konsep dan prinsip kemahiran bahasa dalam bahasa melayu

53
(i) MENJELASKAN KONSEP DAN PRINSIP KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU KONSEP KEMAHIRAN BAHASA Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. 1

Upload: unapina712539

Post on 05-Jul-2015

833 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

(i) MENJELASKAN KONSEP DAN PRINSIP KEMAHIRAN BAHASA DALAM

BAHASA MELAYU

KONSEP KEMAHIRAN BAHASA

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,

Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur

merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini

demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur

dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan

menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang

memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang

mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan

perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan

penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis

dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan

membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky

(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

1

Page 2: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa

orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun

pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar

ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala

kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan

maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat

penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat

memahami dan memproses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.

Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan

pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3)

menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:

(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam

kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;

(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang

sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-

rakan, guru,ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan

lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa

cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang

perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:

(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa

melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang

diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi

berkenaan.

(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain

mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara

2

Page 3: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah –

untuk diri sendiri dan orang lain;

(c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan

bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;

(d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan

memperoleh maklumat tertentu;

(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya

kreativiti –ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;

(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan

sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan

padat;

(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan

syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya

tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;

(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan

keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut

nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada

secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan

(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan

menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan

nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa

bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-

unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa

isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat

pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga

melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan

memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik

3

Page 4: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan

melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.

Konsep Pertuturan

(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];

(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar

dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan

otaknya;

(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap

sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada

aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan

(a) Sebutan

Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap

huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid

diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan

tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting,

terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi

kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan

sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya;

(b) Tekanan

Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi

tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi

tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

4

Page 5: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

(c) Mora (panjang-pendek)

Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut

‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;

(d) Jeda (persendian)

Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen

linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan

sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini

digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda

bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,

‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya

melepaskan tembakkan!

(e) Intonasi

Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau

menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar

berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai

intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung

ayat.

(f) Nada

Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika

sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do,

Re,Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun

demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan

bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.

(g) Tatabahasa

5

Page 6: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara

menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan

semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan

berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh

kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek

tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

(h) Kelancaran

Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan

baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan

ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan

murid-murid.

(i) Kefasihan

Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik

lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut

perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

(j) Laras bahasa

Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid

menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu

berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi

secara berkesan.

Objektif Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:

(a) menyebut dengan jelas;

(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;

(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ;

(d) memberi penerangan dan al asan;

6

Page 7: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

(e) menunjuk arah;

(f) membina soalan untuk mencari maklumat;

(g) bertemu ramah;

(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;

(i) bertutur secara bertatasusila; dan

(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan

situasi.

KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai

oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu

dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Sebelum kanak-kanak ini boleh

berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai

bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi

dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari, mengajuk

dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang

berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan

perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam

ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam

persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-

kanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam

persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur

dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

Mengapa kemahiran mendengar perlu?

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses

maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar

untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan,

perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru.

Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam

7

Page 8: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan

(radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan

televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan

kesusasteraan).

Proses Mendengar

Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan

mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua

berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa,

aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar

biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:

(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;

(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;

(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan

(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Objektif mengajar kemahiran mendengar

Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:

(a) memperoleh idea;

(b) mencari isi-isi penting;

(c) melakukan arahan/ tindak balas;

(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;

(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;

(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,

(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan

(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,

iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang

terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

8

Page 9: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan.

Ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak atau murid yang telah

menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa

sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami maksud

dan boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Aspek-aspek

pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:

(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;

(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;

(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan

(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Bentuk Kemahiran Mendengar

Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain

proses mendengar:

(a) secara pasif;

(b) secara bertelau-telau;

(c) tanpa tindak balas;

(d) secara menebuk-nebuk;

(e) dengan beremosi;

(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan

(g) secara kritikal.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar

(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar

dan diingati;

(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat;

(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding

daripada kecerdasan otaknya;

9

Page 10: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran

seseorang;

(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;

(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;

(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;

(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek

kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan

(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara

kritis terhadap bentuk dan isi.

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.

Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat

peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang

meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar.

Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami

apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar

dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan

berkesan.

Jenis Bacaan

Bacaan mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat

mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf

dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul .

Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak

membebankan fikiran.

10

Page 11: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam

hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis

adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.

Bacaan Intensif

Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan

tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan

perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti

pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.

Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid;

memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang

perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal

bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan

ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan

meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan

pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca

dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza

dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat

perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang

menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan

sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau

11

Page 12: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran

kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran

sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah

keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan

dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut

keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan

matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.

Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-

bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari

segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat

apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah

diketahuinya. Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat

kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak

menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran

membaca dengan lebih mudah.

Prabacaan

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi

kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti

koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa

pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga

membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh

mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan

dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan

lagi kemahiran tersebut.

12

Page 13: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan

ayat-ayatmudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi

suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah

membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah

terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman

terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan

dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul

maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu

dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

Bacaan Intensif

Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara

saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan.

Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan

membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca

pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara

membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.

Bacaan intensif adalah bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti,

memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi

penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan

perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berbeza.

Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh

daripada guru-guru.

13

Page 14: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif merupakan kegiatan membaca secara meluas. Objeknya meliputi

sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Bacaan ekstensif bertujuan

memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang

berkesan. Bacaan ekstensif melibatkan tiga perkara berikut iaitu membaca tinjauan,

membaca sekilas dan membaca dangkal. Membaca tinjauan ialah meneliti indek, daftar

kata, judul, bab, rangka kasar dan kandungan. Membaca sekilas pula melibatkan

pergerakan mata yang cepat untuk melihat , memerhati bahan-bahan bertulis bagi

mencari isi dan mendapat maklumat serta penerangan. Terdapat tiga tujuan membaca

sekilas:

(a) Untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan

(b) Untuk mendapatkan hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan

(c) Untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan

Membaca dangkal pula adalah untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang

bersifat luaran/ tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan. Ia tidak memerlukan

pemikiran yang mendalam

Skimming

Skimming merupakan kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara

sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Ianya penting kepada pembaca yang

hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya

memerlukan maklumat penting sahaja. Pembaca melihat sepintas lalu terhadap

sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Scanning

Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara

cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara

khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari

sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan

scanning bergantung kepada penumpuan mental.

14

Page 15: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

KEMAHIRAN MENULIS

Selain  berkomunikasi  secara  lisan  atau  pun  melalui  bacaan,  manusia  juga

berkomunikasi melalui tulisan.  Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi

yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai

saluran untuk seseorang  melahirkan perasaan dan  idea.  Kemahiran

menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan

membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991).

tulisan juga adalah sa l u ran u tama bag i mu r i d -mur i d un t uk men un jukkan

penge tahu an da n mer eka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.

Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi,

i a pe r l u mengua sa i kem ah i ra n men u l i s seca r a mek an i s da hu lu , da n

se l epas i t u barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.

Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan  perasaannya  atau apa sahaja

yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah

penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang

bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

(a) menggunakan pelbagai jenis ayat

(b) mencatat dan menyusun maklumat

(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan

ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan

dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

• Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang

gramatis, tanda

• baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

15

Page 16: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

• Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan

mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana

yang lengkap.

• Murid-murid juga perlu menguasai struktur

karangan seperti tahu menulis panduan,

pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Matlamat Kemahiran Menulis

• Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat

disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan.

• Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.

• Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

Tujuan Menulis

• Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk

melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan

situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

• Melatih murid-murid melahirkan idea.

• Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea

• Melatih murid-murid mengembangkan karangan

dalam bentuk pemerengganan yang betul

• Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul

berdasarkan jenis karangan tertentu.

• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-

hari

• Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.

• Menyuburkan minat

• Meluaskan kosa kata

• Memberikan kepuasan jiwa.

16

Page 17: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Peringkat Kemahiran Menulis

(a) Peringkat Pramenulis

(b) Peringkat Mekanis

(c) Peringkat Pelahiran

(a) Peringkat Pramenulis

• Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf

dengan kemas dan betul.

• Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada

murid.

• Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

• Menulis dari kiri ke kanan

• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa

menggunakan alat tulis.

Menyambung titik

• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan

secara bebas.

• Latihan membentuk garisan lurus

• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis

lurus dan bulat.

• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

• Melukis gambar

(b) Peringkat Mekanis

• Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke

peringkat mekanis.

• Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar

dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku

kata, perkataan dan ayat.

17

Page 18: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

• Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh

menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.

• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-

bentuk huruf tertentu.

• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang

berlubang.

• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-

putus.

• Latihan menulis huruf dalam suku kata.

• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

• Latihan menamakan gambar-gambar.

• Latihan menyalin frasa atau ayat.

• Latihan menyalin ayat daripada buku

(b) Peringkat Pelahiran (Mengarang)

• Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti

kemahiran mendengar, bertutur membaca dan mengeja.

• Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

• Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-

jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu.

• Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

• Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang

pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui.

• Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan

ejaan yang telah mereka kuasai.

• Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-

bentuk grafik yang sudah dipelajari.

18

Page 19: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

(ii) Menghuraikan kaedah, teknik dan aktiviti serta bahan bantú mengajar yang akan digunakan untuk mengajarkan kemahiran lisan; dan

KAEDAH

Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah

merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu

kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan adalah

untuk menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru (Abd. Aziz Abd.Talib,

2000). Terdapat berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang dapat diaplikasikan

untuk pengajaran lisan. Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa

adalah seperti:

a. Kaedah Terus,

b. Kaedah semulajadi.

c. Kaedah Oral-Aural

d. Kaedah Linguistik

e. .Kaedah askar/ tentera

f. Kaedah Ajuk Hafaz

A. Kaedah Terus :

i. Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah

pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua

kepada kanak- kanak.

Ii .menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip

mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:

19

Page 20: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

1. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau

ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia

ada.

3. Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan

yang telah dirancangkan.

4. Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang

tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang

betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari

sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

B. Kaedah Semulajadi :

hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan

soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-

perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-

perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung

digunakan.

C. Kaedah Oral-Aural :

1. kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur.

2. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.

3. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi

perhatian kepada intonasi yang betul.

D. Kaedah Linguistik :

20

Page 21: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

1. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang

telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

2. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh

aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut

pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

3. Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam

bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

TEKNIK

Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau menguji)

sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru

menjayakan,sesuatu kaedah pengajaran. ( Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Antara teknik

pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon, berbincang, sumbang saran, tunjuk cara,

main peranan, soal jawab, dan sebagainya. Teknik pengajaran ini dilaksanakan melalui

aktiviti aktiviti yang bersesuaian dengan teknik yang dipilih.

Dalam konteks pengajaran dan pempelajaran dalam kelas, , kaedah, dan teknik ini

dilaksakanakan secara kuliah, kelas, kumpulan, atau secara individu mengikut

kesesuaian.Semasa menyampaikan pengajaran lisan di dalam kelas, guru harus bijak

memilih teknik pengajaran lisan yang hendak digunakan dalam pengajaran tersebut.

Teknik pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga

bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran lisan

adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah

dan berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan sahaja dijalankan dalam melalui aktiviti

murid sahaja tetapi boleh dijalankan juga dengan menggunakan bahan bantu mengajar

seperti televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya.

21

Page 22: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Antara teknik pengajaran lisan tersebut adalah bercerita, berbual, menyanyi, berlakon,

main.peranan,boneka,sumbangsaran,dan.,perbincangan.

1.Teknik bercerita

Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang

penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik

bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu

guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktiviti-

aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula

cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih

tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada

tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca,dan

sebagainya.Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang

sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran.

ii. Teknik perbualan

Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan

bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon.

Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka

setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi,

permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid

atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman

murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.

iii. Teknik menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi.

Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan

dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat

murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih

lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan

22

Page 23: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh

murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang

perlu murid kuasai sebutannya.

iv. Teknik lakonan

Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-kanak.

Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-wataktertentu dengan

menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapatmelatih sebutan, intonasi, dan

kelancaran pertuturan kanak-kanak di samping melatih meng- gunakan pelbagai jenis

ayat seperti ayat penyata,ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

v. Teknik boneka

Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”. Teknik ini adalah

antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan

dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan Guru boleh

menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan,

boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid

sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran

lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan

menggunakan boneka sesama mereka.

v. Teknik main peranan

Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita

atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan

menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang

diberi boleh seperti berikut:

Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen.

Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiling

itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia

menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang23

Page 24: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

amanah itu. 

vii. Teknik berbincang

Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan isi

dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh menjalankan teknik

perbincangan ini melalui dua cara, iaitu:

(1) perbincangan berlaku antara guru dengan murid-murid,

(2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara kelas atau

dalam kumpulan kecil.

Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan tulis dan kemudian disusun

berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajar kemahiran lisan, guru

menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan ayat dan tatabahasa

yang betul.

viii. Teknik perbahasan

Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran

bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta

berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untuk

membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid.

AKTIVITI

Aktiviti bermaksud gerakerja atau tindakan. Di bawah konteks pendidikan, ia melibatkan

segala gerakerja yang dijalankan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif

pelajaran. Dengan perkataan lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti merupakan suatu pendekatan utama dalam pendidikan. Menurut J.Dewey

(1910), pelajaran harus berasaskan kepada aktiviti murid.Melalui aktiviti murid, intelek,

24

Page 25: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

rohani, social dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan

seimbang. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik.

Mereka akan merasa seronok dan gembira dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan

oleh mereka. Di bawah pendekatan aktiviti ini, guru banyak melibatkan kerja

membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Terdapat tiga peringkat perancangan aktiviti lisan

a. Peringkat persediaan

b. Peringkat perlaksanaan aktiviti

c. Peringkat susulan dan penilaian.

A. Peringkat Persediaan.

Tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru ialah:

1. Guru menerangkan tugas yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk

cara serta member contoh.

2. Guru mengedarkan bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti.contoh: kad kiu,

bahan stensilan, dan peralatan lain yang diperlukan.

3. Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami

tugasan.

B. Peringkat Perlaksanaan Aktiviti.

Dua perkara yang berlaku semasa perlaksanaan aktiviti iaitu:

1. Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.

2. Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil

bahagian

C. Peringkat Susulan dan Penilaian.

25

Page 26: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Aktiviti susulan dan penilaian perlu dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklum

balas bagi aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid. Bukan dalam bentuk penilaian

formal tetapi lebih merupakan penilaian berterusan.Contoh aktiviti susulan dan

penilaian seperti mengadakan perbincangan , kemudian guru member maklum balas

tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan digalakkan member kerja

rumah yang berkaitan dengan aktiviti susulan.

Beberapa aktiviti yang boleh digunakan dalam kemahiran lisan ialah :

1. Aktiviti berbual.

Guru menyediakan beberapa tajuk yang sesuai dengan tahap kebolehan berbahasa

serta persekitaran murid. Boleh melaksanakan aktiviti secara berdua atau

kumpulan.

2. Aktiviti bercerita.

Guru memberikan garis panduan bagi memudahkan murid bercerita. Misalnya

Tema dan masa yang diperuntukkan.Guru juga boleh menyediakan tempat yang

Sesuai supaya aktiviti menjadi menarik dan menggalakkan murid bercerita

3. Aktiviti berlakon.

Guru perlu menggalakkan murid mengambil bahagian.Boleh dijalankan di dalam

Atau diluar kelas.

4. Aktiviti berpuisi .

Dijalankan secara individu atau kumpulan. Puisi disediakan oleh guru dan murid

26

Page 27: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Diminta membacanya.Aktiviti akan menjadi lebih menarik jika tajuk puisi dimaklum

Kan lebih awal kepada murid.

5. Aktiviti bercakap berdasarkan gambar.

Dijalankan mengikut pretasi murid.Berbagai gambar yang menarik boleh disediakan

oleh guru. untuk menarik minat murid bercerita atau menerangkan perkara yang

terdapat dalam gambar. Boleh menggunakan gambar tunggal atau gambar bersiri.

6. Aktiviti melaporkan berita.

Murid diminta melaporkan sesuatu berita tentang sesuatu perkara atau peristiwa

yang pernah mereka baca, lihat, alami, dan dengar daripada orang lain.

7. Aktiviti berbahas atau bersyarah.

Tajuk disediakan oleh guru. Syarahan dijalankan secara individu sementara

perbahasan secara kumpulan. Syarat syarahan dan perbahasan di terangkan

kepada murid.

8. Aktiviti menyanyi.

Guru boleh menyanyikan lagu kanak-kanak yang mengandungi perkataan yang

mudah untuk disebut dan difahami oleh murid. Aktiviti ini boleh meningkatkan

kebolehan murid dalam sebutan dan intonasi.

9. Aktiviti Perbincangan.

27

Page 28: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Boleh diadakan secara kelas atau kumpulan. Dimulakan dengan membincangkan

sesuatu tajuk . Hasil perbincangan akan dibentangkan oleh ketua kumpulan kepada

kelas untuk disoal jawab.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Pemilihan alat atau bahan berdasarkan kriteria berikut:

a. Bahan sedia ada.

b. Kesesuaian dengan objektif pengajaran.

c. Keberkesananya.

Alat atau bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu:

1.Guru, murid dan bilik darjah.

Gerak laku guru dan murid boleh dimaanfatkan untuk membantu proses pengajaran

dan pembelajaran misalnya:

a. Guru menaik dan menurunkan tangan atau menggerakkan kepala bagi

menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan.

b. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.

c. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatatkan perkataan atau frasa yang

perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

2 .Objek sebenar.

Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran

yang berkesan, untuk membolehkan murid :

a. Mengaitkan konsep dengan bunyi cthnya :bunyi pelbagai kenderaan, mergastua28

Page 29: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman.

b. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Cthnya:

Pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di

pasar. Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual

sepert i televisyen , video, filem dan transperansi.

3. Gambar

Digalakkan menggunakan fail untuk menyimpan gambar. Sama ada gambar

murid bercerita berlakon, berpuisi, berdialog. Gambar yang digunakan hendaklah

sesuai dari segi saiz, terang dan jelas.

4. Grafik.

Pelbagai grafik boleh digunakan seperti :

a. Carta

Carta pai, carta palang, carta lingkaran,dan carta organisasi.

B. Jadual bermaklumat.

Jadual waktu, jadual perjalanan dan jadual tugas.

C. Pelan dan peta yang menunjukkan arah atau kedudukan sesuatu tempat.

5. Kad.

Kad digunakan sebagai bahan rangsangan.

29

Page 30: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

a. Kad perkataan – untuk memperkenalkan perkataan perkataan baru dan

penting bagi digunakan dalam pertuturan.Penggunaan kad sebagai alat dan

bahan akan lebih kemas jika guru menggunakannya diatas papan flannel dan

carta poket

b. Kad arahan atau kad peranan.- mengandungi arahan tentang peranan yang

harus dimainkan oleh murid dalam situasi tertentu semasa berlakon atau

main peranan.

6. Bahan nyanyian, puisi dan permainan.

Bahan ini dapat mewujudkan suasana gembira dalam kalangan murid.

Penggunaanya harus diawasi supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tidak

diabaikan. Permainan bahasa yang dirancang secara teliti akan dapat

menggunakan kemahiran bertutur dalam keadaan bersahaja. Permainan bahasa

dapat menambah kepelbagaian situasi pembelajaran, memberi motivasi dan

peluang kepada murid mempelajari bahasa

7. Alat dan bahan yang dibeli.

Terdiri daripada perkakasan dan perisian . Alat dan bahan ini agak mahal dan

penggunaanya bergantung pada kemudahan fizikal sekolah.

a. Makmal bahasa untuk melatih murid dari segi sebutan, intonasi dan

perbualan.

30

Page 31: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

b. Filem, rancangan TV dan plastic lutsinar/ transperansi.

c. Komputer.

(iii) menghasilkan satu rancangan pengajaran harian Bahasa Melayu yang lengkap untuk mencapai kemahiran lisan seperti yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 28 Mac 2011

Masa : 11.15 pagi – 12.15 pagi ( 60 minit )

Kelas : 3 Gemilang

Bilangan murid : 30 orang

Umur Murid : 9 tahun

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kemahiran Hidup

Tajuk : Bumi Hijau

Hasil Pembelajaran :

i. Fokus Utama : 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan

Pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan

oleh pihak lain.

Aras 1 :

ii . Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian.

ii. Fokus Sampingan : 9.3 Menyusun maklumat secara kohensi daripada nota atau

catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1 :

31

Page 32: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

i. Menyusun maklumat mengikut urutan.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 :

i. Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menerangkan 3 aktiviti ‘Perlaksanaan kempen Bumi Hijau’ berdasarkan teks secara lisan.2. Membaca lancar teks ‘ Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’ dengan

sebutan dan intonasi yang betul.3. Menulis urutan ‘Matlamat Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’

dengan betul berdasarkan teks.

Sistem Bahasa : i. Tatabahasa : Morfologi – perkataan Sintaksis – Ayat tunggal dan ayat majmuk.ii. Sebutan dan intonasi : Ayat penyata.iii. Kosa Kata : Konsep, komponen, laman dapur, herba, dituai.

Pengisian Kurikulum ;

i. Ilmu : Kajian Tempatan, ICT, Pendidikan Moral.ii. Nilai : Berkerjasama, keberanian.iii. Kem. Bernilai Tambah : Kem. Berfikir : Menghubungkaitkan, mengimbas kembali, menganalisis,meringkaskan. Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistic, Intrapersonal.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, teks Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau, borang

markah

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui faedah mengenai tumbuh- tumbuhan.

32

Page 33: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set Induksi( 5 minit)11.15 – 11.20

Pengesanan maklumat yang ditayangkan.

Power point tentang tumbuhan hijau.

Tayangan berlatarbelakangkan lagu “Peliharalah alam sekitar”.

1. Guru menayangkan power point tentang tumbuhan hijau / sayuran.

2. Guru bertanya dan bersoaljawab mengenai tayangan tersebut.

3. Murid diminta menceritakan pengalaman sedia ada mereka tentang tumbuhan hijau.

4. Guru mengaitkan aktiviti set induksi dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar.

KB:Menghubungkaitkan.

BCB:Mendengar aktif.

BBB:Power point

Ilmu:Kajian Tempatan

Langkah 1( 20 minit )11.20 – 11.40

Teks mengenai aktiviti ‘Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’.( Lampiran A )

1. Tanaman2. Ternakan3. Akuakultur.

4. Guru mengedarkan teks aktiviti ‘Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’. Guru meminta murid meneliti teks tersebut.

5. Dalam kumpulan berlima, murid berbincang tentang apa yang mereka fahami mengenai ‘Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’ berdasarkan teks. .Murid mencatat hasil perbincangan mereka .

6. Guru meminta wakil setiap kumpulan menyatakan apa dapatan hasil perbincangan yang telah dibuat.

7. Murid dapat menerangkan 3 aktiviti ‘Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’ berdasarkan teks

KB :Mengimbas kembali.

Nilai :Kesyukuran.Berkerjasama.

BBB:Teks kempen bumi Hijau

Ilmu:Kajian Tempatan

KP :

33

Page 34: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

secara lisan. Verbal linguistik

Langkah 2( 15 minit)11.40 – 11.55

Petikan .( Lampiran B )

Borang markah.

1. Guru memberikan petikan kepada setiap murid. Murid diminta membaca secara mentalis atau bacaan senyap.

2. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan mengenai gaya pembacaan berita. Murid mencatat gaya bacaan dan intonasi seorang pemberita.

3. Wakil daripada setiap kumpulan diminta untuk membacakan petikan dihadapan kelas. Murid lain diminta mencatat skor pemarkahan bacaan dengan gaya seorang pembaca berita.

4. Guru memperbetulkan gaya bacaan berita bagi murid memahami dengan lebih jelas lagi dan mengumumkan skor markah bagi kumpulan yang mendapat markah tertinggi.

BBB :Petikan

BCB:membaca secara luncuran, perbincangan.KP:Intrapersonal.KB:MenganalisisSistem bahasa:Ayat tunggal.

Nilai:Kerjasama.Keberanian.

Langkah 3( 15 minit )11.55 – 12.10

Teks:Konsep perlaksanaan Kempen Bumi Hijau.(Lampiran A)

Kosa kata:1. Konsep2. Komponen3. Laman dapur4. Herba5. Dituai

1. Guru mengedarkan kepada murid teks kempen Bumi Hijau tentang konsep perlaksanaan kempen tersebut.

2. Guru meminta murid menggariskan isi penting tentang matlamat perlaksanaan kempen bumi hijau. Murid juga diminta untuk mencari makna kata dan berbincang dalam kumpulan mengenai pembinaan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi.

3. Murid dapat membina 3 ayat majmuk tentang konsep perlaksanaan kempen bumi hijau berdasarkan faedahnya kepada pengguna.

Sistem bahasa:Ayat majmuk.

Nilai:Berkerjasama

BBB:Teks konsep Perlaksanaan kempen bumi hijau.

BCB :Berbincang.

34

Page 35: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

Penutup( 5 minit )12.10 –12.15

Rumusan isi pelajaran kognitif dan sosial.

1. murid dibimbing merumuskan kemahiran yang dipelajari pada hari ini melalui penyoalan semula secara lisan.

2. Guru memberi kata-kata nasihat supaya murid sentiasa mencintai dan menjaga alam sekitar dan mengamalkan kempen bumi hijau.

3. Guru meminta murid menyanyikan lagu “Peliharalah Alam Sekitar” dengan iringan muzik.

4. Guru mengucapkan syabas kepada murid kerana telah berjaya mengikuti pelajaran pada hari ini .

BBB:Komputer riba.LCD

35

Page 36: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah selesai melaksanakan tugasan yang

dipertanggungjawabkan oleh pensyarah En. Zainal Ariff. Saya dan rakan kumpulan

telah berbincang tentang tajuk tugasan dan membahagikan tugasan mencari dan

mengumpul maklumat berkaitan tajuk. Bahan-bahan diperolehi melalui buku-buku

rujukan yang didapati dari perpustakaan dan juga rakan-rakan sekolah. Selain dari itu

saya telah mendapatkan bahan melalui internet. Setelah bahan-bahan dikumpul, saya

membuat analisa dan menaip tugasan tersebut. Bahan-bahan ini banyak membantu

saya memahami tugasan dan tajuk yang diberikan. Melalui tajuk ini saya memahami

berkaitan Kemahiran Bahasa.

Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran lisan , kemahiran membaca dan

kemahiran menulis. kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang

paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang

menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi

cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran

mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses

maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur

yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan

berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi

menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan

mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan

36

Page 37: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

menulis. oleh yang demikian murid dapat menulis karangan dengan baik. Guru yang

Berjaya, merupakan seorang guru yang dapat menyampaikan ilmu dengan baik dan

boleh dikuasai oleh murid.

Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kepada En Zainal Ariff kerana, dengan

tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan saya dapat memahami dan meningkatkan ilmu

pengetahuan saya berkaitan tajuk yang diberi.

37

Page 38: Konsep Dan Prinsip Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu

38