ppt saya prinsip-konsep asas tamadun islam

Upload: maria-marcell

Post on 17-Jul-2015

197 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PRINSIPTAMADUN ISLAM

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM

1. Memelihara Agama 2. Memelihara Nyawa 3. Memelihara Akal 4. Memelihara Kehormatan dan Keturunan 5. Menjaga Harta Benda

PRINSIP 1 : MEMELIHARA AGAMA Memelihara agama yang dianuti adalah fitrah semulajadi seseorang beragama Agama Islam merupakan teras tamadun Islam, maka ia perlu dipertahankan oleh penganutnya

Surah al-Maidah (5:3)Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamaku, dan Aku telah cukupkan kepadamu nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhai Islam itu menjadi agama bagimu.

PRINSIP 1 : MEMELIHARA AGAMA Seseorang yang telah memilih Islam, adalah wajib menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim.

Tanggungjawab dalam memelihara kesucian agama Islam adalah dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan, seperti yang telah diperuntukkan dalam undang-undang di sisi Islam.

PRINSIP 2 : MEMELIHARA NYAWA Hak untuk hidup telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia, justeru manusia dilarang membunuh atau membunuh diri, mahupun mencederakan diri atau orang lain tanpa hak. Mereka yang didapati melanggar peruntukan undang-undang syarak ini dianggap telah melakukan jenayah dan berdosa besar.

Surah al-Baqarah (2:178)Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu kemaafan dari saudaranya, hendaklah mengikuti dengan cara yang baik dan hendaklah membayar kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik, yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya seksa yang sangat pedih.

PRINSIP 2 : MEMELIHARA NYAWA Perbuatan membunuh ini dianggap menceroboh masyarakat keseluruhannya kerana setiap individu memainkan peranan penting dan fungsi tertentu dalam komunitinya, justeru ketiadaannya boleh melumpuhkan perjalanan dan kelicinan kehidupan masyarakat yang hidup saling bergantung dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Surah al-Maidah (5:32)Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana orang itu membunuh orang lain atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.

PRINSIP 3 : MEMELIHARA AKAL Akal adalah anugerah dan aset terpenting manusia kerana ia mepunyai fungsi yang terpenting dalam kehidupan.

Dengan akal, manusia dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Maka segala perkara yang boleh menjejaskan fungsi akal fikiran dilarang keras dalam Islam.

Surah al-Maidah (5:90)Wahai orang-orang yang beriman,

sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib dengan panah adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu berjaya.

PRINSIP 3 : MEMELIHARA AKAL Bagi memelihara akal, Manusia diharamkan meminum minuman keras Memakan hanya makanan yang halal Menjaga adab dalam melakukan pekerjaan

PRINSIP 4 : MEMELIHARA KEHORMATAN & KETURUNAN Islam memuliakan dan meletakkan kedudukan manusia berbeza dengan haiwan kerana untuk berkembang biak manusia perlu melalui ikatan perkahwinan terlebih dahulu. Perkahwinan memberi pengiktirafan dan pemeliharaan hak-hak suami, isteri, anak-anak dan ibu bapa seterusnya memelihara kehormatan dan keturunan manusia

Surah al-Isra (17:32)Dan janganlah kamu mendekati

zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang membawa kerosakan.

PRINSIP 4 : MEMELIHARA KEHORMATAN & KETURUNAN Bagi memelihara kehormatan dan keturunan, Mensyariatkan perkahwinan Mengharamkan zina

Mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

Surah al-Nur (24:02)Perempuan yang berzina dan lelaki yangberzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan terhadap keduanya, mencegah kamu untuk agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

PRINSIP 4 :MENJAGA HARTA BENDA Dalam konteks memiliki harta benda, Allah telah memberi garis panduan lengkap mengenai prinsip dan hak untuk memiliki harta benda melalui sistem ekonomi Islam yang disebut muamalat dan kewajipan untuk mempertahankannya

Surah al-Taubah (9:34-35)Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka, seksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas dan perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, rusuk dan punggung mereka lalu dikatakan kepada mereka: inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang apa yang kamu simpan itu.

PRINSIP 4 : MENJAGA HARTA BENDA Antara perundangan yang diperuntukkan adalah harta yang diusahakan hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal dan dibelanjakan serta dimanfaatkan pada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan Mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta.

Surah al-Maidah (5:38)Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Pada umumnya prinsip tamadun Islam merangkumi ( Osman Bakar, 2009:52; )i. Pengabdian diri kepada kepada Allah S.W.T di dalam seluruh kegiatan hidup ii. Asas akidah yang mantap iii. Keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan iv. Nilai kesucian dan keharmonian hidup v. Tugas khalifah di bumi Allah mengikut panduan Allah S.W.T dan sentiasa berpegang pada janji dan amanat Allah

Kesimpulannya Tamadun Islam dibangunkan di atas dasar akidah, diikat dengan syariah dan akhlak Pegangan akidah, syariah dan akhlak secara prinsipnya bertujuan untuk melindungi dan memelihara lima perkara asas (daruriyyah) dalam kehidupan manusia. Ia menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat

Bibliografi/Sumber RujukanRos Aiza Mohd Moktar, Abdul Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir, Siti Halimah Putung. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Penerbitan Multimedia SDN. BHD Prinsip Tamadun Islam. Dilayari pada 10 Januari 2012 di http://www.enotapelajar.com/2010/04/prinsip-tamadunislam-bab-2.html Tamadun Islam. Dilayari pada 10 Januari 2012 di http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/ 1808/1/Konsep%20Asas%20Pembinaan%20Tamadun%20Isla m.pdf kONSEP Asas tamadun islam