tahap pengetahuan pedagogi pelajar tahun …€¦ · 2.4 pengujian dan penilaian dalam pengajaran...

28

Upload: dothuan

Post on 21-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains
Page 2: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains
Page 3: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN AKHIR,

FAKULTI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SITI SARA HJ ABDUL HALIM

TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 4: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains
Page 5: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

iii

DEDIKASI

Untuk Arwah Ayah

Haji Abdul Halim B. Othman

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doa anakanda mengiringi setiap detik. Harapan

murnimu telah anakanda tunaikan. Semoga rohmu dilimpahi rahmat Allah S.W.T ………amin.

Untuk Ibu Tersayang

Hajjah Siti Hadijah Bt. Abdul Razak

Terima kasih atas nasihat, dorongan dan doa yang tidak pernah putus, sesungguhnya

pengorbananmu amat bermakna buat diri ini.

&

Adik –beradik dan anak-anak saudara yang cukup memahami

Abdullah

Siti Habsah & Kamal

Siti Rohani & Abu Bakar

Rosmah & Abd. Rahman

Siti Shoffiah & Kamaruzaman

Siti Hajar & Md. Nasir

Terima kasih atas segala bantuan, sokongan, nasihat dan doa yang telah kalian berikan.

Untuk rakan-rakan seperjuangan

Terima kasih kerana sentiasa memberikan idea, semangat dan sokongan.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat baikku

Anis, Azmi, Zamri dan Didie

Terima kasih atas sokongan, bantuan dan nasihat di kala daku memerlukan.

Page 6: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penyelia saya iaitu Dr. Yeo Kee Jiar yang banyak memberi bimbingan dan

dorongan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada

pelajar tahun akhir (Perdana) Fakulti Pendidikan yang telah memberikan kerjasama

sepanjang saya menjalankan kajian.

Jutaan terima kasih juga kepada ibu dan ahli keluarga kerana banyak

memberi bantuan , galakan dan semangat. Tidak lupa juga kalungan terima kasih

buat pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat seperjuangan di atas bantuan dan idea

yang diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Page 7: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

v

ABSTRAK

Pedagogi merupakan suatu komponen yang penting dalam program

perguruan. Guru-guru pelatih perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam

bidang pedagogi sebagai persediaan untuk mengahadapi tugas dan tanggungjawab

yang mencabar sebagai guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap

pengetahuan pedagogi dalam kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini melibatkan empat aspek, iaitu

perancangan guru, pengurusan bilik darjah, pengujian dan penilaian serta kemahiran

penyampaian. Responden kajian terdiri daripada 220 orang pelajar tahun akhir

daripada semua program pengajian di Fakulti Pendidikan, UTM. Instrumen kajian

ialah soal selidik yang terdapat dalam dua bahagian. Bahagian A menyentuh

demografi manakala bahagian B pula mengandungi 40 item. Data terkumpul

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science

(SPSS) untuk mencari frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa pelajar-pelajar tahun akhir memaparkan tahap pengetahuan pedagogi yang

tinggi.

Page 8: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

vi

ABSTRACT

Pedagogy is an important component in teacher training programme. Trainees

need to acquire knowledge and skills pertaining to pedagogy as preparation for them

to face the challenging tasks and responsibilities as teachers. This study was carried

out to identify the level of pedagogical knowledge among final year students in the

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Four aspects were

involved in the study which includes teacher planning, classroom management,

testing and evaluation, and delivery and presentation skill. Respondents of the study

consist of 220 final year students from all courses at Faculty of Education, UTM.

The research instrument was a set of questionnaire consists of two sections. Section

A is about respondents’ demography and section B consists of 40 item questionnaire.

The data collected was analyzed by using Statistical Package for Social Science

(SPSS) in order to obtain frequency, percentage and mean. Result of the research

shows that pedagogical knowledge level for final year students in all the four aspects

are high.

Page 9: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

vii

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

Page 10: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

viii

KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Tahap 9

1.9.2 Pengetahuan 9

1.9.3 Pedagogi 9

1.9.4 Pengajaran 9

1.9.5 Pembelajaran 10

1.10 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Perancangan Pengajaran 12

2.3 Pengurusan Bilik Darjah 13

2.3.1 Guru Sebagai Pendidik 14

2.3.2 Guru Sebagai Pembimbing 14

2.3.3 Guru Sebagai Pemudah Cara 15

Page 11: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

ix

2.3.4 Guru Sebagai Penilai 15

2.3.5 Guru Sebagai Perancang 16

2.3.6 Guru Sebagai Pendorong 17

2.3.7 Guru Sebagai Perunding 17

2.3.8 Guru Sebagai Pemimpin 17

2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18

Pembelajaran

2.5 Kemahiran Penyampaian Pengajaran 22

2.6 Kesimpulan 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Populasi dan Responden Kajian 25

3.4 Sampel Kajian 26

3.5 Tempat Kajian 26

3.6 Instrumen Kajian 26

3.7 Kajian Rintis 29

3.8 Prosedur Kajian 29

3.9 Penganalisisan Data Kajian 30

3.10 Kesimpulan 32

BAB 4 PENGANALISISAN DATA

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 34

4.3 4.2.1 Jantina 34

4.2.2 Bangsa 35

4.2.3 Kursus 36

Page 12: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

x

4.2.4 Pengkhususan 37

4.3 Analisis Data Bahagian B 38

4.3.1 Analisis Data Bagi Tahap Penguasaan 39

Pengetahuan Pelajar Dalam Perancangan

Pengajaran.

4.3.2 Analisis Data Bagi Tahap Penguasaan 43

Pengetahuan Pelajar Dalam Pengurusan

Bilik Darjah.

4.3.3 Analisis Data Bagi Tahap Penguasaan 47

Pengetahuan Pelajar Dalam Pengujian

dan Penilaian.

4.3.4 Analisis Data Bagi Tahap Penguasaan 51

Pengetahuan Pelajar Dalam Kemahiran

Penyampaian Pengajaran.

4.4 Penutup 54

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Perbincangan 56

5.2.1 Persoalan Kajian 1 56

5.2.2 Persoalan Kajian 2 57

5.2.3 Persoalan kajian 3 59

5.2.4 Persoalan Kajian 4 60

5.3 Rumusan Kajian 61

5.4 Cadangan Kajian 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 67

Page 13: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

xi

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN Bibiliografi 68

LAMPIRAN Lampiran A 71

Page 14: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Skala Tahap Persetujuan 28

3.2 Bilangan Item Bagi Setiap Aspek Yang Dikaji 28

3.3 Jadual Pengkategorian Tahap Persetujuan 31

3.4 Selang Kelas Pemeringkatan Min Bagi Menentukan Tahap 32

Pengetahuan Pedagogi Pelajar

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut 34

Jantina

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut 35

Bangsa

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut 36

Kursus

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut 37

Pengkhususan

4.5 Jadual Pengkategorian Tahap Persetujuan 38

4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38

4.7 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Tahap 39

Penguasaan Pengetahuan Pelajar Dalam Perancangan

Pengajaran.

4.8 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Untuk 42

Perancangan Pengajaran

4.9 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Tahap 43

Penguasaan Pengetahuan Pelajar Dalam Pengurusan

Bilik Darjah.

4.10 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Untuk 46

Pengurusan Bilik Darjah.

Page 15: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

xiii

4.11 Analisis Peratus dan Min Bagi Tahap Penguasaan 47

Pengetahuan Pelajar Dalam Pengujian dan Penilaian.

4.12 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Untuk 50

Pengujian Dan Penilaian.

4.13 Analisis Peratus dan Min Bagi Tahap Penguasaan 51

Pengetahuan Pelajar Dalam Kemahiran Penyampaian

Pengajaran.

4.14 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Untuk 54

Kemahiran Penyampaian Pengajaran.

Page 16: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah 14

Page 17: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

% - Peratus

f - Frekuensi

ABM - Alat Bantu Mengajar

SPSS - Statistical Packages For Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

FP - Fakulti Pendidikan

PSM - Projek Sarjana Muda

SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Elektrik)

SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Awam)

SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Jentera)

SPL - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)

SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

SPS - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sukan)

SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Page 18: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

xvi

SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik)

SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Kimia)

SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan KomputerSerta

Pendidikan (Fizik)

SPI - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Pendidikan Islam)

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

Page 19: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu bidang yang amat mulia namun, tanggungjawab

yang dipikul oleh seorang pendidik bukanlah mudah seperti yang dilihat. Untuk

menyampaikan sesuatu ilmu itu, seorang yang bergelar guru perlulah mempunyai

persediaan yang cukup dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, tujuan keseluruhan pendidikan adalah untuk mengubah

corak tingkah laku manusia dalam tiga aspek iaitu perkembangan kognitif

(pemikiran, intelek), perkembangan tingkah laku (kemahiran, kecekapan) dan emosi

(kasih, belas kasihan, bangga). Justeru itu, pendidikan menggunakan konsep

pengajaran dan pembelajaran dalam proses pemindahan ilmu dari seorang guru

kepada pelajarnya.

Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti

perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas (Shahabuddin, Dr. Rohizani,

Mohd. Zohir, 2003). Ianya merupakan proses penyebaran ilmu pengetahuan atau

kemahiran tertentu dari seorang guru kepada seorang pelajar. Hasilnya adalah

pembelajaran yang merupakan aktiviti mental, fizikal atau rohani kepada diri pelajar

itu sendiri. Menurut Kamarudin, 1997, pembelajaran adalah suatu proses mengumpul

maklumat secara berterusan dan ianya berlaku semenjak seseorang itu dilahirkan.

Proses pembelajaran ini berlaku dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak

formal. Proses pembelajaran formal adalah melibatkan guru dan pelajar sebagai suatu

aset yang penting. Manakala proses tidak formal pula adalah melalui keluarga, rakan

Page 20: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

2

dan sebagainya. Oleh kerana guru dan pelajar merupakan aset penting dalam proses

pendidikan, keupayaan guru untuk menghasilkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan adalah sangat penting.

Untuk itu, sebagai seorang pendidik, mereka perlu menguasai konsep

pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kerana mereka perlu menyampaikan

ilmu kepada pelajar. Ini menunjukkan seorang guru sangat memerlukan ilmu

pedagogi dalam mendidik pelajar mereka. Segala kemahiran dan teknik untuk

mendidik dapat dipelajari dan digunakan untuk mengajar. Pedagogi adalah seni dan

juga sains pengajaran yang merangkumi prinsip, kaedah pengajaran, pengurusan

bilik darjah, gaya pembelajaran dan kawalan bilik darjah dalam pendidikan formal.

Selain itu, pedagogi juga ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran,

(Sharifah, 1997). Manakala menurut Cruickshank, 1995, pedagogi ialah seni dan

sains pengajaran dan juga pengajaran kaedah mengajar. Menurut Sharifah Alwiyah,

(1976) pula, pedagogi ialah ilmu mengajar kaedah mengajar.

Oleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk mereka menjadi seorang

guru yang dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik

yang menarik. Ini kerana, melalui pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui

pelbagai cara yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya

perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para pelajarnya agar mereka tidak

bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang menyampaikan

maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar bosan dan

mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang

penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan baik di sekolah.

Pendidikan merupakan medium terpenting dalam membentuk sesorang

pelajar dari segi sahsiah dan intelektualnya. Pendidikan sebenarnya bermula

dirumah, namun sebagai seorang guru, mereka juga berperanan dalam membentuk

sahsiah dan intelektual seseorang pelajar. Guru merupakan “role model” kepada

pelajar. Mereka merupakan golongan professional yang menjadi ikutan pelajar.

Untuk itu, guru perlu menunjukkan contoh yang baik agar dapat mendorong pelajar

menjadi insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak

mulia. Ini dapat dilihat dari pandangan Robiah Sidin (2002) yang menghuraikan guru

Page 21: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

3

memainkan peranan utama menegakkan status dan imej sebagai golongan

professional. Oleh itu, tanggungjawab guru dan budaya kerja di sekolah

menunjukkan ciri-ciri yang professional. Antara yang terpenting ialah:

i) Guru di sekolah adalah sebagai pembimbing, “mentor” atau ketua kepada

guru-guru baru yang memulakan tugas.

ii) Guru adalah pakar dalam bidang pengajaran (pedagogi), ilmu yang diajar,

perkembangan kanak-kanak, komunikasi dengan pelajar dan lain-lain.

iii) Guru dapat mewujudkan hubungan secara “lateral” atau “collegial” iaitu

hubungan sesama rakan, antara pegawai dengan guru lebih kondusif

untuk pembaharuan dan perubahan dalam profesion perguruan.

Oleh yang demikian, sebagai pelajar yang bakal menjadi pendidik, mereka

perlu memantapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya

dalam bidang pedagogi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Ilmu pedagogi mempunyai skop yang sangat luas. Sebagai seorang guru dan

bakal guru, mereka seharusnya dapat menguasai ilmu pedagogi agar dapat

menyampaikan pengajaran dengan baik. Ini kerana, apa yang terkandung di dalam

subjek pedagogi yang diajar di maktab dan universiti adalah untuk membantu guru

mengajar dengan cara yang lebih menarik dan pelbagai. Namun, tidak semuanya

dapat diaplikasikan dengan baik dalam semua mata pelajaran. Ianya bergantung

kepada seseorang guru untuk menggunakan kreativiti mereka dalam

mengaplikasikan pengetahuan pedagogi yang mereka pelajari dalam pengajaran

mereka.

Menurut Taksonomi Bloom, terdapat tiga peringkat dalam pengajaran iaitu

bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga bidang ini mempunyai kaitan

antara satu sama lain. Bidang kognitif adalah berkenaan dengan aktiviti mental,

Page 22: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

4

bidang afektif berkenaan dengan sikap dan sahsiah serta bidang psikomotor adalah

berkenaan aktiviti fizikal. Untuk itu, sebagai seorang bakal guru, pelatih perlu

memantapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana

profesion perguruan ini adalah suatu bidang tugas yang mencabar.

Profesion bermaksud suatu pekerjaan atau karier seperti dalam bidang

perundangan, perubatan atau kejuruteraan, ianya memerlukan banyak pengetahuan,

latihan dan pembelajaran yang khusus. Ini bermakna seseorang itu perlu melalui

latihan berstruktur dan sistematik untuk suatu jangka masa tertentu bagi memperoleh

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja.

Disamping itu, profesion perguruan juga mempunyai ciri-ciri

profesionalisme. Menurut Hedderdof (1971), profesionalisme bermaksud suatu nilai

yang murni jika seseorang dapat mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuh

dedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri atau suka memilih pekerjaan.

Berdasarkan pernyataan ini, sebagai seorang guru dan bakal guru, mereka perlu

melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh dan

dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat sekolah. Seseorang guru

yang menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan ikhlas untuk

mendidik, akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, ko-

kurikulum dan sahsiah.

INTAN (1995) pula menjelaskan, profesionalisme mementingkan mutu

perkhidmatan dan dedikasi terhadap pekerjaan, di mana seseorang itu perlu

mempunyai komitmen dalam menjalankan sesuatu tugas untuk memberikan

perkhidmatan yang berkualiti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan

negara. Oleh itu, untuk memastikan bakal guru yang dilahirkan dapat memainkan

peranan yang sepatutnya, mereka perlu menguasai bidang asas ilmu perguruan iaitu

seperti pedagogi, falsafah pendidikan, psikologi pendidikan dan bidang

pengkhususan mereka seperti kemahiran hidup, sains dan sebagainya.

Page 23: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

5

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Faridah Karim (2000) dalam jurnal ”Strategizing Teaching and

Learning in The 21ST Century” menyatakan bahawa guru-guru mengalami kesukaran

melaksanakan komponen-komponen kritikal dalam kurikulum. Guru-guru

mengalami kesukaran dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, melaksanakan

aktiviti yang berpusatkan pelajar, menggunakan teknik-teknik tertentu untuk

berinteraksi dengan pelajar, memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar, merancang

bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar serta sukar membuat penilaian isi

kandungan mata pelajaran. Guru-guru juga dikatakan kurang berinovasi dalam

menyampaikan pengajarannya. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

I. Guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran mengajar. Ini disebabkan

mereka tidak bersedia atau tidak dilatih dengan sebaik-baiknya.

II. Matlamat dan konsep inovasi dalam strategi pengajaran tidak jelas kepada

mereka.

III. Guru kekurangan bahan dan sumber pengajaran yang sesuai untuk membina

pengajarannya.

IV. Guru kekurangan motivasi disebabkan kurangnya galakan daripada pihak

pentadbir.

V. Kekurangan koordinasi dan komunikasi di antara semua pihak yang terlibat

dalam proses pelaksanaan inovasi dalam strategi pengajaran.

Untuk itu, pengetahuan pedagogi adalah amat penting untuk seorang guru. Ini

kerana, mereka perlu menyampaikan pengajaran mereka mengikut langkah-langkah

yang betul. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah tidak

sama seperti di universiti. Di sekolah, seorang guru perlu mengetahui cara yang

pelbagai untuk mengajar kerana mereka perlu mendekati pelajar mereka dengan

pelbagai cara agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Page 24: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

6

Ilmu pedagogi telah menjadi satu mata pelajaran wajib yang diambil oleh

pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang perguruan. Sebagai bakal guru, mereka

perlu menguasai ilmu pedagogi agar dapat menjadi guru yang baik dari pelbagai

aspek seperti pengawalan bilik darjah, strategi pengajaran dan lain-lain.

Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti pengetahuan pedagogi dari segi

perancangan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengujian dan penilaian dalam

pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran penyampaian yang dimiliki oleh pelajar

tahun empat, Fakulti Pendidikan agar mereka dapat melaksanakan tugas dan

tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran secara baik dan berkesan di sekolah

kelak.

1.4 Objektif Kajian

Penyelidik mempunyai beberapa objektif seperti berikut:

i) Mengenal pasti tahap pengetahuan dari segi perancangan pengajaran

pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan.

ii) Menentukan tahap pengetahuan dari segi pengurusan bilik darjah

pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan.

iii) Mengenal pasti tahap pengetahuan pengujian dan penilaian dalam

pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan.

iv) Mengenal pasti kemahiran penyampaian pengajaran pelajar tahun

empat, Fakulti Pendidikan.

Page 25: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

7

1.5 Persoalan Kajian

i) Apakah tahap penguasaan pengetahuan pelajar dalam perancangan

pengajaran?

ii) Apakah tahap penguasaan pengetahuan pelajar dalam pengurusan

bilik darjah?

iii) Apakah tahap penguasaan pengetahuan pelajar dalam pengujian dan

penilaian?

iv) Apakah tahap penguasaan pengetahuan pelajar dalam kemahiran

penyampaian pengajaran?

1.6 Skop Kajian

Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah melibatkan tahap pengetahuan

pedagogi di kalangan pelajar tahun empat (Perdana) yang diaplikasikan dalam mata

pelajaran yang diambil. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat menilai setakat mana

pengetahuan pedagogi pelajar tahun empat (Perdana) setelah mengambil subjek

pedagogi dan bagaimana mereka mengaplikasikannya semasa latihan mengajar yang

lalu. Perkara ini dikaji adalah untuk melihat adakah pelajar tahun akhir (Perdana) ini

sudah bersedia dari segi pengetahuan pedagogi yang mencukupi sebelum mereka

meninggalkan universiti dan keluar bekerja. Pengetahuan pedagogi ini amat berguna

kepada bakal guru agar mereka dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang mereka

ada dengan pelbagai cara yang menarik.

Page 26: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

8

1.7 Kepentingan Kajian

Di antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk:

i) Membantu pihak Fakulti Pendidikan bagi mendapatkan maklum balas

berkaitan dengan tahap pengetahuan pedagogi pelajar tahun akhir agar

dapat memperbaiki kelemahan yang wujud

ii) Membantu dalam penyelidikan bagi meningkatkan prestasi dan kualiti

pengurusan Fakulti Pendidikan bagi melahirkan guru-guru yang

berpengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta

mahir dalam bidang yang mereka ceburi.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar tahun akhir (Perdana), Fakulti

Pendidikan yang telah menjalani latihan mengajar pada tahun tiga. Ini kerana, kajian

ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan pedagogi pelajar tahun akhir (Perdana)

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang mereka ikuti di universiti.

Di samping itu, kajian ini adalah untuk melihat adakah pelajar tahun akhir (Perdana)

ini sudah mempunyai persediaan dari segi pengetahuan pedagogi untuk keluar

bekerja.

Page 27: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

9

1.9 Definisi Istilah

Penyelidik mengenal pasti beberapa maksud yang dipilih dari sumber tertentu

bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan pembaca.

1.9.1 Tahap

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), tahap bermaksud peringkat atau

tingkat. Menurut Kamus Dewan (1996), tahap pula membawa erti ukuran yang

digunakan untuk menilai sesuatu yang diperlukan.

1.9.2 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pengetahuan bermaksud

mengetahui apa-apa yang diketahui atau kepandaian seseorang.

1.9.3 Pedagogi

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pedagogi bermaksud kajian

tentang kaedah dan prinsip pengajaran.

1.9.4 Pengajaran

Menurut Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan

untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Pengajaran juga

bersangkut paut dengan proses pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian

dan penghuraian kepercayaan, nilai dan pengertian.

Page 28: TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN …€¦ · 2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18 ... 4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38 ... Ijazah Sarjana Muda Sains

10

1.9.5 Pembelajaran

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pembelajaran adalah proses

atau kegiatan belajar. Mengikut Kamus Dewan Inggeris-Melayu (1992),

pembelajaran bermaksud sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Gagne (1970) mendefinikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah

laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan

yang disebabkab oleh pertumbuhan.

1.10 Penutup

Kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada

seorang guru. Ianya perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan dapat

mempelbagaikan cara pengajarannya agar menarik minat pelajar dan juga dapat

menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik.

Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga, seorang guru akan dapat

mengatasi masalah pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar dengan

pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan. Sebagai

guru, mereka perlu kreatif untuk menghasilkan penyampaikan isi pengajaran yang

menarik kepada para pelajar.

Untuk itu, pengetahuan pedagogi ini adalah merupakan asas yang penting

kepada seorang guru selain daripada pengetahuan yang mendalam tentang kursus

yang mereka ikuti di universiti.