wanieyict.files.wordpress.com  · web viewbab i. pengenalan. 1.1pendahuluan. dalam konteks...

80
BAB I PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan. PSH ini merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja mahupun di kelas (Kirby et al. 2010; Simmons et al. 2013). Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharu pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007). Malaysia mengiktiraf dan mengakui hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan dan membangunkan modal insan Negara (Asil Esaam, Norlia dan Jamil 2011).

Upload: others

Post on 24-Mar-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang

hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan. PSH ini merangkumi

program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal

atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja mahupun di kelas

(Kirby et al. 2010; Simmons et al. 2013). Daya saing global dan kepelbagaian keperluan

telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharu pengetahuan dan kemahiran

mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti

(Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007). Malaysia mengiktiraf dan mengakui

hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan dan

membangunkan modal insan Negara (Asil Esaam, Norlia dan Jamil 2011).

Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara,

individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran

demi kemajuan dan kepuasan diri (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007).

Proses pembelajaran seharusnya berlaku sepanjang hayat seseorang manusia dan tidak

sahaja tamat apabila seseorang itu menamatkan zaman persekolahan ataupun pengajian di

universiti. Proses pembelajaran seharusnya berlaku di mana-mana tempat dan pada

sebarang masa (………….). Menyedari pentingnya usaha untuk melebarkan akses

pendidikan, falsafah pendemokrasian pendidikan tinggi diperkenalkan supaya semua

lapisan masyarakat boleh mendapat pendidikan tinggi yang berkualiti. Pengajian tinggi

Page 2: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

2

tidak lagi bersifat elitis. Peluang pengajian tertiari harus terbuka untuk mereka yang

mempunyai kelayakan minimum, daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah,

keluarga di luar bandar dan pedalaman serta golongan minoriti, termasuk Orang Asli.

Membudayakan PSH terutamanya kepada komuniti Orang Asli memberi peluang kepada

mereka untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran serta membuka laluan kerjaya. Secara

tidak langsung, proses perubahan strategik pendidikan ini selaras dengan pembelajaran

bermakna untuk membentuk masyarakat berilmu.

Dunia pendidikan turut mengalami tempias gelombang arus globalisasi yang

mengajak masyarakat mengubah paradigma ataupun persepsi ke alam dunia pendidikan

(…………….). Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan

sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu

bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri

dan daya saing yang tinggi (Ting 2005). Oleh demikian, kerajaan kini menumpukan

produk melahirkan modal insan kelas pertama untuk menghadapi cabaran globalisasi

tersebut. Keadaan tersebut telah menyebabkan perubahan alam pendidikan negara kita.

Disebabkan perubahan tersebut, guru terpaksa mengubah corak pengajaran mereka

daripada yang lama untuk menghasilkan proses “kemenjadian” pelajar

(…………………). Di samping selari dengan falsafah pendidikan Negara yang ingin

melahirkan insan yang seimbang dari Jasmani, emosi, rohani dan Intelek

(………………..).

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkembangan ICT yang berlaku di Malaysia memberi implikasi yang besar kepada

perubahan gaya fikir dan gaya hidup remaja juga tidak terkecuali golongan remaja Orang

Asli. Perhatian khusus perlu diberikan kepada masyarakat Orang Asli, mereka

sememangnya hkaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan mereka masih

Page 3: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

3

berkait rapat dengan alam semulajadi walaupun sudah memasuki dunia moden.

Disebabkan itu, remaja Orang Asli perlu diberi pendedahan kepada dunia teknologi ICT

bagi membantu menaik taraf ekonomi, memelihara budaya dan tradisi keluarga dan kaum

mereka daripada pencerobohan orang luar.

Bagi komuniti Orang Asli terutamanya wanita, mereka sememangnya mahir

dalam menghasilkan kraftangan. Aktiviti ketika bersantai, mereka akan melakukan

sesuatu aktiviti yang ada kaitan dengan produk seni, untuk hiasan juga kegunaan seharian.

Mereka begitu memanfaatkan segala bahan mentah yang ada di kawasan sekeliling,

malah kreatif dalam mengitar semula bahan terbuang. Justeru itu, budaya warisan

kesenian ini perlu dijaga dengan rapi. Contohnya, masyarakat Orang Asli Mahmeri, suku

Temuan serta Jah Hut memang terkenal dengan ukiran patung dan hasil kraftangan yang

sangat unik. Antara yang menarik perhatian ialah cucuk sanggul dan sikat diperbuat

daripada buluh, tikar dan bakul daripada daun mengkuang.

Pemasaran produk dan hasil kraftangan mereka tersebut perlu diperkenalkan

kepada masyarakat luar dan antarabangsa. Justeru, perintis muda dalam masyarakat iaitu

golongan remaja Orang Asli akan diberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan

ICT dalam kehidupan dan ekonomi mereka. Kemahiran ICT yang dipelajari akan

digunakan sebagai satu alternatif bagi masyarakat Orang Asli memasarkan dan

memperkenalkan hasil pertanian, kesenian dan kebudayaan serta kraftangan mereka

dengan menggunakan teknologi Web 2.0. Pendedahan ini juga dapat membantu pelajar

Orang Asli meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang ICT bagi meningkatkan

sosioekonomi mereka. Pelajar Orang Asli akan diperkenalkan pendekatan pembelajaran

personal dengan modul latihan iaitu pengenalan asas ICT, penggunaan perisian Microsoft

Office, mengambil gambar hasil pertanian/kraftangan dengan menggunakan digital

kamera yang betul, membuka emel dan membina laman blog bagi memasarkan produk

mereka. Untuk permulaan kelas, teknik pengajaran secara bersemuka akan dijalankan

terlebih dahulu yang mana seorang pelatih akan mengajar di hadapan kelas dibantu oleh

beberapa fasilitator yang lain. Dua orang pelajar akan berkongsi sebuah komputer dan

Page 4: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

4

dibantu oleh beberapa fasilitator lain bagi memastikan setiap peserta betul-betul boleh

menguasai kemahiran ICT tersebut.

Gaya belajar pelajar masyarakat Orang Asli akan dikaji dan diperhatikan pengkaji

terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan mereka dapat memberi maklum balas yang

positif terhadap pengajaran ICT yang bakal diperkenalkan nanti. Perkembangan

kemahiran ICT dapat melatih dan melibatkan pelajar dengan Pembelajaran Personal,

Personal Learning (PL) (……………….). Pelajar sendiri yang mengawal, menentukan

dan menguruskan pembelajaran (……………………). PL terdiri daripada pelbagai alat

(tools) untuk mengakses (……………………). Antara yang paling banyak digunakan

adalah perisian sosial yang menghubungkan dan membolehkan manusia berkolaborasi

dengan menggunakan komputer seperti Teknologi Web 2.0 (…………………).

PLmengupayakan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri, maka ini

dapat menyesuaikan pelajar dengan cara belajar mereka masing-masing

(……………………….).

Melalui pendidikan dan ICT, masyarakat Orang Asli dapat membuat perubahan

dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran sepanjang hayat

seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat Orang Asli (Nurul Farhana 2010).

Golongan ibu bapa khususnya, haruslah peka dan sedar akan kepentingan pendidikan dan

ICT kepada anak-anak mereka. Mentaliti mereka juga haruslah diubah dan tidak ditakuk

lama (Wan Amir 2011). Mereka harus menerima perubahan positif sekiranya ingin

memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa. Tambahan pula, dasar pendidikan

negara juga sentiasa menyokong golongan ini untuk maju ke depan.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosioekonomi, sosial dan politik yang

dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan

wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep

Page 5: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

5

pembelajaran dan perubahan global serta pembangunan (Abd. Rahim 2005). ICT

memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan

di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku

disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada masyarakat sekeliling

terutamanya golongan remaja masyarakat Orang Asli.

Isu yang sering menjadi perhatian dalam kalangan pengkaji terhadap masyarakat

Orang Asli adalah impak transformasi yang berlaku hasil daripada program pembangunan

yang dijalankan. Orang Asli tidak terkecuali menerima tempias pembangunan tersebut

yang akhirnya telah menyebabkan berlakunya transformasi terhadap sosioekonomi

mereka. Aspek sosioekonomi tersebut merupakan guna tenaga, demografi, pekerjaan,

organisasi yang formal dan kompleks, serta perkembangan ICT (Rahimah Abd Aziz

2001,…………). Kemunculan Era Maklumat menjadi penyumbang utama kepada

kejayaan persaingan antarabangsa telah meletakkan ICT di kedudukan yang penting

dalam pembangunan sosioekonomi negara. Disebabkan itu, kerajaan telah menaik taraf

dan menambah infrastruktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian bagi

komuniti Orang Asli dengan tujuan merapatkan jurang digital antara masyarakat luar

(………). Ini bermakna kemudahan ICT harus diperoleh oleh semua penduduk secara

saksama dan mampu dicapai secara menyeluruh (……………).

Isu penggunaan ICT bukan sahaja berlaku pada kalangan komuniti terpinggir

Orang Asli tempatan malah turut berlaku pada masyarakat serupa pada peringkat

antarabangsa (Wan Amir 2011). Permasalahan dalam isu ini sebenarnya berkait rapat

dengan sejauhmana penglibatan Orang Asli dalam penerokaan ICT (…………..).

Penglibatan mereka amat penting bagi melicin dan memudahkan proses transformasi

yang diyakini menyumbang kepada pendapatan keluarga dan komuniti mereka serta

negara melalui sektor keusahawanan dan pelancongan (……………..). Masalah

infrastruktur, akses telekomunikasi dan kursus-kursus ICT yang terhad di kawasan

perkampungan Orang Asli merencatkan perkembangan ICT di sana. Pendedahan yang

dilakukan tidak berterusan sehingga masyarakat Orang Asli dapat mempromosi, menjual

dan membuat akaun hasil daripada jualan produk-produk mereka sendiri (…………….).

Page 6: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

6

Kekurangan pendedahan kursus pendek mengenai ICT kepada masyarakat Orang Asli

turut mengundang masalah. Ini menyebabkan Orang Asli tidak bersedia serta mempunyai

kemahiran yang terhad dalam berhubung dan berinteraksi dengan masyarakat di luar sana

menggunakan teknologi.

Sebelum ini, komuniti Orang Asli menjual hasil hutan, pertanian, kraftangan dan

kesenian mereka menggunakan orang tengah. Mereka akan menjual barangan mereka

secara terus kepada pemborong. Ini menyebabkan harga setiap produk dan barangan

mereka dikawal sepenuhnya oleh pemborong tersebut. Pengetahuan dan kemahiran yang

kurang mengenai kepentingan ICT menyebabkan masyarakat Orang Asli ditindas oleh

para pemborong. Pemborong telah mengambil kesempatan terhadap masyarakat Orang

Asli dengan mengenakan kadar bayaran yang tinggi terhadap sesuatu barangan yang

dijual kepada mereka. Atas desakan pemborong luar serta kekangan kewangan,

masyarakat Orang Asli paksa rela menerima kadar bayaran yang diberikan hasil jualan

barangan mereka. Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, golongan remaja

Orang Asli perlu diberi pendedahan terhadap media pemasaran produk dan kraftangan

kreatif Orang Asli melalui penggunaan ICT. Pendedahan penggunaan ICT dalam hasil

kraftangan kaum Orang Asli dapat dipromosikan kepada masyarakat bandar dan

antarabangsa oleh mereka sendiri.

Kajian akan dijalankan bagi menilai penggunaan dan penguasaan anak-anak

Orang Asli mengaplikasikan kemudahan ICT yang telah disediakan sebagai medium

bantuan dalam pembelajaran dan kehidupan mereka seharian. Mereka akan didedahkan

dan dilatih menggunakan teknologi ICT untuk meningkatkan ekonomi keluarga mereka.

Pendekatan aktiviti pembelajaran ini memberi pengalaman dan kemahiran kepada mereka

dalam menggunakan ICT untuk memasarkan produk-produk kesenian dan kebudayaan,

hasil pertanian serta kraftangan komuniti Orang Asli. Tahap kefahaman dan

kebolehcapaian mereka terhadap kemahiran ICT diperhati dan dinilai oleh pelatih dan

fasilitator. Komunikasi antara pelatih, fasilitator dengan pelajar amat penting. Sokongan

daripada ibu bapa mereka juga turut memberi impak positif bagi melancarkan

perlaksanaan kelas literasi komputer ini.

Page 7: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

7

Pengetahuan literasi komputer perlu dieksploit sepenuhnya oleh masyarakat

Orang Asli supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran serta kegunaan

harian mereka. Literasi komputer bermaksud mempelajari cara menggunakan sesuatu

perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui

penggunaan komputer. Literasi juga adalah tahap pengetahuan dan kemahiran seseorang

individu menggunakan komputer sebagai alat yang disesuaikan kepada situasi hidup

harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat berasaskan maklumat

(………….). Strategi meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar masyarakat

Orang Asli bergantung kepada kemampuan dan gaya belajar pelajar itu sendiri. Pelajar

dapat menguasai kemahiran ICT mengikut kebolehan, kemahuan serta cara pemikiran

mereka tersendiri.

Kemajuan teknologi yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk

mempertingkatkan martabat dan keharmonian warisan masyarakat Orang Asli yang

sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Penggunaan ICT bersesuaian dengan

keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai pelajar masyarakat Orang Asli terhadap

ICT dititikberatkan. Penganjuran kursus ICT jangka pendek untuk pelajar Orang Asli

dijalankan sebagai satu pendekatan bagi menyelesaikan masalah penggunaan kemudahan

ICT bagi masyarakat Orang Asli secara optimum. Penyediaan infrastruktur komunikasi

dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan komputer di

luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi memainkan peranan yang

penting dalam meningkatka taraf ekonomi masyarkat Orang Asli.

Kesimpulannya, kewujudan ICT dan era maklumat dapat menggalakkan kegiatan

P&P, melahirkan pelajar serta pekerja yang berkemahiran boleh pindah, seorang

usahawanan yang dapat berkolaborasi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar serta

antarabangsa. Penggunaan ICT ini juga akan memberikan manfaat kepada individu,

pertubuhan dan masyarakat Orang Asli. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria

penting dalam sistem pendidikan abad ke-21 dan dapat melahirkan seseorang yang

berfikiran kritis, inovasi dan berani menempuh cabaran globalisasi.

Page 8: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

8

1.4 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk membina model Persekitaran Pembelajaran Personal

(PLE) berdasarkan strategi ‘Problem-oriented Project-based Hybrid e-Training

(PoPeye)’ dan keutamaan gaya belajar pelajar Orang Asli melalui penggunaan ICT

sebagai alternatif meningkatkan sosioekonomi mereka disamping menghasilkan pelajar

yang berkemahiran boleh pindah (transferable skills).

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian, empat objektif kajian (OK) dibentuk sebagai garis panduan

kepada kajian ini. Objektif kajian adalah seperti berikut:

OK1. Mengenal pasti profil gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan kemahiran ICT.

OK2. Mengenal pasti pertalian gaya belajar (LSP) Orang Asli dengan Pembelajaran

Personal (PL)

OK3. Mengenal pasti pertalian Persekitaran Pembelajaran Personal (PL) dengan

komuniti pembelajaran (learning community, LC).

OK4. Mengenal pasti pertalian komuniti pembelajaran (LC) dengan gaya belajar (LSP)

Orang Asli.

OK5. Mengenal pasti kesan penggunaan aktiviti pembelajaran ICT Orang Asli (ICT-

OA) dalam pemerolehan kemahiran boleh pindah (tranferable skills) yang

membolehkan pengaplikasian bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Page 9: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

9

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti mengenai pembelajaran ICT,

beberapa persoalan kajian (PK) telah dibentuk. Antaranya ialah :

PK1. Apakah profil gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan kemahiran ICT?

PK2. Adakah terdapat pertalian gaya belajar (LSP) Orang Asli dengan Pembelajaran

Personal (PL)?

PK3. Adakah terdapat pertalian Persekitaran Pembelajaran Personal (PL) dengan

komuniti pembelajaran (learning community, LC)?

PK4. Adakah terdapat pertalian komuniti pembelajaran (LC) dengan gaya belajar (LSP)

Orang Asli.?

PK5. Adakah aktiviti pembelajaran ICT-OA memberi kesan kepada pemerolehan

kemahiran boleh pindah (tranferable skills) yang membolehkan pengaplikasian

bagi peningkatan ekonomi keluarga?

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) masa kini

memberi impak yang positif kepada pendidik serta para pelajar dan tidak terkecuali

komuniti Orang Asli. Kajian ini memberi pendedahan dan penggunaan ICT dalam

kehidupan seharian. Bahagian ini akan menjelaskan kepentingan kajian kepada pihak-

pihak dan bidang yang berkepentingan. Penerangan merangkumi untuk pihak (i) bidang

Persekitaran Pembelajaran Personal (Personalized Learning Environment, PLE) (ii)

tenaga pengajar/fasilitator, (iii) pelajar dan (iv) komuniti luar terpinggir.

Page 10: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

10

1.7.1 Bidang PLE

Pada akhir kajian ini, diharapkan kajian ini memberi sumbangan kepada kemajuan

melalui bidang PLE. . Kajian ini mencadangkan model kerangka konseptual

Pembelajaran Personal dalam kalangan pelajar Orang Asli berdasarkan strategi PoPeye

dan keutamaan gaya belajar pelajar. Dengan adanya, pendedahan baru terhadap PLE ini,

dapat menambah nilai pengetahuan ke dalam persekitaran pembelajaran. Akhir sekali,

dengan pemilihan dan pengaplikasian pembangunan PLE dalam pembelajaran dapat

menyesuaikan semua aktiviti pembelajaran mengikut kepelbagaian gaya belajar pelajar.

Pengintegrasian teknologi ICT dalam teknik P&P secara berterusan dapat mencapai

kejayaan melaksanakan PLE. Seterusnya membina peranan dan kecekapan pembelajaran

personal pelajar termasuk pelajar Orang Asli di Malaysia.

1.7.2 Tenaga Pengajar

Penghasilan aktiviti pembelajaran ICT dapat memudahkan P&P asas ICT bagi pelatih dan

fasilitator. Aktiviti pembelajaran ICT di dalam kelas memberi kemudahan kepada pelatih

dan pelajar untuk melaksnakan proses P&P secara berterusan dan mengikut keupayaan

pelajar. Fasilitator ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar dan membantu pelajar dalam

menggunakan komputer serta perisiannya dengan cara yang betul. Aplikasi pelantar

WordPress digunakan untuk mengarkib proses penulisan, pembinaan dan penerbitan

modul ICT yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kendiri. Hubungan baik

antara pelajar dan pelatih serta fasilitator penting bagi melancarkan perlaksanaan kelas

literasi komputer.

1.7.3 Pelajar

Menggalakkan kegiatan P&P, melahirkan pelajar serta pekerja yang berkemahiran boleh

pindah, seorang usahawanan yang dapat berkolaborasi dan berkomunikasi dengan

masyarakat luar serta antarabangsa. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting

Page 11: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

11

dalam sistem pendidikan abad ke-21 dan dapat melahirkan seseorang pelajar itu

berfikiran kritis serta kreatif. Aktiviti pembelajaran literasi ICT ini memberi keutamaan

kepada pelajar untuk bertindak mengikut kebolehan, kemahuan serta cara pemikiran

mereka tersendiri. Penglibatan aktif pelajar dalam kelas literasi komputer amat

digalakkan supaya dapat mengadaptasi diri dalam persekitaran pembelajaran personal dan

suasana komuniti pembelajaran.

1.7.4 Komuniti luar terpinggir

Perkembangan ICT memberi cabaran baharu kepada komunti luar terpinggir terutamanya

masyarakat Orang Asli. Kemajuan teknologi ICT yang berlaku ini perlu dimanfaatkan

oleh mereka untuk mempertingkatkan martabat dan keharmonian warisan masyarakat

Orang Asli yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Pendedahan penggunaan

ICT sebagai satu alternatif untuk mempromosi dan memasarkan hasil kraftangan kaum

Orang Asli tanpa memerlukan khidmat orang tengah. Pelantar WordPress ini juga akan

digunakan sebagai platform kepada mereka untuk mempromosikan barangan kraftangan,

hasil hutan serta produk keluarga mereka kepada masyarakat bandar serta pelancong

antarabangsa .

1.8 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini terbatas kepada tiga pembolehubah terpendam atau pembolehubah

bersandar dan dua puluh indikator sebagai pembolehubah bebas. Faktor-faktor adalah:

(i) Pembolehubah bersandar 1: Pembelajaran Personal (PL) mengukur enam

indikator: pengetahuan (knowledge), persekitaran pembelajaran (learning

environment), pembelajaran personal (personalized learning), refleksi

(reflection), perkembangan (growth) dan komuniti (community).

Page 12: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

12

(ii) Pembolehubah bersandar 2: Keutamaan Gaya Belajar (LSP) mengukur lima

indikator: visual, auditori, kinestetik, taktile, kumpulan dan individu.

(iii) Pembolehubah bersandar 3: Komuniti Pembelajaran (learning community)

mengukur lapan indikator: pengajaran berpusatkan pelajar, penglibatan pelajar,

hubungan guru dengan pelajar, penglibatan keluarga, organisasi kursus/sekolah,

rangkaian antara kursus/sekolah, diversity dan dapatan pelajar.

1.9 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Bahagian ini menerangkan kerangka kerja kajian yang dicadangkan berdasarkan skop

kajian. Kerangka kerja yang dicadangkan mengambil kira objektif kajian dan persoalan

yang telah diperolehi daripada pernyataan masalah. Selain itu, bagi menyokong hasrat

untuk melahirkan pelajar yang mampu berfikir aras tinggi dan dapat menyelesaikan

masalah yang rumit di tempat kerja (Govindasamy 2002; Jonassen, Peck dan Wilson

1999,……………), proses perancangan strategik untuk melaksanakan pembelajaran

personal perlu dilaksanakan. Ciri-ciri pembelajaran personal ini merangkumi lapan

kepentingan iaitu (i) penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran, (ii) menggalakkan

pelajar memiliki ilmu, (iii) memberi pendedahan tahap autonomi pelajar yang diinginkan,

(iv) menyediakan rangkaian kehidupan sebenar, (v) mendedahkan kreativiti antara

pelajar, (vi) memupuk pemikiran, pembelajaran dan pemahaman yang kritis, mendalam

dan jelas, (vii) menyediakan forum untuk perkongsian idea dan (viii) membina hubungan

saling bergantung dan saling menghormati di antara guru dan pelajar (Clements &

Douglas 2008).

Tumpuan bukan sahaja kepada bagaimana teknologi dapat digunakan untuk

mencapai matlamat pendidikan, tetapi juga kepada aspek kemanusiaan, P&P serta

sosioekonomi bagi pelajar masyarakat Orang Asli (…...................). Oleh itu, kajian ini

bukan sekadar untuk membangunkan media pengajaran, aktiviti pembelajaran tetapi

akhirnya pembinaan model untuk pembelajaran personal. Kajian ini diuji secara

Page 13: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

13

keseluruhan mengikut kepelbagaian gaya belajar pelajar dan keupayaan untuk mencapai

pembelajaran yang bermakna.

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1, terdapat tiga pembolehubah

unobserved juga dikenali sebagai pembolehubah terpendam atau pembolehubah

bersandar. Ketiga-tiga pembolehubah terpendam – Pembelajaran Personal (PL), Komuniti

Pembelajaran (LC) dan Pilihan Gaya Pembelajaran Bermakna (LSP) ditandakan dengan

bulatan bujur biru. Pembolehubah pendam pertama, PL, dianggap menyebabkan

perubahan dan covariation antara enam pembolehubah yang diperhatikan diwakili oleh

petunjuk kotak hijau di sebelah luar. Lima petunjuk atau pembolehubah yang

diperhatikan adalah pengetahuan (knowledge), persekitaran pembelajaran (learning

environment), pembelajaran personal (personalized learning), refleksi (reflection),

perkembangan (growth) dan komuniti (community). ( …......................).

Pembolehubah pendam kedua adalah komuniti pembelajaran (learning

community). Komuniti pembelajaran juga merupakan pembolehubah terpendam atau

unobserved , yang dianggap menyebabkan perubahan dan covariation antara lapan

pembolehubah yang diperhatikan atau petunjuk diwakili oleh lapan lagi kotak hijau di

sebelah bawah. Pembolehubah yang diperhatikan ialah pengajaran berpusatkan pelajar,

penglibatan pelajar, hubungan guru dengan pelajar, penglibatan keluarga, organisasi

kursus/sekolah, rangkaian antara kursus/sekolah, diversity dan dapatan pelajar (Clements

& Douglas 2008).

Pembolehubah pendam ketiga dan terakhir atau unobserved dalam kerangka

kajian adalah LSP atau kecenderungan gaya pembelajaran. Terdapat enam

pembolehubah dalam kotak hijau yang ditunjukkan oleh anak panah dari pembolehubah

terpendam LSP. Dalam cara yang sama seperti dua pembolehubah terpendam yang lain,

LSP dianggap menyebabkan perubahan dan covariation antara enam pembolehubah yang

diperhatikan - visual, auditori, individu, kinestetik, tactile dan kumpulan (Dunn dan Dunn

1978; Mac Donald et al 2001 , 2002; . Reid 1984, 1987).

Page 14: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

14

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

AKTIVITI PEMBELAJARAN ICT

Model ID

Strategi & Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran

Problem-oriented Project-based Hybrid e-Training

(PoPeye)

Teori Pembelajaran(apprenticeship)

dapatan pelajar

pengajaran berpusatkan pelajar

penglibatan keluarga

rangkaian antara kursus/sekolah

Diversitypenglibatan pelajar

hubungan guru dengan pelajar

organisasi kursus/sekolah

Komuniti Pembelajaran

(LC)

RefleksiPembelajaran

Personal

KomunitiPengetahuan

Perkembangan

Persekitaran pembelajaran

Pembelajaran personal (PL)

Kumpulan

Individu

Auditori

Taktil

Kinestetik

Gaya Belajar (LSP)

Visual

Page 15: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

15

1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan kepada murid-murid peribumi di Kg.Belihoi dan

Sg.Raya sahaja. Taburan kanak-kanak yang tidak seimbang dari segi darjah/tahun

belajar. Bilangan pelajar seramai 26 orang dan dewasa seramai 5 orang. Penyeimbangan

bilangan pelajar ini dapat disesuaikan dengan kekurangan perkakasan ICT iaitu komputer

yang mana penggunaan sebiji komputer terpaksa dikongsikan kepada dua orang pelajar

untuk satu sesi pembelajaran. Kajian ini adalah tertumpu pada faktor minat, persekitaran

dan kemahiran yang mempengaruhi pembelajaran praktikal ICT.

1.11 DEFINISI OPERASIONAL ISTILAH

Terdapat beberapa istilah atau konsep dalam kajian ini yang perlu ditakrifkan secara

operasi. Definisi tersebut dijelaskan dalam sub bahagian yang berikut:

1.11.1 Komuniti luar terpinggir

Komuniti luar terpinggir yang dikenalpasti adalah orang asli. Orang Asli sering dianggap

oleh banyak pihak sebagai masyarakat primitif yang kurang mementingkan pembangunan

dan mereka juga dikenali sebagai golongan yang anti pembangunan (Hood Salleh 1989;

Faridatul Akma & Siti Rasidah 2005; Mustaffa Omar 2009; Siti Aminah & Seow Ta Wee

2013). Asnarulkhadi (2005) dan Rohana Yusof (2010) menyatakan bahawa komuniti

Orang Asli dianggap terpinggir dan tidak diintegrasikan bersama dalam perkembangan

dan arus perdana pembangunan negara. Mereka bukan sahaja tidak menikmati kemajuan

tetapi juga dianggap tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Keadaan

keterpinggiran ini atau keterasingan agregat manusia ini juga berkemungkinan

disebabkan oleh arus pembangunan perdana yang gagal membawa atau memasukkan

mereka bersama sehingga menyebabkan mereka terpinggir.

Page 16: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

16

1.11.2 Gaya Pembelajaran Pelajar

Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk

memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe

1987; Joseph Gomez 2000; Gian 2000). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia

dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ekonomi

dan budaya keluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya (Gian 2000; Zhang &

Sternberg 2005). Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorang

pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain (Zurida 2007,

Kolb 1985). Gaya pembelajaran adalah stail atau cara pembelajarannya untuk menerima

dan memproses maklumat yang diterima (Kolb 1985; Honey & Mumford 1992; Reitz

2007; Zubaidah Begam 2007). Selain daripada itu, gaya pembelajaran juga boleh

dikelaskan dalam beberapa lapis, seperti mana dikelaskan oleh (Felder 1995; Azizi

Yahaya & Syazwani Abdul Razak 2008), gaya pembelajaran terdiri daripada empat lapis

iaitu model sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model

medium pembelajaran yang disukai. Terdapat beberapa gaya belajar yang diberi

keutamaan dalam kajian ini iaitu, (i) taktail, (ii) kinestatik, (iii) visual dan (iv) auditori.

Dalam kajian ini, gaya pembelajaran merujuk kepada perbezaan cara belajar bagi setiap

individu di antara individu yang lain. Ini kerana pemikiran kognitif setiap individu adalah

berlainan, maka penerimaan terhadap penggunaan ICT dalam kehidupan mereka adalah

berbeza-beza (Felder & Spurlin 2005).

1.11.2 Pembelajaran Personal (PL)

Pembelajaran Personal (PL) merupakan satu konsep baru dalam merekabentuk dan

membangunkan pembelajaran dalam talian. PL menfokuskan kepada pembelajaran

secara individu lebih baik daripada bergantung sepenuhnya oleh tenaga pengajar, sumber-

sumber, peralatan-peralatan dan kemudahan insfrastruktur. PL memainkan peranan yang

aktif bagi meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran setiap individu (X.Gu & X.Li

2009). PL merupakan satu teknik yang membenarkan pelajar untuk bergiat aktif dan

user, 11/10/13,
Bukan syazwani mat salleh ker.. ngeh2:P
Page 17: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

17

melibatkan diri dalam persekitaran sosial termasuk kolaborasi dan komunikasi antara

masyarakat luar, perkongsian ilmu, perkhidmatan dan sumber-sumber (S.bDownes 2006).

1.11.3 Pembangunan kemahiran ICT

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting dalam perkembangan

pendidikan hari ini. ICT adalah singkatan daripada Information and Communication

Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud cara di mana kombinasi

teknologi maklumat dan teknologi komunikasi boleh membantu manusia dan organisasi.

Kemunculan ICT dalam pendidikan, membentuk kepercayaan guru terhadap peranan ICT

sebagai alat mengajar dan nilai ICT untuk meghasilkan pembelajaran pelajar yang berkesan

(Doyle, S. 2001, Sarah 2012). Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT

secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan P&P (……………….). ICT juga telah diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk

mengubah proses pengajaran dan pembelajaran dan untuk memperbaiki strategi untuk

pencapaian pendidikan yang lebih baik (Culp et al. 2003; Kozma 2003; Sunkel 2006).

1.11.4 Komuniti Pembelajaran

Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk merubah bentuk kaedah

pembelajaran: untuk mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan

manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang

diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples 2007).

Komuniti pembelajaran menggambarkan setiap kombinasi individu yang mempunyai

kepentingan dalam sistem pendidikan (……………). Andaian pembelajaran komuniti

merupakan teras pendidikan formal dan bukan semata-mata untuk memastikan bahawa

pelajar diajar tetapi memastikan bahawa mereka belajar. Hubungan antara guru dengan

pelajar, pelajar dengan pelajar, guru dengan ibu bapa, pelajar dengan organisasi dan

pelajar dengan komuniti (………………) perlu dititikberatkan.

Page 18: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

18

1.12 RUMUSAN

Bab ini memberi gambaran tentang tujuan kajian dilakukan. Beberapa komponen penting

dalam kajian turut dibincangkan seperti pengenalan kajian, latar belakang kajian, objektif,

persoalan kajian, kepentingan kajian dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan pengkaji jelas

akan kajian yang akan dilakukan dan berharap agar kajian ini dapat mencapai objektifnya.

Penekanan dijelaskan terhadap peluang pendidikan bagi masyarakat Orang Asli telah

diberi perhatian menggalakkan oleh kerajaan demi menjamin masa depan masyarakat

Orang Asli supaya tidak terus ketinggalan. Hakikatnya, penolakan mungkin terjadi

kerana mereka tidak ingin berjauhan dengan suku kaum mereka sendiri dan takut untuk

menerima teknologi ICT. Seterusnya tidak mendapat pendedahan yang baik untuk

membangunkan taraf kehidupan mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal

pasti usaha-usaha masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan pembangunan ekonomi

mereka menggunakan teknologi ICT. Seterusnya menggunakan pendekatan strategi

PoPeye dan keutamaan gaya belajar pelajar suapay kelas literasi computer lebih efektif

dan efisyen.

Page 19: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

19

RUJUKAN

Ahmad Johari Sihes. 2010. Konsep Pembelajaran. http://eprints.utm.my/10357/1/bab10.pdf. [3 Mac 2013]

Asil Esaam et al. 2011. Lifelong Learning in Malaysia: Have We Achieved Our Goals? International Conference on Language, Literature & Linguistics. Open University Malaysia.

Azizi Yahaya dan Syazwani Binti Abdul Razak. 2008. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf [ 5 Feberuari 2013].

Bala, P., Songan, P., Khairuddin Ab Hamid, Harris, R. & Khoo, G.L. 2002. Bridging the digital divide: The e-Bario experience. Sarawak Development Journal 5(1): 63-78.

Barker, P. 1987. Authoring languages. London: Croom Helm.

Clements & Douglas 2008

Culp, K. M., Honey, M., & Mandinach, E. (2003, Octubre). A Retrospective on Twenty Years of Education Technology Policy. U.S. Department of Education, Office of Educational Technology. Recuperado a partir de http://www.ed.gov/rschstat/eval/tech/20years.pdf

Dick, W. and Carey, L. 1996. The Systematic Design of Instruction, 4th ed. New York: Harper Collins Publishing. http://iteach.saintleo.edu/InstructionalDesign/DickCarey.html [8 Mac 2013]

Faridatul Akma Abdul Latif & Siti Rasidah Md Sakip. 2005. Pengekalan dan Pemuliharaan Landskap Budaya Kampung Melayu. Kajian Kes : Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara.

Felder, R.M., Felder, G.N., Mauney, M., Hamrin, Jr., C.E., and Dietz, E.J. (1995). A Longitudinal Study of Engineering Student Performance and Retention. III. Gender Differences in Student Performance and Attitudes. J. Engr. Education, 84(2), 151-163.

Gian Kah How. 2000. Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf 2(3): 57-63

user, 10/11/13,
Link ??? sila deactivate
Page 20: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

20

Goodyear, P. 1994. Foundations for courseware engineering. In Tennison, R.D (Ed.).Automatic instructional design, development and delivery. Berlin: Springer-Verlag, 7-28.

Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.

Heinich, R, Molenda. M.Russell, J.D., & Smaldino, S.E. 2005. Instructional Media and Technologies for Learning .Ed. ke- 5. Prentice-Hall Inc., N.J.: Englewood Cliff.

Hood Salleh. 2004. Dunia peribumi dan alam sekitar: Langkah ke hadapan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

JHEOA. 2003. Data maklumat asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia

Jonassen, D.H. 1988. Instructional design and courseware design. In Jonassen, D.H. (Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale, N.J: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Joseph Gomez. 2000. Gaya Pembelajaran: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Pendidikan Tigaenf 1999/2000 2(3): 41-43.

Keffe, J. (1987). Learning styles theory and practice. Reston: National Association of Secondary Scholls Principals.

Kemp's Model. 1985. http://www.personal.psu.edu/users/w/x/wxh139/Kemp.htm [ 13 April 2013].

Kirby, J. R., Knapper, C., Lamon, P., & Egnatoff, W. J. 2010. Development of a scale to measure lifelong learning. International Journal of Lifelong Education, 29, 291-302.

Kolb, B & Whishaw. (1985). I.Q: Fundamentals of Human Neuropsychology. Edisi Kedua. San Francisco: Freeman 67.

Kolb, D.A. (1985). Learning Style Inventory: Technical Manual. Boston:Mc Ber and Company.

Mazmalek. 2009. Merapatkan Jurang Digital: Keciciran di dalam Bandar. Aspirasi Digital. Keselamatan Siber. Majalah Dwibulanan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Page 21: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

21

Marshall, S. & Taylor, W. 2005. Facilitating the use of TMK for community development through collaborative partnerships between universities, governments and communities. International Journal of Education and Development using TMK

Marshall, I.M., Samson, W.B., Dugard, P.I. & Scott, W.A. 1994. Predicting the development effort of multimedia courseware. Information and Software Technology, 36 (5): 251-258.

Mokhtarrudin Ahmad. 2002. Projek TMK dan Komuniti Kampung Bayangan, Keningau Sabah. Seminar Teknologi Maklumat, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, 26-27 Mac. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Mustaffa Omar. 2006. Pembangunan dan Impak Demografi Ke Atas Komuniti Jakun. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Musa, A.H. & Narimah, I. 1996. Media Massa dan Belia. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara, Putrajaya.

Nurul Farhana. 2010. ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli di Sekolah-sekolah rendah. Tesis Ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Anuwar Hamat & Zaini Ab Rahman. 2012. ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli di sekolah Rendah. Jabatan Kajian Sosial.

Nor Syazwani Mat Salleh. 2012. Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Adobe Photoshop CS5 Berasaskan Reka bentuk Teori Beban Kognitif dan Minimalis. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nobaya Ahmad, Haslinda Abdullah Abd.Halim Sidekk, Sarjit S.Gill dan Dzulhilmi Dahalan. 2009. Pembangunan Belia Abd Ke-21: Isu dan Cabaran.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. 2007. Bab 8 Memperkayakan Pembelajaran Sepanjang hayat. Peletakan Asas Melangkaui 2020.129-139.

Pusat Perkembangan Kurikulum.2003. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahil mahyuddin, Kamariah Abu Bakar dan Habibah Elias.1997. Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Reitz, M.J. 2007. Online dictionary for library and information science. http://lu.com/odlis/index.cfm [ 12 Mei 2012].

Page 22: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

22

Roblyer, M.D. 1988. Fundamental problems and principles of designing effective courseware. In Jonasssen, D.H. (Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale, N.J: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Rogers, Carl R.1986."Carl Rogers on the Development of the Person-Centered Approach." Person-Centered Review 1(3): 257-259.

Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial : Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohani Abdul Hamid. (1999). “Keperluan Pendidikan Abad Ke-21: Projek Sekolah Bestari.” Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, 2: 1-22.

Rosnah Ahmad Zain. 2002. Pembinaan Modul Bercetak Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bersepadu Adobe Photoshop Dan Reka bentuk Grafik Asas. Tesis Sarjana Pendidikan Komputer , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosseni Din. 2010. Development and Validation of an Integrated Meaningful Hybrid e-training (i-met) for Computer Science: Theoretical Empirical Based Design and Development approach. Tesis Dr.Falsafah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahimah Abd Aziz. 2001. Pengantar Sosiologi Pembangunan : Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sarjit S.Gill & Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail. 2009. Pembangunan Belia Abad Ke-21: Isu dan Cabaran. Pembangunan ICT Belia Orang Asli di Selangor. Institut Pengajian Sains Sosial, UPM dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Kementerian Belia dan Sukan. Penernit Universiti Putra Malaysia Serdang.

Sarimah Binti Ismail, & Yusnani Binti Mt Yong. 2010. Pembinaan dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan dan Iradiasi Makanan bagi Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan.Kertas, Penulisan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/10323/2/Yusnani_Binti_Mt_Yong.pdf [ 3 Mac 2013]

Shaharuddin Bin Md Salleh & Fatimah Binti Abu Rairah. 2011. Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi Perisian Adobe Photoshop CS3 berasaskan Teori Kognitif. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/11852/1/Modul_Pembelajaran_Kendiri.pdf [1 April 2013].

Shaharom Nordin dan Yap Kueh Chin.1991. Ke Arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul. Jurnal Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia 7: 89-107.

Page 23: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

23

Shuell, T.J. 1992. Designing instructional computing systems for meaningfullearning. In Jones, M. & Winne, P.H. (Eds.). Adaptive learning environments.Berlin: Springer-Verlag: 18-53.

Simmons, Robin & Walker, Martyn .2013 Teacher Training Qualifications For The Lifelong Learning Sector – A Comparison Of Higher Education Institution And Awarding Body Qualifications. Teaching in lifelong learning: a journal to inform and improve practice, 4 (2). pp. 24-31. ISSN 2040-0993

Siti Aminah Mohd Sam & Seow Ta Wee. 2013. Kelestrarian Pembangunan Sosiobudaya Komuniti Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam sekitar ke-4. Anjuran Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI . 483-489.

Sommerville, I. 1989. Software engineering. Third Ed. USA: Addison Wesley.

Spector, J.M., Gagne’ R.M., Muraida, D.J. & Dimitroff, W.A. 1992. Intelligentframeworks for instructional design. Educational Tech. Oktober: 21-27.

Van Vliet, H. 1993. Software engineering. Chichester: John Wiley.

Wan Amir Zal. 2011. Penerimagunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh Belia Orang Asli Selangor: Indikator Integrasi Melalui Tafsiran Nilai. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 11: 49 - 54

Zubaidah Begam. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik:Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Zurida Ishak. 2007. Sistem Hipermedia adapptif pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran dan prestasi pelajar. Tesis S.Sains, Universiti Sains Malaysia.

(Ting 2005).

Syed Yahya Kamal, Syed Ardi and Tasir, Zaidatun (2008) Pembelajaran masa depan -

mobile learning (m-learning) di malaysia. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca

Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

Sharple, M. (2007). Big Issues in Mobile Learning. Report of a workshop by

Page 24: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

24

Kaleidoscope Network of Excellence Mobile Learning Initiative. Nottingham: The

University of Nottingham.

Kozma, R. B. 2003. Technology and Classroom Practices: An International Study.

Journal of Research on Technology in Education, 36(1), 1-14.

Sunkel, G. 2006. Las Tecnologías de La Información y la Comunicación (Tic) en la

educación en América Latina. Una exploración de indicadores. CEPAL -

Politicas sociales (Division de Desarrollo Social, CEPAL, Naciones Unidas.).

Page 25: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

BAB II

PENGENALAN

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan

dengan tajuk. Sorotan penulisan ini akan melihat beberapa pandangan dan kajian yang

telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat

samada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.

Beberapa kajian lain turut dikaji sebelum membangunkan modul ICT ini. Di antara

kajian yang telah dibuat adalah meliputi aspek teori, strategi dan perkaedahan pengajaran

dan pembelajaran P&P berasaskan kepada ‘Personalized Learning’.

2.2 LATAR BELAKANG ORANG ASLI

”Orang Asli (Malay: Original People) is the accepted term for 17 to 25 indigenous

ethnic minorities of Peninsular Malaysia”

Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu. Hasil

penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara

Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung

sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Fauzi 2006, Nurul Farhana

2010). Mereka dikatakan berasal dari China dan Tibet, dan berhijrah ke Semenanjung

Tanah Melayu melalui tanah besar Asia Tenggara.

user, 23/08/13,
user, 23/08/13,
Ape ni.. tak pham.. define dulu… untuk define… intro takletak dalam bab dua..Bab dua kena define dulu// baru leh guna untuk seluruh bab 2.. itu guna nyer define
Page 26: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

26

Taburan penempatan tiga suku kaum Orang Asli terbahagi kepada tiga zon iaitu,

zon utara yang majoritinya dikuasai oleh suku kaum Negrito, zon tengah oleh suku kaum

Senoi, dan zon selatan oleh suku kaum Melayu-Proto atau dikenali juga dengan Melayu-

Asli (JHEOA 2003; Ibrahim Ngah & Khairul Hisyam 2007). Setiap satu kumpulan ini

dipecahkan lagi kepada 18 suku kaum yang lebih kecil. Pecahan ini dibuat berdasarkan

perbezaan asal usul, tutur bahasa dan juga rupa bentuk fizikal mereka. Mereka

merupakan sebuah masyarakat yang unik, kaya dengan kebudayaan dan amalan tradisi

mereka yang tersendiri. Memahami dan menghayati cara hidup mereka adalah perlu

kerana mereka juga sebahagian daripada rakyat Negara ini yang berhak untuk hidup

selesa tanpa perlu dipandang rendah.

Jadual 1 menunjukkan latar belakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku

kaum mengikut kumpulan.

Kumpulan Keterangan Suku KaumMelayu-Proto Tinggal di sekitar Orang Melayu di

Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan dengan orang Melayu. Kebanyakkan perkampungan mereka kini terletak di kawasan bandar dan pedalaman.

Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.

Senoi Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman negeri Perak,

Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri,

Negrito Sesetengah orang negrito masih suka hidup berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-baha makanan.Tinggal di kawasan sekitar daerah Gerik, Hulu Perak, kawasan pedalaman Kelantan, pedalamanUtara Pahang, kawasan barat Terengganu dan Selatan Kelantan.

Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.

Latar belakang Orang Asli di Malaysia (Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor, 2010)

Menurut Hasan Mat Nor (1998) dalam Khairul Hisyam (2008), warga peribumi

ialah kumpulan etnik natif yang mendiami sesebuah wilayah yang dituntut dan

dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara, dengan kumpulan etnik terbabit datang

Page 27: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

27

dari wilayah tersebut sebelum wilayah itu menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Seterusnya, bacaan diperluaskan lagi dan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa

perkataan dan frasa-frasa lain yang digunakan bagi merujuk kepada masyarakat peribumi

iaitu Bumiputera dan Orang Asli.

Dalam Kamus Dewan, masyarakat peribumi ditakrifkan sebagai ‘penduduk asli’

dan juga bumiputera. Kamus Longman Edisi Kedua mentakrifkan peribumi sebagai

aboriginal, iaitu para penduduk asal yang menduduki sesebuah negara sejak awal lagi. Di

sini dapat difahami bahawa Peribumi adalah istilah umum yang digunakan bagi merujuk

kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni awal atau terawal di

Malaysia. Namun muncul pula dua istilah yang lebih spesifik bagi membezakan status

kumpulan penduduk asal iaitu bumiputera dan Orang Asli. Kumpulan bumiputera ialah

Orang Melayu di Semenanjung; Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut,

Melanau, Kelabit dan penduduk natif lain di Sarawak dan Orang Melayu, Kadazan,

Dusun, Bajau dan penduduk natif lain di Sabah.

Sejak dari zaman sebelum merdeka lagi, kehidupan mereka yang unik telah

menjadi tumpuan para pengkaji tumpuan para pengkaji terutama pengkaji dari barat.

Pihak kerajaan telah mewujudkan satu jabatan khas untuk menjaga hal ehwal Orang Asli.

Jabatan yang diberi nama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang dulunya dikenali

sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) menjadi payung kepada masyarakat

Orang Asli selama ini. Peranan jabatan ini adalah untuk menjaga kebajikan Orang Asli

sepenuhnya. Mereka menyediakan kemudahan asas seperti rumah baru, bekalan enjin

kuasa (generator), menguruskan saluran bekalan air, sekolah, balai raya, surau,

menyediakan elaun sara hidup untuk setiap keluarga dan banyak lagi kemudahan semasa

yang menjadi keperluan masyarakat istimewa ini.

Kebanyakan daripada mereka tinggal di hutan belantara dan tanah-tanah tinggi di

antara 2000 hingga 6000 kaki dari paras laut. Terdapat 40% daripada mereka tinggal di

tanah rendah dan persisiran pantai. Kini, Orang Asli ialah kelompok minoriti masyarakat

peribumi di Semenanjung Malaysia (Nicholas 2000; Sunaidin 1997). Mereka dianggap

Page 28: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

28

minoriti kerana dengan penduduk seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya

membentuk 0.5% daripada jumlah keseluruhan penduduk Negara (JHEOA 2003).

2.2.1 Budaya dan Budaya Pemikiran Pelajar Orang Asli

Merujuk kepada Kamus Dewan, budaya ialah tamadun, peradaban dan kemajuan fikiran,

akal budi (cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya, budaya pemikiran Orang Asli

boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan

behavioural.

i. Aspek Kognitif

ii. Aspek Afektif

iii. Aspek Behavioural

Page 29: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

29

2.3 ICT DALAM PENDIDIKAN

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi

budaya kehidupan masa kini. ICT juga telah diaplikasikan pada Personalized Learning

Environment (PLE) dan merupakan aspek utama yang berkaitan untuk menyokong

pembangunan dan pembelajaran personal (Trafford et al 2004). Khususnya dalam bidang

pendidikan, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru serta pembelajaran pelajar

(Gani dan Clemes 2006, Johan 2011). Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan

bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru dan

kaedah pembelajaran pelajar. Maka, secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan

sesuai dengan era masa kini mengikut gaya belajar pelajar yang berbeza-beza.

Menurut Vekiri (2010), terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi

penggunaan ICT di kalangan pelajar. Antaranya ialah kepentingan, faedah, minat dan

keseronokan, serta pengetahuan dalam penggunaan ICT. Faktor-faktor ini jugalah yang

akan menyumbang kepada keputusan untuk melihat sejauh mana tahap penggunaan ICT

dalam pembelajaran.

Di celah-celah pembangunan asas tersebut, kerajaan tetap tidak lupa untuk

membawa Orang Asli terlibat dengan pembangunan kontemporari iaitu pembangunan

ICT. Dapat dilihat dengan jelas dalam RMK ke-8 dan Ke-9 yang mana kerajaan cuba

mengurangkan jurang digital dalam pelbagai peringkat masyarakat (Wan Ahmad Amir

2009). Kesungguhan kerajaaan untuk membangunkan ICT merupakan manifestasi dari

kesedaran kerajaan tentang kekuatan yang ada pada ICT iaitu kemampuannya untuk

memperkasakan dan membentuk generasi yang membangun (Kenny 2002). ICT juga

merupakan teknologi yang berkuasa dalam kepantasan dan keberkesanan untuk

mengubah kualiti hidup masyarakat (Gani dan Clemes 2006).

Page 30: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

30

2.4 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

2.4.1 Teori Konstruktivisme

Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A

Contemporary Approach (ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme

(constructivism) ialah

“Constructivism is an approach to learning in which learners are provided

theopportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal

connections or relationships among the ideas and facts being taught.”

(McBrien & Brandt 1997)

Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah

pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina

kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan

(dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga

dikenali sebagai fahaman “binaan”.

Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational

Psychology,“Constructivist perspectives – View that emphasizes the active role of the

learner inbuilding understanding and making sense of information.” Dari kenyataan-

kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu

memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau

pengetahuan yang dipelajari.

Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah

dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang

Page 31: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

31

psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang

pertama, iaitu GiambatistaVico, mengatakan bahawa

“one only knows something if one can explain it ” (Yager, 1999).

Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah

penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif,

menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan

menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat

interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek 1992). Seterusnya, perspektif

konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt,

Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey. Pembelajaran

bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan“belajar

dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar

berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey

mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan.

Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal

mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, “Play, Dreams

and Imitation in Childhood ” dan Vygotsky (1978) dalam “Mind in Society ” yang

dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku

tekstelah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan

masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang

sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey

dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula

dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif

konstruktivisme.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh

dilaksana dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut (Ramlah dan

Page 32: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

32

Mahani 2002): (i) Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang

sesuatu konsep, (ii) Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama

lain, (iii) Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka, (iv)

Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap

pandangan mereka, (v) Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar, (vi) Menyediakan

aktiviti-aktiviti berbentuk “hands on” dan “ minds on”, (vii) Mementingkan kemahiran

saintifik dan kemahira berfikir dalam kalangan pelajar, (viii) Menggalakkan pelajar

merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya, (ix) Meminta pelajar

menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina, (x) Menggalakkan pelajar

mengemukakan hipotesis, (xi) Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada

pelajar, (xii) Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-

pelajar lain, (xiii) Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar dan

(xiv) Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

2.4.2 Teori Apprenticeship

2.5 PENDEKATAN STRATEGI DAN PERKAEDAHAN

2.5.1 Strategi Pembelajaran Hibrid berasaskan projek dengan berorientasikan masalah (POPEYE)

1.4 PROBLEM-ORIENTED PROJECT-BASED HYBRID E-TRAINING

Page 33: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

33

ORIENTATION

Problem-Oriented Project-Based Hybrid E-Training (POPeye) strategy traces back to

the 1970s in Denmark when Aalborg University and Roskilde University Center were

established (Dirckinck-Holmfeld 2002). In Denmark, the more popular term for

POPeye is Problem Oriented Project Pedagogy (POPP). The framework of this study

uses POPeye as a means of providing active, constructive, cooperative, authentic and

achievable learning objectives that will result in meaningful learning. In order to

create contents for a meaningful learning that are appropriate to user needs, fulfill the

Malaysian Qualification Framework and in line with the POPeye strategy, a task

analysis was conducted. The analysis was first conducted to determine the course

contents and second to identify the most appropriate instructional media and delivery

method to be used for the course as explained in Chapter III.

2.5.2 Personalized Learning Environment (PLE)

Setiap individu pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut minat dan

kecenderungan tersendiri. Namun begitu, sistem pendidikan sedia ada tidak berupaya

menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut kehendak setiap individu. Justeru itu,

satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebagai Personalised Learning Environment

(PLE) telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. “Personalisation” ialah satu

keperluan penting untuk memotivasi pelajar dan menyokong pembelajaran berpusatkan

pelajar (Noor Azida dan Mohamad Bilal 2010).

PLE diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan satu lokus pembelajaran yang

mana semua elemen dalam proses pembelajaran disatukan bagi menghasilkan satu set alat

yang dapat menyokong pembelajaran setiap individu (Noor Azida dan Mohamad Bilal

2010).

2.5.2.1 Kepentingan Persekitaran Pembelajaran Personal

Page 34: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

34

Terdapat pelbagai kelebihan dan kepentingan PLE bagi meningkatkan kualiti sistem

pendidikan. PLE penting kerana ia adalah pertukaran daripada satu model pembelajaran

tradisional yang mana pelajar menggunakan maklumat melalui saluran bebas seperti pusat

sumber dan buku teks kepada satu model yang mana pelajar mendapatkan sumber

pembelajaran yang boleh dipilih dan diuruskannya sendiri (Educause 2009).

Selain itu, menurut Miligan (2006), konsep yang digunakan dalam PLE ialah

pendekatan berpusatkan perkhidmatan yang membenarkan setiap individu pelajar

memilih sendiri persekitaran pembelajaran yang mereka perlukan. Kenyataan ini

disokong oleh Attwell (2007), yang menyatakan PLE membenarkan pelajar menyusun

dan membangunkan sendiri persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan gaya

pembelajaran mereka.

Menurut Attwell (2007), PLE penting kerana berkeupayaan membangunkan

potensi dengan memudahkan capaian pembelajaran dalam konteks yang berbeza dan

menggunakan alat serta antaramuka yang berbeza. Ini akan menghasilkan pelajar yang

lebih bertanggungjawab dan berdikari. Selain itu, menurut Miliband (2006) rasional

pembelajaran personal adalah jelas iaitu untuk meningkatkan piawaian dengan memberi

fokus pada pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kecenderungan dan minat pelajar.

2.5.2.2 Isu-Isu Dalam Persekitaran Pembelajaran Personal

Di antara isu-isu yang berkaitan dengan PLE ialah usaha untuk menyediakan bahan

pembelajaran yang efisyen dan usaha mencari objek pembelajaran yang pelbagai

mengikut keperluan individu, Sampson (2002). Namun isu ini telah di atasi dengan

beberapa usaha antaranya ialah satu enjin carian web-course yang telah dibangunkan oleh

Gong dan Kinshuk (………………..). Enjin carian ini ramah pengguna, efisyen dan

membantu pelajar untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan daripada objek

pembelajaran yang telah dibina. Sistem yang dibangunkan ini menggunakan spesifikasi

Metadata untuk merekod objek pembelajaran yang pelbagai. Dengan Metadata, sistem

tersebut akan mengumpulkan maklumat yang tepat tentang sumber pendidikan, mencari

Page 35: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

35

parameter carian yang sepadan dan memberikan keputusan yang bermakna kepada

pengguna.

Menurut Hargreaves (2004), antara isu yang berkaitan dengan PLE yang perlu

diberi perhatian ialah proses mencipta, mengorganisasi dan melaksanakan sistem

pembelajaran personal bagi memastikan latihan dan nota yang dibuat sesuai dan berguna

serta boleh diterima oleh pelajar. Memandangkan kita sudah berada di abad ke-21, isu

yang sering dipersoalkan ialah apakah sistem pendidikan yang diajar kini masih relevan

diajarkan kepada pelajar di abad ini dan apakah perubahan yang harus dibuat pada

kurikulum untuk melahirkan individu yang lebih baik?

Selain itu, isu berkaitan PLE yang telah dikemukakan oleh Aspect (2006), ialah

bagaimana menentukan kemahiran progresif dan sikap yang diperlukan oleh pelajar serta

usaha untuk mencari sistem baru dan kaedah yang boleh memenuhi keperluan individu.

Isu ini dianggap penting kerana untuk menyesuaikan kemahiran dan sikap dengan sistem

pembelajaran bukanlah satu usaha yang mudah. Justeru itu, ahli profesional dalam

bidang teknologi pendidikan harus memikirkan penyelesaian yang terbaik dalam

menyelesaikan dan mengatasi isu ini.

2.5.3 Gaya Belajar Orang Asli

Gaya belajar boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gaya belajar visual, auditori dan

kinestatik. Setiap pelajar memiliki ketiga-tiga gaya belaajr ini. Walau bagaimanapun,

mereka akan cenderung kepada salah satu antaranya yang lebih dominan samada visual,

auditori dan kinestatik.

2.5.3.1 Ciri-ciri gaya belajar visual

Pelajar yang belajar cara visual belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk

perkataan atau ayat di dalam buku, papan hitam serta paparan komputer (Nor Syazwani

Page 36: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

36

2012). Antara ciri-ciri gaya belajar ini ialah seperti (i) Bercakap dengan cepat, (ii)

Mementingkan penampilan dalam berpakaian/penampilan, (iii) Tidak mudah terganggu

dengan kesibukan, (iv) Mengingat apa yang dilihat, daripada apa yang didengar, (v)

Lebih suka membaca daripada dibacakan, (vi) Pembaca cepat dan tekun, (vii) Seringkali

mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tidak pandai memilih kata-kata, (viii) Lebih

suka melakukan demonstrasi daripada bercakap, (ix) Lebih suka muzik daripada seni dan

(x) Mempunyai masalah ntuk mengingat struktur lisan kecuali jika ditulis dan seringkali

meminta bantuan orang untuk mengulanginya.

Pendidik boleh mengaplikasikan beberapa strategi untuk memudahkan proses

belajar bagi pelajar jenis visual ini antaranya ialah (i) Menggunakan bahan cisual seperti

gambar-gambar, diagram dan peta, (ii) Menggunakan warna untuk menandakan hal-hal

penting, (iii) Menggalakkan pelajar untuk membaca buku-buku berilustrasi, (iv)

Menggunakan multimedia (contohnya : komputer dan video) dan (v) Menggalakkan

pelajar untuk mencuba mengilustrasikan idea-ideanya ke dalam gambar.

2.5.3.2 Ciri-ciri gaya belajar auditori

Reid (1984) mentakrifkan pelajar auditori belajar dengan mendengar perkataan yang

dituturkan dan dari penjelasan secara lisan. Pelajar dengan gaya pembelajaran auditori,

belajar dengan lebih baik dengan mendengar cerita, ceramah atau kaset (Dunn, Dunn dan

Price 1979; Rosseni 2010). Antara ciri-ciri gaya belajar ini ialah seperti (i) Semasa

bekerja suka berkomunikasi dengan diri sendiri (monolog), (ii) Penampilan rapi, (iii)

Mudah terganggu dengan kesibukan atau tekanan, (iv) Belajar dengan mendengar dan

mudah mengingat apa yang dibincangkan daripada apa yang dilihat, (v) Mudah membaca

dengan kuat dan memperdengarkan kepada orang lain, (vi) Menggerakkan bibir mereka

dan menulis di buku ketika membaca, (vii) Biasanya seorang yang boleh bercakap fasih,

(viii) Lebih pandai mengeja dengan kuat daripada menulis, (ix) Lebih suka gurauan lisan

daripada membaca komik, (x) Mempunyai masalah dengan suasana yang melibatkan

Page 37: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

37

visual, (xi) Berbicara dalam irama yang tersusun dan sistematik dan (xii) dapat

mengulangi kembali dan meniru nada, berirama dan warna suara.

Strategi untuk memudahkan proses belajar bagi pelajar jenis auditori adalah

dengan (i) Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan di dalam kelas

ataupun di dalam keluarga, (ii) Membimbing pelajar untuk membaca bahan pengajaran

dengan kuat, (iii) Menggunakan muzik untuk mengajar murid-murid, (iv) Berbincang

dengan murid menggunakan idea secara verbal dan (v) Pelajar merakam bahan

pelajarannya ke dalam kaset dan bombing mereka untuk mendengarkannya sebelum tidur.

2.5.3.3 Ciri-ciri gaya belajar kinestetik

Pelajar yang belajar gaya kinestetik berkemampuan untuk belajar dengan baik dan

berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di

kelas. Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila

melakukan aktiviti secara amali (Rosniah Mustaffa 2007).

2.6 TRANSFERRIBLE SKILLS

2.6.1

2.6.2

2.7 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Page 38: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

38

Secara amnya, model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran. Model-model pengajaran juga sebenarnya merupakan model

pembelajaran. Dengan lebih jelas lagi, model pengajaran merupakan satu perihalan yang

dijadikan panduan oleh guru untuk merancang kurikulum khususnya selain merangka

kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program

multi-media serta pengajaran berpandukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan

sebagainya. Namun begitu, model ini haruslah bersesuaian dengan pelbagai situasi

pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi.

Selain itu, model ini juga haruslah bersesuaian atau harus diubahsuai dengan gaya

pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan.

Terdapat beberapan kumpulan model pengajaran yang seringkali dijadikan panduan guru

iaitu Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model

Personal.

Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan modul ICT ini

adalah berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran. Model ini

dibentuk melalui hasil pengubahsuaian Model Assure (Heinrich dan Molenda 2005),

Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1978), model Kemp (Morrison, Ross

dan Kemp 2001) dan Model Reka-bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran &

Pembelajaran (SPP III 2010) (Rosseni 2010) serta Model Personal (Carl Rogers 1982).

2.7.1 Model Assure (Heinrich, Molenda, Russell dan Smaldino 2005)

Dalam membangunkan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran, pendidik sepatutnya

merancang reka bentuk secara sistematik untuk melahirkan suasana pembelajaran yang

berkesan (Zuraidah 2010). Model Assure (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino

2005) adalah model reka-bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang

penggunaan media secara sistematik. Model Assure ini, terdiri daripada enam (6) fasa

iaitu, fasa pertama merupakan fasa Analisis pelajar, fasa kedua menyatakan objektif, fasa

ketiga ialah memilih kaedah, manakala fasa keempat merangkumi media dan bahan. Fasa

Page 39: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

39

kelima pula ialah menggunakan media dan bahan, melibatkan pelajar dan fasa terakhir

iaitu fasa keenam ialah menilai dan mengkaji semula. Model ini bertujuan menyediakan

panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan media serta

memastikan sesuatu pengajaran dan pengajaran akan berlaku. Ia juga lebih berfokus pada

perancangan mengajar di dalam bilik kuliah atau di bilik darjah yang mana merupakan

sebuah formula untuk Kegiatan Belajar Mengajar (KBM).

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Assure kerana model ini

memenuhi keperluan pengkaji dalam melaksanakan pembangunan Modul Pembelajaran

Kendiri (Nor Syazwani 2012). Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-

pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model reka bentuk instruksi yang sering menjadi

tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan ‘courseware’

pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang mengambilkira media dan teknologi.

Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup

Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas digunakan oleh guru-

guru untuk merancang pembangunan media instruksi secara sistematik.

Rajah 2.2 Model Assure (Heinrich, Molenda, Russell dan Smaldino 2005)

2.7.2 Model Morrison, Ross dan Kemp

user, 23/08/13,
Besarkan skit .. tak Nampak.. kena pakai kanta pembesar nk tgk tulisan.. heheheh
user, 08/23/13,
Kata enam.. tapi declare dua ????
Page 40: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

40

Model Morrison, Ross dan Kemp berorientasikan bilik darjah dan menerangkan satu

pendekatan yang menyeluruh untuk reka bentuk pengajaran yang mempertimbangkan

semua faktor-faktor dalam alam sekitar (Morrison, Ross, & Kemp 2004. Model ini

menetapkan satu proses lelaran dan tertakluk kepada semakan yang berterusan. Bagi

pendapat Prestera (2002) dalam kajian The Herridge Group Inc. (2004), model ini sangat

fleksibel yang direka bentuk untuk memberi tumpuan pada kandungan dan daya tarikan

P&P guru-guru.

Model Morrison, Ross dan Kemp ini mempunyai tiga elemen yang

membezakannya daripada beberapa model lain iaitu: (i) arahan dianggap dari perspektif

pelajar, (ii) model mengambil pandangan sistem umum ke arah pembangunan (komponen

model bebas antara satu sama lain) dengan reka bentuk pengajaran yang dibentangkan

secara pusingan yang berterusan dan (iii) model yang menekankan pengurusan proses

reka bentuk pengajaran (Morrison, Ross, & Kemp, 2004). Bagi model Kemp pula

merupakan contoh model melingkar jika ditunjukkan dalam sebuah diagram. Secara

ringkas, menurut model ini terdapat beberapa langkah dalam penyusunan sebuah bahan

iaitu antaranya ialah menentukan topik setiap pembelajaran, menganalisis gaya

pembelajaran pelajar, menetapkan tujuan pembelajaran yang ingin dicapai, menentukan

isi pengajaran, melakukan penilaian formatif, memilih sumber pembelajaran,

melaksanakan rencana pembelajaran dan penilaian sumatif (Morrison et al. 2004).

user, 08/23/13,
Euwww.. tarikan cam mane tu.. 40, 40 ,40 kah.. hehehhe .. bby brapa ?? hikhikik
user, 08/23/13,
Cam mane tu.. prestera da kaji 2002 .. tapi ada dalam 2004 ???? mungkin time travel kot .. hikhikhikhik
user, 08/23/13,
You have declare something big.. kena ada citation
Page 41: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

41

Rajah 2.3 Model Morrison, Ross dan Kemp Sumber: Kemp (1985): The instructional design process

2.7.3 Model Pengajaran Dick & Carey

Model pengajaran Dick & Carey (1996) ini dipilih kerana antara teori yang mendasari

pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick & Carey. Mengikut teori ini proses

pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh

struktur pelajaran, penaksiran dan kemudiannya maklum balas penilaian. Kesemua

perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan

sesuai dengan objek pendidikan terkini. Kajian Dadang Supriatna dan Mochamad

Mulyadi (2009), menggunakan satu model pembelajaran prosedural yang mempunyai 10

langkah reka bentuk pembelajaran. Teori ini berasaskan pendekatan yang melibatkan

pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang

bersesuaian seperti yang dijelaskan dalam model Assure Menurut Gustasfon dan Branch

(2001), "Mesej pengantar yang paling banyak digunakan berkaitan dengan proses reka

bentuk intruksi” ialah model Dick dan Carey (1996).

user, 08/23/13,
U123
user, 23/08/13,
Besarkn.. dok napok.. betul la.. peribahasa.. gajah dpan mata tak nampak.. kuman hujung dunia Nampak.. tapi ni gajah ker.. heee pk2 .. renung2.. dan slemat beramal !! HIHIHI
Page 42: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

42

Model Dick dan Carey ini merupakan model yang mudah dibaca dan difahami.

Pengkaji boleh mengemaskan dan meneliti falsafah yang muncul dalam Intructional

Design (ID) untuk digunakan sebagai bahan rujukan kepada pengajaran. Mereka juga

berpendapat bahawa model ini merupakan satu model contoh yang jelas bagi setiap

langkah dan boleh diaplikasikan untuk meningkatkan minat dalam prestasi teknologi,

analisis konteks modul, model penilaian bertingkat dan juga merupakan sebuah

pengurusan yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Rajah 2.4 Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1996)Sumber : Sherri Braxton's site on Instructional Design Models

2.7.4 Model Reka bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Penulis telah memilih untuk menggunakan Model SPP III iaitu model yang digunakan

dalam kajian Rosseni (2010) yang telah diubahsuai dari model Waterfall (Sommerville

1989; van Vliet 1993; Marshal et al. 1994) dan Model Pragmatics Sequences (Barker

1987; Shuell 1992; Jonassen 1988; Sector et al. 1992; Goodyear 1984; Roblyer 1988).

Penggunaan model ubahsuaian itu pada asalnya adalah untuk pembinaan sistem

SidangKom (Rosseni 2001). Model ini mengandungi enam fasa iaitu i) fasa kajian

user, 23/08/13,
Sorang jer ker.. wahh lone ranger… hikhikhikhik.. kl b yg buat.. tulisla.. penulis. Yang merupakan pengkaji .. baru leh guna statement pengkaji dalm statement strusnya
user, 23/08/13,
Pilih kaler yg sesuai.. agak berbayang.. edit balik neh !!! heheheheh
user, 23/08/13,
Aper neh.. define2
Page 43: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

43

permulaan, ii) fasa analisis keperluan, iii) fasa reka bentuk, iv) fasa pembangunan, v) fasa

pengujian dan analisis dapatan kajian dan vi) fasa pemodelan dan penyelenggaraan.

Rajah 2.5 Reka bentuk instruksional, pembangunan, implementasi, pengujian & penilaian dan proses pemodelan bagi I-MeT (Rosseni 2010)

2.7.5 Model Personal

user, 23/08/13,
Ni aper neh.. ?????
Page 44: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

44

Model personal merupakan salah satu kumpulan model pengajaran.

Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa terdapat pelbagai perspektif yang berbeza-

beza menjadi inti pandangan seseorang mengenai apa yang dilihat tentang perihal dunia

ini. Setiap individu melihat sesuatu secara berlainan berasaskan pengalaman,

persekitaran dan hubungan interpersonal masing-masing (………………). Secara amnya,

kita melihat serta mentafsirkan dan memahami sesuatu peristiwa secara berlainan

(……………..). Hal ini kerana, kita menggunakan kanta yang berbeza-beza untuk

mentafsirkan peristiwa yang kita alami, menterjemah bahasa yang kita dengar dan

mengubah maklumat yang kita terima (……………………). Hal inilah yang menjadi

pandangan kumpulan Model Personal (………………..).

Berdasarkan sumber buku ‘Murid dan Alam Belajar “untuk Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan oleh Choong Lean Keow (…………………..) telah menjelaskan

bahawa model personal adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian

individu. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh berpandukan kepada

teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka, menggunakan kaedah

sinektik untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan perjumpaan kelas bagi membina

pembelajaran komuniti (…………………………).

Maka model personal sememangnya banyak berfokuskan kepada konsep-konsep

yang mana juga diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri;

arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan sifat ingin tahu dan

perkembangan domain afektif dan emosi. Di dalam Model Personal terdapat tiga model-

model. Model-model tersebut adalah seperti yang berikut:

i) Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Carl Rogers dan

berpusatkan murid)

ii) Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran

dan penunaian potensi masing-masing.)

iii) Synectics. (Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti)

Page 45: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

45

Ketiga-tiga model ini telah dicipta bagi membentuk pendidikan agar

membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab atas pendidikan kita dan

seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum kearah

kualiti hidup yang tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui oleh setiap model-model yang

terkandung dalam kumpulan Model Personal. Untuk lebih jelas lagi, kesemua model

tersebut memberi penekanan kepada perspektif bersifat individu serta turut menggalakkan

sifat berdikari yang produktif. Hal ini kerana nasib masing-masing akan lebih terjaga

selain dapat meningkatkan kesedaran kendiri.

Ke semua model reka bentuk Assure (2005), Kemp (1998), Dick dan Carey

(1989) dan SPP III (2010) serta model Personal (……..……) membincangkan langkah

pengembangan pembangunan secara berperingkat-peringkat. Setiap model mempunyai

matlamat, objektif, aktiviti, proses dan penilaian prestasi pengisian serta pencapaian.

Perbezaan utama antara satu model dengan model yang lain ialah reka bentuk model dan

cara perlaksanaan aktiviti yang dijalankan. Setiap model reka bentuk yang diterbitkan

menjelaskan langkah atau peringkat bagaimana model tersebut boleh diguna pakai.

Model yang dibina ini hanya sekadar menyatakan semula model yang lain sama ada

diubahsuai atau diolah semula mengikut pandangan dan andaian masing-masing

(Zuraidah 2010).

Daripada gabungan kelima-lima model tersebut, pengkaji menganalisis ke semua

fasa-fasa tersebut dan menghasilkan satu model baru. Terdapat enam (6) fasa dalam

metodologi pembinaan yang digunakan ini iaitu bagi fasa pertama ialah membuat kajian

terhadap masalah kajian. Seterusnya fasa kedua adalah keperluan analisis di mana

memerlukan spesifikasi sistem. Proses seterusnya, merupakan reka bentuk sistem seperti

model konseptual. Selain daripada itu, fasa keempat pula ialah pembangunan sistem yang

mana memberi penerangan mengenai arahan sistem bagi modul ICT. Fasa model ini

diteruskan dengan fasa kelima iaitu tentang implementasi modul dan membuat pengajaran

Page 46: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

46

berkaitan dengan modul ICT. Fasa keenam pula merupakan fasa terakhir adalah proses

penyelenggaraan dan pemodelan bagi modul ICT.

2.8 KAJIAN LUAR NEGARA

Sekarang ini terdapat banyak usaha-usaha di Amerika untuk memadankan gaya

pengajaran guru dengan gaya belajar pelajar. Gaya belajar pelajar Orang Asli di Amerika

Indian.

2.9 KAJIAN DALAM NEGARA

Gaya pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap mata pelajaran pendidikan seni visual.

Dalam konteks tempatan, kajian yang berkaitan dengan komuniti Orang Asli dan

ICT dapat diperhatikan melalui projek-projek yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli (JHEOA) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA). Antara satu contoh

adalah projek e-Bario yang dilaksana ke atas komuniti Kelabit di tanah tinggi Sarawak

(Marshall & Taylor 2005). Projek sedemikian bertujuan membantu komuniti

membangun aspek sosial, budaya dan ekonomi melalui ICT (Bala et al. 2004).

Kajian Mokhtarrudin (2002) di Kampung Bayangan Sabah mendapati kadar

literasi ICT yang tinggi dalam kalangan penduduk adalah sebagai indikator ICT diterima

pakai.

……………………………………………………………………………………….Sintesi

snya, komuniti Orang Asli menerima, tidak menolak ICT dan mampu menggunakannya.

Page 47: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

47

Kumpulan remaja Orang Asli di Malaysia juga turut mendapat kesan dari

perkembangan ICT (Gill et al. 2009). Pengkaji telah menganalisis secara empirikal data

kajian yang dijalankan ke atas remaja Orang Asli di penempatan terpilih negeri Selangor.

Kajian ini mengupas tahap kefahaman, kepenggunaan ICT, pemilikan ICT serta dorongan

penggunaan ICT dalam kalangan remaja orang Asli. Selain itu, pola pemilikan ICT

dalam kalangan remaja Orang Asli tidak begitu jauh ketinggalan berbanding dengan

masyarakat arus perdana yang lain. Walau bagaimanapun, masalah kewangan untuk

mendapatkan peralatan ICT masih membelenggu kumpulan ini seterusnya mengakibatkan

peningkatan jurang digital dengan kumpulan masyarakat yang lain.

2.10 RUMUSAN

Nurul farhana. 2010. ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG_ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH. Tesis UTM

Gani, A. & Clemes, M. D. (2006). Information and Communications Technology:

A Non-income Influence on Economic Well Being. International

Journal of Social Economics. 33 (9), 649-662.

Wan Ahmad Amir Zal Bin Wan Ismail. 2009. Nilai dan Penerima Gunaan Teknologi

Komunikasi dan Maklumat Terpilih Dalam kalangan Belia Orang Asli di Bukit Lanjan

dan Pulau Carey Selangor. Tesis Sarjana Sains, UPM.

Page 48: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

48

Kenny, C. (2002). Information and Communication Technologies for Direct Poverty

Alleviation: Cots and Benefits. Development Policy Review.

20 (2), 141-157.

Page 49: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

BAB III

PENGENALAN

3.1 PENGENALAN

Metadologi penyelidikan memberi panduan dalam perlaksanaan serta cara melaksanakan

penyelidikan. Setiap kaedah akan dijelaskan secara terperinci untuk memudahkan

pemahaman kepada pembaca. Bab ini juga merangkumi aspek persampelan dan

instrumen yang digunakan, prosedur menjalankan kajian, mengumpul data, cara

menganalisis data dan spesifikasi keperluan modul.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN PEMBANGUNAN

Reka bentuk kajian merujuk kepada bagaimana membina modul yang menggunakan

strategi atau pendekatan hibrid. Kajian pembinaan ini merupakan satu kaedah

penyelidikan berkaitan pengajian sistematik tentang reka bentuk, pembangunan dan

penilaian (i) program, (ii) proses dan (iii) produk yang perlu memenuhi kriteria tertentu

serta dinilai dengan instrumen yang sah lagi boleh dipercayai. Kajian pembinaan ini juga

menggandingkan teori dan praktikal serta boleh melibatkan proses pelaksanaan satu reka

bentuk, pembangunan dan aktiviti penilaian secara serentak (Seels dan Richey 1994).

Dalam bidang teknologi pengajaran, pembinaan sering kali bermaksud satu proses

menterjemahkan satu spesifikasi reka bentuk pengajaran menjadi satu produk dalam

bentuk media pengajaran (Richey et al. 1994). Terdapat dua jenis penyelidikan

pembinaan iaitu Jenis 1 dan Jenis 2 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Page 50: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

50

Jadual 3.1 Dua jenis Penyelidikan Pembinaan

Perkara Jenis 1 Jenis 2Penjelasan Kajian mengenai produk spesifik

atau reka bentuk program serta penilaian projek.

Kajian terhadap reka bentuk, pembinaan, penilaian proses, bahan-bahan serta model-model.

Produk Pengetahuan pembelajaran daripada pembangunan produk yang spesifik dan menganalisis syarat-syarat yang memudahkan penggunaan sesuatu produk

Reka bentuk baru, pembangunan, penilaian prosedur atau model serta syarat-syarat yang memudahkan penggunaan model tersebut.

Context-specific Conclusion =>=> Generalized Conclusion

Sumber : Richey, Klein & Nelson 2004 (p.1103)

3.3 POPULASI KAJIAN

3.4 SAMPEL KAJIAN

3.5 LOKASI KAJIAN

3.6 INSTRUMEN KAJIAN

Page 51: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

51

3.7 MODEL REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM

Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan aktiviti P&P ini adalah

berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran.

Model ini dibentuk hasil pengubahsuaian Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey

1978), Model Morrison, Ross dan Kemp (Kemp 1985), Model Assure (Heinrich &

Molenda 2005), Model Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran &

Pembelajaran (SPP III) yang digunakan dalam kajian Rosseni (2010) yang telah

diubahsuai dari Model Waterfall (Sommerville 1989; Van Vliet 1993; Marshall et al.

1994) dan Model Pragmatic Sequences (Barker 1987; Shuell 1992; Jonassen 1988;

Spector et al. 1992; Goodyear 1994; Roblyer 1988) serta Model Personal oleh Carl

Rogers (1986) . Di dapati kelima-lima model ini mempunyai kelebihan dan kelemahan

masing-masing. Pemilihan penggunaan model reka bentuk dan pembangunan bahan

pembelajaran dan pengajaran telah dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam Bab II.

Proses pembinaan modul secara keseluruhan dihuraikan secara terperinci bermula

dengan Fasa 1 dan berakhir dengan Fasa 6 dengan penilaian formatif dilaksanakan

sebanyak pusingan yang diperlukan iaitu 2 pusingan dan di akhir pembaikan terakhir

selepas penilaian formatif, penilaian sumatif dalam persekitaran sebenar dilaksanakan.

Model pengajaran ini mengambil kira pelbagai aspek seperti berikut: (i) analisis kaedah

pengajaran dan Strategi Pembelajaran Hibrid berasaskan projek dengan berorientasikan

masalah (POPEYE), (ii) reka bentuk hasil pembelajaran yang sesuai, (iii) menyediakan

inventori kandungan pengajaran dan (iv) melaksanakan pengujian dan pengubahsuaian

modul untuk pelajar Orang Asli yang meliputi enam peringkat fasa yang piawai dengan

kitar hayat pembangunan yang lazim diketahui. Kerangka konseptual ini mengambil kira

beberapa entiti seperti elemen-elemen pembangunan modul ICT dan konstruk yang

terlibat dalam proses pengujian kebolehgunaan modul ICT yang merangkumi tiga lapisan

(L1- L3). Perincian lapisan-lapisan ini adalah seperti berikut:

Page 52: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

52

(i) L1: Lapisan pertama merupakan lapisan luaran yang merangkumi persekitaran yang

sesuai dengan pendekatan hibrid: Media atau sumber pengajaran menggunakan

Modul ICT secara hibrid, hasil modul pembelajaran kendiri berasaskan hibrid,

data ataupun maklumat hibrid, strategi pembelajaran yang digunakan iaitu

POPEYE, Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Pembangun serta pengguna

modul ICT.

(ii) L2: Lapisan kedua merupakan lapisan dalaman yang merangkumi keenam-enam fasa

pembangunan yang piawai seperti kajian permulaan, analisis, reka bentuk,

pembangunan, implementasi dan penyelenggaraan serta pemodelan. Keenam-

enam proses ini dilaksanakan secara iteratif sehingga tiada ralat ataupun sehingga

memenuhi keperluan pengguna. Lapisan ini adalah lapisan utama dalam proses

kitar hayat pembangunan.

(iii) L3:Lapisan ketiga merupakan lapisan intradalaman yang merangkumi entiti berkaitan

pengkomputeran berpusat manusia. Entiti-entiti tersebut ialah: isi kandungan

pelajaran modul, ciri-ciri dan aktiviti pembelajaran berasaskan hibrid yang

merangkumi Modul ICT, aplikasi pembelajaran sepanjang hayat, penilaian

kreativiti pelajar, gaya belajar dan ‘personalized learning’. Pengujian

kepenggunaan ini akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu bagi pengujian formatif

pada peringkat pembangunan dan pengujian sumatif pada peringkat implementasi.

Page 53: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

53

Rajah 3.1 Kerangka Konsep Keseluruhan Kajian

3.7.1 Fasa Kajian Permulaan

Dalam fasa kajian permulaan ini keperluan kajian dikenalpasti. Dari lompang kajian

yang dikenalpasti, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk penyataan masalah serta

objektif utama membangunkan projek ini dinyatakan iaitu untuk membangunkan modul

ICT sebagai alternatif kepada Orang Asli dalam kehidupan meraka. Dalam fasa ini,

- Gaya Pembelajaran - Visual, Auditori, Taktual, Kinestetik, Kumpulan & Individu

Teori PembelajaranKonstruktivisme

Strategi pengajaranPOPEYEFASA 2:

KEPERLUAN ANALISIS

Media / sumber

Pengajaran

PenilaianSumatif

PenilaianFormatif

(i)-Isi kandungan modul(ii)-Ciri-ciri & aktiviti modul pembelajaran kendiri

- Pembelajaran Sepanjang Hayat- Kreativiti Pelajar- Personalized learning

Hasil Pembelajaran Berasaskan Modul

Pembangun & Pengguna

Data/ Maklumat

MPK

PendekatanHibrid

FASA 5: IMPLEMENTASI MODUL/ KUTIP

DATA

FASA 6: PENYELENGGARAAN

DAN PEMODELAN

FASA 4:PEMBANGUNAN MODUL

FASA 3: REKA BENTUK MODUL

FASA 1: KAJIAN PERMULAAN

L3

L2

L1

Page 54: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

54

analisis dibuat untuk mentaksir masalah dan membentuk persoalan kajian. Selain

daripada itu, tujuan serta objektif kajian ditentukan dan batasan kajian dikenalpasti. Hasil

temubual yang dijalankan bersama JKKK Kg.Belihoi, Pengurus Program Komuniti, Akzo

Nobel Paints (Malaysia) Sdn.Bhd , Encik Radzi Abdul Rashid, Kok Swee Kien (Unit ICT

Akzo Nobel Paints Sdn.Bhd) dan terakhir adalah pengguna modul ICT. Melakukan

protokol temu bual berdasarkan konsep triangulasi. Tujuan temu bual ini adalah untuk

mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang masalah utama murid-murid Orang Asli

dalam pengajaran dan pembelajaran ICT.

3.7.2 Fasa Analisis Keperluan Modul/ Pelajar

Dalam fasa ini, pengkaji telah mengenal pasti bentuk bahan instruksi yang akan

dibangunkan dan seterusnya mengenalpasti apa yang diperlukan untuk membina modul

Asas ICT bagi mencapai tujuan dan objektif kajian. Fasa ini melibatkan aktiviti

menganalisis dapatan dari kajian permulaan dan juga bahan-bahan rujukan serta proses

temubual daripada keperluan responden. Antara perkara yang perlu ditentukan dalam

fasa ini ialah matlamat, objektif, pengguna sasaran, teori pembelajaran, strategi

pengajaran dan pembelajaran dan kaedah penggunaan modul semasa P&P. Melalui temu

bual bersemuka, perbualan dirakam menggunakan pita rakaman dan nota catatan. Sesi

temu bual dimulakan dengan mengajukan soalan-soalan asas berbentuk umum dan mudah

dan kemudian menjurus kepada yang lebih berfokus. Sesi ini dijalankan bertujuan untuk

mendapatkan penjelasan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Orang Asli

dalam pembelajaran ICT di sekolah.

3.7.3 Fasa Pemilihan Reka Bentuk Modul

Page 55: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

55

Fasa ketiga ini menentukan bagaimana modul akan dibina dan dilaksanakan berdasarkan

apa yang diperlukan dalam spesifikasi keperluan modul. Fasa ini juga meliputi segala

yang dirancang dan menyuratkan apa yang difikirkan untuk membina modul ini.

Terdapat tiga tahap bagi reka bentuk dan pembangunan kajian iaitu: (i) merangka

kandungan serta membuat penilaian terhadap modul, (ii) mereka bentuk dan

membangunkan modul ICT dan (iii) menyediakan senarai semak bagi penilaian modul

ICT yang dibangunkan. Terdapat tiga perkara yang perlu dianalisis seperti ciri-ciri umum

pelajar,pengetahuan dan pengalaman sedia serta gaya pembelajaran pelajar.

3.7.4 Fasa Pembangunan Modul

Fasa keempat ini menentukan bagaimana modul itu akan dibina berdasarkan apa yang

diperlukan dalam spesifikasi keperluan modul selepas ciri-ciri modul dikenal pasti. Pada

fasa ini juga, modul yang direka bentuk mengambil kira konsep-konsep Pendidikan

Komputer dan teori serta strategi P&P yang mendasari pembangunan modul

pembelajaran kendiri mengikut kesesuaian pengguna. Selepas modul ini dibina, ia akan

diteliti dan dinilai semula dalam semua aspek untuk memastika modul tersebut boleh

dibina dan dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan.

3.7.5 Fasa Implementasi Modul

Fasa yang berikutnya ialah fasa kelima. Sebelum memulakan fasa ini, yang mana pada

peringkat akhir pembangunan, dua penilaian kebolehgunaan (Usability Test)

diselenggarakan. Bagi penilaian kebolehgunaan yang pertama Nielson dan Laundauer

(1993) menyarankan sekurang-kurangnya tiga atau lima orang pengguna untuk penilaian

kebolehgunaan. Penilaian ini digunakan untuk mengesan kesalahan teknikal yang

muncul pada akhir peringkat akhir proses pembangunan sistem bagi lima orang pakar dan

sepuluh orang pengguna. Tujuan penilaian kebolehgunaan ini dilakukan adalah untuk

Page 56: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

56

mencari kesalahan (bugs) dan untuk memperbaik pelbagai aspek dalam MPK APs CS5.

Fasa implementasi ini juga merangkumi (i) perancangan proses penulisan modul (ii)

penulisan modul (iii) pengujian formatif kandungan dan aktiviti modul.

Ujian ini akan melibatkan penggunaan modul yang dilaksanakan serta dinilai

melalui Bengkel Adobe Photoshop yang akan dihadiri oleh 30 orang pelajar tahun dua,

bagi kursus Teknologi Pendidikan. Maklumat juga diperoleh daripada borang penilaian

yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar tahun dua bagi kursus Teknologi Pendidikan

untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi sepanjang proses P&P.

Berdasarkan dokumen reka bentuk modul dan rancangan proses penulisan modul, modul-

modul (1-6) dibina secara terperinci bersama dengan latihan pengukuhan, satu demi satu

mengikut turutan agar mengekalkan kesinambungan modul-modul (1-6). Pemilihan

kaedah, media dan bahan mengajar adalah penting sebelum memulakan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini ada dijelaskan dalam pembangunan Model

Assure oleh Heinrich dan Molenda (2000). Seterusnya, menggunakan media dan bahan

mengajar yang telah dipilih itu kepada pelajar-pelajar dengan sebaik mungkin.

3.7.6 Fasa Penyelenggaraan dan Pemodelan Modul

Pada fasa terakhir iaitu fasa yang keenam, melibatkan proses penyelenggaraan dan

pemodelan. Penyelenggaraan merupakan satu proses pengulangan semula. Bagi fasa ini,

ia adalah bertujuan untuk mengesan ralat yang masih ada selepas proses penilaian sumatif

yang akan dilakukan setelah ke semua modul pembelajaran APs CS5 dibina atau untuk

mengubahsuai kandungan perisian mengikut peredaran masa atau kehendak pengguna

yang mungkin telah berubah. Dalam fasa penyelenggaraan pelaksanaan dan pembaikan

mungkin perlu dibuat secara berterusan sehingga penulis modul berpuas hati dengan hasil

terakhir dan modul tersebut dapat mengaplikasikan teori beban kognitif dan teori

minimalis.

user, 27/08/13,
Bukan ker da define jer atas tadi
Page 57: wanieyict.files.wordpress.com  · Web viewBAB I. PENGENALAN. 1.1PENDAHULUAN. Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan

57

3.8 KESIMPULAN

Bab ini telah menerangkan tentang proses-proses yang perlu dilalui untuk membina

modul gabungan ini berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan

pembelajaran dalam kajian yang lalu. Selain itu juga, instrumen dan responden yang

terlibat bagi setiap fasa turut dibincangkan. Output-output bagi setiap fasa merangkumi

penyataan persoalan kajian. Ini adalah untuk dua fasa yang terawal. Penilaian formatif

dan sumatif akan dijalankan bagi setiap fasa mengikut keperluan.

Secara kesimpulannya, untuk menghasilkan sesuatu modul yang memberi

keberkesanan kepada pengguna, penulis perlu menitikberatkan metodologi yang

digunakan. Ini adalah kerana penggunaan metodologi yang bersesuaian dengan

pembangunan modul yang ingin dibangunkan dapat membantu pembangun modul untuk

menghasilkan projek yang bermutu dan berkualiti. Malahan, modul sebegini juga

diharapkan dapat memberi kepuasan dan kefahaman kepada pengguna yang

menggunakan modul yang dibangunkan ini. Oleh yang demikian, metodologi ini menjadi

pilihan penulis dalam projek ini yang melibatkan kehendak serta keperluan pengguna

terlebih dahulu. Sekiranya modul gabungan ini tidak memenuhi kehendak pengguna,

maka proses pelaksanaannya akan diulangi semula sehingga keperluan pengguna

dipenuhi.