konsep kompetensi kecerdasan emosi

Upload: farahfarhana14

Post on 08-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    1/15

    Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi.

    Apakah itu kompetensi kecerdasan emosi?

    Kompotensi kecerdasan emosi adalah kebolehan untuk mengecam

    perasaan diri sendiri dan juga perasaan perasaan orang lain serta

    memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan

    orang lain dengan baik.

    Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial

    yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di

    antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan

    maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. (Young, 1996)

    Kecerdasan emosi adalah banyak dipelajari sepanjang hidup kita dankompetensi kita dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup. Kadang-kadang

    kecerdasan emosi ini dipanggil EQ (Emotional Quotient) seperti IQ (Intelligence

    Quotient). Menurut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk

    keberkesanan IQ. Maksudnya, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik jika

    bahagian otak kita rosak akibat daripada kecacatan emosi.

    Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah

    S.W.T. kepada manusia. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalahseperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak

    berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal

    pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu

    membawa kepada keburukan.

    Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat

    membantu dan mempermudahkan manusia dalam kehidupan di dunia ini.

    Antaranya :

    o Kelangsungan hidup- Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem

    kawalan dalaman yang menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila

    berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan

    memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.

    1

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    2/15

    o Membuat keputusan- Emosi juga menolong kita membuat keputusan

    kerana ia merupakan sumber informasi yang penting. Kajian menunjukkan jika

    perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat

    membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah. Ini kerana dia tidak tahu

    perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.

    o Menentukan sempadan dalam perhubungan- Apabila kita merasa tidak

    tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita.

    Dengan itu kita akan menunjukkan perassan tidak suka dan dapat menolong

    menentukan sempadan di samping menghadkan perhubungan agar fizikal dan

    mental sentiasa terjaga.

    o Komonikasi- Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.

    Ekpresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.

    o Kegembiraan- Apabila gembira kita akan berasa tenang. Jika kita dapat

    mengenal pasti emosi dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk

    menentukan apa yang diperlukan untuk merasa gembira.

    o Kesatuan- Emosi adalah universal. Emosi seperti simpati, kasihan,

    memaafkan dan bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.

    Mengurus emosi negatif- Untuk memperolehi emosi yang sihat kita

    perlu mengurus emosi yang negatif. Langkah pertama mengenal pasti

    emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau

    tidak. Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih

    baik. Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.

    2

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    3/15

    Bagaimana menunjukkan emosi negatif?

    Kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menunjukkan emosi yang negatif.

    Walaupun kita terpaksa menunjukkan emosi 'buruk' namun kesan negatif dapat

    dikurangkan jika bertenang dan mengambil kira perkara di bawah semasa

    menunjukkan perasaan negatif tersebut:

    i. Jangan terlalu dramatik.

    ii. Jangan tunggu sehingga perkara menjadi teruk.

    iii. Singkatkan interaksi.

    iv. Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.v. Cakap apa yang anda rasai.

    vi. Tanya apa yang orang lain rasai.

    vii. Beri cara untuk menjaga air muka(contohnya: mungkin saya salah faham

    dengan awak

    atau saya tahu tujuan awak baik).

    Sebenarnya sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu

    perkara. Kadangkala sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak

    tepat dan dengan itu akan menghasilkan emosi yang negatif. Selain daripada itu

    manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif berbanding positif. Tabiat ini

    harus dikikis sebab ia akan memakan diri sendiri. Apa yang penting adalah

    dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih

    baik walaupun kita mempunyai perassan negatif terhadapnya.

    3

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    4/15

    Faktor yang mempengaruhi emosi manusia.

    Emosi seseorang itu sama ada baik ataupun buruk adalah salah

    satu sifatnya. Adakalanya individu dapat mengawal emosi perasaanya dan

    adakalanya mereka tewas dengannya. Apa yang penting kita tahu untuk

    mengawal emosi kita. Sebagai manusia kita tidak pernah lari dari melakukan

    kesilapan. Terutama sekali dalam menguruskan emosi diri. Banyak perkara yang

    boleh mempengaruhi emosi manusia. Perkara yang mempengaruhi emosi boleh

    dielak sekiranya ditangani dengan cara yang betul. Sekiranya ianya tidak

    ditangani, emosi kita terganggu dan secara tidak langsung kualiti kehidupan kita

    juga akan terjejas.

    Antara faktor yang ketara ialah stress. Stress atau tekanan

    melibatkan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan.Individu berkanaan mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan

    dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan diri dalam

    dirinya dan alam sekitar. Menurut Robinson (1993) sterss merupakan suatu

    keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang,

    kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama

    wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting lepada

    individu tersebut. Secara keseluruhannya stress adalah ketidakupayaan

    memenuhi tuntutan persekitaran, gangguan fungsi kehidupan dan perubahan

    dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan

    desakan hidup. Hakikatnya stress itu normal dan berlaku kepada setiap insan.

    Kita memerlukan stress sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh

    dikendalikan ia akan membebankan kita. Faktor- faktor yang menyebabkan

    stress ialah faktor intrpersonal, diri, organisasi, konflik dengan rakan sekerja dan

    lain-lain. Individu yang stress biasanya menjadi murung, tidak bersemangat,

    mudah marah, suka menyendiri, kurang berkeyakinan dan sebaginya. Stress

    bukan sahaja memberi kesan terhadap emosi manusia malah stress juga

    memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Stress boleh menyebabkan darah

    tinggi, insomnia, sistem imun yang lemah, sakit jantung dan sebagainya.

    Jelaslah stress meminkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia.

    4

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    5/15

    Namun setiap penyakit ada penawarnya. Stress dapat dielakkan jika kita

    mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sebagai contoh melakukan senaman,

    beriadah dengan keluarga, mencari hobi, amalkan pemakanan yang seimbang

    dan sebagainya. Selain itu, adalah penting untuk individu yang mengalami stress

    cuba menanginya dengan muhasabah diri. Kita hendaklah mengkaji kelemahan

    dan kelebihan diri dan mencari penyelesaian terhadap masalah kita dengan

    sistematik.

    Selain itu masalah keluarga juga boleh menjadi penyebab masalah

    emosi. Ibu bapa yang suka bergaduh menyebabkan anak-anak menjadi tertekan.

    Anak-anak akan cenderung untuk menghabiskan masa di luar rumah bersama

    kawan-kawan. Hal ini boleh menyebabkan anak-anak akan terlibat dengan gejala

    sosial. Anak-anak yang datang dari keluarga bermasalah lebih cenderungbersifat agresif, mudah marah, murung, bersikap biadap, tidak menghormati

    orang tua dan sebagainya. Ibu bapa merupakan pemimpin dalam sesebuah

    keluarga. Oleh itu, tindak tanduk mereka menjadi contoh dan tauladan kepada

    anak-anak. Mereka merasakan apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa mereka

    adalah perkara yang betul. Anak-anak memerlukan kasih sayang. Anak-anak

    yang kurang kasih sayang akan membuatkan mereka rasa tersisih dan terabai.

    Faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam menentukan

    emosi seseorang. Suasana atau keadaan di sekeliling kita akan mempengaruhi

    emosi kita. Sebagai contoh, jika keadaan sekitar kita busuk, kita tidak akan dapat

    melakukan aktiviti dengan tenang dan selesa. Hal ini akan menyebabkan kita

    mudah marah dan cepat putus asa. Jika kita bekerja dalam kawasan yang busuk

    produktiviti kita akan berkurangan. Jika kita tidak dapat mengawal emosi kita

    mungkin kita akan bergaduh dengan kawan atas sebab-sebab kecil.

    Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari manghadapi masalah

    emosi. Tetapi Tuhan telah mengurniakan kita akal untuk berfikir. Jangan

    mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Hadapi

    masalh tersebut dan tangani dengan cara yang bermaruah. Sekiranya kita tidak

    mampu, mintalah bantuan dari orang lain. Jangan bersifat ego.

    5

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    6/15

    Kesan didikan ibu bapa terhadap pembangunan emosi anak-anak.

    Dewasa ini, isu berkaitan keibubapaan dan institusi kekeluargaan

    bukanlah satu isu yang baru. Malah ia adalah isu yang selalu diperkatakan dansering diperdebatkan. Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi

    yang penting dalam sistem sosial Islam. Justeru itu Islam memandang mulia

    kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibubapa kerana mereka

    adalah tunggak dan pencorak generasi masakini yang bakal menggalas

    kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak

    sebagai aset negara yang tidak ternilai.

    Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam

    mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga

    yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah. Skima penilaian ibubapa yang

    berjaya tidak meletakkan faktor kebendaan atau aspek lahiriah semata-mata

    tetapi lebih dari itu. Faktor keterampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan

    membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertakwa, beriman dan

    beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan

    tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utamakejayaan mereka.

    Dalam sesebuah keluarga, kehidupan anak-anak sentiasa di bawah

    kepimpinan bapa dengan bantuan ibu. Oleh itu pembangunan dan

    perkembangan anak-anak banyak dipengaruhi oleh ibu bapa. Ibu bapa

    merupakan pemimpin dalam keluarga. Oleh itu, pembangunan keluarga banyak

    bergantung pada pemimpin yang bijaksana, kuat dan berani. Sebaliknya,

    keruntuhan keluarga disebabkan oleh kejahilan, kelalaian dan kelemahan

    pemimpin. Pada umumnya, pemimpin yang baik mempunyai sifat-sifat positif

    seperti berakhlak mulia, berpandangan jauh, kuat bekerja dan cintakan ilmu. Lain

    ibu bapa lain pula cara didikannya. Setiap ibu bapa mempunyai cara mereka

    tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa

    6

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    7/15

    menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai dan boleh diterima oleh anak-

    anak. Menurut Baumrind (1977), kepimpinan ibu bapa dapat dibahagikan kepada

    tiga jenis seperti berikut:

    ( a ) Demokratik dan Dinamik

    Kepimpinan bercorak demokratik dan dinamik merupakan satu

    corak kepimpinan yang fleksibel di mana ibu bapa memberi beberapa autonomi

    atau kuasa kepada anak-anak. Pada masa yang sama, mereka menetapkan

    peraturan keluarga yang perlu dipatuhi oleh anak-anak. Ibu bapa membekalkan

    rasional bagi peraturan-peraturan yang mereka wujudkan. Mereka juga peka

    kepada peraturan serta pandangan anak-anak. Kepimpinan cara ini adalah yang

    terbaik.

    Namun begitu, ibu bapa mengharapkan anak-anak mematuhi

    semangat peraturan keluarga dan menggunakan kekuasaan ibu bapa serta

    hujah berdasarkan logik. Namun begitu, cara ini Melibatkan anak-anak mereka

    berbincang dalam masalah keluarga. Ibu bapa ini bersifat lembut tetapi tegas.

    7

    Kepimpinan ibu bapa

    ( a) Demokratik dandinamik (b) Autokratik ( c )Laissez Faire

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    8/15

    Sekiranya anak-anak membuat kesilapan, mereka akan diberitahu kenapa

    mereka didenda dan sekiranya mereka mencapai kejayaan mereka akan diberi

    pujian. Cara ini menyebabkan anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa. Anak-

    anak lebih senang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan

    ibu bapa. Mereka juga akan belajar untuk bertanggungjawab terhadap tindakan

    yang mereka lakukan. Selain itu, anak-anak akan rasa dihargai bila kejayaan

    mereka diiktiraf oleh ibu bapa mereka.

    Kepimpinan demokratik yang berlandaskan syariah Islam melahirkan

    anak-anak yang menunjukkan ciri-ciri inisiatif, bersopan santun, yakin kepada

    kebolehan diri sendiri, bermatlamat, berorientasikan kejayaan, mesra mudah

    gembira, mampu mengatasi tekanan hidup, minat mempelajari perkara baru,mempunyai kebolehan intelek, kecekapan sosial yang tinggi dan sikap-sikap lain

    yang positif.

    ( b ) Kepimpinan autokratik

    Kepimpinan autokratik bercorak berkepimpinan yang ketat iaitu ibu bapa

    mengadakan berbagai-bagai peraturan keluarga, mengharapkan anak-anak

    mematuhi sepenuhnya peraturan keluarga, jarang membekalkan rasional baginperaturan yang diadakan dan sering kali menggunakan teknik denda bagi

    memastikan anak-anak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kuasa mutlak

    berada di tangan ibu bapa dan segala perancangan dan perlaksanaan

    ditentukan oleh mereka tanpa mengira pandangan anak-anak. Ibu bapa bersifat

    garang dengan anak-anak. Mereka mengamalkan falsafah anak itu hanya boleh

    dilihat tetapi tidak boleh didengar.

    Ibu bapa agak terasing daripada anak-anak kecuali pada masa-masa tertentu apabila mereka berasa perlu berdepan dan berinteraksi dengan

    anak-anak bagi suatu tujuan. Ibu bapa bersikap peribadi dalam memberi pujian

    dan kririk pada kerja setiap anak tanpa memberi pujian dan kritik pada kerja

    8

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    9/15

    setiap anak tanpa memberi alasan yang objektif. Mereka tidak mencampuri

    aktiviti anak-anak.

    Anak menjadi pasif, tidak ada inisiatif, tidak mahu bekerjasama dan

    takut mengeluarkan pendapat, ganas, tidak suka berkawan dan sederhanadalam kebolehan intelelek dan kecekapan sosial. Anak-anak yang dipimpin

    secara autokratif hanya produktif semasa bersama ibu bapa ada bersama-sama

    mereka. Apabila ibu bapa keluar rumah, anak-anak bersikap agresif, kasar,

    bersengketa dan bermusuhan antara satu sama lain.

    ( c ) Kepimpinan Laissez Faire

    Laissez faire dalam bahasa Perancis biarkan mereka bersendirian.Gaya kepimpinan aissez faire paling kurang kawalan pada anggota keluarga. Ibu

    bapa memberi kebebasan berkenaan cara kerja dan hanya cambur tangan

    apabila diminta pandangan. Corak kepimpinan ini kendur dan tidak mempunyai

    orientasi tertentu. Kepimpinan dilihat seperti tidak mempunyai pemimpin.

    Ibu bapa menggandakan peraturan keluarga yang minimum dan

    meberi kebebasan yang meluas kepada anak-anak supaya meneroka

    persekitaran, menyatakan pendapat dan emosi serta membuat keputusan aktiviti

    dan perlaksanaan sesuatu perkara diserahkan kepada anak-anak bagi

    menentukanya.

    Ibu bapa hanya memainkan peranan mengemukakan maklumat

    tertentu yang perlu di samping membekalkan anak-anak dengan bahan-bahan

    yang perlu bagi suatu aktiviti. Dalam ketiadaan penyeliaan seorang dewasa,

    kanak-kanak itu akan naik kepala, dan ini berlaku sejak dia bayi lagi. Dia akan

    berfikir bahawa dunia ini bergerak mengikut kemahuannya, dan dia sering

    mengutarakan kata kesat dan tidak menghormati orang di sekeliling mereka.

    Anarki dan kacau-bilau bertakhta di rumahnya. Ibunya biasanya adalah wanita

    yang paling letih dan paling berputus asa di kawasan tempat tinggal mereka.

    9

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    10/15

    Kesusahan dan keaibannya mungkin berbaloi jika sikap pasifnya menghasilkan

    anak-anak yang baik. Malangnya tidak.

    Kepimpinan laissez faire melahirkan anak-anak yang tidak

    menghormati orang tua, tidak mempunyai semangat tanggungjawab. Merekajuga mudah terjerumus dalam gejala sosial. Mereka juga suka memberontak,

    tiada matlamat, rendah kawalan diri, rendah dalam pencapaian,mempunyai

    kebolehan intelek dan kecekapan sosial rendah dan bersikap dominan.

    Selain tiga sifat kepimpinan terdapat juga faktor-faktor lain yang

    boleh mempengaruhi emosi anak-anak. Antara faktor yang paling ketara ialah

    ibu bapa yang sibuk bekerja tanpa menghiraukan anak-anak. Ibu bapa jenis ini

    meletakkan tanggungjawab memimipin sepenuhnya kepada pengasuh ataupun

    orang gaji. Mereka tidak mempunyai masa sedikit pun untuk mengambil tahu

    tentang prestasi mereka di sekolah, apa yang mereka makan, apa aktiviti anak-

    anak mereka dan sebagainya. Anak-anak akan berasa tersisih dan merasakan

    mereka kurang kasih sayang. Mereka akan lebih cenderung untuk

    menghabiskan masa dengan rakan-rakan mereka. Mereka juga cenderung untuk

    terlibat dalam masalah sosial kerana mereka merasakan ibu bapa tidak

    menyayangi dan mengambil berat akan diri mereka. Ibu bapa yang bekerjaseharunya pandai untuk menyusun jadual supaya anak-anak mereka tidak

    terabai. Sekali sekala bawa mereka pergi bercuti dan habiskan masa dengan

    mereka.

    Ibu bapa yang suka mendera anak-anak juga boleh mempengaruhi

    emosi anak-anak. Ibu bapa yang suka mendera menyebabkan anak-anak

    terseksa bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi mental. Anak-anak jenis

    ini akan sentiasa hidup dalam ketakutan. Mereka tidak suka duduk di rumah

    kerana takut mereka akan di dera. Mereka juga akan menjadi seorang yang pasif

    bukan sahaja di rumah tetapi apabila mereka mula memasuki komuniti

    masyarakat. Mungkin juga anak-anak yang didera menjadi fobia untuk

    berkeluarga kerana takut mereka mengalami perkara yang sama. Anak-anak

    10

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    11/15

    yang didera juga akan mengalami masalah dalam prestasi pelajaran mereka.

    Mereka tidak dapat belajar di rumah. Di dalam kelas mereka tidak dapat

    menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas kerana mereka

    hidup dalam trauma.

    Kepentingan guru mengawal emosi

    Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar

    membina daya pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif bagi membentuk

    individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan

    yang berlaku di sekeliling mereka. Guru yang baik haruslah boleh mengawal

    kelas dengan baik dan boleh menarik perhatian pelajar semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sebagai seorang guru kita haruslah tahu

    untuk mengawal emosi. Jika kita lihat zaman sekarang ramai guru yang tidak

    tahu mengawal emosi. Di dada akhbar terpampang berita guru memukul dan

    mendera pelajarnya. Ini adalah satu contoh tindakan guru yang tidak tahu

    mengawal emosi. Masalah peribadi dibawa ke kelas. Akibatnya murid yang

    menjadi mangsa. Guru yang pandai mengawal emosi mempunyai banyak

    kelebihan dan memberi banyak manfaat kepada pelajarnya.

    Guru yang pandai mengawal emosi dapat memotivasikan pelajar.

    Guru yang ceria dapat meningkatkan minat pelajar terhadap proses pengajaran

    dan pembelajaran. Guru yang tahu mengawal emosi akan sentiasa bersemangat

    untuk masuk ke kelas. Oleh itu, guru itu akan membuat persediaan secukupnya

    dan menggunakan teknik pengajaran yang lebih kreatif. Sebagai contoh

    mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat memotivasi pelajar

    untuk terus belajar kerana ia dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kesan

    daripada visual dan interaktif sumber berasaskan TMK membantu pelajar

    menumpukan perhatian dan menggalakkan mereka tidak jemu dan mampu

    menyiapkan tugasan pembelajaran dalam jangkamasa yang lama.TMK juga

    dapat memotivasikan pelajar dengan cara melibatkan pelajar melalui kerja-kerja

    penghasilan. Melalui pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, guru akan

    11

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    12/15

    melibatkan pelajar dalam penghasilan kerja yang berasaskan teknologi termasuk

    pemprosesan kata,hypermedia, grafik computer dan telekomunikasi. Pelajar

    akan menyukai aktiviti berkenaan kerana dapat meningkatkan kreativiti, ekspresi

    kendiri dan kebanggaan melihat hasilan yang kelihatan professional.

    12

    Kepentingan guru mengawal emosi

    Menjadikan pelajar terhadap pengajaran danpembelajaran

    Interaksi dua hala dapat dijalankan

    Minat pelajar terhadap subjek meningkat

    Memudahkan pengurusan bilik darjah

    Objektik rancangan pengajaran harian tercapai

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    13/15

    Selain itu, kebolehan guru mengawal emosi dapat menjadikan proses

    pembelajaran dan pengajaran berjalan secara lancar. Hal ini kerana guru

    menjadi lebih mesra dengan pelajar. Pelajar akan lebih selesa berinteraksi

    dengan guru. Oleh itu interaksi dua hala antara guru dan pelajar dapat berjalan

    lebih baik. Guru boleh menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan

    sebaiknya dan pelajar dapat menerima maklumat yang disampaikan sebaiknya.

    Situasi di dalam kelas akan menjadi lebih ceria. Pelajar akan menjadi lebih aktif

    dan berani untuk melontarkan pendapat. Hal ini dapat mengembangkan

    pemikiran dan minda pelajarnya. Hubungan pelajar dengan guru akan menjadi

    lebih baik. Sikap guru yang negatif dalam mengurus pengajaran tidak bersedia

    dan mengenali murid secara peribadi. Guru lebih banyak menyampai maklumat

    tetapi kurang membimbing. Hubungan guru murid yang renggang akibat kontekmasa yang singkat. Murid kurang mengenali guru mengakibatkan penerimaan

    dan keyakinan tidak terbina.

    Guru yang dapat mengawal emosi juga dapat memupuk minat

    pelajar kepada subjek berkenaan. Kualiti pengurusan bilik darjah yang baik

    dipandu oleh corak pembelajaran yang terarah. Bilik darjah sebagai learning

    organization, perlu menghalakan aktiviti, minat, sikap dan komitmen yang tinggi

    di kalangan guru dan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

    Pembelajaran yang terarah dapat menentukan objektif yang jelas, pengurusan

    masa, bimbingan dan penyeliaan yang baik oleh guru, disamping rasa

    tanggungjawab yang tinggi di kalangan murid dalam melaksanakan tugas

    mereka sebagai seorang pelajar. Sekiranya guru tahu mengawal emosi

    pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Cara penyampaian guru yang

    menarik akan menjadikan pelajar meminati sesuatu subjek. Secara tidak

    langsung pencapaian pelajar dapat ditingkatkan dan seterusnya meningkatkanprestasi sekolah. Sekiranya guru tidak boleh mengawal emosi keadaan kelas

    akan menjadi bising. Suasana bising dan mengganggu berlaku disebabkan

    kelemahan kualiti pengurusan bilik darjah. Ketidakcekapan guru mencorakkan

    tingkahlaku pelajar (yang terkawal dan berdisiplin ) menyebabkan suasana di

    13

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    14/15

    dalam bilik darjah menjadi bising dan mengganggu.

    Perlakuan destruktif yang pelbagai boleh berlaku jika suasana bising dan

    mengganggu tidak dapat ditangani oleh guru secara berkesan.

    Kepentingan mengawal emosi kepada guru terhadap pengurusanbilik darjah. Kualiti pengurusan bilik darjah merupakan kayu pengukur bagi

    menentukan berkesan atau tidaknya pembelajaran yang berlaku dalam

    sesebuah bilik darjah. Ini kerana kelemahan yang berlaku dalam bilik darjah itu

    juga merupakan petunjuk yang boleh dikaitkan dengan soal kualiti pengurusan.

    Pengurusan yang lemah dan tidak berkesan dalam organisasi pembelajaran

    dalam bilik darjah, menyebabkan perkembangan aspek kualiti yang tinggi dan

    unggul tidak dapat dipertahankan.Kualiti pengurusan yang lemah menyebabkan simpton sosial dan moral dalam

    bilik darjah terus meningkat. Kualiti bilik darjah yang tertekan boleh memberi

    kesan yang negatif ke atas perkembangan emosi seperti masalah rasa takut,

    bimbang , tiada keyakinan, dan keinginan untuk ponteng kelas yang tinggi di

    kalangan murid.

    Tekanan emosi juga boleh berlaku disebabkan perasaan dan rasa kurang

    selamat, aspek moral yang rendah, hubungan antara guru dan murid yang tidak

    baik, beban kerja yang berlebihan, jangkaan yang melampau terhadap murid

    serta kurangnya sokongan di dalam bilik darjah.

    Budaya belajar di dalam bilik darjah yang berkesan dapat dibina

    oleh wawasan dan misi organisasi pembelajarannya. Ini akan dapat

    meningkatkan kesedaran, rasa tanggungjawab, komitmen dan keinginan untuk

    mencapai kejayaan melalui pembentukan sikap yang mementingkan pelajaran

    seterusnya mendorong murid untuk merealisasikan matlamat, cita-cita, hasrat

    dan impian murni. Sekiranya guru tahu mengawal emosi objektif rancangan

    pengajaran harian akan dapat direalisasikan. Secara tidak langsung sukatan

    pelajaran dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, pelajar

    mendapat maklumat sepatutnya yang mereka perolehi untuk tahun tersebut.

    14

  • 8/7/2019 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

    15/15

    Kesimpulannya guru haruslah pandai untuk mengawal emosi

    mereka. Hal ini kerana, prestasi seseorang pelajar bergantung kepada cara

    didikan guru. Guru yang baik boleh memikat hati pelajarnya bila berada di dalam

    dan luar kelas. Guru yang baik menyebabkan pelajar berasa selesa apabila

    bersama kita.

    15