konsep moden dalam konteks barat

4
KONSEP MODEN DALAM KONTEKS BARAT Teori-teori pemodenan yang terbentuk pada abad ke-20, terutama selepas perang dunia kedua, merupakan warisan teori evolusi abad ke-19. Terdapat tokoh-tokoh pemodenan yang menerangkan peringkat-peringkat proses masyarakat industri berkembang sehingga menjadi masyarakat industri. Barat telah merujuk proses ini sebagai pemodenan iaitu satu proses melalui mana-mana negara-negara yang dijajah mengambil ciri-ciri moden Barat. Ringkasnya, pemodenan telah tercapai menerusi proses pembaratan. Bidang pendidikan disusun mengikut garis pandu Barat. Begitu juga media massa mencontohi model Barat. Bahkan, kota raya dan industri menyerupai yang terdapat di Barat berbanding dengan bandar tradisional yang terdapat di Timur. Golongan intelek pergi ke Barat untuk menimba ilmu dan mereka yang mengaji di tanah air pula meneruskan pengajian di universiti yang bercorakkan seperti yang terdapat di Barat

Upload: fikri-ahmad

Post on 28-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Moden Dalam Konteks Barat

KONSEP MODEN DALAM KONTEKS BARAT

Teori-teori pemodenan yang terbentuk pada abad ke-20, terutama selepas perang dunia kedua, merupakan warisan teori evolusi abad ke-19. Terdapat tokoh-tokoh pemodenan yang menerangkan peringkat-peringkat proses masyarakat industri berkembang sehingga menjadi masyarakat industri. Barat telah merujuk proses ini sebagai pemodenan iaitu satu proses melalui mana-mana negara-negara yang dijajah mengambil ciri-ciri moden Barat. Ringkasnya, pemodenan telah tercapai menerusi proses pembaratan. Bidang pendidikan disusun mengikut garis pandu Barat. Begitu juga media massa mencontohi model Barat. Bahkan, kota raya dan industri menyerupai yang terdapat di Barat berbanding dengan bandar tradisional yang terdapat di Timur. Golongan intelek pergi ke Barat untuk menimba ilmu dan mereka yang mengaji di tanah air pula meneruskan pengajian di universiti yang bercorakkan seperti yang terdapat di Barat

Page 2: Konsep Moden Dalam Konteks Barat

 FAHAMAN YANG MENDASARI TAMADUN BARAT

• Sekularisme

• Modenisme

• Rasionalisme

• Liberalisme

• Kapitalisme

• Pragmatisme

• Kolonialisme

Page 3: Konsep Moden Dalam Konteks Barat

PEMODENAN DAN PEMBARATAN

Pembaratan dan pemodenan atau modenisasi merupakan dua konsep dan proses yang saling berkait rapat. Proses pembaratan ini telah bermula dalam kalangan Negara Eropah sendiri apabila Negara-negara itu cuba mendapatkan kuasa dan mengatasi satu sama lain.

Page 4: Konsep Moden Dalam Konteks Barat

Aspek-aspek dominasi Barat telah disimpulkan oleh Huntington (1998) seperti berikut; Barat memiliki dan mengawal operasi perbankan antarabangsa, Barat mengawal semua mata wang, Barat ialah pelanggan barangan dunia yang terbesar, Barat membekalkan kebanyakan daripada barangan siap dunia, Barat mendominasi pasaran modal antarabangsa, Barat menguasai kepimpinan moral utama dalam masyarakat, Barat berkeupayaan melakukan campur tangan ketenteraan secara besar-besaran, Barat mengawal laluan maritim antarabangsa, Barat melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan teknikal paling maju, Barat mengawal sistem pendidikan sains dan teknikal yang terkehadapan, Barat mendominasi ruang angkasa dan industri aeroangkasa, Barat mengawal komunikasi antarabangsa dan Barat mendominasi industri senjata teknologi tinggi