilakukan dengan pantas.
“Sehebat manapun pasukan RIMC bergerak
untuk tujuan DTD, jika tidak mendapat
sokongan daripada bahagian kewangan
maka pasukan tersebut tidak akan berjaya.
“Penyelidik, Bendahari dan RIMC perlu jadi satu
pasukan,” ujarnya lagi.
Menurut Amirul Shahrin pula, DTD adalah
kaedah sesuai untuk mengurangkan bayaran
cukai kepada industri mengikut undang-
undang dengan menawarkan geran penyelidi-
kan kepada Universiti.
“Antara cabaran kewangan dalam DTD ada-
lah apabila operasi DTD mula mendapat sam-
butan serta masalah dan kes semakin berkem-
bang di mana pemantauan kemajuan
penyelidikan hendaklah menepati kehendak
industri bagi mengekalkan kepercayaan mere-
ka terhadap universiti.
“Inisiatif DTD dapat menarik minat pihak industri
untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar
di samping dapat menyelesaikan masalah
mereka melalui penyelidikan yang dilakukan
oleh UUM,” tambahnya.
Amirul Shahrin juga turut menekankan bahawa
perkara penting dalam pelaksanaan DTD ada-
lah untuk membantu menyelesaikan masalah
industri dan bukan hanya untuk mendapatkan
dana industri semata-mata.
Dalam pada itu, peserta bengkel juga turut
berpeluang menjalani satu simulasi lakonan
perundingan dengan industri.
Bengkel ini telah dihadiri oleh pengarah dan
wakil dari pusat tanggungjawab dan pusat
pengajian, pensyarah dari Jabatan Pe-
rakaunan dan Percukaian, Pusat Pengajian
Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-
UUM), wakil-wakil dari anak syarikat dan juga
pegawai-pegawai daripada RIMC.
Ia adalah langkah awal yang diambil oleh
RIMC bagi membuat anjakan paradigma un-
tuk melonjak nilai bidang penerbitan ke tahap
yang sewajarnya..
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 1 9
SENARAI PENERBITAN DALAM SCOPUS (Q1)
BIL. NAMA STAF TAJUK ARTIKEL NAMA JURNAL QUARTILE (SCOPUS)
1 Prof. Dr. Suhaidi bin Hassan Energy Conservation of Content Routing Through Wireless Broadcast Control in NDN Based MANET: A Review
Journal of Network and Computer Applications
Q1
2 Prof. Madya Dr. Nurwati Ashikkin binti Ahmad Zaluki Prof. Dr. Wan Nordin bin Wan Hussin
Women on Corporate Boards and Allocation of Capital Raised Through IPOs
Management Decision Q1
3 Dr. Cheah Yong Kang Association between Availability of Neigh-bourhood Fast Food Outlets and Overweight among 5⁻18 Year-Old Children in Peninsular Malaysia: A Cross-Sectional Study
International Journal of Environmen-tal Research and Public Health
Q1
4 Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun bin Mohd Nawi
Analysis of Some Factors Driving Ecological Sustainability in Construction Firms
Journal of Cleaner Production Q1
5 Prof. Madya Dr. Johanim binti Johari Prof. Madya Dr. Faridahwati binti Mohd Shamsudin Prof. Madya Dr. Tan Fee Yean Prof. Dr. Khulida Kirana binti Yahya Dr. Zurina binti Adnan
Job Characteristics, Employee Well-Being, and Job Performance of Public Sector Em-ployees in Malaysia
International Journal of Public Sector Management
Q1
6 Prof. Madya Dr. Mohamed Najib bin Salleh
Development of 3D-Printed Customized Faci-al Padding for Burn Patients
Rapid Prototyping Journal Q1
7 Prof. Madya Dr. Subramaniam a/l Sri Ramalu Prof. Madya Dr. Chandrakantan a/l Subramaniam
Cultural Intelligence and Work Engagement of Expatriate Academics: The Role of Psy-chological Needs Satisfaction
International Journal of Cross Cultur-al Management
Q1
8 Prof. Dr. Norazah binti Mohd Suki Prof. Madya Dr. Norbayah binti Mohd Suki
Acquiring Travel-Related Information from Mobile Social Networking Services: What Factors Predict Social Networking Services Users’ Perceived Value and Trust in Malay-sia?
Journal of Marketing Communica-tions
Q1
9 Prof. Madya Dr. Irwan Shah bin Zainal Abidin
The Impact of Renewable Energy on Eco-nomic Well-Being of Malaysia: Fresh Evi-dence from Auto Regressive Distributed Lag Bound Testing Approach
International Journal of Energy Eco-nomics and Policy
Q1
10 Prof. Dr. Suhaidi bin Hassan The Internet of Things: A Review of Enabled Technologies and Future Challenges
IEEE Access Q1
11 Prof. Madya Dr. Shamharir bin Abidin The Puzzle of Internal Audit Function Budget Toward Specialist Auditor Choice and Audit Fees: Does Family Ownership Matter? Ma-laysian Evidence
Managerial Auditing Journal Q1
12 Prof. Madya Dr. Nor Aznin binti Abu Bakar Dr. Raji Jimoh Olajide
Greenfield, Mergers and Acquisitions, Energy Consumption, and Environmental Perfor-mance in Selected SAARC and ASEAN Countries
International Journal of Energy Eco-nomics and Policy
Q1
13 Fathilah binti Mohd. Alipiah Generalizing the Meaning of Derivatives and Integrals of Any Order Differential Equations by Fuzzy-Order Derivatives and Fuzzy-Order Integrals
Journal of King Saud University - Science
Q1
14 Prof. Dr. Zurni bin Omar Analysis of Dual Solution for MHD Flow of Williamson Fluid with Slippage
Heliyon Q1
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 2 0
SENARAI PENERBITAN DALAM SCOPUS (Q1)
BIL. NAMA STAF TAJUK ARTIKEL NAMA JURNAL QUARTILE (SCOPUS)
15 Prof. Madya Dr. Nor Hasni binti Os-
man
CO2 Emissions, Economic Growth, Energy Consumption, and Household Expenditure for Indonesia: Evidence From Cointegration and Vector Error Correction Model
International Journal of Energy Eco-
nomics and Policy
Q1
16 Prof. Madya Dr. Aizan binti Yaacob
Dr. Aspalila binti Shapii
Vocabulary Learning Strategies Through Secondary Students at Saudi School in Ma-laysia
SAGE Open Q1
17 Prof. Dr. Jonathan Andrew Batten Liquidity, Surprise Volume and Return Premia in the Oil Market
Energy Economics Q1
18 Dr. Adib M. Monzer Habbal
Prof. Dr. Suhaidi bin Hassan
A Context-Aware Radio Access Technology Selection Mechanism in 5G Mobile Network for Smart City Applications
Journal of Network and Computer
Applications
Q1
19 Prof. Dr. Zurni bin Omar Numerical Solution of A Continuous Model of Economy Using MTSA-Derived Block Method
International Journal of Civil Engi-
neering and Technology
Q1
20 Dr. Amrita Kaur Prof. Dr. Rosna binti Awang Hashim
Dr. Manvender Kaur a/p Sarjit Singh
Students’ Experiences of Co-Creating Class-room Instruction with Faculty- A Case Study in Eastern Context
Teaching in Higher Education Q1
21 Dr. Yousef Ali Fazea Alnadesh Performance of A Direct-Detection Spot Mode Division Multiplexing in Multimode Fi-ber
Journal of Optical Communications Q1
22 Prof. Madya Dr. Siti Jamilah binti Bidin Reporting and Quoting: Functional Analyses of Logico-Semantic Relations of Clause Com-plex Citations
3L: Language, Linguistics, Literature Q1
23 Dr. Mohd Shahril bin Ahmad Razimi The Role of Renewable, Non-Renewable Electricity Consumption and Carbon Emis-sion in Development in Indonesia: Evidence from Distributed Lag Tests
International Journal of Energy Eco-
nomics and Policy
Q1
24 Prof. Madya Dr. Irwan Shah bin Zainal
Abidin
The Role of Management Accounting Sys-tems, Energy Efficiency and Organizational Innovation in Driving Competitive Advantage and Firm Performance
International Journal of Energy Eco-
nomics and Policy
Q1
25 Dr. Mohd Shahril bin Ahmad Razimi The Dynamic Relationship between Natural Gas and Economic Growth: Evidence from Indonesia
International Journal of Energy Eco-
nomics and Policy
Q1
26 Dr. Mohd Faiz bin Mohd Yaakob An Explanatory Sequential Study on Indone-sian Principals' Perceptions on ICT Integra-tion Barriers
Electronic Journal of e-Learning Q1
27 Prof. Dr. Suhaidi bin hassan Trust Management Techniques for the Inter-net of Things: A Survey
IEEE Access Q1
28 Dr. Munirah binti Khamarudin
Dr. Waida Irani binti Mohd Fauzi
The Role of Religious Motivation in an Inter-national Consumer Boycott
British Food Journal Q1
29 Prof. Dr. Norazah binti Mohd Suki Prof. Madya Dr. Norbayah binti Mohd
Suki
Examination of Peer Influence as A Modera-tor and Predictor in Explaining Green Pur-chase Behaviour in A Developing Country
Journal of Cleaner Production Q1
30 Prof. Dr. Noor Azizi bin Ismail Prof. Madya Dr. Marlin Marissa Malek
binti Abdul Malek
Exploring the Role of Individual Level and Firm Level Dynamic Capabilities in SMEs’ Internationalization
Journal of International Entrepreneur-
ship
Q1
Sumber : Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM (Scopus Database) Tarikh : 17 Jun 2019
BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
M / S 2 2 B I L . 0 1 , E D I S I 1 , J A N - J U N
BIL. AKTIVITI/PROGRAM TARIKH (2019)
1. Setiap Kerja Mesti Ada Deadline 2 Januari
2. Prof. Dr. Nor Aziah Terima Nota Serah Tugas 7 Januari
3. Hasilkan Penyelidikan Yang Relevan, Selaras Dengan Harapan Uni-versiti
13 Februari
4. Workshop on Introduction for Journal Publication 25 Februari
5. 'Mantap' sungguh tarikan Tiga Beradik ni, hinggakan ada yang tak jadi berpatah balik
25 Februari
6. Imarahkan Lagi Budaya Penyelidikan Di UUM 14 Mac
7. Audit Dalam MyRA Cadang Ruang Penambahbaikan 19 Mac
8. 70 Penyelidik Hadir Roadshow Tadbir Urus DPKPM 25 April
9. Graduan Sarjana UUM Dedah Rahsia Kecantikan Semula jadi dengan Mary Kay
5 Mei
10. Tonggak 12 Panduan Pembentukan Peribadi bagi Penjawat Awam 5 Mei
11. Persiapkan Diri Menjadi Tetamu Ramadhan 5 Mei
12. ICAN Luaskan Kerjasama Penyelidikan dengan RIMC 21 Mei
13. Bengkel Penerbitan kepada Pegawai Penyelidik Sosial 22 Mei
14. Pengecualian Cukai Dua Kali Galak Kerjasama Universiti - Industri 25-26 Jun
15 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 26 Feb
AKTIVITI RIMC (JANUARI—JUN 2019)