konsep pengujian

Upload: reygnna-meiy-dy-k

Post on 09-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengujian

TRANSCRIPT

KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DANPENILAIANSebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan tersebut sama ada mudah atau sukar, penilaianwajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini penilaian yang dijalankan melibatkan penentuan objektif, mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematikdan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian.Sebenarnya aktiviti penilaian dalam bidang sain perlakuan, sains kemasyarakatan bermula dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet dengan mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut,konsep penilaiantelah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan sepertipengukuran (measurement), penilaian (evaluation) danpentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkankepada pemboleh ubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusanyang utamaperlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingintaraf bacaanmurid di sekolah rendah dengan berpendapattaraf bacaanitu sudah tidak memuaskandan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan memilihmodel yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkananggaran dapat dibuatsama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan buktiyang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnyadalam pendidikan,masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan sepertimenguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.Dalam membuat penilaiananda mungkinsering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian andaakan dapat merancanglangkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.Apakah maksud pengujian?Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujianselalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujiandapat dianggarsebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu proseduryang sistematikbagi mengukur sampeltingkah lakuatau perubahan seseorang individu atau pelajar.MenurutCronbach (1970), ujianialah satu prosedur yang sistematikuntuk memerhatiperlakuan atau tingkah laku seseorang individudan menghuraikandengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untukujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test)dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.Kepentinganpengujianbagi mengukur perubahan tingkah lakupelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991)yang menegaskan bahawa:Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuanyang diperlihatkan oleh muriddi dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanyaakan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)Hasil daripadajawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuranyang disebut sebagaimarkat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.Prosespengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikutipelaksanaan(pentadbiran ujian) dan berakhir denganpemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapatmengetahui sama ada pelajar-pelajarnyatelah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.Apakah yang dimaksudkan pengukuran?Pengukuranmembawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkanpenjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukantahap sejauh mana seseorang individumemiliki sifat-sifat tertentu.Biasanya kita mewakilkansesuatu indeksberbentuk angkakepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakilisifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratusdalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatifmenggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skoratau markat yang diperolehidengan menggunakan proses tertentu.Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorangindividu menggunakanalat ukur yang tepatseperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yangmendapat skor 90 tidak boleh dianggapmengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itudua kali angka 45. Manakalaseseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagaitidak mempelajari sebarangperkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggianmurid menggunakan kayu ukur atau pembaris.Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.Apakah yang dimaksudkan penilaian?Penilaianada suatu istilah yang boleh didefinisikandengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagaithe process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Definisi inimenjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis databagi menentukansama adasesuatu objektifyang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematikmestilah mengandungi satu tafsiran yang formaltentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arahusaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilaipencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawaguru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melaluiujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilaiprestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankandengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakandalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskandalam kaedahyang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat sepertidalam rajah di bawah:Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkanmaklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujiandan penilaian amat pentingmalah sama pentingnyadengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.